Cari Blog Ini

Selasa, 9 April 2013

Hembusan eg-tukar Jun 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini.

~Perlu diingatkan sekali lagi, blog ini adalah luahan hati aku sebagai seorang warga pendidik. Bukan blog yang menjatuhkan orang apatah lagi menghina kedudukan orang. Kalau tidak berminat untuk mengetahui kandungan blog ini, butang "X" ada di sebelah penjuru kanan. Sila tekan untuk keluar.

~Apa khabar semua warga pendidik sekalian? Ada berita yang mengembirakan hari ini? Demam eg-tukar Januari 2013 belum kebah, dah bermula lagi eg-tukar untuk Jun 2013. Mungkin kali ini membuahkan hasil yang lebih memberansangkan, kejayaan yang tidak punyai keperitan.

~Statistik perpindahan yang aku lihat di http://apps.moe.gov.my/epgo/papar_statistik.cfm?kod_bhg=211



~Sarawak masih ditangga teratas untuk rumusan ini (11.59 pagi -9 April 2013). Apapun, semoga berjaya kepada semua yang memohon. Cepat atau lambat, bukan urusan kita. Allah yang lebih Mengetahui semuanya. Kita hanya berusaha, selebihnya Allah yang tentukan. 

~Kepada rakan-rakan yang memohon, jangan cepat melatah jika permohonan tidak berjaya. Ingatlah, usahakan selagi dapat. MARAH kepada PPD, JPN, KPM bukan jalan penyelesaian. Kami yang berkhidmat di Jabatan ini juga masih tertakluk kepada "SAYA YANG MENURUT PERINTAH".

~Apa-apapun, semua urusan Allah juga. Mintalah dengan Nya. Jangan kepada manusia. So, mohonlah ya. Semoga berjaya. Semoga Allah merahmati semua usaha kita. 


~Walau dibuang ke tepi, aku tetap di sini , kerana aku cuma ada Allah dalam hatiku~

9 ulasan:

  1. KADANG2 RASA JEMU JUGA HIDUP DI PERANTAUAN JAUH DARI ANAK DAN SUAMI TAPI HANYA DIRI KITA DAN ALLAH TAALA SAJA YANG TAHU BETAPA SUSAHNYA KEHIDUPAN DI PERANTAU LEBIH2 LAGI SAYA TELAH PUN BERKHIDMAT DI SABAH DAN SARAWAK BERTAHUN2 .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar.. memang benar. Tidak disangkal apatah lagi dipertikaikan. Ingatlah, Lillahitaala.. Keluh dan kesah semua keresahan kepada Allah jua

      Padam
  2. dah 12 tahun di johor masih tak berjaya. dulu sblm 3 tahun, janji tunggulah lepas lima tahun..dah lepas 5 tahun tunggulah 10 tahun...la..mcm ni juga. x tahu nak tunggu brp lama lagi....MMg betul...kita mohon dengan Allah bukan dengan manusia. putaran hidup hukum karma tetap ada... kalu kata x da kekosongan dinegeri yang dipohon, heran pulak bila balik kg ada juga guru option sama dipostingkan di tepi rumah mak bapak...kalau nak adil..biarlah adil biarlah pada semua..jgn pilih bulu..Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...

    BalasPadam
  3. Semua itu kan ujian? Allah lebih tahu kemampuan kita. sebab itu saya berpegang pada prinsip. kalau kita bantu orang, Allah akan bantu kita juga. Sistem dibuat manusia ni, memanglah nampak sempurna, hakikatnya, sistem yang dibuat oleh Allah lebih baik dari yang dibuat manusia. Ikhlasknalh hati cikgu. Guru adalah jutawan akhirat. Panel-panel pemilihan senantiasa mencari penyelesaian kepada masalah "stagnant teachers". Allah masih suka melihat cikgu merintih kepadaNya// Tahniah kerana cikgu cekal hadapi semua ini.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,

    Maaf sekiranya saya meluahkan apa yang terbuku di hati. Mungkin staff BPSH sering memperkatakan soal ujian Allah. Terima kasih kerana saling berpesan dan menasihati. Walaubagaimanapun, saya ingin tekankan soal tanggungjawab.

    Bukankah tanggungjawab kerja itu merupakan amanah yang perlu kalian pikul? Saya ingin bertanya kepada saudara, apakah jawapan saudara sekiranya dipersoal di akhirat nanti kenapa tidak menjalankan tanggungjawab dengan amanah. Setahu saya, telah ditetapkan jadual pelaksanaan. Kenapa tidak boleh dipatuhi jadual tersebut sehingga menyusahkan dan merisaukan ribuan guru-guru diserata malaysia? Saudara, bilangan tersebut bukan sedikit dan saya yakin semua guru-guru yang memohon mempunyai sebab mengapa mereka mahu berpindah.

    Saya tak faham kenapa sistem tidak lagi wujud bahagian BPSH sedangkan permohonan kami sudah boleh diproses sebulan setengah yang lalu. Masa yang cukup panjang. "Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian..." Tidakkah saudara fikir soal masa itu merupakan aspek yang paling penting dan perlu dihormati? Sehingga sekarang masih tidak ada tarikh yang konkrit untuk mendapat tahu keputusan permohonan kami. Kami rasa betul betul teraniaya.

    Rasanya tak perlulah pertikaikan soal ikhlas dan sabar kerana itulah yang telah dan sedang kami lakukan sekarang, dan rasanya kami ada hak untuk membuat teguran. Diharap boleh terima teguran dan buat tindakan segera.


    BalasPadam
  5. mmg..sglanya kehendak tuhan..tp ni urusan ada pihak yg urusan..apelh slhnye jika mmberi sdikit keselesaan..setiap thun ramai yg klua sbgai guru..rotate lh

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum.........ikut hati mati......ikut rasa binasa.....ikut nafsu......lesu.....tp kita x dpt nk tipu diri kita....rasa kecewa x dpt d bendung......sesuram...pelabuhan klang yg d selubungi jerebu...klu ini dugaan mohon d kuatkan iman........x tau lg nk motivate blk semangat yg hilang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wassalam puan tidak bernama.. Mujahadah itu jalan yang sukar tetapi mudah untuk mendapat "perhatian" Allah. Bermujahadahlah.. Allah masih tahu puan mampu untuk menghadapinya. Ada lagi insan yang diuji lebih teruk dan sadis daripada kita. Motivasikanlah dengan "solat tahajud". PErcayalah, bila puan sudah kembali ke tempat asal, memang akan sedikit tangisan kita kepada Allah

      Padam

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...