Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Mac 2022

SELAMAT BERKHIDMAT RAKAN-RAKAN GURU BAHARU 2022

 1. Ada yang datang melawat Blog ini, dan bertanya gambar apa yang telah menghiasi muka depan blog aku. Aku nak jawablah sekarang. Itu Bukit Batu Mado yang terletak di Kampung Long Busang, Bukit Mabong, Kapit. Secara tepatnya, itulah tempat di mana letaknya sekolah pertama aku ditempatkan sebagai GURU.




2. Tempat yang jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat jadi CIKGU. Sebab itulah aku semadikan gambar bukit itu dalam blog ini supaya aku tidak melupai asal usul aku sebagai guru. Alhamdulillah, masuk tahun ini (2022), dah 13 tahun aku berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Bermakna, blog ini pun dah menginjak usia ke 13 tahun kerana blog ini telah diterbitkan sama dengan tarikh aku berhijrah ke Long Busang sebagai wardah untuk aku melempiaskan semua pengalaman-pengalaman yang aku kutip dari Long Busang.

3. Tarikh 1 Mac 2022, ramai guru baharu keluaran universiti/IPG dah mula melaporkan diri di stesen masing-masing. Alhamdulillah. syukur. Pelajarilah sesuatu dari stesen itu sebelum bergerak kembali ke kampung halaman masing-masing. Itu adalah 1/4 dari tahun-tahun mengajar akan datang yang akan membina pengalaman yang indah/buruk bergantung kepada bagaimana manusia yang menjadi pentadbir di situ. Jika emas yang dijumpa, emaslah yang dibawa balik. Jika terjumpa hantu, maka ianya akan MENGHANTUI dirimu sehingga akhir perkhidmatan kamu sebagai guru.

4. Ini sekadar pesanan. Guna selagi mana kudrat mudamu untuk menjadi apa sahaja posisi di dalam sekolah tanpa merungut. Bak kata pepatah, guna otak, bukan pisau. Masuk celah mana pun, serahkan segala urusanmu kepada yang Maha Besar iaitu Allah swt. Jangan tanam sikap "kipas maut" yang akan menjadi bahana dalam perkhidmatan kamu kelak.

5. Manusia ini kompleks pemikirannya. Jadi jangan kecewa jika ada di antara kita kelak yang akan disisihkan seperti mana yang berlaku di mana-mana stesen perkhidmatan. Bila mana ego tercalar, mulalah sengketa dan dendam akan memainkan peranannya dalam menambahkan lagi beban kesunyian.

6. Kadang-kadang, mereka yang bergelar pentadbir ini juga terleka dengan puji-pujian dari anggota masyarakat, tapi mereka lupa sebaik-baiknya, puji pujian itu hanya untuk ALLAH sahaja. Bak kata orang, Iblis yang kuat beramal, disebabkan sekelumit sombong, dihalau dari syurga. Inikan pula, kita yang tidak banyak amal, nak jenguk ke dalam syurga, tapi masih sombong kepada Allah.

7. Apa-apa pun, "best wishes" untuk perkhidmatan guru-guru baharu. Semoga semuanya dipermudahkan. Semoga Allah menjadikan tahun-tahun yang mendatang ini, kesenangan selepas segala kesempitan. Allah janji 2 kali dalam surah al-insyirah.

8. Kerinduan pada sanak keluarga memang tak boleh dinafikan. Tapi, sumpah!! ianya adalah manis kerana kita belajar "menghargai" kasih sayang yang telah dicurahkan oleh semua kepada kita sepanjang kita berada dekat dengan mereka. Dah jauh-jauh baru nak rasa. Dekat-dekat, biasa-biasa saja deh. Nikmatnya terasa bila cuti kelak. Dan gunakalah kesempatan itu, yakni semasa cuti kelak untuk melepaskan kerinduan. Lepaskan semua kerinduan.. sebelum rindu menjadi rindu yang tidak bertepi.

9. Dalam tempoh ini, mulakan serasi dengan masyarakat tanpa memilih mana-mana pihak. Di dalam sekolah pasti ada 2 kelompok atau banyak kelompok jika pentadbir lemah dalam mentadbir. Choose your side wisely. Kadang-kadang, dalam diam, pihak yang banyak dituduh memberontak, mereka itulah hero dalam diam. Mereka dituduh pemberontak bukan kerja mereka tak siap, sebab BANYAK MANUSIA TAK FAHAM ERTI "CHECK AND BALANCE". Naks sangat hidup sempurna/PERFECT, tapi BEBAL tak mahu ditegur. Bengap!

10. Dan pada hari ini, 4 Mac 2022, maka bertambahlah usia perkahwinan aku dengan seorang guru baharu seketika dulu di sekolah yang sama dengan aku. SELAMAT ULANGTAHUN KE-5 untuk isteriku, Siti Aminah Bt Yusof. Selamat ULANGTAHUN BERMADU juga kepada isteri pertamaku, Dayang Khalizah Binti Awang Batu yang telah mendapat MADU selama 5 tahun. Semoga kedua-duanya dirahmati Allah.



Selasa, 19 Januari 2021

BIJAKKAH KITA MENGATUR KEWANGAN KITA?

Nak bantu? Jum derma.


Ini adalah penulisan yang panjang. Saya akan menulis yang panjang lebar untuk share pengalaman diri sendiri. 

~Untuk soalan di atas, jawapan saya, TIDAK untuk diri sendiri.


1. Setiap tahun, kita akan bermula dengan rutin baharu. Kalau mula rutin baharu untuk yang berkeluarga, mestilah bab utama adalah menghantar anak-anak ke sekolah.

2. Kita sebagai ibu bapa, mahukan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak supaya cemerlang pada masa akan datang. Ianya merupakan harta yang paling bernilai untuk anak-anak kerana, kalau kita tinggalkan harta tanpa ilmu, ibarat mencurah air ke pasir.

3. Pelbagai corak/acuan dan rutin pasti berubah. Dari segi bangun lebih awal, turun ke sekolah dengan lebih awal, dan sebagainya. Semua perubahan ini memerlukan keringat dan kudrat kepada kita.

4. Ibu bapa mana yang tidak mahu anak berjaya? Semua pasti mahu anak berjaya. Bagusnya kalau semua anak boleh masuk ke sekolah/tadika/taska terbaik untuk mengasuh mereka lebih lagi cemerlang.

5. Namun, ada ibu bapa yang melihat, pendidikan agama sebagai konteks utama yang perlu dimasukan ke dalam pendidikan anak-anak. Ada yang menghantar mengaji, ada yang harapkan cikgu sekolah bimbing, ada yang tak buat apa-apa kerana beranggapan di sekolah SEMUA nya atas bahu guru-guru agama di sekolah.

6. Endah tak endah, aku dan isteri memilih untuk menghantar ke sekolah yang bercirikan TAHFIZ+KURIKULUM KEBANGSAAN. Ini sedikit nak berikan pendedahan Ilmu Al-Quran supaya dapatlah hadapi dunia yang penuh pancaroba dengan sedikit bekalan.

7. Tahun ini, 2021, 4 anak akan memulakn alam persekolahan yang pada mulanya akan dibuka pada 20 Januari 2021. Namun, disebabkan oleh PKPB di Kuching dan seluruh negara, maka dijangka akan memulakan persekolahan pada 1 Febuari 2021.

8.  Nak dijadikan cerita, kalau nak lebih, mesti kena usaha lebih. Begitu juga dengan pendidikan, kalau nak yang terbaik, mesti kena korban sedikit untuk dapatkan yang terbaik. 

9. Keempat-empat anak aku, Muhammad Khalid Hafizi (Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yaakub -MATARY), Muhammad Khalik Hakimi (Tadika Little Caliph Matang Jaya- LC), Mufeeda Khaira Hanini dan Muhammad Khairy Hejazi (Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Yaakub - TATARY) dan semuanya adalah dibawah pengelolaan pihak swasta.

10. Dah nama swasta, mestilah berbayar. Pasti ada yang akan tertanya-tanya, "Kenapa hantar dah tau mahal?". Untuk jawap soalan ini, sila ke point 6. 


11. Pendekkan cerita: bayaran setiap satu anak adalah berikut:

+ Muhammad Khalid Hafizi - Yuran RM 4575 setahun - Bayaran permulaan adalah RM1575.

+ Muhammad Khalik Hakimi - Yuran RM 7115 setahun - Yuran Permulaan adalah RM 2286.90.

+ Mufeeda dan Khairy - Yuran RM 9700 - Yuran permulaan - RM2500.

12. Fokus dengan yuran permulaan. Kerana semuanya perlu diselesaikan untuk anak-anak memulakan sekolah. Jangan fikir sangat pasal duit sebab saya dan isteri-isteri adalah guru dan berpoligami. Gaji memang cukup seadanya.

13. Yuran permulaan : RM1575 + RM 2286.90 + RM 2500 = RM 6361.90. 

14. Tiba-tiba Allah berikan rezeki, sekolah Khalid diambil alih pengurusan oleh Majlis Islam Sarawak dan segala struktur yuran telah berubah sepenuhnya. Dari RM 1575 berkurangan jadi RM 130 sahaja. Dan itu terus menjadi yuran bulanan. RM 130 sahaja!! Terima kasih Allah.

15. RM6361.90 - (RM 1575 - RM 130) =  RM4916.90 bayaran pendahuluan. Dan tak boleh diabaikan, STARTER/KIT PERMULAAN SEKOLAH anak pun wajib dikira seperti pakaian, alatan dan sebagainya. Kalau dianggarkan, setiap anak perlu kita sediakan dalam RM 250 sekepala. 4 orang anak adalah RM 1000.00. So, jumlah persediaan sahaja mencecah RM 5916.90~ RM 6000.

16. Pening kepala memikirkan nak cari sumber kewangan nak mengadakan semua duit untuk berikan pendidikan terbaik untuk anak-anak. Tapi, (barulah masuk konteks sebenar penceritaan), di sinilah bermulanya pengurusan kewangan masuk.

17. Semasa moratorium lepas, kita mendapat sedikit pelepasan untuk gaji-gaji. Aku telah mengambik keputusan untuk melaburkan duit moratorium untuk memastikan kita tidak berbelanja untuk benda yang kurang mendatangkan faedah.

18. Maka, aku telah membeli 12 Dinar Emas yang beratnya lebih kurang dalam 51 g dari #publicgoldmalaysia dengan Priority Dealer Dyg Khalizah Awang Batu ( Puan Isteri). Pembelian ini bukan dengan kaedah bayar lumsum, tapi secara ansuran selama 10 bulan. Harga pembelian pada ketika itu RM212.71/g. Congak-congak, bayaran semua RM 10, 768.00. Sebulan bayar dalam RM1090.00 sebulan.
  


10 DINAR BERSAMAAN 42.5g


19. Pelaburan yang menjadi dan menguntungkan bila mana, emas 12 Dinar ini telah berjasa pada awal tahun ini. Ini adalah kerana, 10 dinar dari 12 dinar tadi telah dipajak gadai di Ar-Rahnu Bank Rakyat cawangan Matang Jaya dan termasuk upah emas dapatlah dalam RM 9600.00 untuk emas 24karat.

20. Sebelum melanjutkan, adalah diingatkan, DISIPLIN adalah elemen penting dalam menyimpan dan melabur. Jika gagal mendisiplinkan diri, maka anda akan tergolong dalam kalangan mereka yang rugi.

21. Dengan duit hasil memajak tadi, semua yuran dan kit persediaan anak-anak ke sekolah telah berjaya dilangsaikan. Alhamdulillah. 

22. Sekarang, dengan lebihan duit tadi, aku telah gunakan sedikit untuk belanja balik kampung ke Miri semasa cuti sekolah tahun lepas dengan menggunakan 2 buah kereta. Balik melawat keluarga mertua di Miri sebelum Sarawak dilanda PKPB semula.

23. Dengan ini, pelaburan emas tadi telah menyelamatkan permulaan tahun ini dan membantu mengurangkan beban yang perlu ditanggung setiap tahun. Emas adalah pelaburan yang penting untuk masa depan.

24. Cerita nya disini, kita perlu ada simpanan kecemasan untuk sebarang apa yang akan berlaku pada masa depan. Emas boleh bantu kita pada masa kita merasakan kesempitan. Bagi aku, emas ini simpanan untuk pelaburan. tetapi, perlu dipatuhi point ke 20 iaitu disiplin.

25. Oleh itu, kalau dah pajak, kenalah bayar pajakan supaya boleh melabur sekali lagi pada tahun hadapan. Ambiklah masa sehingga 6 ke 10 bulan untuk melunaskan pajakan supaya apa yang dipajak tidak tergadai. Balik lagi point ke 20.

maka itu sahaja yang ingin aku share dengan semua berkaitan dengan pengalaman diri. maaf jika post ini terlalu panjang. Ini sekadar sharing berkaitan dengan pengalaman yang tidak seberapa. Aku masih tidak pandai mengurus kewangan, tetapi bila melibatkan pendidikan anak-anak, jiwa dan raga sanggup aku berikan untuk memastikan mereka berjaya suatu hari kelak.


Orang mana yang bijak? Orang yang sentiasa mengingati mati itu adalah orang yang bijak.


Nak tahu bagaimana untuk membeli emas untuk masa depan? Sila ke TELEGRAM DAN SUBSCRIBE. https://t.me/dygkhalizah


Berita berkaitan dengan emas.


Boleh juga hubungi Dyg Khalizah Awang Batu untuk keterangan lanjut
https://www.facebook.com/dygkhalizah.awangbatu


~Saya beli, saya guna~

#publicgoldmalaysia

#kisahpengalaman

#disiplinemas


SIAPA NAK LABUR HARTA AKHIRAT? PIHAK PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG SARAWAK SEDANG MENGUTIP DERMA BAGI MEMBANTU MANGSA BANJIR. SILA HUBUNGI SAYA DI 014-8814828 UNTUK SEBARANG PERTANYAAN.

Ahad, 22 November 2020

GAYONG DAN AKU (2020)



~Awal April 2002, aku mulakan langkah untuk mengembangkan Gayong di Sarawak. Bermula dari 1 gelanggang. Sekarang hujung Oktober 2019, setelah 16 tahun berpenat lelah, di Sarawak sudah ada 24 gelanggang silat di 6 Bahagian dalam Negeri Sarawak.

~Dapat amanah dari Cikgu Kasim Samat (permulaan) dan 2005 dapat amanah dari Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum untuk meneruskan legasi di Sarawak. Sekarang, masih lagi memgang jawatan Setiausaha bermula dari tahun 2005. Kalau dah gila jawatan, pastinya tahun 2019, jawatan YDP yang dipegang, Pengerusi MGN dan LBN pun kena bedal.

~Dulu hanya ada di Kuching. Sekarang ada, di Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Bintulu.

~Dulu hanya berbekal bengkung putih (2003), sekarang dah hasilkan produk - 3 HPCS II dan 2 HPCS I. Pelangi Kuning pun dah ramai. Merah lagilah.

~Dulu Jawatankuasa, semua atas nama. Sekarang, semua JK berfungsi ikut perjawatan yang telah ditetapkan dalam mesyuarat.

~Dulu nak kumpul 100 orang sangat payah, sekarang 1000 pun bukan masalah.

~Dulu masuk dalam label "kurang penyertaan". Paling ramai didaftar pun dalam 80 orang. Sekarang, 800 pun bukan figura yang mustahil. 1500 pasti menyusul.

~Dulu pertandingan SMD 2013 - hanya suka-suka. Buat pun sebab arahan dari Jabatan Belia dan Sukan. Sekarang... semua serius bertanding. Rosli Dhoby pulak, juara bukan calang-calang.

~Dulu perlimau sintuk tapak & seni buat sekali sekala, ada bajet ada gaya. Tak ada bajet, poket lara. Sekarang, ADAT boleh terlaksana. Wakil Adat dua-dua anak jati Darul Hana. Boleh buat adat bila rasa ada keperluan.

~Dulu orang hina dan kata, kita derhaka lawan kata. Pengkhianat bangsa, ajak bersua, adu domba makan biasa. Jangankan duduk semeja, bertemu muka, kenal jangan dikata. Kadang caci maki dan ludah muka pun ada. Khianat bangsa katanya. Bawa produk Tanah Melaya ke Darul Hana. Sekarang, tergugat mula dirasa. Dirasa boleh jauh sehingga duduk semeja. Macam-macam gaya dan aneka. Bahkan dibuka ruang bicara.

~Dulu duit macam sengsara. Duit biasiswa jadi duit muka. Program berjalan, tetamu diutama. Duit perolehan, semua dihantar ke sana. Sebab amanah, kita teruskan usaha. Sekarang duit laba-laba. Mulalah ada yang buka cerita. Kita "meraba duit" dalam kesedaran katanya. Walhal, duit-duit kita tak tahu ke mana. Dilabur, melebur jadi jasa. Semua buat-buat lupa kerana tak merasa.

~Sekarang ramai CLAIMER di Sarawak. Semua kata kalau tak kerana depa, tak adalah Gayong di Sarawak. Tapak dah ada beb!! Tinggal claim jak agik.

~Kalau dari dulu tahu perangai macam tu, lama dah disisih.

~Budaya lupa hormat atas tuan tanah, serupa Israel dah perangai.

~Kita tengok dah lihat sajalah. Sebab semuanya bergantung kepada pendekatan kita dalam mentadbir. Susah senang dalam pentadbiran hanya kita sahaja yan tahu.

~Pernah tahun 2007, seorang hamba Allah datang ke Kuching. Claim punyalah dia wakil pertubuhan. Benda pertama ditanya, bagaimana pengurusan kewangan? Allahu.. duit pada ketika itu, semua poket sendiri. Masa itu belum ada akaun pertubuhan seperti sekarang. Semua duit adalah dari personal atau individu sahaja. Bab adat, bab kegurulatihan, bab ujian, bab pendaftaran, -- semua hantar direct ke HQ di Flat PKNS masa tu.

~Sesen pun tak dihirau. Menampung kos penerbangan gurulatih jemputan lagi, makan dan minum lagi. Ku akui, pengurusan pada ketika itu masih dalam pembelajaran. Masih tak mengerti. Nak mintak sumbangan pun reti. Kalau sekarang, barisan AJK-HPCS semua dah boleh gerak mintak dana. Ada akaun pertubuhan. Di audit oleh juruaudit bertauliah. Alhamdulillah.

~Sekarang sesen pun aku berkira. Sebab semua dah jadi "amanah orang". Aku kena jaga amanah orang ni. Bukan boleh claim sesuka hati macam dulu.

~Dulu kita pilih AJK atas kapasiti "senior". Sekarang, kau buat kerja, kau terpilih. Kau malas, kita sisih. Tak ada istilah senior melainkan kau tunjukkan sikap ingin membantu gayong. Bukan sekadar hendakkan nama dan glemer.

~Baru belajar gayong 2-3 tahun, merajuk punyalah bagey nak mampus kata orang Sarawak. Kita dah bergelumang dalam urusan Gayong di  SARAWAK baru jak 16 tahun, belum sempat lagi nak merajuk. 

 -bersambung-
sekadar coretan...

Rabu, 23 Oktober 2019

GAYONG SARAWAK: SEBUAH IMPIAN TERLAKSANA, NAMUN HAKIKAT PERIT MENERPA

أسلام عليكم 

~RQ (Request) demi RQ diterima untuk menyarankan aku mencoretkan kata-kata di dalam blog. Berhikmah dan penuh idea kemanusiaan untuk tatapan katanya. Namun, sukar sekali hendak aku menggagahkan diri untuk menulis di dalam CATATAN BERDEBU ini.

Perlimau Sintuk Tapak & Seni, Sarikei 2019.
~Idea ini diibaratkan sebagai cahaya dari lilin yang menerangi bilik yang gelap. Banyak faktor dan sebab-sebab menjadikan penulisan ini bantut. Mungkin, risau kita menyakiti hati orang lain dengan penulisan kita. Namun, ku serahkan segalanya demiMu Allah..

~Hari ini (18 Oktober 2019), akan bermusafir ke Bahagian Sarikei dan Betong untuk program silat. Diharapkan setiap langkah menuju ke destinasi dilindungi dan diberkati. Diberi keampunan disetiap desiran angin yang membelah jiwa dan perasaan yang hadir.

Perlimau di MRSM Betong, 2019
~Andai kata diturut rasa, "berat" untuk melaksanakan tugas lantaran semuanya atas kapasiti poket senditi. Setiap perjalanan, tiada elaun tiada emolumen. Yang ada, cuma malaikat yang mencatatkan segala bentuk sumbangan kita kepada masyarakat.

Kenangan bersama dengan Allahyarham Imam Hj Gawi, pendukung Silat Gayong Sarawak di Kuching pada satu ketika dahulu. Turut bersama, Yang dihormati Ayahanda Cikgu Izhar Abbas, Khalifah Besar Selangor dan Prof Dr. Mohd Razip.
2007. Sebelum ke Kem Alapong, Lundu. Diumpamakan anak tiri dalam cerita Bawang Merah Bawang Putih. Memori itu kekal di situ selamanya. (Ujian Kehidupan, mental dan fizikal Rosli Dhoby)

Inilah permulaan anak-anak yang memulakan Gayong di Sarawak.
Dari kiri (Ismail, Musa, Awangku Nazimezatul, Nazrin, Shahrol, Ehsan, Abdul Hisham, dan Shamyr). Tiada dalam gambar, Izzaq dan Nurhajizul.




Bukan dibayar pun penat lelah kami. Yang penting, gayong ADMAR berkembang di pelosok negeri Sarawak
Makan pun terpaksa menumpang di rumah anak Gayong. Ini adalah sebahagian dari memori menumpang tidur di rumah anak Gayong di Kampung Babu, Debak.

~ Tak dikira lagi, keadaan kereta sebelum memulakan perjalanan. Hendaklah diperiksa oleh pomen, risau rosak di tengah jalan. Namun Allah hadirkan pulak, tayar pecah (Toyota Wish) pada minggu sebelumnya. Allah tunjukkan dahulu kesusahan. Nak keluarkan duit beli tayar lagi. Hujung-hujung, mengalah dengan poket sendiri. Beli tayar, 2nd jaklah jawapnya. Servis kereta. Untuk pastikan segalanya baik saja. Duit lagi. Allah.. semoga dengan ini, terhapus semua dosa-dosa silam aku ya Allah yang aku sedar tak sedar.

~Khidmat kita lagi. Memandu berjam-jam di atas jalan. Demi menyebarkan silat ini. Kadang-kadang, ingin disebut ramai, setiap gerak geri kerja kita. Supaya orang faham, bukan senang dan mudah, menyebarkan Ilmu Allah ini. Dalam hati menahan penat. Seharian bekerja di sekolah, terus memandu berjam-jam di atas kereta. Keselamatan orang yang menumpang lagi. Penat lagi. Beban tugas di sekolah yang semakin memberat lagi. Kadang-kadang terlepas segala kelesuan kepada orang sekeliling. Kadang-kadang rasa macam nak putus asa bila mana orang tak mahu melayan kita dengan baik di tempat mereka.

~Keperitan yang datang, keluh kesah. Semua aku adukan kepada Allah.. di dalam keletihan, kealpaan dan ketidaktentuan emosi. Allah.. aku hanya mengharapkan balasan dari Mu. Agar terus diberikan kekuatan dalam memimpin pertubuhan ini. Diberikan kesihatan yang baik, untuk terus mendidik jiwa insan-insan yang hauskan ilmu. Supaya terus dilimpahkan rezeki yang berlipat kali ganda, agar terus dapat menyumbang tanpa ada sedikit pun rasa BAKHIL & TIDAK IKHLAS.

~Banyak pihak cuba menghalang perkembangan SILAT GAYONG di Sarawak. Namun,


 Walau begini payah pun nak menumbangkan, jika bukan kerana Allah jua, tidaklah ada daya usaha mereka melainkan ianya sia-sia.


~Bukan kita minta dilambung dan dihempas pujian atas kita, namun aku suka menegaskan, setiap kali bermusafir, rata-rata semuanya atas belanja sendiri. Yuran dikenakan untuk program, langsung saja di masukkan ke dalam akaun pertubuhan. Ada yang faham, akan menghulurkan duit minyak, namun juga ada yang tiada. Yang tiada, kita pun bersyukur juga. Sebab, mereka "ajar" kita untuk ikhlas. Sebab itu, mungkin Allah berikan pekerjaan ini kepada kita. (Maaf, bukan nak menyindir. Ini adalah luahan hati. Mohon jangan ada yang terasa. Demi Allah yang memegang jiwaku, sedikit pun aku tak ungkit bab "SAGUHATI".)

~Semua perolehan, disalurkan terus ke dalam pertubuhan. Demi mengukuh kewangan bagi projek yang akan datang. Aku bersyukur, kerana Allah sering memperingatkan aku dengan kata-kata cintaNya :

35:29 Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak  merugi. (Surah Al-Fatir Ayat 29)
61:10 Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Surah As-Saff ayat 10)

• 61:11 (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, (Surah As-Saff ayat 11)



terus aku lupa bab duit.. terus aku buat lupa bab keluh kesah, terus aku lupakan bab-bab yang dirasakan menyusahkan hati. Sebab yakin janji Allah itu benar-benar pasti.


~Duit jadi isu menyebabkan pertubuhan ini di peringkat tertinggi berpecah belah. Namun sedarkah kita, pertubuhan Sarawak bergerak dari permulaan sehingga sekarang, adalah datang dari poket sendiri? Kebanyakkan program, duit sendiri yang didahulukan. Bab itu lah yang aku hairan dengan sesetengah dari ahli yang mengaku ahli pertubuhan ini. Bila masuk jak bab Yuran, sangat culas dan kadang-kadang berkira dengan pembayaran sumbangan.

~Belum pergi ke peringkat tertinggi. Kerana duit sanggup mengaku huha huhi. Walhal berpesatuan. Berpecah sebab kepentingan diri. Matlamat langsung tidak menghalalkan cara. Berpecah bukannya menyelesaikan masalah. Berpecah dan menubuhkan benda yang sama, benda yang menyusahkan. Suara kita semakin kecil dan tidak di dengar. Berpecah umpama lari dari medan peperangan. Langsung tidak menguntungkan. Bahkan membebankan yang ditinggal.

~Minyak kereta diisi dengan air kot.

~Bukan berkira, namun sejak dari mula lagi, semua sedia maklum kesungguhan kita dalam menjayakan amanah guru di Bumi Sarawak. Teringat hendak bawa anak-anak Gayong Sarawak dalam pertandingan di SMD Kedah 2009, Allah uji dengan ketiadaan penaja untuk bawa team Silat Gayong Sarawak ke Kedah. 12 orang. 10 pesilat 1 jurulatih dan 1 pengurus. Buntu fikir bagaimana nak bantu pesilat ini. Tiket dari Kuching - K.Lumpur - Alor Setar seorang dalam RM700. 12 orang dalam RM8400.  Baru jak kerja masa tu. Punyalah payah nak buat "pinjaman peribadi". Alih-alih, aku tekad ke Hulu Sungai untuk cari ikan dan menembak ikan.

Kenangan SMD Kebangsaan2009.
~Ikan empurau punyalah mahal 1 kg. Mahu cecah RM1000 kalau Gred A. Kalau dijual, dapatlah dalam RM7000-RM8000. Alhamdulillah, dengan duit itu, dapatlah bawa kontigen ke Kedah masa itu. Selebihnya, jadi sejarah buat tatapan anak-anak Gayong Sarawak. Masa itu, dari 15 buah negeri bertanding (W.P KL + W.P Labuan), Gayong Sarawak hanya mampu duduk tangga ke 10. Aku masih ingat lagi. Kisah ini sebab ianya terkait dengan perkhidmatan keguruan aku. 15 hari kehilangan senioriti dalam pangkat sebab cuti tanpa gaji 15 hari.


~Sedih tak sedih, implikasi kena tanggung setelah 8 tahun pekara itu berlalu. Bayangkan cikgu yang baru masuk berkhidmat, dalam gred DC41 dah ada cuti tanpa gaji.Ikutkan, guru DC 41 tidak ada kemudahan cuti tersebut kot. Guru yang ada kontrak lah katakan. Logik tak logik? Sebabkan Guru Besar sahaja, terus masuk dalam perkhidmatan. Tak apalah. Markah dunia jak tu. Apa yang penting, Allah hitung pengorbanan kita.

~Cuti tak lulus masa itu kerana Guru Besar tak sokong. Walhal ada jak surat dari Kementerian Belia dan Sukan masa tu. Orang dengki ni, memang macam tu jalan dia nak musnahkan karier orang lain. tapi, berlapang dadalah, maafkanlah. Kita ni, tak sesempurna mana pun. Memaafkan pun bukan menyakitkan pun.

~Kadang-kadang terfikir, susah betul orang nak mengeluarkan sedikit dari hartanya untuk orang lain. Kedekut dan bakhil sedangkan kita tahu, harta itu/ gaji itu/ emolumen yang kita terima itu, terselit harta orang lain.Katakanlah gaji RM2000.00. Tolak sana-sini, lebihan dalam RM1300. RM 30/ RM1300 bersamaan dengan 2.3% gaji saja pun berkira bagaikan tiada henti. Allahu.

~2% jak yang kita hulurkan untuk bantuan pertubuhan. Untuk memajukan pertubuhan. SMD 2018, berhabis duit dan kudrat aku hulurkan untuk memastikan program berjalan. Tahun ni pun sama. Tapi, kata orang, nikmat dari hasil memberi itu, tak sama dengan orang yang berkira.

~Perbezaan dengan ikhlas berjuang dan berjuang untuk dunia. Bukan nak menyebut kebaikan kita. Kadang-kadang, kita perlu meluahkan untuk tatapan generasi yang seterusnya. Bimbang nanti, bila masa dah berlalu, mulalah meraka melupai jasa-jasa orang terdahulu.

~Andaikata, kita tidak lagi berada atas "takhta kepimpinan", kita teruskan menyokong siapa-siapa yang mahu memimpin dan punyai kebolehan memimpin untuk memimpin. Sebab jawatan itu bukan hakiki  dan hak. Tak boleh dibawa ke mati.

~Sesetengah pemimpin pulak, bila dah berkuasa, mula lupa kepada orang yang mendokongnya sehingga ke atas. Kadang-kadang, kita yang berhempas pulas mengangkatnya, dibuang ketepi bagaikan anjing kurap.

~Sadis, tapi itu benar. Sebab itu, kalau ada, andainya, aku bersikap demikian, tolong nasihati aku. Jangan biarkan aku terus mengkhianati perjuangan rakan-rakan sekalian. Kerana aku tidak mahu dipersoalkan atas amanah ini.

~Orang kadang-kadang ingat, kita yang duduk di atas makan duit pertubuhan. Berapa kerat sangatlah duit pertubuhan dik? Langsung tiada. Kalau ada pun, duit orang. Amanah orang. Buat aktiviti. Bukan sewenang-wenangnya nak digunakan. Duit sendiri dah beratus ribu dah diguna sejak dari tahun 2003. Apalah sangat duit dalam akaun Gayong tu.

~Sendiri kerja pun gaji dah cecah puluhan ribu (campur gaji aku + isteri pertama + isteri kedua). Tak luak rezeki aku dengan duit gayong. Pertubuhan hutang dengan kami adalah. Tapi, takkanlah nak berkira kot. Ke hulu ke hilir, bukan tak guna minyak. Duit sendiri yang keluar. Makan minum, hotel bermalam (jika di luar Kuching -Serian). Bukan tak menggunakan duit semua itu. Tapi, kami ikhlaskan hati untuk bantu Gayong berkembang. Kalau berkira sangat, tak berkembanglah gayong, Macam di sesetengah tempat. Berkira bayar yuran, berkira dengan keringat, berkira dengan khidmat,

~Bab yuran-yuran ini banyak mematikan semangat guru-guru. Bukannya apa, kita dah hidup zaman moden, dan ekonomi sangat tidak baik. Dalam suasana politik yang kurang memberansangkan. Sekurang-kurangnya kita ada ilmu mempertahankan diri supaya dapat lah bantu mengurangkan stress. Sekurang-kurangnya lepaslah jugak minyak kereta. Hati pun senang. Ajar pun ikhlas. Pernah ada pujangga berkata, " duit tak boleh beli bahagia, namun bahagiakah kita kalau tidak ada duit?"

~Tanpa ahli, tiadalah pertubuhan. Tanpa dana, tiadalah aktiviti. Mohon semua anak-anak Gayong Sarawak terus istiqamah membantu Gayong Sarawak. Memanglah tiada gaji dan elaun, tapi hanyalah ada balasan doa yang berpanjangan dari anak-anak murid kita setiap kali Doa Pembuka Gelanggang.

~Akhir kata.. jangan takut melabur dalam saham ilmu. Sebagai contohnya infaq Gayong Sarawak. Setiap kali majlis ilmu dimanfaatkan di dalam premis sewaan kita, setiap kali itu pahala akan mengalir ke dalam akaun amalan baik anda.

~Sepatutnya kita berebut untuk mendapat ganjaran pahala. Dividen ini, kita akan dapat pulangan sewaktu di yaumul mahsyar kelak.

~Kalau difikirkan, ramai anak-anak murid 1st Batch Gayong Sarawak dah jadi "manusia".

SHAMYR EASMETH - GURU DI SK NANGA MELUAN, KAPIT
NURHAJIZUL BIN ZULAIHI - PEGAWAI SPRM KUCHING
MOHD EHSAN - PEGAWAI BERTUGAS DI KEMENTERIAN KESIHATAN
AWANGKU NAZIMEZATUL - PEGAWAI BERTUGAS DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT SARAWAK
MOHD IZZAQ - PEGAWAI POLIS DI KLANG, SELANGOR
SHAHROL RAMZANY - PEGAWAI AGENSI PENGUATKUASA MARITIM MALAYSIA (APMM), PULAU PINANG
MUSA HASLIE - PENYELIA RUMAH ANAK YATIM HAJJAH LAILA TAIB (PERYATIM) KUCHING
ISMAIL AHMAD- JURUTERA
ABDUL HISHAM - PENYELIA / KETUA PENGAWAL KESELAMATAN HOSPITAL SARATOK
MOHD NAZRIN - BEKERJA SENDIRI
NORHAMIRAH BINTI NGATIMAN - JURURAWAT HOSPITAL NORMAH
IRA ADORA - BEKERJA SWASTA
DAYANG NIRAMIZURA - BISNES
EIKA NATASHA BINTI ALLUWIE - GRADUAN KOLEJ KESIHATAN KKM (FISIOTERAPIS)

Siapa tak bangga, yang dididik menjadi dan berguna kepada masyarakat. Bak kata sesetengah orang, "kalau tak masuk silat pun jadi orang jugak". Jangan skeptikal. Lain orang lain perjalanan. Lain hidup, lain perjalanannya. Terpilih dan dipilih. Adakah HIDUP ENGKAU MEMANG DIJADIKAN SECARA KEBETULAN? Tidak. Kita sendiri menentu arah hidup kita.

~Kalau dihitung satu persatu, tidaklah tersenarai semua anak-anak didik aku. Tapi, inilah barisan penguat jiwa satu ketika dahulu. Inilah "keluarga gayong pertama" yang aku miliki di sini. Sedangkan tempat jatuh lagi dikenang. Inikan pula cinta dan kasih sayang abang kepada adik-adik. Nyawa ku sanggup korbankan demi kecintaan ini.

~Kadang-kadang rindu menerpa. Kelibat anak-anak didikan terus ini. Rindu yang tak dapat diungkapkan. Kerana dengan mereka, kita membesar. Dengan mereka kita curahkan segala ilmu di dada. Kalau anda mendengar, jum kembali bersama. Mengembangkan hak kita(ilmu Gayong), di BUMI KITA.


p/s: aku sendiri yang bina empayar ini, aku sendiri keluarkan duit, aku sendiri yang bantu promosi.. semuanya atas diri sendiri. tak boleh nak harapkan orang. Sebab, sebaik-baik pengharapan adalah untuk Allah. MAN JADDA, WA JADDA

p/s2 : Menebal muka menumpang di rumah saudara segayong di Debak. Terima kasih atas layanan terbaik dari adik Umi Nur Raihan dan keluarga. Semoga Allah memberkati semua kehidupan adik Umi dan keluarga, dipermudahkan semua urusan dan diberikan rezeki yang melimpah ruah. ALhamdulillah.. kami sekeluarga selesa bermalam di kampung.

Khamis, 8 Ogos 2019

TATAPAN CINTA KASIH AYAH

أسلام عليكم 

~Perbualan seorang ayah kepada anak..

" Dalam hidup kita, kita perlu menjadikan Allah sebagai tempat segala-galanya" kata ayah kepada anaknya.

"Dalam segala perbuatan kita semua menuju kepada Allah. Allah jadikan diri kita seperti mana yang ada pada diri kita sekarang. Kita hendak mengaji, menghafaz al-Quran, kita hendaklah bermohon kepada Allah kerana di situlah kunci kepada kejayaan kita. Semua atas daya dan upaya Allah. Tanpa Allah, hidup kita sia-sia." ucapan ayahnya.

~Ayahnya melencongkan perbualan dari keduniaan kepada keperluan bertuhan. Seringkali kita mendengar anak-anak diajar nilai kehidupan seperti pentingnya sedekah, pentingnya menabung, pentingnya mempunyai masa depan yang cerah dengan pendidikan. Tetapi ayah ini melencong memilih kenapa pentingnya bertuhan. Baginya, kalau rasa Allah itu segala-galanya, barulah kita hidup berlandaskan syariat.

" Kalau ayah sudah tiada, tiada harta yang lebih bernilai yang ayah mampu berikan kepadamu anak. Ayah hanya mampu memberikan kamu ilmu. Ayah tak mampu nak berikan harta, kerana segalanya ayah dah korbankan di jalan Allah. Hidup ayah adalah untuk ummah. Dan kamu adalah anak ayah. Kamu adalah "harta" ayah yang paling berharga selain dari ibumu." sambung ayahnya.



" Harta terbaik di dalam dunia adalah ilmu. Kerana dengan adanya ilmu, maka kamu bisa mencari kekayaan. Dengan ilmu, kamu bisa mencari pasangan hidup. Dengan ilmu, kamu memimpin ummah. Benar ayah memimpin ummah, tetapi ayah memerlukan pengganti. Ayah jadikan pentas ini, jalan persilatan ini sebagai pentas dakwah ayah. Kerana di situ kita mengajar manusia ingat dengan Allah. Setiap ucapan diucap untuk memperingatkan bahawa Allah itu yang berkuasa di atas segala-galanya."

~Sang anak menunduk kepala. Seolah benar-benar faham akan pertuturan ayahnya.

"Seandainya ayah sudah tiada, kamulah wali kepada adik-adik perempuan kamu. Kamulah pengganti ayah di dalam keluarga ini. Jagalah ibumu, jagalah adikmu bagai kau menjaga nyawa mu sendiri. Teruskan perjuangan ayah. Jangan mengalah di atas dugaan yang tertimpa ke atas kamu. Kalau buka kamu, kepada siapa lagi ayah hendak sandarkan tanggungjawab ini."

"Ayah akan pergi jauh. Menghadap pencipta. Bertemu kekasih abadi. Namun, nasib ayah masih belum tahu. Ayah perlukan doa kamu sebagai anak yang soleh. Dengan adanya doamu, mungkin dikurangkan apa yang dinamakan sebagai siksaan kepada ayah. Ayah doakan kamu, boleh menjadi hafiz suatu hari nanti. Amin.." Sambil ayahnya menyeka titis-titis air mata yang mengalir tanpa disedarinya.

"Kenapa ayah menangis?".. ujar anaknya..



"Ayah pasti pergi anakku. Perjanjian KAMI semakin hampir. Sekarang, ayah ingin mengerjakan urusan ummah dengan sepenuh hati. Tinggalkan urusan ummah dengan sebaik-baik mungkin untuk diserahkan dengan terbaik kepada bakal pengganti ayah".

"Jadikan Allah sebagai teman SETIAMu, letakkan Allah di dalam hatimu. Insya Allah, hidupmu akan tenang. Carilah teman sekufu denganmu. Janganlah mencari yang tiada hala tujuan. Bantulah mereka yang memerlukan bantuanmu. Namun, jangan terperangkap dengan permainan dunia. Kerana dalam dunia itu, akhirat pasti meninggalkanmu. Carilah "ainul mardiah"mu di dunia. Kerana, dengannya, dirimu pasti mendapat cinta Allah. Sebaik-baik perhiasan dunia itu adalah wanita yang solehah"

~Seusai sampai di destinasi, ayahnya memeluk anaknya dengan penuh kasih sayang. Sekilas kereta berlalu, ternampak oleh ayahnya, titisan air mata dari mata anak kecil.. "Ya Allah, anak yang dididik dengan al-Quran ternyata berbeda dalam emosinya. Sungguh aku bersyukur memilih jalan ini ya Allah. Aku tidak akan berputus asa dalam mencari redha Mu"



-cerpen Cinta ku-

Selasa, 21 Mei 2013

GURU ooo GURU.. HILANG NIKMAT KERANA BALA

أسلام عليكم 

~ Sekadar teguran buat guru-guru MUDA yang berstatus BARU DALAM PERKHIDMATAN.

~Masuk bulan Mac, kita tidak boleh menjangka gaji akan keluar cepat mengikut keperluan kita. Baru masuk dalam bulan terdekat, sibuk memanjang bertanya hal-hal gaji. Sedangkan perkhidmatan sangat tidak berkualiti lantaran hati tidak ikhlas kerana gaji belum keluar. Nasib baik ibu bapa tak hantar surat aduan berkaitan dengan sikap guru-guru BARU di sekolah masing-masing. Kalaulah dengan istilah "penyapu" baru dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan dan kemenjadian murid di sekolah selaras dengan tuntutan diminta, barulah guru itu patut rasa bangga. Tapi, tak apa. Kubur masing-masing. Jawapan pun masing-masing.

~Aku tak kira pengalaman sesiapa. Jangan jadi alasan untuk semua guru mengatakan TIDAK BOLEH jika diminta berbuat sesuatu atas kepentingan perkhidmatan kerana guru itu sendiri sangat suka mendesak dan mendesak. Apa yang anda dapat? KETIDAK IKHLASAN DALAM MEMBERI ILMU kepada anak-anak. Bayangkan satu hari nanti, anda sendiri bakal berhadapan dengan situasi di mana anak-anak anda akan diajar oleh GURU PERENGUS dan HANYA TAHU MENGHITUNG HARI GAJI sebab anda sendiri sudah memberi contoh yang tersangat baik kepada masalah ini. Dan masa itu, mulalah kita cuba "komplen". Tapi, hakikatnya, kita lebih buruk perangai mengalahkan kera sumbang.



~NANAK - Gambaran peribadi orang yang suka nak buat pekara macam ini. SEKOH - itu gambaran kedua. Tak tahu, meh sini. Aku kasitau.

~Kalau macam itulah, kena pastikan guru boleh meningkatkan lagi kecemerlangan murid di sekolah-sekolah pedalaman. Aku pun pernah mengajar di pedalaman. Jauh berbeza dengan keadaan sekarang. Malaslah nak cerita. Tapi, sekadar renungan. Guru Besar aku pernah berkata, " mustahil untuk murid sekolah pedalaman yang duduk di asrama tidak lulus periksa. Sebab, guru dan murid duduk dalam satu sekolah dan guru mengalami kesukaran untuk keluar. Jadi, banyak masa dengan murid". Tapi, masih juga murid tidak dapat lulus. Tapi, kepuasan mengajar itu tetap ada kepada guru-guru yang benar-benar sudah berusaha. Betul tak cikgu?

~Nanti, murid tidak pandai baca, kita ambil alasan , murid tidak hadir sekolah selalu. Masalah ponteng. Macam-macamlah. tapi, bila nak mintak sesuatu, alahai.. berjambul nya. Semua itu alasan .. Kita ajar selaras dengan emolumen kita. Ajar betul-betul. Insya Allah, murid akan berjaya. YAng penting, USAHA!!

~HAYATI BAIT KATA-KATA INI:


Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang
tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
kesihatan dan kerehatan
tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang
karenah isteri tidak engkau tahan
Engkau ingin berjuang
rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang
diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang
disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang
kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang
tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang
anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
pandangan tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang
rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
iman dan taqwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau
hendak perjuangkan??

Jumaat, 19 April 2013

BAYANGAN NERAKA DI DUNIA~ BERHIJABLAH SEBELUM DIHUKUM ALLAH DI NERAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. kepada semua bloggers yang sentiasa dalam rahmat Allah. Bersyukurlah, kerana setiap nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Semua nikmat itu bersifat sementara. Sementara masih punyai kekuatan, beramallah. Buatlah kebajikan sebanyak yang mampu. Bimbang esok, kita sudah terlepas nikmat yang dikecapi pada hari ini.

~Bahang pilihanraya semakin terasa. Esok akan ada penamaan calon. Bagi guru-guru yang menyokong parti-parti tertentu, jagalah diri kita. Jangan ada yang terjebak dalam jerat politik kotor. Kita sokonglah melalui undi. Undi kita menentukan hala tuju kerajaan kita. So, pesanan aku, gunakanlah segala kelebihan sebagai seorang rakyat untuk mengundi siapa yang kita rasakan layak memimpin kita. Setiap undi kita akan dipersoalkan Allah kepada siapa dan untuk apa kita mengundi.

~Tak dilupa jugak, hembusan eg-Tukar. Kepada guru-guru yang hendak memohon, hendaklah kita memastikan kelayakan kita sebelum memohon. Kalau cukup segala-galanya, mohonlah. Sekali lagi pesanan aku, jangan marah atau kecewa jika tidak berjaya. Lambat atau cepat, itu urusan Allah. Ini adalah takdirnya di mana kita harus berusaha tanpa menyakiti orang lain.

~Khutbah hari ini banyak berkisarkan kepada pemilihan calon yang baik untuk dijadikan pemimpin. Aku tertarik kepada salah satu teks khatib. "Ahli ibadah yang banyak bersedekah, tinggi amalannya, pasti akan kecundang ke neraka, jika selalu bercakap untuk menyakiti hati saudaranya". So, berhati-hatilah bila berurusan dengan hamba Allah yang lain. Kelembutan pasti akan menawan kekerasan. Ingat lagi cerita Saidina Umar Al-Khatab? Seorang yang bengis, akhirnya kalah dengan lantunan surah Thoha oleh adiknya. Nah, kau siapa berbanding dengan Saidina Umar?

~Kita masuk ke topik dakwah. Sedikit sebanyak, aku mendengar, keluh kesah sahabat-sahabat yang mendidik di sekolah bila berada di bangku sekarang. Ada yang cuba mendirikan syiar Islam dengan mengenakan tudung labuh, tapi lantaran teguran dari guru lain, membuat dia patah semangat untuk mengenakan fesyen tudung labuh. Cuba renung seketika. Muslimah yang berjaya mengenakan tudung labuh, beerti muslimah yang berjaya menegak hukum Allah dalam hati. Bertudung labuh dapat menyelamatkan pelbagai pandangan liar lelaki kepada wanita.

~Selain itu, pelbagai kemudahan kepada muslimah yang mengenakan tudung labuh. Antaranya, boleh meneruskan solat (jika dalam keadaan bersih) tanpa mengenakan telekung seperti kebiasaan (bagi mengelak tidak bersolat). Kebiasaannya, lelaki akan menundukkan pandangannya kepada wanita yang mengenakan tudung labuh. Sebab, malu Allah letak pada mata hati lelaki kepada wanita seperti ini. Namun, dalam keadaan begitu, timbulllah rasa iri hati kepada wanita yang lain yang prejudis terhadap agama sehingga mengeluarkan penyataan " kalau Islam pun, tak payah nak tunjuk sangat". Kalau itu teguran dari wanita yang beragama Islam, memang sah nak tempah tiket ke neraka.

~Mengapa ditimbulkan persoalan tudung labuh? Sedangkan Allah menuntut wanita menutup aurat sehingga melepasi pusat. Surah An-Nur Ayat 31, Allah berfirman, "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."


~Di mana lagi salahnya berpakaian untuk menutup aurat? Sekurang-kurangnya, ada niat dan melaksanakan pemakaian yang dituntut oleh agama. Oleh itu, muslimah yang ditegur oleh orang tak ada akal  sedemikian, janganlah berpatah semangat. Jadikan itu sebagai cabaran dalam mengenakan busana muslimah. Jangan gentar selagi benar. Hakikatnya, tudung itu adalah profil diri. UStazah zaman sekarang pun ramai yang pakai tudung kecik-kecik..alahai ustazah..di mana ilmu mu? 


~ Wanita oo wanita.. tutuplah aurat mu dengan sebaik-baiknya. Jangan didedahkan kepada lelaki lain apa yang sepatutnya menjadi hak suami mu. Jangan diserahkan kehormatan selagi tidak ada ikatan. Sepatutnya, lelaki yang benar-benar berkelayakan menjadi suami mu adalah lelaki yang boleh menahan diri daripada merobek maruahmu sebelum ikatan yang halal. Kebanyakan wanita zaman sekarang lebih mudah menyerahkan kehormatan kepada lelaki yang dicintai.. Walaupun tiada ikatan yang sah. Semuanya mudah tergoda dengan tuntutan dunia. Oh wanita.. Hidupmu lebih beerti jika Allah dijadikan panduan. Bukannya badan jadi korban. Bila mana sudah terkulai di tangan lelaki berhidung belang, mulalah hilang pedoman. Mohon keampunan kepada Allah. Tapi, bila mana "nafsu" membuak balik lantaran sudah terkena sekali, diulangi tanpa harapan untuk berubah. Selesai, mula menyesal, tapi sudah terlambat. 

~Aduhai lelaki, jagalah wanita dengan sebaik-baiknya. Jangan dinodai diri mereka selagi tiada ikatan yang halal. Jangan sesekali. Kerana, cuba bayangkan anggota keluargamu diperlakukan seperti itu? Bayangkan adikmu , kakakmu, anak saudaramu, anakmu sendiri terkulai di atas lengan lelaki bertopengkan SYAITAN? Hukum Allah pasti akan terkena pada diri sendiri jika sentiasa mengulangi perbuatan dosa. Itu sebagai teguran. Hindarilah selagi termampu. Jika tak mampu, dirikanlah MASJID DUNIAWI dengan ikatan yang halal. Jangan sekadar merosak, kerana hukuman Allah itu tetap dan pasti untuk PENZINA TEGAR.

~Itulah, kadang-kadang terlalu payah hendak mencari teman hidup yang mendambakan Allah dalam hati. Adanya cinta manusia itu bersifat sementara, jika disemai dengan rasa cinta kepada Allah, pastinya percintaan itu akan menjadi lebih indah dan berseri-seri.. Dan adakalanya, kita (lelaki) hendak yang suci murni. Dalam masa yang sama menodai gadis lain. Dan itu dijadikan alasan untuk mengikat hubungan yang berdosa dan haram. Lama-lama wanita akan rasa terikat.. "kerana kasihku turutkan jua..." Maka lahirlah generasi yang akhlaknya tandus dengan Iman..

~Hayatilah ISlam, ambilah Allah sebagai panduan, jadikan Rasulullah sebagai tauladan dan jadikanla al-Quran sebagai rujukan. Lembutkanlah nafsu dengan puasa. Kentalkan iman dengan ilmu.


~AKU ADALAH AKU. BERJUANG BUKAN KERANA NAMA, BERJUANG HANYA KERANA INGINKAN SYAHID DI JALAN ALLAH~

Khamis, 11 April 2013

Man Anta? (Siapa Kamu)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

~Hati tenang tanpa dirundung keperitan dunia. Malam tadi adalah malam yang indah setelah beberapa ketika. Allah memberi izin Nya untuk aku berperilaku tenang setelah sekian lama. Lautan hati bergelora kembali tenang. Bila mana meletakkan Allah pada tempat yang tertinggi. Alhamdulillah, aku mencadangkan, diulangi bacaan dibawah:


























~ Bacalah ketika hati dalam keresahan mencari hala tuju hidup. Tiada apa yang kita harapkan melainkan Allah jua dalam hidup. Sebagai seorang guru, kita tidak terlepas dari membuat masalah dan kesalahan. Kita bukanya nabi yang berifat maksum dari membuat dosa. Kita tetap manusia biasa. Andainya kita mempunyai masalah, jangan libatkan masalah tersebut dalam majlis ilmu kita yakni bilik darjah. Biarlah masalah diletakkan di mana tempat yang sepatutnya. 

~Sekali lagi, didiklah hati sendiri. Allah berfirman, "“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11 --- So, jangan harap orang akan tolong kita mengubah apa-apa sahaja tentang diri kita. Kalau hendak berubah ke arah kebaikan, kena bermula dari diri sendiri. Jangan mengalah ketika hendak berubah. Syaitan dan nafsu adalah umpama duri yang menandai likuan perjalanan kita. Kawan-kawan juga penyumbang kepada masalah. Kawan-kawan jadi tembok kepada perubahan. Dugaan datang tak bertanya. Pergi, jika kita bersabar.

~Pesananku kepada semua guru, jangan berdusta kepada sesiapa sahaja kerana dusta itu pasti akan kembali kepada diri sendiri. Sebagai manusia, kita pasti akan merasakan bahawa kita benar, tapi hakikatnya kita berdusta. Kepada siapa kita berdusta sebenarnya? Kalau bukan diri sendiri. Kalau kita berlaku tidak jujur, maka Allah akan jadikan peribadi kita tidak lurus. Sentiasa dirundung masalah yang berpanjangan. Hati yang sentiasa resah. Hidup yang tidak berkat. Semua yang dibuat, seolah-olah hilang keberkatan. Harta dunia yang dimiliki, macam tidak mencukupi. Jujurlah walaupun jujur itu agak "sukar" pada akhir zaman ini. Sikap jujurlah yang akan meninggikan kedudukan kita pada masa akan datang. 

~Tinggikan martabat kita setelah jatuh tersungkur. Tiada yang membantu kita ketika kita jatuh. Ingat itu.. tiada yang membantu.. Begitulah aku jatuh pada 7 tahun yang lepas. jatuh tersungkur di pintu Jannah Allah. Berusaha untuk bangun semula. Terasa amat payah.. Tapi, ketika itu, harapanku hanya pada Allah. Mungkin kisahku tidak pernah diceritakan di sini. Lain kalila.. Hehe...

~Kuatkan semangat ketika rebah. Jangan mudah mengalah dan menyalahkan orang lain di atas kegagalan kita. Allah beri ruang dan peluang untuk kita berubah. Hendak berubah  bukannya mudah. Beerti kita akan memulakan kehidupan baru tanpa "keseronokan" yang telah melalaikan kita sebelum ini. Tetapi, pastikan orang yang membimbing kita adalah mereka yang dekat dengan Allah..Orang yang Soleh. Jangan pilih yang bertopengkan agama sebagai teman. Yang menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Berhujah dengan hadith, tapi niat untuk merosakan iman kita. Yang hanya mahu sesuatu dari kita. Tidak ikhlas dalam memberi nasihat. Bak kata orang putih, "tiada benda percuma dalam dunia".

~Rasulullah s.a.w pernah bersabda, " Jika bersahabat dengan tukang besi, nanti akan berbau besi. Jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, pasti akan berbau wangi". So, choose correctly kawan kalau hendak berubah ke arah kebaikan. Seronok di dunia, tak semestinya seronok di akhirat. Sengsara di dunia, tak semestinya akan sengsara di akhirat. Cuba belajar dari pengalaman. Kawan sewaktu gembira, Fuyooo.. manyak oo. Kawan masa menangis, berapa orang yang hadir ketika itu? Lelaki/wanita yang soleh, tidak akan merosakan sahabatnya bah mencintai sahabatnya lebih dari nyawanya sendiri. Lelaki/ wanita yang mengajak ke arah keburukan sebenarnya teman sejati kepada makhluk bernama SYAITAN. Berwaspada dengan tipu helah syaitan yang bertopengkan manusia. Berapa ramai dari kawan-kawan kita mengajak kita melakukan kebaikan? Kira dengan jari pun dapat. 

~Diri kena konsisten berubah@istiqamah. Kalau tak konsisten, bagaimana hendak berubah? Pernah dengar konsep bermujahadah? Kalau tak pernah, pergilah mentelaah. Aku tak arif dalam bidang ni. Carilah ustaz untuk bertelaah. Aku, cuma aku. Tak ada tittle ustaz. Cuma hamba Allah yang lemah lagi bodoh dalam ilmu Allah.

~Berbalik kepada profession keguruan. Ini bidang (keguruan) membolehkan kita berdakwah kepada diri, keluarga, murid , ibu bapa. Dakwah itu berbentuk nilai murni yang ada dalam Islam yang boleh diterapkan yang akan meninggalkan kesan positif dalam diri murid. Ini yang menjadikan murid menjadi seorang manusia yang punyai hati nurani bukannya berhati buas seperti haiwan. Bidang ini adalah bidang yang paling dekat dengan tugasan kita sebagai khalifah Allah. Menyedarkan murid tentang kebesaran Allah dalam mendidik. Kita ajar mereka untuk mengenal Allah. Percaya dengan Allah dalam segenap hal.

~Ini bidang dakwah.. Dakwah bukan semata-mata mengajak orang masuk ke agama Islam sahaja. Dakwah meliputi bidang yang besar termasuk keperibadian diri. Ajarilah murid kita mengenal dan menyintai malah mencontohi Rasulullah s.a.w. Menjadikan baginda sebagai model @ idola dalam hidup. Ajar mereka mencintai Rasulullah lebih dari diri sendiri, dan keluarga. Macam mana nak ajar, jika kita sendiri tidak menyintai Rasulullah? Fikirkanlah..

~Dalam membentuk murid, harus ditekankan kepada kepercayaan kepada Allah. Allah ada untuk memerhatikan setiap tingkah laku kita. Titipkan roh Islam. Bukan sekadar mengajar ilmu sekular. Sebab itulah, bab dakwah, kita harus memulakan dengan diri sendiri. Pakaian, akhlak dan budi pekerti kita mencerminkan diri kita. Cerminan ini akan terpantul dan menjadi biasan kepada murid tadi. Kalau seorang guru berpakaian kemas, murid secara tidak langsung terdidik untuk berpakaian kemas. Kalau kita bercakap temberang, murid akan terdidik untuk cakap temberang. Kalau kita berpakaian mendedah aurat, murid akan turut mengikutinya. 

~Kalau nak jadi terkenal dikalangan murid, baik tak payah. Cantik, gebu, hensem, montok..semua itu akan hilang ditelan masa. Solekan yang paling baik adalah dengan wudhuk. So, fikirkanlah. Ambil yang baik, jadikan sempadan. Jangan buang yang buruk, jadikan ingatan sentiasa.

~Forget past, live for today. Pray for tomorrow. Insya Allah, Allah still there for us. Selamat berjihad kepada semua guru-guru di luar sana. Ikhlaslah dalam mendidik anak-anak. Jangan hanya hendak "bergaya" dengan pelajar, sehingga rosak amalan seharian. Kerana, perhiasan (terutamanya wanita) yang indah, hanya untuk suami yang tercinta. 

~To my wife; "Thanks dear, for being there for me. Allah still love me.."

~~~Aku adalah aku sekarang, biar terbuang, tetap berjuang..ku serahkan cinta..pada Allah akhirnya~~


Khamis, 10 Januari 2013

Ujian Pengalaman Secara Rawak (UPSR) = SABAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat muslimin dan muslimat yang berblog. 

~Sebagai kata pemula, " Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah pertunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." [ Az Zumar (39:22)]

~AlhamdulillAH, syukurku panjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah berkat dari Nya, aku telah menerima teguran dari Nya. Aku terima dengan hati yang lapang, tanpa menyalahkan mana-mana pihak kerana itu teguran langsung dari Allah. Walaupun apa yang terjadi, aku tetap akan teruskan perjuangan walaupun payah. Kerana aku tidak akan kalah kepada ujian dunia. Allah masih sayangkan aku. Allah berikan ujian sebagai tanda kasih dan cinta. Tapi, aku tidak akan bergembira dengan ujian mahupun terlalu bersedih. Aku ambil jalan tengah. Selesaikan dengan baik, dalam masa yang sama pautan hati kepada Allah kita bertambah. Subhanallah.. Alhamdulillahi ala kulli hal.. 




~"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. [al-Baqarah: 2:286)]

~Walaupun sukar malah berhadapan dengan apa risiko, yakinilah segalanya berlaku di atas ketentuan Allah. Allah Maha Adil dalam setiap perlaksanaan hukumNya. Sebab itu, apabila dalam kesugulan yang berpanjangan, segera kembali kepada Nya. Setiap satu yang berlaku bukannya kebetulan. Tetapi memang sudah diatur dengan indahnya sekali dalam hukum alam. Begitulah kita, jika berserah kepada ketentuan dan berusaha dengan lebih keyakinan bahawa esok masih ada 1000 tahun lagi. Marilah kita beribadah kepada Allah laksana seperti esok adalah hari kematian kita. Malah kita akan risau, hingga lupa untuk mengumpat kerana bimbang dengan nasib diri yang berdosa.

~Ku merintih kepada rabbul izzah dengan perumpamaan seperti ini. " Allah.. Dosaku setinggi gunung. Bahkan lebih tinggi dari himpunan gunung-gunung yang dikumpul bersama. Allahhu rabbi.. Usahaku untuk meruntuhkan gunung dosa cuma sekelumit. Lantaran kelalaianku. Usahaku untuk meruntuhkan gunung bak seperti seorang yang memukul besi ke puncak gunung. Diulang-ulang sehingga terpecah sikit demi sedikit. Namun, yang pecahnya sedikit dipuncak, sedangkan tangannya sudah lepuh sedangkan gunung tak terusik..begitulah hambaMu ini.. yang terlalu sedikit berusaha, tapi sudah mengeluh kesakitan..ampunilah ya Allah..ampunilah"

~Bila kesusahan, terasa hidup terlalu payah
berbagai persoalan menerjah,
baru minta pertunjuk hidayah..
usah berputus asa, 
kerana ada rahmat di sebaliknya
yang tidak kita ketahui
dalam hidup ini
teruslah berdoa kepada Allah
Pengasih Pemurah dan Penyayang


Selasa, 24 Julai 2012

Bagaimana hendak mendidik anak menjadi insan SUPER?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....


~ Khalid Hafizi dah pandai duduk.. Umur 7 bulan 5 hari telah ditetapkan oleh Allah s.w.t untuk Khalid pandai untuk duduk. Sekarang Khalid dah boleh mengajuk suara dan bunyi. Merangkak apatah lagi, bekejar sana-sini Abie dan Umie disebabkan telalu laju Khalid bergerak. Alhamdulillah..

~Melihat perkembangan anak-anak membesar memberikan kebahagiaan yang tidak terhingga kepada seorang bapa dan ibunya. Begitulah barangkali kemungkinan ayah dan ibu kita sewaktu kita masih dibawah penjagaan mereka. Mungkin mereka lebih memberikan perhatian kepada kita kerana pada zaman mereka, INTERNET dan FACEBOOK adalah benda yang mustahil ada. Sehinggakan hiburan mereka cuma ANAK-ANAK.

~Ibu bapa zaman moden sekarang boleh share pengalaman melihat anak mereka membesar dalam rangkaian sosial yang sedia ada. Boleh memberi impak dan berkongsi pengalaman mereka dengan ibu bapa yang amatur macam aku dan isteri. Sedangkan pada zaman dahulu, ibu bapa kitalah yang berkongsi segala pengalaman dan mengajar kita untuk mengjaga anak. Zaman dah berubah.. Segalanya dah berubah. Anak-anak kita sudah tidak seperti kita lagi. Tumbesarannya cepat sehingga ada yang boleh menghafal al-Quran seawal umur 2 tahun jika ditarbiyah untuk ke arah itu. Renungkanlah, teknologi masih tidak mampu mengatasi didikan ibu bapa jika ibu bapa benar-benar mahukan anaknya menjadi cemerlang. Teknologi hanya bahan sampingan bagi meningkat perkembangan otak, namun pendidikan tradisional bermula dari ibu bapa sendiri. Sebab itulah Rasulullah bersabda, " Anak yang baru lahir umpama kain putih. Terpulanglah kepada kedua ibu dan bapanya mencoraknya. Sama ada Majusi, Nasrani atau Yahudi". 

~Apa yang paling penting ialah, DOA kedua ibu bapa kepada anaknya. Mohonlah kepada Allah agar diberikan kesihatan yang baik, bukannya hanya fizikal nya, doakanlah hatinya sentiasa 'sihat' dalam kehidupanya sebagai seorang MUSLIM.

~Aku bukannya pakar kanak-kanak..cuma berkongsi sedikit pengalaman mendidik anakanda sendiri sahaja. Ada ibu bapa lain yang lebih pengalaman dan lebih mantap mengajar anak-anak. 

~Rebutlah ganjaran PAHALA di bula Ramadhan ini.. Rebutlah selagi ada peluang untuk direbut. Sebelum nyawa menjemput kita pulang kepada Pencipta.. 

Khamis, 19 April 2012

Beratnya rasa bersyukur..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah. Hari ini tepat 19 April 2012, membawa erti seribu makna kepada individu mengikut apa yang telah dilalui masing-masing. Allah telah mengurniakan rezeki mengikut apa yang telah diperuntukkan tanpa pilih kasih walaupun hakikatnya manusia tetap tidak akan bersyukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepadaNya.

~Selawat dan salam kepada junjungan besar, baginda Rasulullah s.a.w, yang dirindui setiap masa. Sesungguhnya hanya kematian sahaja yang dapat menemukan kita dengan junjungan besar kita andainya kita sentiasa berpegang kepada al-Quran, menuruti segala perintah Allah di dalamnya, dan sentiasa mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. Beribadat biar ikhlas kerana Allah. Dan sesungguhnya, jadikan kerja yang dilakukan sekarang ini, sebagai jalan mencari keredhaan Allah.

~Sedikit sedutan dari portal iluvislam untuk sedikit renungan buat kita yang tidak mudah mengucapkan syukur..


"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."
Satu ungkapan yang perlu sentiasa kita ingat bila diuji adalah kita bukan tuan dan kita juga bukan Tuhan.
Setiap kali diuji kita tidak berhak bertanya pada diri mahupun pada siapa sahaja kenapa kita dipilih untuk diuji. Hakikatnya itulah kehidupan. Tidak indah tanpa ujian. Sebagai contoh, bila tiba hari raya 3 ekor ayam daripada 10 ekor ayam dalam reban telah dipilih untuk disembelih. Ayam yang dipilih itu tidak berhak bertanya kenapa dia yang dipilih untuk disembelih, kenapa bukan ayam yang lain. Sebab dia bukan tuan. Hanya tuannya yang berhak membuat apa sahaja yang dikehendaki.
Sudah menjadi lumrah alam bila diuji kita akan mencari Tuhan. Sedangkan yang bukan islam pun akan sebut "Oh my God" dan perkataan-perkataan lain yang merujuk kepada "Oh Tuhan". Sebagai umat Islam kita akan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T setiap kali kita ditimpa musibah dan kesakitan kerana hanya Dia yang memahami hati kita, hanya Dia yang sentiasa ada tidak kira siapapun kita, dimana kita berada.
Ingatlah, kita bukan pemilik. Sampai waktu dan ketika kita mesti memulangkan kembali apa yang dipinjamkan sementara untuk kita. Allah jualah pemilik segala yang diciptakanNya. Terkadang kita merasa kitalah yang paling hebat diuji. Selepas satu ujian, menyusul pula ujian lain yang lebih berat. Sedangkan orang lain lagi berat diuji, bertimpa-timpa. Kenapa kita memikirkan kaki kita yang tidak berkasut sedangkan ramai lagi yang tidak berkaki? Fikirkan kembali dosa dan kesalahan yang pernah kita buat disebalik ujian yang ditimpakan untuk kita.
Sentiasalah bersyukur atas rahmat dan ujian yang diberikan Allah. Fikirkan hikmah yang diaturkan Allah disebalik ujian yang ditimpakan buat kita. Sentiasa memohon diberikan hati yang kuat untuk menghadapi ujian tersebut sbb kita bukan manusia yang sempurna yang dapat menempuhi ujian itu dengan cara yang paling tenang.
"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang harus untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah"
Buat insan yang sedang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Bersyukurlah kerana diantara yang lain kita insan terpilih untuk diuji sedangkan orang lain langsung tidak tersenarai. Besarnya kasih sayang Allah pada kita. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.

KEMATIAN ITU PASTI!! [2025] - AKU MENULIS LAGI PADA 2026

    أسلام عليكم Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ~Secara tepatnya, kali terakhir aku berjaya mencoret di sini adalah pada 22 November 2...