Assalamualaikum dan salam sejahtera;
~Bahang eg-tukar kian surut pada tahun ini.. Penangan eg-Tukar menyebabkan gelombang tsunami terbahagi kepada dua. Satu ke arah penyusutan dan pembinaan baru ketamaduanan dan satu lagi kearah pemusnahan hidup sendiri. Satu kepastian yang kita perolehi dari cerita eg-tukar, " Bukan kuasa KPM, JPN mahupun PPD". Hendak dilontarkan kepada siapa kemarahan kita? Diantara ketiga-tiga entiti tersebut? Cuba renungi seketika.. Ya kepada siapa hendak dilontarkan kemarahan tersebut??
--Fikirkan lagi.. nescaya anda hampir kepada jawapannya---
~Cuba fikirkan firman Allah s.w.t dalam surah al-Ankabut ayat 2-3; "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja ,"kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji?. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang benar dan orang-orang yang berdusta." So, di mana kita meletakkan nilai kesabaran dan membuang nilai-nilai amarah. Amarah itu sifat syaitan malahan berburuk sangka juga berburuk sangka. Allah sama sekali tidak membebankan kita dengan kita bebanan yang sesuai dengan tahap keimanan kita. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar. Sesungguhnya Allah telah menguji kita dengan ujian yang kita sendiri tak tahu ke mana penghujungnya. Kebaikan manusia hanyalah sekelumit.
~Yang sedihnya, bila manusia bernama guru, yang pada tanggapan kita adalah seorang yang berjiwa mulia dan besar , kerana kegigihannya mendidik anak bangsa, menyamakan orang yang bertungkus-lumus mengadakan kemudahan dan segala-galanya seperti bangsa YAHUDI. Adoi.. sungguh paloi dan amatlah mudah menilai orang. Sedangkan orang-orang pandai berkata, " Setiap kutukan adalah cerminan diri". Jadi, mengutuk orang YAHUDI adalah menyamakan diri dengan YAHUDI jualah akhirnya. Kalau benci, nilaikan kebencian itu, sama ada kerana Allah atau kerana hawa nafsu yang buruk macam sampah itu. Bukankah Allah s.w.t telah memerintahkan manusia untuk menghindari dari menfitnah?
~Bagaimana dengan hati dan perasaan kami yang berkerja dengan istilah. "Saya yang menurut perintah"? Kalau tidak ada kekosongan, nak letak mana lagi? Cuba jawap. Atas pokok? Tak cukupkah dengan pelbagai kemudahan yang telah Allah berikan kepada kita? Ish.. hairan dengan manusia yang kurang bersyukur.
~Dari awal pembabitan aku dalam penulisan blog, sehingga ke hari ini. Aku sentiasa memerhatikan perubahan guru jika tidak dipindahkan. MAsing-masing mempunyai alasan yang kukuh. Kekuatan diri masih lagi utuh. Maka, kembalilah kita kepada Allah dengan sepenuh hati. Allah lebih menyukai hambaNya menangis meratap kepadaNya, memohon keampunan dan merintih memohon kasih sayangNya. Bahkan Allah lebih menyukai tangisan hambaNya memohon keampunan daripada wirid seorang abid.
~Sabarlah dijalan Allah.. Bukan aku tak pernah menghadapi semua kegetiran itu. Cuma. pada waktu itu, aku sentiasa dekat kepada Allah, sentiasa bercakap-cakap kepada Allah.. Sebijak mana kita berhujah, dengan hujah yang bernas dan paling kreatif, dengan kekuatan rungutan, namun adakalanya, rungutan kita cumalah singgah di tepi kain orang. Tak memberi erti, tidak membina ketamadunan manusia.
Cari Blog Ini
Ahad, 4 November 2012
Jumaat, 2 November 2012
aPa itu PITO?? (Yang aku Sendiri Hadiri Tu SekaraNg ni)
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah,
Jum kita bca PITO itu apa dahulu;
Jum kita bca PITO itu apa dahulu;
- .1 Keputusan Kabinet Julai 2007 telah menetapkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia bertanggung jawab untuk melatih guru sekolah rendah manakala latihan untuk guru sekolah menengah dikendalikan sepenuhnya oleh Fakulti Pendidikan IPTA.
- 1.2 Ketika ini, UPSI dan 7 buah Fakulti Pendidikan IPTA menawarkan kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dengan pengkhususan dalam bidang Sains Tulen dan Matematik (iaitu USM, UTM, UKM, UPM, UM, UiTM dan UMS). Sementara itu UPSI dan 3 buah Fakulti Pendidikan lain menawarkan kursus ISMP dengan pengkhususan dalam bidang Ekonomi (iaitu USM, UMS dan UUM).
Jumlah pe ngambilan pelajar program ISMP di setiap Fakulti Pendidikan IPTA adalah berdasarkan unjuran yang ditetapkan oleh KPM.8 - 1.3 Sementara itu, UPSI dan beberapa buah Fakulti Pendidikan IPTA menawarkan kursus ISMP dengan pengkhususan dalam Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani & Kesihatan/Sains Sukan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual dan Sejarah. Jumlah pengambilan pelajar program ISMP di setiap Fakulti Pendidikan IPTA adalah berdasarkan unjuran yang ditetapkan oleh KPM.
- 1.4 Berdasarkan data KPM pada 26 April 2010, berlaku lebihan guru sekolah menengah (yang sedia ada dalam perkhidmatan) yang ketara dengan opsyen Sains Tulen, Matematik dan Ekonomi dan kekurangan guru dalam opsyen Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni Visual. Perincian lebihan dan kekurangan guru ini ditunjukkan dalam Jadual di bawah.
| Opsyen | Lebihan (+)/ Kekurangan (-) | |
| Lebihan | 1. Matematik | +3695 |
| 2. Fizik | +1528 | |
| 3. Kimia | +2721 | |
| 4. Biologi | +3097 | |
| 5. Ekonomi | +1547 | |
| Kekurangan | 1. Kemahiran Hidup | -7053 |
| 2. Pendidikan Jasmani & Kesihatan | -1586 | |
| 3. Sejarah | -1321 | |
| 4. Bahasa Inggeris | -1071 | |
| 5. Pendidikan Seni Visual | -812 |
- 1.5 Fenomena lebihan dan kekurangan guru dalam opsyen tertentu ini telah menyebabkan masalah penempatan guru mengikut opsyen di sekolah menengah seluruh negara. Masalah ini akan menjadi lebih kritikal apabila calon guru keluaran Fakulti Pendidikan IPTA bergraduat mulai Mei 2010.
- 1.6 Keputusan Mesyuarat Sesi Perbincangan Profesion Guru Untuk Keperluan Makmal NKRA Pendidikan: Meningkatkan Kualiti Guru pada 23 Mac 2010 bertempat di Makmal NKRA KPM memutuskan supaya satu program intervensi jangka pendek diadakan bagi menangani masalah ini.
2.0 Objektif Program
Objektif program ini ialah untuk membekalkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan bagi membolehkan calon guru mengajar dengan berkesan salah satu mata pelajaran opsyen di mana berlaku kekurangan guru (Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani & Kesihatan, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual dan Sejarah) di peringkat menengah rendah.
3.0 Kerangka Program
- 3.1 Program intervensi jangka pendek ini akan dijalankan oleh Fakulti Pendidikan IPTA secara ‘over and above’ program ISMP yang dikuti oleh calon guru yang terlibat (Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Ekonomi) yang akan bergraduat pada tahun 2012 dan 2013 sahaja.
- 3.2 BPG akan menjalankan program intervensi yang sama ke atas kumpulan calon guru yang akan bergraduat pada Tahun 2010 dan 2011. Fakulti Pendidikan IPTA tidak dapat menjalankan program intervensi bagi kohot ini memandangkan kekangan masa kerana perlaksanaan sistem semester sedia ada (program intervensi ini mengambil masa 10 - 12 minggu).;
- 3.3 Setiap Fakulti Pendidikan IPTA melaksanakan program intervensi ke atas kumpulan calon guru di Fakulti masing-masing.
- 3.4 Calon guru yang mengikuti program intervensi yang lulus dengan jayanya akan diberikan sijil oleh IPTA berkenaan.
- 3.5 Struktur Program
- 3.5.1 Kredit Jumlah keseluruhan beban kredit bagi program ini adalah antara 14 - 17 kredit.
- 3.5.2 Kandungan dan Skema Program
- a.Kandungan program intervensi ini meliputi aspek konten, kemahiran dan perkaedahan berkaitan opsyen berkenaan.
- b. Beban kredit setiap kursus ialah antara 2 - 3 kredit.
- c. Skema program bergantung kepada ketetapan IPTA masing-masing.;
- 3.5.3 Kaedah Penyampaian (Delivery)
Perlaksanaan program ini melibatkan pelbagai kaedah P&P seperti kuliah, amali, perbincangan dll.
- 3.5.4 Penilaian
- a. Penilaian pembelajaran dilaksanakan secara berterusan menggunakan pelbagai pendekatan yang diamalkan di IPTA masing-masing.
- b. Gred akan diberikan untuk setiap kursus berdasarkan pencapaian calon mengikut amalan IPTA masing-masing.
- c. Calon wajib lulus setiap kursus dengan gred minima C untuk layak dianugerahkan sijil.
- 3.6 Kaedah Perlaksanaan
- 3.6.1 Fakulti Pendidikan IPTA akan melaksanakan program ini semasa cuti hujung sesi akademik. BPG pula dicadangkan supaya menjalankan program ini secara Kursus Dalam Perkhidmatan.
- 3.6.2 Fakulti Pendidikan IPTA menggunakan tenaga pengajar, ruang dan sumber yang sedia ada. Beban tugas ini adalah dikira sebagai “over and above” tugas hakiki staf yang terlibat.
- 3.6.3 Sebagai program “over and above”, ia melibatkan implikasi kewangan tambahan untuk perlaksanaannya.
- 3.7 Implikasi Kewangan
- 3.7.1 Implikasi kewangan one-off program ini diperlukan untuk menampung kos berikut:
- a. Upahan (syarahan, amali, tutorial, dll)
- b. Bahan P&P
- c. Bahan guna habis d. Sewa ruang and utiliti
- e. Penginapan calon
- f. Sara hidup calon
- 3.7.1 Implikasi kewangan one-off program ini diperlukan untuk menampung kos berikut:
Isnin, 15 Oktober 2012
KEHEBATAN ALLAH,
ALANGKAH hebatnya Allah,
Tidak pernah rehat daripada bekerja,
berbuat dan bertindak
Setiap detik di dalam kesibukan
Mengadakan, mentiadakan
Menghidupkan, mematikan
Memuliakan, menghinakan
Menjatuhkan, menaikkan seseorang
Membangun dan meruntuhkan
Membaikkan dan merosakkan
Mengimankan dan mengkufurkan
Mengazab dan memberi nikmat
Memberi rahmat dan memberi nikmat
Mengkayakan dan memiskinkan
Menyusahkan dan menyenangkan
Dan entah apa lagi yang kita tidak dapat tuliskan
Daripada sekecil-kecil perkara
hinggalah sebesar-besar benda
Ia berlaku kepada semua jenis makhluk setiap masa
Tapi Tuhan tidak pernah letih dan penat
Tidak pernah sakit dan lesu
Tidak pernah jemu, perlu berhenti dan perlu rehat
Kerana Tuhan bukan fizikal yang dicipta
Ia adalah Khaliq pencipta
Dia adalah Zat yang Maha Suci lagi Maha Agung
Yang tidak hidup mengikut sistem makhluk
Yang tidak dapat dirupakan dan difikirkan
Hebatnya Tuhan, hingga tidak dapat dibayangkan
Hebatnya Tuhan, tidak ada penyerupaan
KaU KuAt Bila meNjaTuhKan MarUah kAmi?
Assaalmualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah.. Allah sama sekali tidak membeban kita dengan dugaan melainkan sesuai dengan tahap imannya.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Adakah kamu berfikir?
~Sewaktu al-Quran al-Karim diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, nabi Allah disuruh "IQRA".. Bacalah.. Kenapa diturunkan perintah untuk membaca? Sedangkan nabi Allah s.a.w. itu ummi (tidak tahu membaca). Di sini, Allah meletakan ILMU sebagai awalu kalam agar semua umat Islam berilmu dengan membaca. Tetapi, di dalam al-Quran, Allah selalu mempersoalkan , " Adakah kau berfikir?"..
~Ya.. adakah kita terfikir sejenak dengan setiap perbuatan, perkataan mahupun segala yang tersirat dihati kita dalam menjalani kehidupan di muka bumi Allah. Adakah kita merasakan kita benar sehingga apa sahaja yang dibuat orang lain itu salah dan tidak benar? Sehingga sanggup menjatuhkan maruah seseorang kerana ingin menegakkan kebenaran (yang kita rasa) sedangkan menjatuhkan maruah sesama Islam itu adalah tidak benar dan tidak seharusnya dilakukan lebih-lebih lagi dihadapan orang yang bulan Islam? Bagaimana kita hendak membenarkan pernyataan dari seorang bukan Islam yang menghina saudara seIslam dengan kita? Adakah kita terfikir?
~Adakah kita terfikir, dengan penghinaan sebegitu meletakkan kita setaraf dengan mereka? Pernahkah kita mengambil langkah inisiatif untuk menasihati dengan bertemu muka, bertelaah dan bermusyawarah untuk mengelakan kepincangan di dalam ikatan persaudaraan? Kita adalah "saudara". Beerti Islam telah menyaudarakan kita dengan ukhuwwah. Tapi, hasad dengki telah melenyapkan ikatan persaudaraan dan mendekatkan kita dengan permusuhan. Sedangkan memutuskan ukhuwwah adalah SAHABAT syaitan. Mengapa perlu disamakan kita dengan syaitan?
~Rapatkan barisan kita dengan Islam. Islam mengajak kita untuk mengeratkan siraturahum. Bersatu padu dalam segala aspek. Dan sama sekali tidak bersekongkol dengan musuh Allah. Siapakah musuh Allah? Mereka yang tidak mengucap 2 kalima syahadah. Fahamilah.. Kalau beginilah sikap orang Islam, maka tidak hairanlah jika sekarang, umat Islam berpecah belah. Semuanya hanya mengikut hawa nafsu. Sehinggakan titik kesefahaman tidak diendahkan. Allahu Allah..
~Mereka yang berada luar lingkungan Islam bertepuk tangan melihat perbalahan kita. Adakah kau tidak berfikir?Adakah dengan menjatuhkan sesama muslim boleh mengenyangkan perutmu? Dan andainya ianya mengenyangkankan, terima kasihlah diucapkan dan semoga Allah mengampuni dosamu. Habblu minallah dijaga, habluminnas tidak dijaga. Dosa dengan Allah diampunkan Allah, dosa dengan manusia, dari manusialah kita memohon kemaafan. Bagaiman tidak diberi kemaafan? Mesti diungkitnya, "ala, sedangkan nabi ampunkan umat, inikan pula kita."
~Dan akhirnya, aku akan cadangkan, bersabarlah kepada yang telah ditindas.. Allah Maha Mengetahui.. sebaris ungkapan syahdu, buat jadi kekuatan mereka yang bergelar umat Muhammad s.a.w.:

~Allahu Allah.. Allahu Akbar Walillahilham..
Jumaat, 12 Oktober 2012
AdaKaH eSok Adalah HarinYa untuKKu?
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru-guru bloggers sekalian. Allah tidak sama sekali akan menurunkan ujian kepada hambaNya sesuai dengan kekuatan imannya.. Apa khabar iman hari ini?
Adakah iman kita masih ditakuk yang sama atau telah meningkat bukannya menurun seperti semalam? Allahu Allah.. Apa khabar anak didik kita pada hari ini? adakah sudah ada kemajuan di dalam pelajarannya? Atau kita masih membiarnya terkapai-kapai mengenal ilmu? Adakah kita sudah melaksanakan tugas kita mendidik mereka? Dan ingatlah, Allah sentiasa melihat dan mendengar.. Setiap minit dan saat yang diperuntukan di dalam emolumen juga juga berkaitan dengan tindakan kita sekarang.
~Semalam, kepala dihurung dengan kepeningan yang tidak terhingga. Dari saat bangun tidur, sehingga tidur lagi pada malamnya. Bacaan yaasin hanya dapat dilakukan pada pagi tadi. Peningnya, sehingga banyak kerja tertangguh. Namun, aku gagahi jua untuk bersedekah, yakni bersedekah senyuman. Meringankan beban tanggungjwab orang lain juga bersedekah. Mengajar ilmu pun diiktiraf sebagai sedekah. Orang yang paling kaya, adalah orang paling banyak bersedekah. Biarpun sakit, gagahi diri untuk terus bermujahadah, membantu mengekalkan istiqamah. Bukan mudah untuk beristiqamah.. Ianya memerlukan pengorbanan nafsu-nafsi yang begitu banyak. Musuh yang dihadapi merupakan diri sendiri (nafsu). Bantuan nafsu, syaitan yang direjam Allah,. Musuh yang tidak nyata, namun pengalaman begitu tinggi dalam memujuk manusia untuk tenggelam dalam nikmat dunia. Saat di dalam kesakitan begitulah, dosa kita terampun jika kita bersabar dengan dugaan Allah... sakit merupakan maghfirah, keampunan Allah. Sebagai pelebur dosa yang bertimbun bagaikan gunung. Aduh..
~Beratnya menanggung kesakitan, namun, alhamdulillah.. semuanya dah diatur Allah jua. Bangun pada hari ini, kesakitan yang dirasai berkurangan. Mungkin disebabkan tekanan kerja. Namun Allah sentiasa ada bagi aku. Biar dihimpit tekanan, bagiku, semuanya bakal hilang. Sebab Allah menjanjikan ketenangan disebalik mujahadah.
~Pagi ini, tugas aku adalah untuk menggantikan Tuan PPD ke majlis di sebuah sekolah jenis kebangsaan. Alhamdulillah, kehadiran aku amatlah dialukan. Cuma, puan Guru Besar terkejut, kerana aku hanya dijangka datang pada 8.30 pagi, namun, aku hadir 20 minit lebih awal. Mungkin terbiasa dengan hadir lebih awal dari waktu jangkaan. Namun, semangat untuk kembali ke sekolah untuk mengajar kembali berkocak melihat telatah anak-anak. Huhu.. apa yang penting, tugas sekarang, bukannya pada masa dahulu.
~Abang Hamzah menelefon tadi, memberitahu, dia bermimpi akan kehilangan/kematian aku.... Allahu Allah... Jawapan aku hanyalah, "Andainya itu benar, maka aku telah bersedia.."
~Mati itu pasti, cuma tidak diketahui bila tiba masanya.. Andainya itu adalah ketentuan, biarlah aku mati sekita semangat jihad tengah memuncak. Supaya, kematian aku tidak melesukan kelestarian hati dalam Islam. Sesungguhnya, agama Allah ini adalah benar.. tiada dusta di dalamnya. Yang mendustakan ajaran Allah, adalah mereka yang tidak ahu berfikir. Malah sombong dengan ajakannya. Allahu Allah..

Rabu, 10 Oktober 2012
TIRAKAT ISTIQAMAH~ADUH SUKARNYA
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.. Selawat dan salam kepada nabi junjungan, Muhammad s.a.w.
~Aduh susahnya hendak bermujahadah.. Apa khabar iman hari ini? Adakah dalam keadaan baik atau telah ternoda oleh dosa-dosa yang telah dilakukan? Allah hu Allah.. Adakah iman ini seperti semalam atau lebih buruk dari semalam? Aduh.. susahnya hendak mendidik hati jika berterusan sebegini. Semua amalan dirasakan serba tidak kena. Adakah kerana hasil pendapatan yang diperolehi dan di makan yang tidak dijaga sumbernya?
~Aduh.. sukarnya untuk khusyuk di dalam ibadahku. Sudah berkali-kali dicuba untuk menumpukan ibadahku, namun aku tetap tidak berjaya. Adakalanya berjaya dan pada saat itulah dirasakan terlalu manisnya iman sehingga bercucuran air mata mengenangkan rahmat Allah. Namun, ianya memang sukar untuk ditetapkan kerana syaitan dan nafsu berjaya mengambil alih keadaan. Allah hu Allah..
~Aduh .. sukarnya untuk menjaga siratulahim di antara sesama Islam dan bukan Islam. Allah hu Allah.. suka syaitan melihat kepada perbalahan yang berakhir kepada dendam. Seolah-olah tiada penyelesaian akan kepada permusuhan. Sehingga sanggup memutuskan siratulahim kerana beranggapan lebih mulia dan lebih berpengetahuan. Aduh.. sukarnya mendidik hati untuk memohon kemaafan kepada orang lain. Sedangkan kemaafan itu lebih manis dari gula.
~Allah hu ya Allah.. akhirnya aku temui jawapan.. " Dan di antara manusia itu yang menyembah Allah tidak tetap, iaitu jika ia beroleh kebaikan, maka senanglah hatinya ketika itu,dan jika ia difitnah dengan kesukaran, maka berbaliklah ia(dengna kekufuran), (dengan sikapnya itu) rugilah dia akan dunia dan akhirat,itulah kerugian yang terang nyata". [Surah Al-Hajj- Ayat 11].
~Allah berfirman kembali: "Sesungguhnya orang-orang yang menyatakan : Tuhan kami ialah Allah. Kemudian mereka tetap istiqamah makan tiada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka pula tidak berdukacita" [Surah Al-Ahqaf: Ayat 13]
~ku meyakini bahawa Allah sentiasa mendengar keluhan hati.. dan aku perlu untuk beristiqamah... Perlu ada disiplin untuk menggapai cita-cita mulia.. untuk mencari CINTA ALLAH..
~Akhirnya.. ku yakin bahawa LAILLAHA ILLAH.. MUHAMMAD DUR RASULULLAH..

Selasa, 9 Oktober 2012
TaWarAn JaWaTaN aHLi SyUrGa?
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
~Kepada semua hamba-hamba Allah yang sedang meniti patah perkataan yang keluar dari blog ini, silalah bersedekah al-fatihah kepada semua umat muslimin dan muslimat sama ada masih hidup atau yang telah kembali ke rahmatullah.. Semoga dengan sedikit sedekah yang tidak seberapa akan meningkatkan lagi ukhuwwah kita sesama Islam.
~Pernah seketika hamba Allah menawarkan jawatan di dalam sebuah Pertubuhan yang dikenali ramai. Ditanya beliau, adakah aku mahu untuk dijadikan 'abang long' kawasan? Aku bertanya kembali kepadanya, adakah dengan jawatan tersebut, dapat menjamin syurga buatku di akhirat sana kelak? Terus terdiam hamba Allah tersebut. Aku menjelaskan makna sebenar dakwah, bukan nya berdiri atas pertubuhan, tetapi dakwah dimulakan diri sendiri, kemudian rumahtangga sendiri, kemudian ahli keluarga terdekat, barulah kepada semua jemaah. Andai sebuah pertubuhan hanya mementingkan kawasan dan keuntungan, maka jangan lupa balasan Allah memang akan datang.
~Allah menjadikan manusia ini sebaik-baik ciptaanNya. FirmanNya:
"Sesungguhnya kami menciptakan manusia sebaik-baik ciptaannya" Surah At-tin ayat 4.
Allah hu Allah.. masakan ini kita tidak berfikir, bahawa perjuangan memperjuangkan sesuatu tanpa asas yang kukuh akan mengelirukan dan menyesatkan ummah. Sorotan kisah dari kejahilan umat Nabi Musa ketika diminta mencari lidah lembu di dalam surat al-Baqarah ayat 67. Allah berfirman:
"Dan (ingatlah), ketika Nabis Musa berkata kepada kaumnya, “ Sesungguhnya Allah menyruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. Mereka berkata: “ Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab:” Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.
Maka renungkanlah.. Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak sama sekali akan ketahui. Manfaatkan dari Pertubuhan @ Jemaah. Maka, ajaklah semua jemaah meramaikan masjid, surau-surau yang terbiar. Maka ajaklah semua jemaah dalam pertubuhan untuk "menguasai" kawasan saf hadapan di dalam solat-solat fardu.Mampukah kita berdakwah sedemikian rupa? Itu adalah sebaik-baik pemimpin. Pemimpin yang memimpin jemaahnya untuk melakukan ibadah amar makruf nahi mungkar. Biarlah mulakan dulu dengan solat. Kerana solat adalah tiang agama. Insya Allah, Allah akan membalas jasa kita kerana Allah sama sekali tidak mengenepikan kita hatta kita ini cuma seekor semut.
~Tiadalah niat untuk menghina atau merendahkan sesebuah pertubuhan. Tapi, hanyalah ingatan kepada yang terlalai dan terlupa. Tiada yang sempurna. Hanya kita sebagai hambaNya jua. Berdakwah, biarlah dengan diri. Bangkitlah semangat mujahadah dalam diri. Hidupkan hati dengan cinta Allah. Hiasi diri dengan peribadi Rasulullah. Kemaskan akhlak dengan al-Quran. Sediakan diri dengan kematian diri. Insya Allah, ada jalannya.
Renungkanlah.. esok belum pasti untuk kita, lenanya kita pada malamnya, belum pasti terjaga pada keesokan harinya. Apa yang ada, cuma hari ini, saat ini untuk kita mengenang dosa yang telah dibuat semalam. Tiada yang lebih indah dalam hidup melainkan mendapat rahmat dari Allah, pertolongan dalam bermujahadah, pertolongan dalam pekara kebaikan dalam hidup. Semoga Allah merahmati semuanya.. Insya Allah..
Langgan:
Catatan (Atom)
KEMATIAN ITU PASTI!! [2025] - AKU MENULIS LAGI PADA 2026
أسلام عليكم Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ~Secara tepatnya, kali terakhir aku berjaya mencoret di sini adalah pada 22 November 2...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada mereka yang mengikuti blog aku. Hari ini aku terasa nak updatekan blog ni dengan meng...
-
1. Dalam menitip hari-hari kehidupan, ada hari kita akan "lesu" dalam menempuh perjuangan. Ada hari kita akan rasa "lemah...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...