Cari Blog Ini

Rabu, 21 September 2011

Teringat zaman dahulu kala.. adakah ia berulang?


3 murid dibenar ambil UPSR
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
2011/09/21

  
  • Foto
    MUHYIDDIN bersalaman dengan tetamu pada majlis dialog bersama kepimpinan masyarakat dan pegawai kanan kerajaan di Dungun, semalam.
  • Foto
Muhyiddin kecewa guru besar sekat hak pelajar, arah ambil tindakan

DUNGUN: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor di Bintangor, Sarawak yang tidak dibenar menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana dianggap lemah, dibenar menduduki peperiksaan itu dalam tempoh empat minggu lagi, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sambil meluahkan dukacita terhadap pentadbiran sekolah terbabit yang menyekat hak tiga murid iaitu Idie Ganyol, Edward Ujoh Augustine dan Richmend Mangi menduduki UPSR, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, setiap pelajar yang mendaftar mengambil peperiksaan awam, mesti diberi peluang menduduki peperiksaan itu.
“Sama ada murid itu cemerlang, kurang cemerlang atau lemah, itu soal kedua. Hak dia untuk ambil peperiksaan tidak boleh disekat atau dihalang oleh pentadbir sekolah. 

“Sebagai Menteri Pelajaran, ini kuasa saya mengikut Akta Pendidikan dengan membenarkan mereka menduduki UPSR. Saya juga sudah menerima laporan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bahawa ini boleh dilakukan. 

“Biasanya, ia mengambil masa empat minggu daripada tarikh keputusan saya untuk murid terbabit menduduki peperiksaan itu,” katanya selepas majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Aidilfitri di Padang Merdeka, Sura, di sini, semalam yang dihadiri lebih 15,000 penduduk setempat. 

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob; Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Datuk Za'abar Mohd Adib; Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah. 
Muhyiddin berkata, LPM akan mengolah soalan peperiksaan itu supaya setara dengan kertas peperiksaan UPSR yang selesai diduduki calon 15 September lalu. 

Beliau turut mengingatkan pentadbir sekolah tidak terlalu ghairah mencapai kecemerlangan sekolah hingga bertindak di luar perkara sepatutnya. 

Muhyiddin berkata, beliau juga sudah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran melakukan siasatan mendalam dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pentadbir sekolah terutama guru besarnya. 

Sementara itu, beliau berkata, Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Oktober ini akan memberi perhatian kepada isu dihadapi rakyat termasuk mengurangkan kos hidup ketika ini.

“Wallahualam..apa yang terkandung dalam bajet itu, kita berharap akan menyentuh perkara yang dapat mengurangkan kos bebanan rakyat,” katanya pada majlis dialog Timbalan Perdana Menteri Bersama Kepimpinan Masyarakat dan Pegawai Kanan Kerajaan di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, semalam. 

Muhyiddin berkata, sebagai kerajaan yang sentiasa prihatin kebajikan rakyat, Najib yang juga Menteri Kewangan pasti mengambil kira semua aspek yang akan memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Muhyiddin berkata, cadangan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, selaras kematangan rakyat negara ini.

Katanya, walaupun akta itu dimansuhkan, semua pihak termasuk mereka yang ekstremis dan cuba mengganggu gugat keamanan dan keselamatan negara, tidak akan terlepas daripada lunas undang-undang negara.


'Cikgu kata saya tak pandai'


BINTANGOR: “Cikgu tidak benarkan saya ambil ujian kerana cikgu kata saya tak pandai. Setakat ini keputusan terbaik saya hanya C, sebab itulah saya dikurung,” kata Idie Ganhyol, 12, seorang daripada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor yang tidak dibenarkan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atas atasan lemah.

Idie bersama dua rakannya, Edward Ujoh dan Richmend Mangi, dikurung dalam bilik pemulihan sekolah itu bagi menghalang mereka daripada menduduki UPSR kerana bimbang prestasi keseluruhan sekolah akan menurun.

Mereka dikurung mulai jam 8 pagi hingga tengah hari dua hari berturut-turut, pada 13 dan 14 September lalu.

Edward pula berkata, gurunya turut memaklumkan dia juga tidak boleh menduduki UPSR kerana terlalu lemah dalam pelajaran, sebelum mengurungnya bersama dua rakannya.

Sementara itu, ibu Edward, Molly Nilau, yang ditemui mengaku sangat marah dan sakit hati kerana anaknya diperlakukan sedemikian.

“Anak saya dilayan macam pencuri... penjenayah, sehingga dikurung sebegitu. Kami juga tidak pernah tarik balik laporan polis. Guru sekolah merayu kami tarik balik laporan... tapi kami enggan.

“Mereka juga kata kalau kami mahu teruskan juga kes itu sampai ke mahkamah, kami tak akan mampu bayar kos yang dikenakan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Bapa Idie, Ganyol Lubok berkata, guru sekolah terbabit sudah meminta maaf dan merayu supaya ibu bapa menarik balik laporan polis yang dibuat.

“Tapi saya jawab tidak... kami tidak akan tarik balik laporan polis yang dibuat. Guru terbabit sepatutnya merujuk kepada ibu bapa terlebih dulu kalau tak mahu anak kami menduduki peperiksaan, bukannya mengurung mereka.

“Guru juga memberitahu mereka akan mengemukakan ujian percubaan anak kami sebagai ganti kepada peperiksaan UPSR,” katanya yang sangat kecewa dengan tindakan guru sekolah itu.


~ingat bila mana di pedalaman boleh terlepas dari tindakan? tidak, pasti ada yang tidak berpuas hati. Harinya bakal tiba. Bak kata orang, HUKUM KARMA.. insya Allah. hari itu pasti tiba..

Isnin, 19 September 2011

Dunia kian menghampiri kiamat agaknya..


JAKARTA: Sejumlah wanita dan kanak-kanak perempuan berskirt pendek pelbagai warna, berkumpul di Jakarta kerana membantah kenyataan pegawai kerajaan, yang menyalahkan wanita berpakaian menjolok mata atas serangan seksual.
Mereka memprotes kenyataan Gabenor Jakarta, Fauzi Bowo, yang berkata wanita tidak seharusnya memakai pakaian seksi untuk mengelak daripada menjadi mangsa rogol.
Fauzi cepat-cepat meminta maaf tetapi komennya disebar meluas melalui media tempatan dan Twitter.

Kumpulan wanita itu juga meminta polis dan kerajaan meningkatkan lagi usaha membantu melindungi mangsa serangan seks.


Mereka membawa sepanduk yang bertulis “Jangan tegur pakaian kami tapi ingatkan mereka untuk tidak merogol” dan “Tubuh saya bukan porno, tapi fikiran kamu yang kotor.”

Penganjur, Tunggal Prawestu berkata, pegawai kerajaan sepatutnya tutup mulut dan tidak mengeluarkan komen diskriminasi ke atas wanita.
“Mereka sepatutnya lebih sensitif dan menjalankan tugas mereka mencari jalan penyelesaian kepada masalah keganasan terhadap wanita,” katanya.

Awal bulan ini, seorang wanita dirogol beramai-ramai di dalam sebuah van mini - kenderaan yang biasa digunakan untuk pengangkutan awam.

Menurut data Suruhanjaya Kebangsaan Hal Ehwal Wanita, kira-kira 100,000 kes keganasan terhadap wanita dilaporkan tahun ini dan empat peratus adalah kes rogol.

Wanita di bandar besar hampir di seluruh dunia tmenganjurkan kempen “SlutWalk” untuk memprotes keganasan terhadap wanita.

Indoneisa mempraktikan Islam Sederhana tetapi, kumpulan fundementalis telah berusaha untuk mengenakan Undang-undang Islam yang lebih ketat.
Pada 2008, Undang-undang Anti pornografi diluluskan. - Reuters

~Renungan untuk semua, SEEKOR KUCING YANG LAPAR MELIHAT 2 JENIS IKAN. SEEKOR IKAN DI LETAKKAN DALAM TIN (IKAN SARDIN DALAM TIN YANG BELUM DIBUKA) DAN SEEKOR IKAN YANG DILETAKKAN ATAS SINKI. KUCING  AKAN MAKAN YANG MANA SATU? DALAM TIN KAH ATAU YANG TERDEDAH? BUDAK TAHUN PRA-SEKOLAH PUN BOLEH JAWAP.


~Bermula dari mana jika tidak diri sendiri? Manusia dah hilang rasa malu. Benarlah dikatakan ulama, "wanita adalah fitnah bagi lelaki.." --> KALAU tak PEREMPUAN jaga aurat, mesti lelaki malas memandang. Untuk lelaki, kalau tak pandai jaga mata, alamat nafsu pun menjelma.. 


~Marah pun marah jugak, YANG AURAT ITU ADALAH PEKARAWAJIB DITUTUP DONG

Rabu, 14 September 2011

Video Semulajadi di Akhirat?


BismillahirRahmanirRahim
BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
[1]
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2]
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3]
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
[4]
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5]
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6]
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7]
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8]
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!


~Amalan kita akan dihitung walau cuba disembunyikan dari manusia apatah lagi dosa yang dibuat terang-terang.. Kalau bersembunyi di balik pintu hotel, di balik mana pun kalau berzina, pasti Allah akan menayangkan kembali segala perbuatan itu di depan semua makhluk di yaumul mahsyar.. tidakkah kita akan MALU akan perbuatan kita?!

~Bayangkan, yang melihat adalah ISTERI, ANAK, CUCU, CICIT malahan IBU BAPA kita tentang maksiat yang kita lakukan.  Nauzubillah

~Mari kita mengucap istghfar sambil memperbaiki iman kita..

~Renung-renungkan.. esok belum tentu bagi kita.

Detik perpisahan terakhir..AdaKah SyUrGa JaDi DesTinAsi TeraKhir ku?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman dan dirahmati Allah s.w.t

~Mari merenung seketika firman Allah s.w.t dalam surah Al A’raf, ayat 34, : ‘Setiap umat mempunyai batas waktu (ajal). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan walau sesaat pun’. Kematian itu satu kepastian hatta kita di kelilingi tembok yang tinggi menjulang ke langit. Digenangi lautan bak saujana mata memandang. Tetapi, kematian tetap akan mengundang sebagai JANJI Allah kepada makhluknya bahawa tiada yang kekal melainkanNya. Mari bersama kita sedekahkan al-fatihah kepada telah pergi meninggalkan kita. Al-fatihah.....


~Bergenang air mata dikelopak mata mengenangkan nasib diri bila bertemu dengan Pencipta. Terlalu berat dosa yang dipikul. Mampukah kita meraih syurga sedangkan amalan kita tidak menuju ke syurga bahkan tersimpang jauh ke neraka. Nauzubillah.. Kematian adalah satu kemestian. Dengan mati, barulah bermula kehidupan yang sebenar. 

~Ada saudara kita yang meninggal dunia tengah hari tadi di Pekan Marudi ini. Seorang insan perantau yang mencari rezeki di bumi Marudi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke rohnya dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. 

~Ya - Allah, ampunilah dosa-dosaku.. terimalah amalanku. Hindarilah aku dari seksaan kubur dan neraka. Amin...


~Apakah amalan aku sesuai dengan profil kehidupan ahli syurga? Wallahualam

Coretan hati.. bermonolog..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar iman? Iman mesti ditanya juga khabarnya supaya kita dapat menilai di mana ketakwaan kita kepada Allah sehingga pada detik ini. Sakit tubuh badan boleh diubati dengan ubat-ubatan doktor. Tapi, jika iman sakit, bagaimana pula? Jawapannya, kembali kepada Allah dengan sepenuh-penuh pengembalian (taubat nasuha). Tempelan dosa seumpama seperti karat yang jika tidak dijaga, lama - kelamaan akan merosakkan hati. Jika hati sudah rosak, berlakulah pelbagai penyimpangan yang sepertinya berlaku pada saat ini.

~Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. Terima kasih Allah kerana telah memberi aku peluang sekali lagi menghirup udara yang segar ini. Sekali lagi episod kehidupan berlangsung. Sekali lagi, kita menjalani rutin harian kita. Adakah kita menunaikan solat sebelum memulakan kehidupan pada hari ini? Solat ini adalah sebagai pengukur kejayaan kita dalam menunaikan perintah Allah.

~Bagi seorang pesilat/pendekar.. Setelah menunaikan ibadah kita kepada Allah, mulai juga dengan sedikit senaman yang boleh meningkatkan prestasi diri. Adakan senaman yang ringan seperti senaman rajawali atau senaman yoi. Jika mengetahui senaman tua, amalkan. Dengan amalan serupa pada setiap pagi, boleh menghasilkan kekuatan dalaman. Kekuatan dalam + ibadah kepada Allah = menjadikan kita sebagai pesilat yang taat kepada Allah.

~Bagi seorang guru, tak kira apa jenis guru, boleh memulakan rutin dengan solat secara jemaah (dengan isteri atau dengan anak-anak buah) dan memperbanyakkan mengaji al-Quran untuk mendapat keberkatan ilmu dari Allah. Dengan membaca al-Quran, mana tahu, Allah ilhamkan dan memudahkan segala bentuk pengajaran yang bakal diajari pada hari ini. Kekuatan iman, kekuatan akhlak dan kecintaan kepada Allah, boleh mengubah masyarakat di sekeliling kita menjadi insan yang mulia. Junjunglah agama dalam setiap perbuatan. Dan jangan sama sekali jadikan agama sebagai perisai untuk melakukan kejahatan!!

~Man jadda wa jadda.. "sesiapa yang bersungguh-sungguh, maka dia akan dapat".. Jika mengingini harta, maka bekerjalah seolah-olah akan hidup 1000 tahun lagi. Jika inginkan akhirat, maka beribadahlah seolah-olah esok kita akan mati. Jadilah muslim yang sentiasa beristiqamah. Insya Allah.

