Jumaat, 27 Mei 2011

Catatan 26.05.2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers..

~Segala puji pujian bagi Allah, tuhan semesta alam.. Tuhan yang memiliki kerajaan di dunia dan akhirat. Raja di atas segala raja. Tuhan yang memiliki hatiku ini. Yang dirindui setiap masa….

~Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan, Muhammad s.a.w. Rindunya padamu, tidak terhingga walau tak pernah bersua denganmu. Cinta kepadamu tidak akan mengecewakan kerana cinta itu berbalas di akhirat.

~Doa dipanjangkan kepada segala ahlu bait, sahabat-sahabat baginda, alim ulama, kepada kedua ibu bapaku, saudara sekandung denganku, kepada guru-guruku, anak-anak muridku, dan muslimin dan muslimat.

~Al-fatihah untuk mangsa tanah runtuh di Selangor Darul Ehsan yang berlaku baru-baru ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.

~Mencintai dunia..itu penyakit yang bersarang dalam hatiku sekarang. Bagaimana hendak membuang ‘dunia’ dalam diri sedangkan ‘dunia’ itu sudah menjadi darah daging dalam hidupku. Caranya, dengan membunuh ‘dunia’ dalam diri. Biarlah diri ini separuh mati, asalkan dunia itu mati dalam diri. Jalan untuk kembali kepada Allah Cuma jalan yang satu. Meninggalkan dunia, mengejar akhirat. Cinta tidak boleh bersatu dengan dalam dua. Cuma ada satu cinta yang akan menentukan perjalanan ke akhirat.

Wahai diri, ingatlah mati itu pasti
Wahai diri..ingatlah bahawa akhirat itu pasti
Wahai diri.. sedarlah..bermuhasabahlah..Renungi hikmah kejadian diri..
Wahai diri.. dunia pasti ditinggalkan..akhiratlah destinasi tujuan..
Wahai diri.. sudah-sudahlah mencintai dunia..akhirat juga yang benar
Wahai diri… sudah lelah anggota berkerja untuk mendapatkan dunia, akhirnya semuanya auta semata-mata
Wahai diri.. sudah lelah lidah berbicara keduniaan,
Wahai diri..sudah lelah mata memandang yang lara,
Wahai diri.. sudah lelah tangan melakukan onar,
Wahai diri… sudah lelah kaki melangkah menuju kemusnahan..
apa yang dicari semuanya akan hilang secara pelahan-lahan..
Wahai diri..serulah kepada kebaikan,
Ajarlah lidah mengucapkan kalimah mensucikan Allah dan segala hal,
Ajarlah mata memandang kalamullah,
Ajarlah tangan menyampaikan sedekah,
Dan ajarlah kaki melangkah ke rumah Allah..
tiada yang benar melainkan kebenaran beragama.


~Luahan hati seorang guru~

Isnin, 9 Mei 2011

Catatan 09.05.2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman..

~Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi kita merasa. Sudah menjadi adat bertamu, datang bagaikan melukut ditepi gantang. Datang kami datang bertamu, sudah pasti akan kembali ke negeri asal. Maafkan jika aku terkasar bahasa, terkasar perbuatan.. Maafkan di atas ke khilafan yang tidak tertanggung. Aku hanya insan biasa yang mengharapkan keredhaan Allah jua. Dengan segala kerendahan hati, aku memohon seribu kemaafan jika melakukan kesalahan sepanjang berada di perantauan. Semoga Allah memaafkan kesalahan orang yang telah menzalimi aku dan aku yakin, aku boleh menghadapi semuanya kerana bagiku Allahlah penolongku setiap masa.

~Dalam kerendahan hatiku, aku menitip ampun dan maaf kepada semua mereka yang merasakan aku manusia yang teruk dan pemalas. Aku sekadar berusaha dan aku punyai hati dan perasaan seperti mana manusia yang lain. Mungkin kalian tidak membaca titipan ini kerana lantaran bencikan setiap satu perkataan yang keluar dari mulutku. Tapi, aku yakin, setelah kita memohon kemaafan, ianya terletak antara nafsu dan iman lagi yang membolehkan permohonan maaf di capai.

~Di bawah lembayang ulta violet ini, menghirup udara yang sama, mengaut hasil untung yang sama, menggalas segala tanggungjawab yang telah diamanahkan, aku sentiasa mengikut perasaan dan tidak memikirkan apa kehendak orang lain. Bukan senang hendak mengakui kesilapan jika ianya melibatkan maruah diri. Maruah diri adalah benteng hidup aku. Dalam mempertahankan maruah diri, adakalanya aku melukai hati insan-insan yang berada sekelilingku. Bukan kerana aku berkehendak, tapi itu semuanya nafsu yang dimangkin oleh syaitan.

~Dalam benak fikiranku.. KOSONG tanpa idea yang bernas. Maka lahirlah karya kemaafan.. Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan ke atas diriku dan isteriku.. serta………………..

Isnin, 2 Mei 2011

Menantikan saat yang termampu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Alhamdulillah, syukur kita kehadrat Allah kerana dengan limpah dan karuniaNya, kita dapat bersua berdua dalam pelayaran hidup seorang cikgu biasa. seperti mana yang kita ketahui, hari ini adalah cuti hari pekerja. Aku ucapkan selamat bercuti kepada semua pekerja-pekerja tanpa mengira sektor.

~Bagi yang sedang membuat persiapan untuk majlis-majlis keramaian, diucapkan semoga Allah memberkati segala majlis yang telah dirancang.

~Berhati-hati dengan perkataan kerana perkataan itu akan menyebabkan kita tersungkur.

~Yang paling jauh dari manusia ialah kenangan masa yang dahulu~ Usahakan yang terbaik untuk diri sendiri, agama, bangsa dan negara.

~ Amalkan cara hidup yang sihat. Elakan dari menyumpat dan memfitnah.

~Aku menanti pendekar baru dalam negeri Sarawak.. yang bakal mewarisi semua ilmu aku.. Amin

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails