Cari Blog Ini

Khamis, 23 Disember 2010

Pindah.. oo pindah.. kE Mana?

Assalamualaikum..

Alamak..kena balik ke sekolah untuk uruskan proses perpindahan ke sekolah baru.. malasnya.. Bukan best sangat nak ulang alik..tak lama lagi nak balik ke Miri dah.. Berpindah ke memakan proses yang sangat rumit.. Namun.. rezeki dah pindah.. Ehehe..




Selamat jalan ROMEO!! Selamat Jalan Mak Nyut nyut..!! Selamat Jalan Mat Pot Pet!!

Sabtu, 11 Disember 2010

Rosli Dhoby

Masih mencari makna sebenar erti perjuangan..aku sendiri tak tahu apa yang hendak diperjuangkan.. Jika tidak mengetahui asal perjuangan... Huhu.. dalam perjalanan ke Sibu mencari salasilah keturunan... Akan dikhabarkan selepas kembali dari Sibu.

Jumaat, 19 November 2010

Contoh lesson Plan PSV (selaras dengan KSSR)



Tahun                                      :  1
Bidang                                     :  Menggambar
Aktiviti                                    :  Capan
Tema                                       :  Alam Semulajadi
Tajuk                                       :  Rama-rama
Masa                                        :  60 minit
Media                                      :  Alatan: Daun keladi, Tapak tangan
                                                   Bahan: Kertas lukisan,kertas cat air
Pendekatan                               :  Konstruktivisme
Kaedah                                    :  Hands On                                        
Bahan bantu mengajar              :  Contoh Lukisan,contoh capan
EMK                                       : Elemen Kreativiti & ; Inovatif, Keusahawanan


STANDARD KANDUNGAN
Menghasilkan gambar menggunakan media basah dengan teknik capan yang menekankan aspe rupa dan jalinan.

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1       Persepsi Estetik                      
            Murid dapat mengenali, menamakan dan memahami bahasa seni visual
            yang terdapat pada karya seni.

1.1.1   Unsur seni
                         1.1.1.1                        : Garisan – lurus dan melengkung
                         1.1.1.2                        : Rupa -organik
                         1.1.1.3                        : Jalinan - tampak
            1.1.2   Prinsip Rekaan
                         2.1.2.1                        : Harmoni- bentuk, rupa dan warna
                          
1.2       Aplikasi Seni              
            Murid dapat mengaplikasikan menerusi penggunaan media dan teknik dalam
            aktiviti seni.
               1.2.1 Mengenal  dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1             Media basah (basah atas kering) – warna air, warna poster atau tampera
1.2.1.2             Alat – palet, berus warna
1.2.1.3             Bahan – kertas lukisan, bahan semulajadi (fauna)

1.3       Ekspresi Kreatif                     
            Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
            Bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D dan 3D                            
                 1.3.1           Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif
                 1.3.2           Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya
                 1.3.3            Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual





1.4       Apresiasi Seni            
            Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
            berpandukan bahasa seni visual
                 3.4.1           Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan
                 3.4.2           Menceritakan karya sendiri secara lisan                     
                 3.4.3           Menghargai karya sendiri dan rakan


Langkah
Standard Pembelajaran
Ilustrasi/ Fasa/SDK

Set Induksi
( 10 minit )




























Langkah 1
( 15 minit )


Persepsi Estetik
Guru memperkenal sebuah lagu Rama-rama terbang
.
Lagu:
Dari ulat jadi kepompong,
Makan minum dalam kelongsong
Tiba-tiba kelongsong pecah,
Jadi rama-rama yang indah.
  
Guru menjelaskan perkaitan rama-rama dengan  capan.
1.Siapa yang pernah melihat rama-rama?
2.Rama-rama hidup di mana?


Guru menerangkan unsur,bentuk,warna dan rupa.
1.Apakah bentuk rama-rama?
2.Apakah warna rama-rama?


Murid-murid melihat dan mengenal pasti
  bahagian-bahagian yang terdapat pada  
  rama-rama.

Guru menunjukkan contoh lukisan.
Guru menyatakan perbezaan antara lukisan dan apan.

Aplikasi Seni

Guru menunjuk cara membuat capan.
Murid menyatakan bahagian-bahagian
Rama-rama yang perlu dicapkan dengan teknik capan.





SDK : FASA PERSEDIAAN
 1.1.6 Mengenalpasti ciri objek, situasi atau fenomena dengan tepat
 1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul.





   
FASA IMAGINASI
2.2.6 Mencabar dan menilai maklumat baharu yang diperoleh sama ada    memerlukan tindakan susulan atau diketepikan








Langkah
Standard Pembelajaran
Ilustrasi/ Fasa/SDK











Langkah 2
( 20 minit )















Penutup
( 10 minit)






Menyediakan kertas warna atau kertas A4

Gunakan daun keladi untuk mendapatkan sayap rama-rama. Bahagian badan rama-rama, gunakan botol air. Apabila siap kedua bahagian tersebut, gunakan penggenggam tangan untuk membuat bahagian kepala. Selesai itu, gunakan jari kelingking untuk membuat tentekal dan kaki menggunakan warna yang berlainan.


Ekspresi Kreatif

Guru mengedarkan lampiran yang mengandungi bentuk rama-rama.
Murid-murid menghasilkan capan.

Murid meletakan warna ke atas lampiran rama-rama yang di sediakan mengikut kreativiti masing-masing
Guru membimbing murid.

Membuat kemasan pada capan yang dihasilkan.


Apresiasi seni

Murid menceritakan pengalaman masing-masing semasa penghasilan capan ikan.
Guru membuat rumusan tentang hasil yang telah dibuat.
Menyanyikan lagu ‘Rama-rama’.












FASA PERKEMBANGAN
3.1.1 Menokok tambah idea
3.1.4 Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan
3.1.5 Memberi pelbagai kategori atau aspek    







FASA TINDAKAN   4.2.3  Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara berterusan
Elemen Kreativiti





Elemen keusahawanan

Gambar mencerminkan seribu perkataan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

Aku nak share 1 picture..hehe..berita baik punya...

Gambar menggambarkan seribu perkataan

Hehe..aku akan berpindah dari Long Busang.. tempat jihadku kini bertukar..alhamdulillah

Khamis, 4 November 2010

1 November 2010..pemergian Nur Nadhirah Izzatie Bt, Muhd Juahir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Buat pembaca budiman, sudi-sudi sedekahkanlah al-fatihah buat anakanda, Allahyarhamah Nur Nadhirah Izzati Binti Mohd. Juahir yang telah kembali kerahmatullah pada 1 November 2010 bersamaan 24 Zulkaedah 1431 H di Hospital Muar, Johor.  Semoga rohnya dicucuri rahmat dan mendapat tempat disisi meraka yang beriman dan beroleh kemenangan.
Dalam kenangan…. Nur Nadhirah Izzati Bt Mohd Juahir (25.09.2009 – 1 November 2010)








Semalam, hatiku terasa resah semacam. Gundah gulana. Terasa ada sesuatu yang tidak menyedapkan hatiku akan berlaku. Tapi, aku cuba menafikan sekeras-kerasnya. Dalam tidurku selepas zuhur, bahang itu kian terasa. Semakin kuat dan semakin resah. ditambahkan lagi dengan tiada elektrik. Dan juga laman sosial Facebook tak dapat dijengah. Membuat kerisauan ku semakin bertambah-tambah. Aku pasrah dan berdoa, supaya tidak apa-apa akab berlaku. Terbayang wajah ayahku, ibuku, isteriku dan juga anak angkat ku… Sudah lama Nadhirah bergelut dengan kesakitan yang dialaminya di saat umurnya mencecah 3 bulan.
Kesakitan Allahyarhamah menyebabkan cuti aku dan isteri pada bulan 3 tahun ini, kami habiskan di Hospital Kuala Lumpur. Walaupun hanya seminggu, masih lagi terasa kehangatan tanganya memegang jariku. Allahyarhamah menghidapi penyakit yang berkaitan dengan hati. Bermula dengan sakit kuning dan akhirnya membawa kepada kematian.

Luka 10 tahun dahulu kembali terbuka. Bila aku terkenangkan kakak kepada allahyarhamah, aku menjadi fobia kepada anak-anak diawal usia. Tetapi, allahyarhamah telah membuka pintu hatiku untuk menjadi seorang pakcik yang baik. bayangkan, aku tidak pernah memegang anak kecil yang berusia awal tahun kerana takut kehilangannya. Dan Allah menguji keyakinan aku dengan pemergian Nadhirah.. Walaupun aku baru kembali kepada fitrah.

Kakak Allahyarhamah, Nur Najwa Izzatie Bt. Mohd Juahir, meninggal pada 20.08.2000 setelah 2 bulan 26 hari mengecapi kehidupan, Najwa Izzatie menurut panggilan Illahi. Penyakit yang juga berkaitan dengan masalah hati. Allahyarhamah Najwa Izzatie pernah dibedah pada usia sebegitu muda. Meninggal dalam pelukan ibunya.. dihadapan aku. Meruntunkan hatiku yang keras. Menyebabkan aku hilang arah tujuan seketika. Aku amat menyayangi Najwa Izzatie. Tetapi, Allah taala lebih menyayangi dia lebih dari kasih sayang yang aku curahkan.

Ini adalah kehilangan kedua.. dan yang paling memilukan hati, aku dan isteri telah mengangkat Allahyarhamah Nadhirah menjadi anak angkat aku.. Terkejut aku melihat pada inbox Facebook yang datang dari isteriku mengatakan bahawa Nadhirah telah kembali selama-lamanya kepada Allah taala...

Dunia bagaikan gelap. Hatiku menjadi huru-hara. Tapi, ku gagahkan lidahku untuk sentiasa mengucapkan kesyukuran. Kerana Nadhirah tidak perlu lagi menahan kesakitan yang dia alami. Sudah lama dia menanggung kesakitan. 3 kali dalam wad ICU, dengan tubuhnya yang kecil, sudah tidak mampu hendak menahan kesakitan yang ditanggung. Pulang seketika ke rumah dalam tempoh seminggu dan kemudiannya menyahut seruan Illahi di Hospital Muar. Allahyarhamah begitu tabah walau kebanyakkan bayi pada usianya sudah membesar, beliau masih lagi kecil dan tidak bermaya.

Pada saat dan ketika ini, airmataku mencurah-curah. Menandakany hatiku telah terguris denga teruk sekali. Pada ketika ini, perasaan bercampur-campur. Tetapi, redha tetap mengungguli carta. Redha akan pemergiannya buat selama-lamanya.

Minggu lepas aku telah bercuti. Seminggu. 3 hari cuti berekod. 2 hari cuti sakit. Seminggu. Pada ketika itu, Allahyarhamah telah kembali ke rumah. Setelah sebulan berada di hospital. Allahyarhamah tabah. Allahyarhamah tetap senyum kepada ibunya. Kasihan akan ibunya. Tetapi, sudah 2 menyusul dulu darinya. Beerti, jika diizinkan Allah taala, kedua-duanya akan menyambut tangan ibu dan bapanya. Memimpin tangan meraka, masuk ke dalam syurga. Insya Allah. Aku sudah tidak boleh hendak bercuti. Dikatakan cutiku sudah habis.  Dibebani dengan cuti tanpa gaji 18 hari pabila mewakili negeri Sarawak untut kejohanan Silat. Aku dihalang untuk bercuti. Dan aku terhalang untuk menemui insan yang bernama anak.. Walaupun bukan lahir dari rahim isteriku. Tapi Allahyarhamah lahir dari rahim kakak kandungku. Allahyarhamah juga adalah darah dagingku..

Tapi, di mana letaknya akal dan budi manusia? Yang hanya mementingkan hawa nafsu. Yang hanya suka kepada keindahan dan kehidupan? Ku seka airmataku. Ku Yakin Allah taala akan membalas segala perbuatan meraka. Tidak di dunia ini, tetapi nun di akhirat kelak. Biarlah meraka menjawap kepada Rabbul Izzah. Akan kebodohan meraka akan nilai kehidupan. Sekalipun orang itu mempunyai ilmu agama yang tinggi. Bisa jadi ilmu tersebut akan mengaibkan dirinya.

Dia (Nadhirah) sudah kembali kepada penciptanya. Dengan seribu satu kenangan yang terindah. Dengan satu kehebatan cinta yang Allah berikan kepada makhluknya. Mengalir dengan lebih deras lagi airmataku. Seiringan dengan alunan lagu Rintihan.. menyayatkan hati. Kematian memberi sebuah nafas baru dalam kehidupan. Itu janji Allah.

Kenangan demi kenangan bermain di fikiranku.. Kerana Nadhirah, aku kembali kepad fitrahku. Mencintai kanak-kanak. Kerana Nadhirah, aku menjadi tidak fobia akan bayi. Ya – Allah.. Nadhirah adalah satu anugerah yang tidak terhingga buat aku dan isteriku. Aku kagum dengan ketabahan ibunnya menjaga walaupun sarat membawa kandungan di rahimnya lagi. Pengorbanan seorang ibu, tidak terbalas walaupun dibeli dengan wang ringgit berjuta-juta. Kasih sayang seorang ibu.. Membuat aku terus dibuai kesedihan yang tidak terhingga. Bagaimanakah dengan ibu disaat menerima berita ini? Bagaimana dengan ayahku? Bagaimana? Bagaimana? Mungkin luluh air mata seorang lelaki jika berada ditempat aku.

Terngiang-ngiang selawat syifa yang isteriku dendang ke telinga Nadhirah.. Sewaktu aku bersama isteriku menjaganya di wad kanak-kanak Hospital Kuala Lumpur. Alunan selawat itu mengasyikkan dan termasuk aku sekali tertidur kerana kelunakkan suara isteriku mengalunkannya. Rupa-rupanya, itulah kali terakhir aku menjaganya. Sewaktu cuti hari raya lepas, Nadhirah sama sekali tidak mahu didukung aku dan isteri. Mungkin tidak mahu aku menanggung rindu dendam kepadanya jika dia sudah meninggalkan alam yang fana ini. Sebelum meraka balik, aku tidak berkesempatan hendak mengucup dahinya yang mulus kerana sibuk dengan urusan beli rumah. Aku merasakan tersangatlah bodoh pada ketika ini. Kerana terlalu inginkan dunia, aku sudah melupakan anakanda yang aku cintai. Setelah kehilangannya, baru aku menyedari.. segalanya sudah berakhir. Ya- Allah.. cucurilah rahmat ke atas rohnya ya Allah...

Terkandas di sini.. tidak bersama-sama seluruh keluarga aku untuk menguruskan pengebumiannya. Semua itu adalah dugaan terbesar dalam hidupku. Aku redha pemergiannya.. Tetapi, aku tidak akan bediam diri jika berterusan begini. Ya – Allah.. terasakan batu menghempap dada aku ketika ini. Sesak nafasku. Bagaikan seluruhnya gelap lagi tidak bermaya. Mulut terasa dikunci. Hati bercelaru. Andainya ketika ini isteriku berada di sisi, sudah semestinya aku memerlukan belaian lembutnya menenangkan semangat aku yang kian rapuh ini. Namun, kasih sayang yang terbentuk dari hati yang setulus limpahan nikmat bidadari syurga Allah melalui Dayang Khalizah..memberiku sedikit sebanyak untuk meneruskan kehidupan dalam segala apa jua keadaan.
Yang menyakitkan lagi luka dihati.. perbuatan manusia di sekeliling yang seakan-akan tidak menghormati akan pemergiaan Nadhirah.. Bukan ucapan takziah yang ingin aku dengari. Cukuplah, untuk sehari dua ini, jangan menyakiti hatiku dengan sindiran yang bodoh lagi hina itu. Kalau sindiran itu datang dari meraka yang bukan beragama Islam, aku tidak kisah sebab memang neraka bagi meraka jika tidak bertaubat. Ini datang dari mereka yang betul-betul tahu tentang agama. Bila berkata yang tidak baik ketika saudara Islam lain dalam musibah, itu adalah satu dosa. Dan aku maafkan kesalahan itu. Dan semoga Allah mengampuni dosanya.
Mereka seolah-olah tidak mengerti. Masakan tiada yang memaklumkan kepada mereka. Sedangkan, aku sudah memaklumkan kepada teman serumah. Pagi dimulai dengan penuh huru-hara.. Lagu berkumandang seolah-olah tidak memahami bahawa kematian berlaku. Allah.. andainya aku Jebat, sudah semestinya sudahku tentang mereka dengan darah. Dan andainya aku Umar Al-Khatab, sudahpastinya akan tampar dengan kekuatan tangan yang Allah kurniakan kepada beliau. Aku hanya.. Muhammad Khawar Hezazy.. insan yang lemah.. Tiada kekuatan yang melebih kekuatan kepada Allah taala jua.

Nur Nadhirah Izzatie.. Namanya serupa dengan kakaknya pada hujung nama. Izzati merupakan gabungan namaku dengan kakakku sebagai menghargaiku kasih sayangku pada anak saudara aku pada ketika itu. Kakaknya bernama Nur Najwa Izzatie.. Dan kedua-duanya sudah tiada lagi. Berkukut di pintu syurga. Menanti kepulangan ayahanda Mohd Juahir dan Ibunda Noorwidyawati dihari Yaumul Mahsyar kelak. Semoga Allah terus mengasihani Nadhirah dan Najwa... semoga kedua-duanya lena dipangkuan Illahi.
Airmata terus mengalir.. adakah ada peluangku untuk bertemu dengan kedua-duanya diakhirat kelak? Diriku penuh noda. Mampukah menjejak kakiku kesyurga?

Isnin, 25 Oktober 2010

Hari itu dalam sejarah:24 Oktober 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perkhabaran dari gunung sudah menjelang. Marilah kita bersama-sama menghayatinya. Moga beroleh semangat yang hilang.

~22 Oktober 2010, wallet aku hilang di Kem Balak Putai. Aku tempuhi dengan perasaan sabar yang mendalam. Itu pun sebab isteri berkata, "setiap kejadian mengandungi hikmah. Allah sentiasa bersama dengan mereka yang beriman. Allah menguji manusia dengan 2 pekara. Bala dan rahmatNya."

~Kalau nak ikutkan, bukan sedikit barang-barang dalam wallet (beg duit) tu. Tapi, duit cuma RM60.00 jer. Haha. Yang banyaknya, kad atm bank, kad kredit dan paling aku sayangi, kad Gayong seumur hidup!! Tak apalah. Allah taala lagi tahu apa yang aku tidak ketahui. Semoga aku beroleh ketenangan dalam menempuhi dugaan yang bakal mendatang.

~Sampai di Sibu, aku pergi buat laporan di Balai Polis Sentral Sibu. Mendengar celoteh aku, membuatkan kakak polis yang menjaga kaunter itu kasihan dan sentiasa ketawa. Masakan, aku asyik menggunakan pepatah, "sebatang kara". Sedangkan hati ini, bergelora. Tapi, hati ini sentiasa mengingati Allah dalam segala hal.

~Pekara yang terpenting adalah kad pengenalan. Mana mungkin aku dapat ke Miri jika tiada kad pengenalan. Sepanjang tempoh aku di Sibu, sahabat aku, Cikgu Azlan Dairy dan pasangannya, membantu aku dalam menguruskan semua pembaharuan kad aku. Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Azlan di atas kesudian membantu aku menyelesaikan segala kesulitan di sana. Dalam hal itu, perlu diingatkan, Allah akan membantu hambaNya dengan pelbaga cara lagi. Alhamdulillah.

~Petangnya, aku berangkat ke Miri. Alhamdulillah..kembali bersua dengan isteri walau sekian lama. Semoga kerinduan ini semakin bertambah. Jangan hanya setahun dua tahun. Aku ingin menempuhi bahtera perkahwinan ini bersama-sama isteriku. Hampir setahun berkahwin, tetapi hidup bersama sebagai suami isteri jauh sekali lantaran bekerja jauh di antara satu sama lain.

~Hadiah yang paling terindah adalah ucapan kasih sayang dari isteriku..... Terima kasih sayang...

Sabtu, 16 Oktober 2010

Perbezaan pendapat... apa yang kau tahu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jom share dibawah;


Ramai dikalangan manusia yang tidak mampu  berlapang dada menerima pendapat manusia lain walaupun dia mempunyai pendapat sendiri, tidak kira dalam  pelbagai urusan.
Peniaga dengan cara peniaga, agamawan dengan cara agamawan.
Kadang-kadang perbezaan sampai kepada perkara usul aqidah, ini bahaya.
Perbezaan pendapat sangat baik, kerana iamencetuskan idea yang berlainan, cara fikir yang berbeza, pengetahuan yang meluas, menentukan jati diri seseorang.
Sesungguhnya, "ikhtilaf itu rahmat".
Yang menjadi rahmat itu apabila masing-masing berbesar hati menerima dan bersedia berhujah dengan hujah ilmiah tanpa di dorong dengan nafsu amarah.
Perumpamaan
Tiga orang pelajar yang duduk di dalam kelas dan memandang ke luar, seorang melihat kepada pokok, seorang lagi melihat kepada awan, dan seorang lagi melihat kepada kereta guru, semuanya pasti mempunyai tafsiran berbeza terhadap objek.
Tuhan menciptakan manusia ini berbeza dari segi cara berfikir.
Itulah kehebatan tuhan.
Dalam berbilion-bilion manusia jarang sekali mempunyai pendapat yang sama pada waktu yang sama.
Oleh sebab itulah kita harus menerima perbezaan pendapat,  walaupun ramai yang tidak mampu menerima kerana sudah terbiasa di didik dengan  'rasa betul'.
Apabila berlaku perbezaan, hatinya cepat marah.
Orang-orang cerdik mengatakan "cerek yang kecil lebih mudah panas, begitu juga orang yang berhati kecil".
Kenapa perlu merasa panas hati apabila orang lain berpendapat berbeza? pengalaman kehidupan manusia itu tidak pernah sama.
Si A memandang pokok kelapa kerana dia hanya mempunyai pengetahuan tentang buahnya, tetapi si B apabila memandang pokok kelapa, dia tahu dari daun, batang sehingga ke buah mempunyai kegunaan tersendiri.
Begitu juga orang yang belajar.
Kita mungkin belajar pada tempat berbeza dengan guru yang berbeza.
Pemahaman kita dengan orang lain sudah tentu berbeza.
Mana mungkin Si A belajar dengan guru B tetapi mengetahui  apa yang diajarkan oleh guru C pada masa yang sama.
Sikap kita melambangkan siapa kita.
Orang yang tidak boleh menerima pendapat orang lain, bermakna dia orang yang  berfikiran negatif dan selalunya baran.
Orang begini tidak boleh bekerja  secara berkumpulan atau menghadiri mesyuarat apa pun, kerana pasti mendatangkan  masalah.
Pernah suatu ketika seorang ahli falsafah yang bernama Galileo Galilei yang lahir di Pisa pada tahun 1564 ditangkap oleh pihak gereja pada zamannya hanya kerana berbeza pendapat dalam hal samada bumi itu bulat atau tidak.
Beliau mendapati bumi itu bulat, ini bermakna dia bertentangan dengan pendapat gereja kerana kepercayaan gereja ketika itu adalah bumi itu leper, Justeru, dia ditangkap kerana berbeza pendapat dengan pihak gereja.
What you see is what you get
Cerdik pandai pernah mengatakan"Cara kita melihat menentukan siapa kita".
Benarlah begitu, kerana seseorang yang menjadikan suasananya positif pasti akan melihat semua perkara adalah positif.
Hadapilah perbezaan pendapat dengan senyuman nescaya  masalah itu pasti  senyum kembali kepada kita.
Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa sudut yang kita ketahui sebenarnya mempunyai sudut lain yang belum kita ketahui.
Kadang-kadang kita tidak nampak dalam diri ada kekurangan, dan sebab itulah kita  perlu  teman untuk memberitahu.
Itulah adatnya apabila menubuhkan kerajaan pasti ada pembangkang. Inilah fungsinya.
Kerajaan yang tidak mampu menerima kritikan pembangkang adalah kerajaan yang lemah!.
Kesimpulan
Jadilah manusia yang  cerdik dalam  member pendapat dan juga menerima  perbezaan pendapat.
Lihat sahaja Umar dan Abu bakar, dua sahabat Nabi yang sangat di hormati, mereka  dapat menerima antara satu sama lain walaupun mempunyai banyak perbezaan pendapat.
Mereka adalah manusia yang cerdik dan pintar.
Seharusnya orang yang ingin menjadi cerdik dan pintar mencontohi  akhlak mereka.
Mengakui kelemahan diri itu sebenarnya bukan hina malah itu lah sifat hamba yang soleh.
Sebenarnya musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
Orang lain tidak mampu membuat kita risau kecuali diri kita sendiri yang membuatnya risau.
*Ikhtilaf - perbezaan pendapat

Khamis, 14 Oktober 2010

Indahnya hidup bersyariat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca budiman. Bertemu sekali lagi dalam blog ini. Syukur kehadrat Allah, sehingga kesaat ini, masih mengurniakan kita nafas dan dengan nafas itu kita berupaya melakukan pekerjaan bagi menampung keperluan keluarga.

~Indahnya hidup bersyariat. Itulah yang cuba dikongsikan bersama. Hidup ini mesti menjadi indah jika kita hiasi dengan penyataan cinta yang tidak berbelah bahagi kepada Allah taala. Hati ini tidak dapat menafikan kebaikkan hidup bersyariat. Kita dilahirkan dengan mecintai kebaikkan. Begitu juga hidup ini. Sentiasa mencintai kebaikan, keikhlasan dan kasih sayang.

~Hidup bersyariat bukan sekadar mengamalkan ISLAM dan kehidupan seharian. Tetapi, menjadikan ianya sebagai cara hidup yang bermula dari bangun tidur sehingga kembali ke tempat tidur untuk tidur lagi. Dan setiap berakhirnya satu hari tersebut, bertambah baiklah amalan dan semakin meningkat tahap muamalat kita dengan manusia.

~Hidup bersyariat juga menetapkan hubungan di antara lelaki dan perempuan dalam kerja sehari-hari. Bagaimana seorang lelaki yang ajnabi kepada perempuan, seorang Isteri kepada Suami. Seorang anak kepada IBU dan AYAH. Begitulah Allah menetapkan syariat ISLAM dengan sebaik-baiknya untuk diikuti oleh umat Muhammad s.a.w.

~Hidup bersyariat juga menekan kita mengikuti undang-undang dan hukum ISLAM secara TOTAL. Seluruh hidup kita, kita hanya curahkan kepada pembangunan sahsiah diri dan juga personaliti baik supaya menjadi KHALIFAH ALLAH di muka bumi ini. Islam mebawa mesej yang baik dan sebarkanlah mesej-mesej keamanan di muka bumi ini

~p/s: ada manusia yang hanya mengamalkan ISLAM untuk kepentingan sesuatu hal sahaj. Contohnya, nak kawen saja, ikut syariat nabi, kahwin 4. Tapi, hakikatnya sebelum itu adalah penzina tegar..

Isnin, 11 Oktober 2010

Sekadar renungan..."Pabila Iblis Berjumpa Rasulullah s.a.w"



Telah diceritakan bahawa Allah s.w.t. telah menyuruh iblis laknatullah datang kepadaNabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya. Pada suatu hari Iblis laknatullah pun datang kepada Baginda s.a.w. dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih, sedang ditangannya memegang tongkat.  Bertanya  Rasulullah s.a.w, "Siapakah kamu ini ?"  Orang tua itu menjawab, "Aku adalah iblis."  "Apa maksud kamu datang berjumpa aku ?"  Orang tua itu menjawab, "Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku." 

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya, "Hai iblis, berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ?"  Iblis menjawab, "Lima belas." 

1. Engkau sendiri hai Muhammad. 
2. Imam dan pemimpin yang adil. 
3. Orang kaya yang merendah diri. 
4. Pedagang yang jujur dan amanah. 
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk. 
6. Orang Mukmin yang memberi nasihat. 
7. Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang. 
8. Orang yang tetap dan cepat bertaubat. 
9  Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram. 
10. Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci. 
11. Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan berderma. 
12. Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya. 
13. Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang. 
14. Orang yang hafal al-Quran serta selalu membacanya. 
15. Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur. 

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi, "Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ?"  Jawab iblis laknatullah, "Sepuluh golongan :- 

1. Hakim yang tidak adil. 
2. Orang kaya yang sombong. 
3. Pedagang yang khianat. 
4. Orang pemabuk/peminum arak. 
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan. 
6. Pemilik harta riba'. 
7. Pemakan harta anak yatim. 
8. Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat/sering meninggalkan solat. 
9. Orang yang enggan memberikan zakat/kedekut. 
0. Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah. 

"Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia."  Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis laknatullah. Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis laknatullah itu adalah musuh Allah s.w.t. dan manusia. Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis laknatullah, kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis laknatullah bermakna menjadi musuh Allah s.w.t.Demikianlah sebaliknya, sesiapa yang menjadi musuh iblis laknatullah bererti menjadi kawan kekasihAllah s.w.t..semoga kita memperbaiki diri dan berusaha mencapai keimanan yang suci.. amin ya rabb..

Untuk renungan suami dan isteri yang bertakwa

Dalam hadis yang bersumber dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah saw pernah berwasiat kepada menantunya Ali bin Abi Thalib (r.a):

“Wahai Ali, jika isterimu memasuki rumahmu, hendaknya melepaskan sandalnya ketika ia duduk, membasuh kedua kakinya, menyiramkan air dimulai dari pintu rumahmu sampai ke sekeliling rumahmu. Karena, dengan hal ini Allah mengeluarkan dari rumahmu 70.000 macam kefakiran dan memasukkan ke dalamnya 70.000 macam kekayaan, 70.000 macam keberkahan, menurunkan kepadamu 70.000 macam rahmat yang meliputi isterimu, sehingga rumahmu diliputi oleh keberkahan dan isterimu diselamatkan dari berbagai macam penyakit selama ia berada di rumahmu.

Cegahlah isterimu (selama seminggu dari awal perkawinan) minum susu dan cuka, makan Kuzbarah (sejenis rempah-rempah, ketumbar) dan apel yang asam. Ali bertanya: Ya Rasulallah, mengapa ia dilarang dari empat hal tersebut? Rasulullah saw menjawab: Empat hal tersebut dapat menyebabkan isterimu mandul dan tidak membuahkan keturunan. Sementara tikar di rumahmu lebih baik dari perempuan yang mandul. Kemudian Ali (sa) bertanya: Ya Rasulallah, mengapa ia tidak boleh minum cuka? Rasulullah saw menjawab: Cuka dapat menyebabkan tidak sempurna kesucian dari haidnya; Kuzbarah menyebabkan darah haid berakibat negatif terhadap kandungannya dan mempersulit kelahiran; sedangkan apel yang asam dapat menyebabkan darah haid terputus sehingga menimbulkan penyakit baginya. Kemudian Rasulullah saw bersabda:

Pertama: Wahai Ali, janganlah kamu menggauli isterimu pada awal bulan, tengah bulan, dan akhir bulan, karena hal itu mempercepat datangnya penyakit gila, kusta, dan kerusakan syaraf padanya dan keturunannya.

Kedua: Wahai Ali, janganlah kamu menggauli isterimu sesudah Zhuhur, karena hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan jiwa anak mudah goncang, dan setan sangat menyukai manusia yang jiwanya goncang.

Ketiga: Wahai Ali, janganlah kamu menggauli isterimu sambil berbicara, karena hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan kebisuan. Dan janganlah seorang suami melihat kemaluan isterinya, hendaknya memejamkan mata ketika berhubungan, karena melihat kemaluan dapat menyebabkan kebutaan pada anak.

Keempat: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu dengan dorongan syahwat pada wanita lain (membayangkan perempuan lain), karena (bila dikaruniai anak) dikhawatirkan memiliki sikap seperti wanita itu dan memiliki gangguan kejiwaan.
Kelima: Wahai Ali, barangsiapa yang bercumbu dengan isterinya di tempat tidur janganlah sambil membaca Al-Qur’an, karena aku khawatir turun api dari langit lalu membakar keduanya.

Keenam: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu dalam keadaan telanjang bulat, juga isterimu, karena khawatir tidak tercipta keseimbangan syahwat, yang akhirnya menimbulkan percekcokan di antara kalian berdua, kemudian menyebabkan perceraian.

Ketujuh: Wahai Ali, janganlah menggauli isterimu dalam keadaan berdiri, karena hal itu merupakan bagian dari prilaku anak keledai, dan (bila dianugrahi anak) ia suka ngencing di tempat tidur seperti anak keledai ngencing di sembarangan tempat.

Kedelapan: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu pada malam ‘Idul Fitri, karena hal itu (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan anak memiliki banyak keburukan.

Kesembilan: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu pada malam ‘Idul Adhha, karena (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan jari-jarinya tidak sempurna, enam atau empat jari-jari.

Kesepuluh: wahai Ali, jangan menggauli isterimu di bawah pohon yang berbuah, karena hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi orang yang penyambuk atau pembunuh atau tukang sihir.

Kesebelas: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu di bawah langsung sinar matahari kecuali tertutup oleh tirai, karena hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan kesengsaraan dan kefakiran sampai ia meninggal.

Kedua belas: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu di antara adzan dan iqamah, karena hal itu (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan ia suka melakukan pertumpahan darah.

Ketiga belas: Wahai Ali, jika isterimu hamil, janganlah menggaulinya kecuali kamu dalam keadaan berwudhu’, karena hal itu (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan ia buta hatinya dan bakhil tangannya.

Keempat belas: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu pada malam Nisfu Sya’ban, karena hal itu (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan tidak bagus biologisnya, bertompel pada kulit dan wajahnya.

Kelima belas: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu pada akhir bulan bila sisa darinya dua hari (hari mahaq), karena hal itu (bila anugrahi anak) dapat menyebabkan ia suka bekerjasama dan menolong orang yang zalim, dan menjadi perusak persatuan kaum muslimin.

Keenam belas: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu di atas dak bangunan ( yang tidak beratap), karena hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi orang munafik, riya’, dan ahli bi’ah.
Ketujuh belas: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu ketika hendak melakukan perjalanan (bermusafir), jangan menggaulinya pada malam itu, karena hal itu (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan ia suka membelanjakan harta di jalan yang tidak benar (pemboros). Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah swt:
إِنَّ الْمُبَذِّرِيْنَ كَانُوْا إِخْوَانَ الشَّيَاطِيْنَ.
Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara setan.” (Al-Isra’: 27).
Kedelapan belas: Wahai Ali, jangan menggauli isterimu jika kamu hendak bermusafir 3 hari 3 malam, karena hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi penolong orang yang zalim.

Kesembilan belas: Wahai Ali, gauilah isterimu pada malam senin, karena hal itu (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan ia menjadi pemelihara Al-Qur’an, ridha terhadap pemberian Allah swt.

Kedua puluh: Wahai Ali, jika kamu menggauli isterimu pada malam Selasa, hal itu (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan ia dianugrahi syahadah setelah bersaksi “Sesungguhnya tiada tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah”, tidak disiksa oleh Allah bersama orang-orang yang musyrik, bau mulutnya harum, hatinya penyayang, tangannya dermawan, dan lisannya suci dari ghibah dan dusta.

Kedua puluh satu: Wahai Ali, jika kamu menggauli isterimu pada malam Kamis, hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi ahli hukum dan orang yang ‘alim.

Kedua puluh dua: Wahai Ali, jika kamu menggauli isterimu pada hari Kamis setelah matahari tergelincir, hal itu (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan ia tidak didekati setan sampai berubah rambutnya, menjadi orang yang mudah paham, dan dianugrahi oleh Allah Azza wa Jalla keselamatan dalam agama dan di dunia.

Kedua puluh tiga: Wahai Ali, jika kamu menggauli isterimu pada malam Jum’at, hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi orang yang orator. Jika kamu menggauli isterimu pada hari Jum’at setelah Ashar, (bila dikaruniai anak) dapat menyebabkan ia menjadi orang yang terkenal, termasyhur dan ‘alim. Jika kamu menggauli isterimu pada malam Jum’at sesudah ‘Isya’, maka diharapkan kamu memiliki anak yang menjadi penerus, insya Allah.

Kedua puluh empat: Wahai Ali, jangan gauli isterimu pada awal waktu malam, karena hal itu (bila dianugrahi anak) dapat menyebabkan ia menjadi orang yang tidak beriman, menjadi tukang sihir yang akibatnya buruk di dunia hingga di akhirat.

Kedua puluh lima: Wahai Ali, pegang teguhlah wasiatku ini sebagaimana aku memeliharanya dari Jibril (as). (Kitab Makarimul Akhlaq: 210-212)

Ahad, 10 Oktober 2010

Dia sedang bergelut dengan MAUT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

~Marilah kita menggumpul kekuatan untuk menyedekahkan al-fatihah kepada anak saudaraku, Aina yang sedang bergelut dengan MAUT.. Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepadanya..

Kebahagiaan yang hakiki

Salam kepada semua pembaca.. Terima kasih kepada yang meninggalkan komen disisi kotak. Penulisan memerlukan idea yang kritis bagi meningkatkan lagi mutu bagi memberi inspirasi yang berguna kepada semua pembaca yang budiman. Terima kasih dan semoga Allah memberikan hidayah kepada kita di atas sedikit daripada penulisan yang tidak seberapa ini.

~' HAkikatnya bahgia itu, adalah ketenangan, bila hati mengingati Tuhan..' sedikit daripada bait lagu UNIC, Hakikat Bahagia. Bagaimana persepsi ISLAM berkaitan dengan bahagia? Tak perlu diungkapkan secara umum, biarlah kita sendiri mentafsir erti bahagia... Bahagia bagi seorang IBu.. - Melihat anaknya berjaya.. Bahagia seorang ayah - dapat mengadakan segala-galanya untuk anak-anak. Bahagia seorang anak - berjaya dalam hidup.

~Tapi, berapa ramaikah bahagia jika memberi makan kepada anak-anak yatim? Berapakah ramai yang bahagia jika kebaikkan yang dibuat tidak mendapat puji-pujian dari manusia>? Berapa ramaikan yang bahagia ketika memberikan sedekah tanpa diketahui oleh orang lain? Semuanya bersikap menunjuk-nunjuk dalam amalan kebaikan. Supaya mendapat pujian dari orang. Sedangkan, semakin dipuji, semakinlah riak manusia.

~Bahagiakah bila kita menipu isteri dengan beralasan menjaga hatinya? Adakalanya, penipuaan itulah menderitakan hati setiap insan. Isteri adalah amanah. Jagalah amanah tersebut. Kerana, pada amanah itu, terletak bahagia yang sukar di cari ganti.

~Bahagia sebenar-benar bahagia, hanyalah apabila kita berada di syurga. Hidup di dunia hanya sementara. Biarlah sementara kita menderita. Daripada menderita selama-lamanya. Biarlah beristeri seorang, jika mampu berlaku adil dan membahagiakan rumah tangga. Jangan lantaran mengejar nafsu, semuanya ditinggalkan. Lara.. dah terhantuk baru terngadah..

~Semoga semua berusaha mencari ketenangan yang membahagiakan. Carilah bahagia dalam solat. ..

Jumaat, 8 Oktober 2010

Hakikat dalam kehidupan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tajuk dipilih sedemikian rupa. Tapi, adakah isinya akan berkisarkan akan kepada tajuk post aku di atas.? Terpulanglah kepada cetusan idea yang bakal aku sajikan pada kali ini

~Manusia sentiasa mengharapkan kepada kebaikkan dari Allah taala.  Itu adalah hakikatnya. Tetapi, berapa ramaikah yang sedar, bahawa nilai ujian yang Allah berikan kepada meraka berbeza-beza mengikut kemampuan yang boleh dipikulnya? Hanya Allah yang tahu sedangkan kita masih lagi mencari-cari kepastian itu.

~Akal dan nafsu bergerak seiiringan dalam kehidupan manusia. Akal hanya akan berkuasa jika mempunyai ilmu. Sedangkan, nafsu tidak perlu ilmu kerana kejahatan itu memang sudah sedia diketahui 'bijak'  menyesuaikan diri dalam pelbagai kejahatan. Dikurniakan 9 akal 1 nafsu buat insan bernama lelaki. Tetapi, masih juga 1 nafsu boleh menguasai diri lelaki sehingga melakukan perbuatan jenayah. Pandang-pandang.. kiri kanan. Lelaki lebih banyak mengumpat dari perempuan/

~Cinta dan matlamat. Orang kata cinta boleh bertemu kembali di syurga (buat pasangan kekasih yang sedang memadu cinta). Tapi, hakikatnya, cinta yang tidak ada ikatan sah (pasangan kekasih kat luar tu) boleh menempah tiket masuk neraka secara free. Kejahatan pada pasangan couple tu lah yang hakikatnya banyak merosakkan anak-anak muda kita. Percaya atau tidak, zina bermula dari situ. Sedangkan Allah terang-terangan berfirman dalam al-Quran, "JAngan kamu hampiri zina"..

~Matlamat tidak menghalalkan cara.. Apa sahaja cara, biarlah bertepatan dengan kehendak syara. Kita ada agama. Dalam agama ada undang-undang. Ikutilah. Jangan menyimpang lantaran mengejar harta dunia....

~Lelaki nak jadi perempuan. Itu memang alasan nak menghalakan cara. Sampai mati kau lelaki, sampai kau perempuan. Tak boleh menukar-nukar ciptaan Allah. Bila bersyukur, itulah tandanya sifat beriman kepada Allah melalui qada dan qadar

Isnin, 27 September 2010

eG-tukar bagi perpindahan Januari 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

~Sudah pastinya ramai guru-guru dipedalaman dah menyiapkan kata-kata terakhir dalam portal eG-Tukar. Yang belom tu, buatlah. www.www.apps.emoe.gov.my/epgo

~Pindah jika rasa perlu dan sudah memenuhi kriteria perpindahan. Jangan lantaran perpindahan membuat kita merasakan khidmat kita tidak diperlukan lagi di sekolah asal

~Pindah atas dasar-dasar yang terbaik. Insya Allah, niat itu mendahului perbuatan.

~Dah dapat pindah nanti, jangan lupakan kenangan lama.. Andainya baik, jadikan tauladan. Dan andainya buruk, jadikan sempadan..

~Selamat bertukar dan selamat Hari Raya

Jumaat, 17 September 2010

Cintakan Tuhan : Pemberi rezeki kita.

REZEKI ITU DARI TUHAN
Sepatutnya kita hamba Allah, tentang rezeki tidak perlu bimbang
Selama hamba itu hidup, ada jaminan dari Tuhan
Sedangkan seorang ayah terhadap anak-anaknya pun bertanggungjawab
Betapalah Tuhan yang bersifat Rahman terhadap hamba-hamba-Nya, mesti ada jaminan
Kerana itu baik sangka kepada Tuhan perlu, dan bertawakal kepada-Nya untuk ketenangan
Yang penting kepada seorang hamba berusaha mencari hidayah, taqwa dan iman
Yang ini kenalah dibimbangkan
Yang ini kenalah benar-benar struggle memperolehinya, tidak boleh bersenang-senang
Hidayah, iman dan taqwa kenalah cari bersungguh-sungguh
Ilmunya kena cari, bersungguh-sungguh amalkan, istiqamah dan perlukan pimpinan
Kemudian tentang rezeki, Allahlah memberi jaminan
Bukankah Tuhan pernah berkata yang bermaksud:
“Barangsiapa yang bertaqwa, rezekinya dijamin yang tidak diketahui mana sumber datangnya”
Dosanya diampun, amalannya diterima
Tuhan jaga mereka daripada tipuan syaitan
Musuh-musuh tidak dapat menipu dayanya
Mereka dijamin diberi kemenangan
Oleh itu rezeki janganlah dibimbangkan
Yang perlu, kita dekatkan diri kepada Tuhan
Bila jadi orang Tuhan segala-galanya ada jaminan

Khamis, 16 September 2010

16 September 2010.. ~Aku , Dia dan Perjuangan~

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati..

~Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua.. Walaupun begitu.. Selamat Hari Malaysia juga kepada negara kita Malaysia kali ke 47.


~Mencari erti kemenangan yang Allah sebut di dalam hadith baginda Rasulullah s.a.w.

~Hari ini, perjalanan kembali ke kampung Long Busang.. Insya Allah

~Isteriku sudah menempuhi perjalanan ke Long Sepiling.. aku bakal menyusul..

~Maaf dipinta kepada semua dari hujung rambut hingga hujung kaki.. Semoga Aidilfitri menyambungkan kembali ukhuwwah yang terpisah dek permusuhan dan perasaan hasad dengki..

~Kemaafan juga diberi demi kesejahteraan semua..

~Salam ukhuwwah fillah

Selasa, 7 September 2010

Tips mencari SAHABAT

1. Sahabat Yang Baik
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.  Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka.  Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang.  Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.
2. Mencari Sahabat Di Waktu Susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.  Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.  Kalau duka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?  Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.
3. Pasang-Surut Persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.  Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan.  Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku.  Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
4. Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat
Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.
Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.
5. Sukarnya Sahabat Sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini.  Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.  Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya.  Peliharalah cintamu terhadap mereka.  Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.  Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.
6. Sahabat Sejati Di Waktu Susah
Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.  Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.
Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku.  Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.
7. Rosaknya Keperibadian Seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan.  Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.  Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.
8. Menghormati Orang Lain
Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati.  Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.
Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala.  Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.
9. Menghadapi Musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan.  Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.  Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.
Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.
Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka.  Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.
10. Tipu Daya Manusia
Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia.  Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk.  Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.
11. Tempat Menggantungkan Harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.  Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.
12. Menjaga Nama Baik
Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.  Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya.  Berpisah dengannya bererti istirehat.  Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan.  Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.  Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.
Selamat tinggal dunia jika atasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...