Selasa, 29 Januari 2013

Sibu dan Mr. Khalid Hafizi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah sekalian..

~Allah tidak menjadikan setiap sesuatu dengan "suka-suka" tapi penuh berhikmah supaya kita sentiasa berfikir dan tidak memberi ruang kepada kebetulan untuk memainkan peranannya dalam kehidupan. Semua sudah dirancang dengan teliti tanpa ada sedikitpun cacat cela dan cacar marba. Semuanya adalah ketentuan , qada dan qadar Allah taala. Oleh itu, jika inginkan sesuatu, segeralah memohon kepada Nya. Jika tidak dapat, ucaplah "Alhamdulillahi ala kulli hal" kerana Dia merancang yang lebih baik untuk kita.

~Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan semua keluarga baginda.

~29 Januari 2013 .. sekarang aku berada di RH Hotel, Sibu. Semuanya kerana program Guru Muda 1 Malaysia si SMK Sacred Heart. Memang ada juga hikmah berada di Sibu. Banyak pengalaman baru yang diperolehi. Dari segi bagaimana makanan pada sebelah malam di Sibu, kawasan yang menarik di Sibu. Tapi, yang pasti masa yang paling lama untuk bersama anakanda, Mr. Muhammad Khalid Hafizi..

~Anak oo anak.. bagaimana tidak aku menyayangimu? Sedangkan engkau adalah sebahagian dari darah dagingku. Hmm......

~So, lepas ini akan ke Sacred Heart, Sibu. Nak hadiri majlis.. so, masa untuk berkemas-kemasan ya.. 

Selasa, 22 Januari 2013

Hati ini bukan milik sesiapa kecuali Allah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang dirahmati Allah..

~Sengaja digugurkan perkataan "bloggers" kerana sebahagian daripada pembacaku terdiri daripada mereka yang melawati blog aku tanpa mempunyai perasaan untuk berblog. Apa-apapun, selamilah setiap patah perkataan yang keluar dari luahan rasa hati aku. Bukannya sekadar menilai aku tanpa memberi peluang kepadaku untuk membela diri.




~Aduhai.. minggu ini dan minggu lepas merupakan satu ujian daripada Allah terhadapku dan keluarga. Bagaimana jua hidup tanpa pedoman Allah. Bagaimana jua hidup tanpa Allah menjadi arah tujuan? Bagaimana hidup ini tidak memerlukan Allah dalam setiap langkah. Goyah keimanan ku rasakan. Kekuatan hanya terletak kepada iman yang begitu rapuh. Sehingga sukar untuk memberikan 'the best perfomance' untuk Allah pada minggu lepas. KPI kepada Allah memang jatuh merundum. Kalau diukur amalan, memang terlalu "payau" untuk ditelan. Aku melihat pada habblu minnas (hubungan sesama manusia) agak goyah. Tiada kemanisan dalam berkomunikasi. Sedangkan akhlak Rasulullah adalah disenangi bila ada kehadiran baginda. Oleh itu, perbaiki lagi hablu minnallah (hubungan kepada Allah). Semoga dengannya, kita akan kembali ke landasan yang benar.

~Tertekan dan stress, mungkin itu yang menjadi gangguan kepada kehidupan aku sebagai seorang guru. Aku bimbang, stress dan tekanan itu akan mengganggu peribadi aku. Dahlah peribadi ini tidak seunggul Rasulullah. Jauh, bagaikan langit dan bumi. Manakan mampu aku untuk berdiri disisi Rasulullah di akhirat kelak dengan peribadi seperti ini. Aku ingin mencintaimu ya Rasulullah. Aku tahu, aku patut mencintaimu.. tapi, aku ini hanyalah umatmu yang sering gagal dan lalai. 

~Stress juga membuatkan aku tidak  berapa selesa menjalankan ibadah harian. Ibadah tidak fokus. Malah, aku sering mengingatkan diri, "Ketahuilah dengan hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" [Ar-Rad:2]. Ayat-ayat lain menyentuh perasaanku ialah , " Orang mukmin apabila disebut nama Allah gementar hati mereka [Al-Anfal:2]. Lantas aku memuji memuja Allah dengan sepenuh hati... tenang seketika. namun, bila dihujani dengan kerja yang bertambah-tambah, mulalah lupa lagi. Adui..celakanya nasib aku... 

~Hati ini sering bimbang dan risau. Akal sentiasa berfikir bagaimana hendak menyelesaikan pelbagai masalah tanpa memikirkan soal hati yang resah. Apakah ubatnya hati yang resah?  Sudah semestinya zikru maut!! (Mengingati mati) ~" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)~

~Nah.. semuanya berjawapan.. tiada satu tiada berjawapan. Al-Quran memang sumber kepada jawapan untuk semua permasalahan manusia sarwajagat. Bukan hanya kepada aku. Wahai guru-guru yang mengakui keesaan Allah sebagai satu Tuhan , tiada dua atau tiga, tiada beranak dan diperanak.. Rujuklah al-Quran, bertelaahlah dengan ulama/mursyid bagi mencapai tujuan memberikan jawapan kepada persoalan mudah seperti ini. Jangan suka mengeluh kepada manusia. Manusia tidak mampu menyelesaikan masalah. Berikan sepenuh hatimu hanya kepada Allah.

~Wahai insan bernama guru. Ikhlaskan setiap langkahmu menuju kepada rahmat Allah. Janganlah bertimbang-tara dengan sedikit amalan yang langsung dilemparkan ke muka mu kerana tercalit sedikit riak dan takbur. Nah.. timbang balik.. Setiap satu sudah Allah atur baik-baik untuk kita. Tiada cacat celanya. 

Isnin, 21 Januari 2013

Sakit itu Kifarah / Penebus Dosa [My Family Semua kena Sakit]

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah..


~Kebah dari demam cirit-birit yang melanda seluruh keluarga aku.. Bermula dari Mr. Khalid, then pergi berjangkit pula dengan aku, lastly, Mrs. Khawar pulak yang kena. Jumaat, terus driving ke Miri untuk mendapatkan rawatan susulan di Colombia Hospital, Miri. Colombia..  Mr. Khalid dischared hari Jumaat lepas jugak. Alhamdulillah.

~Doktor Kee Tat kata, my family kena "viral outbreak". Kalau Mr. Khalid berjangkit, maka akan terkena kepada parents atau yang melawat Mr. Khalid aritu. Memang sejenis virus yang menyerang manusia yang ada contact dengan sipenyebar yang dalam konteks ini adalah Mr. Khalid.

~Aduyai.. Bukan senang nak handle keluarga dalam keadaan yang tidak berapa sihat. Cirit-birit, muntah-muntah menyebabkan mual. Kepala pening sampai 3 hari. Tengah malam bangun dengan mata yang merah macam watak dalam file X-men , "the cyclops". Adoi.. Dugaan. 2-3 hari tak berapa selera makan. Berat agak menurun dengan ketara. 2kg within 3 days. Susut sebab selalu cirit-birit dan muntah.

~ Berat Mr. Khalid pun menyusut dan muka mengecil. Mungkin disebabkan rambut baru beliau. hehe.. xda sudah panjang lagi. Semuanya "army cut". 

~Allahu Allah.. begitulah kehidupan kami sebagai guru. Ada juga yang akan sakit. Bukannya kami ini superhumans yang boleh hidup tanpa penyakit. Ataupun, sehebat insan junjungan semua, Muhammad s.a.w. Hidupnya tidak berpenyakit. Kami hanyalah MANUSIA. Ada kalanya kami merasa sakit berpanjangan. Sehingga mengganggu tumpuan kami. So, jadikan sakit ini sebagai hikmah dalam kehidupan kita. Kerana jika kita sentiasa beristighfar ketika sakit, maka gugurlah dosa-dosa. Sebab sakit itu penebus dosa-dosa kecil. Sekian. 

Rabu, 16 Januari 2013

Bapa.. ABBiee.. Ayah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang setia..

~hARI ini merupakan cuti bagi aku. Aku ambil cuti rehat sebab nak jaga anak di hospital. Muhammad Khalid Hafizi terkena keracunan makanan. Bermula dengan muntah dari jam 4.35 pagi. Pukul 6.00 pagi bawa Khalid ke Emergancy. Tapi, aku lihat trauma room masih bergelap kerana M.A yang bertugas tidur. At last, Puan Dayang ketuk pintu barulah adalah sinar cahaya dalam bilik Trauma. 

~M.A just bagi "oral rehydration salts" dan suruh datang lagi ke Klinik pukul 8.00 pagi. what? So, blur aku dengan situasti. Anak aku terpaksa bertahan selama 2 jam sebab ER tak boleh nak beri keputusan what's happening to my son. Aduyai..

~After a time, we went back to home. Khalid dengan lahapnya menyusu air garam. 250 ml, diberi Ummie Khalid, tinggal 100ml saja sebab terlalu haus. Keadaan fizikal Khalid agak tak berapa cergas tapi masih mampu bermain. Selepas minum,  tidurlah anakandaku. Maka aku mencorakkan bagaimana perjalanan aku seterusnya. Kalau Khalid admit di hospital, maka Puan Dayang akan "cuti" bersama.

~Bangun dari tidur, Khalid terus muntah. Habislah selimut dipenuhi dengan muntahnya. Apa saja yang dia consumed, akan automatik akan di buang semula. Sebelum muntah, Khalid akan cuba memberitahu dengan merengek-rengek sebab tidak selesa. Dalam menanti pukul 8.00 pagi, adalah dalam 4-5 kali Khalid muntah. Tapi, baby is still baby. Eagerly to play with kind of situations. Masih boleh ketawa, dan bergurau. But for us, as a parents, RISAU SETENGAH NYAWA dibuatnya.

~8.00 a.m, terus bergerak ke Hospital. It's not far away from our home. Just a few minutes, I think less than 2 minutes already arrived at there. Sampai-sampai, we've to wait doctors because their had morning recall. Hmm.. Just tawakal to Allah.

~Miracle.. when arrived to HOSPITAl.. muntah terus hilang. Huhu.. But then, the doctor ask to admit to ward. Untuk lihat perkembangan Khalid. Setelah habis semua urusan, the sister ask me to go out because the doctor is on daily treatments. Ok. I leave Mr. Khalid to his ummie. Aku ke pejabat untuk urusan Guarantee Letter (GL). Sampai ofis.. aku siapkan beberapa kerja yang belum selesai. Sempat berborak dengan tuan PPD berkaitan dengan baju KRS. 

~Then, return back to ward. Ambik kunci rumah, terus balik rumah. Ambil kelengkapan Khalid, pergi kedai belikan susu. Pegi bank untuk cucuk-cucuk (**ehem-ehem). Belikan makanan. Then back to hospital untuk hantarkan barang-barang tadi. Then pegi balik rumah. Cuci pakaian Khalid yang dimuntahnya pagi tadi. Jemur pakaian. Fuh!! Lengkap rutin hari ini. Cuma semuanya dibuat masa aku tengah bercuti!!


~hMM.. itulah pengorbanan seorang UMMIE.. sanggup tinggal di hospital sebab nak jaga -anak. By the way, Mr. Khalid dah ok. Cuma cirit-birit saja lagi yang tinggal. Doakan kesejahteraan anakanda aku lah ye.. Semoga Khalid cepat sembuh.. insya Allah..

Selasa, 15 Januari 2013

Binnabil Huda Ya Rasulussalam [Dengan Nabi yang Membawa Hidayah]




Assalamualaikum dan salam sejahtera;



~Maulid Rasul s.a.w kian menebarkan segala keberkatan. Ambillah kesempatan yang tidak bertepi ini untuk mengucapkan kerinduan yang tidak terhingga kepada manusia pilihan Allah.. Marilah berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. Ucapkan kerinduan itu dan yakinilah dalam kehidupan seharian sunnah baginda...

~“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad saw); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (al-Ahzab: 56)

~Ucapkanlah.. sebarkanlah.. Allah Maha Mengetahui.. Allahuakbar!!!Allahuakbar!!Allahuakbar!! Walillahilham..


Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir
Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,

Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,

Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya

~Dalam apa keadaan sekalipun, berselawatlah sebagai tanda ingatan kita kepada Rasulullah s.a.w

~"Siapakah manusia yang paling kedekut?" Para sahabat bertanya: "Siapakah dia Ya Rasulullah?" MAka jawab baginda yang mulia: "Manusia yang paling kedekut ialah bila disebut nama ku dia tidak berselawat kepadaku"(Al-Hadith)

Bagaimana...? Andainya.. [EPIlOG SEBUAH KEHIDUPAN]


Bagaimana,
Jika hati dibahagi dua,
Dibimbangi sukar untuk menyesuaikan dengan kemahuan,

Bagaimana,
Jika hari ini, impian bisa musnah,
Dibimbangi sukar untuk berdiri tanpa bimbingan,

Bagaimana,
Jika hari ini, hidup tiada punca dan arah,
Dikhuatiri akan merubah segalanya,

Bagaimana,
Jika hari ini, hidup hilang pedoman..
Maka.. kepada Allah lah kita mencurah segala-galanya..

Walau bertalu-talu persoalan datang,
Arah dah tujuan kita tetap teguh, hanyalah LILLAHI TAALA...
Kita laungkan sumpah dan janji saban hari,
Mengapa tidak pula diyakini dengan semuanya?

Walaupun cinta sukar digapai kerana tingginya kemuliaanNya,
Sama sekali jangan mudah berputus asa,
Kuatkan hati agar iman terus utuh,
Istiqamah walaupun sukar..

Kerana... kita pasti bertemu jua dengan Nya yang amat dirindui..



Khamis, 10 Januari 2013

Ujian Pengalaman Secara Rawak (UPSR) = SABAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat muslimin dan muslimat yang berblog. 

~Sebagai kata pemula, " Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah pertunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." [ Az Zumar (39:22)]

~AlhamdulillAH, syukurku panjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah berkat dari Nya, aku telah menerima teguran dari Nya. Aku terima dengan hati yang lapang, tanpa menyalahkan mana-mana pihak kerana itu teguran langsung dari Allah. Walaupun apa yang terjadi, aku tetap akan teruskan perjuangan walaupun payah. Kerana aku tidak akan kalah kepada ujian dunia. Allah masih sayangkan aku. Allah berikan ujian sebagai tanda kasih dan cinta. Tapi, aku tidak akan bergembira dengan ujian mahupun terlalu bersedih. Aku ambil jalan tengah. Selesaikan dengan baik, dalam masa yang sama pautan hati kepada Allah kita bertambah. Subhanallah.. Alhamdulillahi ala kulli hal.. 




~"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. [al-Baqarah: 2:286)]

~Walaupun sukar malah berhadapan dengan apa risiko, yakinilah segalanya berlaku di atas ketentuan Allah. Allah Maha Adil dalam setiap perlaksanaan hukumNya. Sebab itu, apabila dalam kesugulan yang berpanjangan, segera kembali kepada Nya. Setiap satu yang berlaku bukannya kebetulan. Tetapi memang sudah diatur dengan indahnya sekali dalam hukum alam. Begitulah kita, jika berserah kepada ketentuan dan berusaha dengan lebih keyakinan bahawa esok masih ada 1000 tahun lagi. Marilah kita beribadah kepada Allah laksana seperti esok adalah hari kematian kita. Malah kita akan risau, hingga lupa untuk mengumpat kerana bimbang dengan nasib diri yang berdosa.

~Ku merintih kepada rabbul izzah dengan perumpamaan seperti ini. " Allah.. Dosaku setinggi gunung. Bahkan lebih tinggi dari himpunan gunung-gunung yang dikumpul bersama. Allahhu rabbi.. Usahaku untuk meruntuhkan gunung dosa cuma sekelumit. Lantaran kelalaianku. Usahaku untuk meruntuhkan gunung bak seperti seorang yang memukul besi ke puncak gunung. Diulang-ulang sehingga terpecah sikit demi sedikit. Namun, yang pecahnya sedikit dipuncak, sedangkan tangannya sudah lepuh sedangkan gunung tak terusik..begitulah hambaMu ini.. yang terlalu sedikit berusaha, tapi sudah mengeluh kesakitan..ampunilah ya Allah..ampunilah"

~Bila kesusahan, terasa hidup terlalu payah
berbagai persoalan menerjah,
baru minta pertunjuk hidayah..
usah berputus asa, 
kerana ada rahmat di sebaliknya
yang tidak kita ketahui
dalam hidup ini
teruslah berdoa kepada Allah
Pengasih Pemurah dan Penyayang


Selasa, 8 Januari 2013

Sampah oo Sampah... Jangan SamPai MeNyaMpah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah

~Topik melucukan, sampah. Ada macam-macam 2 jenis sampah. Organik dan tak organik. Tapi, ada tambahan, "sampah masyarakat" dan jika ditambah adjektif, "Sampah Masyarakat". Sampah oo sampah.. Akhiranya jadi, "menyampah".. Aduyai masa..


~Sungguh lucu jika dikenangkan kembali segala yang telah berlaku dalam kehidupan ini. Seperti yang aku rasakan, sentiasa mencuit hati kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jika anda berada di tempat aku, sudah semestinya anda akan ketawa tetapi hanya mampu diungkapkan dengan senyuman yang mencuit hati. Allah Maha Adil. Semuanya nampak buruk bila ditayangkan. Hakikatnya, itulah yang terbaik buat kita semua pada pangkalnya. Disebabkan oleh perasaan cemburu, hasad dengki, terus semuanya jadi macam tak betul. Sekadar memberi informasi. Sekali, kana hantam.. terus korupsi.. ahaha..

~Sekali lagi tersenyum.. Namun bukan beerti kita ini yang terbaik. Kadang-kadang posisi kita menyebabkan kita terasa bahawa kita memerlukan perhatian. Kurang perhatian memerlukan perhatian supaya kita "nampak" di mata. Tapi, bukankah Allah Maha Melihat? Sebab itu alim ulama berkata, " bekerja kepada Allah, kita buat sesuatu bukan mengharap perhatian manusia, tapi untuk mendapat keredhaan Allah". Bak kata pepatah, "bau sampah tetap akan berbau walaupun ditutup dengan sebukit kayu gaharu".

~Asbab kebencian itulah yang "menyampahkan" lagi kemashalatan di dalam bermasyarakat. Janganlah disebabkan "kesampahan" dalam hati kita, kita melibatkan semua orang. Ada baiknya kita semua bersatu, dan membersihkan segala sampah agar hidup kita menjadi bersih dan harmoni. Sama-sama cari makan, jangan sampai orang lain terpaksa mengutip sampah kerana telah kita telah menyampah. Buanglah sikap "sampah" dalam diri. Jangan disimpan sifat-sfat serupa sampah dalam diri terutamanya dengki. 


~Oleh itu, ada baiknya kita menyokong usaha yang bagus untuk semua. Bukannya hanya hendak menegakkan apa yang kita rasa benar. Blog ini bukan tempat hendak mengutuk orang hidup mahupun mati. Sekadar perkongsian. Sekadar catatan kehidupan seorang guru biasa.. Semuanya demi menasihati diriku terutamanya, isteriku, anak-anakku, saudaraku, kaum kerabatku dan semua umat muslimin dan muslimat. Renungkanlah.. kita ini hidup sementara. Esok lusa belum tentu kita masih berada di posisi sekarang. Ingatlah, kerana ingat mengingati itu menjadi tuntutan dalam beragama. Dan cubalah baiki diri kita, supaya menjadi insan super!!!

~

Sekolah Kebangsaan Ubong Imang, Baram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada bloggers yang dirahmati Allah sekalian.

~Lupa pula nak update berkaitan dengan sekolah yang pernah aku lawati sewaktu menjadi tukang fotostat di PPD Baram. Hehe.. Aku tak pernah lupa. Sekadar bimbang ada yang menjeling-jeling kerana info yang salah. Tapi, tak mengapa. Sekadar perkongsian supaya memudahkan guru baharu atau mana-mana pihak ingin datang ke sekolah tersebut. So, inilah sekolah ketiga yang akan aku "karangkan" post dalam blog aku. Sekadar perkongsian, kalau salah tolonglah share dengan comment anda. Terima kasih.

~SK Ubong Imang adalah sekolah pertama yang aku lawati ketika menjejak kaki di PPD Baram. Aku masih ingat, hari pertama aku menjejak kaki ke PPD Baram, terus Cikgu Aziz bawa aku untuk memantau Linus di SK Ubong Imang ini. Masih segar dalam ingatan, dalam bulan puasa lagi masa tu. Turut serta adalah Tuan PPD sendiri.

SK UBONG IMANG, BARAM

~SK Ubong Imang ini termasuk dalam Zon Baram Tengah. 

~Sekolah Ubong Imang ini terletak dalam Pekan Long Lama. Jadi, kemudahan seperti talian telefon (Celcom dsb) ada. Termasuk fixed line (telekom). Kemudahan lain seperti, klinik kesihatan, pejabat daerah, perpustakaan, kedai-kedai runct termasuk hotel turut ada di Long Lama. Sekolah Menengah Kebangsaan Long Lama dan SJK(C) Kee Tee turut didirikan tidak jauh dari SKUI.

~Cara untuk sampai ke SKUI -  Ada 2 cara untuk ke SKUI atau ke Pekan Long Lama. Pertama dengan menggunakan pengangkutan darat. Pengangkutan darat hanya disediakan dari Bandaraya Miri dengan tambang sebanyak RM 60.00. Perjalanan akan mengambil masa dalam 3-4 jam bergantung dengan keadaan jalan. Pada ketika blog ini ditulis, jalan masih dalam pembinaan dari simpang Bakong ke Long Lama. Kalau hujan, masa perjalanan akan bertambah. Kedua, dengan menggunakan ekspress boat dari Pekan Marudi. Tambang hanya RM 20.00 sahaja sekali perjalanan. Masa yang diambil adalah 4 jam. Bagi guru baharu, boleh terus sahaja hubungi pejabat untuk memudahkan perjalanan anda.

~Guru Besar pada setakat hari ini (8 Januari 2013) Cikgu Awang Rapbil. Semua staf termasuk guru besar adalah 26 orang. BErapa berapa bilangan, cuba try call Cikgu Awang. hehe..




~Pelajar sekolah ini terdiri daripada beberapa etnik Orang Ulu. Antara etnik tersebut adalah Kayan, Kenyah, Penan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah Baram. 

~boleh juga ke FB sekolah : http://www.facebook.com/skubongimang.baram

2/3 Malam.. Berdiri aku seorang perindu



Assalamualaikum dan salam sejahtera

~Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)

~Bangunlah selagi masa masih ada untuk kita bersama dengan Nya.. Bangunlah mencari maghfirah Allah jua. Jangan berlengah kerana kita sudah tidak ada masa untuk mencari amalan di dunia ini. Kita umat akhir zaman yang hidup bergelumang dengan dosa-dosa. Carilah keampunanNya. Carilah kasih sayang Nya dengan tahajud. Kubur itu sangat gelap. Terangilah dengan solat malam.

~Buatlah sekadar yang mampu. Marilah kita bersama-sama mencari keampunan Allah s.w.t

~Hari ini sudah mencecah hari ke 8 dalam Januari 2013. Alhamdulillah. Setakat ini, masih dikurniakan nafas dan semuanya masih dalam keadaan normal. Sedaya upaya memudahkan urusan manusia lain. Tak mahu meremehkan urusan membantu orang. Kerana kita akan dipersoalkan dengan setiap satunya kelak.

~Sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah,tukang fotostat, hendaklah kita mematuhi segala perintah am dan semua pekeliling ikhtisas. Janganlah melanggar sebab tidak puas hati atau tanda protes kepada kepimpinan ketua Jabatan atau sekadar nak menunjuk anda berlagak bahawa anda adalah orang "kuat". Sebaliknya, kita semua makan gaji juga. Setiap minit dari 30 atau 40 minit yang diperuntukan untuk kita mengajar adalah hak pelajar anda. Haram untuk makan dari duit yang mengajarnya kurang dari masa yang diperuntukan sebabnya makan gaji buta dan curi tulang. Cuba bayangkan, dalam seminggu anda mempunyai 30 masa mengajar. Setiap satu masa, anda mengambil 1 minit untuk mengular. Beerti dalam seminggu, anda dah membuang masa dalam 30 minit. Dalam sebulan anda membuang masa sebanyak 120 minit (30 minit x 4 ). So, layakkah anda menerima duit sebanyak 120 minit dari masa itu? Fikirkan sejenak. Dengan duit itu, anda hendak membelanjakan untuk membesarkan anak-anak sendiri?

~Pegawai yang duduk di pejabat pula, masa bekerja dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Rehat 1.00 - 2.00 petang. Jadi masa bekerja anda adalah 8 jam. So, 8 jam diperuntukan setiap hari untuk kita bekerja. So, kita gunakan 8 jam itu sebaik-baiknya untuk mendapat kebaikan dalam beribadah. Rehatlah di mana perlu kita rehat. Jangan memaksa diri sehingga merosakkan niat.

~Semua kita bekerja untuk menyara keluarga. Biarlah kita gunakan semua masa yang ada untuk mencari rezeki yang halal. Perbanyakkan sedekah untuk membersihkan bahagian-bahagian rezeki kita yang tidak layak untuk kita perolehi. Tiada alasan untuk kita untuk tidak bersedekah. Mulakan sedekah dengan senyuman yang manis ikhlas kerana Allah.

~Semoga beroleh manfaat dari blog ini. Jangan mudah menilai orang dari luarannya sahaja. Yang tersirat di hati tetap juga tidak ketahui. Wahai Tuhan Pemilik Hati-hati manusia, jadikanlah diri ini sebagai hamba Mu yang sentiasa bersangka baik kepada semua manusia yang lain. Jauhilah aku bersikap seperti seorang munafik yakni berpura-pura dalam melakukan ibadah.

~Apa yang penting, hari ini, kita semua siapkan semua kerja tanpa kompromi. 


Isnin, 7 Januari 2013

JumPa YoU di PaDanG MahYSaR



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah..

~Allah s.w.t berfirman di dalam surah al-ankabut, "Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) Allah adlah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya" (Al-Ankabut ayat 69).

~Secara ringkasnya, ia memberikan kefahaman kepada kita bahawa dengan adanya taufiq, manusia akan cenderung untuk melakukan kebaikan terus-menerus sehingga ke akhirnya. (Zainuddin Hashim, 2012 " Allah is Calling,)

~Baiklah.. cuba kita renungkan seketika di mana kedudukan kita pada ketika ini. Adakah benar-benar kita dalam "jalan lurus" yang saban kali kita minta di setiap solat kita. "Ih dinasirotal mustakim" (Al-fatihah : 6)- Tunjukilah kami jalan yang lurus.  Maka, cuba kita bermuhasabah diri kita. Benarkah apa yang kita lakukan pada setiap kehidupan kita ditunjangi rasa cinta dan kasih kita kepada Allah. Kadang-kadang, kita tidak menyedari setiap tingkah laku kita kadang-kadang tidak "berkenan" di hati insan lain. Sebab itu Rasulullah bersabda, "Hendaklah dia berkata baik atau diam".

~Allah berfirman lagi, "Dan janganlah kamu menurut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmu). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya" - Surah al Isra':36

~Hendaklah kita berwaspada dengan setiap perkataan yang kita luahkan demi menjaga kemashalatan diri. Lebih baik diam daripada mengucapkan pekara yang kita sendiri tidak tahu hendak mengungkapnya. 


Hikmah Yang Terkandung Pada Perbuatan Diam
1.        Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2.       Menjadi perhiasan tanpa berhias.
3.       Memiliki kehebatan tanpa kerajaan.
4.       Membina benteng tanpa pagar.
5.       Mempunyai kekayaan budi tanpa meminta maaf kepada orang.
6.       Memberi istirehat bagi kedua Malaikat pencatat amal.
7.       Menutupi segala aib dan masalah.

~Antara hadis mengenai kelebihan diam bermaksud, "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". [Riwayat Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya']
~Bersikap diam juga suatu kebijaksanaan dan keadilan, ilmu dan pengetahuan bahkan ada yang menyebutnya merupakan media pendidikan yang sangat bagus dan telah teruji. Rasulullah S.A.W pernah menasihati Abu Zar R.A, "Hendaknya engkau lebih baik diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan penolong bagimu dalam urusan agamamu". [Musnad Imam Ahmad]

`Manakala nasihat Amirul Mukminin Umar bin Khattab berbunyi :
"Barangsiapa yang banyak ketawa, maka akan sedikit sekali wibawanya"
"Barangsiapa yang suka senda gurau, maka dia akan dianggap remeh"
"Barangsiapa yang bersikap melampau (berlebih-lebih), maka akan jatuh jatidirinya"
"Barangsiapa yang banyak cakap, maka dia akan banyak salah"
"Barangsiapa yang banyak salah, maka akan hilang rasa malunya"
"Barangsiapa yang hilang rasa malunya, maka kurang sikap wara'-nya (sikap berhati-hati dari perkara dosa)"
"Barangsiapa yang sedikit rasa berhati-hati dari perkara dosa, maka akan mati hatinya" [Hilyatul Auliya']

Semoga Allah merahmati Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ketika beliau berkata, "Sesungguhnya orang-orang yang terdahulu (Salafus Soleh) itu berhenti (tidak bersikap melampau) di atas dasar ilmu dengan penelitian yang tajam (menembus), lalu adakalanya mereka menahan dirinya (dari meneruskan sesuatu perbahasan) sekalipun mereka lebih mampu dalam membahas sesuatu perkara jika mereka ingin membahasnya" [Bayan Fadhli Ilmi Salaf]

[Sumber dikutip di http://www.tarbawi.my/index.php/en/inspirasi/mimbar-ulama/294-apa-yang-rasulullah-saw-ajar-tentang-diam]

~renungi kembali.... lisan itu tetap akan diperhitungkan. Niat juga akan tetap dihisab di Yaumul Mahsyar. Kita jumpa di PADANG MAHSYAR!!!

p/s: Jika ku harus mati, pertemukan aku denganMU Ya Allah~~


Khamis, 3 Januari 2013

CaTaTaN CiNTa YaNG GeLiSaH

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah s.w.t

~Tahun masehi 2013 sudahpun membuka tirainya pada tanggal hari ke tiga. Bagi semua makhluk manusia yang berpandukan kepada tahun masehi, ini dikira sebagai permulaan bagi tahun berikutnya dalam kehidupan. Sedangkan, tahun hijrah yakni tahun yang diyakini oleh kaum muslimin, sudah lama membuka tirainya. Namun begitu, semoga Allah mengurniakan kita dengan kebaikan yang berpanjangan agar dapat kita sentiasa bermuhasabah diri dan memperbaiki kejahilan kita sebelum menghembus nafas yang terakhir sebagai hamba.

Bumi Long Busang yang amat dirindui keindahannya

~Pekerjaan merupakan ibadah kepada Allah. Kita berkhidmat demi mendapatkan keredhaan Allah. Memenuhi hak kita sebagai khalifah di muka bumi. Bermula dengan seorang guru, mengembara nun ke ceruk perut bumi Borneo yang jarang diteroka. Walaupun langkah tak seia dengan tujuan, namun pengalaman di Long Busang menjadi panduan membataskan apa yang dikatakan dengan "kepercayaan". Sekarang, duduk di kerusi yang empuk, mulailah mengeluarkan penyataan yang kadang-kadang mengguris hati orang tanpa tidak disedari. Kelahiran Muhammad Khalid Hafizi banyak mengajar aku erti kasih sayang. Alhamdulillah, hari-hari yang dahulu, sudah ku tinggalkan. Pendekatan yang paling drastik, hampir sahaja dikatakan aku hilang "taring". Sedangkan hakikatnya, "harimau sedang menyimpan kuku" sahaja. Biarkan "dia" tidur sahaja. Biarlah "dia" lena dalam pangkuan kasih sayang Allah.. Biarkan.

Sekitar majlis bersama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak
~Allahu Allah.. Kadang-kadang, tekanan kerja tiba-tiba mendadak menekan perasaan dan emosi. Aku ini, penuh dengan empati. Kadang-kadang mudah kasihankan dan mudah berbekas di hati. Kalau andainya, tidak dapat aku bantu, sudah semestinya aku akan gelisah senantiasa. Masakan kalau tidak difikirkan bagaimana kita di tempatnya. Sudah semestinya kita akan merasakan benda yang sama. Sifat empati ini sekian lama terbungkam dalam hati. Terbongkar setelah bergelar bapa. Sifat kebapaan memberikan aku sifat empati yang mendalam. Aduhai masa.. 

~Perasaan bersalah menusuk di dada. Mengenangkan sifat dan perilaku aku yang kadang-kadang boleh menjengkelkan sesiapa sahaja. Sedangkan aku tidak sama sekali bermaksud begitu. Aku sedaya upaya untuk menidurkan "harimau" supaya tidak turut dalam urusan pekerjaan aku. Agar ibadah aku terjamin. Tapi, bagaimana ya? 

Ku merindui mereka..
~Aduh.. sungguh gelisahnya hati. Aduh.. sungguh sebaknya hati.. Aduh.. Cuma aku dapat ulangkan doaku, "Allahumma yassir, wala tuassir"...(Ya Allah, permudahkanlah urusanku, permudahkan jangan disulitkan). 

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails