Cari Blog Ini

Rabu, 25 April 2018

TSUNAMI HIDUP: MANA MAKAM KESABARAN II (samb..)



~Alhamdulillah.. syukur ku panjatkan kepada Allah s.w.t. Kerana dengan limpah dan karunia Nya, kita masih lagi bernafas di bumi Nya. Berjalan di atas bumi Nya yang luas. Masih lagi dapat melihat warna dan mentafsir erti kehidupan yang serba serbi indah untuk kita.

~Berlegar dan berlalu, sebuah lagi episod dalam kehidupan aku sebagai manusia. Ingat, blog ini adalah untuk tatapan mereka yang ingin mengetahui dan bukannya untuk mencari kesalahan orang lain. Tak suka? Silalah tekan "X" dihujung penjuru kanan di atas laman ini. Terima kasih.

~Berbalik kepada sambungan : TSUNAMI:MANA MAKAM KESABARAN I
http://insanwardah.blogspot.my/2017/04/tsunami-ujian-mana-makam-kesabaran-no-1.html

~Ini kisah benar. Bukan rekaan. Adapun yang tertambah dan tertinggal mungkin disebabkan oleh "kelemahan" aku sendiri sebagai manusia. Namun, sedaya upaya untuk menceritakan dari sudut sahih bukan dari mulut mereka yang berpuaka lantara.




~Seperti yang dijanjikan, maka ini adalah sambungannya. Proses untuk mendirikan rumahtangga kali kedua. Moga mendapat berkat dan motivasi kepada semua rakan-rakan yang tinggal di Sarawak untuk berpoligami.

~Kunci utama adalah "isthikarah" kepada Allah. Hendaklah menyerahkan segala-gala urusan yang ingin dilakukan di atas pengetahuan Yang Maha Mengetahui. Macam nak apply pinjaman peribadi. Mesti melalui proses pertama iaitu memohon. Nak memohon kena ikut bank yang sesuaikan? Tapi, dalam bab ini, tiada yang lebih sempurna melainkan Allah jua. Minta kepada Allah. Pohonlah ketulusan hati dalam melaksanakan ujian poligami. Dan jika benar ini adalah jodoh kita yang telah tertulis di Lauh al Mahfuz, insya Allah semua urusan ini akan dipermudahkan semua urusan dunia dan lembutkanlah hati semua yang terlibat dalam poligami. Kerana ianya akan jadi ujian, bukan sekadar ujian kepada diri kita, isteri kita dan juga bakal isteri kita, tetapi ujian kepada diri orang lain yang berada dalam lingkungan kita. Adakah mampu bersikap "TULUS dalam PENYERAHAN kepada ALLAh" atau "Sekadar Ungkapan Redha Di Hati namun tak Bersyukur lagi"

~Seusai memohon (janganlah isthikarah sekali dua, hendaklah berkali-kali sehingga teguh keyakinan), bercakaplah dengan isteri pertama dengan kebaikan. Bukan nak marah-marah. Bukan menengking. Dengar pendapat nya. Teguhkan hatinya dengan memberikan kata-kata semangat(walaupun pada dasarnya, isteri pertama memang sukar menerima, tapi kalau kita yakin Allah adalah segala-galanya, sudah pasti Allah jadikan hatinya lembut bak sutera). Tetapi hendaklah mendatangkan kebaikan dalam pertuturan. Allah menjadi hati perempuan lembut bak sutera, namun kalau bab poligami atau berkongsi suami, memang sutera menjerut diri jika salah pertuturan.

~Tunjukkan bahawa kita mampu menjadi imam kepada 2 makmum. (lillahitaala) . Sepanjang proses ini, bantulah isteri kita melalui proses penerimaan bahawa dia akan berkongsi suami. Aku tidak menghadapi masalah dalam bab mengutarakan pendirian ini kerana isteri yang tercinta Puan Dayang Khalizah awal-awal lagi menyatakan, "kita tidak memiliki jiwa masing-masing, sebaliknya Allah jua yang memiliki jiwa ini".

~Melamar: Setelah persetujuan dari isteri pertama, maka bab ini pula timbul. Isteri aku yang melamar isteri kedua aku pada mulanya. Lamaran bermula dari pertanyaan adakah isteri kedua (sekarang ini) sudah berpunya atau belum dan masih available atau tidak. Walau dalam keadaan kalut (berperang dengan perasaan sendiri), namun Puan Dayang Khalizah sangat bijak dalam menangani isu hati dan sentiasa menyerahkan ketulusan hati kepada Allah. (mungkin hasil didikan yang baik dari kedua ibu bapa beliau).Setiap tutur kata diatur supaya hatinya yang rapuh tidak berkecai. Pengorbanan isteri kepada suami. Walaupun pada ketika itu, dia sedang mengandung anak kami yang ketiga.

~Lamaran kami pada permulaannya ditolak.. Cikgu Siti Aminah menolak atas alasan tidak bersedia berpoligami dan juga masih dalam proses mencari yang bujang. Jadi, Puan Dayang tidak terus melatah tetapi memberikan nasihat kepada Cikgu Siti supaya tenang dan isthikarah dan menyerahkan kepada Allah segala ketetapan jodoh ini. Maksudnya, Puan Isteri beri peluang kepada Cikgu Siti untuk beristhikarah dan berunding dulu dengan keluarga.

~Setelah beberapa ketika, usai isthikarah, Cikgu Siti Aminah kembali setuju dan memberitahu hasrat kepada Puan Dayang Khalizah ingin meneruskan.


~Saya ringkaskan prosedur untuk POLIGAMI dalam kes kami:


1. Persetujuan bersama-sama antara Suami, ISteri dan Bakal Isteri.
2. Berbincang antara Aku, isteri dan keluarga bakal isteri.
3. Mencari peguam syarie (dalam hal ini, kami menggunakan khimat Hamzah, Hashim & Co)
4. Legal fee dengan peguam bergantung kepada jenis perkhidmatan yang digunakan.
5. Menyiapkan kertas kerja sebelum berbincang untuk nafkah dan lain-lain
6. Menetapkan tarikh bicara di kamar Mahkamah Syariah Kuching
7. Perbicaraan dengan kertas kerja poligami dengan Hakim Syarie
8. Kelulusan Hakim
9. Bawa ke Majlis Islam Sarawak untuk tujuan borang kebenaran nikah kawen.
10. Borang yang sudah ada kebenaran dari Pendaftar Kahwin negeri Sarawak seterusnya dibawa ke Majlis Islam Negeri Selangor (Daerah Batang Kali).
11. Kahwin..


UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...