Cari Blog Ini

Khamis, 6 Mei 2010

6 Mei 2010

06 Mei 2010
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
Pilihanraya Sibu semakin hangat terasa.. Tapi bukan itu menjadi topiknya. Blog ini tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Hanya sekadar kiasan untuk menarik perhatian.
Ibrahim Adham seorang ahli sufi berkata: “ Telah dating kepada aku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, “Kami wasiatkan kepada kamu 7 pekara, iaitu:

• Orang yang banyak bercakap janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya
• Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya
• Orang yang banyak begaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan pada ibadahnya
• Orang yang cintakan dunia jangalah kamu harapkan sangat pada khusnul khatimahnya
• Orang yang bodoh janganlah kamu berharap sangat akan hidup hatinya
• Orang yang memilih berkwan dengan orang yang zalim janganlah kamu harap sangat kelurusan agamanya
• Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah ke atasnya


Semua kata-kata hikmah ini mungkin berguna kepada semua tak kralah guru atau penjawat awam yang lain. Sekadar renungan dan mungkin beroleh kebaikkan ke atas kebaikkan.

5 Mei 2010

5 Mei 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Bertemu kembali dengan idea dan penemuan bahasa yang kurang puitisnya dalam blog aku. Walaupun kesibukkan kerja menghimpit masa-masa aku, tetapi dengan adanya semangat perjuangan dalam diri yang tidak luntur dek masalah hati, aku dapat jugalah menitipkan sepatah dua dalam blog aku. Dengan pengunjung yang baru sahaja mencecah angka 3000, blog yang seringkali dikaitkan dengan pembaca yang rata-ratanya adalah guru, tak kira guru baru atau yang masih lagi di dalam mencari erti kata guru sebenar.

Mungkin titipan kali sekadar hendak menceritakan jadual perjalanan ekspress yang menjadi nadi utama dalam pengangkutan ke Kampung Long Busang, Belaga ini. Mungkin jarak perjalanan dari Kuching yang aku akan terang.

Kalau anda hendak datang ke Long Busang dari Kuching atau dari mana-mana bandar selain daripada Sibu, anda hendaklah mengambil bas ke Bandar Sibu. Kalau dari Kuching, tempoh perjalanan bas adalah 7-8 jam sahaja. Sebaik-baiknya, ambillah bas pada waktu malam kerana ianya lebih selesa dan memudahkan sedikit perjalanan kita seterusnya. Kalau hendak beli tiket bas tu, pastikan destinansi yang anda kena bagitahu kepada petugas kaunter bas itu adalah Sibu Wharf supaya anda dapat terus ke Terminal Ekspress Sibu.

Jika ingin menyingkatkan perjalanan dari 8 jam ke 45 minit, anda juga boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Jadual penerbangan boleh rujuk di www.malaysiaairlines.com.my dan www.airasia.com.my. Kalau menggunakan penerbangan, maka anda akan bermalam di Sibu untuk semalam dan akan berangkat ke Putai pada keesokkan harinya. Terpulang kepada pilihan anda.

Kalau anda mengambil bas pada 10.00 malam dari Kuching, berkemungkinan besar anda akan sampai ke Sibu Wharf pada jam 5.00 pagi. Di sini ada beberapa alternatif perjalanan hendak ke Putai iaitu destinasi sebelum ke Long Busang atau perhentian terakhir bot ekspres. Anda boleh mengambil ekspress pukul 5.45 pagi, 6.15 pagi dan paling lewat sekali adalah ekspres pukul 7.15 pagi. Ekspres-ekspres ini menuju ke Kapit. Di Kapit nanti, anda hendaklah ke terminal wharf Belaga untuk mengambil ekspres yang akan menuju ke Putai pada jam 11.00 pagi. Perlu diingatkan, hanya satu sahaja ekspres yang menuju ke Putai iaitu pada pukul 11.00 pagi.

Tetapi, ada alternatif lain yang boleh anda gunakan dari Terminal Sibu. Anda boleh mengambil ekspres dari Sibu terus ke Putai pada jam 8.00 pagi. Pastikan anda membeli tiket di kaunter yang betul kerana kalau salah pasti tidak dilayan oleh petugas kaunter ekspres. Ekspres ini biasanya digunakan oleh pekerja-pekerja yang berkerja di Jaya Tiasa di Putai. Jadi, jualan tiket dari ekspres ini agak laris tetapi anda tidak perlu berhimpit seperti ekspres yang anda ambil di Kapit.

Tempoh perjalanan dari Sibu ke Putai akan memakan masa selama 7 jam iaitu dari 8.00 pagi sehingga jam 3.30 petang. Ekspres ini akan singgah sekejap di Kapit selama 30 minit untuk mengambil penumpang dan akan meneruskan perjalanan setelah selesai di Kapit. Kesimpulannya, hanya dua sahaja ekspres yang akan menuju ke Putai iaitu dari Kapit jam 11.00 pagi dan 8.00 pagi dari Sibu.

Setelah sampai di Putai, anda akan meneruskan perjalanan ke Kampung Long Busang dengan menggunakan pacuan 4 roda. Kenderaan ini hendaklah anda tempah awal-awal kerana kalau tiada tempahan, maka anda akan bermalam di Putai. Oleh itu, tempahan kereta ini perlu dibuat sehari sebelum sampai ke Putai. Jarak perjalanan dari Putai ke Long Busang akan memakan masa selama kurang 4 jam sahaja. Anda akan menelusuri jalan balak yang digunakan oleh lori-lori balak yang besar untuk sampai ke kampung.

Setelah sampai di Long Busang, anda bolehlah menginap di rumah Ketua Kampung sebagai tetamu. Kemudahan seperti masjid juga disediakan. Jangan risau. Terdapat juga makanan halal kerana satu perempat penduduk di Long Busang adalah beragama Islam.

Jika hendak keluar dari ke bandar, anda mempunyai 2 pilihan sama ada hendak menggunakan ekspres pada pukul 4.30 pagi atau pada pukul 11.00 pagi. Kalau hendak menggunakan ekspres pada pukul 4.30 pagi, anda hendaklah bergerak pada waktu malam sebelumnya iaitu pada pukul 10.00 malam untuk sampai ke Putai. Dan kalau hendak mengambil ekspres pagi, bolehla bergerak pada jam 6.30 pagi dari kampung dan sampai ke Putai dalam pukul 10.30 pagi. Yang pastinya, ia memang meletihkan kepada mereka yang tidak biasa dengan perjalanan yang jauh seperti ini. Ini masih tidak sejauh di pedalaman Sarawak yang lain. Masih ada yang lebih jauh dari perjalanan ke Long Busang.

Ahad, 25 April 2010

25.04.2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Post baru menyusul setelah sekian post semalam dipaparkan di blog aku. Blog aku kurang pengunjungnya. Setelah diteliti sejak dari tahun lepas, cuma 3000 orang sahaja pelawat yang sanggup menyinggahkan tetikus meraka di sini. Selebihnya, mungkin tertarik dengan isu yang lebih hangat dan membara dari membaca cetusan idea aku yang agak kuno dan jumud. Lagipun, suara kami di pedalaman ini jarang didengar oleh masyarakat luar.. Sehingga macam-macam tohmahan dilemparkan kepada guru-guru ini. Ada patut? Tak patut.. elaun kesusahan seorang guru di pedalaman tu, hanya sekelumit sahaja kalau hendak dibandingkan dengan pengorbanan seorang guru.

Guru sememangnya sinonim dengan pendidikan. Boleh dikatakan guru adalah profession yang paling mulia darjatnya disisi Allah. Pada usia zaman persekolahan aku dulu, aku mengetahui bahawa guru-guru aku di sekolah rendah dulu serba boleh. Diajak main bola sepak, dia boleh. Disuruh main bola tampar pun boleh.. Pendek kata semua boleh. Itulah kelebihan dan kriteria guru yang telah ditetapkan oleh Kementerian ketika itu, "Serba boleh".. Guru menjadi agen perubahan dan membawa perubahan yang amat ketara kepada muird-murid. Selaras dengan itu, guru hendaklah melengkapkan diri dengan apa sahaja yang berkaitan dengan keperluan pada zaman kini. Kalau dulu kita tak boleh menggunakan komputer dan sebagainya, sekarang, biar kita lebih hebat dari anak didik kita. supaya kita tidak ditertawakan oleh anak murid kita kerana ketidakpandaian kita menggunakan alatan yang serba canggih ini.

Guru oh guru..

Sabtu, 24 April 2010

Catatan 24.04.2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Agaknya sudah lama benar aku tidak mencoretkan kata-kata dalam blog ini. Kesibukkan menjalani ibadah sebagai hamba Allah ini serba sedikit membuat aku kurang aktif dalam bidang penulisan sekarang. Isunya banyak. Tapi mungkin curahan ideanya tidak berkembang selaras dengan kemahuan seorang pendidik.

Mungkin aku terlalu sibuk dengan persiapan menghadapi UPSR tahun ni. Tugas yang aku galas iaitu menjadi guru subjek tahun 6 untuk matapelajaran Sains menyebabkan aku terasa seolah-olah berhadap dengan suatu kesusahan. Bayangkan, dari sejak balik cuti pertengahan semester yang lepas iaitu 20 Mac 2010, aku belum pernah lagi keluar untuk mendapatkan gaji atau bertelefon dengan keluarga yang tercinta. Masuk minggu 5 dah aku tak dengar suara ibunda dan ayahanda. 5 minggu juga aku telah berjauhan dengan isteri yang tercinta. Hanya tulisan di Internet menjadi penghubung cinta. Kalau sebelum ini, aku akan ke kilang untuk menelefon semuanya. Tapi, mengenangkan jarak perjalanan yang begitu jauh, aku terus 'membatukan diri' duduk di kampung dan terus mengajar dan berharap agar aku terus diberi kekuatan terus untuk mendidik.

5 minggu bukan masa yang panjang berbanding dengan masa yang telah kita lalui bersama keluarga yang tercinta. Kerinduan yang ada pada 5 minggu itu membuat segala kenangan manis bersama itu muncul kembali. Ada terasanya niat di hati untuk pulang. Tetapi, awal- awal lagi dah kena 'sound' dengan hamba Allah.. "Cuti kau dah habis.." Aku periksa dan kira kembali, aku cuma gunakan cuti CRK cuma 1 hari. Bagaimana pula cuti boleh habis? Pelik bin Hairan.

Minggu lepas, aku dibelenggu rasa rindu yang tidak terkira pada keluarga. Sehinggakan terlantar di atas katil..demam.. Hakikatnya..itulah rindu. Isteri aku beri mesej mengatakan untuk suruh aku pulang ke Kuching. aku berkeras tidak mahu balik. Aku katakan padanya, " Kalau abang mati, jangan tuntut mayat abang di sini. Biar abang mati dan dikuburkan sekali di sini. Pokonya..cuti abang dah habis..Jadi sampai mati pun tak boleh balik.."

Begitulah cerita kali ini. Sehingga ke saat ini, aku belum lagi menikmati gaji bulan Mac dan April. Dan aku berterima kasih kepada Allah s.w.t.. kerana tanpaNya sudah pasti aku dah jadi bukan aku kalau dah jadi sebegini. S.A.B.A.R..

p/s: Minggu depan isteri aku balik Kuching..=)

Ahad, 11 April 2010

Catatan 25/03/2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.. Semoga dengan perkongsian ilmu ini akan membawa barakah kepada kita dalam meniti kehidupan seharian. Insya Allah..

Sudah jelas dan nyata, yang dikatakan oleh al-Quran berkaitan dengan manusia yang suka mengadu domba. Suka mengada-ngadakan cerita dan mensensasikan cerita yang pada hakikatnya baik tetapi keji pada pandangan mereka yang optimis. Bukan hendak mengata sesiapa. Tujuan artikel ini disiarkan demi membetulkan kesalahan yang selalu dianggap remeh dalam golongan mereka yang merasakan sentiasa betul ini.

“Mabuk cinta yang halal”.. Mungkin penggunaan tatabahasan salah atau pemahaman agama yang terlalu cetek menyebabkan ayat ini menjadi satu ayat yang tragis. Bagi aku, ayat ini menggambarkan kasih sayang yang tidak bertepi yang di beri oleh pasangan suami isteri yang sah dari sisi hokum agama Islam. Tidak salah mencintai suami atau isteri dan mabuk dalam percintaan yang baik lagi halal. Islam menganjurkan pernikahan bagi mengelakan kejadian fenomena anak tidak sah taraf berlaku atau lebih sinonimnya dengan ZINA. Zina itu mendatangkankeburukkan lebih banyak dari kelazatan. Begitulah yang terjadi kepada umat pada sekarang, mengeji dan menfitnah serta mengadu domba benda yang baik. Alih-alih, mereka yang baik pada mulanya menjadi jahat kerana manusia yang dengki.

Adakah salah dari segi agama jika kita mabuk cinta yang halal? Oleh kerana penggunaan perkataan ‘mabuk’ terus tidak boleh jadi hukumnya? Kalau kita mempunyai pengetahuan agama yang baik, pastinya kita meneliti dari sudut apa yang mabuk itu. “Mabuk” dalam konteks ayat ini adalah bermaksud dibuai perasaan cinta yang mendalam bagi sang suami kepada isterinya. Adalah salah mencintai isteri wahai pembaca?? Aku tetap aku. Tidak akan berpeluk bulu andainya satu kebenaran itu ditidakkan. Percayalah, seorang yang mempunyai pengetahuan agama sama sekali tidak boleh bersekongkol dengan orang yang bukan beragama Islam dalam apa jua pekara. Sebab Allah telah menjelaskan kepada manusia, “Orang yahudi dan Nasrani sama sekali tidak akan membiarkan kamu tetap dengan agama kamu”. Nah.. apa lagi alasan kita?

Perangai ahli agama seharusnya tidak berpihak kepada sesiapa yang jelas dan nyata mempunyai kepentingan dalam sesuatu organisasi. Seharusnya ahli agama ini menjadi hakim, atau timbang tara dalam memberi keputusan. Bukannya menjadi batu api dalam sesuatu pekara. Hal ini banyak berlaku pada zaman sekarang di mana ahli agama digunakan untuk tujuan kepentingan politik, da juga kehendak individu. Hal ini mendatangkan rasa tidak hormat ummah pada ahli agama walaupun pada dasarnya ahli agama adalah lebih mulia daripada manusia lain.

Ini adalah akibat mementingkan diri sendiri dan nafsu semata-mata. Memang benarlah dikatakan oleh ahli sufi terdahulu, « mencintai tuhan beerti mencintai kefakiran ».. walaupun aku tidak berpengetahuan tinggi, tidak berkelulusan Universiti Madinah atau Al Azhar sekali pun, aku tetap aku.. Sentiasa memperbaiki diri dari hari ke sehari. Sedaya upaya menjaga tutur kata. Tokoh-tokoh seperti as-Syahid Imam Al-Bana banyak meluangkan masanya dalam mengkaji mengapa Islam semakin mundur. Tetapi ahli agama sekarang banyak menyindir dan mengumpat secara tidak disedari sedangkan Allah tidak suka perbuatan mengumpat ini. Jadi orang yang mencintai tuhan tidak semestinya adalah ahli agama. Ahli agama tidak semestinya adalah orang yang rapat disisi Allah. Tidak sama sekali. Ada ahli agama itu sekadar lulusan ahli agama sahaja. Tapi, perangai lebih teruk daripada seorang yang tidak berpengetahuan agama.

Artikel ini bukan untuk meng »quote“ kan perkataan orang lain pada dunia nyata. Tetapi demi kerana menyedarkan mereka yang diluar yang bertopengkan gelaran ahli agamanya. Ahli agama juga manusia. Dan keistemewaan mereka adalah mereka lebih mengetahui hal-hal agama lebih daripada manusia lain. Kelebihan atas kelebihan yang akan memudahkan mereka mengamalkanibadah dalam kehidupannya. Bukannya menggunakan kelebihan itu untuk menjatuhan manusia yang lain. Sedarlah.. tiap-tiap sa perbuatan kita akan dihitung. Dosa kepada Allah, diampun oleh Allah. Dosa sesama manusi hanya dimaafkan oleh manusia. Betapa adilnya Allah s.w.t. Tidak dihukumnya di dunia sahaja, tetapi juga di akhirat.

Jangan pula ilmu agama digunakan merosakan manusia yang lain. Aku ni cetek pengetahuan agamanya. Tidak pandai dalam banyak pekara dalam agama. Dan aku sentiasa menjaga diriku agar tidak terpesong akidah dan pegangan agama Islam yang aku anuti.

Ya Allah, jadikanlah hatiku besih dan lurus dan beragama.. hindarilah aku dari sifat khianat dan juga sifat dengki supaya tidak mendapat tempat di hati walau sekelumit pun..“

Sabtu, 13 Mac 2010

Bicara tentang Cinta




Salahkah ku mendambakan seorang putri,
Dan pasti ku mengharap yg setia disisi,
Teman kala ku kedukaan,
Memberikan daku cahaya sinari kehidupan...

Walau ku tahu segala suratan Esa,
Ku pohon kesetian pemberi inspirasi,
Pengubat jiwa yang sepi,
Agar dapat ku kecapi,
Indahnya hidup ini...

Usah ada rasa sangsi,
Saling faham dan mengerti,
Sinar bahgia menanti,
Pendorong penguat jiwa,
Dalam melayar bahtera,
Pasti tenang jika kau disisi..

Selagi masih aku terdaya,
Menuturkan kata-kata,
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya,
Di hati ini dikau saja,
Yang bertahta dijiwa,
Insan yg ku kasihi
Dikau lah yg ku sayangi..

Kembalinya seorang anak kepangkuan keluarga.. dan kembalinya kepada Allah s.w.t

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..

Aku bercuti bermula hari ini. Bukan setakat aku, semua rakan-rakan guru akan bercuti seminggu untuk cuti pertengahan penggal. Insya Allah. cuti digunakan untuk kerja bermanfaat...

Semalam.. Abang Bob, (Rudi Bin Zainuddin), telah kembali ke rahmatullah.. Jumaat 26 Rabiulawal 1431 H.. Menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Umum Sarawak. Allahyarham meninggalkan balu. Meninggal dunia atas sebab penyakit anemia yang dihidapi sejak 33 tahun yang lepas. Semoga Allah merahmati roh beliau dan mencucuri rahmat ke atasnya.. al-fatihah,,

** Rudi Bin Zainuddin adalah saudara disebelah ayah penulis..

KEMATIAN ITU PASTI!! [2025] - AKU MENULIS LAGI PADA 2026

    أسلام عليكم Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ~Secara tepatnya, kali terakhir aku berjaya mencoret di sini adalah pada 22 November 2...