Selasa, 1 Mac 2011

Perjalanan Ekspress ke Long Sepiling

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah perjalanan ke SK Long Sepiling.

Dari bandar Miri, boleh menggunakan 2 kaedah untuk ke Long Sepiling.

1). Miri ke Long Lapok
2). Miri ke Marudi.

1). Miri ke Long Lapok dengan menggunakan pengangkutan Land Crusier atau pacuan 4 roda. Harga tambang adalah sekitar RM30. Perjalanan akan mengambil masa 2-3 jam bergantung dengan keadaan jalan Lapok-Beluru. Perjalanan hendaklah dimulai pada jam 6.00 pagi. Ini disebabkan ekspress ke Long Sepiling akan bergerak sekitar 9.45 - 10.00 pagi.

2). Miri ke Marudi. Ambil ekspress dari Kuala Baram untuk ke Marudi. Tidak kiralah ekspress pukul berapa sekalipun, tetapi ekspress terakhir pada jam 3.00 petang untuk ke Marudi. Ataupun, mengambil pacuan 4 roda dari Miri ke Marudi. Tambang ekspress dalam RM20 dan tambang pacuan 4 roda RM30-40 sahaja.Dari sini, kita hendaklah bermalam di Marudi sebelum mengambil ekspress pada pagi esoknya, jam 8.00 pagi ke Long Sepiling.

Dendam ~ Lirik Lagu~

Sepi sedang menanti,
Dipenghujung sebuah mimpi,
Kembara hikmah fantasi, yang tak bertepi,
Jadi resah sang realiti,

Hanya rasa dendam, tersimpan dijiwa
Jadi alasan yang meruntuh kecewa
Hilang rasa sedar, apa kemungkinannya?
Bila gugur masa digali semula

Biar bumi dipijak, langit pasti tak berganjak,
Biarlah kebenaranmu berkata tidak,
Mahuku tetap menolak

Aku sendiri takkan peduli, Masa yang pergi,
Ku tuntut kembali,
Walau Illahi telahpun berjanji
Untung dan rugi pasti diadili,

Tinggal dendam yang tak sudah....

Dendam adalah sesuatu perasaan yang sentiasa ada dihati manusia.. Dari dendam, hadirlah dengki. Semuanya adik beradik kepada syaitan. Tiada gunanya berdendam. Kerana dendam itu takkan berkesudahan. Aku sudah memaafi semua kesalahan setiap insan. Tidak berpanjangan hati yang dilukai. Sifat dalam diri, dididik untuk tidak mudah berpanjang hati. Alhamdulillah, dengan dididikan seperti itu, segala manusia mudah dimaafi. Kecuali yang betul-betul sukar dimaafkan, memerlukan masa yang agak panjang untuk diubati.

Dendam membawa kepada kemusnahan jika tidak diatasi dengan saluran yang betul. Kerana dendam, Adam dan Hawa di halau dari syurga. Kerana dendam jugalah, Habil dibunuh.. Lantaran dendamlah... terjadi peperangan. 

Kuatkan hati, perteguhkan iman.. Jadilah insan yang sentiasa memaafkan kesalahan insan lain. Tidak ada kerugiaan pada kemaafan. Tiada untung dalam permusuhan melainkan keuntungan dipihak Iblis dan kuncu-kuncunya. Semoga hidup beroleh rahmat dari Allah....amin

Seribu kisah, seribu satu duka, seribu satu kenangan..

~Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Lama sudah aku tidak menitipkan kata-kataku di dalam diari alam maya ini. Dihimpit kesibukkan dunia yang berpanjangan. Hati kini semakin jauh dari menulis. Sudah mengakhiri bulan Febuari, titipan tidak melebihi dari 10. Beerti, kekosongan dalam diri sudah terisi dengan senda tawa kekasih diri. Bahagia terasa, bukan kerana hati dipenuhi, tetapi bahagia terasa hidup berumahtangga.

~Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah. Sehingga ke saat ini, aku masih hidup di dalam alam kesejahteraan. Cuma, perlu diingatkan, supaya isteri tidak akam melalaikan kita dalam mencari keredhaan Allah s.w.t. Cantik dan keayuan wajah, kan pudar akhirnya. Bersedia untuk menghadapi hari tua. Itu menjadi lakaran minda aku sekarang. Kehidupan selepas alam tua, alam barzakh. Saban malam terfikir, bagaimanakah nasib aku di yaumul mahsyar kelak. Ada seseorang yang sering melaung-laungkan yngkapan, "jumpa di mahsyar". Tetapi, tidak sedar setiap diperlakukan tidak menepati dengan kehendak Allah. Dan, adakah aku sudah bersedia menghadapi semua pertanyaan Allah? Gentarnya hatiku mengenangkan semua ini. Tidak mudah bagi melepasi titian sirat lantaran memikul dosa yang kian membebani diriku.

~Bukan senang memikul amanah dan tugas sekarang ini. Mendidik bukan beerti berseronok. Berseronok dengan gaji pada setiao 25 hb. Berseronok goyang kaki ketika tiada kelas. Berseronok membuang masa di bilik guru. Tetapi, tugas guru membebankan mahupun meringankan amalan kebaikkan. Tugas mendidik merupakan satu ibadah yang mungkin kurang difahami oleh guru-guru makan gaji buta. Mendidik modal insan supaya menjadi manusia berguna pada satu hari kelak. Mendidik bukan beerti disekolah sahaja, malahan mendidik anak murid silat seumpamanya juga memerlukan hati nurani yang suci dan tulus. Bukan sebarang hentam, tapi biarlah berpendidikan.

~Seorang guru aku di tingkatan 3 pernah berkata, "kalau kamu mahu belajar, belajarlah rajin-rajin. yang tak mahu belajar, tak apa. Kalau semua pandai susah juga. Nanti, tak adalah yang nak menyapu sampah di tepi jalan nanti kalau semua pandai". Kata-kata azimat seperti ini menyedarkan bahawa tugas dan tanggungjawab cikgu bukan sekadar mendidik manusia menjadi manusia berguna, malahan tugas mendidik ini menentukan cara hidup murid di masa hadapan!!

~Mulakan tugas dengan Basmallah~

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails