Cari Blog Ini

Khamis, 5 September 2013

Kehadapan hati yang "goyah"..

أسلام عليكم 

~Langkah menuju kearah "syurga" tampaknya longlai.. Aduh bagaimana bisa?

~Kerana rapuhnya cinta Allah dalam hati..dunia dituju siang dan malam. Saat hati ini diketuk pintu hidayah.. Barulah aku sedar segalanya  bahawa jalan yang dituju menjadi sia-sia andainya hati tidak bertaut di jalan Allah s.w.t

~Ibrahim Bin Adham berkata; "Seseorang tidak akan mencapai darjat soleh sehinggalah dia mencapai 6 pekara" -menutup pintu kenikmatan dan membuka pintu kesusahan, - menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, - menutup pintu istirihat dan membuka pintu kesungguhan, - menutup pintu tidur dan membuka pintu berjaga, - menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kefakiran, - menutup pintu angan-angan dan membuka pintu jalan ke akhirat...

~Imam Al Fudail Ibn Iyad berkata, " Ada 5 pekara yang menunjukkan orang itu sengsara, - hati yang keras tidak mahu menerima nasihat, -mata yang kering yakni tidak mahu menangis, -malu yang sedikit, - cinta kepada dunia, -panjang angan-angan..

~Aku segera tepis segala gundah dihati, kembali meyakini bahawa Allah telah menetapkan yang terbaik dalam hidupku.

~Sesalan demi sedalan tidak akan membawa hati ini melayari destinasi cinta yang dituju.

~Iman dan takwalah yang akan menjadi pengemudi nakhoda dalam pelayaran menuju destinasi yang terakhir. Al-Quran dan as-sunnah menjadi panduan. Tautan hati pada dunia akan terlerai. Namun, ombak nafsu dan laluan berliku yang dipenuhi dengan fitnah akan menjadi batu penghalang kepada kejayaan.

~Namun, aku hanyalah seorang hamba yang lemah.. hati sentiasa berbolak balik bagaikan kapal dilambung ombak.. Aduhai hati, lembutlah dirimu menerima segala suratan dan takdir yang telah ditentukan buatmu.

~Segenap diri terasa getarnya keperitan yang ditanggung.. Aduhai hati, kembalilah kepada dunia yang lebih nyata, bahawa dirimu dibayangi angan-angan yang tidak berkesudahan.

~Dunia ini tempat persinggahan. Merasakan cukup terhadap nikmat itu adalah syukur atas semuanya. Maka bersyukurlah kerana nikmat Allah itu tidak terhenti sejak dari degupan jantung kamu yang pertama...


~~~Aduh..susahnya hendak bermujahadah~~~

Rabu, 4 September 2013

September yang sayu.. aku,,

أسلام عليكم 

~September mula muncul dijendela kehidupan..



~Ogos pula meninggalkan kita dengan 1001 kenangan. Yang manis kita akan jadikan kenangan, yang pahit kita akan jadikan sempadan.

~Bila hati sudah bertaut, memang payah untuk kita menyingkirkannya. Begitulah dengan perasaan ini. Bila mana sudah menyintai, maka namanya disebut dan diingat. Ya Rasulullah.. kami merinduimu setiap waktu.

~Oh.. begitulah lumrah dengan hidup. Adakalanya kita merasakan puas untuk hidup, walhal kita tidak pernah berasa puas. Bila mana hati berkehendak, ianya membuak-buak. Setiap perasaan yang hadir, makin dijolok, makin menjadi-jadilah bahananya.

~Fahamilah, bukan sekadar meletak fokus pada pembacaan. Kuatkan pandangan, tajamkan pemikiran. Buka lah hati untuk menerima dan memahami lukisan alam.

~Aku masih lagi dalam "kasut" yang hina dan dina. Dibawah lembayung kasih sayang illahi, ku mengharap kehinaan ini terpalit di seluruh benak hidupku supaya aku sentiasa sedar dan memahami bahawa kehinaan itu akan menyelamatkan aku dari riak dan ujub.

~Aku masih berpegang kepada prinsip-prinsip hidup, menekankan kasih sayang itu penting bagi meningkatkan rasa hormat murid kepadaku. Sebenarnya, di dalam hati manusia, masih lagi ada sekelumit perasaan untuk menjadi baik. Dan aku mempercayai itu.

~Aku telah diajari dan mempelajari bahawa, setiap manusia ada potensi untuk berubah menjadi lebih baik dan setiap manusia yang berdosa itu akan menjadi lebih baik daripada aku ini....

~Aku pernah membenarkannya dalam hidupku, dan aku pernah merisikokannya dalam segenap kehidupanku. Walaupun keputusannya agak mengecewakan... aku benar-benar yakin bahawa Allah tahu apa yang aku tidak ketahui. Dengan asma'nya yang Maha Agung, aku yakin,,, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

~Jika benar itu adalah suratan, ianya pasti akan terjadi tanpa halangan. Sesungguhnya dugaan itu mengajar aku untuk menjadi insan.

~Jika benar Allah menulis suratan itu, aku redha dan aku terima seadanya..

~Allahu rabbi..

Jumaat, 30 Ogos 2013

Cerita tentang Ogos

أسلام عليكم 

~Salam sejahtera kepada semua yang dirahmati Allah..

~Semoga dengannya, kita sentiasa beroleh nikmat dan keberkatan dalam menghadapi hari-hari mendatang

~Hari-hari dalam minggu ini agak kelam dan suram..

~Hati terasa kosong, bagaikan dahagakan sesuatu yang lebih hebat dari nikmat hidup.

~Kehidupan sebagai seorang guru tidaklah membebankan seperti yang dicanangkan. Lainlah kerja bertingkah. Suka nak menangguhkan kerja.

~I'd really enjoy my life for now, tapi masih lagi tercari-cari sesuatu. Mungkin mencari... hmm.. sukar hendak dinyatakan takut di salah erti. 

~Banyak pekara yang aku pelajari di sini sebagai seorang guru. Namun yang utama adalah, aku merupakan seorang guru.

~Diharapkan hati ini menjadi lebih tabah dari sekarang. Insya Allah..

~Masa semakin tidak memahami diri ini,. Aku kena berkejar untuk mengejar masa. Dan terasa hari-hari dalam minggu ini, pintu hati ku diketuk oleh hidayah..

~Namun aku belum ketemu kunci kepada hati itu. 

~Apa yang penting, kekuatan dan kepercayaan aku utuh.

~Ogos kian pergi meninggalkan kita...... dan aku masih terkapai-kapai dalam menyesuaikan diri. Oo nasib badan..



p/s: 25 Ogos 1511 adalah tarikh kejatuhan Melaka ke tangan Portugis

Khamis, 22 Ogos 2013

BERKEBUN ITU NIKMAT


أسلام عليكم 

~Epilog kisah hidup kembali kepada fitrah setelah berakhirnya Ramadhan Al- Mubarak. Masing-masing memulakan kisah hidup yang baharu demi kelestarian hidup. Semoga Allah memberkati segala usaha kita semasa dalam bulan Ramadhan yang lepas. 

~Aku juga kembali kepada "fitrah" kehidupan" sebagai fakir yang mengemis kasih sayang Allah senantiasa.

~Masa oo masa.. dirimu begitu berharga sehingga Allah bersumpah ke atas mu di atas kepentingan mu..

~Rutin harian hidup banyak dah berubah. Kalau dulu, waktu kerja adalah antara 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. balik rumah, maka masa akan diberikan sepenuhnya dengan keluarga yang tercinta.

~Sejak dah berpindah ke Kuching, rutin berubah selang 2 jam. Waktu kerja bermula jam 6.45 pagi dan berakhir sekitar 2.00 petang. Lepas itu, meluncur balik ke rumah dan hanya akan sampai pada jam 3.00 petang.

~Seusai solat dan makan, maka, itulah masa rehat yang dinanti-nantikan setelah bertungkus lumus mendidik.

~Mungkin tidur ini akan berlarutan sehingga ke jam 6.00 petang jika penat !!

~Bangun akan meneruskan solat asar dan kembali berkhidmat dengan tanah!!. Berkebun menjadi hobi terbaru aku sejak kembali ke Kuching

~ Berbakti kepada tanah membuahkan hasil yang lumayan. Begitulah hendaknya. Selain itu, dapat juga membuang peluh dengan membuat batas-batas untuk menanam sayur. Dapatlah ibunda mengambil sayur tanpa perlu ke kedai untuk memasak nanti.

~Dan, yang paling penting, ianya dapat menghilangkan STRESS!


~Kunci kepada sikap "tenang" itu adalah berjaya memimpin stress untuk tujuan kebaikan.

~Dan sudah semestinya... kuranglah aku berblog.. hmmm

~Selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir batin.. semoga kita beroleh kemenangan yang benar-benar..

Rabu, 31 Julai 2013

Catatan Ku Sebagai "GURU BARU"

أسلام عليكم 



~Salam Ramadhan 1434 H kepada semua bloggers yang dirahmati Allah.

~Masih dalam mood yang tidak sesuai.. Dan sedang menyesuaikan diri untuk kehidupan baru yang sebenar sebagai seorang guru. Harap maklum.

~Disebabkan itu jugalah, mood untuk menulis semakin berkurangan. Mengejar masa kerana masa itu sendiri adalah emas.

~Dengan keadaan yang semakin menekan jiwa dan perasaan. Banyak task yang hendak dibuat mengikut jadual yang telah ditentukan oleh Allah.

~Fadhilat Ramadhan pada tahun ini kurang diberi perhatian. Namun, ada masanya, tercuri-curi juga detik kerinduan kepada Ramadhan.

~Suasana di sekolah baru agak janggal pada mulanya. Tapi, keadaan dah berubah. It's time for me to take in-charge of the boys n girls. 

~Terkenang dengan memori dahulu... Sepatutnya, selepas raya ini, hadirlah seorang insan baru. Namun, kecundang sebelum berjuang. Maha Suci Allah yang menciptakan makhluk berpasang-pasangan.

~Last.. Jangan abaikan sedikit dari pedoman yang telah diberikan kepada kita. Kuatkan semangat. tingkatkan keberkatan dan rahmat dalam hidup.


~~~SALAM RAMADHAN 1434 H~~

Isnin, 22 Julai 2013

HIJRAH 2013 ~~ HIJRAH KELUARGA

أسلام عليكم

~Sesungguhnya penantian itu adalah satu penyiksaan. Dan sesungguhnya segala-galanya akan menjadi indah jika kita mengalunkan sabar, dibalas Allah dengan kejayaan. Alhamdulillah..

~Allhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t. Kerana dengan limpah dan karunia-Nya, aku sekeluarga telah berpindah dari Baram, balik ke hometown "KUCHING". Walau masa yang diambil agak lama untuk kembali, alhamdulillah, berkat dari doa ibunda dan ayahanda, maka dengan jayanya aku kembali menapakkan kaki ku untuk berkhidmat di laman ibunda dan ayahanda. Alahmdulillah. 17 Julai 2013 adalah tarikh keramat bagi aku setelah 5 tahun berhijrah ke bahagian lain. Walaupun setanah (Belaga, Baram), namun jarak perjalanan ke Kuching akan mengambil masa lebih kurang sehari lantaran jaraknya yang agak jauh.


~Masih ada lagi rakan-rakan di sana yang tertanya-tanya nama sekolah di mana aku berkidmat. Ya.. beginilah.. namanya ada 2 dalam Malaysia. Satu di Perak Darul Ridzuan dan satu lagi di Sarawak. Di Sarawak ada 2 sekolah yang berjenama "Sekolah Amanah". Jadi, kalau nak tahu, kena tunggulah selama setahun untuk aku buktikan alu layak berada di sekolah ini. 

~Dahlah semuanya kena ada preparation dalam sekolah ini. Ada "orang putih" lagi sebagai SALT. Bukan garam pok, Senior Asisstant Learning Teacher. Diorang inilah yang banyak membantu guru dalam memfokuskan pedagogi pelajar di sekolah dan meningkatkan mutu pengajaran di sekolah.

~Esok aku kena "observe" oleh salah seorang SALT yang berasal dari Australia. Punyalah pekat English nya. Sampai kadang-kadang terngeliat jugak lidah dibuatnya. Punyalah sengsara nak atur language. But then, alhamdulillah, Madam ini orang yang humour. Boleh la dibawak bergurau. Tak taulah apa yang dia fikir dalam hati tu. 

~Ko-kurikulum pulak, dapatlah jadi guru penasihat Persatuan Silat dan juga Guru Penasihat untuk Kelab Bola Tampar. nah.. bulan September ni ada pertandingan pulak.. 

~And then, Mrs. Khawar pun dah dapat penempatan pertukaran. Kira macam "penempatan semula" (redeployment) di SK Matang, PPD Padawan. Dalam rasa syukur tu, ada jugak tergerak di hati berkata , "alangkahnya sekolah aku dekat seperti sekolah isteriku". Alahai.. ikutkan, sekolah aku ni adalah dalam 25 minit dari rumah. Lantaran "jammed" di sekitar Matang, maka akan ambik masa dalam 50 minit baru sampai ke sekolah. Alahai.. jauhnye.


~last but not least.. insya Allah, pengembaraan di sekolah ini akan bermula lagi. Semoga diberi Allah kekuatan untuk mendidik anak-anak Melayu ini mengenal dan mencintai Rasulullah seperti mana yang telah dianjurkan. Aku akan cuba menerap nilai itu dalam kehidupan mereka walaupun ku tahu ianya sukar... Hanya Allah pembantuku...

~~SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN FASA KE DUA~~ KU DOA DIRIMU BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT~~

Selasa, 9 Julai 2013

Ramadhan dan Aku

أسلام عليكم 


~Alhamdulillah.. segala puji Allah, Tuhan Sekalian Alam. Tuhan Yang Satu. Tiada Dua. Tidak diberanak dan diperanakan malah tidak mempunyai anak. Maha Suci Allah dari segala fitnah yang telah dilakukan oleh Nasrani dan Yahudi.

~Selamat berposting diucapkan kepada semua guru baharu sama ada di menengah atau rendah. Memang satu pengalaman yang baru kepada guru tersebut kerana ini adalah permulaan bagi kerjaya kita sebagai seorang guru. Jadilah seorang guru yang berintergriti dan bertanggungjawab kepada murid kita. Janganlah sekadar melepaskan batuk di tepi tangga dalam isu pendidikan anak-anak bangsa kita.

~Selamat mendidik juga kepada diriku yang akan kembali ke sekolah minggu hadapan. Aku dengan rasminya telah berpindah dari Pejabat Pelajaran Daerah Baram sebagai Ketua Unit Pengurusan Sekolah kepada Guru Akademik Biasa di sebuah sekolah di Kuching. Sampai sekolah baru aku maklum nama sekolah. Insya Allah.

~Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia dan dunia. Semoga kita beroleh manfaat dan keampuanan dari Ramadhan kali ini. Ternyata jodoh aku di PPD Baram ini hanya seketika. Insya Allah, Ramadhan akan datang, aku akan kembali kep Marudi sekali lagi.


KEMATIAN ITU PASTI!! [2025] - AKU MENULIS LAGI PADA 2026

    أسلام عليكم Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ~Secara tepatnya, kali terakhir aku berjaya mencoret di sini adalah pada 22 November 2...