Cari Blog Ini

Selasa, 21 Oktober 2014

Tragedi Oktober

أسلام عليكم 

~Tahun ini merupakan "DOOMED YEAR" untuk blo
g ini. Mengapa? Kurangnya artikel dan post yang dapat aku hasilkan untuk tatapan semua. Ini kerana bertambahnya masa untuk meluangkan masa bersama dengan keluarga yang selama ini aku tinggalkan sejak dari tahun 2002 lagi. Ibunda dan ayahanda kembali dalam tautan hati ini supaya aku dapat menjaga mereka di usia tua mereka ini. Sebab itu adalah janji aku sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

~Maka tumpuan kepada blog ini juga semakin berkurangan lantaran beberapa aspek dari segi kerja dan keluarga. Namun, membuak-buak di dada untuk menulis beberapa keratan idea. Hmm.. akhirnya sepi begitu sahaja.

~Tahun ini tahun epik. Kerana aku bakal meninggalkan alam 20 an aku untuk menuju ke alam 30 an aku yang bakal menjadi dalam masa terdekat. Epik kerana banyak klise-klise yang bakal ditinggalkan untuk menuju ke alam dewasa. Dewasakah aku, masih bergantung kepada tahap mental dan juga fizikal aku. Namun aku berharap, Allah sentiasa memberikan aku hidayah dan pertunjuk supaya terus menerus dalam agamaNya ini.

~Banyak isu berlaku pada tahun ini. Isu-isu nasional seperti kehilangan pesawat MH 370, terhempasnya pesawat MH 17 dan pengurangan subsidi kerajaan terhadap minyak di Malaysia. Namun, kita jangan hanya memandang dari sudut negatif sahaja. Sekali-sekala, pandangalah dari sudut positif. Binakan kembali keperibadian diri. Tingkatan semangat nasionalisme.

~Apa yang penting.. semuanya adalah dengan izin Alla jua. Jika bukan kerana izin Nya..semua benda tak jadi beb.

~Hmm.. setahun dan aku tinggalkan alam PEJABAT.. dan mula mengajar di sekolah. Macam-macam berlaku sepanjang setahun ini. Dan aku harapkan yang terbaik buatku dan semoga amalan aku diterima Allah.


~Aku pelik melihat stigma masyarakat yang kerap kali menggunakan perkataan, "mungkin ada rezeki kamu yang tidak halal yang Allah nak tarik balik"..  Alahai..setiap yang berlaku bermaksud ujian. Ujian itu adalah kafarah. Kafarah itu adalah pengampunan kepada dosa-d0sa. Barangkali, ujian itu untuk melihat sukatan iman kita. So, janganlah mudah membuat kesimpulan. Hanya Allah dan Rasul sahaja yang mengetahui. Bahagian sedekah itu adalah memang bahagian orang lain. Bahagian kita itu sendiri belum tentu milik kita. Ini adalah ungkapan dari bidadari duniaku.. my wife. So, fikirkan kembali.

~Latest adalah kemalangan yang menimpa aku dan keluarga. Hmm.. renung-renungkanlah. Dan selamat beramal.


~I'm out..



Selasa, 2 September 2014

Demam eg-Tukar 2014 ~ Muhasabah Diri

بسم الله ارحمن ارحيم 
أسلام عليكم 


~ Demam eg-tukar 2014 bermula..masa inilah kita mula bermuhasabah diri..

~Aduh sukar nya untuk mengunci IKHLAS di dalam hati. Sedangkan perjuangan mendidik anak bangsa ini memerlukan aku untuk sentiasa bersyukur kepada Allah senantiasa.

~Aduh.. sukarnya untuk menitip ketenangan di dalam hati ini. Sekian hari dunia membebani urusan akhirat aku sehinggsa sukar untuk menggapai kunci syurga.

~Aduh..aduh.. bagaimana ya nasib aku dalam kekelaman kehidupan ini? Mampukah aku bertahan dalam segenap hal. Sedangkan hati aku diuji dengan hebat sekali oleh Yang Maha Esa.

~Apakah setiap langkah aku berpahala seperti yang dijanjikan Allah? Atau aku melangkah dalam dosa yang tidak disangka-sangka.

~Kadang-kadang riak itu membunuh segenap pahala yang dijanakan. Merasakan cukup dengan ilmu sedangkan ilmu masih lagi sekelumit, jatuh ke bumi tidak tahu entah ke mana betahan.

~Kadang-kadang aku berasa takbur bila mana berada dalam kedudukan selesa. Jangan lupa, setiap yang aku lakukan akan dipertanggungjawabkan kepada Allah di Yaumul Mahsyar. Sehingga hal sekecil zarah akan dipersoalkan.



~Setiap tutur yang keluar dari lidah ini, pasti dipersoalkan, setiap tangan yang berayun pasti dipersoalkan dan setiap langkah pasti dipersoalkan. Persoalannya, adakah kita bersedia?

~Seorang sarjana Islam berkata, " Dunia dan akhirat ibarat bermadu. Dilebih seorang maka seorang lagi akan cemburu". Maksudnya, tak boleh terus menerus meninggalkan dunia kerana dengan dunia ini kita akan menjana modal untuk hari akhirat. Tak ada dunia, tiadalah pahala untuk dituai.

~Dunia diibaratkan dengan ladang tanaman, dan akhiratlah kita menuai hasil tanaman dunia kita.

~So, kalau ada rasa lemah dalam meneruskan perjalanan sebagai pendidik, haruslah segera kembali kepada tujuan asal kita berkhidmat sebagai seorang guru.

~Apa khabarnya kawan-kawan yang sudah mendapat berita gembira dengan berpindah dari Sarawak ke negeri masing-masing? Masih lagi merungut kepada Allah? Atau sudah gembira bersama sehingga lupa untuk bertemu Rabbul Izzah?

~Di mana janji untuk menjadi lebih takwa? Sudah ditunaikan? Atau sekadar lesu seiring dengan langkah kejayaan.

~ Demam eg-tukar sudah bermula.. Mulalah kedengaran suara-suara yang menyatakan hak-hak untuk berpindah.

~Memohon itu hak anda sebagai guru..kelulusan itu bukan urusan kita. Mintalah dengan Allah kerana Allah adalah pemilik tinta yang paling agung.

~Letakkan tawakal pada permulaan untuk memohon. Dan sentiasa redha dengan ketentuan Allah. Mohon dan jangan merungut. Allah sentiasa bersama dengan orang yang bersabar.

~Kempen memboikot McDonald boleh pulak diikuti, inikan pula tak bersabar dengan tuntutan nak berpindah.

~Sama jugak kan???

~So, berkhidmat dengan lebih produktif. Tingkatkan mutu dalam perkhidmatan dan selamat berkhidmat.


Jumaat, 29 Ogos 2014

KEMPEN MENGUMPAT ZERO

بسم ألله ارحمن ارحيم 
أسلام عليكم 

~Menulis bukannya mudah.Ianya memerlukan daya pemikiran yang jreatif dan kritis dalam mengeluarkan idea yang bukan hanya berguna kepada diri sendiri tetapi sangat bermanfaat kepada masyarakat. Kalau sekadar menulis untuk suka-suka atau sekadar mendapatkan trafik kepada blog, lebih baik jadi promoter. Kerana bahan yang hendak dipersembahkan perlu menjadi amalan kebaikan kepada manusia dan bukannya menjadi bahan fitnah dan umpatan kepada semua.

~Alhamdulillah, syukur aku kehadrat Allah kerana dengan limpah dan karunia yang telah diberikan kekuatan dalaman dan luaran dalam menghadapi segala rintangan dan dugaan yang datang melanda. Namun, adakalanya kurasakan lesu dalam perjuangan ini. Namun diteguhkan oleh wanita-wanita yang mendampingi hidupku. Terutamanya, ibuku dan isteriku. Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan kekuatan fizikal dan mental kepada kedua-duanya supaya dapat terus menjadi pengeuh kepada perjuangan aku. Amin..

~Payahnya nak mendapat idea untuk melunaskan kepuasan menulis. Ianya bagaikan tersekat lantaran kerja yang bertimbun dan betangguh. Sungguh payah hendak melayan karenah nafsu yang sentiasa hendak berehat. Sedangkan orang yang berjuang tak kenal erti rehat. Berjuangkah aku kalau macam itu?

~"M" yang sangat besar membelenggu kaki ini. Aduh..malasnya aku..

~ Sekadar peringatan bagi yang ingin mendapatkan peringatan. Kata orang teguran sangat penting dalam kehidupan kerana kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Namun teguran perlu diperhatikan supaya tidak menjadi sesuatu yang boleh menambahkan kekhilafan.

~Contohnya, kita hendak menegur seseorang berkaitan dengan penggunaan baju. Kata baju orang koyak rabak, tapi tak sedar diri lagi besar rabaknya. Bila mana kesalahan orang terus nampak besar. Sedangkan kesalahan kita sendiri pun kita tak tahu nak perbetulkan.


~ Nampak sangat tidak menghayati prinsip persaudaraan dalam Islam. Itulah.. semua nak jadikan sebab untuk memperjuangkan benda yang sia-sia. Semua nak perjuangkan norma manusia. tapi, ada tak perjuangkan kebenaran dalam al-Quran. Hukum yang bagus untuk diri sendiri, ambik dari Quran, bila tak sesuai, sisih.. Nah.. Apa erti perjuangan kita ini jika mengambil sebahagian dan membuang sebahagian?

~Kononnya nak berceramah agama.. tapi isi nya langsung tak mencerminkan kebenaran. Hati-hati, jangan berhujah mengikut hawa nafsu.

~Lebih-lebih nak bukak aib orang.. Ini part yang paling kita suka. Kita paling suka menyelak kain saudara kita sendiri kerana diri kita ini sendiri dah telanjang oleh dunia.



~ Kata nak ceramah, tapi buka pekung orang.. Kan tak baik..lebih baik kita diam. Dan berikan teguran secara terbaik. Bukan untuk menyakitkan hati.

~So..jaga lidah dan perbuatan. Biar seiring dengan jalan yang indah ini.

~Ambil ini .. kata-kata dari lidha manusia agung untuk pedoman semua..


Rabu, 20 Ogos 2014

Jika hari ini... (Dayang Khalizah)

Jika hari ini..
Kau merasakan layananku longlai,
Tidak beerti aku sudah tidak sayang padamu,
Jika hari ini kau merasakan...
Senyumanku kian pudar buatmu,
Tidaklah beerti cinta sudah lenyap dihati,
Jika hari ini kau merasakan,
Titipan cinta kian sirna buatmu,
Bukan beerti rinduku padamu turut sirna diungkai waktu,
Jika hari ini kau merasakan..
Ungkapan cintaku, rinduku, sayangku tidak seia dengan perbuatanku,
Bukan beerti aku sudah lelah menyintaimu, merinduimu, dn menyayangimu,
Dan jika hari ini.. adalah hari nya..
Maka ketahuilah wahai isteriku,
Aku hanyalah insan biasa yang belajar untuk jadi luarbiasa untukmu,
Agar bisa melayari bahtera dunia mengikut kemampuanku sebagai manusia biasa,
Yang tidak setanding cinta baginda Rasulullah mencintai Khadijah,
Kerana bezanya bagai jarak langit dan bumi,
Tapi aku berusaha untuk menjadi suamimu,
Sehinggalah nafas ini diambil pemilikku yang abadi

24 Syawal 1435 Hijrah

Jumaat, 11 Julai 2014

Titian Ramadhan

Hati kian retak. Harapan kian melambung hasratnya. Bagaimana hendak menjalani sebuah kehidupan andainya luka hati tak diubati. Sahutan hidayah yang mengetuk hujung pintu hati tak diendahkan. Membiarkan diri terus dibungkam kesepian yan tidak bernoktah. Oh Allah.. jika ini kesempatan terakhir bagiku, berilah pertunjuk kepada jalan yang Engkau redhai. Berkatilah setiap langkahku dalam menuju ke jalan Mu. Jalanku pulang untuk mencari keampunanMu sebelum malaikatMu menjemputku pulang.

Bahagianya bila diri ini dipangku inayahMu. Bahagianya bila cinta ini berbalas walaupun tiadalah dirasakan secara harfiah. Rasa itu tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata mahupun perbuatan kerana bahagianya sukar diungkapkam dengan kata-kata.

Adanya ramadhan ini memberikan 1001 ketenangan. Meredhakan keluh kesah. Mendamaikan hasutan yang bertalu-talu. Diberikan Nya lailatul qadar untuk menjadi garapankan kasih.

Terima kasih wahai Allah. Dalan kesempitan kau kurniakan waktu luang kepadaku. Untuk aku kembali setelah bergelumang dalam lautan nafsu.

Selasa, 1 Julai 2014

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

أسلام عليكم 

~Hilang bukan beerti jiwaku tenang.. hilang untuk memenuhi segala tuntutan dunia

~Bila mana segalanya memerlukan kudrat, hinggakan yang digemari turut ditinggalkan.. Gantung keyboard dulu.

~Neway, SELAMAT MENDAKAP RAMADHAN DALAM PELUKAN KASIH SAYANG.

~Jiwa dibelunggu rindu yang tidak bertepi.. Untuk kembali segera ke alam sana.. untuk bertemu dengan pemilik jiwa ini.

~Utamakan yang utama.. Hindari dari melewah-lewah.. Dan sentiasalah mensyukuri nikmat Allah..

RAMADHANKU

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..peluklah daku dengan suluh ketenangan..
 Peluklah jiwa ku dalam kerinduan ini
Selimutilah aku dengan selimut kasih sayang Rabbul Izzah
Dodoikan aku dengan alunan indah
Agar bisa aku segera berangkat bertemuNya
YAng dirindui senantiasa..
Biarpun tidak pada harfiah,
Namunnya ianya tetap membara
Cintaku pada Nya..
Peluklah aku wahai ramadhan..
agar bisaku tenang
dari lautan dosa yang aku harungi
agarku ketemui semula..
daratan keampunan..
untukku jadikan sandaran bertemu dengan Nya

4 RAMADHAN 1435 H

Isnin, 28 April 2014

Catatan Si Pendosa..

بسم الله ارحمن رحيم 
أسلام عليكم 

~Segala puji bagi Allah, tuhan sekaliam alam, yang di mana hatiku ini dan hati insan lain dibawah genggamaNya. Tiada tuhan melainkan Allah, dan nabi Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh Allah. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Saiyidina Maulana Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda, para sahabah dan semua umat islam yang diredhai oleh Allah.

~Tap tup tap tup.. keyboard sudah dipalu. Beerti entri ini masuk dengan satu tujuan. Memberi pendidikan kepada mereka yang memerlukan pendidikan. Bukan untuk menjadi selebriti. Tapi hanya untuk memberi ingatan. Supaya ingatan ini masuk ke benak, lalu menjunam ke kalb aku sendiri terlebih dahulu. Memberi ingatan bahawa kita ini hanyalah hamba Allah yang fakir lagi daif. Tidak ada daya kekuatan kita melainkan dengan kekuatan Allah juga. Sebab itu, orang yang berilmu, akan merasakan bahawa dirinya kian tidak berilmu kerana memahami bahawa ilmu Allah sangat luas. Bijak pandai melayu mengatakan bahawa, "semakin berisi semakin menunduk, seperti resmi padi". Sebab itu melayu yang pandai-pandai, makin kurang berantakan, melihat dan berfikir sebelum bertindak.


~Isu yang hangat, bukannya sekadar hangat pada hari ini, tetapi sudah hangat sejak azali lagi. ISu tak puas hati, dendam, memang dah lama wujud. Sejak dari penciptaan Nabi Adam a.s. sehinggalah ke hari ini. Malah anak cucu kita memang akan hidup dalam zaman benci membenci. Selagi dunia belum kiamat, selagi itulah MISI IBLIS belum selesai untuk memporak peranda anak Adam. So, tak perlu dilema. Kuatkan hati dalam menempuh cercaan. Lindungi diri dan keluarga dari fitnah. Sediakan mereka untuk menghadapi dunia yang penuh kekejaman ini. Kerana, urusan manusia dekat dengan Allah, tetapi jalannya menyimpang dan menyukarkan untuk mencari redha Nya. Dan ingatlah, siapalah kita untuk menilai orang lain. Sebaik-baik pertimbangan itu adalah di neraca Mizan Allah jua.

~Sebagai contohnya, aku membantu orang untuk mendapatkan pekerjaan. Selepas itu, sebelum temuduga, aku menghubungi kenalan yang berada dalam agensi itu untuk meminta bantuan. Dan, puff!! orang yang aku tolong itu dapat kerja. Konsep biasa yang kita ketahui adalah, aku dalam cerita ini yang membantu orang untuk mendapatkan pekerjaan. Ya. memang tak disangkal. Yang kita lupa adalah, sesungguhnya rezeki itu sudah ditentukan Allah sejak azali lagi. Aku hanya perantaraan, tetapi sebaliknya memang sudah ketentuan Allah. Macam aku dalam dunia yang nyata, merupakan seorang guru. Memang inilah tugas yang Allah pilih untuk aku lakukan dalam dunia ini. Memang isteriku sekarang ini adalah watak isteriku di dunia. Dan selanjutnya-selanjutnya. Semua dah termasuk dalam ketentuan Allah s.w.t. Oleh itu, jika beroleh sesuatu yang baik, mestilah dilazimkan untuk kita untuk menyebut "Alhamdulillah" yang membawa maksud, "Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam". Alamak... jadi ustaz blog lah pulak. Tak pasal-pasal kena kritik kerana memandai dalam bab agama.

~Bukan memandai, ini adalah konsep menurut pandangan guru biasa macam aku. Bukan memandai, kerana sekadar ingin berkongsi. Kalau salah, tolonglah sangat-sangat perbetulkan. Jangan kritik yang menjatuhkan, tetapi berilah teguran. Dan kalau boleh, elakkan untuk bercakap mengenai aku dari belakang. Bukannya apa, nanti pahala amalan anda semua akan "melayang" kerana membuat umpatan. Sesekali itu, biarlah amalan kita kekal untuk diri sehinggalah pertemuan kita dengan Allah di Yaumul Mahsyar.

~Guru oo guru.. kesekian kalinya, aku mencari identiti dalam pekerjaan aku ini. Mana tak nya, terpaksa berhadapan dengan jiwa yang kosong yang membungkam setiap waktu. Hmm.. ingin dihempas rasa kekosongan ini. Supaya semua mendapat kebaikan dari jiwa yang bersih dan suci. Doa-doakan hatiku sentiasa dalam inayah Allah. Dan diampuni dosa-dosaku. Sekali lagi, aku memohon sejuta kemaafan kepada semua jika terdapat sekelumit dari setiap kata-kataku, perbuatanku mahupun hatiku dalam mengadakan "hubungan sesama manusia " ini. Bimbang, inilah dosa yang menghijabkan aku dari pandangan Allah.


Isnin, 21 April 2014

Malas....April 2014

بسم ألله ارحمن ارحيم 

~Assalamualaikum dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan Sekalian alam. Tuhan yang tiada duanya. Tuhan yang berdiri dengan sendirinya. Tidak memperanak dan diperanakan.

~Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Yang dirindui, yang dikasihi senantiasa. Kepada ahli keluarga baginda, dan seluruh para muslimin. Semoga Allah memberkati segala-galanya di dalam semua kehidupan kita. Insya Allah.

~April sudah menjelma. Semangat kian luntur. Apatah lagi dengan keadaan yang tidak begitu menyenangkan. Dugaan datang melanda, kiri dan kanan. Depan dan belakang. Bermula dari sekolah, hinggalah ke universiti. Semacam ada yang tidak kena sahaja. Bila diperhatiankan, setiap satunya pasti membuahkan hikmah. Namun, dalam mengharungi setiap dugaan ini, amatlah sukar bagi aku untuk menguntum bunga ketabahan. Kerana hatiku tidaklah seanjal itu untuk menerima segala dugaan.

~Barulah aku faham, mengapa sukarnya untuk menjadi tunjang kepada "pokok" besar di atas. Menjadi guru ini bukanlah tugas yang senang. Kalau semua sekolah melaksanakan dasar sekolah amanah, barulah cikgu-cikgu di luar sana mengerti bahawa tugas guru ini bukan senang.

~Semangat nak berblog pun dah luntur. Bermacam-macam pengalaman sudah dilalui dalam 4 bulan pertama dalam tahun 2014. Namun, belum juga ada sekelumit masa dan isu yang dapat aku kongsikan bersama semua. Masalah dengan sifat "malas" inilah yang membuat semua kerja jadi tak tentu.

~Berat saja tangan ini nak mengetuk keyboard ni..malas.. oo malas.. oo malas..


Isnin, 17 Februari 2014

Febuari 2014 : Satu fenomena

بسم الله ارحمن ارحيم 

~ Salam kerinduan.. Macam-macam dah berlaku dalam selang beberapa bulan ini namun aku masih kekeringan idea untuk menulis di dalam blog ini. Aku ingatkan sudah boleh bebas untuk menulis namun berkarya sangat memerlukan ketenangan dan ketenangan itu bukan mudah untuk diperolehi daripada situasi berkerja pada ketika ini. Sangat sibuk dalam menguruskan persekolahan.

~Hujung bulan ini ada pertandingan silat untuk sekolah-sekolah di dalam daerah Kuching. Tahun ini, aku diberi kesempatan oleh Allah taala untuk membawa pasukan sekolah. Alhamdulillah, syukur kepada Allah sekali lagi kerana telah memberikan aku kesempatan untuk mengajar anak-anak ini mengenal Allah dalam pentas silat.

~Diselangi juga oleh laithan yang perlu dilakukan setiap petang. Petangnya ada latihan silat bersama dengan pasukan silat ini. Sampailah ke jam 4 petang setiap hari. Masakan tidak penat balik ke rumah. Belum habis lagi dengan latihan untuk pasukan olahraga sekolah. Pagi mula jam 7 sehingga jam 10 pagi. Sambung sebelah petang jam 4.00 petang. Nah, ambik kau.

~Aku tak menaruh 100% harapan dengan pasukan silat kerana aku masih beranggapan ini adalah tahun pertama aku membawa pasukan ini. So, harapan tidaklah terlalu tinggi. Sekadar menghadiri untuk memenuhi tuntutan ko-kurikulum sekolah. Harapan aku agar, murid ini dapat enjoy dan bukan sekadar mendapat peluh.

~Kekangan kerja sekarang semakin mendadak. Aku harap, aku dapat terus bertahan dalam situasi kerja yang sangat genting ini. Insya Allah.

~Semoga ketemu lagi.. 

Selasa, 21 Januari 2014

Kesempatan ini.. Dan andainya cinta kian bersemi..

أسلام عليكم 

~Penggal persekolahan baru memulakan tirainya. Masuk minggu ke 3 sudah kita yang bergelar guru ini memberi sumbangan kita dalam mendidik anak bangsa. Dalam masa tiga minggu ini juga, banyak kerja yang menderu-deru masuk dan mulai bertimbun di atas meja. Mesyuarat silih berganti, taklimat tidak kurangnya. Namun, sebagai langkah supaya kita tak tersekat dalam emosi yang sangat menganggu, letakkan setiap langkah itu tawakal dan ini adalah "gudang" (sekolah) mendapatkan rezeki. Maka perbanyakkanlah bersyukur daripada mengkritik.

~Guru yang sangat efektif adalah guru yang sangat mementingkan mutu ilmu dan sangat cekap dalam menangani segala permasalahan sama ada masalah kerja atau peribadi.

~Seorang guru yang baik, di antara ciri-cirinya adalah sentiasa bermurah hati dalam melaksanakan tugasan hariannya. Sebagai contohnya, guru lebih cenderung untuk menggunakan duit sendiri jika mendapati anak muridnya terdiri daripada kalangan keluarga yang sangat daif.

~Perasaan itu jarang kita rasakan kerana mereka ini (guru) sangat sensitif dengan keberadaan murid. Sebab itu, guru dipanggil sebagai ibu bapa kedua. Oleh itu, hargailah guru anda kerana setiap langkah hingga ke hari ini adalah kerana ilmu yang telah dikongsikan kepada kita bermula dari huruf "A" sehingga menjadi "seseorang" hari ini.

~Masuk minggu ke 4 persekolahan, masih lagi kerja-kerja rutin ini tak dapat hendak disesuaikan dalam tahun 2014. Macam-macam perkara menjadi rencah perjuangan dalam kehidupan seharian. Adakalanya, aku merasakan rutin ini tidak kena dengan jiwa. Jiwa pula semakin kekosongan. Menjadi hala tuju sebenar dalam erti kata sebenar. Bukan nya sekadar hendak menjadi guru pada "gaji" bulanan. Tapi menjadi seorang pendidik, murabbi, yang mengajar pelajar untuk mengenal Rabb. Aduhai jiwa..

~Ramai pula murid yang akan berpindah ke sekolah lain. Walaubagaimanapun, teruskanlah perjuangan di sekolah baru. Kuatkan hati, kuatkan iman. Semoga beroleh kejayaan walau berada di mana sekalipun. Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk semua.

~Terkenang dengan tahun 2013.. mungkin hati masih belum merelakan tapi hakikatnya masa sudahpun berputar.

~Inilah lumrah alam. Adakalanya hati memerlukan makanan yang sebenar. Makanannya adalah zikirullah. Dan zikir paling afdal adalah zikir mengenang kematian. Oh Allah.. sesungguhnya aku lemah dalam perjuangan kali ini. Bantulah aku dalam menghadapi "kemurungan" hati yang lesunya iman dipangkuan nafsu.

~Perjuangan masih belum selesai.. Selagi nafas di dalam helaan halkum, selagi itulah perjuangan aku belum selesai. Aku mengharapkan kudrat aku masih berada genggaman kesihatan yang baik.

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...