Cari Blog Ini

Selasa, 19 Jun 2012

Aduhai Masa..ISO ooo ISO

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah..


Itu yang sedang aku lalui.. Demam ISO..  Semoga berjaya dalam diauditkan.. Selamat berjuang kepada semua yang sedang bertungkus lumus untuk memberi yang terbaik dalam suasana pekerjaan.

~Kalaulah...

Selasa, 12 Jun 2012

Be the 1st to share d news over Twitter & Facebook & be rewarded! & remember to tell your friends about #ChurpChurp

Be the 1st to share d news over Twitter & Facebook & be rewarded! & remember to tell your friends about #ChurpChurp

http://my.churpchurp.com/khawarhezazy/share/churpchurp-invite

Hari itu, Hari Ini.. Aku tetap Anak Gayong!!

Gambar kenang-kenangan sewaktu semangat Rosli Dhoby membara!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah. Semoga sentiasa di dalam keberkatan hidup bersama keluarga masing-masing. Binalah keluarga yang mawaddah sakinah wa rahmah. Di dalam nya, terletak syurga dunia yang jarang dirasai di mana-mana jua. Semoga kehidupan ini dapat ditempuhi dengan amalan yang baik dan diterima Allah jua di akhirat sana. Dengan izinNya, Insya Allah.

~ Dari Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W. sabdanya: Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka

~Bila masuk bab mengajar, kita seringkali terlupa batasan guru-murid. Adakalanya, guru kita langsung tidak dihormati. Menghormati lebih baik daripada mentaati membabi buta. Hormatilah sekadar yang termampu. Setiap ilmu yang kita perolehi dari seorang insan, maka layaklah 'dia' digelar guru. Apatah lagi mengajar kita dari 'kosong' ke 'sesuatu'. Sehingga ada murid yang sanggup menyindir guru, kerana tidak sehaluan perjalanan. Pemikiran manusia berbeza-beza. oleh itu, amatlah sukar untuk kita mentaati melainkan pekara keagamaan sahaja. 

~Dalam mengimbau kenangan lama, sebagai seorang warga pendidik bermula dari umur 16 tahun lagi. Mendidik murid yang hampir sebaya dalam Perguruan Seni Silat yang berasal dari Kuching Sarawak, sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada aku untuk menjadi GURU pada masa sekarang. Aku masih ingat lagi, gelaran yang diberi kepada mereka seperti, Usup Kera (sebab permainan lebih mirip kepada haiwan tersebut), E'e Panda Buluh, dan sebagainya. Alhamdulillah, kebanyakan mereka sudah menjadi 'orang' walaupun ada beberapa yang jauh tersesat dalam perjalanannya. Tapi, tak semuanya. Walaupun ada tidak 'sehaluan' dengan pendirian aku, tapi jika bertemu muka, sudah semestinya aku disalami, dan disapa dengan sebaiknya sebagai tanda penghormatan kepada aku. Bukan penghormatan seperti itu yang aku inginkan. Sebaiknya, kita sentiasa menjaga ukhuwah dan batasan dalam menjadi seorang guru dan seorang anak murid.
Dari kiri, Ismail (Ani), Musa Haslie, Awang Epi, A'and Nazrin, Sharol Ramzany,  Ehsan, Hisyam Black dan Shamyr Easmeth. 2007
~Taklah seperti dipuja dipuji, cukuplah tanda penghormatan yang boleh menyejukan hati. Bukan hadiah cukuplah sekadar salam. Bukan sanjungan, cukuplah sekadar senyuman. Cukuplah. Itu adalah penghormatan. Ada sesetengah murid, malahan tidak mengaku bahawa dirinya adalah murid kepada guru. Alahai.. itu masalahnya. Bagi yang berkenaan, IJAZAH tidak memberi apa-apa makna melainkan sekadar tanda pencapaian sahaja. Rezeki yang Allah kurnia, tak semestinya akan terus diberikan melainkan diberi juga dugaan. Allah Maha Adil. Dan Allah Maha Mengetahui.

~Dalam Silat Gayong, banyak golongan cerdik pandai. Banyak juga ahli falsafah dan juga penyair yang fasih. Namun, banyaklah juga kelompok-kelompok besar dan kecil, yang sering bertelingkah, tidak sefahaman dan kurang yakin dengan kemampuan yang lain. Bahkan, mempersendakan ilmu setiap yang lain. Sedangkan hakikatnya, kita hanya manusia. Selalu sahaja kurang. Oleh itu, yang kurang itu, kita cukupkan. Tak perlulah bertelingkah. Tak perlulah berebut. Hormatilah guru-guru kita. Sayangilah guru-guru kita. Jangan mudah menilai sesuatu yang tidak kita ketahui asal usulnya.

Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman Bin Uda Md. Hasyim, Pencipta dan Pengasas Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia 1963 (al-fatihah)
~Mengenangkan kembali kepada perjuangan mendirikan 'gayong' di bumi Sarawak. Pada mula 2003, aku begitu obses dengan Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman (al-fatihah buat beliau). Sehingga corak latihan yang dilakukan di Rumah Gayong Sarawak (Gelanggang Rosli Dhoby), dibuat ala-ala tentera bagi memastikan kualiti pesilat yang dilahirkan. Maklumlah, aku ini orang Sarawak. Tak samalah dengan kepandaian jurulatih hebat-hebat di Semenanjung. Jadi, aku bercita-cita untuk meneladani Allahyarham Dato'. Kebetulan aku di Universiti (Universiti lah sangat), aku berkecimpung dengan kegiatan PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) Askar Wataniah. Aku amat menyanjungi Allahyarham Dato' Meor dan aku cuba menerapkan latihan bercorakan latihan Allahyarham dengan latihan ketenteraan. Itulah murid-murid di Rosli Dhoby memanggil latihan di situ sebagai A.S.K.A.R (Azab Siksa Kau Akan Rasa). Musim cuti sekolah memanglah sentiasa dipenuhi dengan Kem-kem Latihan seperti Kem Tahunan, Kem Motivasi dan sebagainya.

~Dari mana datangnya duit mengadakan aktiviti ini? Ya Allah.. aku cuma pelajar universiti (universitilah sangat). Masakan mempunyai duit sebegitu banyak kerana hanyalah pelajar. Tapi, sebagai tanda kasihnya kepada adik-adikku dan demi survival Silat Gayong, aku bahagikan sedikit dari duit elaun yang aku perolehi dari latihan ketenteraan PALAPES untuk aku kongsikan kepada adik-adik Silat gayong pada ketika itu. Cuba bayangkan, duit keahlian, duit naik bengkung, duit itu dan itu. hampir semua aku yang keluarkan. Nak katakan sebagai mengungkit, sudah semestinya tidak. Kerana, ini blog luahan hati.. Hehe.. sekadar perkongsian untuk semua sahaja. Jadikan iktibar kepada semua anak gayong Sarawak yang 'tak berani' untuk menyumbang.

~Antara corak latihan yang aku terapkan, " berlari dengan tiang elektrik kayu belian" sekeliling taman perumahan - untuk kekuatan bahu dan kaki. Tetapi pengajaran yang tak nampak, kerjasama berpasukan. Side roll, fort roll -muntah hijau pekara biasa. , "Squat Jump" kalau setakat 100 hanya 'gula-gula'. Tampar lalat, kalau 100, maaflah. Itu bukan mainan. Tak cukup!!. Lari 2.4 km memang remeh, kerana biasanya murid aku berlari dari Rumah Gayong ke Jambatan Merah Sungai Budak (jaraknya cuma -  17 km    ) pegi balik mesti hanya dalam masa 2.5 jam. Tumbuk garam dengan kerap.  Murid aku memang tak pandai bersilat, tapi alhamdulillah. Aku didik murid-murid ini hormat kepada orang yang lebih tua. Setakat ini, tak pernah pula aku ajar murid menyombongkan diri. Malahan sekurang-kurangnya didikan aku, dapatlah juga mereka kenal dengan gayong walaupun aku cuma Cikgu gayong yang melukut ditepi gantang.

~Pernah aku cuba terapkan corak latihan di Rosli Dhoby di gelanggang UNIMAS. Alahai.. semua tak turun training lagi. Jadi aku ringankan sedikit beban latihan, ramai juga yang mengelat. Sehingga ada yang cuba nak uji anak murid Rosli Dhoby dalam " Silat Olahraga". Kesudahan, mengaduh sakit. Pada malam semua nyenyak tidur di Kem Alapong, murid-murid Rosli Dhoby tengah menahan sakit kerana latihan masih berjalan. Jalan itik 4 jam, siapa tak patah pinggang.

~Murid Rosli Dhoby pula, sampai sekarang , masih menghormati semua abang-abang mereka di UNIMAS. Hormat sampai menundukkan kepala jika bersua dan bersalaman. Memang didikan seperti itu. Murid-murid terdidik untuk menerima apa sahaja dihadapan, dan berusaha untuk mendapatkannya walaupun dikatakan mustahil. Sekurang-kurangnya mencuba. Baru ada semangat pendekar. Ini, belum bertanding, dah kalah bulu. Dah mengalah bagaikan 'pedang sudah patah'. Walhal, pedang diasah pun belum. Alahai.. rendahnya semangat pendekar dalam diri. Lunturnya semangat Gayong kerana kalah kepada keadaan. 

Barisan Batch Kedua PSSGM UNIMAS


~Alahai anak Gayong.. bersilat bukan main gagah. Bila diuji, mulalah gelabah. Mulalah hilang arah. Gagah nya kita bukan dikira betapa hebatnya kita bersilat. tapi, gagahnya kita bila kita boleh menahan marah. gagahnya kita bila kita boleh mendidik isteri dan anak kita dengan baik. Lelaki adalah imam, dan tugas imam adalah membimbing makmum. 

~Alahai.. hari itu, hari ini.. Aku anak gayong!!         

Ahad, 3 Jun 2012

Guru Penempatan Baru Fasa III

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

~Tahniah kepada guru baru yang telah ditempatkan mengikut negeri dan sekolah masing-masing. Nampaknya, semua sudah diatur dengan teliti. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya diperingkat KPM dan JPN serta tidak dilupakan sama sekali, PPD masing-masing. Kepada guru baharu yang berkhidmat di PPD Baram, selamat menjalankan tugas anda sebagai seorang guru pemula. Hendak membina rumah yang cantik dimulai dengan pemilihan bahan-bahan yang baik. Oleh itu, langkah pemula menjadi satu titik kepada segala perubahan dalam hidup.

~ Kepada guru senior yang telah berjaya dalam keputusan perpindahan Jun 2012, syabas dan tahinah. Semoga mendapat ilham baru dalam perubahan tenaga yang berlaku di sekolah baru. Bawa pengalaman dari sekolah lama untuk membina sahsiah diri dan berubahlah jika diperlukan untuk berubah. Berpindah itu satu nikmat, tetapi kalau tak dapat sesuaikan diri dengan persekitaran baru, maka itu akan jadi azab.

~Selamat hari Gawai kepada rakan-rakan yang menyambut Gawai Dayak.

~Aku nak tido dulu.. +)

Jumaat, 25 Mei 2012

Bulan Mei- Satu Penyiksaan Fizikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah.. Rejab sudah menjelang, tidak lama lagi, Ramadhan pula akan bertandang.. Kerinduan kepada Ramadhan semakin terasa di kalbu. Jom, kita menggunakan kesempatan yang pada bulan Rejab dan Syaaban ini untuk 'kembalikan' keupayaan kita untuk beramal dan beribadah kepada Alllah. Kembali kan semuanya kepada fitrah, sebelum datangnya bulan Ramadhan yang mulia.

~Bulan Mei, bulan yang menyiksa fizikal.. Mana tidak, dalam bulan Mei, aku cuma berada di pejabat hanya 3 hari sahaja dari keseluruhan bulan. Masya Allah.. Kerja aku memerlukan travel seluruh pelusuk negeri Sarawak. Dari Marudi  ke Kuching, ke Sibu, ke Long Lama, patah balik ke Sibu then ke Kapit, ke Miri balik lagi ke Kuching.. Pa banyak 'ke' dah.. Menyeksa fizikal. Aku nak kata suka, tak juga. Nak kata tak suka, tak juga. Tapi, yang penting.. sejauh mana kita bekerja kerana Allah olehnya.. Jangan penuhi amalan dengan riak. Dan yang penting, SOLAT sama sekali tidak ditinggalkan kerana PENAT.

~Bagi orang yang suka meninggalkan keluarga, ini mungkin masa yang sesuai untuk mengabaikan tanggungjawab/peranan dalam rumahtangga.Apabila berjauhan, maka segala tanggungjawab pasti kita akan abaikan. Makan minum anak, kebajikan isteri/suami, penjagaan anak dan sebagainya. Aku sentiasa menguatkan hati, memohon kepada Allah s.w.t agar terlindung dari sikap 'lepas tangan' sepanjang menjadi IMAM kepada keluarga aku. Sebagai ketua keluarga, aku harus menumpukan segenap perhatian supaya peranan aku tetap ada di hati setiap ahli keluarga biarpun aku jauh dari mereka. Tugas dan tanggungjawab diambil sepenuhnya oleh isteri tercinta sebagai tanda ketaatan. Apabila kita gagal memainkan peranan kita dalam rumah tangga, maka goyahlah ikatan yang terbina sekian lama.

~Sengaja dan suka meninggalkan keluarga, bukanlah menjadi permainan dalam hidup aku. Kekangan kepada perjalanan ini menyebabkan aku harus melangkah kaki mencari rezeki untuk anak isteri. Berbahagi kepada pekerjaan, kalau boleh dilaksanakan oleh orang lain, maka uruskanlah dengan orang lain juga. Kerja kuat boleh membuat kita penat dari segi fizikal dan mental. Tambahan usia kita semakin meningkat. Sebaliknya, kita bekerja secara bijak. Kalau keperluan modal insan banyak dalam satu-satu unit, turunkanlah kepercayaan kepada insan lain dengan harapan semua mendapat faedah bekerja dan kepuasan bekerja. Jika sendiri-sendiri, kepuasan hanya pada kita, sedangkan orang bawahan hanya goyang kaki. Ketua yang baik bermula dari pengurusan yang baik. Tidak pernah lahir jabatan/organisasi yang baik lahir dari ketua yang lemah dan sebaliknya. Itu petikan dari kata-kata Tuan Haji Abdul Rahman , Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

~Pengurusan masa bekaitan dengan alam pekerjaan itu juga penting. Namun, keluarga juga harus diutamakan demi sebuah keluarga yang mawaddah wa rahmah.. Semoga diberkati Allah hendaknya jua. Ada perlu juga kita meluangkan masa dengan isteri/suami selain tidur sekatil dengan isteri/suami. Luangkan masa bergurau senda seperti mana ditunjukan oleh Rasulullah s.a.w kepada isteri-isteri baginda. Sehingga ada hadis meriwayatkan, Rasulullah s.a.w berlumba lari dengan Aisya r.a.

~Mungkin kita tidak terlihat kerana khilaf kita sebagai manusia. Seharian bekerja, masa petang kita luangkanlah sedikit untuk bersama keluarga. Adakan aktiviti riadah bersama keluarga. Kerana jatuh bangun kita nanti, ada keluarga menyambutnya. Berikan perhatian kepada isteri/suami. rapatkan jurang dengan berkasih sayang kerana Allah..

~Semoga Allah memberikan aku kekuatan dalam melaksanakan semua tugas dan amanah yang telah diberikan kepada aku, baik dari bidang pekerjaan, mahupun keluarga..

~Jutaan terima kasih yang tidak tidak terhingga ku ucapkan kepada semua terutamanya Ayahanda Uthman Bin Ramli, Bonda Sa'adiah Binti Salleh kerana memberikan kebahagiaan dan kesempurnaan dalam kehidupan walaupun tidak berpendidikan tinggi. Dengan segala pekerjaan, sehingga menjual kuih demi anak-anak, malah terjatuh dari motorsikal dan bertaburanlah kuih di atas jalan raya demi mencari sesuap rezeki yang halal ke mulut anak yang tersayang. Ayahanda pula bertarung nyawa di atas kapal menjalankan tugas sebagai Polis Marin demi pendidikan anak-anaknya..

~Jutaan terima kasih juga kepada saudara-saudara yang aku cintai terutamanya Kak Atie, Abang Hamzah, Kak Kas, Dik Ehsan di atas sokongan dan didikan serta tunjuk ajar sehingga aku menjadi aku yang sekarang. Pengorbanan semuanya tidak dapat dilupakan sehingga jasad di mamah bumi sekalipun..

~Buat isteriku yang tercinta, Dayang Khalizah Binti Awang Batu.. kaulah sumber inspirasiku.. Engkaulah permata yang ku cari.. Teringat sewaktu kita bertunang dahulu.. lafaz-lafaz sering tak terungkap.. Kata-kata seringkali terpendam. Lafaz keramat disimpan kerana bimbang jua disalah anggap.. "Lafaz yang tersimpan.."
Muhammad Khalid Hafizi menjadi bukti kepada cinta kita..

~Pengembalian Fizikal yang lemah untuk menjadi kuat semula, bermula dengan pengisian rohani yang tersusun atur. Disusun dengan baik, meningkat ke dari hari ke hari. Matlamat utamanya... kepada Allah.. Oleh itu, kembalilah kepada Allah.. teguhkan keimanan pertingkatkan takwa.. dan yakinilah.. Allah tetap disitu untuk kita...

~SELAMAT HARI GURU, SETIAP HARI ADALAH HARI IBU DAN SETIAP HARI ADALAH HARI BAPA.. DAN SETIAP HARI ADALAH HARI KEKASIH UNTUK ISTERIKU~




Rabu, 16 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Setiap hari adalah hari untuk guru.... Guru Inovatif Melonjak Transformasi Negara


SELAMAT HARI GURU 2012

Jumaat, 4 Mei 2012

Berakhir sudah bulan April

Assalamualaikum dan tinggi salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah sekalian. Sebelum kita memulakan blog ini, adanya baiknya kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah dan pahala bacaannya kita sedekah kepada semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah kembali kerahmatullah dan juga kepada saudara seislam kita, iaitu Allahyarham Husni Mohd Rawi @ Bob Kuman yang telah meninggalkan kita semalam. ~Al-Fatihah~

Bulan Mei sudah menjelma, bulan April sudah meninggalkan kita. Ramai cikgu pada ketika ini mengharapkan sinar harapan untuk berhijrah dari tempat brrkhidmat sekarang ke tempat yang baru. Pastikan semuanya berjalan lancar. Jika dapat berpindah, buat serah tugas dengan baik, nota serah tugas supaya guru yang masuk dapat menggantikan tugas kita tanpa tertinggal pekara yang penting. Biar berurusan dengan pejabat, ucapkan terima kasih kepafa yang terlibst dalam pengurusan terbabit. Yalah, kadang-kadang manusia ini mudah lupa dengan kebaikkan orang lain.

Semalaman aku mengemaskini data EMIS PPD Baram sampai makan pun boleh terlupa kerana asyik membuat emis. Membuat Emis ni sedikit sebanyak mengajar aku menggunakan Microsoft Access dengan mudah. Ralat ini bukan dari salah guru data tak isi, tapi kadsng-kadang masalah ini terbit dari keadaan sebenar yang kita panggil ralat sahih. Sahih sekali mana pun, perlu ada bukti yang kukuh untuk menyokong fakta. Harap-haraplah pengurusan maklumat seperti ini dapat memudahkan lagi langkahku belajar berkaitan dengan pengurusan pentadbiran.

Susah betul nak mengajar bab pengurusan jika diri kita sendiri tidsk terurus. Insya Allah, ilmu yang sedikit ini, akan aku kongsikan keoda mereka yang sudi mendengarnya.

Gelanggang silat Gayong Malaysia akan dibuka di Marudi. Hmm.. aku mengharapkan agar aku apat berkongsi ilmu mempertahankan diri ini dengan warga masyarakat di Pekan Marudi kelak

KEMATIAN ITU PASTI!! [2025] - AKU MENULIS LAGI PADA 2026

    أسلام عليكم Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ~Secara tepatnya, kali terakhir aku berjaya mencoret di sini adalah pada 22 November 2...