Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Jadual ekspress. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jadual ekspress. Papar semua catatan

Isnin, 25 Februari 2013

Bario..Oo Bario..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kepada semua yang berkenaan.. Seperti yang yang dijanjikan, ukiran foto untuk tatapan yang mengenali tanah tinggi bernama Bario..

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Selasa, 8 Januari 2013

Sekolah Kebangsaan Ubong Imang, Baram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada bloggers yang dirahmati Allah sekalian.

~Lupa pula nak update berkaitan dengan sekolah yang pernah aku lawati sewaktu menjadi tukang fotostat di PPD Baram. Hehe.. Aku tak pernah lupa. Sekadar bimbang ada yang menjeling-jeling kerana info yang salah. Tapi, tak mengapa. Sekadar perkongsian supaya memudahkan guru baharu atau mana-mana pihak ingin datang ke sekolah tersebut. So, inilah sekolah ketiga yang akan aku "karangkan" post dalam blog aku. Sekadar perkongsian, kalau salah tolonglah share dengan comment anda. Terima kasih.

~SK Ubong Imang adalah sekolah pertama yang aku lawati ketika menjejak kaki di PPD Baram. Aku masih ingat, hari pertama aku menjejak kaki ke PPD Baram, terus Cikgu Aziz bawa aku untuk memantau Linus di SK Ubong Imang ini. Masih segar dalam ingatan, dalam bulan puasa lagi masa tu. Turut serta adalah Tuan PPD sendiri.

SK UBONG IMANG, BARAM

~SK Ubong Imang ini termasuk dalam Zon Baram Tengah. 

~Sekolah Ubong Imang ini terletak dalam Pekan Long Lama. Jadi, kemudahan seperti talian telefon (Celcom dsb) ada. Termasuk fixed line (telekom). Kemudahan lain seperti, klinik kesihatan, pejabat daerah, perpustakaan, kedai-kedai runct termasuk hotel turut ada di Long Lama. Sekolah Menengah Kebangsaan Long Lama dan SJK(C) Kee Tee turut didirikan tidak jauh dari SKUI.

~Cara untuk sampai ke SKUI -  Ada 2 cara untuk ke SKUI atau ke Pekan Long Lama. Pertama dengan menggunakan pengangkutan darat. Pengangkutan darat hanya disediakan dari Bandaraya Miri dengan tambang sebanyak RM 60.00. Perjalanan akan mengambil masa dalam 3-4 jam bergantung dengan keadaan jalan. Pada ketika blog ini ditulis, jalan masih dalam pembinaan dari simpang Bakong ke Long Lama. Kalau hujan, masa perjalanan akan bertambah. Kedua, dengan menggunakan ekspress boat dari Pekan Marudi. Tambang hanya RM 20.00 sahaja sekali perjalanan. Masa yang diambil adalah 4 jam. Bagi guru baharu, boleh terus sahaja hubungi pejabat untuk memudahkan perjalanan anda.

~Guru Besar pada setakat hari ini (8 Januari 2013) Cikgu Awang Rapbil. Semua staf termasuk guru besar adalah 26 orang. Berapa berapa bilangan, cuba try call Cikgu Awang. hehe..




~Pelajar sekolah ini terdiri daripada beberapa etnik Orang Ulu. Antara etnik tersebut adalah Kayan, Kenyah, Penan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah Baram. 

~boleh juga ke FB sekolah : http://www.facebook.com/skubongimang.baram

Rabu, 19 September 2012

SK LONG SEPILING:

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepda semua.

Sekolah kedua yang akan di update adalah :

SK LONG SEPILING, TINJAR, BARAM


NAMA SEKOLAH/ KAMPUNG :  SEKOLAH KEBANGSAAN LONG SEPILING, TINJAR,
                                                         KAMPUNG LONG SEPILING

KEDUDUKAN GRID REFERENCE:  Coordinates: 3°54'51"N   114°16'12"E

JARAK DARI PPD :       100 KM (PPD BARAM)

MOD PENGANGKUTAN :        JALAN AIR (3 JAM DARI PEKAN MARUDI)
                                                     JALAN AIR (DARI LAPOK 3 JAM)

KEMUDAHAN DI KAWASAN TERSEBUT:  SEKOLAH,

GURU BESAR :       EN. SANDOM AJI (Bertukar ke SK Sungai Brit, Marudi)

BILANGAN GURU/KAKITANGAN SOKONGAN :   5 ORANG GURU          1 ORG AKS

BILANGAN MURID : 10 ORANG

ETNIK :  KAYAN

TEMPAT MENARIK :   SEKOLAH ITU SENDIRI







CATATAN : HANYA BERKHIDMAT SELAMA 7 BULAN.. TAPI, INILAH KALI PERTAMA AKU MENGECAPI KEBAHAGIAAN DALAM KEMENANGAN

Sabtu, 8 September 2012

NOSTALGIA DI PEDALAMAN SARAWAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


~Untuk mengembalikan nostalgia, mulai hari ini sehingga ke seterusnya, aku akan meng'update' perjalanan aku dari satu sekolah ke sekolah yang lain dalam daerah Baram. Untuk kegunaan semua guru baharu yang bakal posting di pedalaman Sarawak terutamanya di daerah Baram.

~** Semua ini adalah nota perjalanan aku yang berkerja sebagai tukang photostate di PPD Marudi (Ketua Unit , Unit Pengurusan Sekolah, PPD Baram). Ini adalah sebahagian daripada rutin tukang photostate yang sentiasa memantau sekolah bagi memastikan FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN diamalkan dan dihayati oleh semua warga pendidik termasuk AKU SENDIRI.

~Pemantauan pun perlu guna duit.. bukan sedikit duit yang kerajaan curahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia demi memberi pendidikan yang berkualiti kepada semua warga Malaysia..

~Dalam konteks ini, aku letakan guidelines kepada aku sendiri supaya dapat ilham menulis membebel dalam blog ini. Allahu rabbi..

Kenangan bersama Ustaz Mohd. Fazli di SK Long Busang, Belaga
~~ Nama Sekolah/ Kampung
~~Kedudukan Grid References
~~Jarak dari Miri/ Marudi
~~Mod Pengangkutan
~~Kemudahan di kawasan tersebut
~~Guru Besar yang berkhidmat (pada masa 
    tersebut)
~~Bilangan guru dan kakitangan sokongan
~~Bilangan murid
~~Bangsa / Etnik / Kaum yang menduduki    
    kawasan tersebut
~~Tempat-tempat menarik di sekitar kawasan tersebut
~~Catatan

 ~Niat aku hanya satu, bagi kemudahan kepada semua guru baharu supaya dapat 'feel' dengan sekolah baharu. Dan, memberi gambaran kepada masyarakat, terutamanya orang luar tentang keberadaan sekolah pedalaman supaya berhenti mengutuk profession guru ini.

~Kalau ada pertanyaan berkaitan denga sekolah-sekolah ini, silalah beri feedback di bahagian komen.

~kalaulah guru ini bergaji rendah, siapa yang mahu menjadi guru kalau bukan mereka yang benar-benar ikhlas dalam berjuang..

Khamis, 8 September 2011

Jadual Ekspress Ke Marudi

Assalamualaikum wkth.. Terdengar kokokan ayam pada malam Jumaat. Terus teringat nak updatekan blog. Aku akan menerangkan pula perjalanan ke Pekan Marudi dari Bandaraya Miri. Ada 3 jenis pengangkutan untuk sampai ke sini iaitu:

a). Air - Menggunakan ekspress dari Jeti Kuala Baram (berdekatan Sungai Tujuh Checkpoint) untuk ke Marudi. Jarak perjalanan memakan masa 3 jam. Jadual ekspress adalah seperti berikut:

   Miri  -  Marudi -->   8.00 a.m,   11.00 a.m &  3.00 p.m
   
  Marudi - Miri   -->    8.30 a.m, 11.30 p.m & 3.00 p.m


b). Darat - Menggunakan darat memakan masa selama 1 jam 30 minit dari Bandaraya Miri. Perjalanan akan merentasi jalan kelapa sawit dan bukit-bukau. Bagi yang meminati 'thrill' bolehlah menggunakan perjalanan darat untuk mendapatkan pengalaman tersebut. Pacuan 4 roda menjadi medium utama bagi pengangkutan tersebut. Jika hujan, perjalanan akan menjadi lebih mencabar.


c). Udara - Perjalanan yang paling singkat iaitu selama 15-20 minit sahaja untuk sampai ke Pekan Marudi. Tapi, kadang-kadang flight akan ditunda atau dibatalkan sebab keadaan cuaca yang tidak menentu. Untuk tempahan tiket, sila layari  www.maswings.com.my   . Pesawat yang digunakan adalah Twin Otter.. =)

Selasa, 1 Mac 2011

Perjalanan Ekspress ke Long Sepiling

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah perjalanan ke SK Long Sepiling.

Dari bandar Miri, boleh menggunakan 2 kaedah untuk ke Long Sepiling.

1). Miri ke Long Lapok
2). Miri ke Marudi.

1). Miri ke Long Lapok dengan menggunakan pengangkutan Land Crusier atau pacuan 4 roda. Harga tambang adalah sekitar RM30. Perjalanan akan mengambil masa 2-3 jam bergantung dengan keadaan jalan Lapok-Beluru. Perjalanan hendaklah dimulai pada jam 6.00 pagi. Ini disebabkan ekspress ke Long Sepiling akan bergerak sekitar 9.45 - 10.00 pagi.

2). Miri ke Marudi. Ambil ekspress dari Kuala Baram untuk ke Marudi. Tidak kiralah ekspress pukul berapa sekalipun, tetapi ekspress terakhir pada jam 3.00 petang untuk ke Marudi. Ataupun, mengambil pacuan 4 roda dari Miri ke Marudi. Tambang ekspress dalam RM20 dan tambang pacuan 4 roda RM30-40 sahaja.Dari sini, kita hendaklah bermalam di Marudi sebelum mengambil ekspress pada pagi esoknya, jam 8.00 pagi ke Long Sepiling.

Khamis, 6 Mei 2010

5 Mei 2010

5 Mei 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Bertemu kembali dengan idea dan penemuan bahasa yang kurang puitisnya dalam blog aku. Walaupun kesibukkan kerja menghimpit masa-masa aku, tetapi dengan adanya semangat perjuangan dalam diri yang tidak luntur dek masalah hati, aku dapat jugalah menitipkan sepatah dua dalam blog aku. Dengan pengunjung yang baru sahaja mencecah angka 3000, blog yang seringkali dikaitkan dengan pembaca yang rata-ratanya adalah guru, tak kira guru baru atau yang masih lagi di dalam mencari erti kata guru sebenar.

Mungkin titipan kali sekadar hendak menceritakan jadual perjalanan ekspress yang menjadi nadi utama dalam pengangkutan ke Kampung Long Busang, Belaga ini. Mungkin jarak perjalanan dari Kuching yang aku akan terang.

Kalau anda hendak datang ke Long Busang dari Kuching atau dari mana-mana bandar selain daripada Sibu, anda hendaklah mengambil bas ke Bandar Sibu. Kalau dari Kuching, tempoh perjalanan bas adalah 7-8 jam sahaja. Sebaik-baiknya, ambillah bas pada waktu malam kerana ianya lebih selesa dan memudahkan sedikit perjalanan kita seterusnya. Kalau hendak beli tiket bas tu, pastikan destinansi yang anda kena bagitahu kepada petugas kaunter bas itu adalah Sibu Wharf supaya anda dapat terus ke Terminal Ekspress Sibu.

Jika ingin menyingkatkan perjalanan dari 8 jam ke 45 minit, anda juga boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Jadual penerbangan boleh rujuk di www.malaysiaairlines.com.my dan www.airasia.com.my. Kalau menggunakan penerbangan, maka anda akan bermalam di Sibu untuk semalam dan akan berangkat ke Putai pada keesokkan harinya. Terpulang kepada pilihan anda.

Kalau anda mengambil bas pada 10.00 malam dari Kuching, berkemungkinan besar anda akan sampai ke Sibu Wharf pada jam 5.00 pagi. Di sini ada beberapa alternatif perjalanan hendak ke Putai iaitu destinasi sebelum ke Long Busang atau perhentian terakhir bot ekspres. Anda boleh mengambil ekspress pukul 5.45 pagi, 6.15 pagi dan paling lewat sekali adalah ekspres pukul 7.15 pagi. Ekspres-ekspres ini menuju ke Kapit. Di Kapit nanti, anda hendaklah ke terminal wharf Belaga untuk mengambil ekspres yang akan menuju ke Putai pada jam 11.00 pagi. Perlu diingatkan, hanya satu sahaja ekspres yang menuju ke Putai iaitu pada pukul 11.00 pagi.

Tetapi, ada alternatif lain yang boleh anda gunakan dari Terminal Sibu. Anda boleh mengambil ekspres dari Sibu terus ke Putai pada jam 8.00 pagi. Pastikan anda membeli tiket di kaunter yang betul kerana kalau salah pasti tidak dilayan oleh petugas kaunter ekspres. Ekspres ini biasanya digunakan oleh pekerja-pekerja yang berkerja di Jaya Tiasa di Putai. Jadi, jualan tiket dari ekspres ini agak laris tetapi anda tidak perlu berhimpit seperti ekspres yang anda ambil di Kapit.

Tempoh perjalanan dari Sibu ke Putai akan memakan masa selama 7 jam iaitu dari 8.00 pagi sehingga jam 3.30 petang. Ekspres ini akan singgah sekejap di Kapit selama 30 minit untuk mengambil penumpang dan akan meneruskan perjalanan setelah selesai di Kapit. Kesimpulannya, hanya dua sahaja ekspres yang akan menuju ke Putai iaitu dari Kapit jam 11.00 pagi dan 8.00 pagi dari Sibu.

Setelah sampai di Putai, anda akan meneruskan perjalanan ke Kampung Long Busang dengan menggunakan pacuan 4 roda. Kenderaan ini hendaklah anda tempah awal-awal kerana kalau tiada tempahan, maka anda akan bermalam di Putai. Oleh itu, tempahan kereta ini perlu dibuat sehari sebelum sampai ke Putai. Jarak perjalanan dari Putai ke Long Busang akan memakan masa selama kurang 4 jam sahaja. Anda akan menelusuri jalan balak yang digunakan oleh lori-lori balak yang besar untuk sampai ke kampung.

Setelah sampai di Long Busang, anda bolehlah menginap di rumah Ketua Kampung sebagai tetamu. Kemudahan seperti masjid juga disediakan. Jangan risau. Terdapat juga makanan halal kerana satu perempat penduduk di Long Busang adalah beragama Islam.

Jika hendak keluar dari ke bandar, anda mempunyai 2 pilihan sama ada hendak menggunakan ekspres pada pukul 4.30 pagi atau pada pukul 11.00 pagi. Kalau hendak menggunakan ekspres pada pukul 4.30 pagi, anda hendaklah bergerak pada waktu malam sebelumnya iaitu pada pukul 10.00 malam untuk sampai ke Putai. Dan kalau hendak mengambil ekspres pagi, bolehla bergerak pada jam 6.30 pagi dari kampung dan sampai ke Putai dalam pukul 10.30 pagi. Yang pastinya, ia memang meletihkan kepada mereka yang tidak biasa dengan perjalanan yang jauh seperti ini. Ini masih tidak sejauh di pedalaman Sarawak yang lain. Masih ada yang lebih jauh dari perjalanan ke Long Busang.

Rabu, 19 Ogos 2009

Nak pergi kursus..Adoi.susah nak puaskan hati orang

Assalamualaikum wkth..

Setelah berusaha dengan penuh kepayahan..dapat jugak kereta untuk di ‘charter’ untuk kegunaan malam ni. Malam ni nak turun ke Putai. Nak ambil ekspress awal pagi kelak. Jam 4.30 pagi. Then, sampai Kapit dalam jam 8.00 – 9.00 pagi. Lepas tu, kena pergi Sibu dalam jam 10 pagi. Sampai-sampai Sibu dalam jam 1 tengah hari esok. Pastu bermalam semalam di Sibu sebelum meneruskan perjalanan ke Bintulu keesokkan harinya pada jam 8.00 pagi. Sampai di bintulu dalam jam 12.00 tengah hari. Dalam jam 2.00 petang, bertolak ke Belaga menggunakan Land Cruiser..sampai dalam jam 6.00 – 7.00 petang…. Sampai di Belaga, check-in di hotel..pastu..mandi dan pergi makan di mana-mana kedai Melayu..sorang-sorang..then balik tidur. Jam 8 pagi, kursus. Harapan aku, agar kursus bleh siap petang tu jugak. Dapat terus charter kereta nak balik ke Bintulu untuk terus balik ke Kuching..insya Allah..jika Allah mengizinkan..aku hanya dapat berserah..selebihnya, biarlah Allah yang menentukan..
Alhamdulillah..bersyukur ku kehadrat illahi..di atas segala-galanya..




20.45 – 18/08/2009
p/s: bersiap untuk berangkat dah..

KEMATIAN ITU PASTI!! [2025] - AKU MENULIS LAGI PADA 2026

    أسلام عليكم Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ~Secara tepatnya, kali terakhir aku berjaya mencoret di sini adalah pada 22 November 2...