Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Berita Terkini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Terkini. Papar semua catatan

Rabu, 23 Oktober 2019

GAYONG SARAWAK: SEBUAH IMPIAN TERLAKSANA, NAMUN HAKIKAT PERIT MENERPA

أسلام عليكم 

~RQ (Request) demi RQ diterima untuk menyarankan aku mencoretkan kata-kata di dalam blog. Berhikmah dan penuh idea kemanusiaan untuk tatapan katanya. Namun, sukar sekali hendak aku menggagahkan diri untuk menulis di dalam CATATAN BERDEBU ini.

Perlimau Sintuk Tapak & Seni, Sarikei 2019.
~Idea ini diibaratkan sebagai cahaya dari lilin yang menerangi bilik yang gelap. Banyak faktor dan sebab-sebab menjadikan penulisan ini bantut. Mungkin, risau kita menyakiti hati orang lain dengan penulisan kita. Namun, ku serahkan segalanya demiMu Allah..

~Hari ini (18 Oktober 2019), akan bermusafir ke Bahagian Sarikei dan Betong untuk program silat. Diharapkan setiap langkah menuju ke destinasi dilindungi dan diberkati. Diberi keampunan disetiap desiran angin yang membelah jiwa dan perasaan yang hadir.

Perlimau di MRSM Betong, 2019
~Andai kata diturut rasa, "berat" untuk melaksanakan tugas lantaran semuanya atas kapasiti poket senditi. Setiap perjalanan, tiada elaun tiada emolumen. Yang ada, cuma malaikat yang mencatatkan segala bentuk sumbangan kita kepada masyarakat.

Kenangan bersama dengan Allahyarham Imam Hj Gawi, pendukung Silat Gayong Sarawak di Kuching pada satu ketika dahulu. Turut bersama, Yang dihormati Ayahanda Cikgu Izhar Abbas, Khalifah Besar Selangor dan Prof Dr. Mohd Razip.
2007. Sebelum ke Kem Alapong, Lundu. Diumpamakan anak tiri dalam cerita Bawang Merah Bawang Putih. Memori itu kekal di situ selamanya. (Ujian Kehidupan, mental dan fizikal Rosli Dhoby)

Inilah permulaan anak-anak yang memulakan Gayong di Sarawak.
Dari kiri (Ismail, Musa, Awangku Nazimezatul, Nazrin, Shahrol, Ehsan, Abdul Hisham, dan Shamyr). Tiada dalam gambar, Izzaq dan Nurhajizul.




Bukan dibayar pun penat lelah kami. Yang penting, gayong ADMAR berkembang di pelosok negeri Sarawak
Makan pun terpaksa menumpang di rumah anak Gayong. Ini adalah sebahagian dari memori menumpang tidur di rumah anak Gayong di Kampung Babu, Debak.

~ Tak dikira lagi, keadaan kereta sebelum memulakan perjalanan. Hendaklah diperiksa oleh pomen, risau rosak di tengah jalan. Namun Allah hadirkan pulak, tayar pecah (Toyota Wish) pada minggu sebelumnya. Allah tunjukkan dahulu kesusahan. Nak keluarkan duit beli tayar lagi. Hujung-hujung, mengalah dengan poket sendiri. Beli tayar, 2nd jaklah jawapnya. Servis kereta. Untuk pastikan segalanya baik saja. Duit lagi. Allah.. semoga dengan ini, terhapus semua dosa-dosa silam aku ya Allah yang aku sedar tak sedar.

~Khidmat kita lagi. Memandu berjam-jam di atas jalan. Demi menyebarkan silat ini. Kadang-kadang, ingin disebut ramai, setiap gerak geri kerja kita. Supaya orang faham, bukan senang dan mudah, menyebarkan Ilmu Allah ini. Dalam hati menahan penat. Seharian bekerja di sekolah, terus memandu berjam-jam di atas kereta. Keselamatan orang yang menumpang lagi. Penat lagi. Beban tugas di sekolah yang semakin memberat lagi. Kadang-kadang terlepas segala kelesuan kepada orang sekeliling. Kadang-kadang rasa macam nak putus asa bila mana orang tak mahu melayan kita dengan baik di tempat mereka.

~Keperitan yang datang, keluh kesah. Semua aku adukan kepada Allah.. di dalam keletihan, kealpaan dan ketidaktentuan emosi. Allah.. aku hanya mengharapkan balasan dari Mu. Agar terus diberikan kekuatan dalam memimpin pertubuhan ini. Diberikan kesihatan yang baik, untuk terus mendidik jiwa insan-insan yang hauskan ilmu. Supaya terus dilimpahkan rezeki yang berlipat kali ganda, agar terus dapat menyumbang tanpa ada sedikit pun rasa BAKHIL & TIDAK IKHLAS.

~Banyak pihak cuba menghalang perkembangan SILAT GAYONG di Sarawak. Namun,


 Walau begini payah pun nak menumbangkan, jika bukan kerana Allah jua, tidaklah ada daya usaha mereka melainkan ianya sia-sia.


~Bukan kita minta dilambung dan dihempas pujian atas kita, namun aku suka menegaskan, setiap kali bermusafir, rata-rata semuanya atas belanja sendiri. Yuran dikenakan untuk program, langsung saja di masukkan ke dalam akaun pertubuhan. Ada yang faham, akan menghulurkan duit minyak, namun juga ada yang tiada. Yang tiada, kita pun bersyukur juga. Sebab, mereka "ajar" kita untuk ikhlas. Sebab itu, mungkin Allah berikan pekerjaan ini kepada kita. (Maaf, bukan nak menyindir. Ini adalah luahan hati. Mohon jangan ada yang terasa. Demi Allah yang memegang jiwaku, sedikit pun aku tak ungkit bab "SAGUHATI".)

~Semua perolehan, disalurkan terus ke dalam pertubuhan. Demi mengukuh kewangan bagi projek yang akan datang. Aku bersyukur, kerana Allah sering memperingatkan aku dengan kata-kata cintaNya :

35:29 Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak  merugi. (Surah Al-Fatir Ayat 29)
61:10 Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Surah As-Saff ayat 10)

• 61:11 (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, (Surah As-Saff ayat 11)



terus aku lupa bab duit.. terus aku buat lupa bab keluh kesah, terus aku lupakan bab-bab yang dirasakan menyusahkan hati. Sebab yakin janji Allah itu benar-benar pasti.


~Duit jadi isu menyebabkan pertubuhan ini di peringkat tertinggi berpecah belah. Namun sedarkah kita, pertubuhan Sarawak bergerak dari permulaan sehingga sekarang, adalah datang dari poket sendiri? Kebanyakkan program, duit sendiri yang didahulukan. Bab itu lah yang aku hairan dengan sesetengah dari ahli yang mengaku ahli pertubuhan ini. Bila masuk jak bab Yuran, sangat culas dan kadang-kadang berkira dengan pembayaran sumbangan.

~Belum pergi ke peringkat tertinggi. Kerana duit sanggup mengaku huha huhi. Walhal berpesatuan. Berpecah sebab kepentingan diri. Matlamat langsung tidak menghalalkan cara. Berpecah bukannya menyelesaikan masalah. Berpecah dan menubuhkan benda yang sama, benda yang menyusahkan. Suara kita semakin kecil dan tidak di dengar. Berpecah umpama lari dari medan peperangan. Langsung tidak menguntungkan. Bahkan membebankan yang ditinggal.

~Minyak kereta diisi dengan air kot.

~Bukan berkira, namun sejak dari mula lagi, semua sedia maklum kesungguhan kita dalam menjayakan amanah guru di Bumi Sarawak. Teringat hendak bawa anak-anak Gayong Sarawak dalam pertandingan di SMD Kedah 2009, Allah uji dengan ketiadaan penaja untuk bawa team Silat Gayong Sarawak ke Kedah. 12 orang. 10 pesilat 1 jurulatih dan 1 pengurus. Buntu fikir bagaimana nak bantu pesilat ini. Tiket dari Kuching - K.Lumpur - Alor Setar seorang dalam RM700. 12 orang dalam RM8400.  Baru jak kerja masa tu. Punyalah payah nak buat "pinjaman peribadi". Alih-alih, aku tekad ke Hulu Sungai untuk cari ikan dan menembak ikan.

Kenangan SMD Kebangsaan2009.
~Ikan empurau punyalah mahal 1 kg. Mahu cecah RM1000 kalau Gred A. Kalau dijual, dapatlah dalam RM7000-RM8000. Alhamdulillah, dengan duit itu, dapatlah bawa kontigen ke Kedah masa itu. Selebihnya, jadi sejarah buat tatapan anak-anak Gayong Sarawak. Masa itu, dari 15 buah negeri bertanding (W.P KL + W.P Labuan), Gayong Sarawak hanya mampu duduk tangga ke 10. Aku masih ingat lagi. Kisah ini sebab ianya terkait dengan perkhidmatan keguruan aku. 15 hari kehilangan senioriti dalam pangkat sebab cuti tanpa gaji 15 hari.


~Sedih tak sedih, implikasi kena tanggung setelah 8 tahun pekara itu berlalu. Bayangkan cikgu yang baru masuk berkhidmat, dalam gred DC41 dah ada cuti tanpa gaji.Ikutkan, guru DC 41 tidak ada kemudahan cuti tersebut kot. Guru yang ada kontrak lah katakan. Logik tak logik? Sebabkan Guru Besar sahaja, terus masuk dalam perkhidmatan. Tak apalah. Markah dunia jak tu. Apa yang penting, Allah hitung pengorbanan kita.

~Cuti tak lulus masa itu kerana Guru Besar tak sokong. Walhal ada jak surat dari Kementerian Belia dan Sukan masa tu. Orang dengki ni, memang macam tu jalan dia nak musnahkan karier orang lain. tapi, berlapang dadalah, maafkanlah. Kita ni, tak sesempurna mana pun. Memaafkan pun bukan menyakitkan pun.

~Kadang-kadang terfikir, susah betul orang nak mengeluarkan sedikit dari hartanya untuk orang lain. Kedekut dan bakhil sedangkan kita tahu, harta itu/ gaji itu/ emolumen yang kita terima itu, terselit harta orang lain.Katakanlah gaji RM2000.00. Tolak sana-sini, lebihan dalam RM1300. RM 30/ RM1300 bersamaan dengan 2.3% gaji saja pun berkira bagaikan tiada henti. Allahu.

~2% jak yang kita hulurkan untuk bantuan pertubuhan. Untuk memajukan pertubuhan. SMD 2018, berhabis duit dan kudrat aku hulurkan untuk memastikan program berjalan. Tahun ni pun sama. Tapi, kata orang, nikmat dari hasil memberi itu, tak sama dengan orang yang berkira.

~Perbezaan dengan ikhlas berjuang dan berjuang untuk dunia. Bukan nak menyebut kebaikan kita. Kadang-kadang, kita perlu meluahkan untuk tatapan generasi yang seterusnya. Bimbang nanti, bila masa dah berlalu, mulalah meraka melupai jasa-jasa orang terdahulu.

~Andaikata, kita tidak lagi berada atas "takhta kepimpinan", kita teruskan menyokong siapa-siapa yang mahu memimpin dan punyai kebolehan memimpin untuk memimpin. Sebab jawatan itu bukan hakiki  dan hak. Tak boleh dibawa ke mati.

~Sesetengah pemimpin pulak, bila dah berkuasa, mula lupa kepada orang yang mendokongnya sehingga ke atas. Kadang-kadang, kita yang berhempas pulas mengangkatnya, dibuang ketepi bagaikan anjing kurap.

~Sadis, tapi itu benar. Sebab itu, kalau ada, andainya, aku bersikap demikian, tolong nasihati aku. Jangan biarkan aku terus mengkhianati perjuangan rakan-rakan sekalian. Kerana aku tidak mahu dipersoalkan atas amanah ini.

~Orang kadang-kadang ingat, kita yang duduk di atas makan duit pertubuhan. Berapa kerat sangatlah duit pertubuhan dik? Langsung tiada. Kalau ada pun, duit orang. Amanah orang. Buat aktiviti. Bukan sewenang-wenangnya nak digunakan. Duit sendiri dah beratus ribu dah diguna sejak dari tahun 2003. Apalah sangat duit dalam akaun Gayong tu.

~Sendiri kerja pun gaji dah cecah puluhan ribu (campur gaji aku + isteri pertama + isteri kedua). Tak luak rezeki aku dengan duit gayong. Pertubuhan hutang dengan kami adalah. Tapi, takkanlah nak berkira kot. Ke hulu ke hilir, bukan tak guna minyak. Duit sendiri yang keluar. Makan minum, hotel bermalam (jika di luar Kuching -Serian). Bukan tak menggunakan duit semua itu. Tapi, kami ikhlaskan hati untuk bantu Gayong berkembang. Kalau berkira sangat, tak berkembanglah gayong, Macam di sesetengah tempat. Berkira bayar yuran, berkira dengan keringat, berkira dengan khidmat,

~Bab yuran-yuran ini banyak mematikan semangat guru-guru. Bukannya apa, kita dah hidup zaman moden, dan ekonomi sangat tidak baik. Dalam suasana politik yang kurang memberansangkan. Sekurang-kurangnya kita ada ilmu mempertahankan diri supaya dapat lah bantu mengurangkan stress. Sekurang-kurangnya lepaslah jugak minyak kereta. Hati pun senang. Ajar pun ikhlas. Pernah ada pujangga berkata, " duit tak boleh beli bahagia, namun bahagiakah kita kalau tidak ada duit?"

~Tanpa ahli, tiadalah pertubuhan. Tanpa dana, tiadalah aktiviti. Mohon semua anak-anak Gayong Sarawak terus istiqamah membantu Gayong Sarawak. Memanglah tiada gaji dan elaun, tapi hanyalah ada balasan doa yang berpanjangan dari anak-anak murid kita setiap kali Doa Pembuka Gelanggang.

~Akhir kata.. jangan takut melabur dalam saham ilmu. Sebagai contohnya infaq Gayong Sarawak. Setiap kali majlis ilmu dimanfaatkan di dalam premis sewaan kita, setiap kali itu pahala akan mengalir ke dalam akaun amalan baik anda.

~Sepatutnya kita berebut untuk mendapat ganjaran pahala. Dividen ini, kita akan dapat pulangan sewaktu di yaumul mahsyar kelak.

~Kalau difikirkan, ramai anak-anak murid 1st Batch Gayong Sarawak dah jadi "manusia".

SHAMYR EASMETH - GURU DI SK NANGA MELUAN, KAPIT
NURHAJIZUL BIN ZULAIHI - PEGAWAI SPRM KUCHING
MOHD EHSAN - PEGAWAI BERTUGAS DI KEMENTERIAN KESIHATAN
AWANGKU NAZIMEZATUL - PEGAWAI BERTUGAS DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SARAWAK
MOHD IZZAQ - PEGAWAI POLIS DI KLANG, SELANGOR
SHAHROL RAMZANY - PEGAWAI AGENSI PENGUATKUASA MARITIM MALAYSIA (APMM), PULAU PINANG
MUSA HASLIE - PENYELIA RUMAH ANAK YATIM HAJJAH LAILA TAIB (PERYATIM) KUCHING
ISMAIL AHMAD- JURUTERA
ABDUL HISHAM - PENYELIA / KETUA PENGAWAL KESELAMATAN HOSPITAL SARATOK
MOHD NAZRIN - BEKERJA SENDIRI
NORHAMIRAH BINTI NGATIMAN - JURURAWAT HOSPITAL NORMAH
IRA ADORA - BEKERJA SWASTA
DAYANG NIRAMIZURA - BISNES
EIKA NATASHA BINTI ALLUWIE - GRADUAN KOLEJ KESIHATAN KKM (FISIOTERAPIS)

Siapa tak bangga, yang dididik menjadi dan berguna kepada masyarakat. Bak kata sesetengah orang, "kalau tak masuk silat pun jadi orang jugak". Jangan skeptikal. Lain orang lain perjalanan. Lain hidup, lain perjalanannya. Terpilih dan dipilih. Adakah HIDUP ENGKAU MEMANG DIJADIKAN SECARA KEBETULAN? Tidak. Kita sendiri menentu arah hidup kita.

~Kalau dihitung satu persatu, tidaklah tersenarai semua anak-anak didik aku. Tapi, inilah barisan penguat jiwa satu ketika dahulu. Inilah "keluarga gayong pertama" yang aku miliki di sini. Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang. Inikan pula cinta dan kasih sayang abang kepada adik-adik. Nyawa ku sanggup korbankan demi kecintaan ini.

~Kadang-kadang rindu menerpa. Kelibat anak-anak didikan terus ini. Rindu yang tak dapat diungkapkan. Kerana dengan mereka, kita membesar. Dengan mereka kita curahkan segala ilmu di dada. Kalau anda mendengar, jum kembali bersama. Mengembangkan hak kita(ilmu Gayong), di BUMI KITA.


p/s: aku sendiri yang bina empayar ini, aku sendiri keluarkan duit, aku sendiri yang bantu promosi.. semuanya atas diri sendiri. tak boleh nak harapkan orang. Sebab, sebaik-baik pengharapan adalah untuk Allah. MAN JADDA, WA JADDA

p/s2 : Menebal muka menumpang di rumah saudara segayong di Debak. Terima kasih atas layanan terbaik dari adik Umi Nur Raihan dan keluarga. Semoga Allah memberkati semua kehidupan adik Umi dan keluarga, dipermudahkan semua urusan dan diberikan rezeki yang melimpah ruah. ALhamdulillah.. kami sekeluarga selesa bermalam di kampung.

Khamis, 14 November 2013

ISU ROGOL PART I

بسم الله أ لرحمن أ لرحيم 

أسلام عليكم 


~Post bulan ini banyak melibatkan dengan isu "silat". Mungkin debaran pertandingan kian memuncak. Dan juga, "roh" silat itu menjenguk untuk seketika. Diharapkan, jengukkan ini bukan untuk seketika. Harapnnya agar dapat hingga ke hujung nyawa.

~Ada kisah hendak aku kongsikan kepada semua bloggers. Terutamanya yang bernama "wanita". Ini sekadar perkongsian. Bukannya kepada propaganda untuk menarik minat wanita dalam bidang seni bela diri.
Ini sekadar perkongsian berkaitan dengan isu yang semakin menular pada ketika ini. Sebelum diteruskan dengan isu ini, satu persoalan akan mula menerjah , " begitu mudahkah maruah wanita ini dirobek dek lelaki?"
Keratan akhbar Utusan Malaysia

~Saban hari, kita dengar kes rogol yang berlaku di mana-mana sahaja. Tak kiralah orang yang kita kenal sama ada saudara, jiran, kawan, malahan diri sendiri dirogol oleh lelaki. Dibacakan sahaja statistik kes rogol, sangatlah membimbangkan segenap hati kita. Bahkan, kita merasakan bahawa kejadian ini sepatutnya tidak berlaku, namun inilah dia kehidupan yang sebenar. Dalam sebarang seminar yang saya hadir, kebanyakkannya menyatakan tidak mahu dirogol, tetapi langkah untuk mencegah rogol sangat tidak dititik beratkan. Malahan bertindak memberi peluang kepada "pemangsa" untuk merogol.

~Bagaimana dikatakan memberi peluang? Semua wanita tak suka dipaksa untuk melakukan pekara yang dikatakan mendatangkan kebencian. Lebih baik kita pergi kepada definisi rogol itu sendiri dahulu. Sebelum mengulas lebih lanjut berkaitan dengan rogol. Ada baiknya diberikan maksud rogol.

DEFINISI ROGOL I

Rogol boleh didefinisikan sebagai serangan seksual di mana penyerang melakukan hubungan seksual dengan mangsa tanpa kerelaan dan kebenaran daripada mangsa .Selain itu ,walaupun penyerang mendapat kebenaran daripada mangsa tetapi dalam keadaan apabila mangsa tidak faham apa yang sebenarnya berlaku pada masa itu contohnya sewaktu mangsa itu mabuk ,kurang sedar ,atau kecatatan mental ,atau mangsa itu adalah di bawah umur (rogol statutori) ,atau memperolehi kebenaran dengan ugutan bunuh atau kecederaan terhadap mangsa juga diklasifikasi sebagai rogol .Pencerobohan ini akan memberi kesan dari segi fizikal dan emosi kepada seseorang mangsa .

DEFINISI ROGOL II


Definisi jenayah rogol adalah dalam undang-undang jenayah, istilah "rogol" merujuk kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju untuk melakukan hubungan seksual. Sesetengah perundangan menggunakan istilah seperti "serangan seksual" atau "dipukul untuk seksual", dan ada juga yang mentakrifkan "rogol" sebagai serangan seksual dengan penembusan. "Rogol" boleh juga merujuk kepada hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur. Dalam bahasa pasar, istilah "rogol kenalan" merujuk kepada perogolan yang berlaku antara individu yang berjumpa atau berkenalan. Selain itu Rogol yang disebabkan penggunaan pukau  dan seumpama untuk membuat mangsa mereka tidak sedar akan diri sebelum diserang.

~ Bahasa mudah untuk rogol, "lelaki memaksa perempuan mengadakan hubungan seks tanpa kerelaan perempuan sama ada melalui mulut, dubur dan kemaluan". Perkataan terpaksa itu akan meluaskan definisi rogol. Bila diperlakukan tanpa rela, itulah rogol. Dan semestinya aktiviti merogol itu adalah dibuat lelaki, bukannya perempuan.

~Rogol ini mempunyai sejarah yang dramatis bermula dari zaman dahulu kala lagi. Pada zaman sekarang, kita seakan membiarkan perogol ini berleluasa kerana tiadanya tindakan yang kita buat bagi membendung gejala ini. Bukan nak mengharapkan kerajaan 100% saja. Tapi membendung gejala ini bermula dari diri kita sebagai hamba Allah. 

~Isu rogol ini panjang untuk diulaskan. Tetapi, pasti ada sambungan selepas ini. Mohon semua pembaca bersedia dengan huraian yang merewah agar mendapat ilmu dari blog ini. Mohon diulaskan dengan memberi komen.  Itu baru definisi. Belum lagi kita menerjah ke statistik rogol dan puncanya berlaku gejala ini. Pasti diluar sana akan mengatakan bahawa aku akan menghentam wanita sebab membiarkan diri dirogol. Sabar, penilaian itu datang dari kajian yang dilakukan. Tapi, belum lagi buat tesis. Insya Allah, jika ada keizinan maka akan diambil langkah untuk membuat pHd dengan ini. Ahaha..

~So, tunggu sahajalah ya. Kalau ada masa, akan bersambunglah edisi rogol ini.

Jumaat, 1 Februari 2013

BLUEPRINT: PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap maksimum atau jatuh terus kebawah.? Kalau ditahap maksimum, kekalkan dengan sepenuh hati bagaikan membendung air bah yang sedang sarat melimpah. Kalau kurang, carilah kekuatan bagaikan mencari air ditengah gurun sahara.




~Oh guru.. sudahkah anda bersedia dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025? Apakah persediaan anda untuk menghadapi semua gelombang-gelombang yang bakal melanda? Ada 3 gelombang yang perlu kita lalui sepanjang perkhidmatan kita sebagai guru. Bagi yang berkesempatan, tiga gelombang itu akan berlaku seperti berikut:

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun di mana :-

Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem.
Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.


~Pelan ini turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.


~Ada 11 anjakan yang bakal dilaksanakan di dalam PPPM 2013-2025 ini.
1.    Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2.    Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3.    Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4.    Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5.    Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6.    Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7.    Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8.    Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9.    Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


~ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN

Terdapat lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, iaitu; akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Lima aspirasii ini muncul daripada laporan pendidikan yang pernah dikeluarkan sebelum ini tetapi kandungannya masih relevan iaitu Laporan Razak (1956), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) dan PIPP (2006-2010).

Sekolah adalah barisan hadapan dan peringkat operasi dalam melaksanakan tanggungjawab memastikan lima aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai.

1. Akses Kepada Kejayaan

Sekolah mempunyai peranan untuk memastikan setiap murid di sekolah mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira taraf ekonomi, kaum atau latar belakang murid bagi membolehkan murid mencapai potensi masing-masing.

Prinsip pendidikan untuk semua, perlu dijadikan asas dalam memastikan akses dan enrolmen setiap lapisan murid dari peringkat prasekolah ke peringkat sekolah menengah dapat dipenuhi. Bagi tujuan ini pihak sekolah perlu memberi komitmen demi memastikan tiada murid yang tercicir dan semua murid memenuhi standard minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral  pada akhir tingkatan 5.

Tujuannya adalah untuk meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang lain di samping meningkatkan peratusan murid melanjutkan pelajaran pada peringkat universiti, kolej, politeknik, vokasional dan program latihan kemahiran yang berstruktur.

2. Kualiti Standard Antarabangsa Yang Tinggi.

Aspirasi kedua ini melibatkan peranan sekolah dalam meastikan setiap sekolah memberikan proses pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid setanding dengan negara maju yang lain mengikut standard antarabangsa. Langkah ini termasuklah standard untuk bidang Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta kemahiran berfikir aras tinggi.

KPM misalnya telah mensasarkan agar negara berada dalam kelompok sepertiga teratas dari segi prestasi dalam TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme For International Student Assessment) dalam tempoh 15 tahun.

Oleh itu komitmen guru dan masyarakat yang mendukung sekolah yang tinggi amatlah diharapkan. Pelaksanaan i-THINK dan Frog VLE perlulah dilaksanakan secara serius kerana ia adalah kerangka asas yang dapat memenuhi keperluan proses pembelajaran dan pengajaran berkualiti tinggi.

3. Ekuiti Untuk Semua Murid

Sekolah perlu memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan berada pada tahap  yang terbaik kepada setiap murid tanpa mengira etnik, tempat atau latar belakang sosioekonomi. Sekolah perlu meberi peluang kepada setiap murid supaya jurang yang ada dalam kalangan mereka dapat dirapatkan.

Sekolah bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan sosioekonomi di sekolah mendapat hak dan ekuiti yang sama terhadap kemudahan dalam menyokong pembelajaran dan pembangunan sahsiah mereka.

Program Pendidikan Khas, Kelas Rancanagan Khas dan Program Kawalan yang terdapat disekolah perlulah diurus dengan berkesan bagi membolehkan murid dibangunkan mengikut kebolehan dan potensi masing-masing.

4. Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Murid

Sejak merdeka aspirasi negara yang utama ialah mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang ada. Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan mengutamakan keterangkuman sosial yang unik akan mempamirkan perpaduan yang lebih kuat. Kajian yang dilakukan oleh OECD pula menunjukkan bahawa perpaduan yang kuat mempunyai kaita yang rapat dengan rakyat yang sihat, masyarakat yang selamat dan kadar guna tenaga yang tinggi.

Murid menghabiskan masa lebih seperempat daripada mereka di sekolah semasa mereka berusia 7 hingga 17 tahun, maka sekolah merupakan medan yang subur untuk pemupukan semangat perpaduan. Oleh itu sekolah perlu mewujudkan interaksi dalam kalangan murid-murid agar mereka belajar saling memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian.

Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar 1 murid 1 sukan perlu dimantapkan agar penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah pembinaan identiti nasional yang seterusnya memupuk perpaduan.

5. Pelaksanaan Berkecekapan Tinggi

Aspirasi pendidikan nasional yang kelima ialah elemen kecekapan. Kerajaan menerusi bajet tahunan telah memperuntukan perbelanjaan besar kepada sektor pendidikan (16%), yang secara jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan terhadap pendidikan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga pendidikan di sekolah untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.

Pelaksanaan program pendidikan perlu dibuat secara lebih bertanggungjawab dan menggunakan sumber yang ada secara cekap, berkesan dan memberi impak yang maksimum.


ASPIRASI MURID

Adalah menjadi aspirasi KPM untuk memastikan setiap murid mencapai potensi yang ada pada diri mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap pemimpin di sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.

Dalam PPPM, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid secara menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu penekanan kepada elemen Pengetahuan dan  Kemahiran; membangunkan Pemikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif; Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dalam Dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris); Sahsiah dan Nilai serta semangat Identiti Nasional yang kuat. Setiap elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna terhadap institusi keluarga, masyarakat dan negara.

1. Pengetahuan

Pada peringkat yang paling asas, adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk memastikan setiap murid mempunyai keupayaan literasi dan numerasi. Perkara ini amatlah penting kerana murid perlu mempunyai kemahiran hidup yang asas serta bagi membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam masyarakat. Keupayaan dalam literasi dan numerasi juga membolehkan muird memupuk nili diri untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

Murid-murid juga perlu dipastikan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid-murid juga perlu digalakkan untuk menguasi bidang seni, muzik dan sukan supaya kemahiran dalam bidang ini membolehkan mereka mengaplikasikan dalam kehidupan.  

2. Kemampuan Memimpin

Sekolah adalah medan yang terbaik untuk memupuk kepimpinan dan kemahiran bekerja secara berpasukan secara berkesan dalam kalangan murid-murid selaku pewaris kepimpinan negara. Oleh yang demikian pihak sekolah seharusnya peka terhadap keperluan murid untuk membangunkan potensi dan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka. Dalam konteks ini kepimpinan yang perlu dibangunkan melibatkan empat unsur iaitu;

Keusahawanan; mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan penyelesaian diri, sanggup membuat pelaburuan dari sumber sendiri.
Berdaya Tahan; membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi rintangan.
Kecerdasan Emosi; berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif.
Keterampilan Komunikasi; berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan bertulis dengan jelas.
Sekolah perlu memastikan persekitarnnya dan iklimnya menyokong kepada pembangunan keempat-empat unsur di atas sama ada dalam aktiviti di bilik darjah, mahu pun di luar bilik darjah seperti kegiatan sukan dan kokurikulum.

3. Kemahiran Dwibahasa

Setiap murid perlu mengusai bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Murid- murid juga diberi peluang dan galakkan untuk menguasai bahasa tambahanseperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Arab serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Iban dan Kadazan-Dusun.

Penguasaan kemahiran berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan murid-murid bersosialisasi merentas sempadan budaya dan etnik, yang seterusnya menyubnag kepada pemupukan kerjasama dan komunikasi pada peringkat global.

4. Etika dan Kerohanian

Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat berani menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara aman serta membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul.

Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan kepada satu set prinsip, iaitu;
Kerohanian; memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mempunyai asas moral yang tinggi.
Integriti; memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin dan semangat untuk melakukan perkara yang betul.
Tanggungjawab Sivik; murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar.
5. Identiti Nasional

Aspirasi kelima terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan usaha membina identiti nasional dalam kalangan murid-murid. Aspirasi ini antara lain adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh kepada prinsip Rukunegara dan sentiasa mengutamakan perpaduan.

Sekolah perlu berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat patriotisme dalam kalanagan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat. Sebaliknya murid mempunyai sifat berbanga sebagai anak Malaysia, memahamii dan menerima perbezaan, menghormati orang lain dan bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian budaya.

~Sebagai bahan bacaan ketika waktu luang, bolehlah melayari sesawang ini, http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf

Khamis, 22 November 2012

Laungan TakBir BerGeMa di BuMI GaZa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah berita terkini yang diperolehi dari
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GencatansenjatadiGazabermula/Article/. Semoga Allah membantu saudara-saudara kita di sana.


GAZA CITY: Gencatan senjata dikuat kuasakan di Gaza hari ini, iaitu selepas seminggu keganasan berlaku di sempadan Palestin-Israel yang sudah mengorbankan 160 orang. 

Jalan raya di Bandaraya Gaza gelap dan lengang beberapa minit sebaik gencatan senjata dikuat kuasakan tepat jam 12 malam tadi (waktu tempatan). 
Beberapa minit kemudian, orang ramai keluar beramai-ramai dari rumah mereka untuk meraikan 'kemenangan' hasil pelan gencatan senjata berkenaan. 


Penduduk turut meraikan gencatan senjata itu dengan melepaskan tembakan ke udara di sepanjang Semenanjung Gaza serta percikan bunga api di awan sehingga menerangi kawasan kediaman penduduk Yahudi di sebelah sempadan Gaza. 

“Kebenaran akhirnya menjelma. Allahu Akbar!," demikian bunyai sorak dan terikan penduduk. 

Menteri Luar Mesir, Mohammed Kamel Amr yang mencetuskan pelan gencatan senjata selepas mengadakan siri rundingan sejak seminggu lalu, mengumumkan gencatan senjata itu dipersetujui dalam satu sidang akhbar di Kaherah, semalam. 

Turut sama dalam sidang akhbar itu ialah Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton. 
Mengikut persetujuan gencatan senjata itu, Israel mesti menghentikan sebarang serangan sama ada di udara, laut dan darat, termasuk pencerobohan dan sasaran individu. 

Ia juga menggesa pihak berkuasa Palestin menamatkan serangan roket serta serangan di sepanjang sempadan. 

Jika gencatan senjata ini gagal dipatuhi dalam tempoh 24 jam, Israel boleh memulakan prosedur membuka laluan di sempadan Gaza dan membenarkan pergerakan orang ramai dan barangan. - AFP 


Jumaat, 2 November 2012

aPa itu PITO?? (Yang aku Sendiri Hadiri Tu SekaraNg ni)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah,

Jum kita bca PITO itu apa dahulu;


  • .1 Keputusan Kabinet Julai 2007 telah menetapkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia bertanggung jawab untuk melatih guru sekolah rendah manakala latihan untuk guru sekolah menengah dikendalikan sepenuhnya oleh Fakulti Pendidikan IPTA.
  • 1.2 Ketika ini, UPSI dan 7 buah Fakulti Pendidikan IPTA menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dengan pengkhususan dalam bidang Sains Tulen dan Matematik (iaitu USM, UTM, UKM, UPM, UM, UiTM dan UMS). Sementara itu UPSI dan 3 buah Fakulti Pendidikan lain menawarkan kursus ISMP dengan pengkhususan dalam bidang Ekonomi (iaitu USM, UMS dan UUM).
    Jumlah pe ngambilan pelajar program ISMP di setiap Fakulti Pendidikan IPTA adalah berdasarkan unjuran yang ditetapkan oleh KPM.8
  • 1.3 Sementara itu, UPSI dan beberapa buah Fakulti Pendidikan IPTA menawarkan kursus ISMP dengan pengkhususan dalam Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani & Kesihatan/Sains Sukan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual dan Sejarah. Jumlah pengambilan pelajar program ISMP di setiap Fakulti Pendidikan IPTA adalah berdasarkan unjuran yang ditetapkan oleh KPM.
  • 1.4 Berdasarkan data KPM pada 26 April 2010, berlaku lebihan guru sekolah menengah (yang sedia ada dalam perkhidmatan) yang ketara dengan opsyen Sains Tulen, Matematik dan Ekonomi dan kekurangan guru dalam opsyen Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni Visual. Perincian lebihan dan kekurangan guru ini ditunjukkan dalam Jadual di bawah.
OpsyenLebihan (+)/ Kekurangan (-)
Lebihan1.  Matematik+3695
2.  Fizik+1528
3.  Kimia+2721
4.  Biologi+3097
5.  Ekonomi+1547
Kekurangan1.  Kemahiran Hidup-7053
2.  Pendidikan Jasmani & Kesihatan-1586
3.  Sejarah-1321
4.  Bahasa Inggeris-1071
5.  Pendidikan Seni Visual-812

  • 1.5 Fenomena lebihan dan kekurangan guru dalam opsyen tertentu ini telah menyebabkan masalah penempatan guru mengikut opsyen di sekolah menengah seluruh negara. Masalah ini akan menjadi lebih kritikal apabila calon guru keluaran Fakulti Pendidikan IPTA bergraduat mulai Mei 2010.
  • 1.6 Keputusan Mesyuarat Sesi Perbincangan Profesion Guru Untuk Keperluan Makmal NKRA Pendidikan: Meningkatkan Kualiti Guru pada 23 Mac 2010 bertempat di Makmal NKRA KPM memutuskan supaya satu program intervensi jangka pendek diadakan bagi menangani masalah ini.
2.0 Objektif Program
Objektif program ini ialah untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan bagi membolehkan calon guru mengajar dengan berkesan salah satu mata pelajaran opsyen di mana berlaku kekurangan guru (Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual dan Sejarah) di peringkat menengah rendah.
3.0 Kerangka Program
  • 3.1 Program intervensi jangka pendek ini akan dijalankan oleh Fakulti Pendidikan IPTA secara ‘over and above’ program ISMP yang dikuti oleh calon guru yang terlibat (Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Ekonomi) yang akan bergraduat pada tahun 2012 dan 2013 sahaja.
  • 3.2 BPG akan menjalankan program intervensi yang sama ke atas kumpulan calon guru yang akan bergraduat pada Tahun 2010 dan 2011. Fakulti Pendidikan IPTA tidak dapat menjalankan program intervensi bagi kohot ini memandangkan kekangan masa kerana perlaksanaan sistem semester sedia ada (program intervensi ini mengambil masa 10 - 12 minggu).;
  • 3.3 Setiap Fakulti Pendidikan IPTA melaksanakan program intervensi ke atas kumpulan calon guru di Fakulti masing-masing.
  • 3.4 Calon guru yang mengikuti program intervensi yang lulus dengan jayanya akan diberikan sijil oleh IPTA berkenaan.
  • 3.5 Struktur Program
    • 3.5.1 Kredit Jumlah keseluruhan beban kredit bagi program ini adalah antara 14 - 17 kredit.
    • 3.5.2 Kandungan dan Skema Program
      • a.Kandungan program intervensi ini meliputi aspek konten, kemahiran dan perkaedahan berkaitan opsyen berkenaan.
      • b. Beban kredit setiap kursus ialah antara 2 - 3 kredit.
      • c. Skema program bergantung kepada ketetapan IPTA masing-masing.;
    • 3.5.3 Kaedah Penyampaian (Delivery)
    Perlaksanaan program ini melibatkan pelbagai kaedah P&P seperti kuliah, amali, perbincangan dll.
    • 3.5.4 Penilaian
      • a. Penilaian pembelajaran dilaksanakan secara berterusan menggunakan pelbagai pendekatan yang diamalkan di IPTA masing-masing.
      • b. Gred akan diberikan untuk setiap kursus berdasarkan pencapaian calon mengikut amalan IPTA masing-masing.
      • c. Calon wajib lulus setiap kursus dengan gred minima C untuk layak dianugerahkan sijil.
  • 3.6 Kaedah Perlaksanaan
    • 3.6.1 Fakulti Pendidikan IPTA akan melaksanakan program ini semasa cuti hujung sesi akademik. BPG pula dicadangkan supaya menjalankan program ini secara Kursus Dalam Perkhidmatan.
    • 3.6.2 Fakulti Pendidikan IPTA menggunakan tenaga pengajar, ruang dan sumber yang sedia ada. Beban tugas ini adalah dikira sebagai “over and above” tugas hakiki staf yang terlibat.
    • 3.6.3 Sebagai program “over and above”, ia melibatkan implikasi kewangan tambahan untuk perlaksanaannya.
  • 3.7 Implikasi Kewangan
    • 3.7.1 Implikasi kewangan one-off program ini diperlukan untuk menampung kos berikut:
      • a. Upahan (syarahan, amali, tutorial, dll)
      • b. Bahan P&P
      • c. Bahan guna habis d. Sewa ruang and utiliti
      • e. Penginapan calon
      • f. Sara hidup calon

Isnin, 8 Oktober 2012

Kepada Dialah kita pasti akan kembali jua..


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Belasungkawa untuk keluarga Hajjah Maryam Bin Haji Yahya yang telah kehilangan ayahanda nya pagi tadi.. Semoga Allah menempatkannya ditempat orang yang beriman. Sesungguhnya, dari Allah kita datang, dan pastinya kepada Allah kita akan kembali..

~Syahdu... Allah hu Allah.. Mati itu pasti.. Mati itu benar.. Ya Allah..

Sabtu, 8 September 2012

GURU MEMANG PERJAWATAN YANG SENANG?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

~3 minggu blog tak update.. Sebabnya: 3 minggu berturut-turut, minggu-minggu aku ada program.

~Minggu pertama sibuk dengan HARI RAYA AIDILFITRI.. perjalanan jauh dari Miri - Kuching yang sangat memenatkan.

~Minggu kedua, minggu selepas raya, sibuk dengan kerja yang bertimbun selepas raya.. Selepas itu, Pemantauan Guru Baharu di SMK Tutoh Apoh, Long Panai Baram.. Bersama 2 ketua sektor Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, iaitu, En. Bedue Une (Ketua Setor Pengurusan Akademik) dan Pn. Hajjah Fatimah (Sektor Pendidikan Khas).

~Minggu ketiga diselangi oleh beberapa kursus dan taklimat. Dimulai dengan taklimat Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak (BTP) Kota Samarahan. Then disusuli dengan mesyuarat transformasi tingkatan 6 bersama Dr. Latip dari unit EPRD KPM di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftaran Negara. Petangnya pula, Mesyuarat Pelaporan Program Outreach Linus 2012.

~Ini adalah masa luang yang sangat aku tunggu supaya boleh berehat seketika..

~Minggu depan, bermula lagi episod mencari rezeki.. 2 pekara yang perlu aku lakukan iaitu : Bengkel Trainers of Teachers (TOT) di Harbour View Kuching, then ke USM Penang untuk pendaftaran dan taklimat Program Intervensi Tambahan Opsyen (PITO) .

~Jelas sekali, kerja di pejabat ka, ataupun kerja di sekolah, ataupun di mana-mana jua, semuanya memenatkan dan sangat meletihkan minda. Ada senang ka jadi seorang guru?

~Bila mana kita menjadi seorang Polis, rungutannya berkisarkan dengan rutin harian polis, menjadi seorang doktor, ruitn hariannya rutin seorang doktor, bila mana menjadi seorang posmen, rutinnya posmen dan sebagainya. Itu namanya rezeki masing-masing.

~Dalam kesibukan menjalani rutin harian, adalah timbul isu blog menghina pekerjaan guru. Guru-guru ini dikatakan bergaji besar tapi kerjanya hampeh.

~Fikirkan sejenak, ambil dari sudut positifnya. Jangan mudah melenting walaupun pekara itu bagaikan tidak benar. Tanpa disedari, mata sentiasa memandang kepada tingkah laku seorang guru. Moralnya, maruah profession keguruan terletak di tangan siapa kalau bukan kita sebagai salah seorang yang menjawat jawatan ini.

~Guru-guru senior sudah terbiasa dah dengan segala jenis kutukan. Biarkan. Kalau itu yang boleh membuat mereka merasakan profesion keguruan itu senang, biarkan. Dan hendaknya, seorang jurutera profesional sangatlah tinggi ilmunya dan langsung tidak mampu menjadi guru kepada seorang murid bekeperluan khas, di kelas pemulihan khas di kawsasan pedalaman kategori 3, walaupun seminggu. Percaya atau tidak? Mari kita cadangkan golongan-golongan profesional elit ini, tinggal bersama dengan kita dan bertukar seketika pekerjaannya menjadi guru di pedalaman seperti, di LONG JEKITAN atau LONG SAIT.

~Bagi akulah, cukuplah kita dengan kerja kita, pejawat am lain dengan kerjanya. Tak perlu sibuk dengan kerja orang lain. Perbaiki dulu diri. Kalau ia pun nak kutuk 'seseorang' tu, kutuklah secara peribadi sahaja seperti chat online. Ini, semua guru terbias dengan kutukan yang tidak bersebab. Aduai.. profession guru jugalah yang paling banyak dikutuk dan disaman.

~Disempena hari raya ,  (21 Syawal arini), aku menyusun 10 jari memohon ampun maaf dari ketulusan hati kepada semua yang pernah mengenali, disakiti dan menyakiti, tersalah tutur bahasa, terlajak perbuatan, terkasar bahasa, terambil dan termakan, harap dihalalkan semuanya.

~Berakhirnya ramadhan, syawal pula tiba. Masih juga ada yang tak terkesan, dengan latihan ramadhan.... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Jumaat, 7 September 2012

BERITA INI ADALAH BERKAITAN DENGAN EG-TUKAR JAN 2013

Assalamualaikum...


Post aku kali ini adalah berkisar dengan tawaran ini:


 Dikala orang sibuk dengan eG-Tukar.. aku sibuk pula dengan ini.. alhamdulillah.. syukurlah.. rezeki anak

Selasa, 14 Ogos 2012

Lambaian Haji buat BONDA DAN AYAHANDA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah..

~Kehidupan cikgu baru pada permulaanya, sekarang menjadi catatan seorang guru biasa.. Namun, bekerja di Pejabat menukarkan sedikit status aku sebagai guru Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG 41. baru DG 41 kawan. Sama sahaja taraf perkhidmatan kita. Bezanya, cuma senioriti sahaja. Al maklumlah, dunia perguruan semakin mudah untuk naik pangkat. Cukup 8 tahun, bolehlah naik ke DG 44 (KUP). tapi, kalau setakat kerja selekeh, tak perlulah nak pakai semua itu. Kalau sekadar kerja nak cari popular, tak payahlah nak terhegeh-hegeh. Bak kata orang-orang tua, "berhati-hati menongkat ke langit dengan cara tak sempurna. Bimbang nanti bila dah ke atas, langsung tak tahu apa-apa dan akan diperbodohkan. So, belajarlah dari bawah. Sekencang-kencang larian Usain Bolt, perlu juga dia mulakan dari meniarap!!

~Syukurlah ke hadrat Allah di atas berita yang menggembirkan hatiku. Alhamdulillah.. syukur..syukur.. Ibu dan bapa aku akan menunaikan haji pada tahun ini dengan izin Nya.. alhamdulillah.. berita ini banyak meruntun jiwa yang kekosongan. Syukur sekali yang tidak terhingga kerana keduanya telah diberi peluang setelah memohon, meminta sehingga merayu berjumpa dengan YB (itu pun tak dilayan sebab bukan kroni YB pun) untuk dicalonkan. Rupa-rupanya, Allah dah sediakan yang lain untuk mereka. Syukurlah jika diberi kesempatan.

~Berbicara dengan Ketua Unit Organisasi PPD Baram, En. Wan Omar berkaitan dengan menunaikan haji. Semakinlah hati aku syahdu bila mengingatkan bahawa kedua ibu bapa aku akan pergi tanpa anak-anaknya disisi. Ya Allah.. bicara tentang cinta dipangkuan illahi.. Ku mendoakan kedua-duanya pergi dan kembali dengan selamatnya dan sihat walafiat. Jika diberi kesempatan, sembuhkan jualah penyakit yang dihidapi oleh ibuku sekian lamanya. (7 tahun ibuku menderita disebabkan strok).

~Terima kasih juga diucapkan kepada Bro Feriz Omar di atas bantuannya membantu kedua ibu bapaku untuk berjaya dalam permohonan mereka. Semoga Allah memudahkan segala perjalanannya di dunia akhirat. tagline bro Feriz, "kita jumpa di mahsyar"

~Lambaian haji... kalau diikutkan aku dan isteri akan menunaikan haji pada tahun 2042. ya Allah..lama lagilah.. hampir berpencen baru dapat menunaikan haji. Hmm...

~Masa untuk melempiaskan rindu ...

~Andainya cikgu boleh berusaha untuk mendapat haji yang mabrur, ditambahkan lagi ilmu yang sentiasa diamalkan oleh murid-murid kita, ada chance tak masuk syurga? Jawapannya, belum tentu: Sebab syurga dan neraka adalah milik Allah.. keredhaan Allah juga yang akan menentukan ke mana arah kita selepas alam dunia yang tidak kekal ini.

Rabu, 16 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Setiap hari adalah hari untuk guru.... Guru Inovatif Melonjak Transformasi Negara


SELAMAT HARI GURU 2012

Khamis, 8 Disember 2011

Pekeliling Perkhidmatan SBPA dah keluar yop!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua bloggers.



~Hangat sekarang bukan sebab cuaca yang hangat, tapi GAJI yang hangat dipasaran.

~Pekeliling berkaitan dengan SBPA telah keluar. Untuk guru, sila lawat laman berikut:

www.jpa.gov.my/guru/index.html

~jangan lupa nak periksa di mana status gaji tu cikgu. Kalau tak, sibuklah lagi 'meraung' kata gaji tak cukup untuk mendidik anak bangsa.

~Hmm.. gaji tetap naik, tapi, mutu iman kita naik tak seiiring dengan kenaikkan gaji?

~Wallahualam.. semoga Allah kurniakan kita keberkatan dalam bekerja.

Selamat mendownload ye

Jumaat, 18 November 2011

Laskar Garuda Tersungkur

Laskar Garuda tersungkur



PENJAGA gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menangkap kemas bola hantaran lawan pada perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam. Malaysia mara ke separuh akhir selepas menewaskan tuan rumah 1-0.



JAKARTA – Malaysia melenyapkan ego Indonesia selepas mencatat kemenangan 1-0 untuk melangkah ke separuh akhir bola sepak selaku juara Kumpulan A.
Untuk babak seterusnya, Malaysia yang diwakili skuad Harimau Muda akan berdepan naib juara Kumpulan B, Myanmar pada 19 November ini.

Bertambah manis, kemenangan itu juga kali pertama dalam tempoh lapan tahun buat skuad negara di Stadium Gelora Bung Karno di samping mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.
Biarpun laungan Maling! Maling! (pencuri) mengiringi persembahan Malaysia pada awal perlawanan, anak-anak buah Ong Kim Swee tenang mengawal permainan sebelum Syahrul Azwari muncul wira negara apabila menjadi penjaring gol tunggal negara.

Berpunca daripada hantaran tinggi Mahalli Jasuli pada minit ke-17, Syahrul berjaya melepasi kawalan bek tuan rumah sebelum tenang melepaskan rembatan leret melepasi jangkauan penjaga gol Indonesia, Andritany Ardhiyasa.
Malaysia sebenarnya berpeluang menambah gol kedua beberapa minit kemudian melalui tandukan bek kiri, Asraruddin Putra Omar berpunca daripada situasi sepakan penjuru, namun palang menjadi penyelamat Indonesia.
Walaupun terpaksa bermain tanpa arahan Kim Swee yang diarah keluar padang pada 20 minit terakhir perlawanan, ia tidak mematahkan semangat juang pemain negara yang bertahan bermatian-matian.

Sementara itu, rasa sakit hati rakyat Malaysia akibat provokasi buruk yang dilakukan penyokong Indonesia sepanjang Sukan SEA XXVI, sedikit terubat semalam, berterima kasih kepada adik Aaliyah Yoong Hanifah yang mencipta nama sebagai juara termuda dalam sejarah Sukan SEA pada usia 8 tahun dengan meraih emas ski air tricks wanita.
Hampir di semua venue, baik di Palembang atau Jakarta, penonton melaungkan perkataan ‘maling’ yang membawa maksud pencuri, malah insiden keji berlaku di kolam renang apabila jalur pada Jalur Gemilang dikurangkan pada upacara menaikkan bendera acara terjun kelmarin. Lagu Negaraku pula diejek oleh hampir 90,000 penonton di Gelora Bung Karno sebelum aksi bola sepak semalam.

Pelbagai serangan psikologi yang dilancarkan penyokong tuan rumah ke atas atlet, jurulatih, pegawai, penyokong, malah wartawan Malaysia langsung tidak memberi kesan.
Keseronokan juara remaja Asia, Aaliah yang juga adik kepada bekas pemandu Formula Satu, Alex Yoong itu memberikan emas selepas mencatat 2,960 mata, mengatasi Promsunitsit Sareeya dari Thailand. Kakaknya, Philippa Yoong meraih gangsa dengan 1,860 mata.

Bukan Aaliyah saja membanggakan bapa mereka, Hanifah Yoong Abdullah, malah Phillipa turut mengharumkan nama keluarga dengan merangkul emas slalom wanita, manakala Alex meraih sebutir perak.

Keseluruhannya, sembilan emas, 10 perak dan 11 gangsa dikutip Malaysia pada hari ketujuh. Renang menambah sebutir emas menerusi Christina Koh dalam 50 meter kuak dada wanita, namun kejutan hadir menerusi atlet yang kurang diberi perhatian, Heidi Gan apabila menjuarai saingan renang perairan terbuka.

Silat yang menjadi mangsa pengadilan buruk wasit sejak hari pertama pertandingan, akhirnya mengutip tiga emas manakala memanah dan boling menokok satu emas.

Seperti geram dengan layanan buruk yang diterima rakan-rakannya, Ahmad Shahril Zailudin melepaskan perasaan menerusi persembahan hebat membenam peserta tuan rumah, Sapto Purnomo 5-0 dalam kelas Putera D 60-65kg. Emas kedua silat hadir daripada Mohd. Al Jufferi Jamari (Putera E 65-70kg), manakala Mohd. Fauzi Khalid melengkapkan emas ketiga dalam Putera F 70-75kg.

Di Anchol Jaya, Jakarta, boling menepati sasaran tiga emas yang ditetapkan apabila menambah sebutir lagi menerusi trio lelaki. Malah, pasukan negara menguasai kedudukan 1-2 apabila kombinasi Adrian Ang, Alex Liew dan Zulmazran Zulkifli mengalahkan rakan sepasukan, Aaron Kong, Muhammad Syafiq Ridhwan Abdul Malik dan Muhd. Nur Aiman Khairuddin.

Memanah juga meneruskan dominasi recurve lelaki. Selepas merangkul emas dan perak individu kelmarin, Malaysia mempertahankan emas berpasukan pula menerusi juara individu, Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamed dan Haziq Kamaruddin.

Ketika Sukan SEA berbaki lima hari lagi, Malaysia sudah mengumpul 37 emas, 35 perak dan 55 gangsa, sekali gus memintas Singapura untuk menghuni tangga keempat keseluruhan. Kita hanya mencari tiga lagi emas bagi melengkapkan sasaran awal 40 emas tetapi Majlis Sukan Negara (MSN). – Utusan

p/s: Inilah yang dimaksudkan. elakkan perpecahan kita. Kita serumpun. Biarlah kita bersatu walaupun berlainan kebangsaan.

KEMATIAN ITU PASTI!! [2025] - AKU MENULIS LAGI PADA 2026

    أسلام عليكم Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ~Secara tepatnya, kali terakhir aku berjaya mencoret di sini adalah pada 22 November 2...