~Latihan hanya seminggu 2 kali. Turunlah latihan sebagai persediaan menanti hari mendatang yang kita tidak ketahui dari mana datangnya. 2 hari bukan 24jam sepenuhnya. 2 hari dalam 3 jam baru 6jam dari 48 jam(2 hari) tidaklah terus menjadi asbab untuk gagal dalam UPSR,PMR atau SPM. Aku dah 20 tahun bersukan, dan sekarang sudah boleh dikatakan berjaya (dalam erti berjaya akan kehidupan dunia sahaja). Apa alasan lagi untuk anda semua ? semuanya bergantung pada diri sendiri. sebab itu aku katakan, man jadda, wa jadda. Tambah lagi, "hendak seribu daya, tak hendak sejuta dalih."

~Tepuk dada, tanya iman.. Iman diselimuti penyakit MALASlah menyebabkan semuanya tak jadi

Selasa, 13 September 2011

Demam melanda....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Seluas lautan syukur, sedikitpun tidak akan menandingi kehebatan nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita. Sebaliknya kita menjadi derhaka dalam ketaatan kepada Allah. Oleh itu, berhati-hatilah dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.

~Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad s.a.w. Penghulu segala anbiya. Semoga dengan keberkatan ilmu yang telah diturun kepada baginda, dapat menembusi ruang hati yang kian mengeras lantaran kesombongan.

~Demam melanda. Dah masuk 3 minggu demam tok. Mula-mula dengan diarrhea selama 4 hari. Then, selepas 4 hari, demam selesema. Lepas demam selesema, demam batuk gik. Menguji tubuh badan juak, tapi toklah cara Allah menghapuskan dosa-dosa. Janji kita redha dengan penyakit dan sik mengeluh. Banyakkan beristghfar juak. Baruk idup jadi selamat.


~Peluang yang ada, kadang-kadang sik datang selalu. Mun ada peluang yang datang, ambiklah. Mun susah-susah, senang kan dengan isthikarah. Beristhikarah tok mesti jadi sebab kita nanyak dengan Allah terus apa pilihan yang terbaik. Mun x dapat juak, fikirkan hikmah disebalik semua kejadian. Banyak surah dalam al-Quran yang menerangkan, "Apakah kamu tidak berfikir?" Jadi, fikirlah.. semoga dengan berfikir, kita boleh menjernihkan kekotoran hati tok. Kita sik perfect. Kita tok sentiasa mengharapkan Allah dalam segala hal. Ada benar kata orang tua mensia marek, mun susah baruk nak ingat tuhan,. Masa senang lupak dengan tuhan.

~Setiap satu yang kita lakukan kadang-kadang akan memberikan imbalan semula dengan kita. Mun nak yang terbaik, kita kenak bekorban. Mun nak berkahwin, kenak korban duit. Mun nak duit, kenak korban masa. Semuanya memerlukan pengorbanan. Tapi, jangan mengorbankan tubuh badan untuk cinta.!! Menggadaikan maruah untuk mengelakkan lelaki/perempuan tek sik lari dari kita. Mesti sik berkekalan mun sikda ikatan sah disisi agama.

~ Mun berkorban sekalipun, jangan sampey lupak dirik, lupak Allah. Berkorban apa yang patut. Jangan sampey munuh dirik k cinta manusia. Sikda paedah. Mun nak syurga, kenak tinggal dunia. Tapi, dengan dunia ya juak, kita mencari keredhaan Allah. Contohnya, harta kita, sedekahkan pada anak yatim. Mestilah jadi keberkatan dan saham kita pakey ke syurga. Duit ya dunia, sedekah ya akhirat. Kan senang? Tapi, waktu nak ngulo duit, mesti susah. Mikir tok ya, ne ndak alu ikit duit di ulo. Mun difikirkan duit, memanglah kita banyak nak guna. Mun nak molah pahala, mun dapatlah, jangan fikir banyak glak. Polah pa yang termampu. Ya namanya dugaan syaitan. Nah.. Syaitan ya dugaan untuk manusia molah bait. Apa sebab? Sebab, iblis laknatullah berjanji akan menyesatkan anak Adam. Ya janjinya sebelum dihalo dari neraka.

~Batok sik berhenti-henti jak. HuhU...~

Isnin, 12 September 2011

SIARAN AKHBAR - PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2011


SIARAN AKHBAR - PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2011

by Official : Kementerian Pelajaran Malaysia on Wednesday, September 7, 2011 at 4:49pm

Peperiksaan bertulis UPSR  2011 akan berlangsung pada 13, 14 dan 15 September 2011.

Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara. UPSR kali ini melibatkan 48,560 petugas peperiksaan.

Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.


Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 SEPTEMBER 2011

KEMATIAN ITU PASTI!! [2025] - AKU MENULIS LAGI PADA 2026

    أسلام عليكم Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ~Secara tepatnya, kali terakhir aku berjaya mencoret di sini adalah pada 22 November 2...