Cari Blog Ini

Jumaat, 6 Februari 2026

KEMATIAN ITU PASTI!! [2025] - AKU MENULIS LAGI PADA 2026

  أسلام عليكم


Assalamualaikum dan salam sejahtera..




~Secara tepatnya, kali terakhir aku berjaya mencoret di sini adalah pada 22 November 2023. Hari ini, 6 Februari 2026, setelah mencecah hari ke-803, barulah coretan ini terbit semula — memecah sunyi aturan skrin kalian. Terlalu panjang masa yang aku ambil untuk kembali menulis. Seolah-olah aku sedang cuba menghidupkan kembali suara yang pernah tenggelam dalam ruang wardah yang sunyi, yang pernah terasa tidak berpenghuni.

~Secara jujurnya, coretan terakhir sebelum ini hanyalah bingkisan ketidaksediaan aku menghadapi hari-hari tanpa hadirnya seorang ibu. Perasaan itu meruntun jiwa. Menekan emosi dalam diam yang panjang. Aku mencari kekuatan dari setiap sudut untuk menulis — untuk kekal logik, untuk kekal redha, untuk sentiasa mencari jalan agar kembali mencoretkan kata-kata di sini. 803 hari bukan satu masa yang sekejap. Mak telah pergi selamanya pada 26 November 2023 — satu pengakhiran yang penuh kesyahduan. Mak pergi tepat pada hari konvokesyen aku dan isteri di UKM.

~26 November 2023 akan sentiasa hidup dalam ingatan aku. Bukan sekadar sebagai detik kehilangan seorang ibu, tetapi sebagai titik pertemuan antara kegembiraan, pengorbanan, takdir dan makna redha yang sebenar.

~Pada pagi hari tersebut, aku dan isteri berada di Majlis Konvokesyen Ijazah Sarjana Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sepatutnya hari ini adalah hari bahagia aku — kerana aku berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Pendidikan Sejarah dari UKM. Dan itu adalah Ijazah Sarjana ketiga aku. Di satu sudut kehidupan, aku sedang meraikan pencapaian akademik yang menjadi impian sejak sekian lama. Namun pada sudut yang lain, mak aku sedang bertarung dengan kesakitan yang telah berlanjutan hampir enam minggu. Mak telah didiagnosis dengan Kanser Pankreas pada akhir September 2023. Sepanjang tempoh itu, aku dan isteri bersengkang mata siang dan malam, menjaga mak dengan sepenuh kudrat dan kasih sayang yang kami mampu berikan.

~Aku bersyukur kerana Allah masih memberi ruang waktu yang indah sebelum pemergian mak. Aku sempat menyambut hari jadi mak pada 21 September 2023. Aku juga sempat menyambut hari jadi aku sendiri pada 24 Oktober. Lebih bermakna, mak sempat memeluk anak ketujuh aku, Muneera Khayla Hannani, pada 10 November 2023 — hanya 16 hari sebelum mak dijemput Ilahi. Seolah-olah Allah memberi peluang terakhir untuk mak menyentuh generasi yang akan datang daripada zuriatnya.

~Hari sebelum aku bertolak ke Kuala Lumpur, 25 November 2023, mak mengizinkan aku dan isteri pergi. Namun dalam pelukan erat kepada isteri aku, mak sempat berkata,
“Siapalah nak jaga mak?”

~Ayat itu… masih hidup dalam kepala aku hingga hari ini.

~Perancangan kami hanya untuk pergi sehari.
25 November pergi.
26 November balik.
Kerana tanggungjawab menjaga mak tetap menjadi keutamaan.

Namun, Allah lebih menyayangi mak.

~Pada jam 10.50 malam, mak menghembuskan nafas terakhir. Ketika itu, pesawat yang aku naiki sedang meluncur meninggalkan KLIA untuk kembali ke Kuching. Aku menerima berita pemergian mak apabila isteri aku, yang duduk di belakang kerusi aku, mencuit perlahan dan berkata,
“Abang, mak dah tak ada”.

~Sejurus sahaja tayar kapal terbang mencecah tanah di Kuching, cuitan itu — perkhabaran itu — menjadi ingatan yang kekal dalam diri aku.
Cuitan yang membawa seribu satu keresahan.
Cuitan kehilangan yang tidak akan pernah berganti.

Dalam diam aku cuba memahami takdir.
Dalam kaku aku cuba menerima ketentuan.
Dalam sesak dada yang tidak mampu aku tafsir dengan kata-kata, aku hanya bersandar pada satu keyakinan — bahawa mak pergi dalam pelukan kasih Tuhan.

Namun sebagai anak…
Hati ini tetap mencari suara mak.
Tetap menunggu panggilan mak.
Tetap berharap semua ini hanyalah mimpi.

Tetapi hakikatnya, malam itu menjadi garis pemisah antara dunia aku yang lama dengan dunia aku yang baharu.
Dunia tanpa hadirnya seorang ibu di sisi.

~Setibanya di rumah, aku mengambil wuduk. Aku duduk membaca Al-Quran — dari satu juzuk ke satu juzuk sehingga ke pagi. Ia bukan sekadar bacaan. Ia adalah dialog batin antara seorang anak dengan Tuhannya. Memohon kekuatan. Memohon ketenangan. Memohon hati yang benar-benar redha.

~Ketika mak dimandikan dan dikafankan, aku tetap berada di sisi. Aku duduk menemani mak sebelum mak melangkah ke “rumah barunya”. Saat terakhir aku mengucup mak, air mata hampir gugur — tetapi aku tetap menguatkan hati untuk redha.

Aku hanya mampu berbisik,
“Mak, tunggu kamek”.

~Aku menyambut jenazah mak. Aku memikul mak ke dalam rumah barunya — liang lahad — dengan penuh kasih sayang. Itulah bakti terakhir secara fizikal yang mampu aku berikan sebagai seorang anak.

Aku belajar untuk redha.
Aku belajar untuk tidak menangis.
Bukan kerana ego.
Bukan kerana maskulin.
Tetapi kerana aku sedang belajar memahami makna sebenar redha kepada ketentuan Ilahi.

~Kerana dalam kehilangan, aku belajar — kasih seorang anak tidak pernah berakhir.
Ia hanya berubah bentuk.
Daripada sentuhan fizikal… kepada doa yang tidak pernah putus.

Bahagia seorang anak bermula dari seorang IBU yang setia menadah tangan memohon kepada Allah atas kesejahteraan anaknya.

Hilangnya mak, hilanglah doa yang mustajab yang tembus ke langit tanpa hijab.

aku rindu mak
aku sayang mak
aku ingin kembali menjadi anak mak


Rabu, 22 November 2023

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

 



Assalamualaikum dan salam Sejahtera;


~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehlah kita ambil mudah sebab bukan masalah kita pun. Sedangkan Rasulullah s.a.w ajar kita untuk sayang kepada saudara kita. Ambil tahu tentang mereka. Allah arahkan perdamaian antara dua orang islam. Cari jalan perdamaian jika bertelegah.

~Demi Allah, bukan mencari simpati. Bukan mencari publisiti murahan. Bukan nak buat 'content' bagi raih perhatian. Tapi, sekadar perkongsian dari sudut lelaki marhen macam aku. Seorang guru biasa, yang sentiasa mencari Redha Allah dalam kehidupan. Penceritaan pihak pertama mencerminkan kendiri, perasaan dan juga emosi aku dalam menerobos alam kehidupan ini. Mungkin bermanfaat kepada orang lain bila tiba masanya. 

~BEBAN~

~Menubuh, mengasas dan mengembangkan satu seni yang menjadi sinonim kepada orang Melayu terutamanya di Semenanjung Malaysia, yakni SILAT; memang menjadi satu tugas dan tanggungjawab yang perlu dipikul aku kerana amanah yang telah diberikan oleh guru. Silat memang sinonim dengan hidup aku. Aku menjadikannya sebagai rutin dan silat ini diibaratkan sebagai sebahagian lain dalam hidup aku. Pendek kata, silat dah diibarat macam nyawa kedua aku. Mungkin dari segi psikologi, berdampingan dengan ilmu silat dah diibarat macam rutin harian. 

~Aku meyakini setiap dari tindak tanduk dalam persilatan aku sebagai pentas dakwah dan tarbiyyah kepada murid-murid aku. Dan semestinya, setiap tindak tanduk dalam persilatan, lebih menjurus kepada BEKALAN dan AMALAN di alam sana. Aku yakin, setiap ilmu yang aku curahkan dari tahun 2000 sehingga sekarang dalam persilatan, akan dimanfaat sebaik-baiknya oleh semua anak murid aku. 

~Tempoh 23 tahun bukanlah terlalu lama berbanding dengan orang lain. Masih ramai lagi guru-guru tua yang telah mencurahkan khidmat bakti kepada Masyarakat untuk menyebarkan dan mengembangkan mana-mana aliran persilatan. Segala sumbangan, ditambahkan lagi dengan pengurusan pertubuhan, memang sinonim dalam hidup aku. Pendek kata, aku terbiasa mengurus dan mentadbir SSG di negeri Sarawak.

~Oleh itu, masa banyak aku korbankan demi persilatan ini. Ya, bukan sejam atau 2 jam, malahan seluruh dari hidup aku memang berfokus kepada Pembangunan silat, pembentukan sahsiah anak-anak murid dan juga kelancaran pentadbiran. 24 jam! Buka mata, seusai ibadah, teruskan dengan pemfokusan kepada Silat. Anak-anak aku membesar di dalam gelanggang. 

~2008 ~ sejak tertubuhnya PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA SARAWAK, aku SETIA dengan USAHA aku untuk membangunkan Silat Seni Gayong. Aku tidak pernah melobi untuk jawatan tertinggi. Aku dengan SETIAUSAHA memang sinonim. Tak pernah mengeluh, teruskan berkhidmat. Menongkah arus, badai dan ombak BOBROK manusia terutamanya orang silat sendiri. Diasing dipulau oleh rakan-rakan seperjuangan, namun aku terus kekal dengan USAHA untuk bantu anak-anak Gayong di Sarawak mendapatkan yang ilmu yang terbaik untuk agama, bangsa dan negara. 2008 tu kira macam HALAL-lah.. aku dah buka gelanggang sejak 2003 lagi.

~1998 - aku mula menapak dalam persilatan. Ikut aliran Silat Sarawak secara bergelanggang dan rasmi. Namun, Langkah persilatan sebenarnya dah bermula awal sejak 1990 lagi. Tapi, belajar aliran Silat Sarawak bermula tahun 1998. Pada Ketika ini, mak aku memang MELARANG untuk belajar silat. Mak tak suka aku belajar silat atas alasan akan menyalahgunakan silat. Aku mintak sungguh-sungguh untuk belajar. Puas memujuk, jawapan tetap tidak. Namun, tahu-tahu dah ada baju Silat yang mak tolong buatkan. Terima kasih mak.

~Mak support dalam bangkangan. Lepas ya, mak tak pernah larang. Tapi mak sentiasa beri nasihat. Gunakan silat untuk kebaikan. Mak terus menyokong. Itulah tonggak kekuatan aku dalam bidang persilatan. Sampai ... dalam saat mak kurang Sihat... aku masih lagi serius bersilat...

~Bila tahu mak ditimpa masalah kesihatan yang sangat serius.. barulah aku Terasa BEBAN!! Ya beban rupanya yang aku pikul menyebabkan aku hilang saat-saat yang berharga. Saat menjadi seorang anak. 

~Lantas, pada saat itu.. aku ambil Keputusan untuk BEREHAT dari SILAT. SEKETIKA atau SELAMA-LAMANYA aku tidak pasti.

~MASA~

~Aku perlukan masa untuk bertenang. Perlukan masa untuk berkhidmat kepada mak aku. Aku perlukan masa untuk aku korbankan kepada insan yang paling banyak menyokong, meneguh dan membangunkan aku dalam hidup ini.

~Persoalannya.. 'rumah' yang aku bina berpuluh tahun jadi berantakan setelah kerehatan yang aku dambakan..

~Bak kata Isteriku, "Organisasi ini tanpa kamu, diibaratkan rumah yang tak ada tiang seri"

Isnin, 20 November 2023

UJIAN ALLAH ITU PASTI (1)

 Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

~Makan setahun juga untuk diambil bagi mencoretkan kata-kata dalam ini. Usang, berhabuk, tak berpenghuni. Hanya kenangan sebagai guru Sahaja dapat dilihat dan dibaca di sini. Ibarat rumah tiada berpenghuni, lusuh dan tidak ada serinya.

~Bukan apa, masa sangat singkat. Komitmen usah ditanya. Dengan bertambahnya umur, maka bertambahlah lagi keutamaan dalam kehidupan. Pangkat, kerjaya, anak, disamping Kesihatan yang semakin tidak menentu. Maklumlah, usia sekarang sudah hamper menjengah ambang 40-an.

~Tapi minat dan keinginan masih lagi galak dalam menghasilkan idea dalam penulisan. Minat disebabkan oleh masalah yang menekan jiwa. Oleh itu, aku pilih untuk jadi introvert. Kecilkan lingkungan social. Elakkan ribut social. Supaya hati yang resah, dapat diredakan dengan cara tersendiri. Bukan kerana ingin menjauhkan diri, aku pilih introvert supaya lebih masa untuk mengadu kepada Allah s.w.t.



~Renunglah.. masa sangat pantas berlalu. Hati sentiasa berbolak balik. Bahagia tidak akan sentiasa dikecapi. Usia bukan semakin berkurangan, malah bertambah-tambah untuk sampai ke garis penghujung. Amal, sedekah dan ilmu yang dimanfaat sahaja yang boleh dibawa ke alam sana. Alam kerehatan bagi mereka yang berusaha menjadi terbaik disisi Allah. Tapi, apakah Nasib kita nanti? Baik atau buruk?

SETELAH SETAHUN MENDIAMKAN DIRI

~Setelah setahun mendiamkan diri, menahan diri dari menulis dalam Blog, kini ternyata aku memerlukan kata-kata pendorong untuk bantu kekal dalam perjuangan ini. 

~6 Oktober 2023. Satu permulaan yang paling perit dalam hidup aku dan seluruh keluargaku. Tiang seri rumah, bonda mengadu sakit di bahagian perut. Ceritanya bermula bila aku nak menyempurnakan tugasan dengan JKKN. Usai solat jumaat, mak mengadu sakit perut. Lanjutnya, mintak dihantarkan ke hospital.

~Aku dan isteri menurut. Dibawa ke Hospital Swasta. Sebelum ini pernah dirujuk oleh klinik untuk di CT SCAN, tapi mak menolak sebab nak pergi ke klinik doktor biasa dilawati oleh keluarga. Tapi hari ini, benar-benar mak nak pergi ke Hospital Normah. Bermula dari jam 2.45 petang, sehingga lebih jam 5.00 petang, mak mendapat rawatan. Aku beranggapan GERD atau gastrik yang melampau. Kerana mak sebelum ini memang ada kena gastrik yang menyebabkan dia langsung tak ada selera nak makan.

~Doktor cadangkan CT SCAN dibuat ke atas mak untuk periksa kenapa sakit perut berpanjangan. Allah, kebetulan dah nak masuk tengah bulan. Tapi, tak apa, demi mak, aku cari ikhtiar. Maka dibuatlah MRI ke atas mak. Dari saat itu, hati tak pernah luput berdoa supaya tidaklah mak aku didiagnos dengan penyakit-penyakit yang berbahaya.

~Masa konsultasi dengan doktor, doktor tak boleh nak sahkan. Cuma ada beberapa symptom seperti yang sangat mirip dengan kanser iaitu:

1. Berat Mak dah turun sangat-sangat dari 63 kg selepas raya, kepada 45 kg waktu di rawat di Hospital

2. Ada ketumbuhan/ cyst sebesar 5 cm x 6cm dalam perut mak.

3. ada Metastasis nodal (dikhuatiri sel kanser) yang sudah merebak dalam Kawasan perut mak

~Masih tak boleh nak terima kenyataan. Balik berbahas dengan isteri, carik harapan dalam pembacaan. Cuba bersadu kepada Allah untuk tidak membenarkan kenyataan ini. Danpaling berat sekali, "AKU BELUM BERSEDIA UNTUK KEHILANGAN MAK!!"

~Begitulah fasa permulaan dalam hidup menghadapi ujian Allah yang berat ini. Persediaan untuk kehilangan orang yang paling memahami kita. Insan yang banyak membantu ketika jatuh dan bangunku dalam kehidupan. Insan yang segala-galanya bagi aku. MAK.. sukar untuk terima kenyataan, sehingga seluruh anggota badan jadi lemah. Sepanjang-panjang perjalanan balik dari hospital, memang tak boleh nak tahan air mata mengalir. Aku lemah. Dan aku tak sanggup kehilangan mak. Tak ada orang dalam sanggup kehilangan mak. 

~Mak request nak makan tom yam. Aku ajak dia makan di Parimpan. Sikit saja yang dimakannya. Mak kata sedap. Dalam melawan perasaan takut kehilangan, terselit juga kebahagiaan dalam hati. Mak masih mahu makan. Sebab, aku risau mak tak nak makan..

~Imbauan 2023 --- Aku tinggalkan jawatan untuk Bersama dengan mak. Untuk menjaganya. Walaupun dalam situasi yang sangat baik, posisi yang betul dalam perjawatan, aku tinggalkan demi mak. Ini cerita 2013. Ketika itu masih di PPD Baram. Tak apalah, jawatan boleh diganti. Tapi, mana mungkin mak diganti. Kau carilah serata ceruk dunia, masakan kau berjumpa dengan kasih sayang serupa yang diberikan mak.

~7 Oktober 2023. Doktor dari Hospital Normah minta mak hadir semula untuk ultrasound. Hari Sabtu, awal kami berangkat ke Hospital untuk bawa mak. Hati kecil berharap agar ianya bukan kanser. Kalau kanser sekalipun, biarlah tahap permulaan. Boleh diubati. Selesai pemeriksaan, doktor tak boleh buat Keputusan disebabkan tiada sampel yang diambil untuk pengesahan. Maka perlu dirujuk ke klinik pakar. Aku masih merahsiakan dari pengetahuan semua orang termasuk adik beradik kerana masih berharap ianya bukan kanser. Sentap seketika.. tak boleh nak gambarkan perasaannya. Masih tertanya-tanya. Masih dalam fasa menafikannya. Masih tak BERSEDIA!!!

~Namun doktor juga membenarkan diagnosis pertama iaitu lebih kepada kanser. Dan telah merebak. Tahap-tahap pun masih tidak diketahui. Mak sendiri pun tak tahu dia sakit apa. Dan masih yakin, dia hanya sakit perut. Pada waktu ini, kondisi mak masih baik. Cuma, makannya dah tak banyak sebab setiap kali makan, terasa sakit di bahagian perut. Allahu..

~Ajak mak singgah sarapan. Mak asyik tanya, "Mak sakit apa?" Aku cuma jawap, "sekda papa mak". Biasalah sakit perut. Pada tanggapan, aku masih belum bersedia untuk bagitahu mak sebab aku sendiri pun tak pasti dengan diagnosis doktor. Unless, doktor dah sahkan, barulah aku boleh bagitahu. Mak masa ini masih boleh berjalan sendiri. Mak masih gagah untuk berdiri. 

~Sewaktu di kedai makan, isteri beri informasi "metastasis" itu apa. Rupanya, metastatis Adalah sel kanser. Jangkaan doktor, mak kena kanser hempedu. Laju saja air mata mengalir. Yang tak dimahu, itulah yang hadir. Oh Allah.. beratnya ujian mak aku. Di saat usia tuanya, diuji Allah dengan penyakit..

~"AKU TAK BERSEDIA"

~Kerap kali aku ulangi perkataan ini. Aku masih tidak mampu menerima tekanan dari himpitan perasaan yang dicipta diri sendiri. Aku kaget. Aku tidak mahu. Aku masih ingin merasai belaian kasih seorang mak. 

~Bermain dalam fikiran aku, betapa banyaknya masa yang telah aku cuaikan dalam menjaga ibu. Banyak masa telah berikan kepada masyarakat berbanding kepada ibu sendiri. Banyak masa yang aku korbankan, tapi seringkali aku mengabaikan mak. Aku sering hadir tepat pada masanya bila berbakti kepada agama dan bangsa. Tapi, aku culas sekali berkhidmat kepada kedua orang tuaku. Walaupun serumah, seringkali juga tidak bertemu lebih dari 1 jam!! disebabkan oleh komitmen kepada SILAT.

~Oh, aku lupa. Aku masih memiliki ibu yang sentiasa mendoakan kejayaan aku. Kejayaan aku dalam SILAT adalah disebabkan doa ibuku yang senantiasa mendoakan kebaikan padaku. Betapa aku ingin menyalahkan USAHAKU. 

~untuk menjadikan adil, maka aku ambil keputusan untuk 'undur diri dari jawatan' dalam pertubuhan.. (bersambung)..

Rabu, 12 Oktober 2022

CERITA PINDAH 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..


~Berpindah Adalah putaran roda kehidupan yang sentiasa bergerak tak kira pelahan atau laju. Mana-mana pun akan berpindah. Dan yang pasti, kita akan berpindah dari FANA ke BARZAKH.

~Bila bercerita tentang PINDAH, ya..dimaklumkan, tanggal 12 September 2022, aku telah berpindah dari SMK Seri Setia Kuching ke SMK Tunku Abdul Rahman Kuching. Perkhidmatan di stesen lama berjumlah 9 tahun 1 bulan 25 hari menyumbang bakti di Kampung Tabuan Melayu. Alhamdulillah


~Berpindah dari jarak 23 km ke jarak hanya 7 km dari rumah. Wow!! satu penjimatan terbesar dalam sejarah perkhidmatan. 

~Janggal.. itu perkataan pertama yang meluncur dari mulut setelah 3 minggu berada di sini. Dengan suasana yang berbeza dari stesen lama, sudah pasti memberikan Kesan KERINDUAN yang mendalam kepada stesen lama. Baik sekali mana pun, tenang seperti mana pun, xdapat menandingi iklim di stesen lama.

~Rahmat dalam Derita. Perpindahan ini juga Adalah Rahmat kepada aku kerana tidak perlu berdiri bagi pihak lain dalam menyatakan kebenaran. Tetapi, Derita yang aku tinggalkan sebenarnya Terasa pedih bila rakan-rakan yang dah 9 tahun kenal, ditinggalkan.

~Masihh belum beradaptasi, tapi insya Allah, kita usahakan untuk menjadi yang terbaik. Kita kuatkan hati untuk menjadi insan yang tak dipuji di bumi, tetapi insan yang disebut-sebut di Langit seperti Uwais al-Qarni. Usaha untuk menjadi yang terbaik.

~Semoga perpindahan ini menjadi satu keberkatan kepada seluruh kehidupan aku. Aminn..

Khamis, 6 Oktober 2022

BILA ADAB BERGURU HILANG DALAM ORGANISASI

 Bandingan petunjuk dan ilmu yang diutuskan kepadaku ialah seperti hujan yang menimpa bumi. Maka sebahagian daripada bumi itu ada tanah yang subur menyerap air lalu menumbuhkan rumput dan tanaman lain yang banyak. Dan terdapat sebahagian daripadanya tanah yang keras yang tidak menyerap tetapi menakung air. Allah SWT menjadikannya juga bermanfaat kepada manusia lalu mereka minum, memberi minum dan menyiram tanaman dengannya. Dan terdapat pula sebahagian daripadanya tanah yang keras dan rata yang tidak menakung air dan tidak menumbuhkan tanaman.

Itulah bandingan orang yang memahami agama Allah SWT dan mengambil manfaat daripada ajaran yang diutuskan kepadaku lalu dia belajar dan mengajar. Dan juga bandingan orang yang tidak menghiraukan langsung (ilmu yang aku sampaikan itu) serta tidak mahu pula menerima petunjuk yang aku diutuskan membawanya.” 

Riwayat Bukhari (79) dan Muslim (2282)

 


1.       Begitulah bandingan mereka yang berbuat buat terhadap guru dan beradab kepada ilmu yang telah diberikan kepada mereka. Salah satu dari contoh ilmu yang bermanfaat bagi mereka yang benar-benar memahami.

2.      Islam mengajar kita untuk mentaati guru selagi mana guru mendidik kita ke arah jalan yang benar. Oleh itu, amat rugi sekali bagi mereka yang telah diberi didikan yang baik, namun tidak mampu untuk meneladani kebaikan yang telah ditunjukkan oleh guru kepada kita.

3.      Banyak kali juga ‘benak’ atau ‘ombak jahil’ datang dalam hidup. Kadang-kadang kecewa, kadang rasa hendak putus asa. Bahkan kadang-kadang rasa ingin mengalah dalam perjuangan.

4.      Berat tanggungjawab dan amanah yang hendak dipikul. Bukan sekadar ‘bersuka ria’ dengan jawatan, tetapi bila hendak dikerah untuk melaksanakan tanggungjawab, semua beri alasan.

5.       Berkali-kali ditegur, berkali-kali diajak. Berkali-kali diberi peluang, tetapi, bila ADAB KEPADA GURU tiada, beginilah jadinya. Ibarat, ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’ guru dibuatnya.

6.      Kecewa.. namun apakan daya. Tak semua orang seperti kita katanya. Tapi, memang gagal dalam menyantuni guru. Gagal.. dan terus gagal. Jangan pula, bila guru tiada, masa itulah mengaku bagai. “itu guru aku.. dia cikgu aku..”. Dah mati pun. Tinggal ajaran jak lagi. Jasad dah berpisah dari roh. Tiada lagi pun nasihat secara fizikal. Semuanya.. auta. Sirna oleh detik kematian.

7.       Aku rasa, aku dah usaha yang terbaik untuk bantu semua anak-anak murid persilatan untuk mendapat ilmu gayong. Bukan ambil laba sorang-sorang. Kalau ambil ilmu, aku bawa berteman. Bukan apa, ilmu baik, kita kongsikan. Bukan buat private. Lepas tu, minta duit berjela-jela. Kursus sana sini.

8.      Aku bantu hadirkan guru-guru yang terbaik, bantu anak-anak gelanggang. Dari habiskan duit ke seberang, jemput guru untuk semua orang. Bayaran kita tong-tong. Sikit sorang, janji guru selesa, makan minum terjaga. Ilmu juga dapat diberikan dengan tenang tanpa rasa berhutang.

9.      Boleh saja jika aku hendak gunakan duit sendiri ke seberang. Belajar sorang-sorang. Kutip ilmu dengan tenang. Balik-balik saja, terus buat ‘kursus terbang’. Jadikan ilmu sebagai bisnes. Tapi, amanah membatasi gerak geri. Ya.. amanah!! Jika bukan kerana amanah, sudah pasti aku buat sorang-sorang. Boleh juga dibuatkan modal dalam mencari harta dunia. Itu kalau aku tamak dan haloba.

10.   ADMAR ajar..Tiang yang paling penting dalam penuntutan ilmu ialah taat setia yang tidak berbelah bahagi. Tamak-ahmak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu

11.    “tiang” merujuk kepada satu sistem yang mengukuhkan bangunan dan dalam konteks mempelajari ilmu persilatan, “tiang” juga merujuk kepada pendirian dalam diri. Oleh itu, penting untuk setia dan taat kepada guru selagi mana tidak melanggar syara’.

12.   Namun, yang menjadi satu persoalan, jika guru membawa jalan kepada sulur ilmu, mahukah murid menerimanya dengan baik? Jawapannya bergantung kepada murid itu sendiri. Niat pada permulaan itu penting. Mengapa hendak memilih untuk berada pada jalan Silat Gayong? Adakah berkehendak kepada jawatan, sandang atau apa-apa sahaja? Maka perbetulkan balik sebab di sini tiada jalannya. Kalau berhajat ilmu, di sinilah jalannya. Insya Allah.. tapi jalannya ‘sangat panjang’ dan meletihkan. Wujudnya ‘asam dan garam’ dalam perlimau sintuk tapak menjadikan satu simbolik kepada betapa ‘masamnya dan masinnya perjuangan dalam gayong’. Masin tu yang tak tahan, siap datang penyakit darah tinggi / high blood pressure. Mana tak, dengan pelbagai pe’el dan karenah baka kau hadap dalam pertubuhan ini. ‘Bersirap darah pendekar’ lah bagai.. tapi, bila dihumban MASALAH, mudah betul kau mengalah.

13.   Zaman sekarang, bukan murid bertanya untuk kemudahan guru. Dulu elok jak adabnya. Guru datang sekolah, siap tunggu guru untuk angkat barang. Pada masa kini, kau hadaplah. Guru pula terkejar sana sini mintak bantuan. Allahu.. beginilah kehidupan. Nak mintak bantuan pun terpaksa menebal muka, menebal jari dan emosi. Malu.. tapi apakan daya. Kau tak mampu nak bekerja sendirian.

14.  Kalau kita bincang aspek KESIBUKKAN dalam hidup. Mari aku bagi bandingan yang nyata lagi berbeza. 2 isteri. 6 anak. Kedua-dua ibu bapa yang sangat memerlukan kau. Kerjaya sebagai guru. Kewangan yang tidak menentu dan dalam menuju kestabilan disebabkan faktor dapur yang ‘besar’. Dalam ujian untuk menghabiskan phD, assignment bertimbun. Kerja sekolah yang tidak pernah lekang. Kerja pengkeranian di sekolah bukan sekadar atas talian, luar talian lagi. Kursus-kursus atas talian. ‘Kerja cari masalah – urus pertubuhan lagi’. Oh! Kadang-kadang terasa hendak mengalah. Nasiblah punyai 1 ratu hati, 2 permaisuri yang sangat memahami konteks kerja. Emak oo emak.. di situlah kekuatan yang tidak ada pada yang lainnya.

15.   Ya, kita sendiri mencari masalah. Tapi, dah nama berpeSATUan, masakan kita tidak dapat luang sedikit dari beratus ribu saat dalam kehidupan kita untuk bantu sekadar termampu? Mahal sangatkah keringat kita sehingga guru sendiri mencemar duli bertanya bantuan. Sesungguhnya, bantuan yang benar juga datang dari Allah. Namun, aku pasti malu jika tidak mampu menyantuni guru-guruku dan juga tetamuku. Itu yang pasti. 


16.   Berpeganglah pada prinsip, “mudahkan urusan insan lain, Allah akan permudahkan urusan kita”.

17.   Bagi aku, bila guru dah mula bersuara mohon bantuan, bermaksud kita telah menjadikan ilmu jadi tak berkat. Mula dah goyah pada perpaduan. Mula dah berantakan identiti. Tak mampu untuk bersatu dalam kekuatan. Maka tunggulah saatnya dan ketika kita pula diuji dengan ujian serupa.

18.   Bila guru terpaksa “meletakkan maruahnya” di tapak kakinya semata-mata hendak bantuan. Allahu.. guru oo guru. Tak perlu engkau merendahkan maruah mu sehingga ke dasar ‘benak’. Ingatlah, Allah sebenarnya mengujimu. Memintamu mencari jalan keluar hanya dengan bantuan Allah swt.

19.   Jika anak-anak didikmu tidak membantu, beerti, Allah mencari ruang untuk kau kembali kepada Nya.

20.  Namun tahniah kepada guru yang sentiasa merendah diri. Walaupun murid akan ‘sombong’ disebabkan bantuan yang diberikan, menjadi mereka naik kepala, menjadi ‘keras hatinya’ lantaran bantuan diberikan, bahkan menjadikan mereka lebih ‘makrifat’.... namun, yang pasti.. ilmu anak-anak didikmu.. TAWAR. Mesti tak menjadi.

21.   Sekali lagi namun, fikir balik.. bagaimana pula kita menyantuni guru kita? Murid kita cerminan kita. So, berbaik sangkalah kepada Allah sentiasa.

22.  Apa-apa pun, teruskan bersemangat!! Jalankan amanah dengan apa yang tersisa. Biar terkorban di dunia, insya Allah, Allah hitung semua yang kita kerjakan. Redha Allah dalam setiap apa yang kita kerjakan.

23.   Tetaplah dalam memberi manfaat kepada orang walaupun kau TERBUANG DAN TERHINA.

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin. (Az Zariyat 51:55)

 

~SENYUM MENUJU SYAHID~

Khamis, 1 September 2022

BENAK, SERABUT, GILA-NAK? JOM ZIKIR..

 

1. Dalam setiap helaian kata-kata kita, pasti akan menyebabkan orang rasa terkilan dan kadang-kadang tidak faham mengapa kita bertindak sedemikian. Tindakan kita, sukar hendak difahami kadang-kadang orang lain dan sering disalah erti kerana mereka berada dan "RASA" mereka berada dalam kalam kebenaran. Jalan dipilih jalan BENAR dan tindakan mereka BETUL. Sebagai kesimpulannya, semua Tindakan orang lain dikira sebagai Tindakan yang salah. Dibuat pelbagai kaedah dan cara, tetap tidak "senang" di hati mereka. Bila mana baik sekali pun, tetap JAHAT pada pandangan mereka. Begitulah.. hati busuk lagi bernanah. Gambaran kepada cara pemikiran orang SELALU berasa BENAR.

2. Setelah sekian lama, rasanya, perlu lah juga kita memilih jalan perundangan bila fitnah dilemparkan sangat sadis dan menyalahi etika sebagai seorang guru. Jangan menyalahi etika profesionalisme. Memanjang cari kesalahan guru lain lepas tu, pergi SEBARKAN dengan murid. Aduh.. macam tak ada kawan nak berbual. Keluarlah gambar siap kau letak nama orang di bawah. Walaupun singkatan, kau tak rasa pekerjaan ini tidak beradap. Ibarat seperti "baling batu sembunyi tangan". Berani di dalam media. Berani kerana ada PAYUNG. Tapi, berdepan, "aku pun tak sudi nak pandang wajah-wajah". Paling sadis, bermuka-muka. 

3. Bila buat siasatan, jangan cenderung untuk sampai konklusi dengan menekan "nama orang untuk disabit" semata-mata nak puaskan hati hitam kita. Tak perlulah sampai nak memburukkan rakan sekerja. Mana "PENGARUH TELADAN" yang hendak ditunjukkan kepada orang? Kenapa perlu memilih jalan dibenci dan membenci?

4. Guru BAHARU bukan menjadi "api dalam sekam" dalam menghadapi guru-guru senior. Hilang payung nanti, kesian pulak dipulau. Kita mestilah mengamal budaya saling menghormati, bekerjasama, dan memuliakan kesederhanaan. Jangan galau sangat dengan ugutan.Takkanlah kita nak bermasam muka sampai ke habis perkhidmatan. Lawan dengan keseronokan bekerja. Lawan dengan kecemerlangan. Bukan lawan, "pijak kepala orang" untuk naikkan jawatan kita. Tak habis dik. 

5. Kau bandingkan, 4 bulan perkhidmatan di stesen baru, bukan kau menguasai 100% genetik dna kampung atau komuniti berbanding 10 tahun berkhidmat di komuniti tersebut. Batch permulaan sampai sekarang, legasi yang tinggal semasa PdP berlaku dalam 10 tahun, dah menyerap dalam komuniti setempat. Dik, dunia ini, ibarat roda. Kami dah berada dalam putaran roda. Dari bawah ke atas, dan sekarang Kembali ke bawah. Ini benda lumrah. Normalisasi dalam kehidupan. Jatuh disebabkan "dengki". Insya Allah akan Kembali dengan penuh AKSI.

6. KESAL. aku kesal dengan perkataan yang boleh menghina anak-anak murid aku. Budak dah penat, budak dan berusaha, tiba-tiba keluar penyataan, "silat bukannya ada apa-apa". Adoi.. Dah tak terkata. Dah tak tahu lagi nak keluarkan penyataan apa. Tapi, ketahuilah. Perkembangan murid memamg kita perlu pantau sentiasa. Kita ni, guru. Bukan pengkritik. Kita bina sahsiah, akhlak dan perkembangan fizikal murid supaya lebih berfungsi pada negara dan bangsa. Apalah nak cari masalah dengan aku dengan melibatkan budak? Aduh..kebudakan terus.

7. Banyak benda nak ditulis, tapi macam tersekat di skala ketujuh. Macam... biarlah.. nak cakap banyak pun tak guna. "Kuali" tetap "Kuali".


Jom berzikir...




Isnin, 21 Mac 2022

ANJING MELALAK KE BUKIT ADALAKALANYA TANDA-TANDA BOBROK PADA BUKIT

 أسلام عليكم 


1. Ada orang bertanya, "eh bro, kau tak penat ke melalak ke bukit bagaikan anjing, gunung tak runtuh, suara kau hilang". Aku berlapang dada untuk menjawab soalan ini walaupun pada hakikat ada benarnya. Ya, sebelum kau mengkritik orang, kau perlu ingat, tiada jalan pintas untuk orang tahu tujuan kritikan. Yang orang tahu, kau hanya mengkritik, membobrok, menghina dan sebagainya. Hakikatnya, jauh dari sudut hati aku, sebelum nak kritik, kita belajar dulu menerima pandangan orang. Jangan hanya guna pandangan orang sebanding dengan kau saja, paling tinggi kau dengar, paling rendah kau pun kau perlu raikan.

2. Pendapat orang berbeza-beza kerana sudut pandangan orang berbeza. Adakalanya juga, orang-orang ini exaggarate (membesar-besarkan) hal yang kecil. Kau dengar dan cuba selami dari sudut positif tanpa lupa untuk meraikan pandangan. Cuma, kalau berkerjasama dengan kemungkaran, itu kena hindarilah. 

3. Berbalik cerita soalan di atas. Cuba perhatikan satu ayat al-Quran. Indah diucapkan, mengajak kita memahami sesuatu yang benar-benar mustahil, tapi laksanakan dengan penuh kesabaran.  Sebab itu kita rugi tak ambil kesempatan untuk membawa rakan-rakan ke arah kebaikan dalam berpesan-pesan. Dan sabar itu sangat indah. Mungkin bukan sekarang "dia" mendengar kritikan dan pesanan kau, tapi, mungkin suatu hari "dia" akan dengar dan sedar. Bahawa, pesanan kau selama ini, untuk kebaikan "dia". Sedangkan yang melukut pada pautan lengan dia pada ketika ini, hanya memusnahkan tanpa disedari.





4. Sebab kita jangan pernah lelah dalam menasihatilah kita tak perlu berasa "penat" dalam menasihati. Kita pun inginkan satu organisasi yang cemerlang. Mana ada orang nak berkerja tempat yang buruk? Semua mahu majukan organisasi. Tapi, perlu ingat dan faham, setiap kita punyai posisi dalam organisasi. Kalau asyik kena pijak, mahu tak orang melawan balik. Yang dipijak bukan binatang macam lembu, boleh bekerja tanpa kritikan dan alasan, ini manusia. Ada hati dan perasaan. Ada akal. Ada keluarga yang hendak disuapkan rezeki.

5. Kita pun mahu yang terbaik dalam sisipan rezeki kita. Kita mahukan juga keberkatan dalam suapan nasi ke mulut anak-anak. Bukan kita suka hendak mengkritik melainkan KAMI MAHU PANDANGAN KAMI DIPERTIMBANGKAN. Bukan kau hindar dan ADU DOMBA dengan pelbagai pertuduhan yang aku rasa tak berasas. Kalau kita ingat, orang lain buat tuduhan tak berasas, begitu jugalah dengan kami. Dituduh dengan pertuduhan yang tidak berasas.

6. Yang hairan bin ajaib, kesalahan kau diulang berjuta-juta kali. Disebut, didagang, dilacurkan dalam setiap mesyuarat. Seolah-olah tindakan kau sangat hina sampai boleh menjejaskan kredibiliti kau sebagai pendidik. Balik lagi kepada ayat di atas, kau lihat dari sudut positif. 

7. Kita hanya mengamin kerja rakan-rakan kita yang lain saja. Bagi aku, dengan pendekatan yang digunakan yang berteraskan kepada ganjaran dan denda, banyak merubah landskap sekolah yang dulu terkenal dalam masalah disiplin. Pandang dari sudut positif, guru-guru bola sepak banyak membantu perkembangan personaliti anak-anak di situ. Aku masih ingat, 2014, murid sangat nakal. Dan sekarang, dengan hasil didikan dari pembelajaran bola sepak diadun dengan disiplin, ramai Kohort 2014 menjadi anggota berpakaian seragam. Namun kau tahu? jasa cikgu ini langsung "dibuang ke tepi" lantaran masalah peribadi guru. Lupa kamu.. peribadi guru tak mengganggu kredibiliti guru.

8. Dulu tengok dari jauh dah berlari masuk kelas. Sekarang, bagaikan "rumah asap" bergenang dengan asap-asap nikmat. Dulu, gempur "rumah asap lelaki", berbulan-bulan tak berasap. Sekarang, pagi kau tegur, selang 10 minit berlangsung kembali. Lalu rumah asap pun sampai keluar boleh hidu. Gertak murid tak boleh kau kata, tapi dah berkali-kali ajak kau bertumbuk. Aku? Since 2015, tak pernah budak ajak, aku ajak sparring ada dalam gelanggang. 

9. Berapa ramai budak silat yang dah mengembangkan karier dalam pasukan beruniform. Jadi askar, komando, polis, tentera laut. Aku ajar silat untuk bantu mereka kejar profession. Tapi, yang kau dapat, cerita rotan berpanjangan. Yang negatif dicanang, yang jadi manusia kau buat-buat lupa. Jangan begitu kawan. 

10. Dengar sini. Aku tahu ini dan aku sematkan dalam hati. Kritikan aku tetap tidak menumbang kedudukan kamu. Ingat, Allah melantik kita jadi pemimpin. Walau menyalak mana pun aku, aku tetap disitu. Guru. Kamu tetap kedudukan itu. Cuba, perbetulkan, mana tahu, dengan kritikan kami, kamu berjaya jadi lebih GLAM~GLAM. Kami tetap disitu. Dengan pandangan penuh kehormatan. Sebab Allah memuliakan anda sebagai pemimpin. Bukan tak terima kepimpinan. Megat Seri Rama pernah bermadah kepada Al Marhum Sultan Mahmud (mangkat dijulang), "raja yang adil raja yang disembah, raja yang zalim raja yang disanggah".

11. Aku tetap guru. Gred tetap 41 walaupun ada kenaikan "time based" sekalipun. Tetap 41. Begitu juga dengan penasihat 25%. Tetap kita disitu. Cuba tukar angin. Kita sama-sama menjulang visi dan misi sebagai satu pasukan. Meminggirkan bukan jalan terbaik. Sebab yang baharu, tak sama dengan lama. Kalau tak ada yang lama, pasti tak ada yang baru. Fikir-fikir. Duduk dalam kasut kami sekali sekala.

12. Kau tetap guru walau dihina. Kau tetap guru walau dilapor. Kau insan terpilih untuk mendidik jiwa-jiwa anak-anak ini. Jangan persiakan masa perkhidmatan dengan konflik yang belum tentu dimenangi oleh pihak-pihak tertentu. Sebab, sejurus tubuh kamu dibalut kain kafan, seusai mencecah lantai rumah "baru" yakni alam kubur, posisi kamu pasti diganti dengan orang baru. So, fikirlah. Damailah dengan rahmah. Bersempena Syaaban yang indah, akan bermula tirai ramadhan. Sama-samalah kita berdamai dengan ketenangan. 

~catatan guru yang fikirkan kedamaian~

Jumaat, 18 Mac 2022

KIPASAN MAUT UNTUK KESEKIAN KALI~AMUK

 1. Kau rasa nak gelak ka nak nangis? Bila terima jadual. Yang mana pilihan nafsumu? Nak salahkan orang, or kau nak terima dengan hati positif?




2. Aku terima dengan positif. Dengan jutaan tekad dan nekad. Nak bantu cemerlangkan kelas-kelas peperiksaan seperti mana dijayakan kelas 5 Sains 2016. Kejayaan manis sepanjang bergelar sebagai guru Sejarah. Dalam satu kelas 13/18 dapat "A". Tak kiralah apa jenis "A", yang pasti usaha aku untuk bantu anak-anak murid ini, mungkin tak nampak depan mata MEREKA, tapi jelas terbukti pada pencapaian anak-anak murid ini. Ramai dah habis zaman universiti mereka. Ada yang seusai mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah.. lelah.. tapi berbaloi dengan semangat kental kau. Kau bantu bukan sekadar mereka cemerlang dalam peperiksaan, tapi kau bantu DIA MENJADI MANUSIA.

3. 13 orang kau dapatkan "A", selebihnya 4 "B" dan hanya seorang sahaja "C". Itu kalau aku nak "all out". Tapi berbaloikah? Jawapannya, kau sendiri fikir. Aku rasa jawapan itu, baik disimpan untuk diri sendiri. Sebab kepuasan diri.

4. Nak hancur karier orang lain dengan memberikan jadual sebegitu? Alasan guru tak perform. Hakiaktnya, guru malas nak perform sebab keperluan kendiri tak dipenuhi. Kebebasan atau autonomi. Benda bukan kecil. Tapi, bila mana nak suruh orang perform, KEBAJIKAN kami yang hina dina ini perlu diambil perhatian. Kalau sekadar nak puaskan hati orang, baik xpayah kerja. Sebab sampai bila-bila pun kau tak akan puas. Manusia lah katakan.. Syukur itu indah dibibir, belum tentu indah dizahirkan.

6.  Haha.. nampak sangat takut dengan bayang sendiri. Kita bekerja untuk Allah dalam semangat nak memajukan sekolah. Tapi, kau pergi hentam orang-orang yang sama duduk dalam perahu kau? Jaga kebajikan. Bukan kejar glamour. Benda glam glam ni, orang pandang sekejap saja. Lepas beberapa ketika, kita pencen, hilang glam glam..mana dia dulu yang strict? Mana dulu yang vokal? Mana dulu yang glam glam.. semua hilang. Jawatan pasti berganti. Budi kita kita juga yang dibawa mati.

7. Paling-paling pun, kita segera bermuhasabah diri, betulkan mana yang ditegur. Kalau benda yang kita kerjakan benar, terangkan dalam nada menerang. Bah.. Islam itu mudah. Kenapa perlu kau tunjuk bahawa Islam agama menyanggah pendapat orang lain?


8. Bila mana kau merasakan kau di aniaya orang, sedarlah, tingkah laku kamu lebih lagi menganiaya orang. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita atas dosa yang kita sedar atau tidak.





9. Macam mana kita buat orang, begitu Allah akan kembalikan semula perbuatan jahat itu pada kita. Kalau kita tak buat macam tu, memang tak akan jadi. Melainkan, kau wali. Tapi layakkah jadi wali? Cermin dulu diri kita. Aku? ya.. tak layak pun nak tegur. Tapi atas prinsip kita sesama sauda, aku luahkan dan tegur. So, terlepaslah aku dari dipersoalkan atas perbuatan yang nampak di mata.

10. Aku ok. Tetap ok. Bak kata rakan-rakan. Pindah? Tidak sama sekali. Lawan? Ya.. lawan dengan senyum. Takut? Tidak sama sekali. 25 atap genting pecah, hatta mukamu. Bertumbuk? Biarlah..memori lalu mengusik jiwa. 

11. Jum layan lagu AMUK..                          


   "KIPAS"

Kipas mengipas pulas memulas

Dasar pemalas asal keatas

Biar terbungkam bangsa terjunam

Asalkan dendam nak ke kayangan


Mimpi keagungan

Suci pula dicemarkan

Muda menghitung lama

Tua pula menghitung dosa


Biar tergadai tanah seinci

Asal tercapai

Dihajati dikejari

Berilllusi disanjungi


Kipas kipas kayu arang

Tukang kipas batu arang

Letak macam cili padi

Tapi baru taruh gula


Kalau ada yang begini

Selangit tujuh kuala

Hey hey

Dasar malas tukang kipas

Pijak orang


Kipas mengipas orang malas

Pijak memijak dasar haprak

Kipas mengipas orang malas

Pijak memijak dasar haprak

Hey yeah


Mimpi keagungan

Suci pula dicemarkan

Muda menghitung lama

Tua pula menghitung dosa


Biar tergadai tanah seinci

Asal tercapai

Dihajati dikejari

Berilllusi disanjungi


Kipas kipas kayu arang

Tukang kipas batu arang

Letak macam cili padi

Tapi baru taruh gula

Kalau ada yang begini

Selangit tujuh kuala

Hey yeah

Dasar malas tukang kipas

Mau senang

Pijak orang

Rabu, 16 Mac 2022

PERMULAAN PERSEKOLAHAN 2022- TOKOSIK-

 1. Dalam menitip hari-hari kehidupan, ada hari kita akan "lesu" dalam menempuh perjuangan. Ada hari kita akan rasa "lemah" dan tidak bermaya. Adakalanya, dirasakan yang diusahakan hanya sia-sia. 

2. Itu hakikat kita sebagai manusia. Tak lepas dari keluh kesah. Walau berjuta ceramah singgah, "lemah" itu tetap berkunjung. Itu membuat engkau rasa lemah dan gugup untuk meneruskan kehidupan.

3. Sesungguhnya rasa lemah itu membuktikan rohani kita perlu bertuhan. Ah.. sungguh tak relevan bila mana kita rasa kita "ok" bila hakikatnya kau tak ok.

4. Jamming ler jawabnya kalau gugup. Cari kekuatan dulu. Jangan biarkan kelemahan merundung semangat. Kena bebaskan ketakutan (hehe).. ada orang kata, kita takut kepada mereka. TIDAK!! Hakikatnya, kepada Allah kita berserah, dan seluruh ketakutan itu untuk Allah.. bukan untuk makhluk yang diciptakanNya.

5. Apa visi dan misimu untuk tahun 2022? Kau tanya aku?! Tiada yang istimewa melainkan untuk menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

6. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Apa hala tujumu menuju penghujung tahun 2022 menjelang 2023?

8. Habiskan yang dah dimulakan. Jangan biarkan segala impian terkubur disebabkan oleh masalah yang datang menghurungmu bagaikan semut kelaparan gula. Kau adalah dirimu. Perjuangan sebati dengan hidupmu. Ujian dan bebanan itu cuma menguji, tahap keimanan kita. Kerana Allah tahu kemampuan kita selayaknya. 


9. Kita berharap sahaja, kita rancang sahaja. Kita lakukan sahaja. Semuanya dalam percaturan Allah. Emosi dan personaliti (ceh.. siap keluar wardah assignment) dipengaruhi oleh dorongan sosial kita. Lingkungan sosial kita termasuklah, ibu bapa, isteri-isteri (dalam kes aku), anak-anak, rakan-rakan setugas dan anak-anak murid kita. Jadi, choose wisely. Pilih yang membahagiakan. Kerana disitu terselit motivasi. 

10. Benda baharu dalam hidup ini sudah menjadi kepastian. Dulu kau single, dalam alam perkahwinan pula, ia menjadi benda baru iaitu hidup berpasangan. Dari 2, kau menuju 3 kerana ada tambahan anak-anak- Bila 3 ke empat dan seterusnya. Dalam kes aku, 13 orang dalam lingkungan sosial di rumah sahaja. Kedua ibu bapa, 2 mak saudara (duduk rumah sebelah), 2 isteri (Madam K dengan Puan Siti), 6 MKH (Khalid, Hakimi, Khaira, Khairy, Khazin, Hashimi). Semuanya adalah aturan Allah.

11. Orang toksik? Kau sendirilah toksik sebab mengelaskan orang dalam golongan TOKSIK. Sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda, " Seoang Muslim itu adalah bersaudara dengan muslim yang lainnya". Bila mana kau menggelar orang toksik, sebenarnya mencerminkan tahap kognitif kita yang lemah dan mempunyai rasa "tidak selesai" dalam kalangan sosial sendiri. Mungkin ada masalah kecurangan? Atau masalah peribadi dari pengalaman lalu? Itu kena ungkai melalui teori-teori. Nak satu? gi baca teori Sigmund Freud ka, Bandura ka berkaitan dengan personaliti.

12. Kenapa orang dengki dengan kita? Kadang-kadang orang tak dengki pun. Kadang-kadang nak perbetulkan tanggapan sahaja. Macam kadang-kadang menongkah arus. Orang tegur. Orang buat "check and balance". terima kasihlah kepada yang menegur. Mungkin dalam teguran kamu itu, ada teguran dari Allah untuk aku sekali. Untuk ubah sikap ke arah yang lebih baik. Kita tak sempurna pun. Hanya menumpang sekelumit kasih sayang Allah dalam dunia ini.

13. Orang menegur jugak, tak semesti benci. Orang menegur atas rasa tanggungjawap dalam satu organisasi. Seperti dinyatakan tadi, check and balance. Kita perbaharui setiap kebaikan kerana kebaikan lama sukar hendak bertahan. Maklumlah, zaman globalisasi, liberalisasi dan TMK. Orang banyak tertumpu kepada personaliti yang ditunjukkan di media sosial. Ibarat idola, walau dikutuk, kau tetap ada pengikut? Kenapa? Lingkungan sosial, pengaruh sosial kita. So, tak perlu berkeja untuk lingkungan sosial kau, sebaliknya kau kerja untuk Allah. Hati tak resah, emosi tak goyah, kekuatan dalaman, tak payah cerita.

14. Kenapa kau sangat positif? (Bukan positif Covid..nauzubillah). Kerana aku berada dalam lingkungan sosial yang sangat positif. Itu saja, Setiap kali dirundung masalah, ramai dalam kalangan aku akan berkata, " Insya Allah, Allah ada". "Assobru Jameel".. masya Allah.. Allah sangat baik. Ingat itu. Allah sangat baik. jangan berprasangka dengan Allah. Allah sangat baik.

15. Bukan tak ada dikalangan kita ini orang baik, cuma kita saja mudah nak MELABEL rakan-rakan, cepat berprasangka, cepat melatah, cepat menjatuhkan hukum. Emosi kena kawal, kena cepat beristighfar(bukan kerana ikut-ikutan). Buat kebaikan, jangan harap orang pandang, tapi harap PANDANGAN DARI ALLAH.

16. Semoga ada jalan kebaikan dari seluruh kehidupan kita. Semoga kita jadi hamba Allah yang baik kerana pencipta kita sangat baik.

17. jum layan... KITA CARI DAMAI.. BUKAN HURU HARA

DAMAI



Jumaat, 4 Mac 2022

SELAMAT BERKHIDMAT RAKAN-RAKAN GURU BAHARU 2022

 1. Ada yang datang melawat Blog ini, dan bertanya gambar apa yang telah menghiasi muka depan blog aku. Aku nak jawablah sekarang. Itu Bukit Batu Mado yang terletak di Kampung Long Busang, Bukit Mabong, Kapit. Secara tepatnya, itulah tempat di mana letaknya sekolah pertama aku ditempatkan sebagai GURU.




2. Tempat yang jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat jadi CIKGU. Sebab itulah aku semadikan gambar bukit itu dalam blog ini supaya aku tidak melupai asal usul aku sebagai guru. Alhamdulillah, masuk tahun ini (2022), dah 13 tahun aku berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Bermakna, blog ini pun dah menginjak usia ke 13 tahun kerana blog ini telah diterbitkan sama dengan tarikh aku berhijrah ke Long Busang sebagai wardah untuk aku melempiaskan semua pengalaman-pengalaman yang aku kutip dari Long Busang.

3. Tarikh 1 Mac 2022, ramai guru baharu keluaran universiti/IPG dah mula melaporkan diri di stesen masing-masing. Alhamdulillah. syukur. Pelajarilah sesuatu dari stesen itu sebelum bergerak kembali ke kampung halaman masing-masing. Itu adalah 1/4 dari tahun-tahun mengajar akan datang yang akan membina pengalaman yang indah/buruk bergantung kepada bagaimana manusia yang menjadi pentadbir di situ. Jika emas yang dijumpa, emaslah yang dibawa balik. Jika terjumpa hantu, maka ianya akan MENGHANTUI dirimu sehingga akhir perkhidmatan kamu sebagai guru.

4. Ini sekadar pesanan. Guna selagi mana kudrat mudamu untuk menjadi apa sahaja posisi di dalam sekolah tanpa merungut. Bak kata pepatah, guna otak, bukan pisau. Masuk celah mana pun, serahkan segala urusanmu kepada yang Maha Besar iaitu Allah swt. Jangan tanam sikap "kipas maut" yang akan menjadi bahana dalam perkhidmatan kamu kelak.

5. Manusia ini kompleks pemikirannya. Jadi jangan kecewa jika ada di antara kita kelak yang akan disisihkan seperti mana yang berlaku di mana-mana stesen perkhidmatan. Bila mana ego tercalar, mulalah sengketa dan dendam akan memainkan peranannya dalam menambahkan lagi beban kesunyian.

6. Kadang-kadang, mereka yang bergelar pentadbir ini juga terleka dengan puji-pujian dari anggota masyarakat, tapi mereka lupa sebaik-baiknya, puji pujian itu hanya untuk ALLAH sahaja. Bak kata orang, Iblis yang kuat beramal, disebabkan sekelumit sombong, dihalau dari syurga. Inikan pula, kita yang tidak banyak amal, nak jenguk ke dalam syurga, tapi masih sombong kepada Allah.

7. Apa-apa pun, "best wishes" untuk perkhidmatan guru-guru baharu. Semoga semuanya dipermudahkan. Semoga Allah menjadikan tahun-tahun yang mendatang ini, kesenangan selepas segala kesempitan. Allah janji 2 kali dalam surah al-insyirah.

8. Kerinduan pada sanak keluarga memang tak boleh dinafikan. Tapi, sumpah!! ianya adalah manis kerana kita belajar "menghargai" kasih sayang yang telah dicurahkan oleh semua kepada kita sepanjang kita berada dekat dengan mereka. Dah jauh-jauh baru nak rasa. Dekat-dekat, biasa-biasa saja deh. Nikmatnya terasa bila cuti kelak. Dan gunakalah kesempatan itu, yakni semasa cuti kelak untuk melepaskan kerinduan. Lepaskan semua kerinduan.. sebelum rindu menjadi rindu yang tidak bertepi.

9. Dalam tempoh ini, mulakan serasi dengan masyarakat tanpa memilih mana-mana pihak. Di dalam sekolah pasti ada 2 kelompok atau banyak kelompok jika pentadbir lemah dalam mentadbir. Choose your side wisely. Kadang-kadang, dalam diam, pihak yang banyak dituduh memberontak, mereka itulah hero dalam diam. Mereka dituduh pemberontak bukan kerja mereka tak siap, sebab BANYAK MANUSIA TAK FAHAM ERTI "CHECK AND BALANCE". Naks sangat hidup sempurna/PERFECT, tapi BEBAL tak mahu ditegur. Bengap!

10. Dan pada hari ini, 4 Mac 2022, maka bertambahlah usia perkahwinan aku dengan seorang guru baharu seketika dulu di sekolah yang sama dengan aku. SELAMAT ULANGTAHUN KE-5 untuk isteriku, Siti Aminah Bt Yusof. Selamat ULANGTAHUN BERMADU juga kepada isteri pertamaku, Dayang Khalizah Binti Awang Batu yang telah mendapat MADU selama 5 tahun. Semoga kedua-duanya dirahmati Allah.



Selasa, 15 Februari 2022

KERANA KITA TIDAK SEMULIA BAGINDA S.A.W....

 



1. Benar perjalanan hidup kita semuanya mesti bertujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah swt. Hidup dan mati kita sebagai manusia adalah untuk "memperhambakan" diri kepada Allah sahaja. Dan adanya tuntutan lain adalah kerana itu sampingan untuk dijadikan "teman" dan "bekalan" menuju ke alam seterusnya.

2. Namun, kita hanya insan biasa yang selalu dirundung dengan 1001 masalah. Dan masalah itu ialah ujian yang akan membantu meningkatkan lagi prestasi iman kita supaya kita tidak leka dan semakin teguh dalam menggumpul aset ke alam satu lagi.


3. So, apa sahaja yang kita buat dan perlakukan di dunia, sudah pasti akan dituntut dan dibalas di Padang Mahsyar walaupun ada sekelumit dosa yang besarnya seperti debu sekali mana pun, ia pasti dibalas dan diberikan pengadilan.


4. Kalau kita pergi kepada kehidupan, hidup ini diibaratkan roda. adakalanya kita di atas, dan adakalanya kita di bawah. Ketika di bawah, juga terlalu mendongak, risau-risau sakit tengkuk. Kiranya, "ukur baju di badan sendiri lah". Jangan bandingkan apa yang kita ada dengan apa yang kayangan dapat. Dan pada ketika ini, Allah uji kita dengan ujian supaya kita sentiasa melafazkan syukur. Dan ujian ini dapat mendidik hati supaya terus tabah dan berusaha untuk mencapai cita-cita tertinggi manusia yakni "bertemu dengan penciptaNya".


5. Kalau kita berada di atas, jangan lupa, kita pada dahulunya pernah di bawah dan usaha kita menjadi kenyataan dengan izin Allah, maka kita sudah pun berada di puncak ke hidupan. Jadi, perbanyakkan syukur kerana Allah janji, jika kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat. Dan jika kita kufur nikmat, maka ketahuilah, azab Allah sangat pedih.


6. Kadang-kadang kepelikan juga. Ada manusia, sanggup memijak orang lain untuk naik ke atas. Macam dah tak sabar. Sekali menjatuhkan orang, memburukkan orang. Sedangkan, solat tak ditinggalkan. Namun, kita kena fikir jugak, solat itu untuk menjamin rasa ketuhanan yang akan membimbing ke arah yang baik dan manusia itu sifatnya lemah. 


7. Bila diuji dengan kuasa, pada ketika itu manusia mula menunjuk-nunjuk, suka mengadu domba, suka bermuka-muka. Pada ketika itu jugalah mula nak memerli orang dengan bahasa yang tak sepatutnya. Suka mencari kesalahan orang lain terutamanya "orang" yang disangka NEGATIF.


8. Walhal, mereka inilah manusia negatif dan tidak berhati perut. Sukar nak terima teguran orang sedangkan kita manusia digalakkan untuk menegur dengan kebaikan dan kesabaran. Kalau andainya kita menegur, terus dilabel sebagai 'REBEL". Wow!!


9. Beringatlah, umur kita bukan makin tua. Dosa ngan Allah, hanya Allah mampu ampunkannya. Dosa sesama manusia, kita kena mintak maaf pulak dengan manusia. Dan andainya tak dimaafkan, perkara ini pasti merugikan kita kerana pahala amalan yang kita kumpul didunia, didermakan pulak kepada mereka yang kita buat salah.


10. dan ingatlah ketika mana Rasulullah saw berjaya menawan Kota Mekah. Baginda sama sekali tidak mengenakan kekerasan kepada mereka yang pernah menghina mereka. Bahkan penghina-penghina ini dimaafkan dan Nabi saw siap mendoakan keampuanan bagi mereka.


11. Eh, timbul pulak isu, "aku bukan sebaik nabi". Bab inilah orang kadang-kadang kurang faham. Memang kita bukan nabi, tapi tidakkah kita mencintai Nabi saw? Kalau kita cinta, sudah semestinya kita menjiwa setiap perilaku baginda supaya selari dan selari dengan matlamat perjalanan kehidupan kita,


12. Masih ka ada sekelumit cinta nabi dalam diri kita? Setelah kita menuai dosa-dosa menghina, merendahkan orang lain? Muliakah kamu berbanding pokok-pokok? 

Rabu, 19 Januari 2022

KEPENTINGAN DALAM PERKHIDMATAN: GILA KUASA

 أسلام عليكم 





1. Ujian demi ujian. Macam dah kena penyalit "anxiety". Makin berusia makin pilu hati melihat , mendengar dan mengalami ujian dari Allah.

2. Awal tahun dah dapat berita sahabat meninggal dunia. Meninggal dunia disebabkan rebah di sekolah, terus masuk ICU. Akhirnya, pergi meninggalkan kita di dunia fana ini.

3. Ujiannya bilamana sahabat pergi meninggalkan kita, kita diuji pula dengan pe'el manusia yang suka sangat memanipulasi masa dan keadaan untuk dijadikan pelbagai alasan yang ternyata langsung tak boleh diterima akal jika manusia masih ada simpati dan empati.

4.  Rasulullah s.a.w menganjurkan kita bersikap kasih sayang sesama manusia. Kamu tidak dapat masuk syurga sehingga kamu beriman, kamu tidak benar-benar beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu amalan yang apabila kamu lakukannya, maka kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara kamu.” (Hadis Riwayat Imam Muslim).

5. Rasulullah saw sendiri menunjukkan contoh terbaik seorang pemimpin yang menyayangi umat baginda dan menyantuni mereka. Malahan, Rasulullah sendiri menangis bila mana mendengar ada di antara sahabatnya sakit. Rasulullah saw akan menziarahi sahabatnya yang sakit, menguruskan jenazah sahabatnya sehingga ke liang lahad. Tapi, ada sesetengah manusia, Allah uji dengan didatangkan penyakit sibuk sehingga lupa ada dari orang jagaanya telah meninggal dunia. Mungkin ini ujian dari Allah untuk dia jugak kot.

6.    “Perumpamaan orang-orang Islam di dalam berkasih sayang dan bersaudara adalah seperti tubuh. Jika salah satu anggota tubuhnya mengadu kesakitan maka anggota-anggota lain juga akan ikut merasakan panasnya dan tidak tidur malam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Seharusnya kita ambillah hadis ini sebagai amalan kita. Kita bukannya kerja selama-lamanya pun. Kebajikan pekerja juga perlu diambil kira jika kita adalah pemimpin. Kena ambil tahu. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ziarahlah dengan berganti hari, nescaya ia akan menambah kasih sayang.” (Hadis riwayat Al-Bazar dan Baihaki)​. Senang kan? Kita bantu orang mudahkan kerja orang. Lebih-lebih lagi keluarga yang ditinggalkan. Kita bantu mudahkan, bukan menyusahkan.

7.    “Hak seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada lima iaitu menjawab salam, menziarahi yang sakit, mengiringi jenazahnya ke perkuburan, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Ini hak seorang MUSLIM kepada MUSLIM lain. Jangan sekadar ambil MUSLIM yang ada pangkat, tapi menolak MUSLIM yang tidak ada pangkat. Sedarlah, itu hanya pinjaman. Esok lusa belum tentu kita akan menjadi pemimpin kepada orang lain lagi. Lagipun, sistem di Malaysia, 60 tahun kita akan bersara. Renunglah, pada ketika itu, hanya yang kita baik sahaja akan bersama merai. Yang tidak selesa tu, pasti menjauhi. Rujuk balik setelah bersara, ada tak yang kaki kipas ini akan bertanya khabar? mungkin setahun dua, ya. Tapi, jenazah kita disolat tak? itu hanya Allah yang tahu.

8. Bertindak dengan izin Allah. Semuanya atas izin Allah. Apa yang kita miliki semua atas izin Allah. Kita dipertanggungjawabkan di atas semua amanah yang kita ingin pikul. Selagi ada hayat dikandung badan, mari kita berbakti kepada semua insan. Dan ketahuilah, Allah jadikan akal dan hati untuk bekerjasama dalam membentuk akhlak yang mulia. 

9. Jangan terasa hebat dengan jawatan, kerana belum tentu jawatan itu dapat menjawab persoalan Mungkar dan Nangkir. Hanya amalan sahaja yang dapat membantu kita. Perjalanan di barzakh sangat panjang dan menakutkan. Jangan tambah beban jawatan dalam menuju ke sana. Ada jawatan, kita kerjakan dengan sepenuh hati, lillahitaala. Tapi, hubungan sesama manusia, kita jaga dan kita semai kasih sayang. 

10.  Yang penting.. semuanya adalah UJIAN ALLAH untuk semua

Rabu, 12 Januari 2022

GURU OH GURU: BEBAN TUGAS "HAKIKI"




 1. Sekolah bermula secara rasminya pada 10 Januari 2022 bagi sekolah di Kumpulan B. Seperti  biasa, ragam dan aksi persekolahan pun bermula.

2. Tahun ni pun baru nak mula berblog lagi. Katanya, boleh jadi terapi untuk menghilangkan segala stress. Macam-macam ragam dan karenahjuga.

3. Tahun 2021, kita terpaksa berhadapan dengan situasi pandemik yang berlarutan dari tahun 2020. Macam-macam perancangan terpaksa kita tangguh. Karenah demi karenah. Pengumuman demi pengumuman. Dah berubah pun kerajaan, beban tugas guru masih ditakuk yang sama.

4. Bahkan ditambah lagi dengan kerja yang bertimbun sejak pandemik. Maklumlah, kita ambil kesempatan penuh untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada "sambung belajar".

5.Cerita beban tugas guru, memang tak payah nak cerita. Memang bebannya, hanya guru yang tahu. Nak menunjuk-nunjuk sangat beban tu, orang kata setimpallah dengan gaji yang diterima.

6. Blog pun dah berhabuk sebab setahun tak mencoretkan isi hati dalam ini. Bukan tak nak tulis, banyak benda nak tulis. Tapi, kita ini tertakluk kepada akta dan pekeliling. Kadang-kadang kita bukan sekadar mengkritik, kita lebih kepada mengeluh disebabkan beban tugas yang terlalu banyak.

7. Contohnya minggu ini. Kita dah sedaya upaya untuk sampai lebih awal di sekolah. Namun, hari pertama sekolah dah sampai jam 7.30 pagi. Dahla kita ada tugas sebagai guru kelas lagi. Ikutkan hati, nak saja "bulldoze" semua kereta di jalan. Tapi, apakan daya? Kita hanya ibu bapa seperti ibu bapa yang lain di tempat yang lain.

8. Ada sesetengah pentadbir, mungkin Allah uji dengan ujian mempunyai staf yang banyak karenah. Nak hantar anaklah pergi sekolah, jalan jammed lah. Tapi itu memang ujian bagi pentadbir. Ujian sama ada undang-undang boleh mengatasi empati. 

9. Sekali kali lagi aku ulang, Ujian. Ya ujian bagi orang yang ada kuasa. Adakah mereka ingat bahawa kuasa itu pun sebahagian dari ujian. Dan jangan lupa, undang-undang dicipta oleh manusia. 

10. Aku sendiri pun mesti (bukan terpaksa sebab rutin) menghantar anak-anak sekolah ke 3 tempat berbeza. Tadika Little Caliph (Matang Jaya), Maahad Tahfiz Tun Abdul Rahman Yaakup (MATTARY) dan Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Yaakup (TATTARY). Nampak dekat, tapi nak sampai ke situ dari Taman Malihah bukannya senang.

11. Jammed tak payah cerita. Nasib baik yang sulung, penggiliran pada minggu kedua nanti. Yang no 2, belajar sendiri sebab nak ujian hafazan hari sabtu ini (18 Januari 2022) dan yang 3 & 4 masih kuarantin sebab HFMD.

12. Allah uji sebab Allah sayang. So, 2-3 hari ini, dah bergerak dari rumah seawal jam 5.10 pagi untuk ke sekolah dalam jarak 25 km. Sebelum azan subuh dah bergerak, seusai azan subuh di Kuching dah sampai di sekolah. Solat di sekolah lah jawapnya. Dapat juga pahala bersolat di tempat kerja. Membawa wudhu dari rumah. Bukan kita nak riak atau ujub, tapi nak beritahu kepada orang yang tak tahu dan asyik nak menyalahkan guru jika ada kesalahan yang mereka sangka guru sentiasa mencipta alasan.

13. Minggu depan akan bermula "pengembaraan" kita mengharungi Jalan Matang yang hanya mempunyai 2 lorong, tetapi berpuluh-puluh perumahan yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. 

14. Penyelesaian? Tunggu lah... kita bukan yang memegang tampuk pemerintahan negara. Kita teruskan "positive vibes" kita sahajalah...

15. Beban tugas hakiki sebenarnya adalah perlu memilih, "keluarga" atau "kerja". Tapi, kita ambil dua-dua, dan letakkan Allah sebagai tujuan utamaa..

Habiss

KEMATIAN ITU PASTI!! [2025] - AKU MENULIS LAGI PADA 2026

    أسلام عليكم Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ~Secara tepatnya, kali terakhir aku berjaya mencoret di sini adalah pada 22 November 2...