Cari Blog Ini

Isnin, 31 Disember 2012

RoUnd Up - SUm Up 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah sekalian. Untuk kesekian kalinya, aku lontarkan sedikit persoalan untuk kita semua fikirkan sebelum menjelang tahun masehi 2013. -- Bagaimana perkhabaran amalan kita untuk tahun 2012? adakah cukup menambung lompang-lompang dosa yang kita lakukan sekian lama sejak akil balighnya kita?--


~Fikirkanlah. Titipan rindu kita kepada sang kekasih hati sebenarnya sia-sia sahaja berbanding titipan puitis syahdu dipangkuan illahi? Jangan sekadar meletakkan di status MukaBuku, tapi lakukanlah di atas sejadah. Dan bermohonlah dan bermunajatlah. Bukan sekadar status yang hanya jadi tatapan manusia. Dan ianya bukan cara untuk menggapai keredhaan Allah.

~31.12.2012. Hari-hari terakhir aku di tahun 2012. Bermula 10 Januari 2012, aku duduk di kerusi ini. Menghadapi liku-liku kehidupan sebagai hamba Allah di posisi yang berbeza. Taraf Iman aku, ada pasang dan surutnya. Tapi, most of the time, Imanku dalam keadaan suram. Bila disinari dengan cahaya cinta Allah, ianya kembali berputik. Pada paginya menangisi betapa daifnya aku disisi Allah, tapi petang aku akan melupainya. Begitu setiap hari sehingga menjadi biasa dan menyebabkan hati aku semakin rapuh dalam menggapai kasih sayang Allah. Tahun ini banyak merubah pelbagai rona-rona kehidupan aku sebagai "Abdullah". Tahun ini banyak memberikan aku peluang untuk menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. Berjaya dalam hidup, bukan beerti menjadi insan cemerlang imannya. Dan banyak peristiwa yang memberikan aku pengajaran dan inspirasi serta sempadan garisan yang perlu aku batasi. Batas asa aku sebagai manusia, sebagai khalifah di muka bumi Allah.

~Banyak pekara yang aku belajar pada ketika usia aku meningkat. Belajar menghormati dan bekerja dalam satu organisasi yang besar. "Give and take" dalam hubungan kekeluargaan. Belajar untuk "cool down". Belajar untuk memahami. Dan semuanya aku pelajari dari situasi sekeliling yang aku lalui. Sifat baran, amarah dapat aku kurangkan. Dan jiwa dididik dengan kesabaran. Allahu Allah.. Namun, tetap juga nafsu sukar dididik!!

~Yang pastinya, aktiviti silat aku memang banyak dikurangkan. Aku lebih banyak mendiamkan diri. Bila bersuara, suara seakan-akan tidak didengari seperti dahulu. Bukan berbekas di hati juga, semuanya sudah dimaafkan. Lebih baik hidup dalam kebenaran daripada bergelumang dengan auta. Lebih baik hidup merendah diri, daripada hidup meninggikan diri. Lebih baik duduk dalam keadaan harmoni daripada hidup dalam perbalahan. So, aku ambil langkah mendiamkan diri, tak mahu masuk campur apa sahaja urusan pentadbiran silat. Sehingga aku "bangkit" semula dari "tidur" yang lena ini. Biarkan dahulu. Aku masih dalam proses mempelajari semua urusan pentadbiran. Aku hanya meletakkan keluarga sebagai kepentingan yang utama. Tak mahu terbeban dengan semua urusan lain selain daripada keluarga.

~Apa yang penting aku pelajari dalam hidup ini dalam tahun 2012 adalah menghormati orang lain dan juga bagaimana hendak survive dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. MEnekan jiwa dan perasaan, dan bagaimana hendak mengawalnya tanpa melibatkan pertelingkahan yang sia-sia. Namun....semuanya jadi sia-sia jika beban dosa yang tidak terlihat ketika ini..... 

~

Selasa, 25 Disember 2012

CINTA & LOVE

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

~Kehidupan ini umpama roda yang sedang berputar, adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita berada di bawah. Bila kita di atas, jangan lupa bahawa kita akan jua ke bawah. Apabila kita di bawah, janganlah mudah berputus asa.

~Terbaca status sahabat di FACEBOOK menimbulkan perasaan bercampur baur. Bukan senang nak hidup dalam "kasut" beliau tetapi hanya beliau dan keluarga sahaja memahami erti kerinduan itu. Ya Allah, lembutkanlah hatiku seperti lembutnya hati Rasulullah s.a.w kepada ummat baginda. Semoga Allah memberikan ketabahan itu kepadanya.

~Jalan yang terbaik kepada diri kita adalah mesti melalui jalan agama. Bila sedemikian, Allah akan menjadi pembimbing. Andainya sesat jalan, jalan pulang masih ada. Jangan terus menerus dalam kesesatan. hati yang bersih lahir dari penjagaan solat yang sempurna. Jadi sempurnakan solat dengna kekhusyukan dan jagalah rukunnya,

~Sedikit gambar untuk tatapan rakan-rakan bloggers semua. Ini adalah catitan ketika si"LOVE" dan si "CINTA" bertandang ke Langkawi. Hehe..


 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sabtu, 22 Disember 2012

KIAMAT? Percaya Atau TiDak? 20.12.2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah..




~Hari ini , 22 Disember 2012 , Sabtu pagi yang penuh dengan kedamaian. Apa yang dicanang-canang oleh media barat berkaitan dengan 20.12.2012 sehingga 25.12.2012 dunia akan kiamat, semuanya tidak benar malah jika kita mempercayainya maka jatuhnya syirik kepada Allah. Ada apa dengan ramalan-ramalan manusia? Tidak kah kita ingat bahawa Allah telah berfirman, "Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.”

(Surah Al-Maidah : Ayat 90)
Maka, berlapanglah dada, pertingkatkan amalan. Perbanyakkan taqwa kita kepada Allah. Mempercayai akan adanya hari kiamatlah rukun iman ke 5 dalam Islam. Bahkan dalam ketentuan itu, kita perlu yakin bahawa Allah merahsiakan hari ini supaya kita sentiasa beramal dan memberi kebaktian kepada ajaran Allah yakni Islam. So, I'd survived from the "DOOMSDAY" properhecies.. Hahaha.. (Sedangkan jiwa yakin, Allah belum menurunkan lagi beberapa tanda kiamat besar)

~Buat hamba Allah yang lain, perhatikan kembali hadith Rasulullah s.a.w berkaitan dengan hari kiamat. Allah dan Rasul sahaja yang mengetahui segala apa yang akan berlaku. 

~Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”.
Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat“.
Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya“. Kemudian beliau menyebutkannya:“Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim

~Mungkin tanda-tanda berikut yang Rasulullah s.a.w maksud belum lagi berlaku. Masakan berlakunya kiamat jika tanda-tanda itu tidak lagi diikuti.Sedangkan janji Allah dan Rasul itu benar-benar belaka.

~Hehe.. yang melangsungkan perkahwinan itu seronoklah ye.. sebab tarikhnya memang menarik. 20.12.2012. Apa yang penting adalah kepercayaan tidak berbelah bahagi kepada Allah dan sentiasa berpegang kepada al-Quran dan Hadith supaya hidup tidak terumbang-ambing.

~Renung-renungkanlah..sedalam mana iman kita.. Selamat berhari sabtu dan beristerehat.. Rehatkan tangan dan mulut dari mengucap yang tidak baik kepada sesama saudara. (Malaikat yang mulia agik xpandey ngumpat oi, bahkan lebih sempurna ciptaannya dari manusia..xpandey renah nak merendah-rendahkan orang). Apa-apapun, ALLAHU AKBAR!!!

Khamis, 20 Disember 2012

ULanG TaHuN ke "TELO"



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah sekalin

~Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu pandangan hati itu yang hakiki. Kalau hati itu bersih.. Bait-bait lagu Hijjaz yang selalu kita dengar di corong radio. Pernah kita terfikir bahawa apa yang kita selalu nilai melalui penilaian "rasa hebat" kita bahawa kita sebenarnya tidaklah sebetul-betulnya. Cuma Allah sajalah yang tahu apa yang tersurat dan tersirat. Jangan fikir apa yang kita mahu, cuba fikirkan apa yang Allah Mahu. Apa susah-susah? Allah tidak menyusahkan kita. Cukuplah Allah sebagai penolong kita juga.

~Selamat Ulangtahun perkahwinan ke -3 buat isteri tercinta.. dan anakanda tercinta .. DAYANG KHALIZAH BINTI AWANG BATU & MUHAMMAD KHALID HAFIZI BIN MUHAMMAD KHAWAR HEZAZY. Ini adalah tahun ke-3 kita mengecapi kebahagiaan dunia ini bersama. Menempuhi bahtera perkahwinan yang penuh dengan ombak dugaan. isteriku, kau senantiasa di sisiku, memberiku kasih sayang tanpa penat lelah.. Semoga Allah memberikan dirimu syurga di akhirat kelak.

~Ai.. nak tambah ahli dalam keluarga sudah..biar ramai muslim di muka bumi Allah yang boleh menjadi mujahid dalam perang fisabilillah~

** Telo dalam bahasa melanau adalah 3**

Rabu, 19 Disember 2012

Tak Tahu Malu Ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang membaca blog ini.

~Tiada satu pun yang akan terlepas dari "catatan" Allah terhadap perjalanan hidup kita. Semuanya akan ditayangkan di "tayangan perdana" di YAUMUL MAHSYAR. Semua perilaku kita akn dipertontonkan kepada semua makhluk. Sama ada yang sekecil-kecil zarah sehingga sebesar-besar gunung. Semuanya diperlihatkan untuk dipertontonkan aib-aib yang kita sering sembunyikan di dunia ini. Oleh itu, Allah berfirman, "Jika kau menutub aib orang di dunia, Allah akan tutup aib kau di akhirat kelak."

~Hidup terasa kosong jika tiada amalan yang hendak dibawa ke sana. Hati sentiasa muram kerana derita dosa yang bertimbun tak dicuci dengan limpahan nur iman. Dalam keadaan sedar tak sedar, banyak auta kita taburkan, banyak fitnah kita lemparkan dan banyaklah suuzon(bersangka buruk) kita percatatkan dalam hidup. Semuanya kerana merasakan hidup kita lebih dari orang lain. Lantas kita lemparkan segala bentuk caci makian kerana merasakan taraf kita lebih tinggi. Tapi, ingatlah, sesungguhnya, Allah sangat memakbulkan doa orang yang dizalimi. so, berhati-hati jika mengungkapkan kata-kata cacian dan umpatan. Kerana bisanya menusuk di jiwa, meruntuh gunung pahala!! Malah mendapat impalan yang setimpal jika didoakan keburukan.



~Tidakkah kita mempunyai perasaan malu jika aib kita diungkap? Bagaimana perasaan kita jika aib kita diucapkan dan dipertontonkan kepada semua manusia lain? Lainlah anda adalah pelakon pornografi yang tidak meletakkan malu sebagai benteng maruah. Andainya anda benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w, sudah pastinya akhlak baginda yang jadi taruhan dalam membina akhlak yang kita yang tidak seberapa mulia ini. Sudah pasti baginda menjadi role model untuk dijadikan sandaran perbuatan. Bukannya Maria Ozawa mahupun Barrack Obama. Sifat pemalu Rasulullah s.a.w mengalahkan sifat dara pingitan. Berikut adalah beberapa hadis baginda berkaitan dengan sifat pemalu.


"Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan." - (Shahih Muslim No.53)

"Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman." (Shahih Muslim No.50)

~Maha Suci Allah, Allah Maha Besar.. tiada Tuhan Melainkan Allah, yang Menguasai Langit dan Bumi dan apa sahaja yang di antaranya. Semoga dengan sifat malu, kita akan menguatkan lagi keimanan kita kepada Allah. Biarlah meletakkan malu itu pada tempatnya. Jangan sampai melampau-lampau sehingga kita pula diperkotak katik. Nah, kan iman ada 70 cabang. Namakan satu ? Dua? cabangan tersebut? mampu? tak mampu, sila telaah lagi lah ya. Jangan main serkap jarang saja.

~Aku hanya seorang guru biasa.. Bukannya melepasi makam mursyid apatah lagi murabbi. Hanyalah guru biasa yang status HAMBA (taraf terendah dalam kasta manusia) kepada Allah. Aku hanyalah ABDULLAH (Hamba Allah) jua.. Tiada yang istemewa melainkan sekeping hati yang ingin mendamba cinta Allah jua. Maka, memberi peringatan kepada manusia lain dalam keadaan santai. Tapi, tak jua melupai diri. Kerana itu adalah cerminan diri....


~Mulailah dengan malu kepada Allah jika melakukan dosa dan maksiat.... Begitulah permulaan malu yang paling afdal. Ku mendoakan, bagi mereka yang ada rasa iri hati, riak, takabbur dan hasad dengki terutamanya benci kepada aku supaya diberikan kekuatan untuk bertaubat sebelum tiba hari penyesalan tidak diterima. (mati). Dan aku memaafkan segala dosa mereka dan aku juga memohon maaf ampun , jika ada tersilap kata dan perbuatan tanpa aku sedari. Tegurlah kerana teguran itu lebih baik dari mengata. TQ.. Wallahualam..

Selasa, 18 Disember 2012

SEMANGAT YANG HILANG~~AZAM 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah sekalian,

~Allah mengurniakan rezeki bukan bentuk wang ringgit dan apa sahaja yang berkaitan dengan duit atau makanan, tapi Allah mengurniakan kesihatan juga merupakan rezeki dari Allah yang Maha Penyayang. Sebab itu Rasulullah s.a.w berpesan, " ingat 5 pekara sebelum datang 5 pekara, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sempit, masa muda sebelum tua, dan masa hidup sebelum mati"

~Mahu ditambahkan lagi bagi mengingatkan kepada yang terlupa senantiasa.. "Agak-agaklah dalam mengungkapkan kata-kata" Bercakap biar berwaspada oh. Kerana pulut, santan binasa, kerana mulut badan binasa. Terlajak perahu, boleh diundur. Terlajak kata, siaplah nanti. Dan bagilah peringatan jika benar-benar mahu beriman kepada Allah. Jangan hanya pandai mengata, sedangkan diri LEBIH DARI SERUPA.

~Seperti biasa, ini hanya luahan hati juga. tiada kena mengena dengan barang sesiapa jua. Yang dekat mahupun di hutan belantara. Biarlah berbuat baik, tanpa berbuat angkara. Saidina Ali berpesan,

"Wahai anakku! Seorang yang berakal mestilah memerhatikan keadaan dirinya. Dia mestilah menjaga lidahnya dan mengenali ahli di zamannya. 

Wahai anakku! Kemiskinan ialah satu bala’. Yang lebih teruk ialah sakit badan. Lebih teruk lagi ialah penyakit hati. Antara nikmat ialah harta yang banyak. Yang lebih utama dari itu ialah sihat badan. Lebih utama lagi ialah hati yang bertaqwa.

Wahai anakku! Mukmin membahagikan masanya kepada 3 masa: Pertama masa dia munajat kepada Tuhannya. Kedua masa dia menilai (muhasabah) dirinya. Ketiga masa dia menikmati perkara yang diingini oleh dirinya dan kelazatannya dalam perkara yang halal dan dipuji.

Hendaklah Mukmin memerhatikan tiga perkara: Usaha untuk perbelanjaan hidup, langkah menuju Akhirat atau kelazatan dalam perkara yang tidak diharamkan."




~Harapan aku adalah untuk mengekalkan apa yang sedia ada sekarang dengan menambahkan lagi kebaikan dalam beragama. Tiada cita-cita yang lebih tinggi melainkan untuk menjadi hamba Allah yang soleh dalam segala hal. Yalah, nak jadi soleh pun susah. At least dapatlah kurangkan sedikit MENGUMPAT orang dan dapatlah sedikit mengurangkan SUUZON (BERBURUK SANGKA) sesama manusia dan meningkatkan HUSNUZON (BERBAIK SANGKA) dengan semua insan yang bergelar rakan-rakan. Insya Allah.. kalau orang bercita-cita dan berazam untuk keduniaan.. aku sendiri nak tingkatkan keimanan kepada Allah lebih baik berbanding untuk tahun 2012.

~Adus.. terasa diriku terlalu jauh dari komitmen kerja. Masih mengumpul kekuatan dan momentum setelah 7 minggu berkelana. Mencari ilmu untuk kegunaan masa hadapan jua. Insya Allah, ke meredah semula ke dalam hutan bandaraya Kuching pula!!

~Cita-cita dipasang untuk kembali mengajar pula. Hehe.. Dengan ilmu yang sarat di dada, hendak dilimpahkan kepada anak-anak bangsa. Namun, itu cuma cita-cita. Yang ada sekarang yang paling penting berbanding dengan masa hadapan. 

~And last but not least, "ATTENTION TO ALL BACK STABBERS" - Anda dan saya sendiri sedang diperhati oleh Allah melalui malaikatnya. Setiap apa yang terdetik dan tertulis, akan dicatat di dalam buku akaun peribadi. terima kasih.. salam..

Selasa, 4 Disember 2012

Aku tidak SeTaBaH itu.. KurniaKanlah hatiku selembut hatinya~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

~Khas buat tatapan sahabat yang sebegitu tabah mengharungi ujian Allah.. Dikala aku kelemahan dalam berjuang, rupanya Allah hadirkan pertemuan aku dengan seorang insan yang begitu aku kagum dengan keupayaannya menghadapi ujian Allah. Bahkan, menyebabkan senyuman yang sepatutnya tawar, menjadi lebih manis dan lebih bermakna berbanding dengan kami selalu tertawa. Allah hu Allah..

~Aku mendoakan dia sentiasa sabar dalam mengharungi kehidupan ini. Allah tidak menguji seseorang itu melainkan dengan ukuran keimanan seseorang. Dan Allah sentiasa meletakan rahmat dalam ujian Nya supaya manusia berfikir akan kekuatan atau objektif Allah menguji kita. Allah sayang dan Allah sedang memberikan kita manfaat kerana kasih sayang Nya tidak bertepi untuk manusia yang beriman.

~~Aku kagum.. Ya Allah..begitu halusnya hati manusia kerana mampu menahan kesabaran pada tahap sebegini rupa. Tiada terukir sedikitpun pada senyumannya, masalah begitu berat yang sedang menekan hati dan kehidupannya. Namun, sedikit tidak menggoyahkan hatinya untuk terus beristiqamah dalam hidup ini.

~Akan ku usahakan senyuman dan perilaku aku sepertinya. Insya Allah.. Aku akan usahakan untuk mendapatkan hati sepertinya. Tabah dalam menghadapi semua dugaan. Semuanya bagaikan tidak memberi apa kesan kepada kekentalan hatinya.

~~~Esok exam PITOS 101 dan PITOS 105..

Isnin, 3 Disember 2012

GuNDaH.. FikirKan SeJenaK

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada bloggers yang dirahmati Allah s.w.t. Selawat dan salam kepada junjungan besar, baginda Rasulullah s.a.w dan para ahlu bait juga kepada sahabat-sahabat baginda. 

~"Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "ah" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." (Surah al-Isra' ayat: 23)

Sekadar peringatan kepada mereka yang mahukan peringatan. Ambillah peluang untuk berbakti kepada kedua-dua ibu dan bapa kita selagi masih berkesempatan untuk melakukan kebaktian kepada mereka. Gunakanlah kesempatan yang berbaki, untuk terus memberikan segala apa yang terbaik supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. Kita juga bakal menginjak ke alam tua. Alam di mana, segala sudah tidak bermakna melainkan anak-anak yang soleh dan solehah juga. Di saat usia mereka menginjak hari tuanya, jiwa mereka akan lebih sensitif berbanding satu ketika dahulu. Berkongsilah rasa itu dengan mereka kerana mereka juga inginkan perhatian kita.

~Mengenang kepada ayahanda yang dicintai.. diiringi alunan lagu "Lafaz yang Tersimpan".. begitu sebak di hati. Membungkam segala rasa rindu. Melemahkan sedikit pemikiran moden. Melembutkan hati yang telah keras tanda disedari. Hingga terpalu iman kerana akal memikirkan kesakitan yang ayahanda lalui pada ketika ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang tidak kami ketahui. Kursus Pitos yang dihadiri yang pada mulanya ceria, semakin merundum pada akhirnya. Bila berita datang menyusul mengkhabarkan bahawa ayahanda telah mengidap sakit jantung tahap kedua. Saluran jantung tersumbat sehingga 49%. Perlukan pembedahan dengan kadar segera. Ayahanda seorang yang ceria bertukar kepada muram. Penyakitnya memberikan implikasi yang sungguh meruntun emosi aku sebagai anaknya. Allahu Allah..

~Sudah 4 tahun ayahanda mengidap sakit jantung ini. Namun, baru hari ini diketahui. Aku gagal dan lalai dalam melaksanakan tugasku sebagai anak. Mengapa lalai? 5 tahun bekerja, namun tidak pernah membawa ayahanda untuk mendapat rawatan di hospital pakar swasta dan bergantung harap kepada klinik sahaja. Mengapa aku tidak mengusahakan ini sejak dari awal ayahanda sakit dahulu? LALAI.. itulah kelalaian aku yang paling besar. Aku hanya pentingkan diri sendiri sedangkan kepentingan itu seharusnya diletakkan pada kedua-dua ibu dan bapaku. Aku hanya mementingkan benda material sedangkan keperluan tidak aku endah. Jahilnya aku bila berkaitan dengan kesihatan.  Allahu Allah..

~Duit bukan menjadi satu alasan namun kesibukan kerja menjadi satu kegagalan. Aku mengakui, bekerja di pedalaman menjadi salah satu faktor kepada kegagalan aku. Namun, sebenanrnya faktor utama adalah diri aku sendiri yang lalai. Ayahanda sekarang mengalami gangguan emosi, namun disembunyikan kegusaran hatinya agar semua ahli keluarga tenang. Sekembalinya dari Tanah Suci Mekah membuka mata kepada aku untuk melebihkan fokus aku kepada keluarga lebih dari kerja dan diri sendiri. Allah menegur aku dalam kealpaan yang berterusan ini. 


~Allah.. terasa lemah dikala ini tika hati sedang gusar dan gundah gulana memikirkan ayahanda...

Ahad, 25 November 2012

Lu LanGSi Lu Mati- aPa Nak JaDi ???

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



~adakalanya kita menyangka kita telah beriman, tetapi pda hakikatnya kita telah lari jauh dari landasan agama Allah.. Kerana, iblis telah berjanji untuk menyesatkan kita sejak dari moyang manusia lagi, yakni Nabi Adam a.s untuk membawa umat manusia ke dalam api neraka. Lantas itu, sentiasa bermohon agar hati kita tidak terpesong sedikit pun dari agama Allah yang benar. Andai sudah tersesat jalan, kembalilah ke jalan Allah dengan sebenar-benar pengembalian. Jangan diulangi kesilapan lalu jika anda berniat untuk bertaubat. Sedangkan manusia yang dekat dengan Allah adalah orang yang sentiasa memperbaiki hubungannya dengan Allah dan juga sentiasa meletakkan Rasulullah sebagai idola agung.

~Salam kepada dunia, permulaan dalam kehidupan kita kadang-kala tidak sebaiknya tetapi kalau diusahakan untuk yang terbaik, maka penyudah bagi kehidupan kita adalah baik juga, Ikhlaskan hati jika berniat untuk melakukan kebaikan. Jangan mudah berpaling dari kebenaran dan berkatalah benar walaupun kebenaran itu menyakitkan. tidak beerti, kita perlu menyakitkan hati sesama manusia semata-mata hendak mengatakan kebenaran. Biarlah berhemah dalam menegur bukannya bertindak sesuka hati tanpa meletakkan faedah dari nasihat yang kita berikan.


"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan"

(Hadis Riwayat al-Bukhari)



~Ada manusia, menyangka dirinyalah yang terbaik dalam segala hal-hal dengan Allah. Sehingga meletakkan, "Allah melihat apa yang aku kerjakan". Sedangkan yang dikerjakan sebaliknya tidak menepati kehendak Allah. Jangan terlalu taksub dengan kebaikan diri, sebaliknya letakkan diri sebagai hamba Allah yang sentiasa tidak menepati janji, tetapi berusaha untuk memantapkan janji-janji kepada Allah. jangan terlalu mudah menyatakan kebaikan diri, jika kebaikan itu hanya sekelumit. Kadang-kadang, pandang diri dulu ke cermin, mengapa orang sering mengata itu ini berkenaan dengan diri.. Mungkin jua Allah menegur sikap kita yang terlalu suka untuk menyatakan diri terlalu baik.
Mulut boleh membinasakan kita.


~Dan sebaiknya, hindarkan mengungkit kesalahan orang lain atau kesilapan orang lain. Khilaf itu berlaku di mana jua. Aku sendiri sentiasa khilaf dalam ukhuwwah bersama sahabat-sahabat lain. Dan aku akui, aku terlalu lemah dalam ukhuwwah kepada Allah. Allahu allah.. Khilaf itu adalah sifat manusia biasa. maka terimalah kesalahan orang lain, dan maafkanlah jika ada kesalahan. Biarkan Allah menilai, bukannya kita yang memberi penilaian. Penilaian manusia hanya berdasarkan moral yang dapat dilihat dengan mata, didengar dengan telinga. Tetapi penilaian moral dari Allah, diperinci dengan lebih teliti kerana di nilai malah dicatit sehingga pekara yang sekecil debu sekali manapun oleh malaikat yang setia, iaitu Atid dan Ratib. Nah.. masakan kita pula hendak menilai.. Bak kata abang Feriz Omar, "Kita tunggu di Padang Mahsyar"

~Mudahnya kita bila meletakkan keimanan kita untuk disiarkan di dalam laman Facebook. Ya,adakalanya kita tidak sedar, kita sengaja meletakkan diri kita untuk disimpatikan. Kadang-kadang kita postkan post berbunyi begini, " Aku dengan sukanya menerima kutukan orang yang merasakan dirinya lebih baik..bla..bla..bla." sedangkan, kalau difikirkan, adakah benar kutukan tersebut? Adakah ianya selari dengan tindakan sebenar kita? Cuba renungkan.. kita tidak sempurna. Apa yang kita nampak, tak semestinya indah.. Kadang-kadang, manusia jelek dengan kebaikan kita dan mengkategorikan sebagai "mengada-ngada". Hakikatnya, Rasulullah pernah bersabda, "Jika kamu bersedekat dengan tangan kanan, pastikan tangan kiri kamu tidak mengetahuinya". Maksudnya, jika kita berbuat kebaikkan, elakan dari pengetahuan orang walaupun dalam apa jua bentuk atau post dalam akaun SOSIAL sekali manapun. Tak penting, tiada kredit dari Allah jua untuk kita. Apa yang ada, cuma sedikit cemuhan orang yang rasakan awak ni gedik/ menyampah jak.. 


~Elakkan konterversi kerana dari konterversi boleh menjemput fitnah yang berpanjangan. Jadi , elakan meletakan diri anda difitnah kerana fitnah boleh menyebabkan diri rasa tertindas. Walhal, pekara itu, sendiri yang cari pasal. Bak kata filem, "lu langsi, lu mati".

~Sedikit tazkirah bagi yang mengkehendaki ilmu, bagi yang tidak suka, silalah ambil perhatian di sini, "blog in percuma sahaja, tidak perlu bayar, cuma ambil iktibar"

~Blog ini lebih bersifat peribadi, hanya berkaitan dengan luahan hati aku sebagai seorang GURU, sebagai seorang ANAK, sebagai seorang SUAMI, sebagai ABIE (Bapa), dan yang paling penting HAMBA ALLAH yang menumpang di dunia yang fana ini....

Sabtu, 24 November 2012

LaNgKaWi: SerIbU sAtU maCam KeNanGan

Assalamualaikum dan salam sejahtera;

Kali ini enteri ini hanya berkisarkan sekitar perjalanan aku ke Pulau Lagenda Langkawi besama sahabat-sahabat sePITOS yang dirahmati Allah..

     
  

 

  











UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...