Cari Blog Ini

Rabu, 14 September 2011

Video Semulajadi di Akhirat?


BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
[1]
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2]
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3]
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
[4]
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5]
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6]
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7]
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8]
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


~Amalan kita akan dihitung walau cuba disembunyikan dari manusia apatah lagi dosa yang dibuat terang-terang.. Kalau bersembunyi di balik pintu hotel, di balik mana pun kalau berzina, pasti Allah akan menayangkan kembali segala perbuatan itu di depan semua makhluk di yaumul mahsyar.. tidakkah kita akan MALU akan perbuatan kita?!

~Bayangkan, yang melihat adalah ISTERI, ANAK, CUCU, CICIT malahan IBU BAPA kita tentang maksiat yang kita lakukan.  Nauzubillah

~Mari kita mengucap istghfar sambil memperbaiki iman kita..

~Renung-renungkan.. esok belum tentu bagi kita.

Detik perpisahan terakhir..AdaKah SyUrGa JaDi DesTinAsi TeraKhir ku?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman dan dirahmati Allah s.w.t

~Mari merenung seketika firman Allah s.w.t dalam surah Al A’raf, ayat 34, : ‘Setiap umat mempunyai batas waktu (ajal). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan walau sesaat pun’. Kematian itu satu kepastian hatta kita di kelilingi tembok yang tinggi menjulang ke langit. Digenangi lautan bak saujana mata memandang. Tetapi, kematian tetap akan mengundang sebagai JANJI Allah kepada makhluknya bahawa tiada yang kekal melainkanNya. Mari bersama kita sedekahkan al-fatihah kepada telah pergi meninggalkan kita. Al-fatihah.....


~Bergenang air mata dikelopak mata mengenangkan nasib diri bila bertemu dengan Pencipta. Terlalu berat dosa yang dipikul. Mampukah kita meraih syurga sedangkan amalan kita tidak menuju ke syurga bahkan tersimpang jauh ke neraka. Nauzubillah.. Kematian adalah satu kemestian. Dengan mati, barulah bermula kehidupan yang sebenar. 

~Ada saudara kita yang meninggal dunia tengah hari tadi di Pekan Marudi ini. Seorang insan perantau yang mencari rezeki di bumi Marudi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke rohnya dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. 

~Ya - Allah, ampunilah dosa-dosaku.. terimalah amalanku. Hindarilah aku dari seksaan kubur dan neraka. Amin...


~Apakah amalan aku sesuai dengan profil kehidupan ahli syurga? Wallahualam

Coretan hati.. bermonolog..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar iman? Iman mesti ditanya juga khabarnya supaya kita dapat menilai di mana ketakwaan kita kepada Allah sehingga pada detik ini. Sakit tubuh badan boleh diubati dengan ubat-ubatan doktor. Tapi, jika iman sakit, bagaimana pula? Jawapannya, kembali kepada Allah dengan sepenuh-penuh pengembalian (taubat nasuha). Tempelan dosa seumpama seperti karat yang jika tidak dijaga, lama - kelamaan akan merosakkan hati. Jika hati sudah rosak, berlakulah pelbagai penyimpangan yang sepertinya berlaku pada saat ini.

~Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. Terima kasih Allah kerana telah memberi aku peluang sekali lagi menghirup udara yang segar ini. Sekali lagi episod kehidupan berlangsung. Sekali lagi, kita menjalani rutin harian kita. Adakah kita menunaikan solat sebelum memulakan kehidupan pada hari ini? Solat ini adalah sebagai pengukur kejayaan kita dalam menunaikan perintah Allah.

~Bagi seorang pesilat/pendekar.. Setelah menunaikan ibadah kita kepada Allah, mulai juga dengan sedikit senaman yang boleh meningkatkan prestasi diri. Adakan senaman yang ringan seperti senaman rajawali atau senaman yoi. Jika mengetahui senaman tua, amalkan. Dengan amalan serupa pada setiap pagi, boleh menghasilkan kekuatan dalaman. Kekuatan dalam + ibadah kepada Allah = menjadikan kita sebagai pesilat yang taat kepada Allah.

~Bagi seorang guru, tak kira apa jenis guru, boleh memulakan rutin dengan solat secara jemaah (dengan isteri atau dengan anak-anak buah) dan memperbanyakkan mengaji al-Quran untuk mendapat keberkatan ilmu dari Allah. Dengan membaca al-Quran, mana tahu, Allah ilhamkan dan memudahkan segala bentuk pengajaran yang bakal diajari pada hari ini. Kekuatan iman, kekuatan akhlak dan kecintaan kepada Allah, boleh mengubah masyarakat di sekeliling kita menjadi insan yang mulia. Junjunglah agama dalam setiap perbuatan. Dan jangan sama sekali jadikan agama sebagai perisai untuk melakukan kejahatan!!

~Man jadda wa jadda.. "sesiapa yang bersungguh-sungguh, maka dia akan dapat".. Jika mengingini harta, maka bekerjalah seolah-olah akan hidup 1000 tahun lagi. Jika inginkan akhirat, maka beribadahlah seolah-olah esok kita akan mati. Jadilah muslim yang sentiasa beristiqamah. Insya Allah.

~Latihan hanya seminggu 2 kali. Turunlah latihan sebagai persediaan menanti hari mendatang yang kita tidak ketahui dari mana datangnya. 2 hari bukan 24jam sepenuhnya. 2 hari dalam 3 jam baru 6jam dari 48 jam(2 hari) tidaklah terus menjadi asbab untuk gagal dalam UPSR,PMR atau SPM. Aku dah 20 tahun bersukan, dan sekarang sudah boleh dikatakan berjaya (dalam erti berjaya akan kehidupan dunia sahaja). Apa alasan lagi untuk anda semua ? semuanya bergantung pada diri sendiri. sebab itu aku katakan, man jadda, wa jadda. Tambah lagi, "hendak seribu daya, tak hendak sejuta dalih."

~Tepuk dada, tanya iman.. Iman diselimuti penyakit MALASlah menyebabkan semuanya tak jadi

Selasa, 13 September 2011

Demam melanda....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Seluas lautan syukur, sedikitpun tidak akan menandingi kehebatan nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita. Sebaliknya kita menjadi derhaka dalam ketaatan kepada Allah. Oleh itu, berhati-hatilah dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.

~Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad s.a.w. Penghulu segala anbiya. Semoga dengan keberkatan ilmu yang telah diturun kepada baginda, dapat menembusi ruang hati yang kian mengeras lantaran kesombongan.

~Demam melanda. Dah masuk 3 minggu demam tok. Mula-mula dengan diarrhea selama 4 hari. Then, selepas 4 hari, demam selesema. Lepas demam selesema, demam batuk gik. Menguji tubuh badan juak, tapi toklah cara Allah menghapuskan dosa-dosa. Janji kita redha dengan penyakit dan sik mengeluh. Banyakkan beristghfar juak. Baruk idup jadi selamat.


~Peluang yang ada, kadang-kadang sik datang selalu. Mun ada peluang yang datang, ambiklah. Mun susah-susah, senang kan dengan isthikarah. Beristhikarah tok mesti jadi sebab kita nanyak dengan Allah terus apa pilihan yang terbaik. Mun x dapat juak, fikirkan hikmah disebalik semua kejadian. Banyak surah dalam al-Quran yang menerangkan, "Apakah kamu tidak berfikir?" Jadi, fikirlah.. semoga dengan berfikir, kita boleh menjernihkan kekotoran hati tok. Kita sik perfect. Kita tok sentiasa mengharapkan Allah dalam segala hal. Ada benar kata orang tua mensia marek, mun susah baruk nak ingat tuhan,. Masa senang lupak dengan tuhan.

~Setiap satu yang kita lakukan kadang-kadang akan memberikan imbalan semula dengan kita. Mun nak yang terbaik, kita kenak bekorban. Mun nak berkahwin, kenak korban duit. Mun nak duit, kenak korban masa. Semuanya memerlukan pengorbanan. Tapi, jangan mengorbankan tubuh badan untuk cinta.!! Menggadaikan maruah untuk mengelakkan lelaki/perempuan tek sik lari dari kita. Mesti sik berkekalan mun sikda ikatan sah disisi agama.

~ Mun berkorban sekalipun, jangan sampey lupak dirik, lupak Allah. Berkorban apa yang patut. Jangan sampey munuh dirik k cinta manusia. Sikda paedah. Mun nak syurga, kenak tinggal dunia. Tapi, dengan dunia ya juak, kita mencari keredhaan Allah. Contohnya, harta kita, sedekahkan pada anak yatim. Mestilah jadi keberkatan dan saham kita pakey ke syurga. Duit ya dunia, sedekah ya akhirat. Kan senang? Tapi, waktu nak ngulo duit, mesti susah. Mikir tok ya, ne ndak alu ikit duit di ulo. Mun difikirkan duit, memanglah kita banyak nak guna. Mun nak molah pahala, mun dapatlah, jangan fikir banyak glak. Polah pa yang termampu. Ya namanya dugaan syaitan. Nah.. Syaitan ya dugaan untuk manusia molah bait. Apa sebab? Sebab, iblis laknatullah berjanji akan menyesatkan anak Adam. Ya janjinya sebelum dihalo dari neraka.

~Batok sik berhenti-henti jak. HuhU...~

Isnin, 12 September 2011

SIARAN AKHBAR - PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2011


SIARAN AKHBAR - PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2011

by Official : Kementerian Pelajaran Malaysia on Wednesday, September 7, 2011 at 4:49pm

Peperiksaan bertulis UPSR  2011 akan berlangsung pada 13, 14 dan 15 September 2011.

Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara. UPSR kali ini melibatkan 48,560 petugas peperiksaan.

Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 SEPTEMBER 2011

Sehari sebelum menjelang UPSR 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan kepada kita dalam melayari bahtera kehidupan kita.

~Selawat dan salam kepada nabi junjungan besar kita, Muhammad s.a.w. Walau dihina dicaci dibenci pada zaman jahiliyah, baginda tetap bersabar. Apatah lagi menghadapi umat manusia sekarang yang yang semakin berani menghina baginda. Hinaan seperti itu tidak akan memudharatkan kredibiliti baginda sebagai nabi akhir zaman. Bahkan dipuji dilangit dan dibumi. Kedudukan baginda dah terjamin. Bagaimana pula dengan kedudukan kita? Kita masih belum mati, tapi sedang menyemarakkan bakaran api neraka dengan simbahan dosa.

~Orang munafik tetap akan ada sentiasa sampai kiamat. Bagi yang murtad, penulisan dalam internet memang jadi mainan. Sebabnya, masih ada sedikit rasa gerun di hati mereka terhadap Allah walaupun puas menafikannya. Bila di depan, sudah semestinya tugas dan tanggungjawab kita untuk melunaskan hukum Allah dengannya (si murtad tadi).

~Kepada semua anak muridku yang berada di SK Long Sepiling, Baram dan SK Long Busang, Belaga, esok adalah hari penentuan dalam hidup. Semoga Allah mengurniakan buah fikiran yang bernas untuk semua menjawap soalan UPSR esok. Senang jika mengulangkaji, susah jika liat membaca.


~Jika kita berusaha, kita akan pasti berjaya. Bagi murid yang beragama Islam, banyakkan berselawat dan jangan lupa bacakan doa penerang hati dan Surah Al-Insyirah. Bagi guru-guru, redhakan ilmu yang telah kita curahkan selama 9 bula mengajar tahun ini. Doakan kebaikkan kepada mereka. Letakkan keyakinan pada ketentuan. Insya Allah, semuanya akan menjadi kenyataan.

~Kepada anak murid dan juga saf kepimpinan PSSGM Sarawak, Encik Nukiman Bin Sahat, selamat menjalani ibadah sebagai pengantin baru. Ingat, isteri adalah amanah dari Allah untuk kita. Maka, kita hendaklah menjaga amanah itu dengan sebaiknya bagi mengelak dipersoalkan oleh Allah kelak. Perkahwinan bukan seks semata-mata. Tetapi perkahwinan adalah menyatukan dua hati dalam pelbagai pekara termasuk keluarga kedua-dua pihak. Hormon pun kena serasi baru ada benih yang bermutu. Insya Allah.

~Kepada isteri yang tercinta, hari yang dinantikan bakal mengunjungi kita. Hehe.. menghitung hari bagi menunggu kelahiran PENDEKAR yang merupakan penyambung warisan kita..

Khamis, 8 September 2011

Jadual Ekspress Ke Marudi

Assalamualaikum wkth.. Terdengar kokokan ayam pada malam Jumaat. Terus teringat nak updatekan blog. Aku akan menerangkan pula perjalanan ke Pekan Marudi dari Bandaraya Miri. Ada 3 jenis pengangkutan untuk sampai ke sini iaitu:

a). Air - Menggunakan ekspress dari Jeti Kuala Baram (berdekatan Sungai Tujuh Checkpoint) untuk ke Marudi. Jarak perjalanan memakan masa 3 jam. Jadual ekspress adalah seperti berikut:

   Miri  -  Marudi -->   8.00 a.m,   11.00 a.m &  3.00 p.m
   
  Marudi - Miri   -->    8.30 a.m, 11.30 p.m & 3.00 p.m


b). Darat - Menggunakan darat memakan masa selama 1 jam 30 minit dari Bandaraya Miri. Perjalanan akan merentasi jalan kelapa sawit dan bukit-bukau. Bagi yang meminati 'thrill' bolehlah menggunakan perjalanan darat untuk mendapatkan pengalaman tersebut. Pacuan 4 roda menjadi medium utama bagi pengangkutan tersebut. Jika hujan, perjalanan akan menjadi lebih mencabar.


c). Udara - Perjalanan yang paling singkat iaitu selama 15-20 minit sahaja untuk sampai ke Pekan Marudi. Tapi, kadang-kadang flight akan ditunda atau dibatalkan sebab keadaan cuaca yang tidak menentu. Untuk tempahan tiket, sila layari  www.maswings.com.my   . Pesawat yang digunakan adalah Twin Otter.. =)

KEMATIAN ITU PASTI!! [2025] - AKU MENULIS LAGI PADA 2026

    أسلام عليكم Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ~Secara tepatnya, kali terakhir aku berjaya mencoret di sini adalah pada 22 November 2...