Sabtu, 31 Oktober 2009

Catatan konterversi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..salam 1 Malaysia. Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam. Tuhan yang menjadikan langit dan bumi. Tuhan yang Maha Esa. Tiada 2 atau 3. Dialah yang Maha Esa. Selamat datang kepada semua yang sudi menjenguk ke teratak buruk aku.. Insan Wardah membawa erti yang penuh bermakna untuk aku. Wardah..penyampaian..jadilah aku makhluk yang menyampaikan. Selawat dan salam ke atas penghulu segala nabi, Nabi Muhammad s.a.w dan juga salam ke atas keluarga baginda.

Kenapalah hati terasa bersalah yang teramat sangat. Aku telah menyakitkan hati insan yang banyak membantu aku menjalani kehidupan ini setelah jatuh dari kegagalan dulu. Entah mengapa, tergamaknya aku mengeluarkan perkataan yang sepatutnya tidak diucapkan zahir apa lagi di dalam hati. Tapi, hati aku cukup membengkak kerana perbuatan orang lain yang berkaitan dengan insan tersebut. Astaghfirullah.. Aku tidak berniat, tetapi telalu didorongi oleh hasutan nafsu, ditambah-tambah lagi perasa marah oleh syaitan laknatullah. Kata-kata macam itu akan memberkas di hati insan tersebut. Entah apa yang insan tersebut fikirkan lepas ini. Berikan masa padanya...hmm..astaghfirullah..

Aku punyai limpahan idea tadi..tapi sekarang dah tak ingat..sebab dipanggil oleh Cikgu Simri untuk menyembelih burung yang dia tembak tadi. Sempat lagi fikiran aku melayang. Sebab itu terkhilaf bila baca bismillah..bimbang terlupa..tapi niat dah ada kerana Allah..mungkin makruh..tak tahulah..wallahualam..

Jumaat, 30 Oktober 2009

Bila dah hujung tahun...

Assalamualaikum wkth kepada semua bloggers. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya aku beroleh idea yang bernas untuk aku mencoretkan kata-kata aku dalam blog Insan Wardah.. Sekali imbas, kita sudahpun berada di penghujung bulan Oktober. 2 November bakal menjelang dan menandakan aku sudahpun berada di S. K Long Busang 11 bulan!! Subhanallah.. Pelbagai dugaan sudah aku lalui di bumi terbiar ini. Macam-macam aktiviti sekolah sudah aku buat. Sukan Tahunan, Sambutan Kemerdekaan, Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Raya, Bulan Bahasa, dan pelbagai Program yang dianjurkan oleh sekolah mahupun panitia-panitia subjek lain. Kalau berkaitan dengan program, sudah semestinya memerlukan kertas kerja dan bila ada kertas kerja, perlukan macam-macam lagi persiapan untuk melakukan aktiviti tersebut. Apabila siap sesuatu program tersebut dan ianya berjalan dengan lancar, maka puji-pujian akan kita terima. Jika buruk pelaksanaanya, maka kita akan menerima kritikkan. Kritikkan tersebut sebenarnya membina peribadi kita. Bukannya menjatuhkan kita. So, always think positive. Ambil yang jernih, buang yang keruh.

Bila program sedang berlangsung, kita akan mula memerhatikan karenah certain staf yang suka curi tulang. Staf macam ni, dari awal program, sampai ke hujung program, memang “ngular” saja kerjanya. Diberi kerja, tapi buat sambil lewa. Staf macam ni memerlukan kita bersabar dan jangan mudah melenting. Apa yang penting, jangan mengata dari belakang. Staf yang suka mengarah sudah semestinya ada. Tapi, anggap sebagai pelajaran setiap apa yang dibuat staf-staf ini. So, take it as lesson. Terjumpa dengan kawan lama yang sama batch PALAPES dulu, masih juga kata aku still thinking positive..=)


Bagi aku, waktu yang paling seronok sesuatu program adalah time makan. Haha..mungkin time inilah semua staf akan berkumpul dan mula bercerita tentang keadaan semasa. Bagi aku, time macam makan-makan inilah aku akan makan sepuas-puasnya. Sebab makanan biasanya akan dimasak oleh orang-orang tertentu. Macam Cikgu Rejerki Misek masak, memang nostalgik. Sedap dan menyelerakan semua tetamu. Dibantu oleh Cik Saloma Ganang, PPM Prasekolah, Pn. Siti Penyelia Asrama dan semua yang sanggup membantulah. Mesti Cikgu Rejerki yang paling sibuk bab-bab masak. Mengalahkan tukang masak sekolah. Inilah cikgu. Semua boleh buat. Menyanyi, berlakon, bersukan..memang sesuailah cikgu dikatakan sebagai ejen perubahan. Ketara sekali tindak-tanduk seorang cikgu bila berkata-kata.


Masa dalam bilik guru juga sewaktu P n P berlangsung juga sedikit sebanyak dapat mengurangkan stress kita sebagai pendidik ini. Usik-usik staf senior kepada cikgu junior memang banyak. Yang paling kesiannya staf yang bakal melangsungkan pernikahan pada hujung tahun ini. Memang usikkan semakin menjadi-jadi. Tapi, gurauan seperti itu akan mengurangkan bebanan kita lebih-lebih lagi duduk di pedalaman yang jauh dari keluarga. Sebagai warga pendidik, hujung tahun seperti inilah menjadi bebanan yang tinggi pada kita. Hendak menyudahkan silibus satu hal, nak buat laporan panitia, laporan macam-macam jenis laporan nak buat. Nak buat lagi ujian akhir tahun lagi. Tapi, sebenarnya itu adalah motivasi untuk semua warga pendidik untuk bercuti panjang. Betul atau tidak, ini kira macam nak habiskan lauk yang kita buat awal tahun dulu. So, jangan mengeluh. Tapi senyumlah kerana tidak lama lagi, kita ‘akan tutup periuk’ untuk tahun 2009. Sedap tak sedap ‘makanan’ kita terletak pada bagaimana ramuan yang kita buat awal tahun ini. Keep up a good work.. “Strive for mardhotillah..”


p/s: Bilakan rindu ini bisa terbias diperdu illahi..?

24 Oktober 2009: Ada apa dengan Besday?


Assalamualaikum dan salam sejahtera..bertemu sekali lagi kita dalam teratak aku yang buruk lagi hina. Teratak seorag guru yang hidup di pedalaman yang jauh dari Bandar. Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia buat guru-guru permulaan yang telah bekerja hampir setahun dari Bandar sana. Kami guru di pedalaman sentiasa mendoakan kecemerlangan anak-anak murid kami dan juga anak-anak murid kalian dari hari ke sehari agar memperolehi keputusan yang cemerlang. Keputusan UPSR bakal menjelang. Insya Allah, kita target yang terbaik untuk semua anak-anak murid kita. Moga kejayaan menyebelahi mereka.

Sudah lama agaknya aku tidak mencoretkan kata-kata dan pandangan aku terhadap profession keguruan ini mahupun berita-berita sensasi. Kepada mereka yang telah memberi komen kepada post-post aku yang lepas, aku ucapkan sejuta tahniah kepada mereka ini kerena mereka peka dan masih lagi memberi perhatian kepada post dan ulasan aku yang sebelum ini. Beerti insan seperti ini, mereka datang menjenguk dan memberi idea dan melontarkan pandangan yang baik dan memberi harapan kepada guru-guru pedalaman seperti kami. Bukan beerti tidak komen tidak prihatin, bila beri komen beerti aku telah berjaya mencuit hati kalian dengan madah berhelah aku. So, keep on commenting my post, mudah-mudahan comment anda memberi suntikkan semangat kepada aku terutamanya meneruskan kerja yang mulia di sisi Allah ini dengan lebih cemerlang.


Minggu lepas, adalah minggu ‘Besday’ aku. 24/10/1984..aku telah dilahirkan dengan jayanya setelah azan maghrib berkumandang, bersamaa 28 Muharam 1405 Hijrah. Sejurus bilal melaungkan “Allahuakbar….allahuakbar..” darah ibuku tertumpah ke bumi demi anaknya yang bernama Muhammad Khawar Hezazy Bin Uthman. Tidak diketahui masa depannya yang kemudiaannya akan kembali berbakti kepadanya pada satu hari kelak. Muhammad Khawar Hezazy Bin Uthman namaku diberi. “UNIK” itulah perkataan yang sering aku dengar dari mulut manusia bila aku katakan namaku. One more thing, ´Khawar Hezazy‘ itulah terletak keunikkan. Tapi, bagi aku, uniknya nama aku ialah..‘Muhammad..‘ kerana nama itu sudahpun terlalu indah dibandingkan dengan ´Khawar Hezazy‘. Bayangkan..nama anda semua sudahpun tertulis di lauh mahfuz ´Muhammad‘, nama kekasih Allah yang paling Allah s.w.t cintai.. tidakkah aku harus berbangga kerana dipilih untuk bernama ´Muhammad‘? Aku bersyukur dan aku sembah sujud hanya padaMu ya Allah.


Bagi nama ´Khawar Hezazy‘, mungkin itu hanya satu kebetulan sahaja. Sebelum ini, keluarga aku pernah tinggal di satu kawasan Rancangan Perumahan Rakyat di satu tempat berdekatan dengan Batu Kawah. So, tempat itu dinamakan R.P.R Batu Kawa. ´Kawah‘ ditukar menjadi ´Kawa‘ untuk mengkomersialkan tempat tersebut. (Ni Cuma pendapat saja, tak tahulah betul ke x..) . Nak cerita asal usul Batu Kawah diberi..erm..pernah aku dengar dongengan tempat tersebut. Begini ceritanya. Pada zaman mensia marek (mensia marek bahasa melayu Sarawak bermaksud dahulu kala), satu kampung berdekatan disitu telah mengadakan satu pesta keramaian. So, banyaklah kawah-kawah digunakan untuk tujuan memasak dalam majlis tersebut. Melobo-lobolah (beramai-ramailah) orang datang ke majlis dan menolong orang kampung tersebut. Dipendekkan cerita, pada sebelah malamnya, orang-orang kampung tersebut telah memakaikan kucing-kucing di kampung tersebut dengan pakaian malahan anjing turut diberi pakaian seperti manusia. Apalagi..ketawa berdekah-dekah semua yang menghadiri majlis tersebut. Tiba-tiba(suspen sikit ek..hehe..), kawah-kawah makanan tadi dipangkak nyaruk(panah kilat) dan menyebabkan kawah-kawah tersebut menjadi batu. Ini adalah disebabkan oleh perbuatan orang kampung tadi yang mempersendakan haiwan-haiwan ciptaan Allah yang menyebabkan ´buak ari‘ (cuaca tidak baik). Sebab itulah, Batu Kawah diberi nama. Kesan batu yang bertukar menjadi kawah masih ada di bawah kuil Cina berdekatan dengan sungai Sarawak di Kampung Sinar Budi Lama. Itupun kalau air surut. Itulah sejarah nama Batu Kawah.


Berbalik dengan nama aku, ´Khawar Hezazy‘, kemungkinan besar yang aku tahu, setelah diselidiki, Khawar itu sendiri berasal dari nama seorang kawan ayah aku yang berasal dari Pakistan yang juga merupakan sedara ayah aku. Kemungkinan sebab ada seorang penjual kain-kain yang bernama Khawar menyebabkan ayah aku bagi nama Khawar. Erm..mungkin kajian kes terhadap nama Khawar dah tamat. Yang menjadi kepelikkannya..Hezazy..puas dah aku seacrh kat engine search macam Yahoo!!, Google..Alta Vista. Memang aku tak ketemu nama Hezazy. Dalam Malaysia, KEMUNGKINAN nama aku seorang sahaja yang ada Hezazy..KEMUNGKINAN..bukan MEMANG.! Fahamilah maksud kemungkinan tu. Ada yang bernama Khawarizmi..itu memang nama seorang ilmuwan Islam pada zaman dahulu. Biar apapun, jangan samakan aku dengan KHAWARIJ kerana aku adalah pengikut Mahzab Syafiee dan juga berfahaman ahli sunnah waljamaah..jangan ada pertikaian di sini ya.
Kepayahan, kesusahan ibuku melahirkan aku menjadikan aku semakin mencintai kedua ibu bapaku dengan sepenuh hati. Semua kehendak mereka aku turuti. Aku tidak mahu meninggalkan rasa kecil hati dalam hati mereka walau sekelumit pun. Menentang kehendak mereka beerti menentang kehendak Allah. Aku pernah ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Australia, ke Jordan, ke U.K, tapi semua tawaran itu disembunyikan oleh ibuku. Sedih, tapi itu kenyataan. Tapi, aku masih bersyukur kepada Allah s.w.t. Kerana Allah lebih mengetahui kemampuan aku. Iman aku senipis belahan rambut. Kemungkinan, bila aku berada di luar negara, aku akan jadi liar kerana kurang kawalan dari ibu bapa dan juga tidak tahan dengan godaan. Allah lebih tahu apa yang aku tidak ketahui. So, sekarang..aku tidak langsung menyimpan dendam mahupun berkecil hati terhadap kedua orang tuaku..tapi aku berbangga memiliki keduanya walaupun adakalanya aku memberontak tanpa aku sedari. Itulah kita..kita hanya insan yang tidak sempurna.. Aku bukan Fahri yang menjadi watak utama dalam novel ´Ayat-ayat cinta‘. Aku Cuma Muhammad Khawar Hezazy..yang sering kali leka dan alpa dalam menjalani kehidupan aku sebagai manusia biasa..


25 tahun telah aku menghirup udara Allah s.w.t..terlalu banyak maksiat yang telah aku lakukan pada Allah sama ada aku sedari atau tidak sedari. 25 tahun telah aku menjadi hamba Allah..HAMBA..bukan saudara..bukan anak..bukan nabi..apatah lagi Rasul..dan tidak mungkin menjadi wali Allah..hendak menjadi soleh menjadi igauan bagi aku..kerana lelaki yang soleh adalah lelaki yang sentiasa menjaga diri dari melakukan sebarang kemaksiatan kepada Allah s.w.t. Lelaki soleh adalah seorang lelaki yang malunya begitu tinggi kepada Allah dan RasulNya..tapi, mampukah aku menjadi lelaki soleh jika hari-hari berlalu aku penuhkan dengan kemaksiatan yang bermaharajalela? Mampukah aku menjadi lelaki soleh andainya aku tidak pernah mengingati Rasulullah s.a.w dalam kehidupan sehari-hari? Telah aku ulangi dan aku ulangi mengingati Allah dan RasulNya..adakalanya aku lupa pada Allah..berpanjangan dan terus melupai.. Bila hidayah mengetuk pintu hati..aku menjadi haru biru..kerana teringat akan dosa yang telah aku lakukan begitu banyak sekali. Aku sedar..aku sedar bahawa Allah adalah cinta agung.. Selepas itu, ku ulangi kesilapan itu semula..dalam tidak ku sedari..aku telah melakukan lagi kemaksiatan kepada Allah..benda begitu akan keep on berulang dan berulang..aku harapkan insan yang bakal hadir dalam hidupku sebagai isteriku akan membantu aku dalam bermujahadah kepada Allah selalu..insya Allah.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah mengucapkan ´Selamat Hari Lahir‘ pada 24 Oktober yang lepas. Aku tersangat menghargainya..terlalu banyak sehinggakan tidak berkesempatan untuk membalas semua ucapan tersebut. So, aku ambik kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada semua yang masih mengingati hari lahir aku. Trimas!!!
Kepada sesiapa yang menyambut besday dalam bulan ni, aku ucapkan selamat menyambut hari lahir..semoga Allah menguniakan barakah dalam usia kamu yang mendatang..insya Allah..aku berkesempatan menyambut hari lahir aku ke 25 tahun di rumah bersama-sama dengan ahli keluarga ak..(ayah, mak, kakak n adik..). Malahan anak murid silat aku turut bersama-sama menyambut besday dengan aku..alhamdulillah. syukurlah.. Nak cerita plak sal sambutan besday aku pada tahun-tahun lalu. Waktu aku masih kat university dulu. Memang kena menyambut besday kat dalam hutan or kena sambut dalam keadaan yang tidak selesa tetapi menyeronokan. Sebab besday aku akan jatuh pada ´Kem Tahunan´ PALAPES. PALAPES itu singkatan dari perkataan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan. Kira macam pegawai askar wataniah la. Tahun pertama aku di UNIMAS( Universiti Malaysia Sarawak), aku ikut kem tahunan pada tarikh besday aku tu. Apalagi, kena baling la ke dalam sungai oleh staf n kawan-kawan. Siap buat kek dengan ration tentera. Ration tentera ini kira macam makanan tentera yang dah kena pack siap-siap dalam paket dan tersedia untuk di makan. Mengingati malam sebelum tu, malam Platun 1 menyerang hendap. Nak dijadikan cerita, satu malam tu aku dan kawan-kawan lain meniarap la kat tepi bukit. Tunggu musuh. Last-last, semua tertidur. Haha..lucu bila mengenangkan semua tu.


Tahun ke 2 di UNIMAS, aku menyambut besday aku di UNIMAS jugak tapi dalam Kem Tahunan jugak. Kelebihan tapi kali ini memang kena dera teruk-teruk oleh staf dan pegawai. Kena guling satu padang kawad. Baru ada nyanyian besday. Tahun ke 3, aku sambut besday dalam keadaan sederhana jak. Masih jugak dalam Kem Tahunan. Tapi, yang hujung-hujung la. Tahun 2007, aku sambut besday bersamaan dengan 1 Syawal..tahun lepas..aku sambut besday di maktab perguruan bersama-sama kawan-kawan.
Ingat nak sambut besday dalam hutan sekali lagi tahun ni. Tapi, keadaan berubah. Aku menyambut pulak dengan keluarga yang tercinta. Thanks mom and dad !! Aku kuar ambik gaji time tu. Jumaat keluar Isnin balik. Ambik cuti sehari. …


Walauapapun, kekuatan aku terletak pada tanganku yang sentiasa memegang kapur demi anak bangsa yang tercinta. Tidak pernah aku menyesal bila menyahut panggilan illahi menjadi seorang guru walaupun dirundung kesusahan. Bila berkeluh kesah itu, memang menjadi kebiasaan kerana aku hanyalah seorang manusia yang lemah lagi tak terdaya. Berkeluh kesah memang meniti bibir kerana kadang-kadang aku tidak sedar kata-kata dan luahan hatiku. Aku hanyalah HAMBA Allah..bukanlah siapa-siapa dihadapan Allah. Bagi yang telah tersakit hati dengan tingkah laku aku, tersinggung dengan kata-kataku, dipohon sejuta kemaafan pada semua. Jangan simpan lagi dalam hati. Sesungguhnya, aku telah memaafkan setiap satu kesalahan kalian terhadapku. Segala umpatan dan tohmahan aku maafkan demi kesejahteraan umat Islam sejagat. Apalah andai kita bergaduh sesama sendiri. Tiada gunanya. Sebab ianya akan merosakkan akidah umat islam dan menyebabkan kita berpecah belah. Apatah lagi bergaduh kerana seorang perempuan!!! (malunya aku dengar lor..sebab masih ada orang berdendam dengan aku sebab seorang perempuan!!!).


Mungkin ni masuk bab peribadi sikit. Tapi itulah hakikat kehidupan. Sampai bila nak bermusuh and sampai bila nak terus menfitnah aku kan ? fitnahlah selagi kamu termampu. Sebab, fitnah-fitnah itu akan jadi saham utama aku diakhirat aku kelak. Thank you atas fitnah-fitnah anda. Kerana dengan fitnah tersebut, aku menjadi lebih matang. Aku berdiri dari kegagalan pada satu ketika dulu. Teringat pulak dengan satu ancaman dari seorang insan yang bernama……(biarlah rahsia). Pernah mengeluarkan kata-kata kesat dalam comment dia terhadap aku dulu dalam friendster. Memang penuh dengan maki hamun dan andainya iman aku terlalu goyah, sudah pastinya pergaduhan pasti berlaku. Namun, aku menjawap comment tersebut dengan undangan menyerah diri beserta alamat rumah supaya ´manusia‘ ini dapat kerumah aku dan membelasah aku cukup-cukup. Sahutan undangan aku dianggap sepi. Mungkin ´dia´ masih tidak kenal dunia sebenar. Masih nak berdendam walaupun itu kisah lama. Huhu..untuk pengetahuan semua..sekarang umur kita kian meningkat..Semua kenangan dah tertinggal dibelakang. Apa lah lagi kita hendak mengenang apa yang terjadi. Benda dah terjadi. Biarlah berlalu. Aku dah maafkan semua orang. Sekarang aku dalam pencarian mencari kemaafan orang lain yang pernah aku terpukul, terkasar, tersalah cakap..dan macam-macam ´ter‘. Sebab, kita tak tahu, esok mungkin hari terakhir buat kita dalam kehidupan ini. Bila mati, manakan daya aku hendak memikul segala kesalahan pada manusia ini. Bayangkan, dosa kita pada Allah bisa terampun kalau betul mencari keampunanNya. Dosa kita pada manusia pula, hendaklah kita pohon dari manusia itu juga. Kalau dah mohon kemaafan, tapi tak dihirau, itu belakang kira. Yang penting kita jalankan ibadah kita dengan sepenuh hati. Memohon kemaafan selagi lidah di atas rongga.
Aku tujukan kata-kata ini kepada semua yang membaca. Jangan tidak maafkan orang. Nanti hidup anda tidak tenang. Maafkan kesalahan orang. Selagi kesalahan itu tidak menanggung malu yang besar. Berdiri dari kegagalan. Bangkit dari kejatuhan. Sedar bahawa Allah itu sahajalah tujuan kita. Bukan perempuan mahupun kedudukan. Hidup tanpa Allah beerti hidup tanpa nyawa. Bekerja biarlah kerana Allah. Bukan kerana terpaksa atau insentif. Kepada bakal guru yang telah mengkritik aku, terima kasih sekali lagi. Adakalanya, yang muda akan menyindir yang senior. Tidak semestinya 100% senior akan betul. Betul kata ibuku padaku. “Pengalaman akan mematangkan kita anak”. Aku belajar dari pengalaman. Kepada mereka yang pernah menjadi kepada teman pengutuk@penfitnah aku, tolong sampai pada manusia-manusia itu, aku telah memohon kemaafan. Dan balasannya, caci hina dan maki hamun yang rasanya dah melampau-lampau. Untuk pengetahuan semua, perkataan pu****k memang akan buat aku naik radang yang amat!! Sebab aku lahir dari tempat yang telah menumpahkan darahku. Ibuku bersusah payah melahirkan aku, senang-senang nak hina! Allahu rabbi..andai nyawa ditengkuk, sudahpasti tercabut lantaran kemarahan aku ketika itu. Astaghfirullah.. aku tidak mencabar mana-mana pihak. Tapi ingin menyatakan bahawa benda yang lepas, lepaslah. Imam Abu Hanifah pernah berkata, benda yang paling jauh dengan kita, adalah masa yang telah kita tinggalkan. So, berubahlah.


Aku mengharapkan insan-insan pendendam seperti membaca post ini. Beri ulasan. Jangan melenting. Dendam pasti tidak ada kesudahan. Lupakan dendam. Jangan simpan hasad dengki. Kerana hasad dengki ini adalah penyakit yang paling banyak sekali melanda umat Islam sehingga Islam menjadi mundur. Jadikan Allah sebagai tujuan. Jadikan bumi ini adalah tempat berkasih sayang.


Pernah ada ketikanya, seseorang bertanya kepada kuncu-kuncu si pendendam. “Kenal dengan si fulan bin si fulan..?” Jawapan si kuncu tersebut, “Kenal..dan sampai setakat itu sahajalah tahu”, dengan nada sinis. Macam mengejek dan si fulan tersebut. Tapi, sedarkah kau wahai si kuncu-kuncu..kau hanya menurut mainan nafsu sahabatmu. Sedangkan kamu tidak tahu dan hanya mendengar cerita dari mulut sahabatmu tanpa bukti dan alasan yang kukuh. Bayangkan nanti, amalan si fulan itu sama rata di antara kebaikkan dan dosa di timbang tara Allah di akhirat kelak, oleh kerana fitnah yang engkau sebarkan dari sahabat engkau tadi, telah memberatkan kebaikkan si fulan tersebut. Malahan engkau pulak, diberatkan pula timbangan keburukkan kerana mendengar dan menyebarkan fitnah. Sedangkan engkau pulak ahli ibadah, si fulan bin si fulan tadi Cuma hamba seringkali terleka kepada Allah. Siapa yang rugi jika tidak kita sendiri. Sedarlah engkau dari kesalahan engkau.


Dan bayangkan, si fulan itu telah betaubat dari dosa dahulu dan engkau sebarkan aibnya..Ingat!! Balasan Allah memang benar!! Jika engkau aibkan orang, maka Allah PASTI akan aibkkan engkau di akhirat!! Janji Allah memang pasti.
Aku bukanlah ahli permasalahan agama. Aku hanyalah seorang guru..yang lemah lagi tidak terdaya di sisi Allah..maafkan aku..


p/s: Al-Fatihah kepada rakanku yang meninggalkan alam fana ini..al-fatihah kepada syuhada, insya Allah, aku akan menyusuri jalan syahid seperti syuhada yang berjuang fisabillah..

Sabtu, 24 Oktober 2009

Al-Fatihah...Belasungkawa..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..





Sewaktu aku bersama-sama dengan keluarga membeli barang keperluan, kami dikejutkan dengan pemergian Imam Haji Gawi Bin Mat, seorang imam yang banyak berjasa kepada penduduk Taman Malihah Kuching..beliau telah kembali ke rahmatullah pada tengah hari tadi di Hospital Umum Sarawak..al-fatihah

Selasa, 13 Oktober 2009

Inspirasi..FaceBooK- Apa Da Ngan Hau?




Kita selalu mendambakan seluruh hidupnya sentiasa baik dan berjalan dengan lancar..selalu mengharapkan Allah memberikan yang terbaik dalam hidupnya..bila tiba ujian datang, maka keluh kesah meniti dibibirnya..tidak salah berkeluh kesah bila tiba ujian datang melanda..kita hanya manusia yang lemah lagi tidak berdaya..Lantaran itu, bangkit segera dari kekesalan. Bina kembali kejayaan dari kegagalan itu.. Allah Maha Mengetahui segala apa yang berlaku ke atas kita..Jangan lantaran ujian itu menjadi beban hidup sehingga ke akhir hayat kita....Allahuakbar..!!


p/s: aku nak postkan ke facebook..tapi, character penuh sangat..so, i post it here then..selamat beramal

Ahad, 11 Oktober 2009

Kenyah, satu pengenalan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua bloggers. Hari ini, aku nak mengajak semua untuk menelusuri sejarah dan asal-usul masyarakat kaum Kenyah secara umumnya. Bukan secara spesifik di Long Busang ini. Sumber ini aku kutip dari wikipedia..so, kalau ada tersilap itu, silap dari wikipedialah..aku cuma cedok dan post..insya Allah..akan berguna kepada guru-guru permulaan nanti sebelum posting ke pedalaman yang mana penduduknya adalah masyarakat Kenyah.

Kaum Kenyah ialah salah satu kaum besar orang asli (Bumiputera) yang mendiami di kawasan pedalaman daerah Baram dan Belaga di Sarawak, Malaysia serta di Kalimantan, Indonesia. Kini kaum Kenyah terdiri daripada sub-kaum kecil seperti Kenyah Jamok, Kenyah Badeng, Kayan, , Lepo' Tau, Lepo' Maut, Uma' Bakah, Lepo' Kulit, Kenyah Sambob, Penan dan sebagainya. Kaum Kayan dan Penan pada asalnya merupakan sub-kaum Kenyah berdasarkan sejarah nenek moyang iaitu Lenjau Suuh + Bawe'. Berikut adalah Nenek Moyang Kaum Kenyah

                                 Laing   &  Aka Lorek (bali)
                                        |
                                    Lorek Aka
                                        |
                                       Apui
                                        |
                                      Lenjau
                                        |
                                      Masing
                                        |
                                      Batang
                                        |
                                       Batu
                                        |
                                      Batang
                                        |
                                       Suuh
                                        |
Bawe’.............(Isteri 2)..............Lenjau............(Isteri 1)...Suling Uchat
       |                                                                                                                                                                             |
Jiling – Lepo’ Badeng, Lepo’ Jamuk, Lepo’ Agak                                                                        Laing Suling
       |                                                                                                                                                    (Lepo’ Badeng, Lepo’ Jamuk, Lepo’ Agak)
Ajan – Lepo’ Tau
|
Madang – Lepo’ Tepu
|
Olau – Uma’ Alim
|
Jangin – Lepo’ Timai ngan Lepo’ Laang
|
Uchat – Badeng
|
Lahang – Kayan
|
Apui – Lepo’ Tukung
|
Lalo’ – Lepo’ Maut
( Untuk keterangan lanjut sila rujuk kepada buku " Migration of Kenyah Badeng" by Vom Roy with an introduction by Dr. Tan Chee Beng published by Institute of Advanced studies University Malaya in 1993 dan Buku "Kenyah Badeng" dalam bahasa Kenyah Badeng oleh Vom Roy pada tahun 1988. Kedua buku ini cerita mengenai asal-usul semua Kenyah, Kayan dan Dayak lain. Buku ini ada di jabatan Muzium Sarawak dan juga boleh didapati dari Vom Roy.
Kaum ini digolongkan bersama-sama dengan kaum Kelabit, Lun Bawang serta di bawah golongan yang lebih umum, iaitu kaum orang Ulu.

Asal Usul

Asal usul Masyarakat Kenyah adalah di Dataran Tinggi Usun Apau sejak sekitar 1400 -1700 masehi. Kaum kenyah mula berpecah kepada sub-kenyah kecil sekitar 1400-1600 masehi iaitu bangsa Kenyah Jamok,Kenyah Badeng, Kayan, , Lepo' Tau, Lepo' Maut, Uma' Bakah, Lepo' Kulit, Kenyah Sambob, Penan dan sebagainya. Di antara sub-kaum Kenyah yang ketara sekali berubah dari segi bahasanya ialah Kayan dan Penan. Namunpun begitu, terdapat sedikit persamaannya yang boleh difahami dan tidak jauh perbezaannya.
Semasa pemerintahan Raja Brooke, Masyarakat Kenyah telah berpecah kerana menentang penguasaan Rajah Brooke ke bahagian Pedalaman Sarawak iaitu di Dataran Tinggi Usun Apau. Sebahagian Kenyah telah tinggal didaerah Baram dan berdamai dengan pemerintahan Rajah Brooke pada ketika itu. Sementara sebahagian lagi tidak mahu diperintah oleh Rajah Brooke. Oleh itu, mereka telah diserang oleh Rajah Brooke di Tanah Tinggi Usun Apau. Penentangan mereka terhadap Rajah Brooke tidak mendapat sokongan kaum lain kerana Rajah Brooke menggunakan orang tempatan untuk menyerang Kaum Kenyah Usun Apau. Sehingga ada sebahagian lari ke sempadan Sarawak-Kalimantan(Alo Kayan). Dari sempadan sekitar selepas konfrantasi Malaysia-Indonesia, mereka telah berpindah balik ke Malaysia iaitu di kawasan Belaga, Bintulu dan Baram. Kini kaum Kenyah tinggal di Sepanjang Ulu Sungai Baram,Daerah Belaga, Bintulu dan kalimantan. Kebudayaan masyarakat Kenyah adalah lebih kurang sama pada keseluruhannya. Penempatan mereka adalah di lembah sungai sepanjang hulu batang Baram, Usun Apau, Balui, kawasan Tinjar, dan ulu batang Rajang.
Pada lewat abad ke-20, bilangan kaum Kenyah dilaporkan terdiri daripada 23,000 orang. Mereka tinggal dekat kuala sungai dipangil Long dan mempunyai perhubungan yang rapat dengan kaum Kayan. Oleh itu, kaum Kenyah mempunyai budaya yang amat serupa dengan kaum Kayan, walaupun bahasa-bahasa mereka berbeza kerana mereka adalah bangsa Kenyah pada asalnya. Ekonomi tradisi Kenyah berdasarkan penanaman padi bukit di lereng/cerang hutan. Pokok-pokok hutan ditebang dan dibakar, dan padi ditanam antara abu-abunya.

Tradisi

Pada masa lampau masyarakat asli Kenyah sering di diserang oleh penjajah(Pemerinyahan Brooke) kerana mereka tidak mahu diperintah oleh orang lain. Mereka juga sering menyerang orang orang luar, seperti orang orang Iban dan sebaliknya, ataupun orang Kenyah sendiri dari daerah lain. Masyarakat asli Kenyah & Masyarakat asli Iban mempunyai ciri peperangan yang agak serupa, di mana masyarakat asli kenyah juga memotong kepala musuhnya dan membawa kepala musuhnya ke kampung dijadikan sebagai cenderamata keperwiraannya. Sekiranya seseorang itu mendapat kepala yang banyak maka orang itu merupakan orang yang disegani di kampung itu dan ramai wanita suka dengannya kerana dia adalah wira kampungnya. Selain itu, kepala yang telah diambil itu juga akan dijadikan bahan upacara 'Ule' Ayau" ketika upacara keramaian Penyembahan dalam adat tradisi.

Tempat menetap

Pada kebiasaannya masyarakat asli Kenyah membina rumah panjang mereka berdekatan dengan sungai, dimana sungai ini merupakan jalan untuk menghubung mereka dengan tempat lain mengunakan perahu, melain kan tempat untuk mencari rezeki sambilan, seperti menjala ikan, memasang bubu,memancing dan sebagainya.
Masyarakat asli Kenyah merupakan satu lagi masyarakat yang tinggal di dalam rumah panjang. Rumah panjang ini berfungsi seperti sebuah perkampungan. Biasanya, rumah panjang masyarakat asli Kenyah hanya terdapat satu di tempat yang sama dan segala-galanya diuruskan oleh seorang ketua rumah atau penghulu rumah panjang.
Rumah panjang masyarakat asli Kenyah merupakan sebuah rumah panjang berukuran sehingga 1,200 kaki yang didirikan di atas tiang-tiang kayu keras seperti Kayu Belian. Corak rumah panjang ini mengandungi satu deretan bilik-bilik keluarga di bahagian belakang dan sebuah serambi terlindung yang lebar di depan untuk bertindak sebagai ruang kerja yang umum serta sebagai lorong kampung.
Tetapi, kini dengan era moden yang kian mengembang pesat. Masyarakat moden Kenyah lebih cenderung menetap di bandar besar sebab adanya kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan mata pencarian mereka tidak lagi bergantung kepada hasil tanaman dan hasil hutan seperti nenek-moyangnya. Hidup bandar sedikit sebanyak telah mengubah prinsip generasi baru Kenyah yang sudah melupakan asal usul mereka adalah di kawasan pedalaman. Hidup harmoni dengan alam.

Kepercayaan

Pada tradisinya masyarakat Kenyah merupakan masyarakat yang percaya kepada kepercayaan animisme(ADAT APAU LAGAN DAN BUNGAN) di mana mereka percaya bahawa semua yang ada disisi mereka mempunyai roh yang sendiri. Masyarakat asli Kenyah amat percaya kepada tanda-tanda alam, di mana setiap keanehan alam akan memberi makna atau maksud. Kehidupan harian masyarakat asli Kenyah secara amnya di tentukan oleh kepercayaan tersebut.
Tetapi sejak datangnya mubalih-mubalih Kristian dan menyebar agama Kristian pada mereka, kepercayaan ini tidak lagi di pegang kerana ianya amat susah diikuti, banyak pantang larang berbanding agama Kristen. Pada masa sekarang majoriti masyarakat moden Kenyah kebanyakkan beragama Kristian.

Ekonomi

Masyarakat asli Kenyah bergantung sistem barter, tetapi terdapat juga kesan sejarah dimana mereka mengunakan mineral asli sebagai matawang. Masyarakat Kenyah juga ada menjumpai besi keluli dan membuat alat parang, kapak dan tombak dari hasil bumi yang dperolehi sendiri. Masyarakat Kenyah juga bergantung kepada hasil tanaman seperti padi bukit, buah-buahan, sayur-sayuran hutan, getah dan sebagainya. Masyarakat asli Kenyah juga memburu dan mereka merupakan pemburu yang cekap di hutan. Hasil buruan akan di kongsi bersama.

Kegiatan ekonomi

Kegiatan Ekonomi masyarakat Kenyah meyara hidup dengan menanam padi huma di sekitar rumah mereka. Penanaman padi huma tidak memerlukan system saliran dan boleh ditanam di kawasan yang berbukit-bukau. Kawasan di sekeliling rumah panjang mereka dikhaskan untuk menanam padi huma. Kawasan ini dibahagikan antara keluarga yang tinggal di rumah panjang.
Kegiatan berburu dan memungut hasil hutan juga dijalankan oleh orang Kenyah yang menduduki kawasan pendalaman. Hasil-hasil hutan adalah seperti jelutung, dammar, dan rotan. Mereka akan menukar hasil hutan ini dengan barang keperluan harian termasuk beras dan garam antara suku etnik yang lain. Orang Kenyah yang banyak melibatkan diri dalam kegiatan pertanian ini juga giat menanam jagung, ubi kayu dan tembakau. Sekitar tahun 70-80an masyarakat Kenyah sering terlibat dalam rusuhan terhadap projek balak yang memusnahkan hutan mereka. Penentangan itu menandakan adanya kesedaran yang tinggi dalam kalangan bangsa peribumi di Sarawak. Namun penentangan mereka tidak mendapat perhatian masyarakat luar, malah selalau disalahtafsirkan sebagai pengganggu rancangan ke arah kemajuan. Padahal masyarakat Kenyah dan beberapa bangsa peribumi lain di Sarawak pada waktu itu menentang kerana mereka ingin memelihara hutan yang sekian lama menjadi tempat dan sumber kehidupan mereka.
p/s: Sekarang, masyarakat kenyah ada juga yang beragama Islam seperti di Long Busang ini.


Sabtu, 10 Oktober 2009

Hari Ini Hari sabtu

Assalamualaikum dan salam sejahtera aku ucapkan kepada semua pengunjung teratak buruk aku lagi hina ini...bagi pelawat yang sudi melawati blog aku ini, jutaan terima kasih aku ucapkankerana sudi menjengah. membaca juga jangan lupa untuk menghayati pengorbanan dan pengalaman guru seperti aku...guru di pedalaman memang agak kurang produktif berbanding dengan guru yang mengjar di luar bandar. Tapi sebenarnya, bukan itu alasan utama untuk tidak menyumbangkan perkhidmatan yang terbaik untuk semua murid-murid kita di pedalaman ini. Mereka telah meletakkan guru-guru ini seumpama cahaya yang bakal menerangkan perjalanan hidup mereka yang berliku-liku.


Bila difikirkan menjadi seorang guru bukan mudah. Ada cikgu yang memandang pencapaian 100% itu adalah perjuangan yang asli yang perlu ada dalam hidup seorang guru. Awas!! anda dah terpesong dengan tujuan utama yang telah dituntut oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Kalau hanya mementingkan pencapaian 100% dalam akedemik, anda tersilap dalam percaturan. Perjuangan..tidak mementingkan pencapaian 100% kerana tidak semua murid anda adalah 100% sempurna!! anda tersilap dalam memberi pandangan. Maka, selayakmya, anda kaji kembali, apakah FPK yang kita junjung dalam konteks mengjar sehari-hari.


Ada murid kita yang tidak pandai dalam akedemik, tetapi pandai dalam bidang vokasional seperti pertukangan. Dalam konteks ini, kita HARUS mengembangkan potensi murid-murid kita dalam bidang ini supaya emosi meraka tidak terjejas dan perkembangan diri mereka akan selari dengan apa yang mereka minati. Sekali lagi..bukan sekadar pencapaian akademik yang kita mahukan dari murid kita..yang penting, bagaimana mereka hendak menjadi MANUSIA yang perlu kita tekankan dalam mengajar..mungkin ada yang tidak mengajar di pedalaman seperti aku dan guru-guru lain kata, yang penting...AKADEMIK..hmm..sebab itulah juga, semakin hari murid-murid kita semakin hilang rasa hormat pada kita..kita hanya akademik..tidak ajar AKHLAH TERPUJI...

Kenyataan yang telah mengusik hati aku untuk melemparkan pandangan sinis kepada beliau kerana beliau telah menghina seluruh guru-guru di pedalaman yang bersabung nyawa untuk sampai ke sekolah demi mendidik anak bangsa!! Sungguh bangsat kenyataan yang telah beliau keluarkan..kalau berani, anda dipersilakan untuk mengajar di tempat aku dan PASTIKAN pencapaian akademik anak-anak Kenyah dan Penan di sini 100% tanpa gagal..

Bercakap biarlah ambil kira hati dan perasaan orang. "Perasan berjuang!!" . Bagi aku, aku SALUTE sangatlah dengan orang yang berani berjuang di pedalaman tanpa mengira nyawa dan penat lelah. Sudah aku siarkan post-post terdahulu mengenai kesusahan dan kepayahan guru-guru di sini. So, hayati.. Post aku di facebook cuma menuntut masyarakat di Kampung-kampung pedalaman untuk menghayati sejenak kepayahan kami, bukan untuk disanjung ku katakan..tapi, biarlah penghormatan..itu jak..ada minta lebih??

So
, hayatilah jangan cemuhi..apa yang ingin aku lahirkan di sekolah aku sekarang ini, MODAL INSAN yang bertepatan dengan kehendak Allah..negara kita Malaysia..

p/s: tErHina denGan KEnYataaN SiNiS Guru yang mengajar di BaNdAr Sana

Rabu, 7 Oktober 2009

Sekolah Penan Cemerlang..sekolah kenyah lagi bila?

Sekolah Penan menang anugerah cemerlang

MARUDI : Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak diperkatakan tentang kaum minoriti Penan di Sarawak, tetapi ter-nyata mereka juga sudah mengerti alam persekolahan.Buktinya sebuah sekolah rendah yang seratus peratus muridnya adalah kaum Penan, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Long Pelutan di Ulu Baram berjaya meraih Anugerah Sekolah Cemerlang Katogeri Sekolah Menengah/Rendah Pedalaman 2009.

Sekolah yang terletak di kawasan Tapen, Baram itu mempunyai seramai 70 murid. Guru kanan di sekolah tersebut, Charlie Buda berkata anugerah itu diterima oleh Guru Besar sekolah itu Raymond Kalang Jok dan Penolong Kanan (HEM) Michael Paul Punji pada 18 Ogos lalu di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Datuk Mohd Puad Zakarshi.

SK Long Pelutan menerima geran RM50,000 untuk membina pelbagai projek, selain sijil dan piala.

Kejayaan itu adalah hasil kerjasama 17 kakitangan dan guru serta 70 murid dan ibu bapa dari Kampung Long Tapen, katanya.

Justeru, katanya kakitangan SK Long Pelutan cukup gembira dengan anugerah tersebut, lebih-lebih lagi murid sekolah tersebut adalah 100 peratus kaum Penan.

Idea dan aku..Apa Kepentingan Idea~~~

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua bloggers yang sudi melawat teratak buruk aku ni..aku ni bukanlah pujangga dan juga sasterawan..tetapi hanyalah seorang guru yang sentiasa mencari keredhaan Allah s.w.t dalam hidupku. Cukuplah Allah sebagai penolongku.. Mencari redha Allah dalam menjadi guru ini juga bukannya senang..setiap satu pekara yang dipandang remeh oleh setiap insan dalam hidup kita kadang-kadang merupakan penyebab kita tersembam di pintu neraka. Oleh demikian, hal remeh temeh seperti ini haruslah dipandang berat.. Cukuplah dalam hidup kita, tanpa melibatkan orang lain pada peringkat awalnya..Sebagai contohnya, kita biasa akan masuk kelas lambat 5 minit dari waktu sebenarnya..Dalam 5 minit tersebut macam-macam ilmu sudah kita boleh ajar..A sudah sampai D..Tapi, kita kadang terleka berbual sehingga lupa kelas sudah bermula..sedangkan amanah ditentukan daripada sekian waktu ke sekian waktu. Bila hal begini terjadi, ini akan mengurangkan pahala, menambah dosa pecah amanah..Halal kah gaji kita jika hal seperti ini berlaku..dalam Kursus Induksi yang diikuti bakal para guru kelak akan ada satu slot yang dinamakan `Rezeki Berbarakah`.. Penekanan dalam slot itu adalah kepentingan kita menunaikan amanah supaya rezeki yang kita ambil dari mesin ATM itu adalah HALAL..
Bayangkan setelah kita masuk ke dalam kelas, perkataan pertama yang meniti bibir murid-murid anda SELAMAT..selamat..dalam Bahasa Inggeris GOOD..beerti murid-murid kita sudah mendoakan kebaikkan kepada kita atas kesanggupan kita masuk ke dalam kelas tadi. Inilah indahnya menjadi seorang guru. Banyak yang mendoakan kesejahteraan kepada kita, tapi kita masih lagi hendak pecah amanah. Kesian. Iya..kadang-kadang kita terleka dengan tugasan lain..kalau sekali dua, tidak jadi masalah wahai kawan-kawan..kalau dari awal tahun sampai hujung tahun masih begitu, memanglah ada yang sudah tidak kena. Wallahualam..


Mengajar pun kadang-kadang kita ikut mood..itu tak dinafikan..memang kita masuk ke dalam kelas awal seperti yang ditentukan. Tetapi, ada jugak anasir-anasir yang akan menyebabkan guru hilang semangat hendak mengajar. Pekara sebegini memang aku tak nafikan. Itu memang lumrah bagi seorang guru. Guru juga manusia. Aku kadang-kadang begitu jugak. Hilang `selera` mengajar sebab kadang-kadang murid-murid aku buat hal. Gaduhlah, menangislah..bisinglah. tapi, takkanlah sampai 1 tahun kita tak ada mood. Kena bina semangat kita selalu. Kita dah pegi `Kem Bina Insan Guru` @ BIG..so, belajarlah dari pengalaman lepas. Bina semangat kita supaya pelanggan kita iaitu ibu bapa pelajar berpuas hati dengan produk kita. Mengajar ini macam satu perniagaan kata Guru Besar sekolah aku. Ibu bapa adalah pelanggan. Murid adalah produk. Kita menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan kita. Baik buruk produk kita bergantung kepada semangat dan usaha kita untuk mengajar produk-produk ini. Produk ini kita boleh namakan sebagai modal insan. Modal insan lebih sesuai kita gunakan kerana murid kita adalah manusia juga..manusia pun ada genetik-genetiknya tersendiri. Ada murid yang dilahirkan lembab, tapi bukan itu kehendak mereka. Sekarang zaman sudah moden. Kalau lembab dalam pelajaran, mereka masih mempunyai skil dalam bidang lain. Macam bidang vokasional, seni dan sebagainya. Mereka tidak bagus dalam pelajaran, mereka juga boleh menceburi bidang lain.


Diakhir kelas, murid akan berterima kasih kerana guru tadi telah mengajar mereka ilmu yang mungkin mereka sendiri tidak pernah mengetahuinya. Inilah yang dikatakan agen perubahan. Kita adalah agen perubahan kepada murid ini dan juga persekitaran. Tapi, adalah lebih eloknya kita membentuk bukan mengubah. Kerana kita tidak dapat mengubah ciptaan Allah s.w.t. Kita hanyalah membentuk murid-murid kita mengikut acuan yang kita hendaki. Tapi, siapalah kita hendak membentuk lagi..kerana kita tidak sempurna dalam segala hal. Maha suci Allah..begitulah juga dengan guru..Bukan semua guru sempurna dalam membentuk murid-murid. Tapi, jangan ini dijadikan alasan untuk tidak mengajar dengan baik. Konsepnya di sini, kita berusaha walaupun usaha kita kadang-kadang tidak memberi sebarang impak kepada murid kita. Dalam kita berusaha kita berdoa kepada Allah s.w.t. Lihat kepada ulasan blog yang lepas berkaitan dengan usaha dan doa. So, jangan mendabik dada jika keputusan UPSR atau PMR atau SPM pelajar kita cemerlang..sebaiknya, bersyukur..kita tidak layak berbangga, keranakita hanya memberi ilmu pinjaman kita kepada murid-murid kita. Sebaik-baik ilmu ada di dunia ini, adalah pemilik ilmu dan juga hati manusia..ALLAH taala..
Hmmm..idea datang mencurah-curah akhirnya..hehe..

Selasa, 6 Oktober 2009

Pengalaman Tidur di Kem Balak

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers..

Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya..aku masih lagi dapat mencoretkan kata-kata aku dalam blog aku yang tak lah popular macam bloggers yang lain. Tapi, sedikit sebanyak, blog ni mampulah bagi pandangan dan sedikit pengalaman kepada semua guru baru untuk merasa dan menghayati kehidupan cikgu senior-senior lain (kira senior la).. Dah 10 bulan aku duduk di Kampung Long Busang Belaga. Tak terasa sebab masa berlalu begitu pantas tanpa kita sedari. Berbaloi atau tidak masa yang telah dilalui bolehlah kita kaji dengan bagaimana kehidupan kita sekarang. Adakah masih di takuk yang lama atau sudah bergerak maju kehadapan atau terkebelakang beberapa langkah. Ambil masa, muhasabah diri anda.

Sekarang ni, alhamdulillah..dah ada internet kat sekolah aku. Bersyukur sangat-sangat kerana dengan adanya internet, aku dapatlah berhubung dengan keluarga. Taklah terasa sangat duduk di pedalaman yang jauh dari kesesakan kota. Dapat jugak aku update blog aku jika berkesempatan untuk online. Sekali lagi, aku ucapkan alhamdulillah..syukur kepada Allah yang telah mendengar rintihan guru-guru di S.K Long Busang.

Semalam baru aku sampai dari Kem Balak Putai..aku dah sampai hari Ahad lagi di Kem Putai. Kem Putai ni kira tempat persinggahan untuk semua penduduk Kampung Long Busang dan Long Unai. Kira inilah persinggahan terakhir untuk semua penumpang bot ekspress di sepanjang Sungai Balleh, Kapit. Putai tu, termasuk dalam kawasan hulu Kapit. Perjalanan dari Kapit memudiki sungai Balleh memakan masa 4 jam sebelum sampai ke Putai. Kem Putai ini agak unik sebab ada menara komunikasi syarikat Celcom dah bolehlah berhubung dengan orang dari Putai ini sendiri.

Pengalaman aku yang pertama...tidur di Putai..huhu..sungguh menyeronokkan dan terselit juga perasaan lucu bercampur sedih. Itulah, tak dengar cakap orang..degil..akhirnya..tidurlah di Putai sorang-sorang..huhu..aku tidur di sebuah pondok buruk yang memang dibina untuk kemudahan para penumpang/pekerja kem/penduduk kampung untuk berehat sementara menunggu ekspress datang. Nasib baiklah tak ada nyamuk..malam tu pun, aku tidur seawal jam 10.00 kerana terlalu mengantuk..petang tu..aku kelaparan..tak tahu nak makan apa. Apa yang aku dapat dari situ?? --> pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit..=)

Pagi semalam baru Omar(pemandu Land Cruiser) ambik aku dan bawa aku balik ke sini. Alhamdulillah...nanti aku ceritakan lebih detail tentang pengalaman sepanjang malam di sana. Aku nak bagi gambaran tepat lagi, aku ni kekeringan idea..tunggu!!!

p/s: teringat kembali zaman PALAPES dulu..haha


Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails