Cari Blog Ini

Jumaat, 22 Julai 2011

Family Trip 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Lama dah tak update blog ini. Aku sibuk dengan perpindahan ke pejabat PPD Baram, Marudi.

~21 Julai 2011 --> sampai di Johor.. akan berada di 'seberang laut' selama 6 hari. Aktiviti family a.k.a Gayong Sarawak pun family.

~Satu pun xguna kalau sendiri xpandai nak fikir..

~rugi jika semuanya musnah kerana perasaan hasad dengki

Selasa, 5 Julai 2011

Tafsir Surah Al-Hujurat 9-12

Ayat 9. “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” Al-Hujuraat ayat 9
Sebab-sebab turun (asbabun nuzul):
Dilapurkan oleh Anas satu ketika Rasulullah (SAW) dijemput untuk melawat Abdullah bin Ubay, baginda menaiki keldainya dan diikuti oleh sekumpulan sahabat sambil berjalan. Apabila Rasulullah (SAW) menghampiri Abdullah bin Ubay beliau berada betul-betul di hadapan rombongan Rasulullah (SAW) sambil mencemuh “Jauhkan dirimu, demi Allah, bau untamu menyakitkan hidungku”, lalu salah seorang sahabat dari golongan Ansar menjawab “Demi Allah, bau unta Rasulullah (SAW) adalah lebih harum dari bau mu”. Maka pergaduhan tercetus dan turunlah ayat “Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya.” (riwayat Muslim dan Imam Ahmad).
(Nota: Abdullah bin Ubay adalah ketua golongan munafik, dan bukanlah sesuatu yang aneh untuk golongan munafik dan musyrik menggunakan lafaz “demi Allah” di zaman Jahiliyah kerana mereka masih mengakui keesaan Allah sebagai Rabb yang berbeza cuma mereka syirik terhadap Allah dalam sembahan-sembahan mereka)
Pengajaran ayat:
Ayat ke-9 ini menekankan prinsip mendamaikan dua golongan Muslim yang bergaduh atau berperang.
Langkah pertama ialah kedua pihak yang berperang mesti menghentikan kekerasan ke atas satu sama lain. Siapa yang memulakan kekerasan tidak penting, apa yang penting perdamaian dan persefahaman harus segera dicapai.
Langkah kedua, jika satu pihak berkeras untuk berperang dan tidak mahukan penyelesaian maka pihak yang mahukan damai hendaklah disokong supaya pihak yang degil dapat ditundukkan kepada undang-undang dan ketetapan Allah (berdamai). Keutamaan menghentikan kekerasan sesama muslim adalah dari hadis Rasulullah (SAW):
“Bantulah saudaramu samada yang zalim atau dizalimi”. Seorang sahabat Anas r.a. terkejut lalu bertanya “Wahai Rasulullah, membantu yang dizalimi itu jelas tetapi bagaimana kami membantu mereka yang zalim?” Rasulullah (SAW) menjawab “Bantulah dia dengan menghentikannya dari menzalimi” (riwayat Bukhari dan Muslim)
Langkah ketiga, apabila pihak yang degil sudah berjaya ditundukkan, maka rundingan damai bolehlah segera dibuat untuk mencari penyelesaian kepada perselisihan dan mencapai kesefahaman semula.
Ayat 10. “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..” Al-Hujuraat ayat 10
Sebab-sebab turun (asbabun nuzul):
Sama dengan ayat ke-9
Pengajaran ayat:
Ayat ke-10 ini adalah lanjutan kepada ayat ke-9. Ayat ini menegaskan bahawa orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. Orang-orang yang beriman sedar bahawa konsep persaudaraan (brotherhood) dalam Islam itu penting dan adalah sesuatu yang ‘integral’ kepada kekuatan ummah. Ikatan persaudaraan dalam Islam haruslah diutamakan dan kedudukannya mestilah di atas ikatan-ikatan lainnya.
Ikatan persaudaraan dalam Islam adalah yang terbaik sifatnya yang merangkumi aspek kasih-sayang, tolong-menolong tanpa diskriminasi kelas, pangkat dan kedudukan juga tanpa tipu-menipu dan tindas-menindas.
Sabda Rasulullah (SAW) dalam beberapa buah hadis Baginda (SAW) mengenai persaudaraan:
Tolong menolong:

“Allah membantu hambaNya selama mana dia membantu saudaranya” (riwayat Muslim).
Dari Abu Musa Al-Asha’ri, Rasulullah (SAW) bersabda “Orang beriman itu ibarat sebuah bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya” (riwayat Bukhari dan Muslim)
Kasih-sayang:
Dari Anas bin Malik, Rasulullah (SAW) bersabda “Tidak beriman (dengan iman yang sempurna) sesiapa di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya” (riwayat Bukhari dan Muslim).
Tidak tindas-menindas:
Dari Abu Hurairah, Rasulullah (SAW) bersabda “Sesiapa yang menipu kita adalah bukan di kalangan kita (muslim yang benar beriman)” (riwayat Muslim).
Tidak berlama-lama dalam perselisihan faham:

Dari Abu Ayub Al-Ansari bahawa Rasulullah (SAW) bersabda: “Tidak boleh seorang muslim itu memutuskan hubungan dengan saudaranya lebih dari tiga malam dengan berpaling daripadanya bila bertemu, sesungguhnya yang terbaik antara keduanya adalah yang dahulu memberi salam” (riwayat Bukhari dan Muslim).
Ayat 11. “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” Al-Hujuraat ayat 11

Sebab-sebab turun (asbabun nuzul):
Sebab turunnya bahagian awal ayat ini ialah bila sekumpulan sahabat dari bani Tamim mempersendakan Bilal, Salman dan Ammar yang kesemuanya adalah bekas hamba. Dalam ayat ini Allah (SWT) menegaskan kepada orang beriman bahawa di sisi Allah (SWT) Bilal, Salman dan Ammar adalah lebih mulia dari golongan yang mempersendakan mereka. Allah (SWT) tidak memandang asal keturunan mereka tapi pengorbanan mereka untuk agama-Nya.
Sebab turunnya bahagian “…dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk” dalam ayat ke-11 ini adalah sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadis yang dilapurkan oleh Abu Jubayrah ibn Ad-Dahhaak di mana satu ketika Rasulullah (SAW) pernah memanggil seorang sahabat dengan nama yang biasa beliau dipanggil, maka beberapa sahabat yang lain memberitahu Rasulullah (SAW) sebenarnya sahabat yang dipanggil itu tidak berapa menyukai panggilan tersebut. Maka bahagian ayat ini pun diturunkan tidak lama kemudian. Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.
Pengajaran ayat:
Dalam ayat ke-11 ini Allah (SWT) menetapkan dua larangan dalam konsep persaudaraan dalam Islam.
1. Janganlah memandang rendah kerana sifat ini lahir dari perasaan riya’ dan ujub (bangga dan sombong serta menilai diri lebih tinggi dari orang lain dari sudut harta, pangkat, ilmu dan sebagainya). Namun begitu ada riya’ dan bangga diri yang dibenarkan iaitu bangga menganuti agama Islam dan mendokong segala prinsip dan syariat Islam dan berasa ujub (superior) dengan lengkap dan syumulnya Islam berbanding dengan agama yang lain, dan tidak merasa malu-malu atau rendah-diri mengenainya. Inilah bangga diri yang dibenarkan dan digalakkan.
2. Janganlah mengamalkan tabiat gemar mempersendakan orang lain. Termasuk empersendakan ialah menghina, memalukan, melekehkan, mengutuk, mencaci dan seumpamanya. Tabiat memannggil dengan panggilan yang buruk, ‘character assassination’ dan sebagainya sudah menjadi lumrah dalam suasana hidup zaman sekarang. Tidak mustahil kalau ianya berjaya dibuang dalam kehidupan sehari-hari maka tidak banyaklah benda yang hendak dicakap atau dituliskan.
Beberapa buah hadis Rasulullah (SAW) sebagai pesanan:

Dilapurkan oleh Saalim berkata ayahnya bahawa Nabi (SAW) bersabda “Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (riwayat Tirmizi disahihkan oleh Al-Albani).
Dilapurkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah (SAW) “Seorang muslim itu ibarat cermin kepada yang lainnya, bila dia melihat sebarang kekotoran maka segera dia menyapunya” (riwayat Tirmizi dan Abu Daud).
Ayat 12. “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12
Sebab-sebab turun (asbabun nuzul):
Sebagai lanjutan kepada ayat ke-11
Pengajaran ayat:
Dalam ayat ke-12 ini Allah (SWT) menetapkan satu lagi larangan dalam konsep pembinaan persaudaraan dalam Islam. Dua larangan awal dalam ayat ke-11 adalah berbentuk zahir berbeza dengan sifat prasangka dan mengintip-intip dalam ayat ke-12 yang bersifat tersembunyi.
3. Ayat dimulakan dengan larangan Allah (SWT) terhadap sifat bersangka-sangka (dengan persangkaan buruk – su’ul dzan). Persaudaraan yang kukuh mustahil dapat dibentuk kalau wujudnya sikap bersangka-sangka buruk terhadap satu sama lain. Dari Abu Hurairah, Rasulullah (SAW) bersabda “Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata” (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Syak wasangka yang dizahirkan dengan ucapan mudah tergelincir kepada fitnah dan mengumpat (ghibah). Dapatlah disimpulkan bahawa keburukan fitnah dan mengumpat (ghibah) itu sebenarnya adalah berakar umbi dari sifat-sifat syak-wasangka.

Seorang Islam yang beriman seharusnya tidak menzahirkan sebarang anngapan buruk terhadap saudaranya sebagaimana pesan sebuah hadis dari Rasulullah (SAW) yang dilapurkan oleh Abu Hurairah “Allah (SWT) tidak akan melihat niat buruk seseorang itu sehinggalah dia menyuarakannya atau melakukannya”. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Dilapurkan, berkata Umar Al-Khattab “Bila saudaramu berkata sesuatu yang mencurigakan, fikirkanlah tentang yang baik-baik sahaja dan engkau akan mendapat penjelasan yang baik-baik juga” (riwayat Ibnu Katsir dan Imam Malik)
Ayat ke-12 ini diakhiri dengan larangan mengumpat (ghibah, berbicara buruk) yang lahir dari perasaan syak-wasangka. Perbuatan ghibah ini adalah antara faktor utama yang meruntuhkan persaudaraan (ukhwah) sesama Islam. Rasulullah (SAW) pernah ditanya “Wahai Rasulullah, apa sebenarnya Ghibah itu?” Rasulullah (SAW) menjawab, “Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka”, ditanya lagi “Bagaimana kalau ianya benar?” Rasulullah (SAW) menjawab “Sekiranya apa yang kau katakan itu benar engkau telah melakukan ghibah dan sekiranya tidak engkau telah melakukan fitnah”.
AlhamduliLlah, sekian saja tafsir ringkas untuk ayat 9-12 dari surah Al-Hujuurat, semoga ada manfaat untuk yang bertanya dan warga fikrah lainnya.
Sumber : Tafseer Soorah Al-Hujuraat, Abu Ameenah Bilal Philips,
Tawheed Publications, Riyadh.

Isnin, 6 Jun 2011

Ilmu dituntut biarlah tepat dengan tujuannya

Salam.. Alhamdulillah.. ada yang baca post ya. Aku rasa, aku x akan mencari apa-apa jak alasan untuk menyokong benda yg xbetul. Kita ikut ketua, bukan ber'ketua'kan keinginan. Aku pun ada keinginan, tapi menurut ketua. Biarlah aku x belajar asalkan aku taat. "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ~al-baqarah:216

Apa guna aku belajar mun ditanam benih perpecahan? Apa guna berpecah sedangkan kita hari-hari nyeruk orang untuk bersatu padu.. Jangan ulangi kesilapan lamak, sebab aku boleh maafkan tapi keadaan pasti berbeza.

Kita renung sekejap amanat Allahyarham Dato' Meor Abd Rahman, pencipta dan pengasas Silat Seni Gayong Malaysia :
Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi. Tamak-ahmak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri ataupun satu 
kecelakaan kepada diri seseorang itu.
Awal-awal lagi dah Allahyarham Dato' menekankan kesetiaan dengan guru. So, apa yang kta ragui lagik? 

Sedangkan kita ketahui bahawa Kita dah Bersumpah Taat Setia dengan Guru.. Tapi, semua ya..macam mainan mimpi jak dinodai. Kalau benar berikrar, kenak perlu dilakukan lagi? apa alasan kita untuk menderhakai guru kerana ilmu. Guru tua aku pernah berpesan, "Mun kau sik sabar atas sigek ilmu dunia, maka kau adalah yang tamak haloba yang akan kecundang bila mana akal kau dah sakit"(Allahyarham Guru Tua Bojeng)

Macam-macam alasan boleh kita polah bagi meyakini bahawa kita betul. Tapi, disebabkan nak tambah koleksi ilmu, kita sanggup derhaka dengan guru. Di mana letaknya berkat dalam berguru macam ya? Guru dihormati dan disanjungi hikmat perkataan yang keluar dari bibirnya. Situasi kinek lebih kurang kepada, baru darjah 2, tapi nak belajar ilmu darjah 5. Aku hairan, bukan aku yang melarang, tapi aku cuma nyampaikan amanat YDP PSSGM Kebangsaan yang banyak membantu kita melestarikan pertubuhan tok. Tapi, kinek tok, kelestarian silat tok dah 'x berapa juak' lantaran perpecahan yang dirancang oleh sesetengah pihak yang merasakan kebenaran ya datang dari menuntut ilmu.

"Menuntut ilmu hingga ke liang lahad" Hadith nabi s.a.w. yang dijunjung. Alhamdulillah, kita masih menjunjung agama dalam segenap hal. Benar.. tiada dusta dalam kata-kata baginda. Tapi, sedar gik kita tok, belajar sesuatu ilmu tidak mendapat restu guru? Ya namanya menderhaka. Seorang guru x akan menghalang kita belajar ilmu lain. Cikgu Kassim Samat pernah madah, "pagi kamu belajar taekwondo, petang belajar karate, malam belajar gayong. Saya tak kisah selagi betul niatnya" Aku, abg hamzah dan YDP Sarawak xkesah pun nak belajar apa-apa seni. Tapi, bila masuk bab lain yang berkaitan dengan XBOLEH, kita langgar derhakalah kita. Rule are made to be broken. There's no rule like what Allah did in al-quran. Allah's rule are not to be broken, but to be obey..When you not obeying it, you'll deserve DOSA. When Dosa's been collected in mahsyar, you go straight to hell. Don't belok-belok.

When it comes to Dato' Laksaman Hang Tuah, we get all the things in different ideas of loyalty. Hang Tuah have been accused wrongly by other  minister who hatred him for being closed to Sultan. Being sultan's most trusted person made some minister believe that Hang Tuah would be next Bendahara. Hang Tuah being sentenced to death, but he still obeyed even tough he knowed he been betrayed by other minister. Hang Tuah obeyed Sultan's decree till death indeed Sultan's have wrongly accused him. Hang Tuah, killed the most beloved brother, Hang Jebat, to show loyalty to the Sultan. Hence, LOYALTY to LEADER is the main important thing to us even it might cause DEATH.

Tuah dengan setia nya kepada sultan biarpun diambang maut. Tiada celaan yang keluar di bibirnya kerana cintakan sultan. Jangan bandingkan diri kita kepada tuah mahupun jebat. Kerana kita tidak sehebat mereka untuk merelakan kematian atas nama setia kepada sultan dan cinta kepada saudara. Jebat rela dibunuh oleh Tuah kerana tidak mahu Tuah derhaka dengan INGKAR perintah sultan. Nah..di mana letaknya kita tok? sanngup x kita berkorban demi dengar kata guru kita?

Kita takut berpecah, tapi kita sendiri mendorong perpecahan. Bila mana aku ajak bersatu dalam satu payung Gayong yakni Gayong Malaysia, ada juak yang rasa hendak berpayungkan Gayong lain. Adakah kerana kehebatan tangan guru ya (sekali jak kita merasa) menyebabkan kita membelakangi guru-guru yang lebih senior dan tua macam Cikgu Kahar, Cikgu Mustapa Kamal, Cikgu Nordin, Cikgu Rasol, Cikgu Sulleh, Dato' Adiwijaya sendiri dan lain-lain Cikgu? Tolong jawab..

Bersebab, yalah alasan kenak Dato' Adiwijaya melarang. Mun kedak ya, hilanglah jati diri kita sebagai orang Sarawak. Ish2. aku perjuangan hak orang Sarawak, nyaman-nyaman jak orang lain nak meyamakan semua ya. Kasihan betul kita tok. Sebab yalah kita xpernah lepas masuk dalam RSS. Sebab kita pun silat berasal dari sebelah sinun. RSS hanya memperjuangkan silat dari Sarawak yang diajar oleh jati anak Sarawak. Semuanya berasaskan kenegerian. Tapi, nya bersebab. Tolong bukak balit kitab sejarah kita tok pok. Jangan lupak sejarah.

Akhir kalam, renung balit, apa kita dah cukup alasan untuk menderhaka?

Jumaat, 3 Jun 2011

Serangkap puisi buat seorang isteri yang aku cintai.....

Duhai isteriku..

Pandang pada hati, cinta ini memang pasti,
Bersatu atas kalam Illahi,
Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek,
Menerapkan seluruh gaya hidup Islam dalam diri dan keluarga yang terbina,
Menyemai cinta yang bertaut di jalan Allah,
Melahirkan anak-anakku, anak-anak yang bakal memperjuangkan hukum Allah

Duhai isteriku..
Andainya bintang dapatku gapai,
Sudah pastinya akan ku capai kerana mulianya cintamu yang engkau berikan,
Andainya dapatku cari seluruh mutiara dilautan,
Akan ku sehingga tiada lagi yang tertinggal kerana kasih sayangmu suci,
Tetapi sayangku..
Aku cuma insan yang lemah..
Memerlukan kekuatan dalam mencari keredhaan Allah,
Aku tiada punyai daya seperti yang dicanang-canangkan,
Hanya sebuah cinta yang lusuh,


Duhai isteriku,
Andainya niat dihati ini untuk mendapatkan madu,
Sudah pastinya ia adalah madu yang sejati,
Sudah pasti ianya tidak semanis senyumanmu,
Biarlah takdir menentukan segalanya..
Jangan biarkan kecelaruan merosakan impian..
Berserah seluruhnya pada takdir..
Biar Allah menghukum adakah ianya adil..

Jumaat, 27 Mei 2011

Catatan 26.05.2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers..

~Segala puji pujian bagi Allah, tuhan semesta alam.. Tuhan yang memiliki kerajaan di dunia dan akhirat. Raja di atas segala raja. Tuhan yang memiliki hatiku ini. Yang dirindui setiap masa….

~Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan, Muhammad s.a.w. Rindunya padamu, tidak terhingga walau tak pernah bersua denganmu. Cinta kepadamu tidak akan mengecewakan kerana cinta itu berbalas di akhirat.

~Doa dipanjangkan kepada segala ahlu bait, sahabat-sahabat baginda, alim ulama, kepada kedua ibu bapaku, saudara sekandung denganku, kepada guru-guruku, anak-anak muridku, dan muslimin dan muslimat.

~Al-fatihah untuk mangsa tanah runtuh di Selangor Darul Ehsan yang berlaku baru-baru ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

~Mencintai dunia..itu penyakit yang bersarang dalam hatiku sekarang. Bagaimana hendak membuang ‘dunia’ dalam diri sedangkan ‘dunia’ itu sudah menjadi darah daging dalam hidupku. Caranya, dengan membunuh ‘dunia’ dalam diri. Biarlah diri ini separuh mati, asalkan dunia itu mati dalam diri. Jalan untuk kembali kepada Allah Cuma jalan yang satu. Meninggalkan dunia, mengejar akhirat. Cinta tidak boleh bersatu dengan dalam dua. Cuma ada satu cinta yang akan menentukan perjalanan ke akhirat.

Wahai diri, ingatlah mati itu pasti
Wahai diri..ingatlah bahawa akhirat itu pasti
Wahai diri.. sedarlah..bermuhasabahlah..Renungi hikmah kejadian diri..
Wahai diri.. dunia pasti ditinggalkan..akhiratlah destinasi tujuan..
Wahai diri.. sudah-sudahlah mencintai dunia..akhirat juga yang benar
Wahai diri… sudah lelah anggota berkerja untuk mendapatkan dunia, akhirnya semuanya auta semata-mata
Wahai diri.. sudah lelah lidah berbicara keduniaan,
Wahai diri..sudah lelah mata memandang yang lara,
Wahai diri.. sudah lelah tangan melakukan onar,
Wahai diri… sudah lelah kaki melangkah menuju kemusnahan..
apa yang dicari semuanya akan hilang secara pelahan-lahan..
Wahai diri..serulah kepada kebaikan,
Ajarlah lidah mengucapkan kalimah mensucikan Allah dan segala hal,
Ajarlah mata memandang kalamullah,
Ajarlah tangan menyampaikan sedekah,
Dan ajarlah kaki melangkah ke rumah Allah..
tiada yang benar melainkan kebenaran beragama.


~Luahan hati seorang guru~

Isnin, 9 Mei 2011

Catatan 09.05.2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman..

~Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi kita merasa. Sudah menjadi adat bertamu, datang bagaikan melukut ditepi gantang. Datang kami datang bertamu, sudah pasti akan kembali ke negeri asal. Maafkan jika aku terkasar bahasa, terkasar perbuatan.. Maafkan di atas ke khilafan yang tidak tertanggung. Aku hanya insan biasa yang mengharapkan keredhaan Allah jua. Dengan segala kerendahan hati, aku memohon seribu kemaafan jika melakukan kesalahan sepanjang berada di perantauan. Semoga Allah memaafkan kesalahan orang yang telah menzalimi aku dan aku yakin, aku boleh menghadapi semuanya kerana bagiku Allahlah penolongku setiap masa.

~Dalam kerendahan hatiku, aku menitip ampun dan maaf kepada semua mereka yang merasakan aku manusia yang teruk dan pemalas. Aku sekadar berusaha dan aku punyai hati dan perasaan seperti mana manusia yang lain. Mungkin kalian tidak membaca titipan ini kerana lantaran bencikan setiap satu perkataan yang keluar dari mulutku. Tapi, aku yakin, setelah kita memohon kemaafan, ianya terletak antara nafsu dan iman lagi yang membolehkan permohonan maaf di capai.

~Di bawah lembayang ulta violet ini, menghirup udara yang sama, mengaut hasil untung yang sama, menggalas segala tanggungjawab yang telah diamanahkan, aku sentiasa mengikut perasaan dan tidak memikirkan apa kehendak orang lain. Bukan senang hendak mengakui kesilapan jika ianya melibatkan maruah diri. Maruah diri adalah benteng hidup aku. Dalam mempertahankan maruah diri, adakalanya aku melukai hati insan-insan yang berada sekelilingku. Bukan kerana aku berkehendak, tapi itu semuanya nafsu yang dimangkin oleh syaitan.

~Dalam benak fikiranku.. KOSONG tanpa idea yang bernas. Maka lahirlah karya kemaafan.. Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan ke atas diriku dan isteriku.. serta………………..

Isnin, 2 Mei 2011

Menantikan saat yang termampu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah kerana dengan limpah dan karuniaNya, kita dapat bersua berdua dalam pelayaran hidup seorang cikgu biasa. seperti mana yang kita ketahui, hari ini adalah cuti hari pekerja. Aku ucapkan selamat bercuti kepada semua pekerja-pekerja tanpa mengira sektor.

~Bagi yang sedang membuat persiapan untuk majlis-majlis keramaian, diucapkan semoga Allah memberkati segala majlis yang telah dirancang.

~Berhati-hati dengan perkataan kerana perkataan itu akan menyebabkan kita tersungkur.

~Yang paling jauh dari manusia ialah kenangan masa yang dahulu~ Usahakan yang terbaik untuk diri sendiri, agama, bangsa dan negara.

~ Amalkan cara hidup yang sihat. Elakan dari menyumpat dan memfitnah.

~Aku menanti pendekar baru dalam negeri Sarawak.. yang bakal mewarisi semua ilmu aku.. Amin

KEMATIAN ITU PASTI!! [2025] - AKU MENULIS LAGI PADA 2026

    أسلام عليكم Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ~Secara tepatnya, kali terakhir aku berjaya mencoret di sini adalah pada 22 November 2...