Isnin, 30 November 2009

Demam?? ~MaKaN laa UbaT..


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..

Kepada semua bloggers..perhatian..diminta ulas mengulas..supaya senang aku bagi pendapat..=)

Hehe..sekrang aku dilanda selesema dan juga demam..pagi tadi pergi interview. Semuanya ok..interview ape? nantilah aku habaq kat semua..yang penting..aku dah lulus. Esok nak pegi klinik. Nak bawa anak saudara, Syafiqah. Demam.

Aku pun terkena lempias demam. So, nak makan ubat sebelum ke Melaka hari Rabu ni. Nak kursus Pemantapan Silibus PSSGM. So, tak nak la..

Mungkin esok nak ke Bank Rakyat..persiapan? Sekarang persiapan dan 65%. Insya Allah.. Persiapan apa? Nantilah aku habaq kat semua noo..

MUsim sekarang memang agak sejuk. Setiap hari hujan. Kereta memang selalu kena cuci. Maklumlah kereta baru. Duduk dalam hutan, tak perlu cuci kereta. Cuma, bosannya bila hujan, tak dapatla nak main badminton. Main bola dengan penduduk kampung bolehla.. Tapi, main bola kena main hari AHAD je. Sebab masa itulah penduduk kampung akan berkumpul untuk main bola.

Merindui sekolah? Mungkin kot.. Tak pasti..yang penting aku sentiasa ingat akan suruhan Allah.. tinggalkan laranganNya.. jangan buat maksiat.. Itu je..cuma kurangla sedikit pahala berjihad. Jihad yang besar sekarang adalah melawan nafsu. Nafsu makan, nafsu main tenet.. semua nafsu.. Tak lupa.. NAFSU AMARAH!!

Nak kontek kawan-kawan seperjuangan yang mengajar sama..?? ~ Entah.. ada manusia hanya memerlukan kita bila susah jer. aku tak kesah.. sebab aku hanya berharap kepada Allah s.w.t. Ader aku kesah?T__T

Aktiviti semasa~ melayari TENET.. FACEBOOKING (http://www.facebook.com/muhdkhawarhezazy?ref=profile)
TAGGING..baca Berita Harian, Utusan, Harakah, Sinar, HArian Metro..baca blog..bersilat..mengjar silat..MAKAN,..MINUM..handphone..(biarkan ia sunyi)..

Bersiar-siar~ WAJIB...mesti bersiar-siar..guna kereta yang dibeli dengan titik peluh sendiri..

AMALAN IBADAH SEHARiAN~ semakin merosot..huhuhuuhuhu..

sekian..laporan harian aku..

MUHAMMAD KHAWAR HEZAZY BIN UTHMAN


Ahad, 29 November 2009

Kegiatan Semasa Bercuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur kita kehdarat Allah, kerana dengan limpah dan karunia Nya, dapatlah lagi aku mencoretkan kata-kata aku di blog ni. Memang aku agak sempoi dalam penggunaan bahasa. Aku bukannya cikgu Bahasa Malaysia. Aku cuma guru biasa.. dan tetap berusaha demi sebuah kasih sayang dan cintaNya..

Permulaan untuk aktiviti cuti ini dimulakan dengan medical check-up untuk lantikan tetap. Buat kat klinik Voon tak jauh dari Gambier Street. Semua pelatih IPGM Batu Lintang, terutamanya student KPLI 2009 memang cukup mahir tempat ni. Hehe..

Then aku ke Ampang, Kuala Lumpur.Pergi Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan dekat De' Palma Hotel. Semuanya tampak macam biasa untuk aku. Bermula dengan penerbangan pada 20 November 2009 pada jam 4.05 petang. Sampai di KLIA, rakan seperjuangan aku, saudara Hazimin Josman sudahpun berada di sana sejak jam 1.00 petang tadi. Setia menanti kedatangan aku. Pastu, sampai saja di KLIA terus ke Puduraya. Terus check-in di Citin Hotel. Pada sebelah malamnya, aku dan Gmin(nama samaran Hazimin) meronda-ronda di sekitar K.L. Keesokkan harinya mesyuarat. Malam terus bergerak ke Puduraya dan ambik bas lagi ke KLIA. Tidur dulu la kat KLIA.

Pagi esoknya terus balik deh..ke Sarawak..bumi maghfirah..syurga daé..

p/s: Terlantik menjadi AJK PSSGM Kebangsaan bagi penggal 2009 - 2011

Selasa, 24 November 2009

Cuti ~Selamat menduduki peperiksaan SPM, STPM ~

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Murid-murid dan guru sudahpun memulakan percutian yang panjang.. Jangan sampai lupa buku. Baca dan terus membaca. Bagi guru-guru pulak, selamat bercuti diucapkan kepada semua. Semoga kita dapat terus berusaha untuk menjadi guru yang bermotivasi..

Kepada yang akan melangsungkan perkahwinan, selamat pengantin baru diucapkan.. tahniah kerana telah bertemu dengan kekasih hati. Moga kekal meniti syurga..


Kepada mereka yang balik bercuti, berhati-hati semasa memandu. Jangan terlalu gembira sehingga hilang pedoman. So, sayangi mereka yang tersayang.

Kepada pelajar yang menduduki SPM dan STPM, selamat maju jaya. Semoga Allah merahmati perjuangan anda selama 11 tahun bersekolah. Jangan hampakan ibu dan ayah anda..

"Datang dengan harapan, pulang bawa kejayaan"....


Rabu, 18 November 2009

Catatan sudah berlalu

Assalamulaikum dan salam 1 Malaysia.. Alhamdulillah..puji pujian hanya untuk Allah s.w.t, semesta alam.. Raja segala raja.. sedar tak sedar, bulan November sudah pun menjenguk kita. Bulan Oktober sudah pun merangkak pergi meninggalkan kita. Tahun 2009 kian berakhir. 1430 Hijrah bakal menginjak pergi. Tetapi, sejauh mana amalan kita pada tahun ini Berjaya dipertingkatkan pada tahun-tahun sebelumnya? Sejauh mana azam kita membawa kita kehadapan? Tepuk dada tanya iman.
Semakin hujung tahun macam ni, macam-macam masalah akan timbul. Lebih-lebih lagi berhadapan dengan musim-musim yan tidak menentu. Bulan 5, 6 , 7 lepas merupakan bulan kemarau. Kami guru-guru dan penduduk di sini menghadapi musim kemarau yang penuh dugaan. Demam yang berpanjangan, tidak ada pengangkutan ekspress sebab air kering, tak ada air mandi. Ai..kena mandi sungai la jawapnya..sekarang satu masalah lagi timbul.


Musim tengkujuh merupakan satu musim dalam dua musim di Malaysia. Malaysia Cuma hanya mempunyai 2 musim utama. Musim panas, dan musim hujan. (tak masuk musim buah-buahan hehe..). Berhadapan dengan musim tengkujuh ni, macam-macam boleh berlaku. Air sungai tiba-tiba naik kalau di hulu hujan lebat. Kalau sungai Balui dah naik dan bertambah deras, sungai Busang secara tidak langsungnya turut akan jadi ‘stagnant’. ‘Stagnant’ni kira macam tak bergerak-geraklah..so, automatik akan menaik secara mendadak. Ada masanya hujan turun melimpah-limpah..mungkin ianya rahmat, tapi ada mungkin ianya bala. Bergantung la kepada manusia yang menilai. Aku balik pada 2 minggu yang lepas menghadapi masalah yang betul-betul kritikal untuk balik ke Kuching. Pagi khamis tu, 22 Oktober, aku Cikgu Fadhil dan Cikgu Nixtion memang lambat la nak pegi ke seberang. Omar si pemandu dah pun jalan dulu. So, kena tumpang Amai Boy untuk segera sampai ke kawasan jalan kampung yang runtuh. Sebelum tu, memang ada jambatan yang runtuh berdekatan dengan kampung. So, pagi tu, aku merasakan itu sahaja beban yang akan kami hadapi pada pagi tu. Sampai di jambatan runtuh tu, kami bergegas ke seberang untuk catch-up satu lagi kereta di seberang.


Itu diantara beberapa gambar yang dapat diambil oleh Cikgu Fadhilah sejurus sampai di jambatan yang runtuh di bahagian dekat dengan kampung. Alhamdulillah..bisik hati aku. Akhirnya, kelihatan Omar menunggu di seberang. Jam masih menunjuk 7.15 pagi. Beerti, kemungkinan kami akan berhenti di kilang untuk minum pagi. Jalan putus sebegini memang agak payah. Lebih-lebih lagi ianya adalah jalan kampung, bukannya jalan kompeni yang memiliki lesen pembalakan di sini. Perit..tapi, itulah hakikat yang perlu ditelan oleh semua penduduk dan juga kakitangan sekolah. Nak harapkan kompeni baiki jalan tu, mungkin makan masa. Lepas pujuk rayu, barangkali 5 hingga 6 bulan baru nak siap. Itu pun kalau kompeni tu bersimpati. Kalau tak..tunggulah..memang tak nak buat pun. No profit at all to them.



Ini gambar jambatan yang putus di Sungai Payang Kecil. Menyukarkan perjalanan penduduk kampung ke ladang masin-masing. Kena tukar kereta kat depan. Masih tidak dibaiki....


Meneruskan perjalanan dari jambatan runtuh tadi, kereta Omar bergerak dengan gah mengharungi belantara. Jalan balak yang seterusnya masih lagi dalam perbatasan kampung kerana simpang ke kem balak dengan kampung kira-kira setengah jam dihadapan. Kelihatan dari jauh, banyak lori balak yang bersusun ditepi jalan. Jalan digenangi lumpur yang agak tebal. Huhu..ada lagi jambatan runtuh dihadapan rupanya. Apalah nasib ni..memang agak malang..jambatan runtuh sebab air bah yang menghanyutkan kayu balak..tanah turut runtuh dan mengakibatkan seluruh jalan tidak boleh digunakan terus. Ditambah arus sungai masih deras..memang tak ada harapan nak balik lah..runtuh lagi.. hukum alam..”kau robek aku, aku hanyut kau..” itu kemungkinan yang dikatakan alam kepada manusia. Lihat foto untuk kenyataan lebih lanjut.





Nasib badan.. then Cikgu Nixtion tidak berputus asa. Kami segera kembali ke kampung. Macam tadi jugak. Kena lalu jambatan runtuh yang pertama tadi dan tukar kereta. Pastu balik kampung, terus cari Encik Ding, operator generator sekolah. Terus kami upah En. Ding untuk menghantar dengan menggunakan ‘stinting’ (sejenis perahu panjang).
Dengan hari yang lepas hujan..air yang deras..kelihatan balak kiri kanan..ditambah dengan jeram dan
batu yang tidak nampak oleh air yang tinggi..menjadikan perjalanan ke Kem Maxiwealth membahayakan nyawa aku dan rakan-rakan lain. Hm..aku nekad juga nak pegi Kuching. Nak jumpa mak..huhu..



Sampai ke Kem Maxiwealth, kena plak naik dari tebing yang agak jauh dari tempat landing yang sebetul-betulnya. Kenala meredah semak-samun..




Sampai di jalan besar, aku dan rakan-rakan terpaksa menahan kereta land cruiser untuk pegi ke Kem berdekatan. Di kem tersebut, aku terpaksa menunggu kira-kira satu jam menunggu apa-apa kenderaan ke kilang. Nampaknya, memang tak sempat untuk terus ke Kapit. Aku dan cikgu lain menumpang pulak lori balak yang sarat dengan muatan balaknya untuk ke kilang. Kebetulannya lah kan?

Inilah kelebihan semua guru-guru pedalaman.

Lepas naik lori balak..kena pulak tunggu manager kilang hantar aku dan rakan-rakan ke Kem Putai. Bayangkan, aku terpaksa menunggu selama 7 jam di kilang untuk menunggu land cruiser ke Kem Putai. Nasib baik aku pergi dengan Cikgu Nixtion. Dialah yang berusaha mencari segala kemudahan untuk aku dan Cikgu Fadhil. Inilah yang dikatakan ketua yang baik hati. Thank you Mr. Nick!


Sampai ke Kem Putai kira-kira dalam jam 10.30 malam..sekali lagi bernasib baik. Aku dan rakan-rakan ditumpangkan ke sebuah ‘hotel’ untuk VIP di Kem Putai. Sekali lagi atas jasa Cikgu Nick. Alhamdulillah..syukurlah..then jam 4.30 pagi..keberangkatan ke Kapit..


Sampai ke Kuching... jam 8.30 malam keesokkan harinya..Nah! wahai pembaca budiman. Tidakkah ini dinamakan perjuangan?? Adakah aku PERASAN BERJUANG? Tidak sama sekali..nyawa kami taruhkan semata-mata untuk mengajar anak-anak di sini. Tidakkah kamu punyai hati dan perasaan mengata kami perasan berjuang? Hmm..penat lelah kami Cuma dibalas dengan sindiran “perasan berjuang”. So, kepada cikgu yang mengatakan hal sedemikian, tolong minta pindah pada tahun hadapan ke sekolah yang mempunyai pedalaman kelas 3. Tolonglah ye..dapatlah kami pindah secepat yang mungkin dan mula mengkritik kamu pula..hehe..


p/s: Perjalanan balik macam tu jugaklah..kena lalui semua itu sekali lagi

Jumaat, 13 November 2009

Coretan Seorang Sahabat Buat Bakal Suami…Dan Ingatan Buat Bakal Isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada meraka yang sudi singgah di teratak buruk aku. Perkongsian ilmu amatlah digalakkan..Komen dialu-alukan..ini sebuah catatan yang aku


Coretan Seorang Sahabat Buat Bakal Suami…Dan Ingatan Buat Bakal Isteri

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali.

Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang kujaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu daripada mereka. Jadi, kau telah wujud di dalam diriku sejak dulu lagi.

Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku untuk mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku daripada mengenali mereka kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka.

Kerana itulah, aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat ‘perumahan’ kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi bagiku, lebih baik berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata.

Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan kubuat expressionless face dan cool. Akan kupalingkan wajahku dari lelaki yang ralit merenungku ataupun cuba menegurku. Aku cuba sedaya mungkin melarikan pandanganku dari ajnabi kerana pesan Sayyidatina Aisyah, sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang. Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.

Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku pada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, akulah yang terlebih dahulu perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Andainya aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku aku juga perlu menjadi perempuan yang baik untuknya. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak kunafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Setiap kali perasaan itu datang setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah di bahagi-bahagikan.

Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak. Berbagai-bagai dalil kukemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ sebaliknya sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupanku yang ceria selama ini telah dirampas dari diri ini.

Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan.

Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kurasakan seolah-olah dirimu wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Kutahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, woman intuitionku yang mengatakan lelaki itu bukan untukku.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih berlian sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang bisa wujud di mana-mana. Namun, aku juga punya keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasanmu itu padaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syarak. Aku bimbang perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada jalan mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk kau berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku.

Aku pasti berendam airmata darah andainya kau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang kumimpikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku.

Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agama. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.


Catatan Kesangsian




Assalamualaikum… Entah mengapa hatiku terasa ingin mencoretkan sesua tu buat titipan semua.. adakah sekadar mengisi kekosongan hatiku aku ketika ini. Mencari kekuatan diri dalam menjalani ibadah seharian. Aku hanya insan yang sentiasa mendambakan kasih sayang Allah dalam setiap apa yang aku kerjakan. Tidak mahu menjadi beban kepada sesiapa.. Kerana sebaik-baik tempat bergantung adalah bergantung nya kita kepada Allah.. Bersandar biarlah bersandar kepada zatNya sahaja.. Dan janganlah berpaling walaupun untuk sesaat.. Keampunan Allah tinggi menggunung. Tetapi, hendak mendapat keampunannya umpama berenang di lautan api. Mencintai Allah beerti mencintai kesusahan. Bukan mudah mencintai Allah.. Semuanya kena diperhatikan. Makan, minum, tidur, bercakap.. Setiap satunya hanya kerana mendapat perhatian Allah.. agar Allah meredhai segala usaha kita mendapat cintaNya.

Mencintai Allah bermaksud mencintai mati.. Kerana mati adalah titik permulaan bagi bertemu dengan Allah. Mati merupakan jambatan menuju kehadrat Allah. Mati merupakan kasih sayang Allah jika kita benar-benar mencintai Allah.. Ini kerana mati itu adalah permulaan kepada kasih abadi. Mati kunci kepada syurga dan neraka. Tetapi juga menjadi bahana kepada mereka yang derhaka. Mati juga merupakan laknat tuhan kepada kita andainya amalan kejahatan melebihi amalan kebajikan. Mati menjadi kekalutan kepada si kaya yang tamak dan haloba.

Aku merindui syahid di jalan Allah.. Betul-betul merindui syahid yang diingini setiap pejuang fisabilillah. Setiap pejuang mujahadah merindui syahid. Begitulah juga dengan aku. Merindu syahid.. ingin mencium bau syurga yang aku rindui.. Ingin melempiaskan rinduku diperdu kasih sayang illahi. Agar kekalutan dunia pergi dari sisiku. Perjuangan bukan hanya berperang. Memerangi nafsu merupakan perjuangan. Mengajar anak-anak Islam juga perjuangan. Mengajar manusia mengenal Allah juga perjuangan. Tiada terlepas sedikit dari amal ibadah kita menuju Allah dalam kehidupan seharian.

Allahlah Maha Pemberi rezeki. Allah kurniakan pelbagai kurniaan di dalam kehidupan kita tanpa kita sedari dan kita syukuri. Segala apa yang dipandang, dihidu, dipegang... Adalah milik Allah jua. Tiada satu pun milik kita. Hatta ilmu yang sedang mencurahi diatas papan kekunci ini adalah nikmat Allah pada aku. Membacanya beerti membaca ilmu. Maka Allah tidak menjadikan semua ini sia-sia. Aku hanya menyampaikan peringatan. Sebelum peringatan itu menjadi tidak berguna lagi kepada kita.

Apabila makan, sebenarnya Allah memberi kita kasih sayangNya dengan mengurniakan rezeki berbentuk makanan yang boleh mengenyangkan. Apabila memakan makanan yang baik-baik, maka mutu amal ibadah kita kepada Allah akan meningkat. Itu hakikat kasih sayang Allah. Tetapi ada manusia yang ingkar dan derhaka kepada Allah. Meminum minuman yang nyata terlarang dan diLARANG oleh Allah dan RasulNya.. Cuba menentang Allah. Dengan harapan dapat masuk ke dalam syurga buatan manusia. Bila sudah beruban rambut, baru hendak bertaubat.. Sedangkan Allah berfirman, Mereka yang mengingkariKu, akan ku lemparkan mereka ke neraka buat selamanya.

Esok mungkin hari terakhir dalam kehidupan kita. Pesan Nabi s.a.w., beramallah seolah-olah esok kau akan mati. Perbanyakkan menangis merintih kepadaNya. Pohonlah kasih sayang Nya. Dan pohonlah juga cintaNya. Bukan senang mendapat cintaNya. Bercinta dengan Allah, akan mendapat kesusahan pada pandangan manusia. Kita akan terbuang dan dibuang. Dipulaukan, dihina, difitnah, dicaci.. dalam keadaan sebegini, cinta kita kepada Allah menjadi lebih kuat. Kerana Setiap sesuatu yang Allah timpakan ke atas kita sebagai satu ujian. Melihat kesetiaan kita kepada Allah. Mencintai Allah itu umpama memakan ubat-ubatan. Ubat-ubatan itu pahit. Tapi, sebenarnya pahit itu adalah baik untuk kita. Mencintai Allah menyebabkan kita hilang segala-galaNya. Kesenangan dunia. Tapi, ingatlah. Kesenangan dunia itu besifat sementara. Tiada yang lebih indah melainkan syurga Allah. Sedangkan kita hanya manusia. Punyai hati dan perasaan. Orang dapat kesenangan, kita akan berasa cemburu. Tapi hakikatnya kesenangan dunia itu fana. Bagaimana nasib kita diakhirat kelak. Masuk syurga tanpa melihat wajah agung Nya? Bukankah kita akan menyesal. Sesungguhnya.. cintailah Allah. Serahkan seluruh dari hidup kita hanya kepada Allah. Serahlah diri kita hanya padaNya.. Maka sejahtera hidup kita selamanya.

Tidak apa menjadi miskin. Tidak apa jika tidak makan makanan yang mewah. Kerana, mereka yang memakan makanan yang mewah itu tidak beerti telah merasakan kenikmatan akhirat. Bergaullah sekadar yang perlu. Kerana manusia itu sikapnya hasad. Mustahil manusia tidak bersikap hasad. Jauhi manusia yang riak. Kerana bimbang riaknya akan menular ke hati kita pula. Riak umpama kudis. Boleh berjangkit jika terlalu rapat dengan pembawanya. Bila dah berkudis, amatlah payah untuk mengubati kudis jika sudah terkena. Lebih-lebih lagi buta. Tidak perlu berkawan jika andainya kawan itu membawa kepada hilangnya cinta Allah pada kita. Memang payah mencari kawan yang betul menghayati agama Allah. Mereka hanya berkata yang baik dihadapan kita dan mula mencaci, menghina kita bila dibelakang kita. Berkawan sekadar perlu. Dan sentiasa meletakkan Allah dalam segala-galaNya. Berkawan biar kerana Allah.bukan kerana pengaruh kawan itu tadi. Berkawan biarlah sekadar perlu. Jangan terlalu mengharap manusia.. bimbang hilang rasa bergantung harap kepada Allah.

Sahabat..memang susah dicari pada akhir zaman ini. Yang ada, Cuma kawan.. yang hanya ada bila senang. Hilang bila susah. Berawaslah.. Kawan yang ada, kawan keduniaan. Tiada satu pun kawan yang boleh jadi sahabat. Yang sanggup berkorban demi sahabat nya. Yang sanggup mati demi sahabatnya. Tidak. Semuanya telah dirasuk oleh hasad dunia. Semuanya telah tiada lagi. Benarlah kata ulama. Sahabat yang baik, memang sukar dicari ganti.

Antara kebaikkan dan keburukkan. Antara nikmat dan azab. Manusia sekrang lebih suka memilih azab neraka. Kerana memilih kesenangan dunia. Sedangkan, setiap satu amalan yang dilakukan di dunia, walau sekecil atom pun akan tetap di timbang. Firman Allah, setiap satu perbuatan jahat walau sekecil zarah pun tetap akan di timbang. Tidaka ada sesuatu yang terlepas dari pandangan Allah. Kenapa hendak mati baru hendak bertaubat? Kenapa sudah tua baru hendak bertaubat? Kenapa dosa bagaikan batu bebanan yang sudah menghempap diri baru hendak mengalih. Sudah menjadi barah baru hendak mengubati. Sudah tiada harapan baru hendak pulang. Mengapa? Sebab itulah sikap manusia akhir zaman. Bak kata pepatah melayu, sudah terhantuk baru nak terngadah. Atau dalam bahasa melayu moden, sudah mengandung baru nak sedar. Lepas mengandung buat lagi.

Ku seru..kembalilah ke jalan Allah. Ubatilah luka peperangan. Palingkan muka engkau dari nikmat dunia. Pandanglah dunia sekadar saja. Pesan nabi s.a.w, jika engkau mengejar dunia, akhirat akan meninggalkan mu. Jika engkau mencari akhirat, dunia turut mengikutimu. Sedarlah. Kita hanya manusia lemah. Lantaran lemah itu, tubuh kita tidak berdaya menahan siksaan neraka. Lantaran lemah itu juga sering kita terpedaya. Lemah dan lemah. Tiada daya upaya kita melainkan kekuatan Allah s.w.t juga. Sedarilah akan hakikat ketuhanan. Bahawa Allah sentiasa memerhati kita dalam setiap apa yang kita lakukan. Allah tidak pernah lepas dari melihat kita. Walaupun hanya sesaat!!

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails