Selasa, 31 Julai 2012

Andainya ini ramadhan terakhirku...



Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah..

~Semalam aku terkenangkan amalanku diwaktu bulan Ramadhan.. Sesungguhnya, jarang sekali aku bersyukur di atas kesihatan yang baik pada bulan-bulan terdahulu. Allah bayar 'cash' dengan menghadirkan demam berpanjangan.. Batuk yang tidak sudah-sudah..

~Adapun ramadhan baru menjejak harinya ke 11.. Bermulalah fasa kedua dalam Ramadhan.. Aku memesan kepada diriku terutamanya, agar berusaha untuk mendapat kebaikan dari Ramadhan. Bukannya sekadar puasa yang meletihkan dan hanya berlapar serta dahaga dari hari kesekian harinya. Sekurang-kurangnya, ikhlaslah dalam bermujahadah kepada Allah. Sekurang-kurangnya, ikhlas dalam mencari rezeki. Selebih-lebihnya banyakkan istighfar kepada Allah.. Kerana, dengannya dapat menghapuskan dosa-dosa tanpa melalui perantaraan. Direct terus dengan Allah

~Adapun berkerja dengan ikhlas kerana Allah dinilai bagaimana kita menghuraikan ikhlas tersebut. Rezeki yang diperolehi dari Allah melalui pekerjaan kita, janganlah diselitkan MENGULAR seperti mengumpat, mencaci, dan berMUKABUKU pada waktu kerja.. Sebaliknya, carilah keberkatan dengan menyibuk diri dengan pekerjaan yang berfaedah dan boleh mendatangkan manfaat.

~Sengaja aku letakan surah al-Qadr bagi meningkatkan lagi prestasi MUJAHADAH kita untuk meraih kebaikan MALAM SERIBU BULAN.  Andainya ini Ramadhan terakhirku.. biarkan aku hidup sesaat di malam penuh keberkatan ini dengan dosa yang terampun ..... Allah hu ya Allah.. Allahu rabbi.. Lailla haillah.. Allahu Samad..

Isnin, 30 Julai 2012

Ramadhan 2 Zaman.. aduh celakanya nasib aku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers..

~Batuk dan selesema mencecah hari ke 30, bermakna sebulan dah selesema dan batuk.. Ubat dah makan, tapi bila hampir sahaja hendak kebahnya semuanya.. Ianya pasti akan bermula sekali lagi.. Keep rolled an on..

~Jum kita menghayati satu cebisan idea yang diilhamkan melalui lagu yang penuh keinsafan..

 Hayati liriknya wahai insan bernama MUHAMMAD KHAWAR HEZAZY BIN UTHMAN.. Buatlah perbandingan dengan amalan kau.. aduhai..celakalah nasibku..

RAMADHAN 2 ZAMAN


Ramadhan.. satu nasib tak serupa
Peluang nya sama, natijah berbeza,
Ramadhan mereka,
Gemilang cemerlang, mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami,
Malang terbuang , muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira, kerana kedatanganmu,
Kami gembira, dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al-quran
Tapi malam kami suram berdebur dengkur
Mereka berlumba mengejar ma’rufat
Tapi kami, lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap takwa
Jiwa kami gelap didera dosa,
Takbir mereka, takbir kemenangan,
Hadiah mujahadah sebulan ramadhan.
Takbir kami lesu tak bermaya
Kadangkala lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga..

Selasa, 24 Julai 2012

Bagaimana hendak mendidik anak menjadi insan SUPER?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....


~ Khalid Hafizi dah pandai duduk.. Umur 7 bulan 5 hari telah ditetapkan oleh Allah s.w.t untuk Khalid pandai untuk duduk. Sekarang Khalid dah boleh mengajuk suara dan bunyi. Merangkak apatah lagi, bekejar sana-sini Abie dan Umie disebabkan telalu laju Khalid bergerak. Alhamdulillah..

~Melihat perkembangan anak-anak membesar memberikan kebahagiaan yang tidak terhingga kepada seorang bapa dan ibunya. Begitulah barangkali kemungkinan ayah dan ibu kita sewaktu kita masih dibawah penjagaan mereka. Mungkin mereka lebih memberikan perhatian kepada kita kerana pada zaman mereka, INTERNET dan FACEBOOK adalah benda yang mustahil ada. Sehinggakan hiburan mereka cuma ANAK-ANAK.

~Ibu bapa zaman moden sekarang boleh share pengalaman melihat anak mereka membesar dalam rangkaian sosial yang sedia ada. Boleh memberi impak dan berkongsi pengalaman mereka dengan ibu bapa yang amatur macam aku dan isteri. Sedangkan pada zaman dahulu, ibu bapa kitalah yang berkongsi segala pengalaman dan mengajar kita untuk mengjaga anak. Zaman dah berubah.. Segalanya dah berubah. Anak-anak kita sudah tidak seperti kita lagi. Tumbesarannya cepat sehingga ada yang boleh menghafal al-Quran seawal umur 2 tahun jika ditarbiyah untuk ke arah itu. Renungkanlah, teknologi masih tidak mampu mengatasi didikan ibu bapa jika ibu bapa benar-benar mahukan anaknya menjadi cemerlang. Teknologi hanya bahan sampingan bagi meningkat perkembangan otak, namun pendidikan tradisional bermula dari ibu bapa sendiri. Sebab itulah Rasulullah bersabda, " Anak yang baru lahir umpama kain putih. Terpulanglah kepada kedua ibu dan bapanya mencoraknya. Sama ada Majusi, Nasrani atau Yahudi". 

~Apa yang paling penting ialah, DOA kedua ibu bapa kepada anaknya. Mohonlah kepada Allah agar diberikan kesihatan yang baik, bukannya hanya fizikal nya, doakanlah hatinya sentiasa 'sihat' dalam kehidupanya sebagai seorang MUSLIM.

~Aku bukannya pakar kanak-kanak..cuma berkongsi sedikit pengalaman mendidik anakanda sendiri sahaja. Ada ibu bapa lain yang lebih pengalaman dan lebih mantap mengajar anak-anak. 

~Rebutlah ganjaran PAHALA di bula Ramadhan ini.. Rebutlah selagi ada peluang untuk direbut. Sebelum nyawa menjemput kita pulang kepada Pencipta.. 

Isnin, 23 Julai 2012

rAMaDHAN OH rAMaDHaN 1433 HIJRAH

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.. aku merinduimu dengan sepenuh hatiku.. Biarpun ujian datang melanda, kehadiranmu tetap aku nantikan saban tahun..Demi meraih keampunan yang berlipat ganda. Selawat dan salam buat Habibullah, Muhammad Al-Mustapha. Biarpun diuji dengan pelbagai tohamahan, Allah tetap mengangkatmu sesuai dengan darjat kemuliaanmu..

~Assalamualaikum.. Marhaban.. Marhaban.. Marhaban ya Ramadhan.. Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah karuniaNya, diberikan aku kekuatan untuk mencoretkan kata-kata yang tidak seberapa. Semoga dengannya, kita beroleh manfaat dan dijauhi segala kesesatan dan kekufuran. Alhamdulillah, masuk hari ini 3 hari sudah kita berada dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Sebagai seorang guru, perlu bagi kita menerangkan kafiat puasa dan faedah berpuasa kepada semua murid jika ditanya. Selalunya, murid bukan beragama Islam akan kerap bertanya kenapa, mengapa dan bagaimana orang Islam berpuasa. Kita terangkan dengan berhemah supaya tidak timbul kekeliruan dikalangan murid-murid. Adakalanya boleh membantu murid kita untuk bersikap tolak ansur, seperti tidak makan dihadapan murid beragama Islam.

~ Ramadhan oh ramadhan.. Ramadhan ini datang dengan pelbagai ujian dan nikmat. Ujian didatangkan Allah seperti demam sejak mula berpuasa, batuk yang tidak terhenti, dan sebagainya.. Nikmat adalah, nikmat sebagai seorang IMAM , BAPA kepada anak kecilku dan SUAMI kepada isteriku. Masuk tahun ke-3 pernikahan kami. Ramadhan ini adalah ramadhan yang pertama aku bergelar ABIE.. Bapa kepada Muhammad Khalid Hafizi Bin Muhammad Khawar Hezazy. Adanya maksud nama tersebut adalah "PELINDUNG YANG TERPUJI LAGI YANG ABADI". Subhanallah, Maha Suci Allah...

~Ramadhan oh Ramadhan... Aku terkadang hairan dengan peel manusia yang terlalu bersembunyi dengan pekara yang boleh memudaratkan. Teringat dengan satu cerita, seorang isteri menyembunyikan kehamilannya sehingga keluarga si suami sendiri tak tahu dan tak perasan. Bila tiba masanya nak beranak, beranaklah dia di meja makan. Alahai.. itu sungguh menyusahkan orang lain. .. alasannya, nak suprise.. adoyai.. benda yang HALAL ini hendaklah kita sebar-sebarkan jika ada yang bertanya. Jangan baru nak jadi sesuatu baru nak bagitahu. Aku sendiri mengalaminya sekarang. Semua nak sembunyi, akhirnya kena ke batang hidung sendiri.

~Bulan Julai ini, hampir setiap minggu aku akan keluar dan bermusafir. Minggu pertama ke Miri untuk GTP V2.0, minggu ke dua ke SK Long Tungan, minggu ke-3 taklimat ABM Perjawatan di Miri, Minggu ke-4 mesyuarat ABM di Kuching.. Beerti, esok aku kena tinggalkan isteri dan anak untuk 2 hari seterusnya.. Hmm.. tapi, insya Allah, ada jalannya.. ini melibatkan periuk nasi aku sendiri. Dengan duit inilah,  aku menyara isteri dan anakku. Hmm...

~Bermusafir ke tanah tumpah darah inilah yang paling menyeronokkan.. Bila teringat dengan masakan ibu, semua penat lelah jadi tawa senda. bila terkenang anak isteri, aduh.. beratnya hati meninggalkan kedua-duanya.. Hmm.. baru lepas sembuh dari DEMAM anakanda ku.. seminggu lepas menjadi igauan.. Khalid Hafizi kena batuk dan selesema. menyebabkan pernafasannya menjadi kurang selesa. 3-4 hari dalam minggu lepas merupakan saat paling takkan ku lupakan, kerana itu mengajar aku erti sifat kebapaan.. Subhanallah..

~~Selamat BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T SEKALIAN~

Selasa, 17 Julai 2012

Catatan Kosong..

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,

17 Julai 2012.. selepas 17 hari dalam Julai baru sempat menjenguk ke dalam blog ini. Har apan dalam kenangan.. Terlalu sibuk dalam urusan dunia. Sehingga tak terjenguk kepada blog ini. Semoga kita mendapat manfaat dari segala kebaikan yang kita curahkan. Jangan mengharap manusia akan membalas segala kebaikan kita, tapi ingatlah janji Allah pasti untuk sesiapa yang percaya dan yakin kepada Nya.

~Minggu ini adalah minggu yang terakhir dalam Syabaan. Hari sabtu ini, kalau tiada diizinkan Allah, maka berpuasalah kita. Ramadhan pula menjenguk. Sudah kita persiapkan IMAN kita untuk dibersihkan? Sudahkan kita menyiapkan FIZIKAL kita untuk beribadah kepada Allah? Dan sudahkah kita mensucikan hati kita untuk kita bersama-sama menggapai maghfirahNya?

~3 minggu lepas Marudi dilanda kemarau berpanjangan. Mulalah kita sibuk dengan ketiadaan air. Merungut dan sentiasa menyalahkan cuaca. Tanpa meletakan harapan kepada Al-Haq. Kita terus menyalahkan cuaca jika berlaku ketiadaan air. Dan Allah mendengar rintihan kita. Dikurniakan Nya, hujan bagi menggantikan air-air di dalam tong air yang telah kekeringan. Setelah digantikan, diturunkanNya hujan 2-3 hari sehingga seminggu. Mulalah kita menyalahkan cuaca kerana apabila hujan, jalan jadi licin, air sungai akan keruh dan sebagainya.. Ya Allah.. betapa lemahnya imanku kerana tidak mampu menahan dugaan. Sedangkan rahmatMu melebihi apa yang aku miliki di dunia.

~Hujan dan panas adalah satu ketetapan dari Allah melalui apa rezeki yang telah diperuntukan. Rupa-rupanya, Allah meletakan hikmah di dalam setiap perubahan cuaca. Hikmahnya berbeza-beza dalam setiap pemahaman insan dan makhluk lain. Allah dan RasulNya lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

~Anakda sudah berusia 7 bulan.. sudah tumbuh gigi pada usia 6 1/2 bulan. Sudah mula merangkak pada usia  6 bulan. Sudah memulakan langkah berdiri umur hampir 7 bulan. Seronok melihat perkembangan anak kecil. terutamanya yang bernama anak sendiri. Terima kasih dan syukur kehadrat Allah kerana mengurniakan anak kepada aku dan isteri.. Semoga Allah menjadikan dia sebagai anak yang soleh, mujahid Allah pada keseluruhan hidupnya...




Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails