Rabu, 25 September 2013

Hebah menghebah, jadi juruhebah ngko



~ Assalamualaikum dan salam sejahtera;

~Bermulalah zaman kesibukan yang memanjang. Ingatkan berada dalam zon selesa bila mana tidak lagi berkerja di pejabat. Sangkaan aku meleset. Walaupun duduk di tempat sendiri, lagi seronok bila mengenangkan tempat orang yang indah nan permai. Marudi, place like no ohter. Aku sangat merindui Pekan Marudi ini. Lantaran orangnya yang ramah dan baik-baik. Tidak selfish. Tidak bekerja untuk diri sendiri untuk dalam satu pasukan. Rindu jugak untuk bertugas satu bahtera dengan Mantan Tuan PPD Baram, En. Borhan Bin Bujang yang sekarang sudah berpindah ke SMK Matang Hilir sebagai Pengetua baru di sana.

~Mungkin aku jugak yang belum mengasak diri bersama komuniti. Tapi, kalau belum mengasak, masakan menjadi "pengacara majlis" untuk beberapa event? Ayo.. memanglah biasa kita pegawai di PPD buat, tapi, hmm.. Alah bisa tegal biasa. Itu semua pengalaman yang akan membina kredibiliti diri aku.

~Semalam, aku dikejutkan dengan berita pemergian seorang hamba Allah yang berjiwa kental. Usia perkenalan tidaklah lama, tapi, arwah merupakan orang yang paling rajin dalam menguruskan pentadbiran LINUS di PPD Subis. Al-fatihah diucapkan kepada saudara Mohd. Faisal Bin Lampam yang telah meninggal dunia pada 24 September 2013 di Hospital Miri. Semoga rohnya dirahmati Allah..

~Kita yang tinggal ini, haruslah berusaha untuk memperbaiki diri. Bukannya hanya bersedih tak tentu pasal. Kuatkan lagi ibadah jika sebelum ini kurang. Rangkakan balik "timeline" kehidupan. Bukannya sekadar post di MUKA BUKU tanpa mengambil sebarang pengajaran yang berguna untuk diri sendiri.

~Jadual hidup aku kembali padat. Aduh..... aku memerlukan pengurusan masa yang sangat kritis dan kreatif. Banyak sangat masa terbuang tapi rehatnya tetap tak kebah. Aduh.. Silat pun kena atur betul-betul jadual supaya tidak menjadi satu keberatan. Kadang-kadang terfikir jugak, silat ini sebenarnya satu ibadah aku dan khidmat aku kepada masyarakat. Andai diberi ketentuan, pastinya aku hendak mengajar silat.

~Hmm.. penat.. oo penat..

Rabu, 11 September 2013

EPILOG HATI 2013

اسلام عليكم 

~Dalam menanti kelas seterusnya, banyak kerja nak dibuat. Banyak masa digunakan untuk mencari rezeki halal. Dan, curahan idea meluak-luak sehinggakan terciptanya satu puisi yang berdendang disegenap lorong-lorong hati yang kecil.

SELAUTAN DERITA

Dari sudut hati kecilku,
Ku luahkan yang terbuku setelah ianya berakhir di titian sepi,
Bagi mendamaikan lautan hati,
Saban hati bergelora di hempas badai sesalan,
Yang terluka untuk diubati,

Aku merinduimu..
Walaupun ku tahu rindu itu adalah sukar,
Aku mencintaimu,
Walaupun hakikatnya cinta itu sirna,
Dan aku amat mengasihi dirimu,
Biarpun bayanganmu tak ku tercapai.

Hasratku pendam, impianku angan,
Lalu, segenap hati luluh.. dibakar api keresahan,
Ku kejari hingga hampir terlupa,
Aku hanyalah .. pencinta yang pelupa

Ku pendamkannya.. setelah ianya berlalu pergi
Jauh membawa seribu satu makna,
Cintaku gapai, tidak menjadi satu petanda,
Bahkan semakin mendekatkan diri kepada jurang,
Jurang yang hanyalah memusnahkan diri..
Tepu dibuai lenanya mimpi semalam..

Aduhai kasih…
Ku panjatkan doaku kepada Rabbul Izzah,
Tuhan yang memiliki hatiku dan hati-hati insan,
Yang nyawa setiap makhluk dibawah genggamanNya..
Agar diriku, dirimu sentiasa diberikan kekuatan,
Untuk berada di dalam inayah Nya,

Saat ku mulai jatuh,
Barulah ku sedari.. hidupku hanyalah DIUMPAKAN sebatang pokok,
Berkhidmat kepada alam tanpa jemu,
Rantingnya mengeluarkan daun dan bunga,
Bunganya mengeluarkan bau harum dan menjadi buah,
Menjadi pula makanan kepada makhluk yang sedang kelaparan,
Dan menjadi teduhan ketika panasnya mentari ,
Akarnya menjadi tunjang kepada kekuatan tanah,
Ditinggalkan jika sudah berlalunya kesusahan,

Selautan derita ku redahi,
Tetapi Allah tetap bersamaku,
Hinggakan tidak culas derita yang menghinggap,
Kerana setiap detik itu,
Hikmahnya di seluruh hidupku..
Walaupun selautan derita diredahi..
Ianya tak akan memadam bara cinta iLLahi..

Khamis, 5 September 2013

Kehadapan hati yang "goyah"..

أسلام عليكم 

~Langkah menuju kearah "syurga" tampaknya longlai.. Aduh bagaimana bisa?

~Kerana rapuhnya cinta Allah dalam hati..dunia dituju siang dan malam. Saat hati ini diketuk pintu hidayah.. Barulah aku sedar segalanya  bahawa jalan yang dituju menjadi sia-sia andainya hati tidak bertaut di jalan Allah s.w.t

~Ibrahim Bin Adham berkata; "Seseorang tidak akan mencapai darjat soleh sehinggalah dia mencapai 6 pekara" -menutup pintu kenikmatan dan membuka pintu kesusahan, - menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, - menutup pintu istirihat dan membuka pintu kesungguhan, - menutup pintu tidur dan membuka pintu berjaga, - menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kefakiran, - menutup pintu angan-angan dan membuka pintu jalan ke akhirat...

~Imam Al Fudail Ibn Iyad berkata, " Ada 5 pekara yang menunjukkan orang itu sengsara, - hati yang keras tidak mahu menerima nasihat, -mata yang kering yakni tidak mahu menangis, -malu yang sedikit, - cinta kepada dunia, -panjang angan-angan..

~Aku segera tepis segala gundah dihati, kembali meyakini bahawa Allah telah menetapkan yang terbaik dalam hidupku.

~Sesalan demi sedalan tidak akan membawa hati ini melayari destinasi cinta yang dituju.

~Iman dan takwalah yang akan menjadi pengemudi nakhoda dalam pelayaran menuju destinasi yang terakhir. Al-Quran dan as-sunnah menjadi panduan. Tautan hati pada dunia akan terlerai. Namun, ombak nafsu dan laluan berliku yang dipenuhi dengan fitnah akan menjadi batu penghalang kepada kejayaan.

~Namun, aku hanyalah seorang hamba yang lemah.. hati sentiasa berbolak balik bagaikan kapal dilambung ombak.. Aduhai hati, lembutlah dirimu menerima segala suratan dan takdir yang telah ditentukan buatmu.

~Segenap diri terasa getarnya keperitan yang ditanggung.. Aduhai hati, kembalilah kepada dunia yang lebih nyata, bahawa dirimu dibayangi angan-angan yang tidak berkesudahan.

~Dunia ini tempat persinggahan. Merasakan cukup terhadap nikmat itu adalah syukur atas semuanya. Maka bersyukurlah kerana nikmat Allah itu tidak terhenti sejak dari degupan jantung kamu yang pertama...


~~~Aduh..susahnya hendak bermujahadah~~~

Rabu, 4 September 2013

September yang sayu.. aku,,

أسلام عليكم 

~September mula muncul dijendela kehidupan..



~Ogos pula meninggalkan kita dengan 1001 kenangan. Yang manis kita akan jadikan kenangan, yang pahit kita akan jadikan sempadan.

~Bila hati sudah bertaut, memang payah untuk kita menyingkirkannya. Begitulah dengan perasaan ini. Bila mana sudah menyintai, maka namanya disebut dan diingat. Ya Rasulullah.. kami merinduimu setiap waktu.

~Oh.. begitulah lumrah dengan hidup. Adakalanya kita merasakan puas untuk hidup, walhal kita tidak pernah berasa puas. Bila mana hati berkehendak, ianya membuak-buak. Setiap perasaan yang hadir, makin dijolok, makin menjadi-jadilah bahananya.

~Fahamilah, bukan sekadar meletak fokus pada pembacaan. Kuatkan pandangan, tajamkan pemikiran. Buka lah hati untuk menerima dan memahami lukisan alam.

~Aku masih lagi dalam "kasut" yang hina dan dina. Dibawah lembayung kasih sayang illahi, ku mengharap kehinaan ini terpalit di seluruh benak hidupku supaya aku sentiasa sedar dan memahami bahawa kehinaan itu akan menyelamatkan aku dari riak dan ujub.

~Aku masih berpegang kepada prinsip-prinsip hidup, menekankan kasih sayang itu penting bagi meningkatkan rasa hormat murid kepadaku. Sebenarnya, di dalam hati manusia, masih lagi ada sekelumit perasaan untuk menjadi baik. Dan aku mempercayai itu.

~Aku telah diajari dan mempelajari bahawa, setiap manusia ada potensi untuk berubah menjadi lebih baik dan setiap manusia yang berdosa itu akan menjadi lebih baik daripada aku ini....

~Aku pernah membenarkannya dalam hidupku, dan aku pernah merisikokannya dalam segenap kehidupanku. Walaupun keputusannya agak mengecewakan... aku benar-benar yakin bahawa Allah tahu apa yang aku tidak ketahui. Dengan asma'nya yang Maha Agung, aku yakin,,, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

~Jika benar itu adalah suratan, ianya pasti akan terjadi tanpa halangan. Sesungguhnya dugaan itu mengajar aku untuk menjadi insan.

~Jika benar Allah menulis suratan itu, aku redha dan aku terima seadanya..

~Allahu rabbi..

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails