Cari Blog Ini

Isnin, 17 Disember 2018

KEMBALI PULIH BANGSAKUU..


أسلام عليكم 

~Kalau bab silat kau ajak aku berbicara, aku hanya mampu senyum dan ketawa. Dah lebih kurang setengah dari umur aku aku dambakan diri di dalam arena persilatan. Bukan sekadar bersilat di dalam gelanggang, bersilat politik pun dah aku tempuh. Macam-macam pe'el manusia di dalam persilatan ini.

~Yang baik itu. tetaplah baik. Yang busuk hati, walau sekali mana pun nak buat baik, pasti busuk hati itu dapat dihidu dari jauh lagi. Orang yang busuk hati ini, umpama orang yang selalu mencipta perumpaan baharu, namun tetap juga di pemilik hati yang busuk ini boleh menawan hati penyokong yang taksub.

~Kadang-kadang aku hairan, mengapa orang suka sangat nak taksub kepada keturunan bukannya kepada ilmu yang terbukti betul sanadnya. (Lepas ni mulalah komen "busuk" bakal aku terima). Kenapa kita suka menjadi hakim dan tidak bersikap tabayyun?

~Sendiri mau ingat, kita manusia. Tak lepas dari melakukan kesilapan. Andai tersalah, kita tegur, Bukannya menghindar. Tegur dua tiga kali tak makan saman, kita lawanlah. Tapi lawanlah cara yang terbaik tanpa memecah belahkan perpaduan ummah.

~Bab silat ini nak jadikan hal, hasad dengki itu memang pekara biasa bagi mereka bergelar PENDEKAR ni. Kadang-kadang aku gelak sendiri, jiwa besar, otot kekar, pelajaran berkoyan-koyan, berguru pulak dengan lagenda, tapi bila bab penyatuan, kepala kau paling besar rabak. Tak bolehkah beri peluang untuk dengar pandangan orang? Asyik-asyik nak timbul salah orang. Salah diri sendiri ada kenang-kenangkan?

~Orang macam ni, dia selalu peringatkan, "MATI ITU SANGAT DEKAT". Tapi, tak pernah nak menyatukan silaturahim. Asyik kata aku yang benar. Dah mati nanti, ingat boleh terselamat dari fitnah kubur?

Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia memuliakan tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maha hendaklah ia menyambung hubungan silaturahmi.” (HR.Bukhari)

 Baik kita jadi orang yang menyatu. Bukannya orang yang jadi batu api. Api dalam sekam. Musuh dalam selimut.






~Ni baru bab hasad dengki. Belum lagi bab "TIN KOSONG". Mula berkenal, mulalah tunjuk kita pendekar tarbus. Bab ni, memang banyak dah aku ketemu. Belum apa-apa dah mengaku bagai. Alahai.. Sedih aku melihat orang kita ni. Bilalah nak habis angan-angan tinggi menggunung?

~Bab kutuk orang ni, pendekar-pendekar inilah yang paling hebat. Faham tak bahawa hidup ini umpama roda? Ada masanya kita pasti akan jatuh menjunam ke bawah. Masa ini, barulah kita kenal siapa kawan siapa lawan.

~Namun, aku tetap kagum sebilangan guru yang sentiasa mendidik anak-anak didiknya dengan adab. Adab yang paling utama adalah beradab dengan Allah. Masih ada lagi guru-guru ini menerapkan Allah sebagai Rabbul Izzah. Tuhan yang memiliki hati mereka. Tapi, biasanya, pelajar di bawah guru-guru sebegini tak ramai bilangannya. Yang ramai, guru-guru yang suka menabur kebencian. Allahu..

~Ni tak masuk, murid-murid yang lupa daratan....derhaka tanpa diduga katanya.. Kesian...

POLIGAMI 2018 (PESAN UNTUK YANG HENDAK BERPOLIGAMI)

أسلام عليكم 

~Ramai terkejut dan mula bertanya soalan-soalan nakal bila mengetahui aku seorang lelaki yang telah beristeri dua, dan duduk serumah seolah-olah semuanya biasa-biasa aja. Belum lagi yang berniat nak belajar berpoligami. Nakal dan kadang-kadang soalan ini mereka yang bertanya ini agak celupar, tapi hakikatnya, di dalam hati mereka, hanya Allah sahaja yang mengetahui.

~Pokok pangkal dalam poligami, semuanya mesti LILLAHITAALA. Kalau niat untuk nafsu, memang sukarlah nak mengharungi lautan POLIGAMI ini. Kedua, hendaklah JUJUR. Ini elemen yang pastinya sukar hendak dilakukan kerana kita ini lelaki yang sentiasa hendak kekalkan yang sedia ada. Tapi, hendakkan yang lain. Faham tak? Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut dapat, terpung tak berselerakkan. Tapi, itu budaya orang tamak haloba. Nanti, yang dikejar tak dapat, yang dipikul berciciran. Jujurlah dengan pasangan.

~KEtiga, pesannya.. haruslah bersabar. Biasakan untuk bersabar dan bawa berbincang. Sebaik-baiknya, tunjukklah bahawa kita mampu menjadi IMAM. Yang ini kena balik kepada nasihat no.1 tadi. Jangan lupa, kita hendaklah serahkan segala-galanya kepada Allah. Perbincnagan yang baik akan membawa kepada hasil yang baik. Sabar dan terus berdoa. Sebab kalau kita pergi kepada nasihat yang keempat.. sudah pastinya kita akan tepuk dahi dan terduduk.

~Nasihat #4 ini, ini yang sadis. Semuanya adalah ketentuan Allah. Jika benar kita akan berpoligami, sekuat mana hendak ditentang atau sekuat mana hendak dicari jodoh kedua ini, sudah pastinya kalau sudah termaktub di Lauh Mahfuz kita beristeri 2 atau lebih, maka itulah jodoh kita.

~Bab poligami ini, hendaklah dibicarakan dengan harmoni. Bab ni, semua lelaki suka bagai. (Tak semualah). Tapi, jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk mencari yang lain kerana ingatlah, yang pertama itu sangat berharga ketika dia rela memberi hatinya kepada kamu ketika hari kamu pertama kali diijabkabulkan.

~Yang kedua pun bukan calang-calang hebatnya. Kedua-dua belajar berkongsi untuk mencari redha Allah. Dan andainya polgami ini bukan kerana Allah, sudah pasti kita (lelaki) akan diperhitungkan dengan balasan yang setimpal sejurus sahaja bermula kehidupan yang paling abadi.

~Kesan yang lain, jagalah anak-anak kita. Didiklah dengan sebaik-baik didikan. jadikan meraka berkasih sayang dengan ibu-ibu tiri mereka. Ajar mereka untuk sayangi adik-adik mereka yang berlainan ibu. Jangan timbulkan jurang yang boleh menyebabkan anak-anak tersisih. Adil.

~Bab Adil pun perhatikan jugak, Kalau bab ini, tinggi menggunung, tebal urat tengkuk wanita-wanita di luar dalam mempertahankan monogami. Adil ini bukan kira matematik bahagi sama rata. Adil dalam islam adalah meletakkan sesuatu di tempat yang betul. Kalau tak tahu, confirm waktu ustaz/ustazah mengajar bab Adil korang tak fokus pun.

~Bab poligami ini, bab sensitif. Jaga hati isteri kamu dalam berbicara bab ini. hati wanita sangat lembut. Tapi, bisa jadi benteng yang kukuh dari asakan musuh yang bertalu-talu. Pesanan aku yang terakhir, jangan gopoh gapah dalam isu ini. Kaji, selidik dan isthikarah dalam mendapatkan jawapan. Kadang-kadang, berdua lebih baik dari bertiga. Namun, Bertiga dan seterusnya adalah ANUGERAH ALLAH dan REZEKI yang kita sendiri TIDAK MAMPU untuk diungkapkan dengan kata-kata.

Rabu, 12 Disember 2018

CATATAN INI TIDAK BERMAKNA


أسلام عليكم 


~Tahun ini adalah tahun terlembab untuk aku menulis di dalam blog ini.

~Mungkin kerana banyak hala tujuan aku sampai kepada maksudnya menyebabkan idea terburai dan terus tidak dapat diproses oleh akal dan fikiran serta jari terus tersekat daripada mengetuk papan kekunci ini.

~Atau sekadar membuka laptop untuk kerja yang tidak akan berkesudahan sama sekali.

~My family.. semua berjauhan. Isteri pertama sekarang berada di kampung di Miri bersama anak-anak. Isteri kedua bersama anakanda pula masih bercuti di Batang Kali, Selangor. Ternyata, rindu itu lebih perit. Namun mengungkap rindu adalah pekara yang paling berat dilakukan oleh seseorang yang bernama bapa.

~Diharapkan tahun 2019 menjadi tahun yang lebih baik berbanding dengan tahun ini. Semoga perjalanan kita dirahmati Allah s.w.t.

~Selamat menyambut ulang tahun ke ___ untuk isteri pertama, Dayang Khalizah Binti Awang Batu. Semoga di keberkatan ini, Allah kurniakan kesihatan yang baik, kekuatan fizikal dan mental dalam mengharungi kehidupan yang mencabar ini. Insya Allah.

~Menyusul adalah hari lahir anakanda sulung, Muhammad Khalid Hafizi Bin Muhammad Khawar Hezazy. Semoga berjaya menjadi penghuffaz al-Quran, penyejuk mata ayah dan bonda-bonda.

~Isu dan politik dalam silat sama sekali tidak dapat dipisahkan. Ternyata, dalam Jabatan Pendidikan Negeri pun ada politik yang dangkal ini. Sebagai penjawat awam, kita seharusnya adil dan saksama dalam menjalankan dasar-dasar kerajaan. Bukannya berpaut pada organisasi lain yang bukan kerajaan dalam membuat perhitungan. Kalau berlanjutan begini, nescaya, tidaklah berkembang silat di negeri Sarawak ini.

~Buat keputusan atas dasar jabatan, bukan atas dasar NGO lain. Kita ada undang-undang dan seharusnya undang-undang ini kita perlu guna pakai. Bukannya ikut telunjuk NGO lain. Dah tu, nyata sangatlah menipu dalam membuat hasil perbincangan. Allah Maha Adil. Insya Allah, janji Allah akan kembali menuntut kepada yang berbuat nista ini.



~Wassalam

Rabu, 31 Oktober 2018

Umur dan Aku



~34. Itu nombor yang bertuah pada tahun ini. Lambat pulak nak ucap pada diri sendiri. 24 Oktober 2018. Itulah tarikh nombor itu genap menjadi 34.

~34 tahun dahulu, pada saat azan maghrib dilaungkan, lahirlah aku oleh seorang ibu yang sangat dicintai dan seorang bapak yang sangat positif. Alhamdulillah. Sekarang genaplah usia 34. Milestone - Isteri 2 orang, anak 4 orang (3 lelaki 1 perempuan ~otw Seorang lagi bakal lahir pada 2019), kerja sebagai guru dan bla bla bla.. Tapi semua itu, difikirkan, semuanya bermula dari seorang ibu yang melahirkan kita ke dunia ini. Sayangilah ibumu, selagi mana mereka masih lagi hidup. Sayangi bapamu, selagi mana kamu ada kudrat untuk berbakti kepada nya.





~Post terakhir adalah pada Julai 2018. Ni dah masuk Oktober. Baru berkesempatan untuk mencoretkan kata-kata di dalam blog ini. Aku maksudkan, kesibukan dalam merencana hidup ini menyukarkan aku untuk mencoretkan kata-kata di dalam blog buruk ini. Diharapkan, ada kekuatan untuk untuk terus memberikan buah fikiran untuk kemudahan orang lain.

~Sekarang fokus, SILAT jadi keutamaan selepas pendidikan. Insya Allah, setelah 12 Oktober 2018, PSSGM Sarawak sudah berusia 10 tahun lah usianya seusai penubuhan Silat ini di Sarawak. Kini, makin ramai yang suka menggunakan singkatan. Eh eh.. nak meniru nampak. Tapi, biarlah. Biar Gayong Sarawak jadi pemangkin untuk pergerakan Silat di Bumi Sarawak ini. Tapi, janganlah suka meniru hingga hilang identiti sendiri nak?

~Fokus kerja, macam hari tu dah ditawarkan lagi ke PPD. Alahai.. macam kali ini, tak berjayalah. Sebab aku tak jawap pun soalan paling kritis, "apakah kriteria menjadi seorang pekerja ofis?".. Jawaplah semua. Aku memang tak reti nak jawap. Sebab aku memang tak tahu apa kriteria nak kerja di pejabat.

~Rangkuman ni. Aku tak ada idea dah. Kelak aku cuba lagi untuk cari benda nak diceritakan. Insya Allah.

Khamis, 26 Julai 2018

Sedarlah kita ini MURID



Nukilan Guru tua.. Dari group Krabat Kesenian Nusantara..





Sedarlah kita ini MURİD....

Setinggi manapun kamu belajar,
Setebal manapun k hbitab yang kamu khatam,
Gelaran apapun yang kamu terima,
Besar manapun pangkat kamu;

Kamu tetap perlu menjadi KOSONG dihadapan mana-mana GURU kamu.
Terutama GURU yang BUKA JALAN untuk kamu berjalan.

Banyak yang jadi hari ini, dulunya MURID dihadapan GURU, tetapi setelah menempuh SEDIKIT pengalaman, tiba-tiba berlagak menjadi GURU dihadapan GURU.

Dahulunya mencium tangan, kini tidak lagi.
Dahulunya berkhidmat, kini tidak lagi. Bahkan mengharap dirinya pula DIKHIDMATI.
Dulu memanggil GURU dengan penuh hormat, kini hanya menyebut nama. Kini dirinya pula minta DIHORMATI.

Semua GURU mengharap MURIDNYA lebih darinya. 

Tetapi MURID tidak akan mampu melebihi dari GURUNYA.

Duhai MURID, jangan mudah engkau LUPA DIRI. Jika tidak kerana GURU engkau, tidak engkau kenal jalan ini.

Jangan hilang ADAB dengan GURU! Tiada ADAB maka hilanglah KEBERKATAN.

Kalau murid itu umpama bulu mata 
Maka guru Umpama kening
Walau tinggi mana bulu mata naik 
Tak akan sampai setaraf dengan guru


Isnin, 2 Julai 2018

CATATAN JULAI 2018


أسلام عليكم 



~2 Bulan masa yang sangat panjang untuk menjana idea, meluahkan perasaan yang membungkam di dalam hati, dinisbahkan dalam perkataan dicatitkan dalam blog ini. Cuma sekarang ini, hati tidak telus untuk berbicara kerana pelbagai hati perlu dijaga. Hadam dan ingat.

~Macam-macam karenah manusia termasuk aku dalam memainkan peranan dalam pementasan dunia ini. Sekali lagi diingatkan bahawa, dunia ini hanyalah pinjaman. Akhirat kan kekal juga. Sebab itu, alim ulama zaman dahulu menitik beratkan talkin dan mengajak bergotong-royong dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat dalam bab pengurusan jenazah. Talkin itu diibaratkan peringatan kepada mereka yang hidup yang turut menghantar jenazah ke tempat persemadian yang terakhir. Ini membantu memberi peringatan kepada manusia. Lahiriyah manusia ini adalah lalai. Maka hendaklah selalu diberikan peringatan supaya tidak sentiasa sesat.

~Hidup manusia begini umpama lalang. Sukar berpendirian teguh dan sentiasa berbolah-balik hatinya. Bila terasa "kuasa" terancam dan kedudukan bakal hilang, mulalah mengayuh bahtera ke jalan bertentangan semata-mata menyelamatkan maruah yang telah rabak oleh kebejatan ulah sendiri. Kadang-kadang, kita hanya melihat sahaja perbuatan ini dan tidak mampu nak menegur kerana ramainya pendukung kepada mazhab lalang ini. Sukarnya mengukur kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kerana istilah kesetiaan sudah tidak wujud dalam dunia yang penuh dengan ustaz palsu. Semua mentafsir ayat al-Quran mengikut nafsu sendiri maka jadinya pendusta agama yang bertopengkan kebenaran yang sejati.

~Jalan kesetiaan pada zaman ini berliku-liku. Kadang-kadang kebenaran juga terlalu samar dan ralit. Oleh itu, orang lebih suka memilih popular berbanding kebenaran. Ini tiada kaitan dengan politik semasa kerana ini adalah catitan dari diri aku sendiri yang bergelumang dengan suasana berburuk sangka menjadi hujan kehidupan.

~Perit menanggung ketirisan dalam suasana real-politik kehidupan. Dulu bukan main lemah lembut dalam berbicara, namun sesudah berjawatan, ego naik hingga ke rongga mata. Kalau sampai sudah ubun-ubun barangkali, kita yang rendah ini pun dah tak nampak lagi. Sukar meletakkan antara hubungan kerabat dengan etika kerja. 8.00 pagi hingga 5.00 petang, ada waktu kerja. Bermula Isnin hingga Jumaat. Lebih dari itu, kira tambahan masa kerja. Budaya ini mungkin tak sama bagi setiap semua orang. Tapi, bagi yang berkeluarga ianya perlu diterapkan supaya kita tak jadi hamba kerja dan lupa keluarga.

~Hati pun dah semun lantaran"cinta akan dunia". Sebab itu kadang-kadang aku mengambil sikap berdiam diri.Bukan kerana benci atau tewas, tetapi merancang strategi untuk mengatasi kemelut yang melanda dalam hidup.

~Asalnya macam-macam hendak ditulis, namun seperti biasa, keterbatasan dalam menjana idea yang sesuai tanpa melibatkan hati dan perasaan menyebabkan idea yang datang sirna oleh masa.

Rabu, 25 April 2018

TSUNAMI HIDUP: MANA MAKAM KESABARAN II (samb..)



~Alhamdulillah.. syukur ku panjatkan kepada Allah s.w.t. Kerana dengan limpah dan karunia Nya, kita masih lagi bernafas di bumi Nya. Berjalan di atas bumi Nya yang luas. Masih lagi dapat melihat warna dan mentafsir erti kehidupan yang serba serbi indah untuk kita.

~Berlegar dan berlalu, sebuah lagi episod dalam kehidupan aku sebagai manusia. Ingat, blog ini adalah untuk tatapan mereka yang ingin mengetahui dan bukannya untuk mencari kesalahan orang lain. Tak suka? Silalah tekan "X" dihujung penjuru kanan di atas laman ini. Terima kasih.

~Berbalik kepada sambungan : TSUNAMI:MANA MAKAM KESABARAN I
http://insanwardah.blogspot.my/2017/04/tsunami-ujian-mana-makam-kesabaran-no-1.html

~Ini kisah benar. Bukan rekaan. Adapun yang tertambah dan tertinggal mungkin disebabkan oleh "kelemahan" aku sendiri sebagai manusia. Namun, sedaya upaya untuk menceritakan dari sudut sahih bukan dari mulut mereka yang berpuaka lantara.




~Seperti yang dijanjikan, maka ini adalah sambungannya. Proses untuk mendirikan rumahtangga kali kedua. Moga mendapat berkat dan motivasi kepada semua rakan-rakan yang tinggal di Sarawak untuk berpoligami.

~Kunci utama adalah "isthikarah" kepada Allah. Hendaklah menyerahkan segala-gala urusan yang ingin dilakukan di atas pengetahuan Yang Maha Mengetahui. Macam nak apply pinjaman peribadi. Mesti melalui proses pertama iaitu memohon. Nak memohon kena ikut bank yang sesuaikan? Tapi, dalam bab ini, tiada yang lebih sempurna melainkan Allah jua. Minta kepada Allah. Pohonlah ketulusan hati dalam melaksanakan ujian poligami. Dan jika benar ini adalah jodoh kita yang telah tertulis di Lauh al Mahfuz, insya Allah semua urusan ini akan dipermudahkan semua urusan dunia dan lembutkanlah hati semua yang terlibat dalam poligami. Kerana ianya akan jadi ujian, bukan sekadar ujian kepada diri kita, isteri kita dan juga bakal isteri kita, tetapi ujian kepada diri orang lain yang berada dalam lingkungan kita. Adakah mampu bersikap "TULUS dalam PENYERAHAN kepada ALLAh" atau "Sekadar Ungkapan Redha Di Hati namun tak Bersyukur lagi"

~Seusai memohon (janganlah isthikarah sekali dua, hendaklah berkali-kali sehingga teguh keyakinan), bercakaplah dengan isteri pertama dengan kebaikan. Bukan nak marah-marah. Bukan menengking. Dengar pendapat nya. Teguhkan hatinya dengan memberikan kata-kata semangat(walaupun pada dasarnya, isteri pertama memang sukar menerima, tapi kalau kita yakin Allah adalah segala-galanya, sudah pasti Allah jadikan hatinya lembut bak sutera). Tetapi hendaklah mendatangkan kebaikan dalam pertuturan. Allah menjadi hati perempuan lembut bak sutera, namun kalau bab poligami atau berkongsi suami, memang sutera menjerut diri jika salah pertuturan.

~Tunjukkan bahawa kita mampu menjadi imam kepada 2 makmum. (lillahitaala) . Sepanjang proses ini, bantulah isteri kita melalui proses penerimaan bahawa dia akan berkongsi suami. Aku tidak menghadapi masalah dalam bab mengutarakan pendirian ini kerana isteri yang tercinta Puan Dayang Khalizah awal-awal lagi menyatakan, "kita tidak memiliki jiwa masing-masing, sebaliknya Allah jua yang memiliki jiwa ini".

~Melamar: Setelah persetujuan dari isteri pertama, maka bab ini pula timbul. Isteri aku yang melamar isteri kedua aku pada mulanya. Lamaran bermula dari pertanyaan adakah isteri kedua (sekarang ini) sudah berpunya atau belum dan masih available atau tidak. Walau dalam keadaan kalut (berperang dengan perasaan sendiri), namun Puan Dayang Khalizah sangat bijak dalam menangani isu hati dan sentiasa menyerahkan ketulusan hati kepada Allah. (mungkin hasil didikan yang baik dari kedua ibu bapa beliau).Setiap tutur kata diatur supaya hatinya yang rapuh tidak berkecai. Pengorbanan isteri kepada suami. Walaupun pada ketika itu, dia sedang mengandung anak kami yang ketiga.

~Lamaran kami pada permulaannya ditolak.. Cikgu Siti Aminah menolak atas alasan tidak bersedia berpoligami dan juga masih dalam proses mencari yang bujang. Jadi, Puan Dayang tidak terus melatah tetapi memberikan nasihat kepada Cikgu Siti supaya tenang dan isthikarah dan menyerahkan kepada Allah segala ketetapan jodoh ini. Maksudnya, Puan Isteri beri peluang kepada Cikgu Siti untuk beristhikarah dan berunding dulu dengan keluarga.

~Setelah beberapa ketika, usai isthikarah, Cikgu Siti Aminah kembali setuju dan memberitahu hasrat kepada Puan Dayang Khalizah ingin meneruskan.


~Saya ringkaskan prosedur untuk POLIGAMI dalam kes kami:


1. Persetujuan bersama-sama antara Suami, ISteri dan Bakal Isteri.
2. Berbincang antara Aku, isteri dan keluarga bakal isteri.
3. Mencari peguam syarie (dalam hal ini, kami menggunakan khimat Hamzah, Hashim & Co)
4. Legal fee dengan peguam bergantung kepada jenis perkhidmatan yang digunakan.
5. Menyiapkan kertas kerja sebelum berbincang untuk nafkah dan lain-lain
6. Menetapkan tarikh bicara di kamar Mahkamah Syariah Kuching
7. Perbicaraan dengan kertas kerja poligami dengan Hakim Syarie
8. Kelulusan Hakim
9. Bawa ke Majlis Islam Sarawak untuk tujuan borang kebenaran nikah kawen.
10. Borang yang sudah ada kebenaran dari Pendaftar Kahwin negeri Sarawak seterusnya dibawa ke Majlis Islam Negeri Selangor (Daerah Batang Kali).
11. Kahwin..


Selasa, 13 Februari 2018

Kembara 2018 (Alam Manusia dan Sekeliling)


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan rahmatNya yang tidak terhingga, jari ini mula berketik semula di keyboard computer riba aku. Setelah sekian lama mendiam dan terus terbuai oleh permainan dunia, maka hari ini baru berkesempatan mencoretkan kata-kata.




Tiada kata-kata yang terindah melainkan yang biasa-biasa sahaja. Tiada ungkapan puisi bermadah, Cuma kata-kata yang biasa-biasa sahaja. Semoga kita semua beroleh kebaikan dari setiap apa yang kita lakukan. Dan yang paling penting, semuanya mesti kerana Allah taala jua.

Permulaan tahun 2018 agak menarik dan bersemangat juang yang tinggi. Namun, setelah beredarnya Januari dalam kalendar 2018, episod di dalam bulan Febuari agak sadis dan menyakitkan hati. Benar apa yang dikata, bila benci menguasai diri, semua yang dilihat jadi serba tak kena. Semua pekara yang kita lakukan akan jadi isu kepada sang pembenci. Lagi-lagilah banyak “batu api” @FireStone yang menjadi abu dalam sekam yang mengeruhkan lagi hubungan. 

Kadang-kadang menghina mencaci dalam keadaan terhormat. Memberi arahan tidak kena pada tempat. Buku dan panduan jadi pegangan. Al-quran dan As-sunnah dibiar berhabuk tidak diendah. Sikap manusia bila memegang kuasa. Lupa daratan, lupa tempat berpijak. Tak semua orang boleh diauta sana sini. Beringat sebab kita pasti akan mati. Pangkat dan jawatan pasti ditinggal. Hanya doa anak yang soleh, amalan yang diamalkan dan sedekah sahaja yang mampu menjadi peneman diri di dalam kubur yang sepi.


Barangkali yang bertakhta dan berkuasa tidak ingat dirinya siapa. Lupa akan kedudukannya bahawa pinjaman semata-mata. 5-6 tahun bersara lah jua. Pada ketika itu, barulah dia sedar. Rupanya jawatan hanya di situ sahaja. Hujung-hujung, orang lupa. Sekarang “penjilat” sedang bermadah helah. Sekali dah bersara, mereka itulah jadi tunjang kepada penghinaan lepas bersara.

Sebab itulah, kita sebagai orang biasa, rileks-rileks sahaja. Buat semua kerja dan patuhi segala arahan. Biarpun merepek. Walaupun nampak macam prejudi, kekalkan momentum kerja. Tingatkan usaha. Kerana penilai kita bukan pentadbir, tapi Allah jua. Andaikata, markah diperolehi rendah, kita redha kerana kita tahu PENILAIAN MEREKA SANGAT LEMAH. Mereka hanya boleh mendustakan markah kita, namun jangan lupa, apa yang mereka lakukan, pasti dapat pembalasan setimpal di akhirat.

Sebab itu juga, konteks bekerja mesti lillahitaala. Ikut semua arahan bukan beerti kita menurut mereka. Kita ikut arahan sebab kita memang bekerja ada peraturan yang perlu diikut. Buat ajalah. Biarlah mereka “melalak melolong”. Bukannya apa pun. Rezeki Allah Maha Luas. Bukan ini sahaja bidang kerja yang boleh kita capai. 9/10 rezeki itu datang dari peniagaan.



Lepas ni kita teruskan hidup. Dan berusaha menjadi yang terbaik. Motivasi untuk diri sendiri supaya tidak merungut jika berhadapan dengan “manusia jadian” ini. Tak perlu marah-marah. Tak perlu emosi dalam hadapi situasi ini. Serahkan pada Allah untuk apa-apa juak keadaan yang bakal mendatang. Sebab itu sentiasa lapangkan hati.

Ini rungutan dan juga motivasi aku sendiri. Bukan senang nak bantu orang. Jalan mujahadah lagilah berliku. Orang sana-sini jadi penghalang.

Selamat datang tahun 2018. Semoga tahun ini membawa rahmat dan berkat kepada aku dan keluarga. Semoga banyak perubahan bakal diperolehi. Semoga beroleh rezeki yang melimpah ruah. Semoga beroleh anak-anak yang soleh. Semoga semakin ramai hafiz dan hafizah di dalam keluarga,

Tahun 2017 dah berlalu, April dan Disember 2017 menyaksikan pasangan kembar lahir. Bagi aku, kembarlah. Lahir tahun yang sama. Tapi bulan yang berbeza. April 2017, aku dikurniakan puteri Mufeeda Khaira Hanini Binti Muhammad Khawar Hezazy yang dilahirkan ummienya, Dayang Khalizah Binti Awang Batu dan putera Muhammad Khairy Hejazi bin Muhammad Khawar Hezazy pada 22 Disember 2017 oleh ibunya Siti Aminah Binti Yusof. Semoga keduanya mejadi “hafiz dan hafizah” yang taat dalam beragama.

Syukur kerana Allah telah memberikan rezeki yang tinggi nilainya.....

Tahun ini sehingga 2020, KPI silat akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Sebab bercadang nak "step down" untuk beri peluang orang lain. Kalau masih diperlukan kudrat, insya Allah masih berbakti. Kalau orang tak perlu, kita undur diri dengan terhormat. Insya Allah.



Perjalanan tahun ini bakal jadi medan pertarungan yang sengit untuk aku. Tahun ini akan lengkaplah kitaran setahun masuk dalam alam poligami. Usia perkahwinan kedua bakal berusia setahun. Alhamdulillah.. kalau nak tahu bagaimana kami dalam poligami, aku habaq mai. Semua ok jak. Tiada apa-apa masalah yang timbul. Tiada pertengkaran. Tiada rungutan. Jika ada pun, mungkin salah faham sahaja. Tapi, insya Allah disegerakan untuk cari jalan penyelesaian. So, kalau nak tahu lebih mendalam, jum POLIGAMI sama-sama. Tapi POLIGAMIlah untuk mencari cinta Allah. Jangan POLIGAMI cari bala Allah. Dan seks bukan jadi tujuan dalam POLIGAMI. Orang tak poligami pun “makan luar”. Lagi hebat berskandal. Sampai cerai berai. Mintak simpati sana sini. Menjaja agama untuk kepentingan diri dan nafsu. So, biarlah orang beramal dengan cara sendiri. Asalkan masih dalam syariat agama, Alhamdulillah. Andai tersalah kata dan perbuatan, tegurlah. Dan jangan menegur dengan kasar dengan mengandai kerja dakwah itu haruslah tegas. Tapi tegurlah dengan berhemah. Semoga dengan berhemah, hati-hati pun jadi lembut untuk pasrah.




UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...