Isnin, 15 Oktober 2012

KEHEBATAN ALLAH,


ALANGKAH hebatnya Allah,
Tidak pernah rehat daripada bekerja,
berbuat dan bertindak
Setiap detik di dalam kesibukan
Mengadakan, mentiadakan
Menghidupkan, mematikan
Memuliakan, menghinakan
Menjatuhkan, menaikkan seseorang
Membangun dan meruntuhkan
Membaikkan dan merosakkan
Mengimankan dan mengkufurkan
Mengazab dan memberi nikmat
Memberi rahmat dan memberi nikmat
Mengkayakan dan memiskinkan
Menyusahkan dan menyenangkan
Dan entah apa lagi yang kita tidak dapat tuliskan
Daripada sekecil-kecil perkara
hinggalah sebesar-besar benda
Ia berlaku kepada semua jenis makhluk setiap masa
Tapi Tuhan tidak pernah letih dan penat
Tidak pernah sakit dan lesu
Tidak pernah jemu, perlu berhenti dan perlu rehat
Kerana Tuhan bukan fizikal yang dicipta
Ia adalah Khaliq pencipta
Dia adalah Zat yang Maha Suci lagi Maha Agung
Yang tidak hidup mengikut sistem makhluk
Yang tidak dapat dirupakan dan difikirkan
Hebatnya Tuhan, hingga tidak dapat dibayangkan
Hebatnya Tuhan, tidak ada penyerupaan

KaU KuAt Bila meNjaTuhKan MarUah kAmi?

Assaalmualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah.. Allah sama sekali tidak membeban kita dengan dugaan melainkan sesuai dengan tahap imannya.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Adakah kamu berfikir?

~Sewaktu al-Quran al-Karim diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, nabi Allah disuruh "IQRA".. Bacalah.. Kenapa diturunkan perintah untuk membaca? Sedangkan nabi Allah s.a.w. itu ummi (tidak tahu membaca). Di sini, Allah meletakan ILMU sebagai awalu kalam agar semua umat Islam berilmu dengan membaca. Tetapi, di dalam al-Quran, Allah selalu mempersoalkan , " Adakah kau berfikir?"..

~Ya.. adakah kita terfikir sejenak dengan setiap perbuatan, perkataan mahupun segala yang tersirat dihati kita dalam menjalani kehidupan di muka bumi Allah. Adakah kita merasakan kita benar sehingga apa sahaja yang dibuat orang lain itu salah dan tidak benar? Sehingga sanggup menjatuhkan maruah seseorang kerana ingin menegakkan kebenaran (yang kita rasa) sedangkan menjatuhkan maruah sesama Islam itu adalah tidak benar dan tidak seharusnya dilakukan lebih-lebih lagi dihadapan orang yang bulan Islam? Bagaimana kita hendak membenarkan pernyataan dari seorang bukan Islam yang menghina saudara seIslam dengan kita? Adakah kita terfikir?

~Adakah kita terfikir, dengan penghinaan sebegitu meletakkan kita setaraf dengan mereka? Pernahkah kita mengambil langkah inisiatif untuk menasihati dengan bertemu muka, bertelaah dan bermusyawarah untuk mengelakan kepincangan di dalam ikatan persaudaraan? Kita adalah "saudara". Beerti Islam telah menyaudarakan kita dengan ukhuwwah. Tapi, hasad dengki telah melenyapkan ikatan persaudaraan dan mendekatkan kita dengan permusuhan. Sedangkan memutuskan ukhuwwah adalah SAHABAT syaitan. Mengapa perlu disamakan kita dengan syaitan?

~Rapatkan barisan kita dengan Islam. Islam mengajak kita untuk mengeratkan siraturahum. Bersatu padu dalam segala aspek. Dan sama sekali tidak bersekongkol dengan musuh Allah. Siapakah musuh Allah? Mereka yang tidak mengucap 2 kalima syahadah. Fahamilah.. Kalau beginilah sikap orang Islam, maka tidak hairanlah jika sekarang, umat Islam berpecah belah. Semuanya hanya mengikut hawa nafsu. Sehinggakan titik kesefahaman tidak diendahkan. Allahu Allah..

~Mereka yang berada luar lingkungan Islam bertepuk tangan melihat perbalahan kita. Adakah kau tidak berfikir?Adakah dengan menjatuhkan sesama muslim boleh mengenyangkan perutmu? Dan andainya ianya mengenyangkankan, terima kasihlah diucapkan dan semoga Allah mengampuni dosamu. Habblu minallah dijaga, habluminnas tidak dijaga. Dosa dengan Allah diampunkan Allah, dosa dengan manusia, dari manusialah kita memohon kemaafan. Bagaiman tidak diberi kemaafan? Mesti diungkitnya, "ala, sedangkan nabi ampunkan umat, inikan pula kita."

~Dan akhirnya, aku akan cadangkan, bersabarlah kepada yang telah ditindas.. Allah Maha Mengetahui.. sebaris ungkapan syahdu, buat jadi kekuatan mereka yang bergelar umat Muhammad s.a.w.:

~Allahu Allah.. Allahu Akbar Walillahilham..

Jumaat, 12 Oktober 2012

AdaKaH eSok Adalah HarinYa untuKKu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru-guru bloggers sekalian. Allah tidak sama sekali akan menurunkan ujian kepada hambaNya sesuai dengan kekuatan imannya.. Apa khabar iman hari ini?
Adakah iman kita masih ditakuk yang sama atau telah meningkat bukannya menurun seperti semalam? Allahu Allah.. Apa khabar anak didik kita pada hari ini? adakah sudah ada kemajuan di dalam pelajarannya? Atau kita masih membiarnya terkapai-kapai mengenal ilmu? Adakah kita sudah melaksanakan tugas kita mendidik mereka? Dan ingatlah, Allah sentiasa melihat dan mendengar.. Setiap minit dan saat yang diperuntukan di dalam emolumen juga juga berkaitan dengan tindakan kita sekarang.

~Semalam, kepala dihurung dengan kepeningan yang tidak terhingga. Dari saat bangun tidur, sehingga tidur lagi pada malamnya. Bacaan yaasin hanya dapat dilakukan pada pagi tadi. Peningnya, sehingga banyak kerja tertangguh. Namun, aku gagahi jua untuk bersedekah, yakni bersedekah senyuman. Meringankan beban tanggungjwab orang lain juga bersedekah. Mengajar ilmu pun diiktiraf sebagai sedekah. Orang yang paling kaya, adalah orang paling banyak bersedekah. Biarpun sakit, gagahi diri untuk terus bermujahadah, membantu mengekalkan istiqamah. Bukan mudah untuk beristiqamah.. Ianya memerlukan pengorbanan nafsu-nafsi yang begitu banyak. Musuh yang dihadapi merupakan diri sendiri (nafsu). Bantuan nafsu, syaitan yang direjam Allah,. Musuh yang tidak nyata, namun pengalaman begitu tinggi dalam memujuk manusia untuk tenggelam dalam nikmat dunia. Saat di dalam kesakitan begitulah, dosa kita terampun jika kita bersabar dengan dugaan Allah... sakit merupakan maghfirah, keampunan Allah. Sebagai pelebur dosa yang bertimbun bagaikan gunung. Aduh..

~Beratnya menanggung kesakitan, namun, alhamdulillah.. semuanya dah diatur Allah jua. Bangun pada hari ini, kesakitan yang dirasai berkurangan. Mungkin disebabkan tekanan kerja. Namun Allah sentiasa ada bagi aku. Biar dihimpit tekanan, bagiku, semuanya bakal hilang. Sebab Allah menjanjikan ketenangan disebalik mujahadah.

~Pagi ini, tugas aku adalah untuk menggantikan Tuan PPD ke majlis di sebuah sekolah jenis kebangsaan. Alhamdulillah, kehadiran aku amatlah dialukan. Cuma, puan Guru Besar terkejut, kerana aku hanya dijangka datang pada 8.30 pagi, namun, aku hadir 20 minit lebih awal. Mungkin terbiasa dengan hadir lebih awal dari waktu jangkaan. Namun, semangat untuk kembali ke sekolah untuk mengajar kembali berkocak melihat telatah anak-anak. Huhu.. apa yang penting, tugas sekarang, bukannya pada masa dahulu.

~Abang Hamzah menelefon tadi, memberitahu, dia bermimpi akan kehilangan/kematian aku.... Allahu Allah... Jawapan aku hanyalah, "Andainya itu benar, maka aku telah bersedia.."

~Mati itu pasti, cuma tidak diketahui bila tiba masanya.. Andainya itu adalah ketentuan, biarlah aku mati sekita semangat jihad tengah memuncak. Supaya, kematian aku tidak melesukan kelestarian hati dalam Islam. Sesungguhnya, agama Allah ini adalah benar.. tiada dusta di dalamnya. Yang mendustakan ajaran Allah, adalah mereka yang tidak ahu berfikir. Malah sombong dengan ajakannya. Allahu Allah..

Rabu, 10 Oktober 2012

TIRAKAT ISTIQAMAH~ADUH SUKARNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.. Selawat dan salam kepada nabi junjungan, Muhammad s.a.w.

~Aduh susahnya hendak bermujahadah.. Apa khabar iman hari ini? Adakah dalam keadaan baik atau telah ternoda oleh dosa-dosa yang telah dilakukan? Allah hu Allah.. Adakah iman ini seperti semalam atau lebih buruk dari semalam? Aduh.. susahnya hendak mendidik hati jika berterusan sebegini. Semua amalan dirasakan serba tidak kena. Adakah kerana hasil pendapatan yang diperolehi dan di makan yang tidak dijaga sumbernya?

~Aduh.. sukarnya untuk khusyuk di dalam ibadahku. Sudah berkali-kali dicuba untuk menumpukan ibadahku, namun aku tetap tidak berjaya. Adakalanya berjaya dan pada saat itulah dirasakan terlalu manisnya iman sehingga bercucuran air mata mengenangkan rahmat Allah. Namun, ianya memang sukar untuk ditetapkan kerana syaitan dan nafsu berjaya mengambil alih keadaan. Allah hu Allah..

~Aduh .. sukarnya untuk menjaga siratulahim di antara sesama Islam dan bukan Islam. Allah hu Allah.. suka syaitan melihat kepada perbalahan yang berakhir kepada dendam. Seolah-olah tiada penyelesaian akan kepada permusuhan. Sehingga sanggup memutuskan siratulahim kerana beranggapan lebih mulia dan lebih berpengetahuan. Aduh.. sukarnya mendidik hati untuk memohon kemaafan kepada orang lain. Sedangkan kemaafan itu lebih manis dari gula.

~Allah hu ya Allah.. akhirnya aku temui jawapan.. " Dan di antara manusia itu yang menyembah Allah tidak tetap, iaitu jika ia beroleh kebaikan, maka senanglah hatinya ketika itu,dan jika ia difitnah dengan kesukaran, maka berbaliklah ia(dengna kekufuran), (dengan sikapnya itu) rugilah dia akan dunia dan akhirat,itulah kerugian yang terang nyata". [Surah Al-Hajj- Ayat 11].

~Allah berfirman kembali:  "Sesungguhnya orang-orang yang menyatakan : Tuhan kami ialah Allah. Kemudian mereka tetap istiqamah makan tiada kekhuatiran  terhadap mereka dan mereka pula tidak berdukacita" [Surah Al-Ahqaf: Ayat 13]

~ku meyakini bahawa Allah sentiasa mendengar keluhan hati.. dan aku perlu untuk beristiqamah... Perlu ada disiplin untuk menggapai cita-cita mulia.. untuk mencari CINTA ALLAH..

~Akhirnya.. ku yakin bahawa LAILLAHA ILLAH.. MUHAMMAD DUR RASULULLAH..

Selasa, 9 Oktober 2012

TaWarAn JaWaTaN aHLi SyUrGa?



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

~Kepada semua hamba-hamba Allah yang sedang meniti patah perkataan yang keluar dari blog ini, silalah bersedekah al-fatihah kepada semua umat muslimin dan muslimat sama ada masih hidup atau yang telah kembali ke rahmatullah.. Semoga dengan sedikit sedekah yang tidak seberapa akan meningkatkan lagi ukhuwwah kita sesama Islam.


~Pernah seketika hamba Allah menawarkan jawatan di dalam sebuah Pertubuhan yang dikenali ramai. Ditanya beliau, adakah aku mahu untuk dijadikan 'abang long' kawasan? Aku bertanya kembali kepadanya, adakah dengan jawatan tersebut, dapat menjamin syurga buatku di akhirat sana kelak? Terus terdiam hamba Allah tersebut. Aku menjelaskan makna sebenar dakwah, bukan nya berdiri atas pertubuhan, tetapi dakwah dimulakan diri sendiri, kemudian rumahtangga sendiri, kemudian ahli keluarga terdekat, barulah kepada semua jemaah. Andai sebuah pertubuhan hanya mementingkan kawasan dan keuntungan, maka jangan lupa balasan Allah memang akan datang.


~Allah menjadikan manusia ini sebaik-baik ciptaanNya. FirmanNya:



"Sesungguhnya kami menciptakan manusia sebaik-baik ciptaannya" Surah At-tin ayat 4.


Allah hu Allah.. masakan ini kita tidak berfikir, bahawa perjuangan memperjuangkan sesuatu tanpa asas yang kukuh akan mengelirukan dan menyesatkan ummah. Sorotan kisah dari kejahilan umat Nabi Musa ketika diminta mencari lidah lembu di dalam surat al-Baqarah ayat 67. Allah berfirman:






"Dan (ingatlah), ketika Nabis Musa berkata kepada kaumnya, “ Sesungguhnya Allah menyruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. Mereka berkata: “ Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab:” Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)”.


Maka renungkanlah.. Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak sama sekali akan ketahui. Manfaatkan dari Pertubuhan @ Jemaah. Maka, ajaklah semua jemaah meramaikan masjid, surau-surau yang terbiar. Maka ajaklah semua jemaah dalam pertubuhan untuk "menguasai" kawasan saf hadapan di dalam solat-solat fardu.Mampukah kita berdakwah sedemikian rupa? Itu adalah sebaik-baik pemimpin. Pemimpin yang memimpin jemaahnya untuk melakukan ibadah amar makruf nahi mungkar. Biarlah mulakan dulu dengan solat. Kerana solat adalah tiang agama. Insya Allah, Allah akan membalas jasa kita kerana Allah sama sekali tidak mengenepikan kita hatta kita ini cuma seekor semut.


~Tiadalah niat untuk menghina atau merendahkan sesebuah pertubuhan. Tapi, hanyalah ingatan kepada yang terlalai dan terlupa. Tiada yang sempurna. Hanya kita sebagai hambaNya jua. Berdakwah, biarlah dengan diri. Bangkitlah semangat mujahadah dalam diri. Hidupkan hati dengan cinta Allah. Hiasi diri dengan peribadi Rasulullah. Kemaskan akhlak dengan al-Quran. Sediakan diri dengan kematian diri. Insya Allah, ada jalannya.


Renungkanlah.. esok belum pasti untuk kita, lenanya kita pada malamnya, belum pasti terjaga pada keesokan harinya. Apa yang ada, cuma hari ini, saat ini untuk kita mengenang dosa yang telah dibuat semalam. Tiada yang lebih indah dalam hidup melainkan mendapat rahmat dari Allah, pertolongan dalam bermujahadah, pertolongan dalam pekara kebaikan dalam hidup. Semoga Allah merahmati semuanya.. Insya Allah..




Isnin, 8 Oktober 2012

Kepada Dialah kita pasti akan kembali jua..


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Belasungkawa untuk keluarga Hajjah Maryam Bin Haji Yahya yang telah kehilangan ayahanda nya pagi tadi.. Semoga Allah menempatkannya ditempat orang yang beriman. Sesungguhnya, dari Allah kita datang, dan pastinya kepada Allah kita akan kembali..

~Syahdu... Allah hu Allah.. Mati itu pasti.. Mati itu benar.. Ya Allah..

Oktober yang SyahDU? Allah hu Allah..

Assalamualaikum warahmatullah..

~Salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah. Sudah lama ana tak bertinta dalam kelana. Seperti biasa, bebanan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang abie menyukarkan aku untuk mencoretkan kata-kata dalam blog ini. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpahNya yang Maha Besar, aku masih lagi di sini dengan kekuatan yang ada dan yang termampu.

~Ayahanda dan ibunda sudah melangkah menunaikan rukun Islam yang kelima ke tanah suci Mekah pada 2 Oktober 2012. Syukur yang tidak terhingga, doa-doa kami terkabul untuk kedua-duanya menunaikan impian mereka. Lantas menunaikan hasrat arwah kedua-dua nenda belah ayahanda dan ibunda...

~Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Aku sedang diralit rindu... Namun hati menegah kerna bimbang ibadah kedua-duanya terganggu. Ya Allah.. engkau sahaja yang Maha Mendengar.. Ya Allah, Kau Maha Mendengar, Tiap kata yang hanba lontarkan, tiap doa yang hamba pohonkan.. Selamatkanlah pemergian kedua-duanya, dan selamat jua lah kepulangannya.. Allah hu rabbi..

~Yang terlintas dihatiku, terbisik di akalku, semuanya di dalam penguasaan Allah..Saat ini, Allah sahaja yang tahu betapa getirnya dibenakku. Keluhan demi keluhan.... Semuanya berada dihatiku pada saat ini.. Berbahagi dengan beberapa keadaan. Semoga Allah meneguhkan perjuanganku.

~Aku teringat satu ketika dahulu, dalam sujud terakhirku, aku memohon kepada Allah, supaya diletakkan aku jauh di pedalaman. Pedalaman yang boleh meningkatkan dakwahku. Tempat yang boleh aku menyumbangkan sedikit idea tentang konsep ketuhanan yang esa. Aku bermohon agar pekerjaan dae aku terus mekar, bertambah dari sehari ke sehari. Allah memakbulkan.. sungguh indah ketika berada di sana. Dihujung tahunnya, aku bertemu jodoh dengan bidadariku.. Maka bermulalah episod keluh kesah, merintih kepadaNya, kerana berjauhan dengan yang tercinta.. Allah memakbulkannya, setelah beberapa ketika. Namun, ada tidak ketika ini aku bersyukur?

~Ya Allah....sesungguhnya.. aku lemah dalam menempuhi kehidupan ini.. Aku lemah dalam bermujahadah.. Sedangkan aku sudahpun berikrar untuk meningkatkan mujahadahku kepadaMu..

~Selamat menunaikan ibadah haji ibunda dan ayahanda.. ku teramat merindui belaian kasih sayang kalian..

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails