Rabu, 24 Februari 2010

Jangan terlalu lebih

Jangan terlalu lebih.. nanti "indah khabar dari rupa"

Aku hanya insan biasa.. ilmu hanya sedikit sahaja.. Tidak lain tidak bukan, ilmu Allah jua yang ku damba..

Wassalam..

http://gayongsarawak.blogspot.com/2010/02/sambungan-ke-2-muhd-khawar-hezazy.html

Selasa, 23 Februari 2010

Catatan buat si-dia..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Semoga terus bersama-sama dengan aku menelusuri liku-liku kehidupan ini..

~ Isteriku menghantar satu SMS kepada aku pagi tadi.. Membuatkan hatiku bergetar seketika. Pesannya berbunyi, " Isteri adalah hak mutlak suami" tafsirkan sendiri maksudnya~

Buat isteriku:

Humairaku..
Pada hari itu
Kita telah disatukan di atas nama cinta
Sudah tertulis di azali, engkaulah yang menjadi suri hati ini,
Pelengkap kepada rusuk kiriku,
Melengkapkan kejadian fitrahku
Yang serba serbi kekurangan,

Humairaku..
Ingatlah..kehidupan ini hanyalah sementara,
Akhirat jualah tujuan kita,
Biar bersama ke akhir hayat,
Bertemu kembali di syurga nan abadi,
aku tidak sekali menjanjikan kebahagian buat dirimu,
tapi, aku sentiasa berusaha ke arah itu

Rinduku, rindumu jua,
Kasihku, kasihmu jua..
Sayangku, sayangmu jua,
dan cintaku, cintamu jua..
Semoga dengannya, kita beroleh kejayaan,
Di dunia dan akhirat..
dan percayalah sayangku..aku telah redha ke atasmu..

Perjalanan diteruskan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

23 Febuari 2010, itu adalah tarikh pada hari ini. Begitu pantas masa berlalu. Adakah kita menggunakan masa-masa yang telah berlalu dengan sebaik-baiknya? Atau masih lagi ditakuk yang sama.? Mungkin ada yang mengatakan bahawa mereka telah menemui kejayaan pada tahun 2009. Mampukah mereka-mereka itu mengulangi sejarah pada tahun 2009 ke tahun 2010?

Begitu juga dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran. Setiap satunya memerlukan perubahan daripada setiap guru yang mengajar subjek yang diajarkan. Alat bantuan mengajar (ABM) mesti dikemaskinikan setiap tahun. Proses perkembangan anak murid kita saban tahun meningkat. Pembaharuan perlu dipertingkatkan agar semua murid menerima maklumat yang sebenarnya mengikut masa dan peredaran zaman. Ubah gaya pengajaran. Tambah daya di dalamnya. Murid-murid sudahpun menongkah zaman moden. Pelbagai usaha dari kerajaan bagi meningkatkan mutu profession perguruan. Mari kita bersama-sama membantu kerajaan memantapkan lagi mutu pendidikan negara selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri kita menjadikan '1 MaLaYsIa'..

Sudah masuk tahun kedua berkhdimat di S.K Long Busang, Belaga. Tahun kedua di sini beerti aku telah berjaya menempuh tahun 2009. Kalau aku boleh, begitu juga dengan guru-guru baru. Mesti boleh juga. Kerana, aku, kamu makan nasi dengan cara menyuapkan nasi dimulut. Hehe..

Kesabaran akan ada balasan setimpal. Allah sentiasa memegang janjinya. Oleh itu, bagi yang telah mendirikan rumahtangga, bersabarlah jika terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak-anak. Semoga dengan pengorbanan ini, kita beroleh keberkatan dalam rezeki.

Bukan mudah menjadi seorang guru. Seperti yang aku dengar kat radio IKIM semalam, muálim, membawa pengertian serupa dengan beberapa lagi perkataan dalam bahasa arab. Aku pun dah terlupa sebab sedang syok memandu Persona menuju ke TMPoint terdekat nak bayar bil-bil. So, tugas seorang guru memang banyak. Penerus legasi Rasulullah s.a.w. So, sambil-sambil mengajar tu, terapkan nilai-nilai kerohanian supaya murid sedar akan keagungan Allah taala.

Khamis, 18 Februari 2010

Cuti Tahun Baru Cina 2010




Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Seminggu sudahpun berlalu, cuti kian hampir kepenghujungnya. Hmm..kenapalah masa berlau begitu pantas. Meluangkan masa bersama insan tercinta, ibu dan ayahku, serta isteriku memberi seribu satu semangat baru kepada aku meneruskan perjuangan di Long Busang..

Hari ini dah khamis. Macam-macam dah aku lalui sepanjang seminggu berada di rumah. Yang penting, Menguruskan hal ehwal rumah tangga. Membayar bil pekara yang penting sebab bil dah lama tertunggak. So, bayar bil supaya tak tertunggak macam Bank Rakyat. Macam-macam..

Mengurus pentadbiran silat yang 6 minggu tertangguh kerja pentadbiran, surat-menyurat, keahlian dan sebagainya. Dengan masalah yang ditimbulkan oleh beberapa individu yang selalu menjadi 'gunting dalam lipatan' menjadi mainan. Aduh..pening kepala. Tetapi hati 'keep on' pilu mengenangkan perpisahan yang akan terjadi selepas ini.

Minggu depan, aku ke Rima Resort, Hulu Langat dan ke Ampang pada 28 Febuari 2010 untuk perjumpaan dengan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.. Semua pemimpin Gayong Kebangsaan akan berada di sana. Aku tak leh tak pegi, sebab aku memang sangat nak berjumpa dengan Datuk Seri Najib membincangkan masalah penduduk Kampung di Long Busang. Mana tahu, untung nasin, sedikit sebanyak pembangunan boleh dikecapi oleh sedikit pengorbanan aku nanti. Aku ambil cuti rehat khas hari rabu dan khamis depan...

Anak saudara aku, Faiziya batuk. Baru berumur 2 bulan dah batuk macam orang dewasa. Kesian aku melihat keadaan dia. Hmm.. Peristiwa 10 tahun dahulu banyak mengajar aku tentang sebuah kasih sayang... Seorang anak kecil, meninggal di dalam dakapan ibunya kerana sakit. Hal-hal macam ini membuat hati tak senang melihat keadaan Faiziya. Ya Allah, berikanlah kesihatan yang berpanjangan kepada semua anak-anak saudara aku. Peliharalah mereka dalam iman dan takwa.. supaya tidak tersesat jalan suatu hari kelak.

Usia dah meningkat sekarang. Tanggungjawab menjadi semakin berat. Apatah lagi sudah bergelar seorang suami.. Menambahkan lagi tanggungjawab yang sedia ada oleh Allah kepada insan bernama 'anak'..

Jumaat, 12 Februari 2010

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails