Jumaat, 25 Mei 2012

Bulan Mei- Satu Penyiksaan Fizikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah.. Rejab sudah menjelang, tidak lama lagi, Ramadhan pula akan bertandang.. Kerinduan kepada Ramadhan semakin terasa di kalbu. Jom, kita menggunakan kesempatan yang pada bulan Rejab dan Syaaban ini untuk 'kembalikan' keupayaan kita untuk beramal dan beribadah kepada Alllah. Kembali kan semuanya kepada fitrah, sebelum datangnya bulan Ramadhan yang mulia.

~Bulan Mei, bulan yang menyiksa fizikal.. Mana tidak, dalam bulan Mei, aku cuma berada di pejabat hanya 3 hari sahaja dari keseluruhan bulan. Masya Allah.. Kerja aku memerlukan travel seluruh pelusuk negeri Sarawak. Dari Marudi  ke Kuching, ke Sibu, ke Long Lama, patah balik ke Sibu then ke Kapit, ke Miri balik lagi ke Kuching.. Pa banyak 'ke' dah.. Menyeksa fizikal. Aku nak kata suka, tak juga. Nak kata tak suka, tak juga. Tapi, yang penting.. sejauh mana kita bekerja kerana Allah olehnya.. Jangan penuhi amalan dengan riak. Dan yang penting, SOLAT sama sekali tidak ditinggalkan kerana PENAT.

~Bagi orang yang suka meninggalkan keluarga, ini mungkin masa yang sesuai untuk mengabaikan tanggungjawab/peranan dalam rumahtangga.Apabila berjauhan, maka segala tanggungjawab pasti kita akan abaikan. Makan minum anak, kebajikan isteri/suami, penjagaan anak dan sebagainya. Aku sentiasa menguatkan hati, memohon kepada Allah s.w.t agar terlindung dari sikap 'lepas tangan' sepanjang menjadi IMAM kepada keluarga aku. Sebagai ketua keluarga, aku harus menumpukan segenap perhatian supaya peranan aku tetap ada di hati setiap ahli keluarga biarpun aku jauh dari mereka. Tugas dan tanggungjawab diambil sepenuhnya oleh isteri tercinta sebagai tanda ketaatan. Apabila kita gagal memainkan peranan kita dalam rumah tangga, maka goyahlah ikatan yang terbina sekian lama.

~Sengaja dan suka meninggalkan keluarga, bukanlah menjadi permainan dalam hidup aku. Kekangan kepada perjalanan ini menyebabkan aku harus melangkah kaki mencari rezeki untuk anak isteri. Berbahagi kepada pekerjaan, kalau boleh dilaksanakan oleh orang lain, maka uruskanlah dengan orang lain juga. Kerja kuat boleh membuat kita penat dari segi fizikal dan mental. Tambahan usia kita semakin meningkat. Sebaliknya, kita bekerja secara bijak. Kalau keperluan modal insan banyak dalam satu-satu unit, turunkanlah kepercayaan kepada insan lain dengan harapan semua mendapat faedah bekerja dan kepuasan bekerja. Jika sendiri-sendiri, kepuasan hanya pada kita, sedangkan orang bawahan hanya goyang kaki. Ketua yang baik bermula dari pengurusan yang baik. Tidak pernah lahir jabatan/organisasi yang baik lahir dari ketua yang lemah dan sebaliknya. Itu petikan dari kata-kata Tuan Haji Abdul Rahman , Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.

~Pengurusan masa bekaitan dengan alam pekerjaan itu juga penting. Namun, keluarga juga harus diutamakan demi sebuah keluarga yang mawaddah wa rahmah.. Semoga diberkati Allah hendaknya jua. Ada perlu juga kita meluangkan masa dengan isteri/suami selain tidur sekatil dengan isteri/suami. Luangkan masa bergurau senda seperti mana ditunjukan oleh Rasulullah s.a.w kepada isteri-isteri baginda. Sehingga ada hadis meriwayatkan, Rasulullah s.a.w berlumba lari dengan Aisya r.a.

~Mungkin kita tidak terlihat kerana khilaf kita sebagai manusia. Seharian bekerja, masa petang kita luangkanlah sedikit untuk bersama keluarga. Adakan aktiviti riadah bersama keluarga. Kerana jatuh bangun kita nanti, ada keluarga menyambutnya. Berikan perhatian kepada isteri/suami. rapatkan jurang dengan berkasih sayang kerana Allah..

~Semoga Allah memberikan aku kekuatan dalam melaksanakan semua tugas dan amanah yang telah diberikan kepada aku, baik dari bidang pekerjaan, mahupun keluarga..

~Jutaan terima kasih yang tidak tidak terhingga ku ucapkan kepada semua terutamanya Ayahanda Uthman Bin Ramli, Bonda Sa'adiah Binti Salleh kerana memberikan kebahagiaan dan kesempurnaan dalam kehidupan walaupun tidak berpendidikan tinggi. Dengan segala pekerjaan, sehingga menjual kuih demi anak-anak, malah terjatuh dari motorsikal dan bertaburanlah kuih di atas jalan raya demi mencari sesuap rezeki yang halal ke mulut anak yang tersayang. Ayahanda pula bertarung nyawa di atas kapal menjalankan tugas sebagai Polis Marin demi pendidikan anak-anaknya..

~Jutaan terima kasih juga kepada saudara-saudara yang aku cintai terutamanya Kak Atie, Abang Hamzah, Kak Kas, Dik Ehsan di atas sokongan dan didikan serta tunjuk ajar sehingga aku menjadi aku yang sekarang. Pengorbanan semuanya tidak dapat dilupakan sehingga jasad di mamah bumi sekalipun..

~Buat isteriku yang tercinta, Dayang Khalizah Binti Awang Batu.. kaulah sumber inspirasiku.. Engkaulah permata yang ku cari.. Teringat sewaktu kita bertunang dahulu.. lafaz-lafaz sering tak terungkap.. Kata-kata seringkali terpendam. Lafaz keramat disimpan kerana bimbang jua disalah anggap.. "Lafaz yang tersimpan.."
Muhammad Khalid Hafizi menjadi bukti kepada cinta kita..

~Pengembalian Fizikal yang lemah untuk menjadi kuat semula, bermula dengan pengisian rohani yang tersusun atur. Disusun dengan baik, meningkat ke dari hari ke hari. Matlamat utamanya... kepada Allah.. Oleh itu, kembalilah kepada Allah.. teguhkan keimanan pertingkatkan takwa.. dan yakinilah.. Allah tetap disitu untuk kita...

~SELAMAT HARI GURU, SETIAP HARI ADALAH HARI IBU DAN SETIAP HARI ADALAH HARI BAPA.. DAN SETIAP HARI ADALAH HARI KEKASIH UNTUK ISTERIKU~




Rabu, 16 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU 2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Setiap hari adalah hari untuk guru.... Guru Inovatif Melonjak Transformasi Negara


SELAMAT HARI GURU 2012

Jumaat, 4 Mei 2012

Berakhir sudah bulan April

Assalamualaikum dan tinggi salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah sekalian. Sebelum kita memulakan blog ini, adanya baiknya kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah dan pahala bacaannya kita sedekah kepada semua umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah kembali kerahmatullah dan juga kepada saudara seislam kita, iaitu Allahyarham Husni Mohd Rawi @ Bob Kuman yang telah meninggalkan kita semalam. ~Al-Fatihah~

Bulan Mei sudah menjelma, bulan April sudah meninggalkan kita. Ramai cikgu pada ketika ini mengharapkan sinar harapan untuk berhijrah dari tempat brrkhidmat sekarang ke tempat yang baru. Pastikan semuanya berjalan lancar. Jika dapat berpindah, buat serah tugas dengan baik, nota serah tugas supaya guru yang masuk dapat menggantikan tugas kita tanpa tertinggal pekara yang penting. Biar berurusan dengan pejabat, ucapkan terima kasih kepafa yang terlibst dalam pengurusan terbabit. Yalah, kadang-kadang manusia ini mudah lupa dengan kebaikkan orang lain.

Semalaman aku mengemaskini data EMIS PPD Baram sampai makan pun boleh terlupa kerana asyik membuat emis. Membuat Emis ni sedikit sebanyak mengajar aku menggunakan Microsoft Access dengan mudah. Ralat ini bukan dari salah guru data tak isi, tapi kadsng-kadang masalah ini terbit dari keadaan sebenar yang kita panggil ralat sahih. Sahih sekali mana pun, perlu ada bukti yang kukuh untuk menyokong fakta. Harap-haraplah pengurusan maklumat seperti ini dapat memudahkan lagi langkahku belajar berkaitan dengan pengurusan pentadbiran.

Susah betul nak mengajar bab pengurusan jika diri kita sendiri tidsk terurus. Insya Allah, ilmu yang sedikit ini, akan aku kongsikan keoda mereka yang sudi mendengarnya.

Gelanggang silat Gayong Malaysia akan dibuka di Marudi. Hmm.. aku mengharapkan agar aku apat berkongsi ilmu mempertahankan diri ini dengan warga masyarakat di Pekan Marudi kelak

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails