Cari Blog Ini

Selasa, 2 Julai 2013

Marhaban Ya Ramadhan 1434 H


أسلام عليكم 


~Hello July. Welcome to you. Hope you'll enjoy on your stay. 2013 is the best host around this year. Alhamdulillah. 2 barakah month lay on you this time. Syaaban and Ramadhan. Mabruk alaik.. Hope all thing going to be good wihtin this month.

~After all, my time in Marudi will be around the corner. This coming 17 July 2013 will be the perfect time to report duty at the new school. I'll not be in the office anymore sooner. Only working as ordinary teacher. Suite with the title of this blog.

~Ooo Allah.. how do I miss my time in Baram. Only Allah can pay all the good things given by people within my  life circle. Hope all things goes smoothly. Besides, Ramadhan will pay us a visit of barakah.I'm giving all the best of my effort to gain more PAHALA to cover all the SIN I've done since I past my adulthood.

~

~ Rising from the deepest of my heart.. Billon of appologies confess to all people who knew me, my wife and my son.

Jumaat, 28 Jun 2013

Jazakallah.. Tahniah kepada mereka yang berjaya menghembus eg-tukar

أسلام عليكم 


~Allahuakbar.. laungan takbir bergema bila sahaja keputusan perpindahan diumumkan dalam eg-tukar. Semuanya bergembira dan bersyukur kerana berjaya untuk berpindah pada kali ini. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekali alam kerana dengan izinNya, maka saudara-saudari guru-guru sekali telah mendapat nikmat untuk meneruskan perjuangan di kampung halaman. Sejenak.. hampir semua terlupa akan keperitan setelah diberi nikmat. Semuanya menjadi kenangan bila mana keputusan berjaya diperolehi. Hilang sudah sumpah seranah, caci maki dan doa-doa keburukan kepada pegawai-pegawai di semua bahagian. Hehe.. semua sudah lupa untuk mengucap satu perkataan, TERIMA KASIH. 


~Tahniahlah diucapkan kepada yang berjaya. Yang kurang berjaya, diharap untuk mencuba sekali lagi. Rezeki Allah Maha Luas. Kepada siapa hendak kita lontarkan segala keresahan jika bukan dengan Dia? Semuanya tertakluk kepada takdir Allah jua. Berat atau tidak, Allah tahu apa kemampuan kita. Rite?

~Anyway, syukurlah dengan segala nikmat. Tinggallah meraka yang tertinggal lagi untuk meneruskan usaha untuk berpindah. Insya Allah. rezeki Allah akan ada untuk mereka yang bersabar

Selasa, 18 Jun 2013

Aduhai: Keluhan hati tidak berkesudahan. Oo tukar menukar..


أسلام عليكم 

~ Lama sudah tidak berseloka dalam blog. Masuk hari ke 18 dalam bulan Jun 2013. Masih banyak lagi matlamat yang hendak dicapai belum tercapau. Sasaran KPI untuk tahun 2013 masih serba tidak mengena. Bermula dengan suram, pertengahan pun agak suram. Masalah demi masalah banyak merencat hidup. Tapi, aku yakin, ini semua dalah ujian dari Allah untuk mengajar aku jadi insan yang berguna. Dalam mendidik hati, memang perlu ada banyak dugaan. Kerana, kita sentiasa lupa dan leka dalam meniti kehidupan.



~Ada pun enteri "Hembusan eg-Tukar" banyak menimbulkan reaksi dari guru, ada sesetengah komen tidak dapat disiarkan kerana ingin menjaga nama baik guru tersebut. Maklumlah, banyak sangat rungutan akan menyebabkan ketidak toleransian di sebelah pihak yang lain. Sukar hendak dinyatakan sebab atau asbab mengapa pekara yang sedemikian berlaku. Kita kena akur kepada perintah, kerana semuanya dah tertulis kita akan berkhidmat sebagai pegawai kerajaan. Nama sahaja dah bekerja dengan "majikan", kenalah akur. Bukannya apa jugak kan, bukannya kita tidak dibayar untuk berada di tempat tersebut. http://insanwardah.blogspot.com/2013/04/hembusan-eg-tukar-jun-2013.html

~Yang penting, bersyukurlah.. syukurlah kita diberi peluang oleh Allah untuk hidup dan menabur bakti kepada anak bangsa. Jawatan yang diingin oleh ramai orang, tapi kita yang terpilih untuk menyambung legasi Rasulullah. Itu pun kita demand banyak. Semua nak senang dan mudah. Sedangkan jalan menuju ke syurga pun payah.. Yang senang, cuma jalan menuju ke neraka.

~ Perumpamaannya seperti begini, 1 jawatan, hendak diisi 100 orang. Semuanya mempunyai 100 alasan yang berbeza untuk mengisi jawatan tersebut. 100 alasan semuanya munasabah. Tidak ada yang menipu dan tidak ada yang sekadar melepas batuk ditepi tangga. Bila mana sudah dinilai, 99 tidak terpilih, tapi seorang sahaja yang terpilih. Sudah semestinya ada 99 orang akan memberontak kerana tidak puas hati tidak dipilih. Mari kita ambil iktibar dari pesanan Luqman al-Hakim.


Kisah Luqman Al-Hakim, Si Anak Dan Keldai
.
Luqman al-Hakim ialah seorang ahli hikmah. Beliau bukanlah seorang yang kaya raya dan banyak harta benda. Diriwayatkan, Luqman al-Hakim hanyalah orang biasa yang mempunyai pelbagai jenis pekerjaan. Malah ada sejarawan yang menyelidik Luqman ialah seorang hamba berkulit hitam. Suatu hari, Luqman al-Hakim ingin pergi ke pasar dan telah dicatit segala peralatan dan barang keperluan yang ingin dibeli oleh Luqman.
.
Dalam mendidik anaknya untuk berhadapan dengan masyarakat dan pandangan manusia, Luqman al Hakim turut membawa anaknya dan keldai ke pasar tempat orang ramai. Oleh kerana jarak yang jauh antara pasar dan kawasan perkampungan, mereka pergi ke pasar dengan membawa seekor keldai sebagai binatang tunggangan dan bertujuan untuk membawa barang keperluan yang bakal dibeli. Bagi memulakan perjalanan dari rumah mereka, Luqman menaikkan anaknya untuk menunggang keldai memandangkan dirinya masih bertenaga lagi.
.
.
Kampung Pertama
.
Ketika mereka tiba di sebuah perkampungan dengan sianak tengah menunggang keldai tersebut dan Luqman al Hakim menarik keldai dengan berjalan kaki. Orang ramai mula memerhatikan mereka dengan perasaan ganjil dan pelik melihatkan dua beranak itu bersama dengan seekor keldai.
.
“Mengapa kanak-kanak itu yang menunggang keldai dan membiarkan bapanya berjalan kaki? Kenapa tidak ayahnya yang menunggang? Oh, sungguh biadap dan tercela anak itu, orang tua dibiarkan berjalan kaki, dia pula bersenang lenang di atas keldai! Ini menunjukkan sikap anak derhaka dan tidak pandai menghormati orang tua. Tidak pernahkah dia sedar ayahnya yang selama ini memberikan makan dan minum kepada dia?”
.
Semua orang di kampung itu menyatakan perkara sama. Terpinga-pinga Luqman mendengar jawapan daripada mereka. Lantas, Luqman berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, biarlah ayah pula yang menunggang keldai pula pada kali ini.” Kemudian, mereka meneruskan pula perjalanan menuju ke pasar.
.
.
Kampung Kedua
.
Dalam perjalanan, mereka sampai pula ke sebuah lagi perkampungan yang luasnya lebih kurang sama dengan perkampungan sebelum ini. Tanpa memerlukan apa-apa hajat atau keperluan pada masyarakat di kampung tersebut, Luqman yang menunggang keldai, dan anaknya yang menarik tali keldai menuju ke kampung tersebut sebelum boleh tiba ke kawasan pasar.
.
Ketika itu, semua orang yang melihat kelibat dua beranak ini mula berbisik-bisik. Penduduk kampung itu berasa ganjil dengan tingkah laku Luqman dan anaknya. Mereka mula mencela dan berkata:
“Mengapakah bapa yang menunggang, sedangkan si anak dibiarkan berjalan kaki menarik keldai? Anak itu masih kecil lagi, tentu kepenatan sepanjang perjalanan. Sibapa lebih besar daripada kanak-kanak itu dan sepatutnya sianak yang menunggang keldai tersebut. Bapa yang tidak berhati perut!”
.
Sekali lagi, Luqman mendengar telahan peduduk kampung yang melihat keadaan mereka berdua dan mereka tetap meneruskan perjalanan.
.
.
Kampung Ketiga
.
Setelah melepasi kampung kedua dan berfikir beberapa ketika, Luqman berkata kepada anaknya, “Wahai anakku, kali ini kita menunggang keldai ini bersama-sama sehingga tiba di pasar.”
.
Mereka menukar kedudukan pula dengan kedua-dua anak beranak itu bersama menunggang keldai mereka. Namun, setibanya di sebuah kampung berhampiran dengan pasar berkenaan, tiba-tiba orang ramai mula bersuara, “Lihat!, Seekor keldai membawa dua orang!, Alangkah siksanya keldai itu membawa beban berganda!”
.
Mereka berkata kepada Luqman dan anaknya. “Tidakkah kamu berdua kasihan kepada keldai itu. Sudahlah berjalan pun tidak larat, inikan pula ingin membawa kamu berdua!”
Dipersalahan juga, apa lagi yang perlu dibuat, Luqman berfikir lagi. Tidaklama kemudian Luqman menyatakan pada anaknya, “Baiklah. Kali ini kita biarkan sahaja keldai ini tanpa penunggang.”
.
.
Kampung Keempat
.
Pada kali ini Luqman al Hakim dan anaknya tidak menaiki keldai tersebut dan mereka berdua hanya membiarkan keldai itu tanpa penunggang dan sebarang beban. Namun apabila mereka melintasi kampung keempat mereka diperkatakan lagi oleh masyarakat di situ pula.
.
Mereka berkata: “Alangkah anehnya, keldai dibiarkan tidak ditunggangi, tuannya pula berjalan kaki saja, ada kemudahan tidak digunakan, tidak pandai menggunakan nikmat yang sedia ada!”
.
Serba salah lagi dibuatnya, Luqman berfikir lagi. “Apa lagi yang perlu dilakukan agar perjalanan mereka lancar tanpa pandangan serong orang ramai?”
Setelah lama berfikir, Luqman mula menyatakan pandangannya, “Baiklah. Kali ini biar kita sahaja yang mengangkat keldai ini.”
.
.
Pasar
.
Pada kali ini dua beranak tersebut tidak menunggang, tidak juga membiarkan keldai tersebut berjalan sendirian, tetapi mereka memikul keldai tersebut.
.
Setibanya ke destinasi terakhir di pasar, kali ini keriuhan pasar bertambah apabila melihat perbuatan Luqman dan anaknya bersama seekor keldai kepunyaan mereka. Hiruk pikuk mereka melihat dari jauh kelibat dua beranak ini yang bermandi peluh mengangkat seekor keldai!

“Ah, gila, tidak masuk akal. Sepatutnya orang yang menunggang keldai. Bukan keldai dipikul mereka!”
.
Akhirnya, tanpa mahu mendengar sebarang desas desus dan orang mengata tentang tingkah laku mereka, setibanya di pasar berkenaan, keldai itu dijual. Sebelum pulang, Luqman al-Hakim berkata sesuatu kepada anaknya. “Wahai anakku, sekiranya kamu sentiasa melihat dan mengharap kepada pandangan manusia, tiada apa yang bakal berubah pada keadaannya. Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Sikap manusia tidak akan berasa senang dan gembira dengan orang lain.Orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT sahaja dan sesiapa memahami kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu.”Yakinlah akan dirimu sendiri dan setelah dilaksanakan sebaiknya, maka bertawakallah kepada Allah SWT.”
.
Oleh itu, kita tidak hairan dengan kedudukan masyarakat hari ini yang sentiasa ingin bersuara, mungkin mereka perlu maklumat, mahu memperbaiki, mahu membantu, mahu menegur dengan harapan berlaku sebarang perubahan. Selain itu, manusia juga akan sentiasa mengata dan mengata, mengkritik dan terus mengkritik walau apa sahaja yang kau lakukan, sama ada berbentuk kebaikan atau sebaliknya.
.
Oleh itu, kita kena positif dan berlapang dada kepada sesiapa sahaja kerana itu haknya untuk menegur, tapi biarlah bersopan, berbudi bahasa, ikhlas dan bukan berdasarkan ada kepentingan peribadi.
.
Islam sangat melarang umatnya berburuk sangka sesama Islam, kerana berburuk sangka akan mengundang malapetaka. Biarlah syakwasangka itu berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan sekadar memfitnah. Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristiqfar kepada Allah SWT Dosa orang yang berburuk sangka adalah besar dan perbuatan jahat, setiap perbuatan jahat Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah Ta’ala.
Firman Allah yang bermaksud :







“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka (supaya kamu tidak curiga dengan sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha mengasihani.” 
(Al-Hujurat : 12)


Jadi, memang benar, ini adalah tugas dan amanah. Tapi, janganlah kita bersangka buruk dengan sesiapa sahaja kerana bersangka buruk itu bukan dari sebahagian amalan umat Muhammad s.a.w. Jika kita mengaku umat Nabi s.a.w., usaha dan tawakallah. Semuanya dah tertulis di lauh mahfuz. Siapa yang hendak kita marah sebenarnya? Semua berbalik kepada 1, yakni kepada Allah. Dan ingatlah, pekerjaan ini cuma 1/10 dari rezeki dunia. 9/10 yang lainnya adalah dengan berbisnes. 

~Tak suka dengan cara penulisan aku? Maaf, lihat disebelah kiri skrin anda, ini cuma luahan hati aku. Apa yang aku tulis hanya berdasarkan apa yang aku rasa. Jangan mudah menilai dan melabel blog ini sebagai pembela mana-mana pihak. Semua kita berkhidmat dan memegang kata hikmah ini, "Saya yang menurut perintah". 

~Di mana letakknya pengharapan kita jika bukan kepada Allah? Fikir sejenak, "nikmat Allah yang mana yang telah kamu dustakan?" [ar-rahman : 13]. Disebut 31 kali oleh Allah ayat ini untuk memberitahu manusia dan jin, setelah diberi segala kesenangan dan kesihatan. Fikirkanlah.. fikirkanlah.. fikirkanlah.. Firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu terjemahannya;

“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

p/s: Aku bukan berkhidmat di BPSH, KPM. Aku cuma guru yang bertugas di PPD. Ada beza kan?

Selasa, 21 Mei 2013

GURU ooo GURU.. HILANG NIKMAT KERANA BALA

أسلام عليكم 

~ Sekadar teguran buat guru-guru MUDA yang berstatus BARU DALAM PERKHIDMATAN.

~Masuk bulan Mac, kita tidak boleh menjangka gaji akan keluar cepat mengikut keperluan kita. Baru masuk dalam bulan terdekat, sibuk memanjang bertanya hal-hal gaji. Sedangkan perkhidmatan sangat tidak berkualiti lantaran hati tidak ikhlas kerana gaji belum keluar. Nasib baik ibu bapa tak hantar surat aduan berkaitan dengan sikap guru-guru BARU di sekolah masing-masing. Kalaulah dengan istilah "penyapu" baru dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan dan kemenjadian murid di sekolah selaras dengan tuntutan diminta, barulah guru itu patut rasa bangga. Tapi, tak apa. Kubur masing-masing. Jawapan pun masing-masing.

~Aku tak kira pengalaman sesiapa. Jangan jadi alasan untuk semua guru mengatakan TIDAK BOLEH jika diminta berbuat sesuatu atas kepentingan perkhidmatan kerana guru itu sendiri sangat suka mendesak dan mendesak. Apa yang anda dapat? KETIDAK IKHLASAN DALAM MEMBERI ILMU kepada anak-anak. Bayangkan satu hari nanti, anda sendiri bakal berhadapan dengan situasi di mana anak-anak anda akan diajar oleh GURU PERENGUS dan HANYA TAHU MENGHITUNG HARI GAJI sebab anda sendiri sudah memberi contoh yang tersangat baik kepada masalah ini. Dan masa itu, mulalah kita cuba "komplen". Tapi, hakikatnya, kita lebih buruk perangai mengalahkan kera sumbang.



~NANAK - Gambaran peribadi orang yang suka nak buat pekara macam ini. SEKOH - itu gambaran kedua. Tak tahu, meh sini. Aku kasitau.

~Kalau macam itulah, kena pastikan guru boleh meningkatkan lagi kecemerlangan murid di sekolah-sekolah pedalaman. Aku pun pernah mengajar di pedalaman. Jauh berbeza dengan keadaan sekarang. Malaslah nak cerita. Tapi, sekadar renungan. Guru Besar aku pernah berkata, " mustahil untuk murid sekolah pedalaman yang duduk di asrama tidak lulus periksa. Sebab, guru dan murid duduk dalam satu sekolah dan guru mengalami kesukaran untuk keluar. Jadi, banyak masa dengan murid". Tapi, masih juga murid tidak dapat lulus. Tapi, kepuasan mengajar itu tetap ada kepada guru-guru yang benar-benar sudah berusaha. Betul tak cikgu?

~Nanti, murid tidak pandai baca, kita ambil alasan , murid tidak hadir sekolah selalu. Masalah ponteng. Macam-macamlah. tapi, bila nak mintak sesuatu, alahai.. berjambul nya. Semua itu alasan .. Kita ajar selaras dengan emolumen kita. Ajar betul-betul. Insya Allah, murid akan berjaya. YAng penting, USAHA!!

~HAYATI BAIT KATA-KATA INI:


Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang
tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang
tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang
kesihatan dan kerehatan
tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang
masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang
karenah isteri tidak engkau tahan
Engkau ingin berjuang
rumah tangga lintang pukang
Engkau ingin berjuang
diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang
disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang
kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang
tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang
anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang
ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang
pandangan tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang
rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang
iman dan taqwa engkau lupakan

Yang sebenarnya apa yang engkau
hendak perjuangkan??

Khamis, 16 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU. KALAU GANGGU, TUMPANG LALU


أسلام عليكم 



~Salam Sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah.

~Lama baru timbul untuk menulis semula. Banyak kekangan pada bulan ini. Al-maklumlah, musim pertukaran guru. Jadi, sibuk dengan urusan-urusan mengurus atur perjalanan guru-guru. Insya - Allah, kita doakan yang terbaik untuk semua guru-guru di Baram terutamanya. Ingat, "core bussiness" kita. Mengajar tanpa mengira tempat. Yang penting lillahitaala.

~Dengan keberkatan yang limpah karunia Allah s.w.t.. aku sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guruku yang telah mendidik aku di:

a. ST JUDE KINDERGARDEN KUCHING~ 1990
b. SRB ST JOSEPH KUCHING  ~ 1991 - 1996
c. SMB ST JOSEPH KUCHING ~ 1997 - 2001
d. KOLEJ MATRIKULASI LABUAN ~ 2002-2003
e. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK ~2003 - 2006
f. INSTITUT KEMAHIRAN ISLAM SARAWAK ~ 2007
g. UNIVERSITI OF YARMOUK, JORDAN 2007
h. INSTITUT PERGURUAN MALAYSIA KAMPUS BATU LINTANG ~ 2008
i. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (PITOSIAN - 2012)
j. UNIVERSITI.........bla bla bla..

dan juga kepada semua rakan-rakan guru yang pernah bersama mengharungi suka dan duka di:

a. SMK MATANG HILIR, KUCHING
b. SK LONG BUSANG, BELAGA
c. SK LONG SEPILING, TINJAR, BARAM
d. PEJABAT PELAJARAN DAERAH BARAM
e.. SMK... bla bla bla..

Semoga Allah merahmati semua insan yang bergelar guru ini. Pesanan aku, GURU ADALAH JUTAWAN AKHIRAT JIKA BENAR-BENAR FAHAM BAHAWA TUGAS INI ADALAH AMANAH YANG DIPIKUL ATAS BAHU KITA. JAWATAN DISANDANG, AMANAH DIJULANG!!

~~SINAR BARU DALAM HIDUP DATANG DARI KEBAIKAN DARI KESABARAN KE ATAS UJIANNYA.~~

Selasa, 7 Mei 2013

MAKA, MUNGKIN INI TITIK PERHENTIANKU [GAYONG SARAWAK]


اسلام عليكم 
~Lama juga masa diambil untuk ambil keputusan untuk menulis atau tidak. Kata-kata isteri memainkan peranan agar tidak cepat melatah. Membalas dendam atau apa sahaja yang berkaitan dengan membalas perbuatan orang, segeralah dihindari. Cuma, tak tertahan. Bermain dengan penuh kegirangan persoalan dan tuduhan yang dilemparkan kepada aku. Ini fitnah yang benar-benar mengusik jiwa kecil ku.

~Fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh [al-Baqarah : 191]. Termanggu dan mencari di mana lagi hendak aku larikan keresahan hati. Apa-apapun, ku maafkan kesalahan kepada hamba Allah yang berkenaan. Aku, dengan rendah hatinya, meminta maaf kepada semua sahabat handai, kawan-kawan yang pernah mengenali aku. Dan aku juga memohon diberikan kemaafan jika pernah melakukan kesalahan, kesilapan, kekhilafan, perbuatan sabotaj, rasa tidak puas hati yang timbul, dari perkataan, perbuatan, secara langsung atau tidak langsung. Aku mohon maaf. Andainya ada hutang piutang yang tidak terbayar atau dengan sengaja tidak mahu membayar, silalah hubungi aku. Agar dilunaskan segala hutang dan kesalahan aku kepada semua.

~Sikap berdiam diri aku terhadap aktiviti silat aku ini sedang memakan jiwa aku saban hari. Aku tak mahu melakukan aktiviti silat ini atas dasar menjauhi semua kemegahan yang pernah dikatakan menjadi mainan aku sewaktu zaman kegelapan aku dulu. Aku pendamkan semua ilmu sebab aku rasakan, ilmu aku tidak berbaloi untuk diajar kerana tidak bermanfaat kepada anak gayong lain. Aku merasakan, aku tidak layak menjadi guru apatah lagi pendekar. Ku jauhi segalanya, demi menjaga hati seluruh anak gayong Sarawak dan orang luar yang jadi pernah jadi tetamu di bumi Sarawak.

~Tahun lepas, baru nak buat "returning", dah kena cantas awal-awal. Aku "menyepi" sejak dari tahun 2010. Ambil sikap menyepi, sebab merasakan semua dah mampu untuk bertindak tanpa nasihat. Semua dah jadi profesional. Jadi, ambil pendekatan profesional, biarkan yang mahir melakukan kerja. Awal 2012, "coming back" dilakukan pada awal tahun dan pertengahan tahun, menyepi lagi. Seterusnya, aku ambil pendirian. diamkan diri sekali lagi. Tak perlulah diungkit segalanya kenapa dan mengapa pendirian diambil sedemikian rupa. Aku hanya sayangkan perpaduan ummah. Ku tinggalkan kerana perpaduan. Cuma sedikit kekesalan. Bagaimana kita ditempat anak-anak yang tengah berkobar-kobar untuk berjuang, tiba-tiba didatangkan dengan berita sedih. Patah semangat anak-anak. Itu yang aku sesalkan. Bukan kerana rezeki di mana-mana. Cuma usaha kita tak sampai ke mana. Kita berikrar hingga ke hujung nyawa. Tak sampai ke penyawa, dah putus asa. Berlainan dengan prinsip aku sebagai guru.

~Demi kemashalatan dan ukhuwwah, aku memohon kemaafan kepada semua, tanda sayangku kepada semua anak-anak Gayong. Allahu rabbi. Masakan tidak menyayangi semuanya. Siapa yang tidak sayangkan sahabat? Siapa yang tidak sayangkan semuanya di dalam Gayong? Siapa yang tidak menyayangi anak dididiknya sendiri? Yang tidak menyayangi itu umpama mencela sumpah dan janji pada ikrar Gayong.


~Aku tak akan usaha untuk memahami orang kerana aku percaya kepada pendapat orang berbeza mengikut pengalaman. Kadang-kadang lisan ini, berkata megah kerana "ego" diri ini terusik. Kadang-kadang, lisan yang keluar dari mulut kita adalah tindakan refleksi@spontan kerana maruah kita terinjak.

~Silat Seni Gayong ini, bukan aku yang asas. Silat Gayong ini bukan aku yang buka di Sarawak. Secara undang-undang sahaja, itu sahaja yang aku buat. Tak lebih. Tak kurang. Niat aku, cuma nak beri peluang kepada semua remaja@anak-anak Sarawak, berkumpul dan beriadah. Merasai ilmu silat yang lain dari kebiasaan. Berdakwah dengan platfom silat. Bergerak mengikut undang-undang. Berpersatuan. Berpelembagaan. Berdiri atas kaki sendiri tanpa menumpang populariti persatuan lain. Mengajar anak-anak Sarawak untuk mentadbir dan memimpin. Sebab itu, aku tekankan, PSSGM Sarawak. Sarawak di"bold"kan sebab untuk orang Sarawak. Untuk mereka yang bermastautin di Sarawak. Aku tak asas, aku tak buka. Aku sekadar menyuburkan semaian yang sedia ada. Aku hormati semua guru-guru Gayong sebelum aku di Sarawak. Ada yang bergerak di Sarawak secara diam-diam. Kenapa? Risau? Risau di"pulaukan"?

~Persatuan ini bukan untuk aku dan aku bukan untuk Pertubuhan Silat ini. Aku hanya membantu dengan izin Allah. Begitulah kata Luqman al-Hakim kepada anaknya. Bukan senang nak memuaskan kehendak manusia yang lain. ~Kalau dah tak bertamadun sangat orang Sarawak seperti yang dicanangkan, buang saja kami di PSSGM seluruhnya. Buang kami sekeluarga. Aku, isteriku, anak-anakku, ibu bapaku, saudara-saudara yang sependapat denganku. Maka, tiadalah kami peduli. Sebab itu aku ambil langkah mendiamkan diri

~ Banyak aktiviti kebangsaan aku tidak hadiri. Bukan tanda protes. Mungkin ini tandanya aku mesti berundur. Dulu aku pernah terfikir untuk berhenti sahaja dan biarkan orang-orang yang bijaksana untuk mentadbir urus Gayong. Pernah bertukar arah ke bidang lain. Tapi, serba tak kena. Beginilah cara terbaik. Diam dan terus diam. Dalam masa yang sama, aku tidak derhaka kepada pertubuhan ini. Aku terus diam dan mungkin tidak akan kembali dengan Gayong. Bukan cara kerja aku barangkali. Baik aku didik anak-anak aku menjadi orang yang berguna. Ilmu mempertahankan diri, aku benam terus dalam "semak samun duniawi".

~Setahu aku, cuma ada beberapa tokoh yang tidak menyukai keberadaan aku dalam SIlat Gayong. Tapi, secara kasarnya, tak perlu kita unttuk mengeruhkan keadaan yang sedia keruh. Maka, ambillah langkah untuk memaafkan. Kalau nak menyihir orang tu, memang tak akan dibuat sekali dalam hidup. Kalau disihir orang, mesti orang tertanya-tanya siapa yang pernah menyihir atau mengenakan buat-buatan. Tak perlu tanya siapa. Itu aib orang. Itu urusan Allah. Biarkan. Semoga Allah mengampuni d0sa-dosanya. Insya Allah.

~Baiklah.. Semoga sejahtera hendaknya semua insan yang tidak "sehaluan" dengan gaya dan langkahku. Aku masih hormati semua guru-guruku. Biarpun ada yang tidak sehaluan, tapi tetap juga dihormati. Aku pernah menyatakan bahawa, sebelum aku ada lagi guru-guru gayong yang pernah buka silat di Sarawak. Cuma, "on paper" sahaja yang aku bantu. Supaya pentadbiran lebih licin dan lancar. Bukan kerana bergerak di sekolah-sekolah sahaja. Bahkan boleh bergerak lebih dari itu. Bagi orang yang tidak senang dengan perkembangan Gayong di Sarawak, tak apa. Aku faham kerana aku berpegang, bukan kedudukan yang aku pilih. Tapi, niat aku hanyalah untuk ANAK-ANAK SARAWAK, belajar silat dari gugusan ILMU ALLAHYARHAM MAHAGURU DATO" MEOR. Fahamilah. Kalau kita dah hebat, jangan dibanding dengan ilmu gayong ANAK_ANAK SARAWAK yang langsung HAPRAK.

~Konflik demi konflik.  Bimbang lisan dan perbuatan tidak terjaga. Baik aku jaga agama dan keluarga aku sahaja.

~~DALAM PERJUANGAN, ADA SILAP TAFSIRAN. DALAM PERJUANGAN ADA KEBENCIAN. DALAM PERJUANGAN, ADA KHILAF. MAAFKAN AKU JIKA TERKHILAF. TEGUR AKU JIKA AKU TERKHILAF. BUKAN FITNAH DAN CACIAN~~

Jumaat, 3 Mei 2013

Urusan Dunia yang Membebankan Jiwa : Mode Jiwa KAcau

اسلام عليكم 


~Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Alhamdulillah, kerana limpah karunia Nya bagaikan "air bah" yang membanjiri segenap hati. Allah sama sekali tidak akan mempersiakan usaha kita. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

~Kerja agak menimbun pada awal Mei 2013. Allahu rabbi.. Memang difikirkan sangat, sehingga agak menganggu kesihatan. Stress sebab hati tidak tenteram memikirkan pelbagai hal. Risau dengan istilah lulus tak lulus. Kasihan. Bagaimana jika aku berada di tempat mereka? Agak sukar untuk memberikan istilah tersebut. Ku mohon keampunan kepada Allah agar setiap yang aku lakukan mendatangkan kebaikan kepada semua. Ku mengharapkan Allah memaafkan aku jika aku ada melakukan kekhilafan dalam melaksanakan kerja berkala aku. Maafkan aku. Aku tidak berniat untuk memberikan tekanan. Cuma, mengikut peraturan. Maafkan aku wahai sahabat-sahabat guru sekalian.

~Sekarang merupakan debaran untuk semua guru-guru yang telah memohon. Cuma, aku dapat berdoa kepada Allah, agar semua urusan-urusan baik untuk Allah akan dimakbulkan dengan segera. Allah lagi tahu apa yang kita tidak ketahui. Dalam menilai manusia, aku mesti berhati-hati. Aku bimbang, setiap satu perbuatan atau sokongan akan membuat pekara lebih teruk. Setiap tindak-tanduk akan mengakibatkan banyak masalah kepada IMAN. Aduhai.. alangkah indahnya jika Rasulullah s.a.w ada bersama untuk aku adukan segala permasalahan ini. Ya Rasulullah.. ku merinduimu..

~Kata orang, kalau kita permudahkan urusan orang, Allah akan memudahkan urusan kita. Bantu orang, Allah akan bantu kita. Mendoakan kebaikan muslim yang lain tanpa pengetahuannya adalah sifat yang mulia dalam diri seorang muslim.Sebab itu aku risau jika merumitkan hal orang lain. Risau Allah akan rumitkan urusan dunia aku. Aku bimbang.. aku risau Allah tidak "berkenan" dengan perangai aku. Ya Allah.. malunya aku untuk berhdapan dengan Mu. Sedangkan dibahuku terpikul amanah yang besar. Masakan aku mahu memikulnya? Allah.. aku lemah dalam urusan dunia ini. Bantulah aku.. kerana aku adalah manusia yang lemah.

~Satu kelemahan aku adalah sukar untuk meminta bantuan orang lain bila mana hendak melakukan pekerjaan. Bukan berat mulut atau sebagainya. Tapi, aku bimbang akan menyusahkan orang lain yang sudah sedia terbeban dengan tugasan masing-masing. Ditambah lagi bukan  kerja yang sepatutnya dibuat. Bila mana kita meminta kepada manusia, Allah akan serahkan kepada manusia untuk memutuskan. Aku risau, sebab manusia itu bersifat LEMAH dalam membuat penilaian. Sebab itu, aku akan berusaha untuk melakukannya dan berusaha untuk berdoa kepada Allah lantas bertawakal yakni menyerahkan keputusan kepada Allah. Aku bimbang,.. sebab Allah memerhati kita dalam setiap hal yang kita lakukan.

~Lemahnya aku dihadapan Allah. Aku risau amalan yang aku lakukan bukan mendatangkan kebaikan sebaliknya mendatang kemurkaan tanpa aku sedari. Aku senantiasa berwaspada dengan amalan aku. Siapalah aku jika dibandingkan dengan manusia disekelilingku. Aku hanyalah indan yang berdosa... Allah.. aku lemah dalam segala-galanya.. Maafkanku.."Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku."

~~ Hidup matiku pasti tidak sempurna jika bukan kerana Allah~~

KEMATIAN ITU PASTI!! [2025] - AKU MENULIS LAGI PADA 2026

    أسلام عليكم Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ~Secara tepatnya, kali terakhir aku berjaya mencoret di sini adalah pada 22 November 2...