Cari Blog Ini

Jumaat, 29 Ogos 2014

KEMPEN MENGUMPAT ZERO

بسم ألله ارحمن ارحيم 
أسلام عليكم 

~Menulis bukannya mudah.Ianya memerlukan daya pemikiran yang jreatif dan kritis dalam mengeluarkan idea yang bukan hanya berguna kepada diri sendiri tetapi sangat bermanfaat kepada masyarakat. Kalau sekadar menulis untuk suka-suka atau sekadar mendapatkan trafik kepada blog, lebih baik jadi promoter. Kerana bahan yang hendak dipersembahkan perlu menjadi amalan kebaikan kepada manusia dan bukannya menjadi bahan fitnah dan umpatan kepada semua.

~Alhamdulillah, syukur aku kehadrat Allah kerana dengan limpah dan karunia yang telah diberikan kekuatan dalaman dan luaran dalam menghadapi segala rintangan dan dugaan yang datang melanda. Namun, adakalanya kurasakan lesu dalam perjuangan ini. Namun diteguhkan oleh wanita-wanita yang mendampingi hidupku. Terutamanya, ibuku dan isteriku. Semoga Allah mengurniakan kesabaran dan kekuatan fizikal dan mental kepada kedua-duanya supaya dapat terus menjadi pengeuh kepada perjuangan aku. Amin..

~Payahnya nak mendapat idea untuk melunaskan kepuasan menulis. Ianya bagaikan tersekat lantaran kerja yang bertimbun dan betangguh. Sungguh payah hendak melayan karenah nafsu yang sentiasa hendak berehat. Sedangkan orang yang berjuang tak kenal erti rehat. Berjuangkah aku kalau macam itu?

~"M" yang sangat besar membelenggu kaki ini. Aduh..malasnya aku..

~ Sekadar peringatan bagi yang ingin mendapatkan peringatan. Kata orang teguran sangat penting dalam kehidupan kerana kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Namun teguran perlu diperhatikan supaya tidak menjadi sesuatu yang boleh menambahkan kekhilafan.

~Contohnya, kita hendak menegur seseorang berkaitan dengan penggunaan baju. Kata baju orang koyak rabak, tapi tak sedar diri lagi besar rabaknya. Bila mana kesalahan orang terus nampak besar. Sedangkan kesalahan kita sendiri pun kita tak tahu nak perbetulkan.


~ Nampak sangat tidak menghayati prinsip persaudaraan dalam Islam. Itulah.. semua nak jadikan sebab untuk memperjuangkan benda yang sia-sia. Semua nak perjuangkan norma manusia. tapi, ada tak perjuangkan kebenaran dalam al-Quran. Hukum yang bagus untuk diri sendiri, ambik dari Quran, bila tak sesuai, sisih.. Nah.. Apa erti perjuangan kita ini jika mengambil sebahagian dan membuang sebahagian?

~Kononnya nak berceramah agama.. tapi isi nya langsung tak mencerminkan kebenaran. Hati-hati, jangan berhujah mengikut hawa nafsu.

~Lebih-lebih nak bukak aib orang.. Ini part yang paling kita suka. Kita paling suka menyelak kain saudara kita sendiri kerana diri kita ini sendiri dah telanjang oleh dunia.



~ Kata nak ceramah, tapi buka pekung orang.. Kan tak baik..lebih baik kita diam. Dan berikan teguran secara terbaik. Bukan untuk menyakitkan hati.

~So..jaga lidah dan perbuatan. Biar seiring dengan jalan yang indah ini.

~Ambil ini .. kata-kata dari lidha manusia agung untuk pedoman semua..


Rabu, 20 Ogos 2014

Jika hari ini... (Dayang Khalizah)

Jika hari ini..
Kau merasakan layananku longlai,
Tidak beerti aku sudah tidak sayang padamu,
Jika hari ini kau merasakan...
Senyumanku kian pudar buatmu,
Tidaklah beerti cinta sudah lenyap dihati,
Jika hari ini kau merasakan,
Titipan cinta kian sirna buatmu,
Bukan beerti rinduku padamu turut sirna diungkai waktu,
Jika hari ini kau merasakan..
Ungkapan cintaku, rinduku, sayangku tidak seia dengan perbuatanku,
Bukan beerti aku sudah lelah menyintaimu, merinduimu, dn menyayangimu,
Dan jika hari ini.. adalah hari nya..
Maka ketahuilah wahai isteriku,
Aku hanyalah insan biasa yang belajar untuk jadi luarbiasa untukmu,
Agar bisa melayari bahtera dunia mengikut kemampuanku sebagai manusia biasa,
Yang tidak setanding cinta baginda Rasulullah mencintai Khadijah,
Kerana bezanya bagai jarak langit dan bumi,
Tapi aku berusaha untuk menjadi suamimu,
Sehinggalah nafas ini diambil pemilikku yang abadi

24 Syawal 1435 Hijrah

Jumaat, 11 Julai 2014

Titian Ramadhan

Hati kian retak. Harapan kian melambung hasratnya. Bagaimana hendak menjalani sebuah kehidupan andainya luka hati tak diubati. Sahutan hidayah yang mengetuk hujung pintu hati tak diendahkan. Membiarkan diri terus dibungkam kesepian yan tidak bernoktah. Oh Allah.. jika ini kesempatan terakhir bagiku, berilah pertunjuk kepada jalan yang Engkau redhai. Berkatilah setiap langkahku dalam menuju ke jalan Mu. Jalanku pulang untuk mencari keampunanMu sebelum malaikatMu menjemputku pulang.

Bahagianya bila diri ini dipangku inayahMu. Bahagianya bila cinta ini berbalas walaupun tiadalah dirasakan secara harfiah. Rasa itu tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata mahupun perbuatan kerana bahagianya sukar diungkapkam dengan kata-kata.

Adanya ramadhan ini memberikan 1001 ketenangan. Meredhakan keluh kesah. Mendamaikan hasutan yang bertalu-talu. Diberikan Nya lailatul qadar untuk menjadi garapankan kasih.

Terima kasih wahai Allah. Dalan kesempitan kau kurniakan waktu luang kepadaku. Untuk aku kembali setelah bergelumang dalam lautan nafsu.

Selasa, 1 Julai 2014

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

أسلام عليكم 

~Hilang bukan beerti jiwaku tenang.. hilang untuk memenuhi segala tuntutan dunia

~Bila mana segalanya memerlukan kudrat, hinggakan yang digemari turut ditinggalkan.. Gantung keyboard dulu.

~Neway, SELAMAT MENDAKAP RAMADHAN DALAM PELUKAN KASIH SAYANG.

~Jiwa dibelunggu rindu yang tidak bertepi.. Untuk kembali segera ke alam sana.. untuk bertemu dengan pemilik jiwa ini.

~Utamakan yang utama.. Hindari dari melewah-lewah.. Dan sentiasalah mensyukuri nikmat Allah..

RAMADHANKU

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..peluklah daku dengan suluh ketenangan..
 Peluklah jiwa ku dalam kerinduan ini
Selimutilah aku dengan selimut kasih sayang Rabbul Izzah
Dodoikan aku dengan alunan indah
Agar bisa aku segera berangkat bertemuNya
YAng dirindui senantiasa..
Biarpun tidak pada harfiah,
Namunnya ianya tetap membara
Cintaku pada Nya..
Peluklah aku wahai ramadhan..
agar bisaku tenang
dari lautan dosa yang aku harungi
agarku ketemui semula..
daratan keampunan..
untukku jadikan sandaran bertemu dengan Nya

4 RAMADHAN 1435 H

Isnin, 28 April 2014

Catatan Si Pendosa..

بسم الله ارحمن رحيم 
أسلام عليكم 

~Segala puji bagi Allah, tuhan sekaliam alam, yang di mana hatiku ini dan hati insan lain dibawah genggamaNya. Tiada tuhan melainkan Allah, dan nabi Muhammad s.a.w itu adalah pesuruh Allah. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Saiyidina Maulana Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda, para sahabah dan semua umat islam yang diredhai oleh Allah.

~Tap tup tap tup.. keyboard sudah dipalu. Beerti entri ini masuk dengan satu tujuan. Memberi pendidikan kepada mereka yang memerlukan pendidikan. Bukan untuk menjadi selebriti. Tapi hanya untuk memberi ingatan. Supaya ingatan ini masuk ke benak, lalu menjunam ke kalb aku sendiri terlebih dahulu. Memberi ingatan bahawa kita ini hanyalah hamba Allah yang fakir lagi daif. Tidak ada daya kekuatan kita melainkan dengan kekuatan Allah juga. Sebab itu, orang yang berilmu, akan merasakan bahawa dirinya kian tidak berilmu kerana memahami bahawa ilmu Allah sangat luas. Bijak pandai melayu mengatakan bahawa, "semakin berisi semakin menunduk, seperti resmi padi". Sebab itu melayu yang pandai-pandai, makin kurang berantakan, melihat dan berfikir sebelum bertindak.


~Isu yang hangat, bukannya sekadar hangat pada hari ini, tetapi sudah hangat sejak azali lagi. ISu tak puas hati, dendam, memang dah lama wujud. Sejak dari penciptaan Nabi Adam a.s. sehinggalah ke hari ini. Malah anak cucu kita memang akan hidup dalam zaman benci membenci. Selagi dunia belum kiamat, selagi itulah MISI IBLIS belum selesai untuk memporak peranda anak Adam. So, tak perlu dilema. Kuatkan hati dalam menempuh cercaan. Lindungi diri dan keluarga dari fitnah. Sediakan mereka untuk menghadapi dunia yang penuh kekejaman ini. Kerana, urusan manusia dekat dengan Allah, tetapi jalannya menyimpang dan menyukarkan untuk mencari redha Nya. Dan ingatlah, siapalah kita untuk menilai orang lain. Sebaik-baik pertimbangan itu adalah di neraca Mizan Allah jua.

~Sebagai contohnya, aku membantu orang untuk mendapatkan pekerjaan. Selepas itu, sebelum temuduga, aku menghubungi kenalan yang berada dalam agensi itu untuk meminta bantuan. Dan, puff!! orang yang aku tolong itu dapat kerja. Konsep biasa yang kita ketahui adalah, aku dalam cerita ini yang membantu orang untuk mendapatkan pekerjaan. Ya. memang tak disangkal. Yang kita lupa adalah, sesungguhnya rezeki itu sudah ditentukan Allah sejak azali lagi. Aku hanya perantaraan, tetapi sebaliknya memang sudah ketentuan Allah. Macam aku dalam dunia yang nyata, merupakan seorang guru. Memang inilah tugas yang Allah pilih untuk aku lakukan dalam dunia ini. Memang isteriku sekarang ini adalah watak isteriku di dunia. Dan selanjutnya-selanjutnya. Semua dah termasuk dalam ketentuan Allah s.w.t. Oleh itu, jika beroleh sesuatu yang baik, mestilah dilazimkan untuk kita untuk menyebut "Alhamdulillah" yang membawa maksud, "Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam". Alamak... jadi ustaz blog lah pulak. Tak pasal-pasal kena kritik kerana memandai dalam bab agama.

~Bukan memandai, ini adalah konsep menurut pandangan guru biasa macam aku. Bukan memandai, kerana sekadar ingin berkongsi. Kalau salah, tolonglah sangat-sangat perbetulkan. Jangan kritik yang menjatuhkan, tetapi berilah teguran. Dan kalau boleh, elakkan untuk bercakap mengenai aku dari belakang. Bukannya apa, nanti pahala amalan anda semua akan "melayang" kerana membuat umpatan. Sesekali itu, biarlah amalan kita kekal untuk diri sehinggalah pertemuan kita dengan Allah di Yaumul Mahsyar.

~Guru oo guru.. kesekian kalinya, aku mencari identiti dalam pekerjaan aku ini. Mana tak nya, terpaksa berhadapan dengan jiwa yang kosong yang membungkam setiap waktu. Hmm.. ingin dihempas rasa kekosongan ini. Supaya semua mendapat kebaikan dari jiwa yang bersih dan suci. Doa-doakan hatiku sentiasa dalam inayah Allah. Dan diampuni dosa-dosaku. Sekali lagi, aku memohon sejuta kemaafan kepada semua jika terdapat sekelumit dari setiap kata-kataku, perbuatanku mahupun hatiku dalam mengadakan "hubungan sesama manusia " ini. Bimbang, inilah dosa yang menghijabkan aku dari pandangan Allah.


Isnin, 21 April 2014

Malas....April 2014

بسم ألله ارحمن ارحيم 

~Assalamualaikum dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan Sekalian alam. Tuhan yang tiada duanya. Tuhan yang berdiri dengan sendirinya. Tidak memperanak dan diperanakan.

~Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Yang dirindui, yang dikasihi senantiasa. Kepada ahli keluarga baginda, dan seluruh para muslimin. Semoga Allah memberkati segala-galanya di dalam semua kehidupan kita. Insya Allah.

~April sudah menjelma. Semangat kian luntur. Apatah lagi dengan keadaan yang tidak begitu menyenangkan. Dugaan datang melanda, kiri dan kanan. Depan dan belakang. Bermula dari sekolah, hinggalah ke universiti. Semacam ada yang tidak kena sahaja. Bila diperhatiankan, setiap satunya pasti membuahkan hikmah. Namun, dalam mengharungi setiap dugaan ini, amatlah sukar bagi aku untuk menguntum bunga ketabahan. Kerana hatiku tidaklah seanjal itu untuk menerima segala dugaan.

~Barulah aku faham, mengapa sukarnya untuk menjadi tunjang kepada "pokok" besar di atas. Menjadi guru ini bukanlah tugas yang senang. Kalau semua sekolah melaksanakan dasar sekolah amanah, barulah cikgu-cikgu di luar sana mengerti bahawa tugas guru ini bukan senang.

~Semangat nak berblog pun dah luntur. Bermacam-macam pengalaman sudah dilalui dalam 4 bulan pertama dalam tahun 2014. Namun, belum juga ada sekelumit masa dan isu yang dapat aku kongsikan bersama semua. Masalah dengan sifat "malas" inilah yang membuat semua kerja jadi tak tentu.

~Berat saja tangan ini nak mengetuk keyboard ni..malas.. oo malas.. oo malas..


Rabu, 5 Mac 2014

KEMATIAN ITU PASTI!! [2025] - AKU MENULIS LAGI PADA 2026

    أسلام عليكم Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ~Secara tepatnya, kali terakhir aku berjaya mencoret di sini adalah pada 22 November 2...