Jumaat, 31 Julai 2009

Tips2..

Salam..

Prinsip hidup aku adalah sentiasa menjadi pendengar yang terbaik..bila kita lebih banyak mendengar, kita akan mudah memahami daripada banyak bercakap. Sedangkan Allah ciptakan semua deria manusia itu berpasangan kecuali lidah. Hikmahnya, supaya kita lebih banyak memerhati, mendengar, melakukan kerja daripada banyak bercakap.

Bila hendak bercakap hendaklah jujur dan ikhlas. Kerana kalau kita dipercayai, segala apa yang dibuat menjadi sensasi. Orang menjadi percaya pada kerja kita. Orang mengkritik pun kerana menasihati. Bukan mengeji. So, banyak2kan diam daripada bercakap. Bercakap jika perlu. Teladani sifat rasulullah s.a.w. Banyakka bekerja daripada bercakap.

Dan bila bercakap, biarlah kerana kebenaran. Tapi bila melibatkan aib orang, hindarkan mengumpat. Jangan mengumpat...nanti kena balik kat kita. Dan siapa suka kena umpat? Mesti tak suka. Kalau tak suka diumpat, jangan kita mulakan mengumpat.

Politik kerja pulak, ikut saja selagi betul. Kalau salah, jangan terus boikot. Gunakan cara yang terbaik untuk menegur. Kerana yang membezakan kita dengan orang yang lebih berusia adalah pengalaman. Mereka tahu apa yang kita tidak tahu. Dan juga, jangan terlalu melulu dan menjadi 'pak turut'. Orang macam ni memang tak tahu bila betul atau salah. Main redah je.

Sebelum mengajar..mulakan pagi itu dengan bacaan al-quran terutamanya doa nabi Musa iaitu "Rabbi syrahli, sodri, wayassirli amri, wahlul ukdatan min lisani yaf qahu qawli.." Kan itu yang terbaik. Lepas mengajar, baca pulak tawakal. Sebelum tidur, baca pulak lagi Quran. Hidup dinaungi Quran memang berkat...

p/s: amalkan solat dhuha..

Layakkah aku menjadi seorang guru..

salam..

Mungkin provokasi dan mungkin ada kebenarannya..itu memang lumrah temuduga SPP..2 hari lepas, aku kena marah habis2 oleh penemuduga sebab menyokong PPSMI. Lantaran itu, aku terus dihujani pelbagai persoalan yang aku rasa terlalu mencabar emosi aku sebagai anak pejuang.. Bapa saudara aku terkorban kerana mempertahankan Sarawak dari penjajahan British pada satu ketika dahulu. Orang Sarawak yang tidak mengenali Rosli Dhoby,bukanlah boleh digelar orang Sarawak jika tidak kenal akan pejuang ini.

"Kamu ni orang Melayu ke?." "Kamu ni tak tahu malu ke mengaku melayu tetapi mengkhianati bangsa..pengkhianat.." "Layakkah kamu menjadi seorang cikgu?"

Saya orang melayu..tapi kalau saya terlalu memperjuangkan bangsa melayu, bagaimana dengan nasib bangsa lain yang sedang berpaut pada kapur dan papan hitam yang sedang saya ajar ni? Saya orang melayu yang memperjudikan diri mengajar di tanah asing yang kebanyakkannya orang melayu sendiri tidak sudi hendak pergi tetapi mengharapkan undian mereka untuk menang di kawasan parlimen masing2 untuk menang dan memerintah kerajaan..jadi menteri. Sapa yang lantik anda, orang bukan melayu jugak.

Saya malu mengaku diri saya melayu andainya saya gagal menghadirkan diri ditempat yang sepatutnya saya mengajar. Dan paling saya benci, adalah orang melayu yang guna kabel dalam kementerian untuk mintak pindah sedangkan ramai lagi cikgu lain yang perlu pindah ke tempat lain dan lebih memerlukan daripada cikgu melayu yang manja. Saya benci pada orang yang pindah tak ikut prosedur dengan menggunakan kabel.. Itu tidak adil dan pekara itu saya yakin Allah akan tunjuk kepada bangsa lain. Apa nak jadi dengan orang melayu? Saya malu dengan melayu yang manja dan lemau macam ni. Sebab itu melayu tidak pandai cakap bahasa orang lain. Asyik terperuk dengan kemelayuannya.. Saya tidak mengkhianati bangsa saya, saya cuma menjadi guru kepada bangsa yang berpaut pada ilmu saya. Tapi siapa yang meletakkan saya di pedalaman kalau bukan orang melayu?? Saya anak pejuang fan saya akan terus berjuang demi agama bangsa dan negara..saya lebih mencintai agama saya daripada bangsa saya.

Ya..saya tidak layak menjadi seorang guru.. sebab sy tidak dilahirkan terus memegang kapur dan menulis di papan hitam. Tapi saya sedang belajar menjadi seorang guru. Guru yang mengajar tanpa mengira nasib dan keselamatan diri yang belum tentu mendapat perhatian daripda kerajaan kerana terlalu jauh di pedalaman sehingga langsung tidak dapat dihubungi.. Sehingga saya sakit saya kena bergantung harap pada talian hayat yang agung..Allah s.w.t. Saya tidak layak menjadi seorang guru sebab saya pada asalnya adalah seorang manusia yang Allah lantik menjadi seorang guru untuk meneruskan legasi dakwah rasulullah s.a.w.. Saya bukan mengajar kerana saya ditempatkan oleh kerajaan di sana, tapi saya yakin ini semua pekerjaan Allah supaya saya bekerja hanya untuk Nya bukan kerana gaji!!!!

Saya bodoh dan tidak berpengetahuan tinggi sebab saya duduk di pedalaman yang kerajaan sendiri tak ambil peduli akan nasib bangsa ini. Tidak ada line talifon, tidak ada kemudahan asas seperti elektrik, air yang bersih. Tidak ada kemudahan jalanraya..hatta klinik pun satu haram tak ada. Apa tah lagi benda yang berteknologi seperti internet..semakin bertambah kebodohan saya yang tidak ada pengetahuan am macam tuan haji yang duduk di bandar, yang hidup mewah di dalam air-con, berkereta mewah, yang segala-galanya ada. Sebab itu semakin bertambah kebodohan saya. Sebodoh-bodoh saya, saya masih tahu akan nilai murni cinta kepada negara. Kenapa saya katakan cinta kepada negara, kerana setakat ini, 7 bulan sudah berkhidmat di Long Busang, tidak pernah saya merungut sehingga tuan haji mengatakan saya ini tidak layak menjadi guru. Susah payah saya mengajar kaum kenyah dan penan pandai membaca dan cintakan negara di panggil cetek? Sedangkan kalau ada melayu lain sudah akan mengatakan mereka ni bodoh.. Salah siapa kalau mereka tidak pandai membaca? Salah guru yang tidak mahu mengajar selepas di posting ke tempat pertama. Pindah..menyusahkan kami yang menggantikan masa guru tersebut.

p/s: aku dihalau terus dari interview

Sabtu, 25 Julai 2009

Catatan tiada bernama

Salamun alaik..
Salam dan selamat sejatera kepada semua yang mengikuti log aku. Sekarang ini, aku sibuk dengan persiapan untuk menghadapi UPSR. Semua ini telah mengurangkan masa untuk aku mencoretkan kata-kata di dalam blog ini. Subhanallah..pagi tadi aku sempat mandi-manda di hulu sungai Busang. Air yang nyaman dan tidak tercemar sedikit pun dengan pencemaran alam. Sempat aku ambil gambar sebagai kenang-kenangan aku di perantauan ini.

Ini gambar di hulu sungai Busang. Indah bukan? Subhanallah. Inilah yang dikatakan kebesaran Allah. Mana nak menikmati tempat sebegini kalau tidak mahu berkorban untuk mengajar di bumi terbiar ini. Disamping dapat elaun sukar, dapat jugak kita pengalaman yang tak dapat dibeli oleh elaun-elaun. So, jangan tolak penempatan yang pertama ni. Mungkin ada hikmahnya yang tersembunyi. Kerana Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Gambar ini diambil semasa nak pergi ke hulu Sungai Busang. Tak jauh dari sekolah. Makan masa dalam 15 minit dari sekolah ke tempat ini. Kalau aku bersama ustaz atau Cikgu Fadhilah, mesti selalu berkata `alangkah bagusnya tempat ini dikomersialkan untuk menjadi tempat perlancongan...”

Pengorbanan Ustaz muda dari semenanjung Malaysia bernama Ustaz Mohd. Fazli Bin Sarkon, yang berasal dari Johor, berkhidmat di sekolah Long Busang demi menyumbang ilmu kepada umat Islam dikampung ini. Bayangkan, ustaz baru sahaja melangsungkan pernikahan pada bulan 6 lepas dan terpaksa meninggalkan isteri di kampung semata-mata anak-anak Islam di kampung ini. Kami boleh kenapa anda semua tidak?
Wajah-wajah ini lah yang tidak pernah mengenal erti penat lelah mendidik anak bangsa. Bukan banggakan diri, tapi bayangkanlah, kami sanggup berhadapan dengan segala macam bentuk kesusahan dan kami tetap sabar walaupun tercalit kepayahan. Sebab aku yakin, ini adalah pelaburan yang terbaik untuk aku menuju akhirat yang lebih abadi. Gambar sebelah ketika aku dan rakan-rakan pergi kilang untuk membeli bahan makanan. Jarak perjalanan, 2 jam pergi balik.

Bentuk muka bumi Long Busang sepanjang perjalanan menuju ke kilang atau ke Putai. Bergunung-ganang dan berlereng bukit. Terdapat juga huma(ladang) di sepanjang perjalanan ini. Yang paling aku suka, bau hutan yang tidak terdapat di bandar yang besar. Satu kerugian kepada semua jika tidak dapat merasai pengalaman sedemikian rupa. Inilah pengalaman yang tidak mampu dibeli oleh semua. So, penempatan pertama nanti, janganlah terhegeh-hegeh menolak dan minta pindah secepat mungkin. Jangan menyusahkan kerajaan. Bagilah sumbangan yang terbaik dalam perkhidmatan kita. Jangan mengeluh, sebaliknya, bersyukur. Kerana Allah sayangkan kita.




















Cebisan gambar yang diperolehi ketika menyusuri Hulu Sungai Balui. Tiada kesan pencemaran di sekitarnya. Kederasan air sungai agak menakutkan ketika aku, ustaz, cikgu saiful dan cikgu sim memudiki sungai balui menuju ke hulu tangit. Tapi, itulah bayaran kepada pengalaman. Tiada dapat dibeli dengan duit yang banyak. Kepada guru-guru baru nanti, janganlah mudah mengalah kepada cabaran alam sekitar yang sebenarnya adalah tunjang kepada kehidupan. Hadapai semua itu dengan kesabaran. Kalau anda seorang muslim, inilah masa anda merapatkan diri dengan alam sekitar.

Berkisar dengan isra’mikraj yang, yakni perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram kepada Masjidil Aqsa, amanat yang paling agung yang Allah berikan kepada umat Islam yakni, solat 5 waktu. Sejarah solat itu sendiri ada berkaitan dengan solat yang dikerjakan oleh nabi-nabi sebelum Rasulullah. Sebagai contohnya, solat subuh dilaksanakan oleh nabi Adam a.s. Pada rakaat pertama, nabi Adam besyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam yang amat menakutkan baginda dan rakaat kedua adalah kerana baginda bersyukur kerana fajar telah menjelma.

Aku amat merindui ibuku..tapi ini adalah tugas yang mulia bagi aku. Berjauhan dengan keluarga. Pejuangan ini memerlukan aku untuk berjauhan dengan keluarga yang amat aku cintai. Lebih-lebih lagi ibu aku sakit. Harapan aku, Allah menjaga kedua-duanya bagi pihak aku.
Ini adalah sedutan sedikit daripada bahasa kenyah yang aku pelajari selama 7 bulan ini:

OMAN à MAKAN NTA à TIDAK YU à APA TELU à TIGA
PISU à CAKAP SOKAT à BOLEH JA à ITU NYAGUN-->TUMBUK
OBAK à MAHU ULIK à BALIK CHA à SATU NESEP à MINUM

Banyak lagi yang aku belajar, tapi inilah keunikkan etnik di sarawak. Tatabahasa Penan pula, tidak banyak, malahan menjangkau 3 patah perkataan saja. Huhu..
Selamat bertemu kembal di lain titipan kalbu ini....jazakallah..

Panduan kepada guru-guru baru

Perkhabaran dari gunung..
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah..dengan limpah dan karunia yang telah Allah s.w.t hadiahkan kepada ana, dapatlah lagi ana mencoretkan kata-kata dalam blog. Setelah menyepikan diri, ana terus dihujani pelbagai kerja sebagai seorang guru. Namun dapat juga ana, menitipkan sedikit kata untuk pedoman kepada BAKAL-BAKAL GURU yang bakal diposting selepas ni. Ada baiknya mendengar dan membaca pengalaman guru yang telah lama berkhidmat di pedalaman yang serba kekurangan.
Bayangkan, kita telah disuapkan dengan pelbagai teknologi dan kaedah untuk mengajar anak-anak murid kita. Bahkan, pensyarah banyak menekankan menggunakan ICT. Bayangkan..sebuah sekolah tanpa segala kemudahan tersebut. Haruslah kita kembali kepada kaedah konvensional, ABM dengan melukis dengan tangan sendiri. Malahan, alatan seperti LCD, kemungkinan susah nak didapati. Mungkin ada, tapi banyak lagi karenahnya. Rosaklah dan macam-macam lagi. Bayangkan, ini adalah cabaran yang bakal anda semua akan hadapi. ABM yang paling mudah adalah buat dengan lukis di kad manila@kertas mahjung. Yang paling malas..masuk kelas, guna kaedah `talk and chalk‘. Tapi berhasil juga sebenarnya, Cuma kurang sikit dari menggunakan ICT.
Bayangkan lagi kelengkapan yang terdapat dalam bilik darjah. Bilik darjah yang serba kekurangan. Kerusi dan meja pun daif. Tapi, itu bukan faktor utama sebenarnya. Kita hendaklah berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjadikan anak murid kita celik huruf!!
Setelah itu, berperang dengan suasana yang betul asing bagi diri kita. Bayangkan, anda tidak pernah makan makanan yang begitu pelik (tapi halal laa..) pun kena makan juga sebab itulah makanan ruji. Dan KFC, McD itu macam satu igauan yang amat indah jika dapat anda rasai. Kemudahan dan suasana yang berbeza dengan bandar. Jauh terpisah dengan kehidupan yang sesak. Di sini, anda mungkin akan lebih rapat dengan Sang Pencipta. Kerana asyik memohon nak minta pindah. Hehe..Jangan gelak saudara-saudari sekalian. Anda belum merasai apa yang kami rasa amat payah pada mulanya. Ana telah belajar sedikit dan merasa pengalaman guru-guru pedalaman P3. Semangat dan kekentalan diri menjadi sumber atau aset utama bagi seorang guru. Memang benarlah, guru adalah ejen perubahan. Gunakan kesempatan sepanjang berada di pedalaman untuk belajar jadi guru yang mulia.
Rasai dulu pengalaman dan kemanisan hidup sepanjang berada di pedalaman. Jangan gusar. Anda lebih dipandang mulia jika terus mengabdikan diri mengajar anak-anak bangsa di pedalaman. Tempoh Cuma 2 hingga 3 tahun untuk berkhidmat di pedalaman. Mungkin bagi kita terlalu lama. Tapi, tidak sebenarnya. Bila sudah ada feel mengajar tu, makinlah tidak terasa peredaran masa. Mungkin 3 bulan pertama adalah masa yang paling kritikal bagi guru permulaan ini. Tapi, percayalah, masanya tidak lama jika kita mengajar dengan sepenuh hati tanpa memikirkan selalu hendak pulang. Anda akan mencintai profession ini. Anda akan merindui semuanya nanti. Dan yang paling penting, tingkatkan hubungan anda sesama guru dan staf yang ada di sekolah untuk mengurangkan derita perasaan. Jangan lupa, adakan hubungan yang baik dengan orang kampung tanpa membuat onar. Jaga nama baik profession kita. Jangan terlalu mengikut emosi sehingga menyebabkan orang disekeliling tidak menyukai perbuatan kita. Pendek kata, di Institut Pendidikan Guru sendiri menggalakkan kita untuk bersikap terbuka dan ramah.
Sekian saja coretan ana. Sehingga berjumpa lagi pada masa yang lain. Wassalam.
p/s: ana bangga mengajar di pedalaman!!!
04 Julai 2009 (S.K LONG BUSANG, BELAGA)

Catatan IV

Salam dari lembah yang terasing…
Assalamualaikum.. semalam tak sempat nak mecoretkan kata-kata dalam jurnal awam. Sebab di bebani kerja dan kelas yang banyak. Semalam aku ada kelas SBT dan HIPERS pada sebelah petang dan malamya. Mengantok terus bila sampai rumah malam. Kadang-kdang aku hilang kata-kata.

09.07.2009

Catatan III

Salam kerinduan dari kejauhan..
Syukur kehadrat Allah s.w.t..kerana dengan izinNya, aku berupaya untuk mencoretkan kata-kataku lagi dalam laman blog ini. Walaupun post nya nanti agak delay, tapi, ini adalah catatan dalam kehidupan aku sehari untuk tatapan semua yang membacanya.
Sukan..itu akan jadi kegemaran anda semua khas para-para guru yang bakal ditempatkan di pedalaman kelak. Kerana inilah hiburan yang paling berfaedah disamping boleh merapatkan lagi ukhuwwah sesama guru di pedalaman kelak. Aku mula berkecimpung dalam sukan badminton sejak dari sekolah menengah dulu. Tapi sekarang makin aktif sejak di postkan di hulu-hulu begini. Inilah cara aku membuang masa dengan gerakan berfaedah. Aku beroleh ketenangan dan juga kegembiraan sekaligus. Kalah dan menang menjadi adat permainan. Jangan takut mencuba dan bermain.
Ada lagi yang seronok dibuat jika tidak minat bermain dan bersukan. Berkebun. Itu juga salah satu aktiviti yang berfaedah bagi mengisi masa yang terluang pada sebelah petang. Berkebun boleh dapatkan hasil pada satu hari kelak. Kalau tak mahu jugak, duduklah dirumah. Semak buku latihan. Fikirkan apa yang hendak diajar keesokkan harinya. Tak pun. Tidur saja. Terpulang pada anda mengisi masa yang terluang.
Tak pun cuba aktiviti-aktiviti yang biasa dibuat orang kampong. Menjala ikan ka, berperahu ka. Macam-macam aktiviti boleh dibuat jika kita benar-benar mahu mengisinya. Tepun dada, Tanya selera anda. Mahu tak mahu. Itu saja yang tinggal.
Petang tadi aku main badminton dengan rakan-rakan guru yang lain dan juga dengan orang kampong. 2 game aku main. Partner dengan Amai Li (Bapa kepada Li. Panggilan orang Kenyah kepada seseorang) lawan dengan Cikgu Saiful-Cikgu Faizal dan juga Cikgu Fadhillah-Amai Dorothy. Menang jugak akhirnya. Lama dah tak merasa kemenangan.
Mungkin sabtu depan aku akan kuar pergi kilang. Nak telefon dengan yang tersayang..my beloved mother n father..rindu woo..dan juga..dengan yang di***ngi selalu……..
Pembelajaran dan pengajaran hari ini pulak..aku dah mencapai kepuasan mengajar matematik tahun 3 bila 14 dari 15 pelajar yang kurang bijak dalam sifir 2 dan 3 dapat jawap soalan matematik aku. Hehe..majoriti dapat 15/15 dengan menggunakan kaedah garisan yang aku ceduk dari internet waktu cuti lepas. Alhamdulillah. Sekarang focus aku untuk mengendalikan sifir 4 dan 5 untuk pelajar kumpulan C ni. Kumpulan A dan B dan boleh mendarab walaupun salah. Yang penting konsep darab yang paling asas.
Yang paling tension sikit, mengajar murid-murid tahun 1 subjek sains tadi. Agak susah kerana confius dek warna@colour dan bentuk@shape yang mengelirukan. So, esok aku akan gunakan kaedah drilling. Aku target semua 90% dapat memahami dan hafal warna dan shape sebelum aku buat differentiate between objects.
Science for year 3, aku dapat buat inferences melalui observing aku, pupils can answer my verbal questions. Tapi tak tahulah bila masuk dalam penulisan nanti. Harap-harap aku dapat mengajar esok dengan lebih dari hari ini.Krew TV9 datang ke Long Busang hari ini. Aduh..aku kena prepare for surprise matter esok.bimbang depa akan menerpa ke kelas dan buat shooting.

p/s: aku rindu dengan masakan ibuku..
07/07/2009

Catatan hidupku II

Salam dari kejauhan..
Hari ini, ana semacam kecundang dengan perasaan rindu yang tidak bertepi kepada ibu dan juga ayah aku yang berada di kejauhan. Yang dapat aku lakukan pada saat dan ketika ini, Cuma doa yang dapat aku panjatkan kepada Allah agar kedua-dua mereka sihat dan sama-sama merindui aku di sini. Ini adalah dugaan yang paling besar sepanjang aku di Long Busang ini. Aku tidak kisah dengan perjalananan yang jauh dan memenatkan. Aku cuma risaukan kesihatan kedua orang tua yang aku cintai lebih dari segalanya. Aku cuma mampu berharap dan terus berharap kepada Allah s.w.t agar keduanya sihat dan dilimpahi rahmat kasih saying dariNya. Huhu..betapa aku rindu…
Dalam keadaan yang paling kritikal seperti sekarang ni, satu panggilan telefon saja boleh mengubati segala rindu yang amat ni. Cubalah ada line telefon kan..huuhuu..
Aku pasrah..jalan kedua adalah munajat kepada Allah..aku sering melambatkan pergerakan dalam solat wajib agar aku peroleh kekhusyukkan yang dapat mendamaikan keresahan yang bertandang. Itulah ubat yang paling mujarab bagi aku sekarang ini. Ditambah lagi dengan ayat-ayat cinta Allah kepada umat Muhammad, yakni al-quran, menjadi pengubat rindu aku pada mereka. Dan yang paling obvious sekali yang aku buat adalah menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti sekolah. Dengan ini, dapat juga aku meringankan sedikit beban yang aku pikul sekarang ni.
Lepas ini, aku akan buat penyelesaian kepada cara mengajar murid-murid yang berkesan bagi matapelajaran sains dan matematik. Sekarang ni, aku masih tersekat di bab PENDARABAN bagi murid tahun 3. Aku tidak dapat berganjak jika 50% murid masih tidak menguasai asas pendaraban. Tapi, kalau dah mencapai 75% menguasai, bolehla aku beralih ke topik bahagi pulak.
Masalah utama dalam menulis lesson plan adalah kekurangan tempat pada ruang yang disediakan. Buku perancangan pengajaran yang terbaru ni agak ringkas dan sudah mempunyai hari yang tercatit di atas kanan muka surat tersebut. Maka semua pengajaran pada hari tersebut akan diringkaskan pada satu muka surat sahaja. Jadilah lesson plan Sains aku seperti berikut:
THEME:
LEARNING OBJECTIVES:
LEARNING OUTCOMES;
AVA:
ACTIVITIES:
REFLECTIONS;
Ruangan yang terhad itu menyebab aku memendekkan bentuk lesson plan yang time kat Institut dulu panjang sampai 2-3 page. Ini dinamakan proses penyesuaian.
Kepada guru baru yang bumiputera, silalah mendaftarkan diri anda sebagai ahli KGBS, iaitu Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak atau Sarawak Teacher Union (STU). Sambil-sambil itu, hayati lagu Pendidik Bumi Kenyalang..

p/s: Aku rindu…..
06/07/2009

Catatan hidupku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kenapa kita hendak selalu bersyukur kehadrat Allah. Bahkan, kita sebagai orang islam disyariatkan untuk sembahyang 5 kali sehari semalam sebagai tanda syukur yang tidak terhingga ke atas segala nikmat yang telah Dia anugerahkan kepada manusia. Sebabnya, setiap satu yang dikurniakan itu, bukan datang dari kudrat kita, tapi sebaliknya, datang dari Allah jua. Alhamdulillah…syukur ku panjat kehadrat Allah, kerana dengan segala limpah dan kurniaNya, aku masih mampu mencoretkan kata-kataku. Biar pun bakal tertangguh (tunggu keluar dari Long Busang dulu baru dapat online) posting nya nanti, aku kuatkan hatiku untuk mencoretkan apa yang terbaik dari sudut hidupku sebagai seorang guru.
Hari Sabtu dan Ahad adalah hari relief untuk guru-guru di bandar. Mana tidak, hari inilah yang akan digunakan untuk bersuka ria, berlibur bersama-sama keluarga di shopping complex dan juga mana-mana tempat yang boleh mengurangkan stres dan juga tekanan kerja. Bagi ana, hari Sabtu dan Ahad di pedalaman adalah hari yang paling membosankan kerana tidak bekerja dan duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa kerja yang menarik. Teman setia, Komputer Riba ni. Yang sudi mendengar rintihan kebosanan yang tidak terhingga. Cara ana berhibur di sini adalah dengan mengajar. Jadi, ana biasanya buat extra class untuk anak-anak murid yang tidak pandai membaca. Maklumlah, profession ini dah sebati dengan jiwa ana.
Ana dan kawan-kawan akan buat apa saja untuk memastikan tidak dibelenggu kebosanan. Ada yang pergi seawal jam 7 pagi ke bilik guru untuk menyiapkan lesson plan. Lesson plan untuk 2 minggu akan datang lagi tu. Ada yang bangun seawal pagi dan membasuh dan membasuh kain baju yang bertimbun. Ada yang mengadap laptop. Macam-macamlah pe’el sahabat-sahabat ana. Ana pula, setelah solat subuh, ana terus tengok tv. Sampai jam 7.30 pagi, ana mandi. Lepas tu, ana terus berhempas pulas menyiapkan lesson plan yang tertunggak. Huhu..
Kadang-kadang, ana kasihan melihat sahabat-sahabat ana yang terpaksa berjauhan dengan keluarga. Lebih-lebih lagi yang baru berkahwin.!! Baru kawin dalam masa 2 minggu, pastu kena pulak berpisah selama berbulan-bulan lamanya. Kesian, tapi itulah. Pengorbanan mereka memang besar untuk anak-anak kampung ini. Ana berbangga dapat menjadi sebahagian dari komuniti yang mulia ini.
Isu nak pindah ni memang hangatlah di mana-mana sekolah di pedalaman. Si A nak pindahlah, si B nak pindahlah. Macam-macam karenah. Ada yang pindah sebab kurang selesa. Tapi, itu kira ok lagi daripada yang terus hilang entah ke mana. Tak lapor diri di stesyen. Macam-macam karenah. Banyak lagi siswazah yang menganggur di luar sana yang memerlukan pekerjaan. Kita yang dah dapat ni, senang-senang je nak tolak tawaran mengajar di pedalaman. Waktu kat Institut dulu, bukan main lagi kata sanggup. Penemuduga tanya, “Awak sanggup mengajar di pedalaman yang tidak ada apa-apa?”. Jawapnya, “Sanggup!!” Bila dah dihantar, hilang pulak. Ana pun hairan dengan sikap segelintir manusia sebegini. Suka sangat menyusahkan orang lain. Kalau dah dapat tempat mengajar tu, pergilah dulu. Lepas cukup setahun-2 tahun, pohonlah pindah. Tak lama masa tu. Pejam celik mata dah pindah dah. Masa itu bergerak wahai guru-guru sekalian. Jangan nak senang jak. Nanti diri sendiri yang rugi. Bak kata pepatah melayu, “Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian”.
Bagi seorang guru, saat yang paling indah adalah bila anak murid kita berjaya dalam hidup dan menjadi seorang manusia. Masakan tidak bahagia, kita telah membina dan memupuk nilai murni dalam kehidupan orang lain. Kitalah ejen perubahan kepada anak-anak ini. Jadi, janganlah mudah jemu mengajar. Ini adalah saham kita di akhirat kelak. Anak-anak berubah dari zaman ke zaman. Bagaimana pulak dengan kita. Dah bersedia untuk berubah??
p/s: ana bimbang dengan ayam yang ana goreng..huhu

05/07/09

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails