أسلام عليكم
~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dalam darah menunjukkan sesuatu yang normal. Itu sesuatu yang baik. Walaupun suasana agak "keruh", mungkin lantaran cemburu barangkali. Biasalah tu. Bisikan "was-was" yang boleh pengaruhi hormon-hormon dalam badan.
~Datang sekolah agak lambat pada pagi ini. Bukan kerana jalan sesak, tapi beratur untuk membeli minyak kereta. Minyak kereta meragam pulak pagi ni. Hidup-hidupkan enjin, terus nampak "E". Tak mahu peristiwa 1 Ramadhan 1440 Hijrah berlaku, maka mesti singgah untuk beli minyak. Syukurlah. Semuanya ok. Sampai sekolah terus masuk kelas. Kalau hari ini nama naik, biasalah tu. Bukan selalu datang lambat. Macam pertama kali kot lambat sambil 5 minit lebih dari jam 7.00 pagi.
~Hari ini ada observation/pencerapan. Lahai.. pencerapan mengalahkan pencerapan masa mula-mula belajar di IPG dulu. Nak kata cikgu tak pandai, semua dah ada degree/master. Tapi, masih kena cerap untuk penuhkan 14 kompetensi. Sekolah amanah lah katakan. Nak buat macam mana. 2 kali setahun kena observe. Kalau gagal capai band 3, alamat masuk dalam guru yang kena perhati.
~Markah aku maintain Band 4-5. Kalau ada rezeki, band 5 lah tu, Tapi, kebiasaannya adalah band 4. Sebab aku tak secekap guru cemerlang dalam membuat lesson plan. Yalah, nak ajar sejarah ni, kena main banyak fakta. Tapi, bagi aku, ajar sejarah kena ajar nilai-nilai murni dan yang paling penting adalah mengajar menjaga akhlak. Kenal Allah dan Rasulullah s.a.w melalui sejarah. Kenapa nak pluralkan isu sejarah kan? Lebih baik kita ajar supaya pelajar kita lebih mencintai sejarah daripada nak lulus SPM semata-mata.
~Ramai guru mengejar indikasi ini. Yelah kan, tuntutan kerja kita, tekanan pihak pentadbir, kemahuan PPD, perintah JPN, pekeliling KPM.. arahan YB menteri. Semua berbeza-beza mengikut peringkat. Kadang-kadang pening jugak nak mengajar jika ada banyak songeh. Tak boleh ke, pegawai-pegawai ini turun seketika ke sekolah, membantu mengajar, bukannya sekadar memberi tunjuk ajar. Cikgu berada aras terbawah sekali dalam piramid struktur pendidikan. Kami lebih tahu potensi anak-anak kami.
~Kami di sekolah biasa ni,biasanya menerima pelajar yang sudah ditapis dari sekolah tadahan. Yang terbaik dari sekolah rendah, sudah pastinya menuju ke sekolah berasrama penuh, sekolah elit mahupun MRSM seluruh negara. Kebiasaanya, tinggal tekih (sisa-sisa) yang kami usaha untuk bentukkan jadi pelajar yang terbaik. Andai kata, pelajar cemerlang dari sekolah kami, sudah pastinya kami yang berusaha teruk di sekolah ini akan diabaikan. Tiada penghargaan yang sepatutnya. Yang ada, cumalah bebelan analisis item yang tidak terhenti.
~Nak jadikan cerita, aku mengira segala perbuatan aku di sekolah adalah lillahitaala. Ajar anak-anak seperti mana aku ajar anak aku sendiri. Setiap aktiviti sekolah aku hadir. Tidak langsung ketinggalan dalam mana-mana PLC, mesyuarat dan apa sahaja yang melibatkan sekolah. Cuti sakit tidak pernah ambil sepanjang tahun 2018. Cuti Rehat Khas (CRK) pun ambil 2 hari dari 10 hari. Itu pun sebab anak (Mufeeda Khaira) masuk wad 4 hari 3 malam di Kuching Specialist (KPJ). Cuba penuhi semua kerja yang diminta. Rasanya, lesson plan semua hantar. Missed sekali dua, pasti akan dibalas RPH 2 minggu. Semua rasanya, tak ada masalah. Masalahnya? - the end of the season, aku dapat markah PBPPP 79.08%. What say you?
~Ada keadilankah untuk aku? Langsung tak pernah dipanggil untuk menerangkan sebarang kedudukan mengapa markah aku rendah daripada 80%. Aku terus terang cakap, memang down gila babas. Sampai aku bertekad untuk jadi silent/sleeping teacher di sekolah. Mati terus emosi aku masa itu. Agaknya, down to the earth habis-habis. Allah jak tempat mengadu masalah. Bukan apa, kita rasa kita berusaha terbaik untuk terus kekal dalam bidang ini. Namun, ada juga tangan-tangan ghaib yang mahukan kita terjatuh terbabas.
~Zalim aku rasakan kepada yang berbuat demikian. Bayangkan, tahun sebelum (2017) markah 90.2%. tiba-tiba markah prestasi jadi 79.08% \. Zalim. Dan doa orang dizalimi tidak terhijab antara langit dan bumi. Sekarang, nampak perbuatan itu makan diri. Sana-sini orang mengeji. Ramai dah hilang hormat. Aku langsung tak doakan yang jahat-jahat. Cukup sekadar minta dosa aku diampun dan tidak diazab di neraka. Bukan seorang, tapi 6 orang dapat markah rendah. Soalnya, kalau nak downgrade cikgu sekali pun, jangan sesekali menutup periuk nasi orang. Paling teruk, markah 70% pun ada. Ada tindakan dari pihak PPD? Malangnya, nasib kami langsung tidak dipeduli.
~Apakah kami ini bukan kategori orang yang tidak disuka? Boleh dikeji dan dihina? Dicaci maki hidup melata? Hak kami gaji & berhenti kerja semata-mata? Kepada siapa kami adukan masalah ini? Hujungnya, Allah sahaja tempat aku mengadu. Dalam kelemahan dibuli manusia yang zalim, Allah hadiahkan kesenangan setelah kesusahan.
~Hal ini, jika dibanding 9 tahun dahulu, markah yang sama, sekolah berbeza. Pentadbir yang berbeza. Kalau Guru Besar sekolah lama buat hal, macam tiada masalah sebab bukan beragama Islam. Mungkin kurang konsep mahabbah/kasih sayang. tapi sekolah kalau ada pentadbir berugama, alasan tak sama? Itu masalahnya. rupa-rupanya ada konspirasi nak jatuhkan semangat. Tapi, tak apalah. Kita bermasa. Adakalanya kita di atas, adakalanya dibawah. Tunggu lah masa tersebut.
~Bukan ugutan, tapi nyatanya, perilaku sebegitu membunuh perasaan & profesionalisme seorang guru. Kenapa perlu diperlakukan seperti tisu buruk? Nak guna, ambil. Tak suka, buang merata-rata.
~Kesal, sudah berkali-kali dilapor, buat macam biasa saja. Tak tahu kenapa. Biarlah.. aku buat kerja lillahitaala.. barulah sedar, semuanya itu ujian saja. Bukan sekadar ujian kepada aku, tapi ujian kepada si pembuat onar.
~Tapi, kalau tahun depan berulang, mungkin akan bertindak ikut undang-undang barangkali. Jangan difikir kami diam, kami mengalah. tidak, kami diam, kami simpan parut luka.
~Agak-agak, tenang ke hatinya buat macam tu? Entahlah.. tengok life peribadi dah macam kucar-kacir. Tambah sekarang realiti, nampak sangat dah sikap double standard.
~You get, what you deserved. Siapalah kami hendak membalas? Tapi, kami ada Allah yang Maha Melihat. Thank you atas kesedaran. Aku sedar, kau bukannya siapa-siapa yang patut aku hormati. You don;t deserved my respect.
Assalamualaikum Tuan, bagaimana cara nak buat semakan semula ya? Kawan saya sedang mengalaminya skrg.. Tapi bukan pentadbir nermasalah pun. Mungkin silap pada key in atau sebagainya
BalasPadamwaalaikumsalam.
BalasPadamPenilaian ini dinilai oleh 2 penilai. Markah bergantung kepada kedua-duanya. Mungkin tiada masalah dari segi pentadbiran, tetapi adaakalanya masalah di pihak salah seorang penilai.
Dalam tempoh 30 hari selepas markah keluar, boleh terus rujuk dengan Unit Kompetensi di JPN masing-masing.