Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan kepada kita dalam melayari bahtera kehidupan kita.
~Selawat dan salam kepada nabi junjungan besar kita, Muhammad s.a.w. Walau dihina dicaci dibenci pada zaman jahiliyah, baginda tetap bersabar. Apatah lagi menghadapi umat manusia sekarang yang yang semakin berani menghina baginda. Hinaan seperti itu tidak akan memudharatkan kredibiliti baginda sebagai nabi akhir zaman. Bahkan dipuji dilangit dan dibumi. Kedudukan baginda dah terjamin. Bagaimana pula dengan kedudukan kita? Kita masih belum mati, tapi sedang menyemarakkan bakaran api neraka dengan simbahan dosa.
~Orang munafik tetap akan ada sentiasa sampai kiamat. Bagi yang murtad, penulisan dalam internet memang jadi mainan. Sebabnya, masih ada sedikit rasa gerun di hati mereka terhadap Allah walaupun puas menafikannya. Bila di depan, sudah semestinya tugas dan tanggungjawab kita untuk melunaskan hukum Allah dengannya (si murtad tadi).
~Kepada semua anak muridku yang berada di SK Long Sepiling, Baram dan SK Long Busang, Belaga, esok adalah hari penentuan dalam hidup. Semoga Allah mengurniakan buah fikiran yang bernas untuk semua menjawap soalan UPSR esok. Senang jika mengulangkaji, susah jika liat membaca.
~Jika kita berusaha, kita akan pasti berjaya. Bagi murid yang beragama Islam, banyakkan berselawat dan jangan lupa bacakan doa penerang hati dan Surah Al-Insyirah. Bagi guru-guru, redhakan ilmu yang telah kita curahkan selama 9 bula mengajar tahun ini. Doakan kebaikkan kepada mereka. Letakkan keyakinan pada ketentuan. Insya Allah, semuanya akan menjadi kenyataan.
~Kepada anak murid dan juga saf kepimpinan PSSGM Sarawak, Encik Nukiman Bin Sahat, selamat menjalani ibadah sebagai pengantin baru. Ingat, isteri adalah amanah dari Allah untuk kita. Maka, kita hendaklah menjaga amanah itu dengan sebaiknya bagi mengelak dipersoalkan oleh Allah kelak. Perkahwinan bukan seks semata-mata. Tetapi perkahwinan adalah menyatukan dua hati dalam pelbagai pekara termasuk keluarga kedua-dua pihak. Hormon pun kena serasi baru ada benih yang bermutu. Insya Allah.
~Kepada isteri yang tercinta, hari yang dinantikan bakal mengunjungi kita. Hehe.. menghitung hari bagi menunggu kelahiran PENDEKAR yang merupakan penyambung warisan kita..
Cari Blog Ini
Isnin, 12 September 2011
Khamis, 8 September 2011
Jadual Ekspress Ke Marudi
Assalamualaikum wkth.. Terdengar kokokan ayam pada malam Jumaat. Terus teringat nak updatekan blog. Aku akan menerangkan pula perjalanan ke Pekan Marudi dari Bandaraya Miri. Ada 3 jenis pengangkutan untuk sampai ke sini iaitu:
a). Air - Menggunakan ekspress dari Jeti Kuala Baram (berdekatan Sungai Tujuh Checkpoint) untuk ke Marudi. Jarak perjalanan memakan masa 3 jam. Jadual ekspress adalah seperti berikut:
Miri - Marudi --> 8.00 a.m, 11.00 a.m & 3.00 p.m
Marudi - Miri --> 8.30 a.m, 11.30 p.m & 3.00 p.m
b). Darat - Menggunakan darat memakan masa selama 1 jam 30 minit dari Bandaraya Miri. Perjalanan akan merentasi jalan kelapa sawit dan bukit-bukau. Bagi yang meminati 'thrill' bolehlah menggunakan perjalanan darat untuk mendapatkan pengalaman tersebut. Pacuan 4 roda menjadi medium utama bagi pengangkutan tersebut. Jika hujan, perjalanan akan menjadi lebih mencabar.
c). Udara - Perjalanan yang paling singkat iaitu selama 15-20 minit sahaja untuk sampai ke Pekan Marudi. Tapi, kadang-kadang flight akan ditunda atau dibatalkan sebab keadaan cuaca yang tidak menentu. Untuk tempahan tiket, sila layari www.maswings.com.my . Pesawat yang digunakan adalah Twin Otter.. =)
a). Air - Menggunakan ekspress dari Jeti Kuala Baram (berdekatan Sungai Tujuh Checkpoint) untuk ke Marudi. Jarak perjalanan memakan masa 3 jam. Jadual ekspress adalah seperti berikut:
Miri - Marudi --> 8.00 a.m, 11.00 a.m & 3.00 p.m
Marudi - Miri --> 8.30 a.m, 11.30 p.m & 3.00 p.m
b). Darat - Menggunakan darat memakan masa selama 1 jam 30 minit dari Bandaraya Miri. Perjalanan akan merentasi jalan kelapa sawit dan bukit-bukau. Bagi yang meminati 'thrill' bolehlah menggunakan perjalanan darat untuk mendapatkan pengalaman tersebut. Pacuan 4 roda menjadi medium utama bagi pengangkutan tersebut. Jika hujan, perjalanan akan menjadi lebih mencabar.
c). Udara - Perjalanan yang paling singkat iaitu selama 15-20 minit sahaja untuk sampai ke Pekan Marudi. Tapi, kadang-kadang flight akan ditunda atau dibatalkan sebab keadaan cuaca yang tidak menentu. Untuk tempahan tiket, sila layari www.maswings.com.my . Pesawat yang digunakan adalah Twin Otter.. =)
Demam Eg-Tukar Bermula (II)
Assalamualaikum dan salam sejahtera... Apakah kita di dalam keimanan yang teguh pada ketika ini? Jika tidak, marilah kita mengucapkan kalimah syahadah, Ashadu alla illa haillah.. wa ashadu anamuhammadur rasulullah.... Semoga dengan nya, iman kita menjadi kukuh hendaknya.. Aku melihat pada statistik pertukaran antara negeri untuk eg-tukar sehingga jam 5.01 pm 08/09/2011. Hmm.. tak ada komen. Cuma sendiri-sendirilah bermonolog. Hehe..
Semoga berjaya.. Allahuakbar!!!
Sekadar renungan bersama..
Assalamualaikum.. aku nak share sebuah artikel yang menarik daripada sebuah sesawang yang bertajuk Islam Itu Indah. Ini url sesawang tersebut: www.islamituindah.my --> selamat membaca

DEWASA ini ada banyak kes membabitkan pembuangan bayi akibat perlakuan zina. Nasib bayi yang dibuang sering meruntun hati masyarakat yang turut memikirkan cara terbaik untuk menjaga dan mendidik anak itu serta bagaimana ingin memberi kesedaran kepada pelakunya.
Persoalannya, adakah kesalahan zina yang menjadi punca kepada permasalahan ini. Zina adalah kesalahan yang berat mengikut hukum syarak sehingga larangannya dijelaskan Allah dalam Al-Quran melalui firmannya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Surah Al-Israk, ayat 32)
Ini ditegaskan lagi melalui hukuman dikenakan terhadap penzina jika disabitkan kesalahan yang turut termaktub dalam Al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat setiap seorang daripada keduanya 100 kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan orang yang beriman.” (Surah An-Nisa, ayat 2)
Mengikut hukum Islam, hukuman zina berbeza mengikut kategori bagi pesalah yang sudah berkahwin (mukhsan) atau belum (ghair mukhsan). Jika sudah berkahwin, dikenakan hukuman rejam sampai mati manakala yang belum berkahwin akan dirotan 100 sebatan.
Melihat betapa seriusnya kesalahan zina ini, hukum syarak menetapkan si penuduh orang lain melakukan zina yang gagal membuktikan dakwaannya turut dihukum iaitu dikenakan 80 kali sebatan, disamping itu juga penyaksiannya tidak akan diterima selama-lamanya.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang yang fasik.” (Surah an-Nur, ayat 4)
Hukuman berat ini menunjukkan cara pembuktian terhadap pertuduhan zina juga perlu diambil kira. Bukan semua bentuk pembuktian boleh diterima bagi membuktikan kesalahan tertuduh kerana kesan terhadap penyabitan zina amat besar terhadap maruah diri tertuduh.
Walaupun keterangan terhadap pertuduhan boleh dikemukakan dengan pelbagai bentuk, hanya dikira ialah pembuktian melalui pengakuan si pelaku (ikrar) dengan mengambil kira syarat perakuan itu.
Sejarah membuktikan penyabitan kesalahan zina melalui ikrar amat dititikberatkan bagi mengelak sebarang keraguan, paksaan, kecelaruan oleh si pelaku yang menyebabkan beliau membuat perakuan terhadap kesalahan menyebabkan berlaku kesilapan dan penganiayaan terhadap orang yang tidak bersalah.
Rasulullah SAW sendiri, apabila seorang lelaki datang menemui Baginda seraya berkata: “Wahai Rasulullah sesungguhnya aku telah melakukan perbuatan zina, maka Rasulullah berpaling darinya sehingga diulang pengakuannya sebanyak empat kali.
Apabila lelaki berkenaan membuat pengakuan sebanyak empat kali, Rasulullah SAW memanggilnya lalu bersabda: “Adakah engkau gila? Jawab lelaki itu: Tidak. Nabi bersabda lagi: Adakah engkau telah kahwin? Jawab lelaki itu: Ya. Maka Nabi bersabda: Bawalah dia dan jalankan hukuman rejam.”
Walau bagaimanapun, hukuman ini tidak boleh dilaksanakan terhadap si pelaku yang menarik balik pengakuannya bahawa sebelum ini beliau melakukan zina.
Bentuk pembuktian kedua yang diterima ialah kesaksian daripada empat orang saksi. Saksi perlu memenuhi syarat ditetapkan oleh hukum syarak sebelum penyaksian diterima iaitu Islam, lelaki, baligh.
Sempurna akal, adil, benar-benar melihat kejadian zina dan penyaksian itu benar-benar menunjukkan zina itu berlaku. Ini bermakna, jika saksi gagal memenuhi salah satu daripada syarat itu, penyaksiannya tidak akan diterima.
Walaupun sesetengah ulama seperti Ibn Qayyim menerima pembuktian melalui tanda (qarinah), ada ulama seperti Imam Syafie yang menolaknya. Penerimaan dan penolakan terhadap bentuk pembuktian berdasarkan kepada hujah masing-masing namun yang pastinya penolakan ini bagi mengelak timbulnya keraguan dalam penyabitan.
Kesalahan berkaitan dengan perbuatan zina diperuntukkan dalam undang-undang syariah. Seksyen 25 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 menetapkan lelaki yang melakukan persetubuhan dengan perempuan bukan isteri sah adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum mana-mana kombinasi hukuman itu.
Kewujudan pelbagai peralatan canggih tidak dapat menafikan bentuk pembuktian yang ditetapkan kerana sebarang bentuk dokumen mahupun peralatan canggih masih boleh menimbulkan keraguan. Adalah tidak mustahil dokumen itu diubah suai bagi boleh menyabitkan seseorang dengan kesalahan.
Pembuktian bagi kesalahan zina tidak wajar disamakan oleh mana-mana pihak dengan pembuktian kes rompakan yang dirakam. Pembuktian bagi kesalahan zina adalah ketat seperti ditetapkan hukum syarak.
Rabu, 7 September 2011
Demam Eg-Tukar Bermula
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kepada semua cikgu-cikgu yang ingin bertukar, silalah mengisi Portal Eg-tukar dari 1 September 2011 sehingga 30 September 2011. Sebelum mengisi, anda perlu kemaskini data sendiri sebelum mengisi portal tersebut.
Sebelum mengisi, perlu adakan semua dokumen keterangan yang berkaitan supaya memudahan penilaian pengisian. Selamat mengisi. Jika tidak berjaya, cuba lagi dan janganlah bersedih. Semuanya adalah perancangan Allah jua. Yang benar-benar memerlukan untuk berpindah, banyakan berdoa. Semoga doa dikabuli Allah.
Aku pun tengah demam jugak. Demam selesema. Bukan demam eg-tukar. =)
Sebelum mengisi, perlu adakan semua dokumen keterangan yang berkaitan supaya memudahan penilaian pengisian. Selamat mengisi. Jika tidak berjaya, cuba lagi dan janganlah bersedih. Semuanya adalah perancangan Allah jua. Yang benar-benar memerlukan untuk berpindah, banyakan berdoa. Semoga doa dikabuli Allah.
Aku pun tengah demam jugak. Demam selesema. Bukan demam eg-tukar. =)
Jumaat, 5 Ogos 2011
Pengakhiran Perjalanan
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Perjalanan aku sebagai guru pedalaman kini bakal berakhir. Maka berakhir jugalah blog ini yang telah menjadi nadi kehidupan aku selama beberapa tahun ini. Ini adalah saat-saat terakhir aku menghabiskan masaku di S.K Long Sepiling, Tinjar, Baram. Beberapa detik lagi, aku akan meninggalkan 1001 kenangan terindah bersama-sama semua staf dan juga murid-murid yang aku kasihi. Semoga Allah kurniakan keberkatan dan semangat juang yang tinggi kepada semuanya untuk menghadapi UPSR 2011.
Pertukaran dari S.K Long Sepiling ke Pejabat Pelajaran Daerah Baram berkuatkuasa 16 Julai 2011. Jawatan Pegawai FasiLinus Baram secara hakiki. Bertukar atas dasar menduduki jawatan Pegawai Khas Kurikulum. Semoga dengan pertukaran ini menjadikan aku lebih mentaati Allah dalam segala hal.
Berat rasa hati ini untuk berpisah. Isteri yang tercinta terpaksa ditinggalkan kerana belum dapat berpindah. Ya Allah.. meninggalkan isteriku yang mengandungkan anak pertama.. Keseorangan.. Allah menguji isteri dan anakku sejak dari kandungan lagi. Allah sudah mendidik anakku menjadi penyabar dan mampu menepis godaan. Semoga dengan perpisahan sementera ini meninggikan lagi semangat perjuangan isteriku. Ya –Allah, selamatkanlah isteriku dan juga kandungan isteriku sepanjang ketiadaan ku. Ya- Allah, sepanjang ini Engkau menjaga kami. Engkau memberi rezeki. Melimpahi segala nikmat yang tidak mampu aku balas segalanya. Dengan ketiadaanku, bukan beertinya tiada yang menjaga. Tapi, Allah masih lagi menjaga. BAgiku, kerisauan itu hanyalah sementara. Kerana Allah sentiasa bersama-sama insan yang bergelar IBU.2 tahun 7 bulan 2 hari. Itu sejarah perkhidmatan aku berkhidmat sebagai guru di pedalaman. Sebanyak itu, aku belajar erti kehidupan. Bagaimana hendak bergaul dengan persekitaran. Bagaiman hendak mengadaptasi keseluruhannya. Menjadikan sebahagiaannya sebagai cabaran iman. Menuju kepada keredhaan Illahi. Sepanjang masa tersebut juga, aku belajar menjadi hamba Allah. Belajar hakikat ketuhanan. Belajar mengerti akan adanya Qada’ dan Qadar. Belajar betapa manisnya pengorbanan jika hati bersulam keimanan yang teguh. Dan tidak sama sekali dalam masa itu aku berkompromi untuk melakukan kemaksiatan. Alhamdulillah. Walaupun dibenci sekali manapun, biarlah aku tetap menjaga iman ini. Insya Allah.
2 tahun 7 bulan 2 hari.. terkesan di hatiku. Nama seperti, Noor Syafinaz Binti Yahya, Ayu Nazirah Bt. Mohd Amin, Harlina Ran, Metias Gimin, Jimpau Uchat, Christie Urai, Farah Hanim, sentiasa bermain diingatan. Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan kepada mereka dan dimudahkan untuk mempelajari ilmu-limu dunia ini. Mereka adalah anak didik aku yang aku ajari di S.K Long Busang, Belaga 2 tahun lepas. Sekolah dengan kapasiti murid seramai 188 orang, adalah sekolah pertama tempat aku ditugaskan menjadi seorang guru biasa. Dalam masa 2 tahun berkhidmat di sana, suka dan duka dilalui dengan Allah. Allah lah tempat aku mengadu segala masalah yang terbuku di hati. Kekuatan aku pada ketika itu adalah mengharapkan Allah dalam segala hal, dan menyerahkan segala-galanya setelah berusaha. Ada juga hamba Allah di sana menentang konsep menyerah dan tawakal. Tapi, biarlah aku dengan pendirian seperti itu. Bekerja untuk Allah bukannya untuk mendapat kawan dan mendapat pujian ketua semata-mata. Kalau boleh, aku sedaya-upaya menghindari mengumpat.. =)
7 bulan 2 hari, masa yang digunakan untuk berkhidmat pula di S.K Long Sepiling. Stella Supang, Melinda Puyang, Nelly David dan Larry Lihan merupakan murid kesayanganku. 4 orang ini sahaja yang berada di Tahun 6. Seluruh tenaga dan kudrat ku hulurkan untuk meraka supaya Berjaya dalam pelajaran dan menjadi seorang manusia. Aku hanya mampu mengharapkan kejayaan meraka dalam UPSR 2011, terutamanya Larry Lihan yang aku tatang bagaikan minyak yang penuh. Semoga Berjaya dalam hidup dan memperolehi keputusan yang terbaik dalam semua matapelajaran kelak. Insya Allah.
Dalam masa 3 tahun berkhidmat sebagai Pendidik, aku telah bertukar sebanyak 3 kali. Mula-mula S.K Long Busang. Kemudian S.K Long Sepiling, Tinjar. Kemudian ke Pejabat Pelajaran Daerah Baram. Jawatan terakhir adalah Pegawai FasiLinus. Alhamdulillah. Bagi yang belum membuka mata dan pernah mencaci aku pada satu ketika dahulu, bukalah mata kalian. Aku sekarang berada di atas bukan kerana membodek. Tapi, aku berada di atas kerana niatku lillahitaala. Bukan untuk menjadi barua semata-mata.
Bagi meraka yang pernah melabelkan aku sebagai PEMALAS.. Aku harapkan, semoga semangat kerajinan engkau terus menerus di pertingkatkan. Insya Allah, orang PEMALAS yang engkau kutuki dulu akan berusaha lebih lagi menjadi PEMALAS yang engkau doakan dahulu. MALAS dalam erti kata MALAS untuk mengamalkan sifat MAZMUMAH. Hehe.. insya Allah.. Terima kasih atas caci-maki yang engkau lemparkan dahulu.. Sampai pekung di dada sendiri dibuka demi menjaja caci-maki engkau dahulu. Aku menerimanya dengan hati terbuka. (Kalau benar aku malas, masakan orang lain tidak melihatnya?)
Langgan:
Catatan (Atom)
KEMATIAN ITU PASTI!! [2025] - AKU MENULIS LAGI PADA 2026
أسلام عليكم Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ~Secara tepatnya, kali terakhir aku berjaya mencoret di sini adalah pada 22 November 2...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada mereka yang mengikuti blog aku. Hari ini aku terasa nak updatekan blog ni dengan meng...
-
1. Dalam menitip hari-hari kehidupan, ada hari kita akan "lesu" dalam menempuh perjuangan. Ada hari kita akan rasa "lemah...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...




