Ahad, 25 Disember 2011

Muhammad Khalid Hafizi Bin Muhammad Khawar Hezazy

Assalamualaikum..

~15 Disember 2011 bersamaan 19 Muharram 1433 Hijrah, tarikh kelahiran putera pertama antara aku dan Dayang Khalizah. Pendekar yang dilahirkan pada 11.35 pagi di Hospital Miri, Sarawak. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana telah mengurniakan anak lelaki sebagai pewaris kepada keturunan ayah aku.

~Subhanallah, dilahirkan dengan panjang 48cm, berat 3.35kg, dilahirkan secara pembedahan. Dimasukkan kedalam wad pediatrik selepas 3 hari lahir, kerana Kuning. Alhamdulillah. Setelah 2 hari berusaha, maka dibenarkan balik ke rumah. Mula-mula 12.4, selepas itu 15.4. Setelah 2 hari, kembali 13.6. Begitu mendebarkan dan mengharapkan keampunan Allah jualah supaya memberi kesihatan yang baik kepada Khalid.

~Dengan rasminya, aku menukarkan nama pena kepada Abu Khalid Hafizi sempena nama anak aku. Insya Allah.. Semoga mereka yang bersama dengan Khalid di wad kuning hari itu, semuanya akan sembuh. Akan dipersembahkan lagi cerita lebih panjang...

Isnin, 12 Disember 2011

Apakah kita sebenarnya-benar adalah seorang BENAR?

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua bloggers yang sudi singgah ke Teratak buruk aku. Semoga beroleh sedikit ilmu buat kita teladani dan sempadani jika terdapat kebobrokan.

~Pagi tadi aku sampai dari Miri ke Marudi menggunakan kereta tumpangan yang biasa mengambil penumpang Marudi-Miri-Marudi. Alhamdulillah, perjalanan yang memenatkan tetapi minggu yang terindah bersama isteri yang tercinta. Jalan agak licin kerana baru diratakan oleh kontraktor yang membina jalan tersebut. Untuk pengetahuan, jalan tersebut merupakan jalan kelapa sawit/jalan balak yang direnovasi menjadi jalan berturap. Sebaik ditimpa hujan, jalan akan menjadi licin jika tidak diturap dengan batu. Jadi, agak berbahaya untuk kereta yang terkategori sebagai kereta jalanan.

Kereta 4wd menjadi pilihan untuk ulang-alik ke Marudi melalui jalan kelapa sawit yang penuh dengan bukit-bukau
~Kalau kereta 4 x 4 seperti HILUX, TRITON dan sebagainya, mungkin lebih selamat dan mungkin akan memendekan sedikit masa yang digunakan untuk melaluinya. Tapi, alhamdulillah, perjalanan yang berharga RM 40.00 sehala berjaya ditempuhi dengan bersahaja oleh pemandunya kerana sudah mahir selok belok perjalanan.

~Renungi diri kita seketika, adakah kita sudah sebaris safnya dengan para syuhada? para aulia? para ulama? atau masih terkapai-kapai mencari status diri. Kalau setakat solat didirikan, renung kembali, adakah solat kita berjemaah? Atau solat dikerjakan bersendirian? Atau solat dikerjakan khusyuk?

~Atau solat dikerjakan dengan ikhlas dengan merasai kehadiran Allah di segenap pelusuk hati? Jika merasakan puas dalam solat, adakah solat kita terima? Jangan persoal ibadah insan lain, tapi persoalkan ibadah kita. Adakah mencapai mutu yang dikehendaki oleh Allah. Kita boleh menilai, standard iman kita dengan merujuk kepada perilaku kita. Kalau paras iman kita rendah, maka sudah semestinya kita akan berani melakukan perbuatan seperti, MENCACI, MEMFITNAH, MENGADU DOMBA, MENGUMPAT DAN PELBAGAI JENIS MAKSIAT KEPADA ALLAH. Surah Al-Ankabut ayat 45 menerangkan,



اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Jumaat, 9 Disember 2011

Mampukah kita mempertahankan agama dan Rasulullah s.a.w? "Law ka na bai nana.."

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dihormati. Kesyukuran yang tak terhingga diucapkan kepada Allah s.w.t untuk segalanya dalam kehidupan yang penuh dugaan dan halangan. Walaupun seringkali aku memungkiri segala janjiku, namun Dia tetap memberi peluang kepadaku untuk terus berada dalam kesenangan dunia. Ya-Allah, ampunkanlah dosa-dosaku. Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, dosa isteriku, dosa saudaraku, dosa sahabat ku, dosa umat mukimunin dan mukminat, dan dosa muslimin, muslimat.

~Semasa melayari internet pagi tadi, terbacalah satu blog yang mengutuk "K-POP". Dibawahnya, 1700 comment mengutuk siempunya blog tadi. Ya Allah, begitu sekali cinta muda-mudi kepada "K-POP" tadi sampai nak menoreh muka si empunya blog kerana mengutuk artis kesayangan mereka. Meluat dan sedih melihat anak bangsa yang mengagungkan artis lebih daripada RASULULLAH. Mana tidak, sampai memecah belahkan umat Islam dengan disebabkan oleh seorang yang BUKAN SEAGAMA dengan kita. Astagfirullah.

~Law ka na bainana.. (Alangkah indahnya jika baginda ada bersama..) mengalir kesyahduan di mataku kerana merindui baginda Rasulullah s.a.w. Ada tak remaja yang mempertahankan Rasulullah ketika peribadi insan mulia ini dihina? Ada tak remaja memperjudikan nyawanya demi mempertahankan Rasulullah? Jawapannya sedikit sekali. Ramai mengambil langkah mendiamkan diri kerana takut. Itu kebodohan yang nyata..

~Law ka na bainana..Ya Rasullullah..  Mengapa diagungkan manusia lain yang tidak memberi makna kepada agama Islam? Sedarilah, agungkanlah baginda Rasulullah. BAginda merupakan insan yang teragung di dalam sejarah kehidupan manusia. Lebih hebat dari segala artis. Disayangi, dicintai oleh segolongan manusia (umat Islam) bahkan kemuliaan dan kasih sayang baginda dapat memberi syafaat kepada kita di Yaumul Mahsyar. Sedarilah dan ubahkanlah persepsi cinta kita kepada manusia. Adakah dengan mempertahankan "K-POP" kita akan dijamin syurga?

~Law ka na bainana..Aku merinduimu Rasulullah. Ya-Allah, sampaikan salam penuh takzim dariku buat Rasulullah s.a.w....

Khamis, 8 Disember 2011

Pekeliling Perkhidmatan SBPA dah keluar yop!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua bloggers.



~Hangat sekarang bukan sebab cuaca yang hangat, tapi GAJI yang hangat dipasaran.

~Pekeliling berkaitan dengan SBPA telah keluar. Untuk guru, sila lawat laman berikut:

www.jpa.gov.my/guru/index.html

~jangan lupa nak periksa di mana status gaji tu cikgu. Kalau tak, sibuklah lagi 'meraung' kata gaji tak cukup untuk mendidik anak bangsa.

~Hmm.. gaji tetap naik, tapi, mutu iman kita naik tak seiiring dengan kenaikkan gaji?

~Wallahualam.. semoga Allah kurniakan kita keberkatan dalam bekerja.

Selamat mendownload ye

Rabu, 7 Disember 2011

Caro molah 'blinking text' makey Adobe Photoshop CS3

Assalamualaikum dan salam sejahtero kepada semua bloggers. Hari ini, aku nak merapu sikit menggunakan bahasa yang aku buat untuk menyiapkan 'teks berkelip-kelip'.

1. Buka Adobe Photoshop CS3. kakyo, click file--> new --> pilih sukati diriklah nak 'layer' besar kedak ney

2. Tulis  perkataan yang di maok dirik dalam layer nok tadik eh

3. Bukak animation bar rah menu bar, WINDOW--> ANIMATION (bar animation akan buka automatik rah dibah sia.

4. Tekan nok rah page di animation bar sio, kakyo klik butang kecik didibah dekat dengan tong uras sia, kakyo klik jak. ado kuar page baru rah animation bar ya, betullah nak dipolah kahu yang jang

5. klik rah layer sebelah kanan, kakyo right klik layer asal tadik kakyo kahu duplicate nye agik.

6. Ado nok layer original nye, ado bisik mato nak jang? klik rah sia, k ngaib kannya.

7. Klik balit raya duplicate udik, kakyo tukar rona nye

8. Kakya, rah animation bar tadik, tukar kahu jam didibah gambar yang dimaok kah.

9. ctrl + alt + shift + s   , cek kahu usaha kau tadik.. dapatnye, betullah dikerja kahu.

gitok contohnye :

HarI Lahir Umie kepada anakku..

Assalamualaikum...dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dihormati semua.

~Telah ditakdirkan, bahawa hari ini adalah hari kelahiran seorang hamba Allah yang mulia.. Seorang mujahidah yang sentiasa bermujahadah dijalan Allah dengan melayan sang suami dengan sepenuh hati untuk menggarap keredhaan Allah jua. Seorang bakal ibu mithali yang bakal menerima tempat khas di syurga.. Insya Allah, redhaku tetap bersamanya..

~sELAmat Hari Lahir ku ucapkan kepada Dayang Khalizah Binti Awang Batu.. Semoga bertambah ketakwaan dan keimanan kepada Allah. Dengan detik kelahiran semakin menghampiri, hiasilah rahimmu dengan alunan al-Quran. Penuhi dengan kasih sayang yang beralunankan zikrullah. Ajarnya menjadi seorang hamba Allah yang bakal berjuang di jalan Allah. Seorang pejuang yang merindui syahid di fisabilillah. Seorang berjasa kepada agama dan bangsa.

~Selamat hari lahir sayangku.. Bersaksi cinta di atas cinta.. dalam alunan tasbihku ini. Meneka hati yang tersembunyi. Bertemankan sunyi di malam penuh doa.. TErukir merdu namamu.. Di dalam Lauh Mahfuz.. Bahawa dirimu adalah peneman kesunyian di dunia. Semoga ianya menuju ke syurga..

~ Naluri berkata.. menanti bidadari dunia dari syurga...yakni dirimu.. Semoga Allah menjadikan masjid di bina ini, sebagai cinta menuju kesyurga..

Selasa, 6 Disember 2011

Duhai pendampingku.. (Untuk ISteriku..yang amat dicintai..Puan Dayang Khalizah))

Di hatimu tersimpan cinta yang suci
Serta mendalam pernikahan dari beda dunia
Meski kau terbiasa hidup tanpa perih
Namun kau ikhlas hidup bersahaja
Namun bahagia

Duhai pendampingku, akhlakmu permata bagiku
Buat aku makin cinta
Tetapkan selalu janji awal kita bersatu
Bahagia sampai ke surga

Maafkan aku jika tak bisa sempurna
Karena ku bukan lelaki yang turun dari surga
Ketulusan hatimu anugerah hidupku
Doakan langkah kita tak berpisah
Untuk selamanya

Sampai ke surga....


Berjauhan lagilah jawapannya.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan bloggers yang di hormati.....

~Allahuakbar (Allah is the great)(Allah Maha Besar).. Dengan kekuatannya, dapatlah aku mencoretkan sebuah catatan yang tidak berpenghujung. Subhanallah, Maha Suci Allah.. dengan keberkatan waktu dhuhanya, semoga dengan waktu yang indah ini, aku beroleh ketenangan, keberkatan dan limpahan rahmatNya yang meluas..

~Isteriku sedang menunggu saat kelahiran anak pertama. Dia sedang bertarung dengan nyawanya demi melahirkan anak pertama kami. Dia sekarang di Miri. Huhu.. tinggallah aku keseorangan dalam mengharungi hidup di Pekan Marudi nan indah ini. Huhu..ku meirnduinya..

~Bersaksi cinta, di atas cinta.. dalam alunan tasbihku ini.

~Air sungai di Pekan Marudi kian meningkat.. Hujan tak henti-henti di hulu Sungai Baram. Kalau berterusan, alamat banjirlah di Marudi ni.

~bersambung..

Jumaat, 2 Disember 2011

Sedikit pedoman kita buat Penghulu Hari ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..


Terdetik dihati hendak berkongsi sedikit ilmu yang aku perolehi ketika menelusuri Internet pagi tadi.. Semoga kita beroleh manfaat daripadanya..


 Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (Surah Thaha: Ayat 132)"


~Ini barangkali boleh kita kaitkan dengan isu perpindahan yang lepas. So, perhatikan ayat tersebut. Kita tidak ada kekuasaan terhadap rezeki melainkan dengan kuasa Allah s.w.t juga. Setiap perbuatan yang baik, Allah akan balas dengan setimpalnya. Tidak dipersiakan walaupun sedikit. Semoga kita berusaha lebih untuk menjadikan diri kita sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa.


~Allah tak minta korban, bahkan Allah mengggalakan korban atasNya untuk kebaikan umat Islam yang lain. Renungilah.. "Cukuplah Allah sebagai penolongku.."


~Selamat menunaikan ibadah jumaat. Mari ramaikan saf-saf di masjid seperti mana yang diperintahkan. Mari meluangkan masa untuk mengadu permasalahan kita kepada Allah. Semoga, Allah memberikan inspirasi untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Allah tidak akan mempersiakan kita.


~MArilah kita beriktikaf di rumah Allah pada hari ini. Bermuhasabah diri dalam kekalutan diri. Marilah kita berselawat ke atas junjungan besar yang dikasihi, Nabi Muhammad s.a.w.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas baginda dan keluarganya.


~Marilah mengucapkan kesyukuran kepada Allah.. Marilah kita mengagungkan asma' Allah (nama Allah). Marilah menuju kejayaan...

Khamis, 1 Disember 2011

Skrin Preview untuk Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Baram

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.

~Syukur kupanjatkan kepada Allah s.w.t. kerana dengan izinNya Yang Maha Esa, dapat juga aku mengilhamkan idea yang bernas untuk mencoretkan kata-kata dalam blog ini.

~Ini Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Baram yang aku bina hasil usaha sendiri. Berbekalkan modal RM100.00, sebuah laptop, usaha+doa, cd micromedia dreamweaver 5.0, dan dorongan dari isteri tercinta, Dayang Khalizah Binti Awang Batu, terciptalah Portal ini. Ops, terlupa, dorongan dari semua kakitangan PPD Baram terutamanya, Cikgu Borhan Bin Bujang, Cikgu Abdul Azid, Cikgu Hajijah dan semua rakan fasilinus.. (banyak sangat..harap tak kecik hati tak sebut ya..) terima kasih dan terima kasih dan terima kasih..sampai tak terhingga diucapkan kepada semua..

~Insya Allah akan diperbaiki lagi laman sesawang ini dari sehari ke sehari kerana aku masih belajar dan bukannya pakar..


IKUTI LINK KE PORTAL RASMI PPD BARAM :   www.ppdbaram.co.cc

p/s: masih kurang mahir dan willing to do and learn even learn it from a university student indeed..

\1.1.2013 - LAMAN WEB INI TELAH DITUTUP ATAS TEKNIKAL.

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails