Cari Blog Ini

Ahad, 25 Disember 2011

Muhammad Khalid Hafizi Bin Muhammad Khawar Hezazy

Assalamualaikum..

~15 Disember 2011 bersamaan 19 Muharram 1433 Hijrah, tarikh kelahiran putera pertama antara aku dan Dayang Khalizah. Pendekar yang dilahirkan pada 11.35 pagi di Hospital Miri, Sarawak. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana telah mengurniakan anak lelaki sebagai pewaris kepada keturunan ayah aku.

~Subhanallah, dilahirkan dengan panjang 48cm, berat 3.35kg, dilahirkan secara pembedahan. Dimasukkan kedalam wad pediatrik selepas 3 hari lahir, kerana Kuning. Alhamdulillah. Setelah 2 hari berusaha, maka dibenarkan balik ke rumah. Mula-mula 12.4, selepas itu 15.4. Setelah 2 hari, kembali 13.6. Begitu mendebarkan dan mengharapkan keampunan Allah jualah supaya memberi kesihatan yang baik kepada Khalid.

~Dengan rasminya, aku menukarkan nama pena kepada Abu Khalid Hafizi sempena nama anak aku. Insya Allah.. Semoga mereka yang bersama dengan Khalid di wad kuning hari itu, semuanya akan sembuh. Akan dipersembahkan lagi cerita lebih panjang...

Isnin, 12 Disember 2011

Apakah kita sebenarnya-benar adalah seorang BENAR?

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua bloggers yang sudi singgah ke Teratak buruk aku. Semoga beroleh sedikit ilmu buat kita teladani dan sempadani jika terdapat kebobrokan.

~Pagi tadi aku sampai dari Miri ke Marudi menggunakan kereta tumpangan yang biasa mengambil penumpang Marudi-Miri-Marudi. Alhamdulillah, perjalanan yang memenatkan tetapi minggu yang terindah bersama isteri yang tercinta. Jalan agak licin kerana baru diratakan oleh kontraktor yang membina jalan tersebut. Untuk pengetahuan, jalan tersebut merupakan jalan kelapa sawit/jalan balak yang direnovasi menjadi jalan berturap. Sebaik ditimpa hujan, jalan akan menjadi licin jika tidak diturap dengan batu. Jadi, agak berbahaya untuk kereta yang terkategori sebagai kereta jalanan.

Kereta 4wd menjadi pilihan untuk ulang-alik ke Marudi melalui jalan kelapa sawit yang penuh dengan bukit-bukau
~Kalau kereta 4 x 4 seperti HILUX, TRITON dan sebagainya, mungkin lebih selamat dan mungkin akan memendekan sedikit masa yang digunakan untuk melaluinya. Tapi, alhamdulillah, perjalanan yang berharga RM 40.00 sehala berjaya ditempuhi dengan bersahaja oleh pemandunya kerana sudah mahir selok belok perjalanan.

~Renungi diri kita seketika, adakah kita sudah sebaris safnya dengan para syuhada? para aulia? para ulama? atau masih terkapai-kapai mencari status diri. Kalau setakat solat didirikan, renung kembali, adakah solat kita berjemaah? Atau solat dikerjakan bersendirian? Atau solat dikerjakan khusyuk?

~Atau solat dikerjakan dengan ikhlas dengan merasai kehadiran Allah di segenap pelusuk hati? Jika merasakan puas dalam solat, adakah solat kita terima? Jangan persoal ibadah insan lain, tapi persoalkan ibadah kita. Adakah mencapai mutu yang dikehendaki oleh Allah. Kita boleh menilai, standard iman kita dengan merujuk kepada perilaku kita. Kalau paras iman kita rendah, maka sudah semestinya kita akan berani melakukan perbuatan seperti, MENCACI, MEMFITNAH, MENGADU DOMBA, MENGUMPAT DAN PELBAGAI JENIS MAKSIAT KEPADA ALLAH. Surah Al-Ankabut ayat 45 menerangkan,



اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Jumaat, 9 Disember 2011

Mampukah kita mempertahankan agama dan Rasulullah s.a.w? "Law ka na bai nana.."

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dihormati. Kesyukuran yang tak terhingga diucapkan kepada Allah s.w.t untuk segalanya dalam kehidupan yang penuh dugaan dan halangan. Walaupun seringkali aku memungkiri segala janjiku, namun Dia tetap memberi peluang kepadaku untuk terus berada dalam kesenangan dunia. Ya-Allah, ampunkanlah dosa-dosaku. Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, dosa isteriku, dosa saudaraku, dosa sahabat ku, dosa umat mukimunin dan mukminat, dan dosa muslimin, muslimat.

~Semasa melayari internet pagi tadi, terbacalah satu blog yang mengutuk "K-POP". Dibawahnya, 1700 comment mengutuk siempunya blog tadi. Ya Allah, begitu sekali cinta muda-mudi kepada "K-POP" tadi sampai nak menoreh muka si empunya blog kerana mengutuk artis kesayangan mereka. Meluat dan sedih melihat anak bangsa yang mengagungkan artis lebih daripada RASULULLAH. Mana tidak, sampai memecah belahkan umat Islam dengan disebabkan oleh seorang yang BUKAN SEAGAMA dengan kita. Astagfirullah.

~Law ka na bainana.. (Alangkah indahnya jika baginda ada bersama..) mengalir kesyahduan di mataku kerana merindui baginda Rasulullah s.a.w. Ada tak remaja yang mempertahankan Rasulullah ketika peribadi insan mulia ini dihina? Ada tak remaja memperjudikan nyawanya demi mempertahankan Rasulullah? Jawapannya sedikit sekali. Ramai mengambil langkah mendiamkan diri kerana takut. Itu kebodohan yang nyata..

~Law ka na bainana..Ya Rasullullah..  Mengapa diagungkan manusia lain yang tidak memberi makna kepada agama Islam? Sedarilah, agungkanlah baginda Rasulullah. BAginda merupakan insan yang teragung di dalam sejarah kehidupan manusia. Lebih hebat dari segala artis. Disayangi, dicintai oleh segolongan manusia (umat Islam) bahkan kemuliaan dan kasih sayang baginda dapat memberi syafaat kepada kita di Yaumul Mahsyar. Sedarilah dan ubahkanlah persepsi cinta kita kepada manusia. Adakah dengan mempertahankan "K-POP" kita akan dijamin syurga?

~Law ka na bainana..Aku merinduimu Rasulullah. Ya-Allah, sampaikan salam penuh takzim dariku buat Rasulullah s.a.w....

Khamis, 8 Disember 2011

Pekeliling Perkhidmatan SBPA dah keluar yop!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua bloggers.



~Hangat sekarang bukan sebab cuaca yang hangat, tapi GAJI yang hangat dipasaran.

~Pekeliling berkaitan dengan SBPA telah keluar. Untuk guru, sila lawat laman berikut:

www.jpa.gov.my/guru/index.html

~jangan lupa nak periksa di mana status gaji tu cikgu. Kalau tak, sibuklah lagi 'meraung' kata gaji tak cukup untuk mendidik anak bangsa.

~Hmm.. gaji tetap naik, tapi, mutu iman kita naik tak seiiring dengan kenaikkan gaji?

~Wallahualam.. semoga Allah kurniakan kita keberkatan dalam bekerja.

Selamat mendownload ye

Rabu, 7 Disember 2011

Caro molah 'blinking text' makey Adobe Photoshop CS3

Assalamualaikum dan salam sejahtero kepada semua bloggers. Hari ini, aku nak merapu sikit menggunakan bahasa yang aku buat untuk menyiapkan 'teks berkelip-kelip'.

1. Buka Adobe Photoshop CS3. kakyo, click file--> new --> pilih sukati diriklah nak 'layer' besar kedak ney

2. Tulis  perkataan yang di maok dirik dalam layer nok tadik eh

3. Bukak animation bar rah menu bar, WINDOW--> ANIMATION (bar animation akan buka automatik rah dibah sia.

4. Tekan nok rah page di animation bar sio, kakyo klik butang kecik didibah dekat dengan tong uras sia, kakyo klik jak. ado kuar page baru rah animation bar ya, betullah nak dipolah kahu yang jang

5. klik rah layer sebelah kanan, kakyo right klik layer asal tadik kakyo kahu duplicate nye agik.

6. Ado nok layer original nye, ado bisik mato nak jang? klik rah sia, k ngaib kannya.

7. Klik balit raya duplicate udik, kakyo tukar rona nye

8. Kakya, rah animation bar tadik, tukar kahu jam didibah gambar yang dimaok kah.

9. ctrl + alt + shift + s   , cek kahu usaha kau tadik.. dapatnye, betullah dikerja kahu.

gitok contohnye :

HarI Lahir Umie kepada anakku..

Assalamualaikum...dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dihormati semua.

~Telah ditakdirkan, bahawa hari ini adalah hari kelahiran seorang hamba Allah yang mulia.. Seorang mujahidah yang sentiasa bermujahadah dijalan Allah dengan melayan sang suami dengan sepenuh hati untuk menggarap keredhaan Allah jua. Seorang bakal ibu mithali yang bakal menerima tempat khas di syurga.. Insya Allah, redhaku tetap bersamanya..

~sELAmat Hari Lahir ku ucapkan kepada Dayang Khalizah Binti Awang Batu.. Semoga bertambah ketakwaan dan keimanan kepada Allah. Dengan detik kelahiran semakin menghampiri, hiasilah rahimmu dengan alunan al-Quran. Penuhi dengan kasih sayang yang beralunankan zikrullah. Ajarnya menjadi seorang hamba Allah yang bakal berjuang di jalan Allah. Seorang pejuang yang merindui syahid di fisabilillah. Seorang berjasa kepada agama dan bangsa.

~Selamat hari lahir sayangku.. Bersaksi cinta di atas cinta.. dalam alunan tasbihku ini. Meneka hati yang tersembunyi. Bertemankan sunyi di malam penuh doa.. TErukir merdu namamu.. Di dalam Lauh Mahfuz.. Bahawa dirimu adalah peneman kesunyian di dunia. Semoga ianya menuju ke syurga..

~ Naluri berkata.. menanti bidadari dunia dari syurga...yakni dirimu.. Semoga Allah menjadikan masjid di bina ini, sebagai cinta menuju kesyurga..

Selasa, 6 Disember 2011

Duhai pendampingku.. (Untuk ISteriku..yang amat dicintai..Puan Dayang Khalizah))

Di hatimu tersimpan cinta yang suci
Serta mendalam pernikahan dari beda dunia
Meski kau terbiasa hidup tanpa perih
Namun kau ikhlas hidup bersahaja
Namun bahagia

Duhai pendampingku, akhlakmu permata bagiku
Buat aku makin cinta
Tetapkan selalu janji awal kita bersatu
Bahagia sampai ke surga

Maafkan aku jika tak bisa sempurna
Karena ku bukan lelaki yang turun dari surga
Ketulusan hatimu anugerah hidupku
Doakan langkah kita tak berpisah
Untuk selamanya

Sampai ke surga....


Berjauhan lagilah jawapannya.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan bloggers yang di hormati.....

~Allahuakbar (Allah is the great)(Allah Maha Besar).. Dengan kekuatannya, dapatlah aku mencoretkan sebuah catatan yang tidak berpenghujung. Subhanallah, Maha Suci Allah.. dengan keberkatan waktu dhuhanya, semoga dengan waktu yang indah ini, aku beroleh ketenangan, keberkatan dan limpahan rahmatNya yang meluas..

~Isteriku sedang menunggu saat kelahiran anak pertama. Dia sedang bertarung dengan nyawanya demi melahirkan anak pertama kami. Dia sekarang di Miri. Huhu.. tinggallah aku keseorangan dalam mengharungi hidup di Pekan Marudi nan indah ini. Huhu..ku meirnduinya..

~Bersaksi cinta, di atas cinta.. dalam alunan tasbihku ini.

~Air sungai di Pekan Marudi kian meningkat.. Hujan tak henti-henti di hulu Sungai Baram. Kalau berterusan, alamat banjirlah di Marudi ni.

~bersambung..

Jumaat, 2 Disember 2011

Sedikit pedoman kita buat Penghulu Hari ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..


Terdetik dihati hendak berkongsi sedikit ilmu yang aku perolehi ketika menelusuri Internet pagi tadi.. Semoga kita beroleh manfaat daripadanya..


 Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (Surah Thaha: Ayat 132)"


~Ini barangkali boleh kita kaitkan dengan isu perpindahan yang lepas. So, perhatikan ayat tersebut. Kita tidak ada kekuasaan terhadap rezeki melainkan dengan kuasa Allah s.w.t juga. Setiap perbuatan yang baik, Allah akan balas dengan setimpalnya. Tidak dipersiakan walaupun sedikit. Semoga kita berusaha lebih untuk menjadikan diri kita sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa.


~Allah tak minta korban, bahkan Allah mengggalakan korban atasNya untuk kebaikan umat Islam yang lain. Renungilah.. "Cukuplah Allah sebagai penolongku.."


~Selamat menunaikan ibadah jumaat. Mari ramaikan saf-saf di masjid seperti mana yang diperintahkan. Mari meluangkan masa untuk mengadu permasalahan kita kepada Allah. Semoga, Allah memberikan inspirasi untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Allah tidak akan mempersiakan kita.


~MArilah kita beriktikaf di rumah Allah pada hari ini. Bermuhasabah diri dalam kekalutan diri. Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar yang dikasihi, Nabi Muhammad s.a.w.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas baginda dan keluarganya.


~Marilah mengucapkan kesyukuran kepada Allah.. Marilah kita mengagungkan asma' Allah (nama Allah). Marilah menuju kejayaan...

Khamis, 1 Disember 2011

Skrin Preview untuk Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Baram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.

~Syukur kupanjatkan kepada Allah s.w.t. kerana dengan izinNya Yang Maha Esa, dapat juga aku mengilhamkan idea yang bernas untuk mencoretkan kata-kata dalam blog ini.

~Ini Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Baram yang aku bina hasil usaha sendiri. Berbekalkan modal RM100.00, sebuah laptop, usaha+doa, cd micromedia dreamweaver 5.0, dan dorongan dari isteri tercinta, Dayang Khalizah Binti Awang Batu, terciptalah Portal ini. Ops, terlupa, dorongan dari semua kakitangan PPD Baram terutamanya, Cikgu Borhan Bin Bujang, Cikgu Abdul Azid, Cikgu Hajijah dan semua rakan fasilinus.. (banyak sangat..harap tak kecik hati tak sebut ya..) terima kasih dan terima kasih dan terima kasih..sampai tak terhingga diucapkan kepada semua..

~Insya Allah akan diperbaiki lagi laman sesawang ini dari sehari ke sehari kerana aku masih belajar dan bukannya pakar..


IKUTI LINK KE PORTAL RASMI PPD BARAM :   www.ppdbaram.co.cc

p/s: masih kurang mahir dan willing to do and learn even learn it from a university student indeed..

\1.1.2013 - LAMAN WEB INI TELAH DITUTUP ATAS TEKNIKAL.

Rabu, 30 November 2011

Mencecah 15,000 pengunjung!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca dan blogger sekalian. Semoga dirahmati Allah hendaknya.

~2 tahun berblog, dengan publisiti yang murah, dan nama yang tidak terkenal, dapatlah aku mengumpul 15,000 pengunjung selama 3 tahun laman blog ini ditubuh. Post yang pertama, http://www.insanwardah.blogspot.com/2009/01/permulaan-aku-sebagai-guru.html sehinggalah ke post ini, dah 178 post diterbitkan. Pelbagai karenah dipertunjukkan menandakan proses kematangan  dalam penulisan blog. Alhamdulillah. Kalau bukan kerana Allah mengilhamkan kata-kata kepadaku, sudah semestinya, tidak wujud blog ini selama 3 tahun. Syukurlah. Diari seorang guru biasa. Dari guru permulaan, sehinggalah bergelar Guru Akademik dan akhirnya ke "Tukang Fotostat" (hehe).. Syukurlah di atas ketentuan dan ketetapan yang Allah telah kurniakan kepada aku.

~Bakal bergelar seorang "bapa" kepada anakku. Sedang dalam perkembangan untuk mencari idea menjadi bapa yang mithali. Konsep kebapaan secara tidak langsungnya telah disemai semasa menjadi seorang guru. Alhamdulillah, akan kutemui sebuah perjalanan yang indah, setelah kembali ke 'alam yang kekal'.

~Subhanllah, terima kasih kepada semua pengunjung kerana melewati ke blog ini dan jutaan penghargaan kepada meraka yang telah mengilhamkan pelbagai idea yang bernas untuk aku kemukakan. Kalau tiada masalah, dunia pasti serba tak kena.

~Kalau keberatan hendak meninggalkan tanda, cukuplah hadir di blog ini dengan senyuman yang sudah pastinya akan meningkatkan keupayaan kita untuk bersedekah. Tinggalkan komen sebagai penghargaan kita kepada penulisan penulis blog yang tidak kering dengan ideanya..

~Luahan hati seorang guru, tidak akan terkubur kerana selagi ada guru, selagi itulah blog ini akan diteruskan!!

p/s: kecuali, aku kembali kehadrat Allah s.w.t

Selasa, 29 November 2011

Sedetik kita dengan maut, bermuram, sedetik selepas denganya, gembira

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua blogger yang dihormati. Alhamdulillah, syukurlah kerana dengan limpah dan karuniaNya, dapatlah aku mencoretkan sedikit catatan dari cebisan hidupku yang tidak bernilai di sisi Allah.

~ Alhamdulillah, aku dianugerahkan satu lagi peluang untuk menghirup udara di muka bumi Allah. Dari tahun 1984 sehingga 2011, aku dikurniakan peluang sebanyak 9855 hari untuk melakukan kebaikan dan amanah dari Allah iaitu menjadi khalifah di muka bumi. Dan, dalams sebanyak hari tersebut, macam-macam karenah yang aku hadapi, perit jerih, suka duka, onak berduri dilalui dengan ketetapan Allah. Aku mengenali Allah sejak dari rahim ibuku yang mulia. Diajar kalimah Allah sebaik dilahirkan dengan kalimah azan di kedua cuping telingaku. Kemudian aku belajar mengenaliNya dengan bantuan kedua ibu bapaku yang mendidik aku dengan lantunan suara yang indah. Diajar bahasa syurga, diberi rezeki dari sumber yang halal. Dan setelah menginjak dewasa, aku diberi peluang untuk mengecapi apa yang telah dikecapi manusia lain. Tapi, masih mampukah amalan ku diterima Allah? Masih mampukah aku mengapai redha Allah yang diimpikan? Belum ada kepastian di dalam ketaatan kita. Menangislah selalu, nasib kita belum tentu. Adakah diterima atau tidak di MAHKAMAH PENGADILAN.

~Peristiwa semalam mengajar aku banyak pekara. Dalam perjalanan balik ke Marudi menggunakan bot ekspress, hujan lebat pula datang melanda. Isteriku sedang sarat mengandung anak pertama kami. Dalam keadaan yang sesak dengan penumpang. Hujan turun dengan lebatnya bersama kilat dan guruh. Sekali kilat menyambar bot ekspres, masya Allah. Kelihatan asap terhasil kerana berlaku litar pintas. Manusia di dalam bot ekspress tersebut mulai panik. Air hujan menitik ke dalam badan kapal menambahkan kerisauan. Sekali dipecahkan cermin penumpang dibelakang menambahkan kerisauan. Satu pekara yang aku ingati, ketika nabi Yunus a.s berada di dalam kapal yang sedang dilanda ombak yang tinggi menggunung. .. Aku hanya mengingati bagaimana hendak menyelamatkan isteriku yang sarat mengandung sahaja. Sedangkan nyawaku aku langsung tidak peduli.

~Aku mengucap syahadah, bimbang kerana aku syahid di jalan Allah. Ku lantunkan zikir, "Laillahilla anta, subhanaka inni, kuntu minazzalimin".. (Doa Nabi Yunus a.s) untuk menenangkan perasaan yang bercampur baur. Dengan asap yang semakin menebal, penumpang lain panik dan keluar dari bot. Hujan lebat. Ya Allah, aku hanya berserah keselamatan isteri dan anaku kepada Allah...

~Datang pula pemilik bot, marah-marahkan penumpang. Hmm.. dahlah tak ada safety jacket. Ciri-ciri keselamatan langsung tiada. Walau apa-apa pun, Allah telah menyelematkan semua penumpang. Pada waktu cemas, ramai ingat mati. Dah ok je, ramai ketawa. Ya Allah. Penumpang lain dok gelak sebab lucu. Apalah

Isnin, 28 November 2011

2 Muharram 1433 Hijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


~Syukur ku panjatkan kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah karuniaNya, aku dipertemukan semula dengan tarikh keramat ini. Subhanallah kerana mengurniakan kepadaku cinta dan perasaan dari seorang insan yang bergelar seorang isteri. Alhamdulillah kepada Allah, kerana mengurniakan seorang isteri yang setia dalam menyokong hidupku dan Masya Allah, ciptaan Mu terlalu agung jika dibandingkan dengan amalan aku yang terlalu sedikit untuk dikurniakan anugerah..

~Sudah 2 tahun dibina Masjid Syurgawi yang berteraskan kepada cinta kepada Allah. Maha suci Allah, setelah 2 tahun menanti, kami kurniakan cahaya hati dan cahaya mata untuk dipikulkan amanah itu ke atas bahu kami. Syukur ya Allah. Semoga ikatan ini boleh berkekalan sehingga ke akhirat kelak. Semoga syurga yang diimpikan menjadi realiti. Bersama kita membina keluarga yang sakinah mawaddah warahmah.

~Bahagianya perasaan jika mengenangkan rezeki Allah. Tapi, jangan sampai terlalai sehingga rezeki tadi menjadi punca kepada lalai mengingati Allah..

2 Muharram 1433 H - 2 tahun berkahwin. Tarikh masehi 19 Disember 2009

Lawatan ke SK Long Naah, SK Long Banga dan SK Lio Mato

Assalamualaikum dan salam sejahtera.







Sekadar share sekolah yang dilawati oleh En. Ismail Bin Kalam, Timbalan Pengarah KPM dan ahli rombongan, ke sekolah yang dilawati pada 31 Oktober 2011 sehingga 1 November 2011. Sedikit cebisan ingatan dilontar di sini buat tatapan umum.

Jumaat, 18 November 2011

Laskar Garuda Tersungkur

Laskar Garuda tersungkur



PENJAGA gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menangkap kemas bola hantaran lawan pada perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam. Malaysia mara ke separuh akhir selepas menewaskan tuan rumah 1-0.



JAKARTA – Malaysia melenyapkan ego Indonesia selepas mencatat kemenangan 1-0 untuk melangkah ke separuh akhir bola sepak selaku juara Kumpulan A.
Untuk babak seterusnya, Malaysia yang diwakili skuad Harimau Muda akan berdepan naib juara Kumpulan B, Myanmar pada 19 November ini.

Bertambah manis, kemenangan itu juga kali pertama dalam tempoh lapan tahun buat skuad negara di Stadium Gelora Bung Karno di samping mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.
Biarpun laungan Maling! Maling! (pencuri) mengiringi persembahan Malaysia pada awal perlawanan, anak-anak buah Ong Kim Swee tenang mengawal permainan sebelum Syahrul Azwari muncul wira negara apabila menjadi penjaring gol tunggal negara.

Berpunca daripada hantaran tinggi Mahalli Jasuli pada minit ke-17, Syahrul berjaya melepasi kawalan bek tuan rumah sebelum tenang melepaskan rembatan leret melepasi jangkauan penjaga gol Indonesia, Andritany Ardhiyasa.
Malaysia sebenarnya berpeluang menambah gol kedua beberapa minit kemudian melalui tandukan bek kiri, Asraruddin Putra Omar berpunca daripada situasi sepakan penjuru, namun palang menjadi penyelamat Indonesia.
Walaupun terpaksa bermain tanpa arahan Kim Swee yang diarah keluar padang pada 20 minit terakhir perlawanan, ia tidak mematahkan semangat juang pemain negara yang bertahan bermatian-matian.

Sementara itu, rasa sakit hati rakyat Malaysia akibat provokasi buruk yang dilakukan penyokong Indonesia sepanjang Sukan SEA XXVI, sedikit terubat semalam, berterima kasih kepada adik Aaliyah Yoong Hanifah yang mencipta nama sebagai juara termuda dalam sejarah Sukan SEA pada usia 8 tahun dengan meraih emas ski air tricks wanita.
Hampir di semua venue, baik di Palembang atau Jakarta, penonton melaungkan perkataan ‘maling’ yang membawa maksud pencuri, malah insiden keji berlaku di kolam renang apabila jalur pada Jalur Gemilang dikurangkan pada upacara menaikkan bendera acara terjun kelmarin. Lagu Negaraku pula diejek oleh hampir 90,000 penonton di Gelora Bung Karno sebelum aksi bola sepak semalam.

Pelbagai serangan psikologi yang dilancarkan penyokong tuan rumah ke atas atlet, jurulatih, pegawai, penyokong, malah wartawan Malaysia langsung tidak memberi kesan.
Keseronokan juara remaja Asia, Aaliah yang juga adik kepada bekas pemandu Formula Satu, Alex Yoong itu memberikan emas selepas mencatat 2,960 mata, mengatasi Promsunitsit Sareeya dari Thailand. Kakaknya, Philippa Yoong meraih gangsa dengan 1,860 mata.

Bukan Aaliyah saja membanggakan bapa mereka, Hanifah Yoong Abdullah, malah Phillipa turut mengharumkan nama keluarga dengan merangkul emas slalom wanita, manakala Alex meraih sebutir perak.

Keseluruhannya, sembilan emas, 10 perak dan 11 gangsa dikutip Malaysia pada hari ketujuh. Renang menambah sebutir emas menerusi Christina Koh dalam 50 meter kuak dada wanita, namun kejutan hadir menerusi atlet yang kurang diberi perhatian, Heidi Gan apabila menjuarai saingan renang perairan terbuka.

Silat yang menjadi mangsa pengadilan buruk wasit sejak hari pertama pertandingan, akhirnya mengutip tiga emas manakala memanah dan boling menokok satu emas.

Seperti geram dengan layanan buruk yang diterima rakan-rakannya, Ahmad Shahril Zailudin melepaskan perasaan menerusi persembahan hebat membenam peserta tuan rumah, Sapto Purnomo 5-0 dalam kelas Putera D 60-65kg. Emas kedua silat hadir daripada Mohd. Al Jufferi Jamari (Putera E 65-70kg), manakala Mohd. Fauzi Khalid melengkapkan emas ketiga dalam Putera F 70-75kg.

Di Anchol Jaya, Jakarta, boling menepati sasaran tiga emas yang ditetapkan apabila menambah sebutir lagi menerusi trio lelaki. Malah, pasukan negara menguasai kedudukan 1-2 apabila kombinasi Adrian Ang, Alex Liew dan Zulmazran Zulkifli mengalahkan rakan sepasukan, Aaron Kong, Muhammad Syafiq Ridhwan Abdul Malik dan Muhd. Nur Aiman Khairuddin.

Memanah juga meneruskan dominasi recurve lelaki. Selepas merangkul emas dan perak individu kelmarin, Malaysia mempertahankan emas berpasukan pula menerusi juara individu, Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamed dan Haziq Kamaruddin.

Ketika Sukan SEA berbaki lima hari lagi, Malaysia sudah mengumpul 37 emas, 35 perak dan 55 gangsa, sekali gus memintas Singapura untuk menghuni tangga keempat keseluruhan. Kita hanya mencari tiga lagi emas bagi melengkapkan sasaran awal 40 emas tetapi Majlis Sukan Negara (MSN). – Utusan

p/s: Inilah yang dimaksudkan. elakkan perpecahan kita. Kita serumpun. Biarlah kita bersatu walaupun berlainan kebangsaan.

Catatan 18/11/2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman,

Merenung kembali kepada kejadian asal kita, iaitu dari titisan air mani, yang andainya jatuh ke tanah, bagaikan tiada ertinya. Ayam pun tak sudi mematuknya. Setelah bersemai menjadi janin sehingga dilahirkan dan kemudiannya membesar menjadi manusia, SELEPAS ITU MENJADI DERHAKA KEPADA ALLAH?

~Kemudiannya, melaga-lagakan manusia dengan tuduhan dan tohmahan yang menjatuhkan manusia lain? Bagaimana mungkin? Manusia seperti ini adalah umpaman manusia yang lupa asal usul yang hanya setitis air mani. Janganlah menyakiti hati insan lain jika benar kita beriman kepada Allah.

~Kadang-kadang manusia mengambil langkah menjatuhkan manusia lain untuk naik ke atas. Alah.. aku tak kesah dengan pangkat dan kedudukan. Aku hanya inginkan MARDHOTILLAH. Bukannya puji-pujian dari manusia. Allah melihat dan Allah akan menilai. Aku yakin. JUMPA DI MAHSYAR!! Kita buat perhitungan. Dan aku maafkan segala kesalahan mereka yang telah mengumpat dan terumpat akan aku. Insya Allah, aku akan berlapang dada.

~Muhasabahlah diri sebelum memberikan nasihat. Semoga dengan segala kesempatan ini, Allah akan melapangkan semua hati-hati kita. Dan semoga Allah menjadikan hati kita saling mengasihi dan menyayangi sesama Islam, bukannya bermusuhan sesama kita. Berlapang dadalah kita. Lupakan segala permusuhan. Kuatkan barisan jihad. Lupakan idealogi Etnik/Bangsa/Ras malahan kedudukan kita untuk menyatu padukan umat Islam.

Selasa, 15 November 2011

Kabel besar atau kecil?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

~Terpanggil untuk menjawap persoalan kabel atau tidak. Aku tak tahulah, mengapa benda seperti ini dipersoalkan. Soalan aku kembali kepada yang bertanya akan kabel, "adakah kau akan buat benda yang sama jika kau berada di atas?" Sudah semestinya Joe. Kau buat benda yang sama jika kau berada di tempat itu jika yang meminta itu adalah keluarga kau sendiri.

~Ada sekali aku dan rakan-rakan di Long Busang berbicara berkaitan dengan kabel. Si "A", nak guna kabel untuk pindahlah. Kau ada kabel yang "besar-besar" tak di KPM?.

Si "B": Aku ada kenalan di JPN Sarawak. Tak tahulah dia nak tolong ke tak. Nanti aku tanya.

Si "C": Aku ada kabel lagi besar lagi. Sentiasa menolong orang tau!! Mesti dapat punya.

Si "A" & "B" (serentak) : Siapa?

Si "C": Allah s.w.t. Minta je, pasti dapat.. hehe

Terima kasih diucapkan kepada sahabat aku, kerana menyedarkan bahawa kabel yang terbesar yang aku perolehi ialah Allah s.w.t. Dia tempat kita meminta. Tak ada "working hours". Tak ada karenah birokrasi. Tak kira sahabat ka, keluarga kah.. Yang penting bersuci dan bersujud. Mintalah dengan pelbagai cara, merayu, merintih dan bertahajud di malam hari adalah keutamaan Nya. Berkhalwat denganNya jadi penentu sama ada permintaan kita di makbulkan atau tidak.

~Selanjutnya, dimakbulkan atau tidak, terpulang kepada Nya untuk menentukan. Dia memberi secara online atau offline. Kalau di bagi online, bersyukurlah. Kalau Dia bagi offline, bersyukurlah dan ucaplah "Alhamdulillah hi ala kulli hal" kerana Dia merancangkan yang lebih baik daripada berpindah. Kalau Dia online dengan hati manusia yang menentukan perpindahan, maka syukurlah dan ucaplah alhamdulillahi wallahuakbar.

~Sesungguhnya, Allah tidak mensia-siakan kita. Tidak sama sekali mensia-siakan doa serta usaha kita. Allah suka kepada orang yang menangis merintih kepadaNya. Luahkan segala kesedihan di pangkuan Allah. Nescaya Dia akan memberi yang terbaik. Dan sedarilah, bahawa Allah sedang menguji kita dengan dugaan yang Allah tahu kita mampu mengharunginya. Siapalah kita hendak mempersoalkan tindakan Allah? Sedangkan perjalanan kita, Dia atur mengikut aturan yang terbaik. Dan bersyukurlah, kerana Allah telah memberikan kita rezeki pekerjaan. Kalau bukan kerana Dia, mungkin kita masih menganggur Jo.

~Allah Maha Penyayang. Allah Maha Pengasih. Allah Maha Mendengar. Rintihlah kepada Nya. Pintalah kepada Nya. Insya Allah, mesti kemahuan kita dipenuhi. Bayangkan, seorang hamba Allah, yang hanya menabung RM1.00 selama 30 tahun, boleh menunaikan haji? Subhanallah. Keinginan dan istiqamah perlu dalam meminta kepada Nya. Kalau dah dapat, jangan pula lupa kepadaNYa. Mungkin, sebab Dia tahu, kalau kita dapat, sudah semestinya kita akan melupakan Allah dalam segala hal. Yalah, bila dah berdekatan dengan isteri/suami, Allah pun tak diingati. Dengan kesusahan, maka hati kita mudah mengingati Allah.

~Pautan hati dengan dunia membuat kita terkadang terlupa bahawa, Allah itu ADA segala-galanya untuk keperluan dunia. Baiknya tuhan kita, di waktu kita tidur, Dia yang menjaga. Di waktu kita lupa, Dia yang mengingatkan, Di waktu kita kesunyian, Dia lah peneman yang setia. Dia adalah pengurus kehidupan kita.

~Buat isteri yang tecinta, ketahuilah, indahnya cinta jika disemi dengan Islam. Buruknya agama kerana kecintaan dunia. =)

p/s: Sibuk jaga urusan manusia menyebabkan hati kian betaut kepada cinta Allah..

Rezeki itu HAK ALLAH yang menentukan

Assalamuaalikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah izin kurniaNya yang Maha Esa, aku berkesempatan untuk mencoret sedikit pengalaman yang aku timba sepanjang kehidupan ini. Tidak berkesempatan untuk menulis beberapa ketika kerana kesibukan kerja yang berpanjangan. Dengan tarikh untuk menyiapkan kerja terlalu dekat. Sekarang menanti data saringan 6 & 3 untuk LINUS. Dan juga dalam proses menyiapkan laman sesawang untuk Pejabat Pelajaran. Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan dan semuanya dipermudahkan Allah. Rahsia aku? Yakin dengan Allah sebagai pembantu/pengurus/ segala-galanya dalam kehidupan. Maka segalanya akan dipermudahkan. Guru aku mengajar, ucaplah doa "Allahumma yassir, wala tu a'sir" setiap kali ingin melakukan kerja. Dan semestinya, niatnya ikhlas kerana Allah jua dan bukan mengharap pujian manusia semata-mata.

~14 November 2011, keputusan eG-tukar diumumkan. Dan kebanyakan yang tidak berjaya untuk memperolehi keputusan yang diinginkan. Ada yang sampai mengamuk, tapi yang peliknya mengamuk di dalam group "Facebook". Tidak melalui saluran yang betul. Kategori manusia ini diibaratkan manusia yang inginkan sesuatu di dalam kehidupannya, dan keinginannya perlu di langsai terus-terus di hadapannya. Manusia seperti ini seolah manusia yang hanya berdoa dan berharap bukannya BERUSAHA, BERDOA dan BERHARAP. Setakat mengusahakan di dalam kumpulan yang belum semestinya dibawa kehadapan. Marilah kita berjumpa dengan pihak sepatutnya dan selesaikan dengan cara yang betul. Bukan hendak melepaskan amarah ditempat yang tidak ada keutamaan.

~Tidak bersama dengan keluarga sama ada isteri/suami, anak-anak dan ibu bapa tidak membolehkan kita untuk menentang kehendak umara'. Dari sudut perundangan, kita terikat dengan perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sahaja. Di dalam kita menandatangi surat perjanjian kerja dahulu, kita tidak diberitahu selama mana khidmat kita akan diperlukan di sesuatu tempat. Setahun ka, dua ka. 20 tahun sekalipun, tetap dikira perkhidmatan yang diperlukan. Selama itulah kita perlu berkhidmat dengan rela hati kerana kita terikat dengan kontrak di antara kita dan kerajaan. Kalau rasa tidak mampu, silalah letak jawatan kerana itulah jalan terbaik untuk menamatkan perjanjian dengan kerajaan.

~Bukan isu yang besar, tapi itulah manusia. Benda yang kecil, masih hendak diperbesarkan dengan alasan amarah yang tidak tentu pasal. Sudah semestinya, keperluan keluarga diutamakan. Kehendak naluri dipuaskan. Tetapi kita asyik mendesak untuk memohon keluar dari stesen sekarang tanpa keperluan yang sepatutnya, maka niat kita sudah menyimpang dari tujuan asal kita untuk mendidik anak bangsa. Keperluan untuk berpindah, sebagai contohnya, 2 kali keguguran anak dalam kandungan, penyakit leukimia, kanser, isteri/suami sakit yang disahkan oleh PAKAR dari HOSPITAL KERAJAAN, dan lain-lainya, itulah yang membolehkan kita berpindah dari stesen sekarang. Memang sukar mengenangkan kehidupan di dalam pedalaman, tapi kita hendaklah memperjuangkan hak murid-murid bukannya hak kita semata-mata.

~Dalam semua penerangan di atas, kembalilah pada hakikat bahawa rezeki kita belum tiba pada masanya. Ingatlah, pindah atau tidak, itu hak Allah. Allah yang menentukan sama ada kita berHAK atau Tidak BERHAK. Pindah dan bersama isteri itu adalah rezeki dari Allah. Berdoa dan berusaha dengan cara yang baik, nescaya dapatlah kita hak yang kita ingini. Siapa yang ingin kita marahi? PPD,? JPN? Sedangkan yang menentukan adalah Allah jua. Jangan dipersoalkan kenapa dan mengapa Allah melakukan kita seperti ini, tapi persoalkan adalah cukup amalan kita untuk dipersembahkan kepada Allah?

~Hidup di luar sana memang memeritkan. Dengan perjalanannya yang sukar, perhubungan yang sukar. Tapi, sedarilah, bahawa ALLAH sedang menguji kita guru-guru sekalian. Bacalah pada post yang sebelumnya dalam blog ini. Saya pernah mengalami kesukaran yang berpanjangan. Dengan ibunda yang lumpuh sebelah badan, dengan ayah yang sakit jantung. Dengan keluarga kehilangan anak saudara (3 hari baru saya tahu bahwa anak saudara saya sudah menemui ALLAH) dengan ibunda saya dan ayahanda saya keseorangan dirumah. Ditumpahi minyak yang hangat ketika memasak. Risau tidak risau saya cikgu-cikgu sekalian. Isteri saya keguguran 2 kali. Dan macam-macamlah. Saya dan isteri hanya mampu bersabar dan hanya mampu BERUSAHA dan memohon DOA kepada Allah agar dikurniakan zuriat. Selepas 1 tahun menunggu, barulah dikurniakan zuriat. Bukan cikgu-cikgu sahaja yang menghadapi masalah seperti yang cikgu-cikgu hadapi. Pejabat Pelajaran yang saya sedang bekerja ini, bukanlkah home town saya. Ibu dan bapa masih berkeseorangan di rumah. Saya ada 5 orang adik beradik. Dan semuanya tidak menetap di Kuching. Nah, bagaimana perasaan anda di tempat saya? Sama sahaja.

~Bukan mudah mengucapkan SABAR, tapi dalam kesabaran terselindung HIKMAH yang tidak kita terduga. Siapa kita untuk mengungkapkan kemarahan? Ke mana marah kita hendak ungkapkan? Kepada manusia? Siapa yang menciptakan manusia? Allah jua. Ke mana lagi hendak melepaskan marah? Kepada Allah? Astaghfirullah. Sedarilah, tanpa Allah, siapalah kau dan aku?

~Saya menyeru kepada semua yang tidak berjaya dengan perpindahan Januari 2012, usahakan dengan rayuan di saluran sepatutnya. Selepas rayuan, berdoalah. Pintalah kepada Allah agar dipermudahkan urusan rayuan. Allah pasti menunaikan janjiNya kerana Allah teguh pada JANJI-JANJINYA.

p/s: teringat betapa sedihnya kehilangan anak saudara tersebut kerana beliau adalah anak angkat aku dan isteri. ~AL - FATIHAH ~ NUR NADHIRAH IZZATIE BINTI MUHD JUAHIR~

Isnin, 14 November 2011

Sepi Seorang Perantau

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah

p/s: renung-renungkanlah.. sejauh mana keikhlasan kita kepada Allah dalam mendidik anak bangsa

Rabu, 19 Oktober 2011

Aku manusia punyai HATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca yang budiman.

~Tajuk entri hari ini adalah, aku manusia yang punyai hati...

~Aku sebenarnya manusia yang telah melakukan hijrah dari zaman kegelapan ke zaman 'cahaya'

~Punyai sejarah lampau yang memilukan hati kerana mengikut hawa nafsu yang tak henti-henti.

~Punyai banyak sejarah 'hitam' yang penuh tragis yang berkaitan dengan darah..

~Namun, aku tetap insan lemah dan akhirnya aku temui jalan pulang

~aku harap, manusia disekelilingku tidak mengeluarkan statement mengatakan aku berpura-pura baik. Sedangkan, aku seroang manusia yang hina dan berdosa kepada Allah

~Kadang-kadang sifat dari zaman kegelapan akan menguasai diri yang belum benar2 mengenali Allah

~Namun, sifat jahat tetap akan aku banteras selagi yang temampu.

~Kerana aku masih mencuba menjadi hamba Allah yang baik dan mulia disisiNya

~Jadi, sejarah hidupku jangan diwar-warkan. Nanti ada akan terluka. Bukan luka di hati, BERDARAH DI KEPALA

~Baru lepas selesaikan maslaah di ROBAN.. Jika ini akibatnya, MIRI JADI YANG KESEKIAN KALINYA MENITIS AIR MATA DARAH..NAK CUBA, MARILAH, PANTANG UNDUR SEBELUM AJAL, BERPANTANG UNDUR SEBELUM BERTARUNG..

~Mencuba menahan amarah untuk kesekian kalinya.. bagaikan gunung menghempap ke dada rasanya

Khamis, 13 Oktober 2011

Santapan Rohani di Pagi Khamis Yang Mulia

BANTULAH AKU MELAWAN NAFSU


Telah aku lawan nafsuku setiap waktu
Ku cuba berkali-kali, ku gagal lagi
Aku tak putus asa, ku lawan lagi
Namun aku tak mampu, ku kalah jua

Oh Tuhan, bantulah aku mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merosakkanku
Agar aku tak terhalang untuk menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan, Kasihanilah aku jangan Engkau biarkan aku

Tuhan, bantulah aku
Kasihani aku jangan biarkanku bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
Oh ku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu

Kalaulah Engkau terus membiarkanku
Ku akan berterusan ke lembah dosa
Oh Tuhan, nafsu dan syaitan sering mengganggu aku
Setiap hari ia memusuhi ku ketika ku ingin mentaati-Mu

Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu, ku ingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku
Ku akan kecewa nanti

Tuhan, ku akan mencuba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu
Dan rahmat-Mu Tuhan

Di dalam sembahyang ini kuharapkan-Mu
Berikan padaku cinta dan takutkan-Mu
Sebagai pengawalku dari nafsuku
Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-Mu

Oh Tuhan, bantulah aku menghayati sembahyangku
Agar ku dapat merasakan kebesaran-Mu
Hingga aku tak membesarkan selain-Mu
Dengan rasa itu kuharap
Moga ku kan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsuku

Tuhan, dalam sembahyangku
Bersihkan jiwaku, lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku
Suburkan rasa kehambaan
Dan kekalkan rasa itu di dalam seluruh kehidupanku

Rabu, 12 Oktober 2011

Sekadar renungan kita sebagai hamba-hamba Allah


Di dalam kehidupan sehari-hari, kita kerap mendengar kata "munafik" diucapkan orang. Dan bila itu terjadi, biasanya perhatian kita langsung akan terpusat pada sosok yang disebut-sebut munafik tadi. Bahkan tidak jarang kita sendiripun tergoda untuk ikut menambahkan komentar (gibah) mengenai sosok sial yang disebut munafik ini. Lalu, sejauh mana sebetulnya pengetahuan kita tentang Munafik? Berikut adalah ciri-ciri orang munafik menurut Islam. 

1. Dusta 
Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: "Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya. Yaitu seseorang yang berdusta agar orang-orang tertawa." Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada tiga, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."


2. Khianat 
 Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah melekat pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

3. Fujur Dalam Pertikaian
Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila bertengkar (bertikai), dia melampau batas."

4. Ingkar Janji
Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)


5. Malas Beribadah 
Firman Allah SWT: "Dan apabila mereka berdiri untuk sholat, mereka berdiri dengan malas." (An-Nisa': 142) . Jika orang munafik pergi ke masjid atau surau, dia menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu, ketika sampai di dalam masjid atau surau dia memilih duduk di shaf yang paling akhir. Dia tidak mengetahui apa yang dibaca imam dalam sholat, apalagi untuk menyimak dan menghayatinya.


6. Riya
Di hadapan manusia dia sholat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia mempercepat sholatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan oleh Allah SWT.


7. Sedikit Berzikir 
 Firman Allah SWT: "Dan apabila mereka berdiri untuk sholat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya' (dengan sholat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah SWT kecuali sedikit sekali." (An-Nisa': 142) .

8. Mempercepat Sholat 
Mereka (orang-orang munafik) adalah orang yang mempercepatkan sholat tanpa ada rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit mengingat Allah SWT di dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak menyatu. Dia tidak menghadirkan keagungan dan kebesaran Allah SWT dalam sholatnya. Hadith Nabi SAW: "Itulah sholat orang munafik, ... lalu mempercepat empat rakaat (sholatnya)"

9. Mencela Orang-Orang Yang Taat Dan Soleh 
 Mereka memperolok orang-orang yang taat dengan ungkapan yang mengandung cemohan dan celaan. Oleh kerananya, dalam setiap majlis pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya memperbincangkan sepak terjang orang-orang soleh dan orang-orang yang konsisten terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Baginya seakan-akan tidak ada yang lebih penting dan menarik selain memperolok-olok orang-orang yang taat kepada Allah SWT


10. Mengolok-Olok Al-Quran, As-Sunnah, Dan Rasulullah SAW 
Termasuk dalam kategori Istihzaa' (berolok-olok) adalah memperolok-olok hal-hal yang disunnahkan Rasulullah SAW dan amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal seperti itu, jatuh Kafir. Firman Allah SWT: "Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja." Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), niscaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa. " (At-Taubah: 65-66)


11. Bersumpah Palsu 
 Firman Allah SWT: "Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai." (Al-Munafiqun: 2 & Al-Mujadilah: 16). Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sahabatku."


12. Enggan Berinfak 
Orang-orang munafik memang selalu menghindari hal-hal yang menuntut pengorbanan, baik berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah, dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya' dan sum'ah. Mereka enggan bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta, apalagi jiwa.


13. Tidak Menghiraukan Nasib Sesama Kaum Muslimin 
 Mereka selalu menciptakan kelemahan-kelemahan dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil, yiaitu sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik percaya bahawa orang-orang kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.


14. Suka Menyebarkan Khabar Dusta 
Orang munafik senang memperbesar peristiwa atau kejadian. Jika ada orang yang tergelincir lisannya secara tidak sengaja, maka datanglah si munafik dan memperbesarkannya dalam majelis-majelis pertemuan. "Apa kalian tidak mendengar apa yang telah dikatakan si fulan itu?" Lalu, dia pun menirukan kesalahan tersebut. Padahal, dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, akan tetapi si munafik itu tidak bersedia mengungkapkannya kepada masyarakat.


15. Mengingkari Takdir 
Orang munafik selalu membantah dan tidak ridha dpada takdir Allah SWT. Oleh kerananya, apabila ditimpa musibah, dia mengatakan: "Bagaimana ini. Seandainya saya berbuat begini, niscaya akan menjadi begini." Dia pun selalu mengeluh kepada sesama manusia. Sungguh, dia telah mengkufuri dan mengingkari Qadha dan Takdir.


16. Mencaci Maki Kehormatan Orang-Orang Soleh
Apabila orang munafik membelakangi orang-orang soleh, dia akan mencaci maki, menjelek-jelekkan, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka di majlis-majlis pertemuan. Firman Allah SWT:"Mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan." (Al-Ahzab: 19) 

17. Sering Meninggalkan Sholat Berjamaah 
 Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu luang, dan tidak memiliki uzur say'i, namun tidak mahu mendatangi masjid/surau ketika mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik.


18. Membuat Kerusakan Di Muka Bumi Dengan Dalih Mengadakan Perbaikan 
 Firman Allah SWT: "Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.' Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar." (Al-Baqarah: 11-12).


19. Tidak Sesuai Antara Zahir Dengan Bathin 
Secara Zahir mereka membenarkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan Mereka masuk ke dalam Neraka. Penampilan zahirnya bagus dan mempesona, tetapi di dalam batinnya terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan, sedangkan di dalam hatinya ia main-main.


20. Takut Terhadap Kejadian Apa Saja 
 Orang-orang munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu tidak tenang, keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa disibukkan oleh persoalan-persoalan hidup apapun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami tidak ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaan tidaklah selalu apalagi menjadi lebih baik.


21. Beruzur Dengan Dalih Dusta 
 Firman Allah SWT: "Di antara mereka ada orang yang berkata: 'Berilah saya izin (tidak pergi berperang) dan janganlah kamu menjadikan saya terjerumus ke dalam fitnah.' Ketahuilah bahawa mereka telah terjerumus ke dalam fitnah. Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu benar-benar meliputi orang-orang yang kafir." (At-Taubah: 49) 

22. Menyuruh Kemungkaran Dan Mencegah Kemakrufan 
 Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan orang-orang beriman. Mereka menggembar-gemborkan tentang kemerdekaan wanita, persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konser, menyebarkan majalah-majalah porno (semi-porno) dan narkoba. 

23. Bakhil 
 Orang-orang munafik sangat bakhil dalam masalah-masalah kebajikan. Mereka menggenggam tangan mereka dan tidak mau bersedekah atau menginfakkan sebahagian harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan.


24. Lupa Kepada Allah SWT 
 Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka senantiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, lagu-lagu, berbagai keinginan, dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin mereka tidak pernah terlintas untuk mengingat (berdzikir) Allah SWT, kecuali sebagai tipu daya kepada sewsama manusia semata.


25. Mendustakan Janji Allah SWT Dan Rasul-Nya 
 Firman Allah SWT: "Dan (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: 'Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami selain tipu daya." (Al-Ahzab: 12).


26. Lebih Memperhatikan Zahir, Mengabaikan Bathin 
 Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak menegakkan sholat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir. Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong, rusak dan lain sebaginya.


27. Sombong Dalam Berbicara 
 Orang-orang munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak omong dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan selalu mengawalinya dengan ungkapan menakjubkan yang meyakinkan agar tampak seperti orang hebat, mulia, berwawasan luas, mengerti, berakal, dan berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apapun. Sama sekali tidak memiliki ilmu, bahkan bodoh.

28. Tidak Memahami Ad Din 
 Di antara "keistimewaan" orang-orang munafik adalah: mereka sama sekali tidak memahami masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai mobil dan mengerti perihal mesinnya. Dia juga mengetahui hal-hal remeh dan pengetahuan-pengetahuan yang tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi dialog (tanya-jawab tentang persoalan-persoalan Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak dapat menjawab.

29. Bersembunyi Dari Manusia Dan Menentang Allah Dengan Perbuatan Dosa
Orang munafik menganggap ringan perkara-perkara yang melawan hukum Allah SWT, menentang-Nya dengan melakukan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara sembunyi-sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia menunjukkan kebalikannya; berpura-pura taat.

Firman Allah SWT: "Mereka bersembunyi dari manusia, tetapi mereka tidak bersembunyi dari Allah, padahal Allah beserta mereka, ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahasia yang Allah tidak redlai. Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan. "(An-Nisa': 108)


30. Senang Melihat Orang Lain Susah, Susah Bila Melihat Orang lain Senang 
Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu. Semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau."Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan terhibur karena musibah itu.

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...