Jumaat, 21 Januari 2011

Sambungan






Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers. Semoga kalian sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Nya selalu. Adalah dimaklumkan bahawa perkongsian ataupun “penyedutan” idea dalam blog ini amatlah dialu-alukan. Tiada bantahan mahupun larangan dikenakan ke atas bloggers yang lain. Semoga beroleh manfaat daripada nukilan penulis.

~ “Sesungguhnya kamu adalah sebaik-baik umat..” secebis ayat al-Quran buat panduan kita semua yang bergelar muslim. Alhamdulillah. Syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah dan kurniaan Nya jualah, dapat aku mencoretkan kata-kata aku dalam blog ini. Kita adalah sebaik-baik umat. Itu adalah janji Allah buat kaum muslimin yang dinyatakan Allah taala di dalam al-Quran. Gunakan segala yang ada di dalam al-Quran untuk tujuan kebaikkan. Jauhi segala larangan Nya. Setiap larangan Nya mengandungi hikmah-hikmah yang belum tentu ada yang memahamiNya dengan teori.

~Minggu ketiga di S.K Long Sepiling. Banjir pula di sekolah. Ini disebabkan hujan yang turun mencurah-curah di sekitar Tinjar. Itu bukan masalah. Tetapi, bagi mereka yang tidak bersyukur, itulah masalah besar. Hikmah Allah itu adalah rahsia. So, cariklah hikmah dalam musim banjir sebegini. Sukar hendak dijelaskan di dalam perkataan. Hanya boleh dilalui jika perasan dengan kehadiran hikmah ini. **Rahsia dalam rahsia**

~Keadaan kampung sudah ditenggelami air. Di sekolah agak beruntung kerana berkedudukan tinggi. Cuma, dalam 2-3 hari ni, nak turun sekolah, kena mengharungi air setinggi paras lutut untuk ke jambatan utama dari rumah aku. Aku tak kisah sangat. Tetapi, risaukan keselamatan isteri. Alhamdulillah, itulah rahmat yang mungkin kita tidak mengerti yang perlu diungkaikan oleh kebijaksanaan akal yang Allah telah kurniakan. Banjir adalah rahmat Allah. Ketemukan diri dengan pencipta dalam sujud yang penuh keasyikan.

~  Januari kian menghampir ke pengkalan. Apakah amalan terbaik kita pada bulan ini? Fikirkanlah. Semoga penghijrahan aku ke Long Sepiling memberi seribu satu hikmah. Pindah tak beerti aku mengalah kepada situasi. Pindah adalah untuk memberi satu kehidupan baru dalam diri...Jazakallah..

Sabtu, 15 Januari 2011

Tahun Baru: 2011 ~Ada apa KebaiKKanNya??__PINDaH!!!!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. kepada semua blogger. Sudah sekian lama tidak mencoretkan kata-kata merapu di dalam blog yang serba serbi kekurangan. Semoga dengan ini, semua beroleh manfaat dan faedah dari pembacaan ini. Selawat dan salam kepada Nabi junjungan kepada Nabi Muhammad S.A.W..

2 minggu sudah berlalu di tahun 2011. Masih belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca. Menyepi bukan beerti aku telah 'tewas' dengan persekitaran di Long Sepiling. Masa sekarang kebanyakan diperuntukkan untuk berkhidmat dan berbakti serta menjalankan tugas sebagai seorang guru dan juga seorang suami kepada isteri yang tercinta. 2 minggu pertama, aku habiskan untuk mengenali peribadi isteri yang sering mendambakan diri kepada aku dalam mencari redha illahi. 2 minggu sudah aku habiskan masa di Baram. Minggu kedua aku sekali lagi ke Bandar Marudi untuk mencari ilham.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t, kerana dengan limpah dan kurniaNya, aku berjaya menguatkan hati untuk mencoretkan kata-kata di dalam blog ini. Bukan mudah untuk mencari idea kerana idea bukannya dapat dicari tanpa tekanan dan masalah. Bukan mudah menulis seperti mana di Long Busang,. Kehidupan di Long Sepiling amatlah berbeza dengan Long Busang. Dulu hidup bersendirian. Sekarang hidup berdua-duaan. Tugasnya berbeza dan perasaannya jauh berbeza dengan keadaan dahulu. Long Busang membawa seribu kenangan, Long Sepiling membawa seribu harapan. Itulah perbezaan yang perlu aku tempuhi.



Syukur selalu kupanjatkan kepada Allah kerana telah memindahkan aku ke tempat yang lebih menenangkan hatiku. Dengan murid seramai 11 orang berbanding murid 188 orang sewaktu di Long Busang, menyenangkan aku memfokuskan kerja-kerja. Semuanya tenang dan semua staf menyenangkan dan tidak memeningkan. Alhamdulilah.

bersambung...

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails