Selasa, 28 Februari 2012

Catatan 28.02.2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, baginda Rasulullah s.a.w. Segala kasih sayang baginda, menelusuri zaman biar pun 1400 tahun sudah meninggalkan kita. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas baginda dan keluarga.

~Alhamdulillah, hari ini hari ke2 terakhir dalam bulan Febuari. Maklumlah, tahun ni "tahun lompat". Bertambahlah hari dalam tahun ini kepada 366 hari. Maka kita beroleh satu hari lagi untuk beramal soleh kepada Allah. Biasalnya, yang menyambut ulangtahun perkahwinan atau menyambut hari lahir dan sebagainya, hanya menyambutnya 4 kali setahun. Tentunya setiap tahun dinanti dengan penuh kesabaran demi keutuhan dalam diri.

~Malam tadi, Kanda Feriz Omar (Pembantu Khas Kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia) called. Masa tu, aku dah tidur. Letih kerana seharian bekerja di pejabat. Tak sempatlah berbual dengan Kanda Feriz. Mungkin ada benda nak dinasihatinya berkaitan dengan pejuangan bangsa dan agama. Kanda Feriz ini terkenal kerana perjuangannya dalam menegakkan perjuangan orang Melayu. Bagi yang tak kenal tu, Kanda Feriz ini adalah suaminya kepada Fifi Khairunisa , selebriti di televisyen satu ketika dahulu. Harap beroleh masa untuk call dia balik hari ini.

~Terfikir, semua orang nak jadi 'samseng' tapi jarang kita dengar orang bercerita nak berubah, nak jadi ulama nak jadi orang baik. Semua nak jadi paling 'atas'. Tak semua orang nak jadi orang 'bawah'. Sedangkan, hakikatnya, semakin kita ke atas, semakin banyak tanggungjawab dan 'amanah' yang perlu dipikul untuk dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Setiap detik, setiap saat akan dipersoalkan apakah tujuannya disisi Allah semasa menjalankan tugas atasan. Bila kita dibawah, kita hanya menurut yang atas. Sudah lumrah kehidupan. Janganlah kita mempersoalkan amanah Allah. Tapi, persoalkan bagaimana kita menjalankan amanah Allah.

~Penyakit HFMD (Penyakit tangan kaki mulut) kian menular di Sarawak. Semalam sahaja dah dilaporkan sebanyak 300 kes sudah berlaku dikesan. Kes tertinggi di Kuching sebanyak 100 lebih. 80 lebih ditahan di hospital. Penyakit ini sedikit sebanyak merisaukan aku yang ada anak kecil. Maka, ianya akan menyukarkan pergerakan aku pergi-balik ke Miri. Nak pergi Miri pun fikir 2-3 kali sebab bimbang anak dijangkiti penyakit ini. Semoga asma' Allah dapat mengembalikan penyakit ini kepada asal-usulnya. Mudah-mudahan anak aku tidak dijangkiti penyakit ini. Namun setakat ini, tiada kematian yang dilaporkan.

~Rutin harian kian berubah. Jika 2-3 bulan lepas, aku ke ofis 5 minit lagi sebelum jam 8, sekarang sebelum jam 7.20 aku sudah berada di ofis. Sebabnya, nak hantar isteri tercinta ke sekolah dahulu dan terus ke pejabat. Malas nak balik ke rumah lagi. Dari rumah sewa ke SK Good Shepherd, memang dah tak jauh. Dari SK Good Shepherd ke Pejabat Pelajaran Daerah Baram, pun tak jauh. Semuanya dekat. Si anak kecil pun ikut masa abie dan ummie nya bangun seawal jam 6. Mesti tak tidur lagi sampailah jam 8-9. Mungkin nak hantar abie dan ummienya kerja kot. Pekara rutin terbaru aku, cium anak sebelum pergi kerja. Rutin tetap tak sama macam dahulu.Semuanya berubah setelah mempunyai anak. Semoga Allah mengurniakan keberkatan dalam mencari rezeki halal ini.

~Bebanan kerja semakin bertambah sejak dua menjak ini. tekanan dan stress melampau-lampau. Tapi, setakat ini, aku masih mampu bertahan dan bersabar dengan semua karenah. Bimbang nanti, kaki naik, tangan turun, payah juga dikerjanya. Astaghfirullah hal azim..

~Mulakan hari ini dengan bismillah.. bertawakal kepada Allah.. akhiri dengan alhamdulillah.

Khamis, 23 Februari 2012

Haruan Makan Anak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 2 Hari dah berblogging. Mencari masa yang sesuai untuk berfikir dan bernafas kerana masa yang sempit menyebabkan kesukaran untuk bernafas. Alhamdulillah.. kelapangan yang Allah bagi sebelum masa sempit akan dipergunakan sebaik-baiknya demi agama Allah. Allahuakbar!!!

Berleluasa budaya "haruan makan anak" atau sumbang mahram di bumi Allah pada masa kini. Saban hari kita dihidangkan dengan berita yang amat memilukan dan mengerikan remaja dan kanak-kanak. Bayangkan, orang yang disangka sebagai pelindung menodai kehormatan mereka. Buas.. dan tidak ada mentaliti sebagai manusia agaknya. Seperti binatang gamaknya. Tidakkah si pelaku terfikir bahawa Allah mencatat setiap perilaku buruknya dan akan dipertimbangkan di padang Mahsyar? Nauzubillah..

Mengapa perlu diperlakui sedemikian? Adik ipar dirogol oleh abg ipar. Anak dirogol bapa. Macam-macam kita baca di dada akhbar. Apakah tipisnya iman umat Muhammad s.a.w sampaikan anak-anak dirogol tanpa belas kasihan. Ya Allah- selamatkanlah jurai keturunan aku daripada bala seperti ini ya Allah. Janganlah mereka menjadi pelaku atau diperlaku... Biarlah mereka yang lahir dari keturunan aku menjadi PELINDUNG kepada mangsa seperti ini.

~Sedih dan geram kadang-kadang mengenangkan manusia yang bodoh dan jahanam seperti ini. Masakan darah daging sendiri diratah dengan buas. Bodoh dan ish.. Nak lepaskan kemarahan ini atas siapa? Namun.. bila difikirkan.. " Allah akan membalas setiap perbuatan manusia sesuai dengan perilakunya.."

~Hormatilah kaum Hawa.. Lindungilah mereka dengan sepenuh hati. Sayangilah mereka. Kita juga dilahirkan oleh wanita.. Jangan sewenang-wenang meragut kehormatan wanita lain. Bayangkanlah kita ditempat mereka. Bagaimana rasanya menahan MALU dan KESAKITAN.

~Cintailah kaum Hawa. Bukan beerti memiliki tubuhnya. Tubuhnya hanya milik suaminya yang sah disisi agama.

p/s: Palak sakit ntam maca berita tok dalam news..

Rabu, 22 Februari 2012

Pengunjung ke 20,000!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers.. Semoga diri kita dirahmati dan di berkati selalu hendaklah.. Kurangkan konterversi, tingkatkan prestasi.. Dan jangan lupa, perteguhkan iman, perkuatkan taqwa.

Alhamdulillah, baru hari ini berkesempatan untuk mencoretkan kata-kata di dalam diari guru ini. Bukan mudah untuk memperolehi masa yang sesuai dan sempurna untuk duduk berteleku dan menaipkan curahan idea dalam blog in. Hampur aku terlupa bahawa aku mempunyai BLOG untuk DIUPDATE selalu. Masya Allah.

Kekangan dan bebanan kerja yang semakin banyak menyebabkan masa aku semakin berkurangan untuk aku berdamping dengan lappy. Namun, aku menguatkan jari, meneguhkan minda untuk berehat sekejap dan mencoretkan kata-kata di dalam blog ini. Hari ini 22 Febuari 2012. Last posted pada 6 Febuari 2012. Wow!! 16 hari tak berblogging. Banyak pekara nak dikongsi, namun masa ini agak mencemburui kegedikan jariku menari di atas keyboard Lappy.

Bebanan bertambah sejak jadi Ketua Unit Pengurusan Sekolah. Banyak pekara yang perlu aku pelajari dan ketahui untuk catch-up dengan situasi semasa. Sibuk bukan kepalang, namun pengalamannya begitu berharga buat aku ceduki bila aku kembali ke alam perguruan nanti. Sedikit sebanyak berkaitan dengan pengurusan organisasi dapat mendidik aku menjadi seorang abie yang baik untuk anak-anak.

Sepintas lalu, anak aku dah bersama-sama dengan umienya di Marudi. Baru sampai tadi. Alhamdulillah.. bermulalah sebuah kehidupan keluarga yang dirahmati Allah hendaknya.

~Terkejut. Itu yang dapat aku gambarkan di blog ini kali ini. Rupa-rupanya, pengunjung sudah mencecah angka 20,000 dalam masa 16 hari. Sebelum peninggalan aku dahulu, baru je mencecah 17,000 orang sahaja. Lepas 2 minggu, lebih dari 3,000 sudah mengakses. Apa agaknya yang di akses ya? Tertanya-tanya.


Ini dia, Panglima Serapi.. Allahuakbar.. Muhammad Khalid Hafizi Bin Muhammad Khawar Hezazy Bin Uthman Bin Ramli Bin Bujang Bin Bakar

Isnin, 6 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul 1433 H

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. Mohon izin dan rahmat dari Allah, semoga dicucuri rahmat ke atasnya dan menyampaikan salam kerinduan ku padanya.

~07 Febuari.. masih berteleku disebabkan demam yang melanda 4 hari lalu. Kesan ubat batuk yang kuat menyebabkan aku tidur hampir sepanjang hari. Pening dan lesu. Hingus di hidung semakin menutup rongga dan menyebabkan kesesakan dalam bernafas.

~Beberapa hari lepas, aku telah bermimpi di datangi oleh 2 orang susuk yang berbeza. Kedua-duanya mempunyai identiti yang berbeza dan dikenali oleh umat manusia. Siapa dan kenapa, biarlah menjadi rahsia. Kerana datangnya 3 malam silih berganti.

~Demam bukan sebarang demam. Tapi, mungkin juga kerana 'lelah' menuntut yang hak. Semoga beroleh segala kebaikkan. Di dunia dan di akhirat.

~Siapa dan kenapa menjadi persoalan. Bagi aku, mengapa aku itu persoalan. Kenapa tidak mereka yang benar-benar 'ingin' tidak dikunjungi.

~Perdana Gayong akan berlangsung di Seremban.. insya Allah, rombongan Sarawak pasti bertandang!!

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails