Ahad, 27 Disember 2009

HAri itu teLaH berLalu deNgan inDaHnya..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukurku kehadrat Allah..kerana dengan limpah dan karuniaNya, aku telah bersatu dengan Dayang Khalizah Binti Awang Batu, bertepatan jam 10.00 pagi, 19/12/2009 bersamaan 2 Muharam di Kampung Medong, Dalat..

Maka dengan tersendirinya, aku telah bergelar seorang suami.. Memikul tanggungjawab yang amat berat kepada ibuku.. dan juga kepada isteriku.. Semoga dengan inayah Allah, aku akan beroleh kekuatan untuk memimpin isteriku kearah jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Isteriku....

Engkaulah bidadariku..

Hadirlah bersamaku disetiap waktu..

Ku janjikan setiaku hanya untukmu dan kasihku..

Hanya pada mu..isteriku..


Minggu depan, aku akan kembali berkhidmat di pedalaman Sarawak..Paradise of Daé.. Isteri aku akan kembali ke Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras meneruskan pengajian di sana sebagai guru pelatih.. Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada isteriku..hingga akhir hayat.. dan andainya ditakdir bertemu di syurga.. insya Allah menjadi bidadariku pula di sana..

"Ya Allah, jadikanlah isteriku penyejuk hatiku di kala semua menjadi bara di hatiku.. Jadikanlah isteriku, pendamai di kala resah hatiku bertandang.. Jadikanlah isteriku ibu yang mithali kepada anak-anakku.."

haRi itU teLaH berLalu..hijrah Aku ke MasjiD DuNiaWi..

Indahnya gerbang perkahwinan bermula dari si suami menjadi seorang pemimpin yang bertakwa kepada Allah, dan si isteri menjadi pendamping yang setia mengharap redha Allah

Selasa, 22 Disember 2009

HAri itu HaRi 'HIjRaH' ku.. Aku KAwEn Yop!!

Assalamualaikum..

Tanggal 19/12/2009 --> bersamaan 2 Muharam 1431 H merupakan tarikh hiJraH ke alam baru..alam PerKahWinaN..aku telah diijabkabulkan dengan Dayang KhAlizAH bT aWg Batu di Kampung Medong Dalat..

Alhamdulillah..segalanya sudah bermula bagi aku...


Selasa, 15 Disember 2009

Kenapa hatinya harus dilukai..??


Assalamualaikum dan salam sejahtera.dalam menjalani kehidupan seharian ini, terkadang kita tidak menyedari betapa kita tersimpang jauh dari rahmat dan kasih sayangNya..

Terkenang..dalam mengharungi kehidupan sehari-hari..ada juga terlepas kata-kata yang tidak menyenangkan kepada ibunda yang tercinta.. tapi, kita tidak menyedari..kerana kita berasa gah dan lebih baik darinya yang meniti hujung perjalanan hidupnya..
Ibu lebih mengambil sikap berdiam diri..lantaran ego kita..kerana tidak pula mahu mendoakan kejahatan kepada anak-anak yang tercinta..jika hati ibuku dilukai..bermaksud..hatiku juga turut terluka..bagaimana bagi seorang anak mampu melihat ibunya menumpahkan airmatanya..kerana inginkan kebahagiaan yang tidak berpenghujung kepada anak-anaknya..

Ibuku sudah tidak secergas dahulu.. Diserang strok 3 tahun yang lepas, cukup menyedarkan bahawa masa sihatnya telah ditarik balik supaya ibuku dapat berehat setelah sekian lama membanting tenaga..memerah keringat demi anak yang tercinta..

Di saat aku akan mendirikan masjid duniawiku..tersirna seketika dek 'ulah' manusia yang tidak memberi kasih sayang sepatutnya kepada keluarga aku..tidak memikirkan bahawa ibuku sakit..tidak memikirkan masa depannya..semuanya terletak dibawah telapak kaki ibuku.. Ibu..bersabarlah dengan ujian ini..Insya Allah..kita tidak akan mudah mengalah..biarpun dihina, dicaci dan diinjak-injak..tapi kita tetap bersabar.. Moga Allah akan merahmati dan memberkati kesabaran kita..


Ahad, 13 Disember 2009

Seminggu sebelum..


Salam...

" Segala perkongisan comment amatlah dialu-alukan..aku tetap seorang insan yang banyak membuat kesilapan"..


Seminggu..seminggu tu bermaksud, seminggu lagi aku memegang status BUJANG.. sebelum aku diijabkabulkan dengan seorang gadis...

Seminggu lagi..aku akan bergelar sebagai suami..seminggu lagi aku akan mengembirakan IBU DAN AYAHKU sebagai anak BUJANG..

Seminggu lagi...bertambahlah isteri ku.. yang dulu nya cuma 2.. yakni SILAT dan PROFESION..aduhai hati..tenteramlah engkau dari segala keresahan.. Hiburkan hatimu dengan sinar keimanan..jadikanlah ini sebagai satu harapan..dalam menggapai kasih sayang Illahi..


Selasa, 8 Disember 2009

Marah??


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Perbincangan di dalam topik ini amatlah dialu-alukan..

Mengapalah manusia sekarang banyak lupa diri?? Hmm.. dah senang, semua dilupakan. Benarlah kata pepatah, 'seperti kacang lupakan kulit'. Inilah yang terjadi kepada anak-anak murid silat aku. Bukan membuka pekung, tapi sekadar menjadi pedoman kepada semua di luar.

Barangkali dia lupa, yang ilmu dan bengkung dipakai tiada maknanya kalau tidak ada restu dari guru. Dah ada guru baru, ikut suka dia nak hentam aku dari belakang. Itulah..baru kerja senang sikit, berlagak lebih dari kemampuan..tunggula..awak tu akan kawin satu hari nanti..nanti baru tahu semua..

Penat lelah aku ajar silat, dia sepak terajang pulak dalam kelambu.. Takper..nasib baik aku sempat elak..nak bagi serang balas kang, ada plak yang tercedera..biasalah..ilmu tak turun habisla katakan..ahaks.. setakat belajar dengan pemegang tali pinggang hijau, tak usah cerita lebih. Kemahiran setakat lembing, tak usah cerita.. Semua cerita guru baru awak saya tahu. Awak je yang terhegeh-hegeh berguru dengan dia..

Allah Maha Mengetahui..awak dah berlagak... Satu buah pun tak pandai.. Time awak tu belajar dulu, saya bagi buah, mulalah awak mengelat.. Takut kena buah penyepak aku. Aku tahu, sebab awak belajar dari aku.. Aku tahulah.. tak usah berlagak..

Awak tu masih kurang ilmu.. Sekarang awak ni umpama meludah ke langit.. Awak tunggulah surat.. Itu awak lupa.. Aku tetap guru awak.. sampai mati.. sebab awak dah berikrar oh.. Awak lupa ke?

Nak aku tolong ingatkan?

Khas buat anak murid silat yang derhaka itu

Selasa, 1 Disember 2009

Kesugulan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Perkongsian ilmu amatlah digalakkan..Sila beri komen supaya senang aku nak perbetulkan salah silap aku..Terima kasih@ Tega Tawai..

Musim cuti macam ni, macam-macam benda yang dipendamkan di dalam diri akan dibuat untuk menyeronokkan diri. Musim cuti sebegini, berkumpullah anak-anak saudara aku.. dari yang
besar, sampailah yang kecik sekali..bergaduh sesama sendiri..



Ini namanya Muhammad Nabil Haikal Bin Mohd. Juahir.. anak kelahiran Sarawak.. bapanya orang Muar, Johor.. maknya adalah kakak sulung aku.. Ni anak ke 2 akak aku dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga kakak aku. Beumur 4 tahun.. tahun depan masuk pra-sekolah.. Kesukaannya, 'akan Chee.." (makan KFC)..=)



Ini pulak Nur Nabilah Hadhirah..anak ke 3 kakak aku..yang ni..selalu dibuli abangnya..kira suka gaduhla kedua-duanya..hai..ni kira kembar kepada anak Nabil tadi..Nabil, Nabilah.. Tapi, kalau abangnya ikut aku pergi jalan-jalan, mesti dia ni carik abang dia.. Hubungan yang rapat...













Ni pulak..anak bongsu kakak aku..baru je 2 bulan.. Namanya: Nur Nadhirah Izzati.. suka tidur..biasalah..baby..tapi, kuat merengek..











Ini pulak anak saudara aku yang sulung dari kakak aku.. Namanya, Nur Najwa Syafiqah.. usia 7 tahun.. Baru je start belajar silat dengan aku, terus demam.. entahlaa.. tapi emaknya tetap hendak Syafiqah belajar silat..=)







Yang ini, anak kakak aku nombor 2.. Yang ni memang penyabar.. Selalu kena buli oleh Nabil-Nabilah..tapi, jarang sekali menangis..kecualilah kalau dipukul kuat-kuat.. Namanya, Nur Faiqa Syahirah..orang kata, mukanya macam Hafiz Af tu..aku kata..mana ada laa..










Karenah nilah yang buat aku tak cukup tangan...

p/s: belajar jadi bapa mithali..

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails