Isnin, 19 Oktober 2015

Hijrah terakhir ku? 1437 : Kau Berjuang?!

أسلام عليكم 

Salam maal hijrah 1437 diucapkan kepada semua umat Islam di seantero dunia. Penghijrahan nabi s.a.w membawa kepada faktor penyebaran agama Islam secara meluas sehingga ke hari ini. Empayar Islam didirikan sangat luas dengan kepelbagaian sosio-ekonomi yang telah menyebabkan berlakunya khilaf di antara kita sesama Islam untuk berfikir. Jadi, tiada yang sesat melainkan kita sendiri memilih kepada kesesatan. Ulama muktabar dah berkata, kita melaksanakan. Kita siapa jika hendak dibandingkan dengan hujjatul Islam? So, selagi kita punya ilmu tiada asas yang mantap, jangan dok sibuk nak mengkafirkan orang. Jadikan perpaduan sebagai alat memacu kepada perkembangan ekonomi. Ibadat itu masing-masing. Kalau nak share, share. Kalau orang tak nak ikut, terpulanglah. Allah sahaja Yang Maha Mengadili segala perbuatan manusia.

Kesempatan pada hari ini digunakan dengan sebaiknya. Hari ini, 19 Oktober 2015, sekolah-sekolah yang berada di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Tawau, Samarahan dan Kuching telah diumumkan untuk bercuti disebabkan oleh faktor jerebu yang tidak sihat di kawasan yang terbabit. Aku ambil masa ini untuk mula mengetuk papan kekunci untuk memberikan inspirasi kepada semua pembaca. Seperti selalu, tak minat membaca, sila keluar dari blog ini.




7 tahun dalam bidang pendidikan masih dikira fresh lagi. Aku sendiri kurang memahami kehendak hati bila mana sudah berada di halaman sendiri. Dulu, waktu di perantauan, aku banyak menceduk ilmu dan pengalaman untuk bekalan di halaman sendiri. Rasanya amat pelik dan janggal untuk berada di halaman sendiri berbanding 7 tahun lepas. Lagi seronok untuk mengajar di tempat orang. Tahulah orang lain. Perit yang ditanggung, rupanya terselindung hikmah yang agung.

Dengan keadaan pendidikan yang jauh berbeza dari pedalaman, di bandar memerlukan banyak lagi kudrat dari segi pemikiran, dan fizikal. Kalau di pedalaman, kesukaran yang dialami macam perjalanan yang jauh, berjauhan pula dengan tersayang, jauh dari perkhidmatan asas, dan pelbagai jenis hal menjadikan ianya sebagai satu pakej untuk meneruskan wardah perjuangan mengajar anak bangsa. Bangsa di pedalaman, sudah semestinya asing bagi kita, tapi mereka sangat mengalu-alukan kita (guru). hal demikian, kerana kesanggupan kita untuk mengharungi hutan belantara demi mendidik anak-anak ini. (walaupun kita seringkali merengek, merengus, merepek dan macam-macam meeememememe...).

Anak-anak di pedalaman, tidak mempunyai jaringan akses sosial seperti di bandar, dan masih suci untuk diberikan perubahan yang membawakan kepada kejayaan kepada mereka. Benarlah kata mantan guru Besar aku sewaktu di sebuah sekolah pedalaman dahulu, " sepatutnya, pelajar di pedalaman akan lebih cemerlang kerana kebanyakkan sekolah di pedalaman adalah asrama. Guru-guru tak dibebani dengan kesesakan trafik dan sebagainya. Masa lebih banyak terluang berbanding dengan guru di bandar. tapi, mengapa seringkali pelajar di luar bandar/pedalaman yang paling kurang menonjol?"

Persoalan ini akan membawa kepada keberkesanan guru pedalaman dalam memberikan pendidikan kepada pelajar. Dihujung perbincangan yang membosankan ini, akhirnya, kita akan membawa kepada satu kesimpulan, "jangan samakan pelajar bandar dengan luar bandar. sosio ekonomi berbeza dan makanan pun berbeza".. pergh.. jangan hampiri pertengkaran yang sia-sia.

Bukti anak-anak murid pedalaman yang berjaya, seperti SK Ulu Lubai, Lawas.. macam di Baram, SK Long Pelutan.. hampir kesemua pelajarnya adalah anak orang Penan. Tapi, dengan kaedah dan cara Guru Besar nya, sekolah itu sentiasa mengekalkan kuantiti dan kualiti pelajar cemrelang saban tahun. Nah, apa lagi alasan kita sebenarnya? Semua bergantung kepada diri sendiri. Niat kita.

Aku teringat lagi dengan seorang pelajar di SK Long Sepiling. Larry Lihan nama diberi. Masuk ke sekolah tersebut pada tahun 2010 dalam darjah 5. Berpindah dari sebuah sekolah di bandar Miri. Dalam keadaan, membaca dan menulis dalam keadaan yang sangat "0". Aku mula mengajar Larry dalam tahun 2011. Mengajar Sains. 4 orang dalam sebuah kelas darjah 6. Larry ini satu-satunya pelajar lelaki dalam kelas darjah 6 ini. Pada permulaan sekolah 2011, semua guru yang mengajar anak muda ini, mengatakan bahawa Larry macam tak ada harapan nak lulus. Tapi, aku dan isteri kebetulan mengajar sama di sekolah tersebut dan mengajar darjah 6, sentiasa berfikiran positif dengan mengatakan bahawa dia pasti akan lulus subjek-subjek dalam UPSR. Aku ingat lagi, bagaimana sukarnya mengajar pelajar yang baru merangkak membaca.




Larry sangat meminati subjek MATEMATIK dan sentiasa mendapatkan markah yang terbaik dari subjek ini. Tapi dari segi bahasa, Larry sangat lemah dan selalu membaca buku dengan nyaring bagi memudahkan dia memahami. Satu hal lagi, Larry sukar berbahasa Melayu dengan fasih. Aku merancang dengan isteri aku untuk memberikan dia peluang sekurang-kurangnya lulus dalam subjek SAINS dan BAHASA INGGERIS. Aku merangka strategi. Ajak tidur di rumah. Buatkan makanan yang sedap. Dan, ini menarik minat Larry untuk berusaha belajar. Malangnya, pada bulan Jun, aku telah menerima satu surat perpindahan ke Pejabat Pelajaran Baram dan usaha aku terhenti. Tapi usaha isteri aku tidak terhenti. Isteri aku berada di sana sehingga bulan 8 sebelum bercuti bersalin.

Pupp.. UPSR keluar, Larry dapat C untuk Sains.. malangnya lagi, Bahasa Inggeris dapat E. Sekurang-kurangnya, kita bantu dia dahulu. Barulah kita boleh kata, apa kekurangannya. Murid ini, walau tak dikurniakan kepandaian, tapi bila berjumpa dengan aku dan isteri di Marudi, salam siap cium tangan. Nah, apa lagi alasan kita dalam mendidik pelajar kita?




Aku sekarang tercari-cari rentak aku pada waktu menjadi guru permulaan dahulu... Sukar, tapi akan aku usahakan demi memberikan "nilai manusia" dalam diri pelajar yang aku ajari. Cerita Larry ini sekadar pendorong kepada aku untuk terus berkecimpung dalam bidang keguruan ini. Ini hanyalah sebahagian dari cerita guru-guru yang sentiasa berusaha dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada msayarakat walaupun dicemuh saban hari. JAngan terus mengecop pelajar tidak dapat, tak akan capai.. tapi usahakan dahulu. Selebihnya, serahkan kepada Allah untuk menentukan usaha kita.

~Man Jadda, wa JAdda~

Rabu, 24 Jun 2015

RAMADHAN KEDUA SEBAGAI GAB DI BANDAR 1436H


أسلام عليكم 

Allahuakbar.. ramadhan telah datang lagi menjenguk kita yang telah bergelumang dengan seribu satu noda. Membawa harapan pengampunan. Memberi jalan kafarah kepada kita, menyatukan hati-hati yang telah lama terpisah.Semga Ramadhan ini, memberikan kita seribu satu kelebihan dalam menjalani kehidupan kita sebagai Hamba Allah.



Oh..idea mencurah tapi menghilang tatkala tangan mula menyentuh keyboard..adakah ini petanda kehilangan bakat yang tidak terpendam? Baru aku memahami, mengapa "orang" boleh berblog di pedalaman.. haa.. sebab banyak masa boleh diambil ketika mana tidak terlibat dengan aktiviti seperti sesak dalam perjalanan, tersekat, tersangkut di jalan raya, terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum dan akademik, tak perlu menggunakan kereta sebagai medium pengangkutan. Dan disebabkan itu, banyak manfaat dari segi kuantiti dan kualiti masa. Kalau kita di bandar, memang seringkali mengambil alasan perjalanan panjang sebagai alasan untuk tidak siap kerja. Allah..

Payah jugak nak setting masa bila mana berdepan dengan kesemptan masa. Aduh.. kerja bermula pada jam 7.00 pagi berakhir pada 2.00 petang. Ambiklah masa untuk perjalanan pergi balik yang "clear" takdak jammed dalam 30 minit. Tapi takdak jammed itu adalah "nikmat" yang jarang sekali berlaku dalam musim persekolahan. Paling cepat dalam musim ini adalah dalam 45 minit. bergerak dari rumah seawal 5.40 pagi. Sampai sekolah dan 6.30 pagi. Masuk kelas (sebab guru tingkatan) jam 6.45 pagi. Lepas tu mengajar sehingga jam 1.20 petang. dibenarkan balik cuma pada jam 2.00 petang.  tak tambah lagi taklimat atau aktiviti luar biasa seperti CPD, PLC, ....(**^*&%^&*$%^. Beban... masa memang terbuang untuk menjadi pelajar sebaga manusia. Aduhai.. Menrungut lagi.. bukan..ini adalah untuk mebanding beza sahaja. Merungut nanti rezeki jadi tak berkat. Buat dan terus buat sehingga bersara okeh!!

Terbabit lagi dengan permasahan masa. Rugi kalau tak enjoy kehidupan di pedalaman. Cuma itulah masa yang senggang yang kita akan dapat dalam bidang  perguruan ini. Di Long Busang dulu, memang selalu jugak keluar untuk beriadah di sungai. Sekarang, sabtu pun dah kena buat aktiviti kerja lain. Duit pun kena keluar jugak bila nak ke bandar, di sini hari-hari keluar duit untuk bayar tol, minyak, dan sebagainya yang remeh. Sama sahaja, bezanya dalam kuantiti banyak dan sedikit tetapi kerap. Enjoylah selama mana kita di sana. syukuri segala rahmat kesenangan dan keluangan masa. Gunakan masa di pedalaman untuk mendidik anak-anak bangsa Malaysia dengan dedikasi. Jangan baru kerja sebulan dua bulan dah tunjuk orang macam kami bagaimana mana nak hidup di pedalaman. Alahai.. kami dah merasai pengalaman tersebut. Tapi pengalaman kami tak pula tersiar di dada akhbar.. sebab kami ini ORANG TEMPATAN je Kot..

Banyak lagi guru dalam kesusahan. tapi semangat mereka sangat berkobar-kobar. Bak istilah orang lama, "penyapu baru". Tapi, dah lama-lama nanti, tak dapat pindah, mula buat perangai di sekolah. Balik dari cuti lambat, selalu tak ada di kelas. Bagi kerja lepas itu hilang, ponteng mengajar, tak siap RPH. tapi, bab komplen PPD, depalah NO.1 bro.. haha.. dah biasa dah. Guru Besar memang jadi tempat meluahkan kemarahan tak dapat pindah. PPD memang asyik kena seranah. Alahai.... indah khabar dari rupa. Tapi, tak semua begitu. ada yang konsisten. Sebab, yang pasti, guru itu manusia. Dan manusia tidak lepas dari melakukan kesalahan. Haa.. kau ambiklah ayat ni terus. Janga ambik setengah untuk dijadikan catatan ini betul.

Sikap orang kita ini suka menVIRAL..alahai.. tak takut dosa ke? Kalau betul yang kita buat jadi dosa mengumpat. kalau salah, jadi FITNAH. Dua-dua salah. Tak takut ke?

Di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, mari kita menguatkan lagi kasih sayang kita kepada semua makhluk Allah dengan mengamalkan bermaaf-maafan. Akhiru kalam.. wassalam

Isnin, 18 Mei 2015

bIAR gAMBAR sEBAGAI sAKSI bISu

أسلام عليكم 

SALAM SEJAHTERA




Saat ini, biarkan sahaja gambar berbicara... Biarkan ianya menjadi saksi bisu. Biarkan ianya menjadi pemula sesuatu yang dicari..


Masa untuk fikirkan semula halatuju kehidupan

أسلام عليكم 

SALAM SEJAHTERA

Orang kata, kalau hati dah terluka, pasti dapat diubati. Tapi, orang kata lagi, mencegah lebih baik dari merawati. Kalau dah tak minat, jangan paksa-paksa lagi. Mulalah berbelah bahagi. Nak teruskan atau nak berhenti sekerat jalan. Kalaulah berhenti, bagaimana hendak meneruskan legasi kehidupan. Sedangkan rezeki dipupuk disemai dengan air liur. Nah, fikirkan.. isthikarahlah.. mohon pertunjuk kepada semua permasalahan.

Semua makan gaji pun. Tapi bekerja dengan hati tak rela pun satu masalah. Orang mengata bagaikan dia tak pernah berdosa. Mahukah kita dicop sebagai makan gaji buta? Sedangkan kita kerja bagaikan nak gila. Pagi petang siang malam dikerah. Dengan pengkeranian, sukan, pencerapan, akademik, hal ehwal pelajar. Macam rasanya bagai-bagai tugas. Orang di SANA melalak bagai kerja puluhan jutaan. Tapi, hakikat satu tugas pun tak terhabis. Satu unit, satu jawatan. Kerja lain pula tak disentuh. Nah..bagaimana pula penggerak dasar macam kami?




Hati pun tak tenang. Pagi gerak sebening fajar. Belum muncul syuruk, sudah diatas jalan. Bergelumang dengan asap jalan. Tunggu giliran, tak juga sampai. Mula mengajar hati dah tak tenang. Asyik teringat, kerja yang tak padan. Aduhai..masa berjalan dengan pantas. Pulang-pulang, badan dah penat. Keringat dibadan kering sekering air dilukah. Pulang-pulang, hari dah senja. Anak isteri pulak, dibiar bergembira. Kita pulak tidur keletihan.

Benar kata pepatah, "kera dihutan disusukan, anak dirumah dibiarkan kelaparan". Anak-anak terbiar tanpa kasih sayang.Mengharap malam untuk bersua. Rupanya malam, anak tidur pula. Orang boleh kata, sabtu ahad kan ada? sabtu ahad, aktiviti tak sudah. Apatah lagi dengan sosial dengan masyarakat. Entah-entah, jenazah kita pun tak ada orang nak urus. Kerana sombong tak bertemu dengan masyarakat katanya. Alahai.. malangnya nasib kita yang makan gaji.

Bila mengeluh, mulalah melatah. Kata kerja guru, semuanya senang. Cuti sekolah, guru ikut cuti. Tapi hakikat, sekolah yang cuti, kerjanya tak cuti. kalau bercuti, alamatnya dikejar sampai kelubang cacing. Fikirkan sejenak. Semakin hari-hari, semakin jauh kita menatap kitab al-Quran. Nak baca pagi, takut jalan sesak. Nak baca maghrib, tugasan keluarga pulak diutamakan. Nak baca malam, kertas ujian, latihan pulak nak disemak. Nak bangun tahajud apatah lagi. Lainlah orang mengharapkan bini baru lagi. Baru nak tahajud, mintak tambah rezeki.

Sekarang fikirkan lagi. "9/10 dari harta dunia datang dari perniagaan" (Muhammad, Rasulullah s.a.w). Kalau nak cari rezeki lebih, silalah berusaha lebih. Kalau dah berusaha, kenalah buat satu kerja sahaja. Yang makan gaji, tinggal-tinggalkan. Berfikir jugak.........panjang.......panjang.....panjang

KOMITMEN.. itu yang membunuh fikiran panjang kita. Buat basic yang kukuh dulu. Baru fikir lagi.. Apa-apa pun, perancangan yang baik itu umpama buah yang masak ranum. Gugur ke bumi, dan bijinya bercambah semula menjadi pokok yang baharu.

Ingat, Firman Allah mengatasi segalanya.. ilmu kita cetek dan tidak sempurna. Kalau kita boleh berdiri dengan kudrat Allah, boleh juga Allah tarik nikmat kaki dengan menjadikan kita lumpuh hingga menjadi orang melata. JAGA KATA-KATA, KERANA MULUT BADAN BINASA.

Ahad, 17 Mei 2015

Selamat Hari Guru 2015: Guru, membina ilmu menyempurna akhlak

أسلام عليكم 

SALAM SEJAHTERA



8 bulan tak berblog. Gila ke ntah.. Tapi yang pasti, sejak kembali ke sekolah ini, membuat aku hilang banyak idea yang ingin aku sampaikan di dalam blog ini. Keluangan dan kesempatan telah diragut oleh kekangan kerja yang sangat melambak. But in this few month, aku akan kembali dengan beberapa isu perguruan dan profesionalisme perguruan. Ditambahkan sedikit dengan beberapa pengalaman kehidupan. Al-maklumlah, diari seorang guru biasa.


Masih tidak terlambat bagi untuk mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia terutamanya yang pernah memberikan tunjuk ajar kepada aku sejak dari lahir lagi iaitu kedua ibu bapa yang tercinta, kepada guru-guru yang mengajar aku mengenal huruf di Tadika St Jude (1990), guru-guru sekolah rendah ku di SRB St. Joseph, Kuching (1991-1996), guru-guru sekolah menengah yang telah membakar azam aku di SMB St. Jospeh Kuching (1997- 2001), guru-guru yang menunjukkan jalan profesionalisme aku di Kolej Matrikulasi Labuan (2002-2003),  guru-guru yang bergelar pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (2003-2006), guru-guru yang menyejuk bara yang panas di Institut Kemahiran Islam Sarawak (2007-2007), guru yang bergelar mursyid di Uniercity of Yarmouk (2007), guru-guru yang membimbing aku menjadikan aku ini sebahagian dari profession perguruan di Institut Perguruan Batu Lintang (2008), guru-guru yang berpengalaman dalam bidang sejarah di Universiti Sains Malaysia (2012), guru-guru yang membantu aku meningkatkan tahap profesinalisme di Open Universiti Malaysia, rakan-rakan sekerja di SK Long Busang, Belaga,; SK Long Sepiling, Baram, Pejabat Pelajaran Daerah Baram, dan SMK Seri Setia Kuching serta semua yang pernah memberikan pendidikan kepada insan hina ini. Khasnya kepada isteriku yang tercinta.. Dayang Khalizah..



Cuma, sekarang, masih lagi aku berpeluang untuk turn-over dalam bidang ini kerana "roh" profession semakin luntur dimakan oleh hati yang selalu "ingga" (baca: jelek) dengan perbuatan guru yang bertaraf pent***** yang selalu bekerja lebih kepada emosi bukannya profesinalisme. Dan semakin hilnag arah tuju ketika melangkah ke sekolah lantaran terlalu (^*(&%&^$^%#^%#

Dan, insan baru telah hadir dalam kehidupan kami bertiga. Bukan isteri baru. Tapi kelahiran anak kedua kepada kami iaitu Muhammad Khalik Hakimi Bin Muhammad Khawar Hezazy. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas anugerah yang tidak terhingga ini. Semoga menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Amin.

Ingat, blog ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup, apatah lagi yang mati. Kalau dengan ini dijadikan bukti untuk dijadikan salah laku tertib, maka anda telah tersilap memilih bahan bukti. Jelas disini katakan, tak suka, Boleh blah.. hehe

p/s: 8 bulan.. dah jadi usahawan tani kot? hehe

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails