Sabtu, 15 Mei 2010

Hari ini, esok hari.. dan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bukan menghentam, tapi memuji perangai manusia yang kian biadap dan tidak ada sedikitpun perasaan hormat menghormati di antara satu sama lain. Yang senior, ego dengan senioritinya. Yang junior sombong dengan kelebihannya. Alahi.. andainya aku sekarang ini, tidak mahu hendak menjaga hati orang, semua dah aku tembak sorang-sorang. Tapi, ibunda selalu berpesan. Jangan bercakap kasar dengan orang. Merendahlah diri. Jangan salah guna silat.. terus masti niat nak marah..

Kalau di Kuching, mungkin aku dah pergi belakang rumah. Pergi carik batu-batu sungai atau atap-atap genting untuk dipecahkan. Bukan dengan menghentak di atas lantai, hentak guna tanganla jawapnya. Begitu cara aku meredhakan marah. Darah muda kata orang. Ikutkan hati, nak saja aku hempuk kepala orang yang bodoh macam dia tu. Tak ada budi bahasa langsung. Kalau tak ada budi, jawapnya kurang ajarlah. Ya.. kurang ajar. Tak pandai nak mintak betul-betul. Masuk-masuk terus menegak hak. Aku diam bukan tandanya mengalah. Anak melayu, anak Gayong pantang menyerah kalah. Berani mencabar, tanggunglah akibatnya.

Kalau di sini, papan kekunci di laptop inilah yang menjadi mangsa luahan hati. Bukan tidak mahu menegang urat. Kita hendak bekerja lama dengan orang. Ada masanya, kita merendah diri.. jangan dipijak nanti luka. Ikut resmi lalang. Ditiup kiri, kirilah. Kanan, kananlah. Kalau salah pijak, pasti berdarah. Kalau berani cubalah. Jangan hanya menguji dengan kata-kata. Uji dengan kekuatan.

Anak Gayong pantang dicabar. Kalau berani masuklah. Menang kalah lain cerita. Itu sudah takdir Yang Esa. Pantang mengalah anak melayu. Langkah masuk, penangan keluar.

Hari ini, 13 Mei 2010… Sejarah berlaku pada 13 Mei. Peristiwa yang semakin dilupai oleh rakyat Malaysia. Semakin dilupai, semakin ampuhlah tembok perbezaan etnik dan kebudayaan. Mungkin inilah yang diharapkan oleh Datuk Seri Mohd Najib dengan sarananan beliau, “1 Malaysia”. Budaya bangsa berbilang kaum. Menjadi aspirasi, Negara membangun. Semoga dengan ini, Negara kita semakin terus bertambah makmur.

Ramai sekali guru-guru silat merungut sekarang. Anak muda semakin berminat dengan kebudayaan bangsa. Sedang Negara kita berbangga dengan budaya bangsa, guru-guru tua semakin risau ilmu-ilmu budaya semakin tidak mendapat sambutan. Remaja seringkali mengambil keputusan untuk tidak mengikuti dan bersama-sama dalam mengekalkan budaya bangsa. Ramai sekali remaja terjebak dengan masalah sosial seperti merempit, bohsia, bohjan… isu pengambilan dadah. Remaja sekarang sebenarnya terlalu memikirkan keseronokkan. Sehinggakan terlupa akan keamanan yang telah dikecapi sekalian lama. Sedang kita berseronok sana sini, bangsa kita sebenarnya semakin hari semakin mundur. Kerana keseronokkan sebegitu menyebabkan muda-mudi kehilangan masa yang berharga untuk menigkatkan lagi ilmu pengetahuan. Apa gunanya jika seorang dua sahaja yang dapat cemerlang dalam SPM. Atau ratusan sahaja. Kerana, bilangan yang menduduki SPM bukan nya ribuan, malahan puluh ribuan. Di mana letaknya maruah kita, kerana remaja inilah yang seringkali kita kaitkan dengan pemimpin di masa hadapan. Kalau sudah pemimpin di masa hadapan sudah rosak, sudah pasti Negara akan rosak pada suatu hari nanti.

Bermula episod keruntuhan akhlak remaja sekarang ini. Zaman jahiliyah pada sebelum kedatangan Islam ke tanah arab. Bayi-bayi dibuang, ditanam,dibunuh. Sekarang lebih dahsyat. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, pastinya bayi ini dibuang kerana malu dengan masyarakat. Sedangkan masyarakat arab jahiliyah hanya membuang bayi perempuan, masyarakat kita pula, dua-dua. Lebih kejam dari binatang. Perbuatan membuang bayi ini kadang-kadang membuat aku rasa hendak memberontak.

Sekadar coretan…

Selasa, 11 Mei 2010

Keluhan demi keluhan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
Para pembaca yang budiman.. Terutamanya isteriku yang menjadi pengunjung yang setia blog aku.. Mencari redha dan rahmat Allah adalah menjadi kewajiban kita semua. Kewajiban yang tidak boleh disangkalkan. Redha dan rahmat Allah berada di mana-mana. Di kala hujan turun, ianya membawa rahmat dan perkhabaran gembira bagi makhluk Allah. Di kala panas terik, ianya membawa kasih sayang Allah yang tidak bertepi kepada manusia. Dalam kasih sayang seorang insan bernama ibu.. rahmat kasih Allah mencurah-curah kepada insan bernama anak. Dalam kasih sayang seorang suami, terdapat redha Allah dan syurga ke atas sang isteri.

Sehinggakan setiap satu amal kebajikan dan kebaikan manusia terdapat rahmat Allah dan kasih sayangNya pada pekerjaan itu. Guru yang mengajar anak-anak murid dengan kasih sayang merupakan satu rahmat. Seorang penyelia asrama menyediakan senarai makanan untuk murid-murid sekolah merupakan rahmat. Bahkan melakukan pekerjaan yang halal merupakan rahmat pada Allah.

Seorang Guru Besar merupakan ketua kepada semua guru-guru dan juga staf-stafnya. Menjadi seorang pemimpin yang memberi tauladan yang baik kepada staf juga merupakan salah satu cara mendapat rahmat Allah ke atas pekerjaan ini. Menjaga kebajikan staf merupakan salah satu tugasan kepada seorang Guru Besar. Seorang guru besar dipertanggungjawab ke atas tugas memimpin sekolah, bukannya sekadar menjadi pemerhati dan pengkritik, malahan guru besar patut turun padang sama-sama menggalas tugas memajukan sekolah.

Rahmat dan redha Allah merupakan skop perbincangan yang luas. Tapi, amatlah diingatkan. Aku adalah seorang guru dan seorang guru akan seringkali membincangkan skop tugasannya. Seorang doctor pula akan seringkali mengaitkan blognys dengan kaedah perubatan. Begitu juga dengan pekerjaan yang lain. Harap maklum..

Aku ingin berkongsi serba sedikit doa harian yang aku amalkan dalam solat. Walaupun aku tidak fasih berbahasa arab, berdoa dalam bahasa Malaysia jugalah memadai bagi aku. Kerana aku yakin Allah yakni tuhan kita memahami bahasa-bahasa hati setiap manusia. Doanya berbentuk begini;
“ Ya- Allah.. Tuhanku.. Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung.. Tuhan yang mencintai orang yang mencintai keindahan.. Tuhan yang memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya, Tuhan yang menghina sesiapa yang dikehendakiNya, Tuhan yang memiliki hati setiap manusia.. Bersihkanlah hatiku dari kegelapan dosa, Hiasilah budi pekertiku dengan sifat mahmudah, pagarkan IMANku dengan akal yang sihat. Kurniakan aku sedikit rasa kecintaan kepadaMu, agar aku bisa beribadat dengan kekhusyukkan dan cinta yang mendalam.. Anugerahkanlah rasa takutkan Mu.. Agar hatiku, jasadku, ruhku terus mentaati Mu setiap masa. Luruskanlah hatiku.. Luruskan pengamalan agamaku.. Agar tidak terpesong akidahku.. Dan ampunilah dosa-dosaku.. sama ada kesalahan yang aku sengaja lakukan atau tidak aku sengajakan. Ampunilah dosa kedua ibu bapaku, isteriku, saudara-saudaraku, mereka yang mengenaliku, meraka yang selalu menfitnahku,mencaciku, menghinaku dan sekalian umat islam..”

Diturut rasa hati, pasti hendak sahaja aku lari dari tugas dan amanah yang aku pikul. Terasa berat bebanan yang aku pikul di bahuku. Namun, ku tabahkan hati. Semoga dengan ketabahan ini, aku beroleh rahmat dan juga beroleh keredhaan Allah. Kerana redha Allah juga yang akan menyelamatkan aku diakhirat kelak.

Mereka hanya boleh berkata, tapi bolehkah meraka merasai apa yang aku rasakan. Mereka mengatakan bahawa aku sentiasa berfikiran negatif. Tapi, bolehkah mereka menyelami hakikat sebenar tentang kehidupan? Mereka hanya menjadi tugas ini sebagai satu kegembiraan, tetapi hakikatnya, tugas ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan dan boleh dipersendakan. Tugas seorang guru merupakan satu tugas yang mulia. Bukannya masuk kelas, bercakap tak sampai 10 minit, dan sekadar memberi latihan yang berpanjangan. Petangnya, setelah selesai dengan rutin harian, berehat di rumah dan juga bermain dan bergurau senda pada malamnya. Tugas ini bukan tugas yang boleh dipandang sebagai enteng dan boleh sekadar ‘cuci kaki’ semata-mata. Tapi tugasan ini memerlukan kemahiran untuk mendapatkan perhatian daripada murid-murid. Dengan perhatian yang diberikan, barulah dapat mendidik murid-murid. Bayangkan, seorang dipikulkan beban mendidik anak-anak dari setiap keluarga yang ada di Malaysia. Bukankah itu satu tugas yang berat. ?!

Setiap tugas dan pekerjaan mempunyai bebanan nya yang tersendiri. Doktor dengan tugasnya untuk memberi kepakaran dalam memberi khidmat nasihat berkaitan dengan kesihatan. Seorang polis dengan tugasannya menjaga keselamatan orang awam. Tentera dengan menjaga keamanan Negara. Semuanya susah dan tiada yang senang. Hatta jadi penganggur pun susah, kerana hari-hari memikirkan cara mendapatkan pekerjaan.

Minggu-minggu terakhir sebelum cuti pertengahan semester. Cuti yang boleh merehatkan kebanyakkan guru dari tugasan. Tetapi sebenarnya, Cuma satu keresahan yang mendalam kepada guru-guru tahun 6. Tidak dinafikan sekarang sekolah berasaskan pencapaian akademik semata-mata. Semua mengharapkan pencapaian supaya tidak jatuh SPR. Berbeza dengan corak pendidikan zaman dahulu. Yang gagal, tidak hendaklah mengulang sehingga Berjaya. Sekarang, tak payah ambil UPSR pun dah boleh masuk tingkatan 1. Sungguh berbeza corak pendidikan sekarang. Semuanya hendak mencapai sesuatu status. Dan status itu, sudah semestinya diterap dari system pendidikan barat. Bukan hendak mengkritik, tapi memang hakikat. Jadi, tugas seorang guru, kenalah menerapkan aspek kerohanian dalam kelas secara tidak langsung. Bawa anak-anak murid kita megenal Allah Yang Maha Esa. Bagaimana caranya? Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Guru juga merupakan manusia. Punyai hati dan perasaan. Punyai suka duka rindu. Bukannya komitmen hanya pada murid-murid sahaja. Komitmen pada keluarga. Kepada ibu dan bapa bagi guru lelaki yang beriman dan bertakwa, kepada isteri mereka, kepada anak-anak mereka, sosial di sekeliling mereka. Semuanya merupakan komitmen. Aku mempunyai komitmen terhadap bangsaku. Silat merupakan warisan bangsaku. Kalau aku tidak mempertahankannya, siapa lagi hendak mempertahankannya? Aku juga mempunyai komitmen terhadap dakwah agamaku. Siapa lagi kalau bukan kita yang dapat memberi komitmen terhadap urusan ini. Bukannya kita memberi komitmen untuk menambah lagi ‘koleksi isteri’.

Mencari calon isteri juga Rasulullah s.a.w menetapkan syarat. Tujuan baginda menetapkan syarat, supaya manusia tidak terjebak dalam cinta yang merugikan. Kenapa merugikan? Ini kerana, kalau hanya bersama untuk bercerai pada kemudian harinya, boleh mendatangkan kompilasi kepada keluarga dan juga anak-anak. Kita senang buat anak, tetapi bayangkan keadaan yang perlu di lalui oleh anak-anak yang tidak mempunyai keluarga yang harmoni. Sabda rasulullah, “pilihlah wanita atas kecantikkannya, keturunannya, hartanya dan juga agamanya. Sebaik-baik wanita adalah yang kuat agamanya”. Kenapa diletakkan agama sebagai keutamaannya? Sebab manusia beragama lebih tahu melayan suaminya berbanding dengan wanita yang selalu bersolek di depan cermin untuk orang lain, bukan suaminya. Dan juga, kebanyakkan wanita yang Rasulullah nikahi adalah bertujuan melindungi wanita tersebut daripada fitnah dunia. Bukan kerana nafsu, kecantikkan. Contohilah akhlak Rasulullah di sini. Dan kalau baginda mahukan perempuan yang masih dara, baginda mampu melakukannya. Tetapi, baginda mengambil janda sebagai isterinya. Dan ingat, tak pernah pulak aku dengar sirah baginda menyatakan baginda bercinta berkapel dengan anak dara lain. Nauzubillah..

Pernikahan itu adalah mengikat tali siratul rahim antara suami dan isteri. Menghalalkan apa yang haram sebelumnya. Pernikahan yang baik bermula dari pemahaman agama dari suami dan isteri yang baik. Andainya pernikahan itu sekadar bermaksud nak halalkan seks, maka seks sahajalah tujuan pernikahan itu. Tetapi, bila dah ‘puas’, alamatnya si suami ‘makan luar’ la pulak. Sebab tujuan nikah tadi sekadar menghalalkan seks. Punyalah jahat niat tu.

Dah beristeri bermaksud, kita para suami hendaklah mengawal diri daripada melakukan kesilapan yang besar yang boleh membawa kepada penceraian. Isteri mana boleh tahan dengan karenah suami yang tergila-gilakan wanita lain. Perumpaannya seperti memakan daging yang busuk sedangkan terhidang daging yang segar dan menggiurkan di depan mata. Isteri merupakan amanah dari Allah. Jagalah amanah tersebut dengan sebaik-baiknya. Jangan mengadakan hubungan sulit di luar dengan harapan untuk menggembirakan hati. Sedangkan Rasulullah menggembirakan hatinya bergurau bersama-sama isterinya. Dan andainya benar-benar dan bersedia untuk beristeri dua atau lebih, lakukan dengan cara yang baik dan berbudi bahasa. Lamarlah gadis itu. Jangan terus menerus di dalam keadaan menipu isteri. Nikahilah wanita tersebut dengan sebaik-baiknya. Kalau sekadar kapel tu, baik kapel ngan isteri yang sudah dinikahi tu. Topic berbual dengan isteri sudah semestinya banyak. Kerana suami isteri sentiasa berkongsi rahsia masing-masing. Orang yang mencari cinta dari perempuan lain selain daripada isteri mereka adalah lelaki yang tidak pernah merasakan cukup dengan nikmat yang Allah kurniakan padaNya. Macam orang yang tidak bersyukur dan tidak pernah puas dengan apa yang telah Allah berikan.

Menjadikan isteri sebagai landasan mendapat keredhaan Allah juga semestinya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “sungguh beruntung seseorang mukmin. Dalam semua pekara boleh mendatangkan pahala. Sehingga menyuapkan makanan ke mulut isteri juga boleh mendatangkan pahala baginya”.

So, muhasabahlah diri anda..jangan biarkan diri anda terus di dalam LEMBAH HINA.

Isnin, 10 Mei 2010

Peringatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Buat insan yang amatku sayangi.. Ibunda Sa’adiah Binti Salleh.. Tidakku mencari satu hari dalam setahun untuk aku mengata Selamat Hari Ibu buat mu..kerana terdapat 365 hari dalam setahun, mengapa perlu hanya 1 hari untuk aku mengingati segala pengorbananmu.. Maka..ingin sekali kunyatakan.. 365 hari itu adalah hari-hari untuk memperingati IBUNDA..

Hari ini, emosi dan mental aku terganggu dengan teruk sekali. Mungkin ini bukan masanya untuk berkongsi akan kesedihan hati.. Doa-doakan aku beroleh ketabahan…Amin..

Mencari ketenangan diri.. bukan mudah untuk memahami hakikat perjuangan. Memang sukar.. Aku sendiri beberapa kali kecundang dengan tipuan daya syaitan.. Mengikuti teleunjuk syaitan. Ikut kata hati tanpa merujuk kepada paduan akal. Adakalanya, terasa ingin saja aku lari tugasan ini. Ya..belum masuk 2 tahun bekerja, terasa tekanan kerjanya. Bila mana teringat kepada ibuanda..kelemahan itu menusuk bagaikan sembilu di hati ini. Melihat karenah manusia di sekeliling aku, membuat aku bertambah parah. Manusia yang kebanyakkannya pandai pada abstraknya, tapi sebenarnya bodoh pada akalnya. Termasuk aku sendiri. Bodoh dan tidak menggunakan akal.

Aku membaca tafsiran al-Quran pagi tadi. Rasa ingin ku jerit sahaja kepada meraka yang berkenaan dengan ayat ini, “Celakalah kepada pengumpat dan pencela” (Al-Humazah:1). Inilah ayat yang mencela perbuatan mengumpat. Dan pastinya para pegumpat itu, neraka jahanamlah tujunya. Berinsaflah wahai ummah..

Hari ini, aku ingin menyeru dan menasihati semua insan-insan yang bergelar WANITA 10 sebab mengapa dilarang memilih SUAMI ORANG.. Harap boleh dijadikan panduan supaya tidak terjebak dengan cinta PALSU LELAKI BUAYA ini

1. Suami orang itu tidak mampu sama sekali memberi komitmen dengan WANITA ini

Seseorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperolehi dari isterinya. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya dia berasa disisi kamu. Ini mungkin kelihatan sebagai seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah, itu hanya kata-kata manis sekadar untuk mendapat cinta kamu sahaja.

2. Sanggup menipu Isterinya

Sikap yang tidak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar suami orang ini tidak jujur dan amanah dalam melaksanakan hukum Allah dalam kehidupan rumah tangga. Dia sanggup mencari teman ‘pelepas rindu’ dan hiburan diluar seperti bersama-sama dengan kamu, berchatting mahupun berhubung dengan kamu apabila mendapati ada masalah atau pekara yang tidak memuaskan hati dirumahnya tanpa cuba mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si suami berhidung belang ini menipu isterinya. Ingat, si suami orang ini mungkin akan mengulangi sikap menipu dan tidak amanah ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. Hubungan secara sulit

Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuat kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yan indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga mahupun berjumpa. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri suami yang curang itu. Kelak, kamu sendiri yang kena serang isteri suami curang tersebut. (Bayangkan, si isteri itu orang silat. Tak pasal-pasal hidung kamu patah!!)

4. Lelaki lebih beruntung

Si suami yang curang tersebut dianggap lebih beruntung kerana pada masa yang sama tetap mempunyai keluarga yang sah dan tetap menyayanginya.Sebaliknya, kamu hanya berkongsi kasih dengan keluarga nya yang sah. Bak kata pepatah BUAYA DARAT, ‘Makan Luar’. Kamu hanya memberi maruah dan menyerahkan kehormatan kepada seseorang yang belum tentu dapat memperisterikan kamu. Sedangkan, masih mempunyai isteri yang halal tetapi sudah gatal mencari perempuan lain. Nilaikan sikap lelaki miang seperti ini.

5. Mampukah kamu mencintai nya?

Persoalannya, mampukah kamu mencintai lelaki yang tidak jujur dan tidak menghormati isterinya? Kamu sebenarnya hanyalah tempat memuaskan nafsu serakah nya yang tidak pernah puas. Dengan mengadakan hubungan sulit, menunjukkan bahawa si lelaki hidung belang ini merendahkan martabat wanita dengan menganggap wanita mudah dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar mencintai kamu, sudah pasti dia bersikap jujur dan berterus terang kepada isterinya dan terus melamar kamu atas alasan menghindarkan diri dari maksiat. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya adalah alasan yang tidak munasabah kerana bermula dari perhubungan sulit itu sudah melukai hati isterinya. Mampukah kamu mencintai seorang yang tidak amanah?

6. Suami yang hidung belang ini akan tidak menghormati kamu

Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta kepada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hatinya dia pasti akan memandang rendah terhadap wanita seperti kamu kerana mudah terpedaya dengan pujuk rayu nya yang ‘profesional’ itu. Siapa tahu, dia sekadar ‘test market’ sahaja, tiba-tiba kamu ini melekat pulak dah. Lelaki mana pula yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalu timbul soal dipermainkan.

7. Kamu adalah pemusnah rumah tangga orang lain

Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis dengan kamu. Dengan mejalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan hak kamu diganggu dan dirampas oleh orang lain? Sebaliknya kamu sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang, tak mustahil suatu hari nanti orang akan mengambil hak kamu.

8. Kamu menipu diri sendiri

Suami yang curang tadi sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan, “Pandai cakap, tapi buatnya tidak”

9. Berwaspadalah dengan KEsaLaHan Berulang

Kebanyakkan orang tak kira sama ada wanita atau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si suami Buaya Darat ini diketahui oleh isterinya atau saudara mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuat kamu terpaksa menanggung malu dan derita!! Haiiii..sayang ke mana kasih ke mana dah. Tinggal kamu sahaja yang menderita.

10. Masa itu emas dan kamu tidak sepatutnya mensia-siakannya

Hubungan kamu dengan lelaki yang sudah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu dah terjerat dan tidak boleh melarikan diri lagi. Lagi teruknya, sudah berbadan DUA ! Jika dapat melarikan diri sekali mana pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu buat. Terasa sia-sia zaman muda kamu dengan hubungan yang tidak bermakna!!

** Moga dengan ini, wanita –wanita di luar itu yang sedang hangat bercinta dengan suami orang boleh sedar akan kesalahan mereka ini. Dan ingatlah Allah berfirman, “Innallaha sami’un a’lim…” Sesungguhnya, Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mengetahui…

Ahad, 9 Mei 2010

Perjalanan Hidupku Sebagai Pesilat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 16 Mei merupakan sambutan Hari Guru buat semua insan-insan yang bergelar guru. Tak kiralah guru subjek apa sekali pun, mahu pun guru-guru yang tidak bertauliah, selagi anda bergelar guru, sambutlah sembah salam dari aku.. Semoga perjuangan kita dirahmati dan diberkati segala punca rezeki hingga ke akhirat. Sebelum memulakn bicara, ada baiknya kita sedekahkan al-fatihah kepada Rasulullah s.a.w., kepada ahlu bait, kepada khulafa ar rashidin, sahabat-sahabat baginda, kedua ibu bapa kita, kepada pencipta dan pengasas Silat Seni Gayong Malaysia, Allahyarham Dato’ Meor Abd. Rahman Bin Uda Md. Hasyim, guru-guru kita dan semua umat muslimin dan muslimat.
Al -Fatihah……

Aku merupakan guru sekolah. Dan aku juga merupakan Guru Silat. Bahkan aku tahu, aku lebih lama menjadi guru silat berbanding menjadi guru sekolah. Pengalaman yang aku peroleh daripada alam persilatan, aku gunakan sebagai landasan untuk aku menjalani kehidupan sebagai manusia. Aku sering dipesan, sama ada ibu dan ayahku, mahupun guru-guru silat aku, supaya ikut resmi padi. Semakin berisi semakin menunduk. Tunduk-tunduk berisi faedah. Dan aku juga mengikut pesanan guruku, ayahanda Cikgu Izhar Abbas (Panglima Singa Berantai Gayong), “ikutlah resam lalang, tiup angin ke kanan, kau ikut, tiup angin ke kiri kau ikut, rupa macam tak ada apa-apa, tapi orang masuk, pasti luka.”

Barisan-barisan guru-guru yang banyak mendidik aku menjadi aku sekarang seperti Master Ooi (Taekwondo) , Sensei Mohd. Sula (Pak Dillah Aikido), Master Edward (Karate-do), Guru Ehsan(Silat Paris Dendam), Cikgu Salleh (Paris Dendam), Abg Hamzah (Silat Gayong, abang aku sendiri), Pak Uthman (Spring 12, Ayahanda Kandung aku sendiri), Master Kim (Judo), Ustaz Hanafi dan beberapa guru-guru tua yang lain yang dirahsiakan nama atas dasar peribadi-peribadi dan permintaan mereka.

Barisan-barisan guru-guru Gayong, Cikgu Mufti Ansari yang aku hormati, Cikgu Kassim Samat yang aku rindui, Ayahanda Izhar Abbas, Dato’ Ismail Hj. Jantan, Cikgu Rasol Ghani, Cikgu Kahar, Cikgu Norazman, Cikgu Malik, Cikgu Hamzah, Cikgu Hamzah Tajuddin, Cikgu Jazwan, Cikgu Faizal (Pahang-merangkap partner keras aku), Mak Ngah, Cikgu Nordin (Kipas Emas), Cikgu Hairol (Melaka), Cikgu Mat Nor (Johor) dan banyak lagi guru-guru Gayong yang aku sanjungi dan kasihi. Tak dilupa, yang paling aku kasihi dalam pentadbiran PSSGM Kebangsaan, Ayahanda Dato’ Adiwijaya… Maaf andainya terlupa nama-nama cikgu-cikgu Gayong yang lain. Tapi, jasamu tetap ku kenang di dalam doa dan juga dalam latihan-latihan anak-anak murid aku.

Aku mengenal gayong dari Cikgu Mufti Ansari. Kebetulan beliau pada masa itu adalah gurulatih silat olahraga Negeri Sarawak. Ramai amat menggeruni Cikgu Mufti Ansari di dalam gelanggang tetapi begitu menyayangi beliau bila di luar gelanggang. Aku di perlimau tapak dan diterima menjadi anak Gayong oleh Ayahanda Cikgu Izhar di rumah Cikgu Kassim Samat. Cikgu Kassim merupakan guru gayong pertama yang official bagi perjalanan bergayong aku. Dengan keramahan dan dedikasinya beliau, menyebabkan minat aku terhadap gayong bertambah-tambah danterus menjadi darah daging dalam hidupku sehingga kini. Semuanya kerana Cikgu Kassim Samat. Terima kasih cikgu. Biarpun jarak ini memisahkan kita, amatlah dalam kerinduan untuk menjadi anak murid mu sekali lagi..

8 tahun sudah aku menjadi anak gayong. Itu secara teorinya. Secara praktikalnya, aku baru menjadi murid gayong 18 tahun. 10 tahun ‘tergantung tanpa tali’ kerana tidak ada satu pun gelanggang gayong di negeri Sarawak!! Masakan tidak bergelanggang, tidak mematahkan semangat aku, tetapi aku teruskan perjuangan meniti alam remaja dengan ilmu mempertahankan diri orang asing. Langkah Gayong bermula sekali lagi di sebuah pulau keramat, Labuan. Aku bersama 5 orang rakan-rakan aku, Kamarul Ariffin, Ali Fainur Zakira, Emirat dan Amrin (Sabah-Gerak Kilat) merayu kepada Cikgu Kassim untuk membuka gelanggang di Kolej MAtrikulasi Labuan. Aku menggunakan kedudukan aku sebagai Setiausaha Jawatankuasa Perwakilan Pelajar KML untuk membuka gelanggang dan direstui oleh Pengarah KML masa itu, iaitu Encik Ahmad A. Staun. Latihan bermula dengan 5 orang pioneer ini dan seterusnya membuka penyertaan kepada pelajar Matrik Labuan masa itu. Masih segar dalam ingatan aku, budi pekerti Cikgu Kassim dalam mendidik kami.. Sentiasa menjadi pedoman kepada aku untuk mengajar anak-anak murid aku di Sarawak. Dan, aku tidak menyangka bahawa langkah persilatan itu aku teruskan sehingga sekarang. Subhanallah..

Hang Tuah berlima, itu gelaran Cikgu kepada kami berlima. Kalau ada aktiviti yang dibuat oleh kolej, maka kami berlima dipanggil untuk memberi persembahan. Sempenan hari merdeka, sempena hari penerimaan sijil.. Kenangan indah bersama rakan-rakan. Dan yang paling puncak adalah persembahan bersempena Konvensyen Silat Borneo di Universiti Malaysia Sabah kampus Labuan. Buat persembahan itu, seorang dari anak murid Cikgu Kasim (tak ingatlah namanya, orang luar, bukan pelajar), buat demo pecahkan genting dengan menggunakan siku. Masa itu, aku ingat lagi, lepas saja pecahkan genting, terus abang tu pergi hospital, luka di siku sampai kena jahit 18 jahitan. Kata Cikgu Kasim, “baru mereka (penonton) tahu Silat Gayong dealing (berurusan) dengan benda yang benar. Bukan main-main, ” sambil tersenyum.. Kenangan..

Ingat lagi ketika hujung pengajian di KML, tercetus pergaduhan di blok sebelah. Orang yang pertama Cikgu Kassim risau adalah aku. Sebabnya bimbang aku tersalah guna silat. Tapi, aku langsung tidak tahu menahu tentang pergaduhan yang menyebabkan seorang insan yang aku hormati digantung pengajian di KML dan tidak Berjaya menamatkan pengajian disebabkan oleh pekara itu. Aku di antara mereka yang paling lewat balik ke kampung, kerana aku masih lagi mempunyai semangat nak belajar dengan CIkgu Kasim. Penghujungnya, satu tulang rusuk aku retak kerana terkenan tumbukan padu Cikgu Kasim. Tapi, aku merahsiakan dari pengetahuan Cikgu sehingga sekarang. Walaupun tulang patah, tapi tidak sama sekali mematahkan semangat gayong aku!!

Sebelum balik ke Kuching, aku dan rakan-rakan sepejuangan buat mesyuarat penubuhan PSSGM Petra Jaya dengan aku menjadi YDP Pertama. Malam tu juga, Cikgu Kasim menelefon Cikgu Mat Sudin di Lawas untuk bertanyakan Gelanggang Di Sarawak. Kebetulan Cikgu Mat Sudin adalah cikgu yang mengajar di sebuah sekolah di dalam Daerah Lawas. Biasalah, adat perantau, pasti akan kembali ke pangkuan kampung juga. Cikgu Mat Sudin tidak lama berada si Sarawak, Kalau tak silap aku, Cuma 1 tahun lebih sebelum kembali ke negeri beliau sendiri. Kalau hendak dikatakan CIkgu Mat Sudin membawa Gayong ke Negeri Sarawak, mungkin ada benar juga. Tetapi, hendak dikatakan satu Pertubuhan Silat Gayong Malaysia Negeri Sarawak, sudah semestinya tidak. Ini kerana, Cikgu Mat Sudin hanya mengajar di sekolah sahaja pada ketika itu. Kalau diimbas lagi, Allahyarham Anjang Juki, abang kepada mak aku, adalah salah seorang daripada anak murid Allahyarham Datuk Mat Lazim. Allahayarham pacik aku adalah inspektor polis yang bersara yang pernah menuntut silat di pusat latihan polis di Kuala Lumpur pada ketika itu. Dan allahyarham pakcik aku juga menuntut silat sehingga allahyarham habis berlatih di PULAPOL Kuala Lumpur.

Allahyarham Anjang Juki juga telah mengajar anak-anak dia dan anak-anak saudara beliau Silat Gayong di halaman rumah beliau. Abang aku adalah salah seorang murid terbaik beliau. Abang aku adalah salah seorang daripada guru silat aku. Jadi amat sukar hendak mengenal pasti siapa yang membuka gelanggang Gayong pertama kali di Sarawak secara rasminya. Mungkin masih ada yang mengajar Gayong tetapi tidak pula menamanya sebagai gayong atas alasan silat dari Tanah Melayu @ Semenanjung. PSSGM Sarawak hanya rasminya menjadi sebuah pertubuhan yang berdaftar pada 28 Disember 2008 dengan Ayahanda Uthman Bin Haji Ramli sebagai Pengerusi Pertamanya.

Sepanjang 4 tahun sebelumnya iaitu dari tahun 2004 sehingga tahun 2008, PSSGM Sarawak bergerak sebagai Pertubuhan Penaja dengan aku sebagai Pengerusi Penajanya. Sekarang, aku hanya memegang jawatan Setiausaha PSSGM Sarawak dan juga Pengerusi Majlis Gurulatih Negeri Sarawak. Jawatan di peringkat kebangsaan, Cuma Ahli Jawatankuasa Pusat PSSGM Kebangsaan dan juga ahli jawatankuasa dalam Majlis Gurulatih Kebangsaan.

Ada cerita guru tua berkaitan dengan kedatangan Dato’ Meor ke Sarawak tahun 1970 an. Masih lagi menjadi simpanan rahsia keluarga aku. Sebab kedatangan Allahyarham Dato’ Meor sempat singgah di rumah kampong aku di Kampung Gersik. Kebanyakkan orang-orang tua pada ketika itu, sudahpun meninggal dunia dan cerita akan kedatangan Dato’ tidak diturunkan kepada anak-anak generasi sekarang menyebab kebanyakan meraka ‘buta sejarah’. Mungkin ada anak gayong berminat dengan cerita ini, bolehlah bertanya kepada guru-guru anda tentang sejarah itu. Tidak ramai yang tahu kerana kebanyakkan ahli rombongan ke Sarawak pada ketika itu, sudah pun meninggal dunia. Seperti Allahyarham Datuk Mat Lazim, Allahyarhamah Cikgu Siti Kalsum… Al fatihah…

Perjalanan Gayong aku tidak mudah dan penuh berliku. Tiada sedikit menggunakan duit Gayong untuk tujuan peribadi, tetapi menggunakan duit sendiri untuk membangunkan Gayong lantaran cinta kepada warisan bangsa ini. Semua keluarga aku termasuk isteri aku, Dayang Khalizah Binti Awang Batu adalah murid Gayong. Dengan ayahanda sebagai Pengerusi, Ibunda sebagai Ibu Gayong Negeri Sarawak, Isteri sebagai guru/bendahari PSSGM Sarawak, adik-Mohd. Ehsan sebagai Gurulatih Kanan,.. semuanya Berjaya aku ‘Gayongkan’ sehingga dipanggil keluarga Gayong Sarawak. Apabila aku tiada, teruskan perjuangan kalian semua wahai anak-anak muridku. Jangan gentar, jangan takut..kita hanya takut kepad Allah, dan sentiasa taat setia kepada Rasulullah, agama, bangsa negara dan juga guru-guru kita.

Bukan hendak menunjuk diri, tapi terinspirasi oleh catatan oleh Master Mufti. Terima kasih atas inspirasi itu cikgu. Perjalanan silat kita biasa berbeza-beza. Tetapi adat pesilat sudah pasti akan diuji. 3 kali, itu jumlah aku pernah hamper disamun. Kali pertama, dari 5 penyamun itu, 3 berjaya aku heret ke Balai Polis (sijil penghargaan dari pihak Polis atas keberanian aku berani ke?), kali kedua 3 cedera parah dari 4 penyamun berbangsa Indon, seorang pecah muka (mungkin patah hidung), seorang kena hempuk dengan buku lima gigi depan patah, dan seorang lagi lengan terlurut dari engsel dan patah jari. Selebihnya, urusan abang aku dan kawan-kawannya mencari di sekitar Kuching.

Kali ketiga, tiada yang cedera. Cuma kereta Wira kesayangan aku, cermin depan pecah bagaikan dihempuk dengan batu besar sebab kena tumbuk dengan buku lima. Siapa yang buatnya? Aku sendiri.. Aku telah disamun oleh aku sendiri sebanyak RM1000(kos mebaiki cermin hadapan kereta).

Dah jiwa silat, darah daging pun silat. Lantaran itu, isteri aku juga pesilat. Beliau merupakan wasit juri bagi PSSGM. Alhamdulillah.. Seorang isteri yang memahami akan jiwa dan cintaku pada seni warisan ini.

Anak-anak murid seringkali ‘ditawar@pelawa’ memasuki silat-silat yang ada di Sarawak. Atas alasan kalau nak mewakili sekolah, mesti dibawah RSS. Pelawaan sebegitu memang menggiurkan remaja-remaja sekarang, tetapi atas didikan dan tauladan yang telah aku tunjukkan kepada anak-anak murid aku, semuanya menolak atas alasan cintakan Gayong ini. Subhanallah.. Mereka sama sekali tidak memilih jalan kesenangan, tapi memilih bersama-sama aku untuk memperjuangkan Gayong di bumi sendiri.

Dari gelanggang bernama Petra Jaya, kepada Khalifah Besar. Dan sekarang Gelanggang Pusat di Sarawak dinamakan sempena memperingati Allahyarham Rosli Dhoby pula diberi namanya. Barisan pertama yang masih kekal di gelanggang Rosli Dhoby:

1). Mohamad Ehsan Uthman@ Abd Rahman
2). Mohd. Nazrin Najdi
3). Awangku Nazimezatul
4). Musa Haslie

Ahli-ali selepas meraka yang masih kekal:

1). Shamyr Easmeth Alluwie
2). Shahrol Ramzany Alluwie
3). Nurhazizul Zulaihi
4). Abdul Hisyam Ahmad
5). Norhamirah Ngatiman
6). Eika Natasha Alluwie
7.) Dayang Niramizura Awang Nasir
8). Ira Adora Abd Razak
9). Mohd. Nursyafiq

Selebihnya, nama yang tidak disebut merupakan generasi ke 5 daripada mereka yang berempat di atas. Anak murid aku di UNIMAS dulu, kebanyakkan dah jadi CIKGU AKADEMIK. Batch pertama Gayong UNIMAS, tinggal aku seorang saja. Batch kedua adalah batch saudara berdua belas:
1). Dayang Khalizah Binti Awang Batu (isteri aku), seorang guru Pelatih KPLI-IPGM Khas
2). Azami Pon , seorang guru di sekolah S.M.K Riam, Miri (1 gelanggang)
3). Hazimin Josman, seorang pegawai Imegresen di Miri (1 gelanggang)
4). Nukiman Sahat, seorang guru di MRSM Betong (1 gelanggang)
5). Aldilah Jasni , engineer di Sabah.
6). Abd Hakim, pelajar jurusan kejuruteraan di UNIMAS.
7). Zuraida Wael, seorang guru pelatih KPLI di IPGM-Rejang, Sarawak.
8). Abe, seorang Inspektor Polis di Perak.
9). Luna ak Lium, bekerja sebagai ahli kimia di Sejingkat.
10.) Khaliza Senak, seorang guru di S.M.K Bau, Kuching
11). Atiqah Maidin, seorang guru sandaran si Sabah.

Itu nama yang aku ingat sebab sanggup berkorban apa sahaja demi Gayong yang tercinta. Alhamdulillah..bertemu jodoh dengan anak murid sendiri. Majoriti anak murid aku mengikut jejak aku menjadi seorang guru. Kecuali abd Azami dan Khaliza Senak, memang jurusan kedua-dua mereka di university dulu menjurus kepada pendidikan.

Selepas aku meninggalkan UNIMAS, Pengerusi kedua adalah Khaliza Senak yang dipanggil gelaran Kak Long. Seterusnya jawatan itu diserahkan kepada Abdul Azami. Selepas itu, jawatan Pengerusi PSSGM UNIMAS dibuat secara undian.. bermulalah episode kesuraman PSSGM UNIMAS yang pada satu ketika dahulu merupakan salah satu Persatuan mempertahankan diri yang paling digeruni dan dihormati pada ketika aku memegang jawatan PEngerusi. Mungkin disebabkan hubungan yang kuat dengan YDP MPP ketika itu, (saudara Roslan), menyebabkan PSSGM UNIMAS selalu mendapat ‘tempahan’ untuk buat demonstrasi.

Mula-mula nak buka gelanggang di UNIMAS, aku dengan bantuan Zulfikhar (Pika-pika), mengeluarkan notis menjemput semua anak-anak Gayong di UNIMAS untuk membuat satu perjumpaan di Kolej Kenanga ketika itu. Masih segar dalam ingatan aku, 29 orang yang hadir dalam mesyuarat itu. Rata-ratanya berasal dari semenanjung. Aku, Pika dan Dayang Tinggi saja yang rasanya orang Sarawak yang berguru dengan Cikgu Kasim. So, aku cadangkanlah penubuhan satu kelab/persatuan yang bakal didaftarkan ke HEP UNIMAS pada ketika itu. Adalah seorang hamba Allah yang merupakan senior aku dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Askar Wataniah berkata, “apa bengkung kau? “ Saya Cuma putih saja.

“Apa kelayakkan kau memanggil mesyuarat ini?” soalnya lagi.
“Kerana sayangkan silat Gayong ini..” jawapku semula.
“Apa kau ingat dengan bengkung yang warnanya putih, dan sekadar cintakan Gayong ini boleh member kau kelebihan buka gelanggang..?” sindirnya dengan suara yang agak kuat.
“Saya ada keberanian dan saya berani mati kerana gayong. Bagaimana pula dengan tuan?” tanyaku kembali..
Dia terus keluar dari bilik mesyuarat. Dan aku terus meneruskan mesyuarat tanpa mempedulikan karenah orang Gayong yang hasad dengki sebegitu.

Dalam mesyuarat itu juga, 2 orang pelajar UNIMAS mengaku telah mendapat bengkung merah. Ketika ditanya sijil bengkung, meraka menjawab,” tinggal di kampong”. Walaupun begitu, keinginan yang membuak-buak menyebabkan aku terus mempengerusikan mesyuarat dan dilantik sebagai Pengerusi Pertama. Bayangkan, selepas itu, hanya aku saja yang bekerja, keluar masuk ke HEP berjumpa dengan TNC HEP ketika itu, iaitu Prof. Sulaiman. Dan aku Berjaya meyakinkan Prof. bahawa aku punyai keberanian untuk membuka gelanggang Gayong di UNIMAS.

Kedua-duanya tadik datang dari aliran Silat Gayong yang berbeza. Seorang datangnya dari Pusaka Gayong dan seorang lagi datang dari Gayong Warisan. Walaupun berbeza pentadbiran, bagi menghormati aku, aku tetap menjunjung Gayong Malaysia sebagai pelajaran untuk semua pelajar UNIMAS. Pada ketika itu, aku hanya berbengkung putih.

Sekembalinya dengan senior PALAPES aku tadi, yalah kan. Budaya tentera, kalau sakit ati pergi panggil junior. Berkali-kali dia panggil aku, aku dengan melawan dengan tidak mahu pergi ‘melapor diri’ diunitnya. Aku tetap dengan pendirian aku, berani kerana benar.. Orang hasad dengki macam tu, tak patut kena layan. So, sampai sekarangla dia amat bencikan aku. What to do? Orang dah benci.. Aku buat selamba dek jak.. ada sekali aku terdengar ura-ura senior aku datang nak serang bilik aku. So, aku bersiap-siap lah. Kebetulan ada si Pika datang ke bilik. So, aku berbual-bual la ngan Pika. Aku bagitahu kat Pika,

“Kalau ada senior aku datang malam ini, biar aku yang selesaikan. Biar apa sekalipun, yang pasti senior tu takkan keluar lagi dari gate Kolej kenanga.”
Tunggu punya tunggu punya tunggu..tak juga kunjung tiba. Rupa-rupanya sewaktu aku berkata sedemikian, senior aku dah nak buka pintu bilik aku dah. Tapi terdengar aku berkata sebegitu, terus dia balik dome dia sendiri. Mungkin sebab aku ni orang tempatan kot.. (Kawan bilik sebelah yang bagitau yang senior tu tercegat depan pintu macam tengok hantu jak.

Nantilah..aku akan sambung lagi kisah perjalanan aku sebagai guru silat..

Sabtu, 8 Mei 2010

Keratan Akbar 08 Mei 2010

'Tidak amanah jika zalimi isteri'


2010/05/08
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Isteri perlu dilindungi daripada segala macam kemudaratan, malah kaum hawa itu berhak mendapatkan keselesaan hidup daripada suami, bukannya boleh diperlakukan sesuka hati sehingga mendatangkan kecederaan.
Peguam Syarie, Datuk Zaidi Zain berkata, setiap pasangan suami isteri mempunyai hak dan tanggungjawab masing-masing dan antara hak isteri ialah mendapat ketenangan hidup dan jaminan keselamatan bersama suami.


Menurutnya, sebagai ketua dan pemimpin rumah tangga, suami sepatutnya melindungi isteri daripada semua jenis kemudaratan, dari segala aspek fizikal mahupun spiritual.


“Jika suami melakukan kezaliman terhadap isteri, bererti dia sudah tidak amanah dalam menjaga isteri, malah berdepan dengan akibat dan hukuman daripada perlakuannya itu.


“Kemudaratan terhadap isteri, dengan apa cara dan alasan sekalipun, adalah tidak dibenarkan sama sekali,” katanya ketika diminta mengulas laporan muka depan Harian Metro kelmarin, mengenai nasib seorang wanita berusia 33 tahun yang patah kaki akibat dipijak suami.


Suami mangsa yang berusia 51 tahun itu dikatakan bertindak kejam memijak kaki wanita terbabit dengan but sehingga patah, malah turut menghantukkan kepala isterinya dengan topi keledar, menendang dan membelasahnya sekuat hati.


Dia memperlakukan isterinya sedemikian kerana geram dan gagal mengawal perasaan marah selepas menerima sepucuk surat daripada isterinya yang meminta cerai dan mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Akibat tindakan ganas suami, wanita terbabit cedera parah dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB), untuk mendapatkan rawatan. Zaidi berkata, seorang suami tidak boleh bertindak keterlaluan terhadap isteri, sebaliknya menggunakan pendekatan berhemah seperti memberi nasihat dengan baik sekiranya ada yang tidak kena berlaku pada diri isteri. Beliau berkata, dalam kes berkaitan perceraian juga seorang suami tidak boleh bertindak bersendirian dan sesuka hati membelasah isteri hanya kerana tidak bersetuju dan tidak dapat menerima kehendak isteri.


“Suami isteri kenalah ikut undang-undang dan hukum syarak yang diguna pakai. Apabila nak tuntut cerai ikutlah cara yang betul iaitu melalui mahkamah dan kalau tak bersetuju, suami masih boleh untuk membela diri.


“Apabila sesuatu kes sebegini dirujuk kepada mahkamah, tidaklah secara automatik mahkamah memberikan apa yang diminta isteri. Sudah banyak kes sebegini dan mahkamah tidak memberikan keputusan begitu mudah,” katanya.

p/s: Baru semalam aku postkan sal AMANAH dan CINTA

Sempat mengucap, sudah pasti syurga milik dia...

Maut isi perut terburai
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

2010/05/08
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: Dalam keadaan isi perut terburai selepas digilis tayar lori, seorang penunggang motosikal masih mampu mengucap dua kalimah syahadah ketika orang ramai datang membantu menyelamatkannya, semalam.
Detik kemalangan ngeri yang menyayat hati itu, bagaimanapun, berakhir beberapa minit kemudian apabila mangsa menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan berlumuran darah.


Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal bersendirian melalui jalan di Kilometer 38, Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Desa Tun Razak di sini.


Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan menuju ke Bukit Jalil di sini dipercayai terjatuh selepas bergesel dengan sebuah kereta dipercayai model Proton Saga di sini.


“Kemalangan itu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan dan tidak sempat bangun menyelamatkan diri. Pada masa sama sebuah lori tanah yang mengekori dari belakang gagal mengelak sebelum mangsa digilis di perutnya.


“Lebih mengerikan apabila mangsa diseret lebih 10 meter oleh lori berkenaan hingga menyebabkan isi perut dan daging tubuhnya bertaburan di atas jalan raya,” katanya.


Menurutnya, mangsa, Muhammad Qaiyyum Jamal Abd Nasir, 24, dari Taman Desa Tasik, Sungai Besi di sini masih bernyawa beberapa saat selepas dia digilis walaupun separuh tubuhnya hancur.


“Orang ramai yang mengetahui mangsa beragama Islam dan kebetulan ada yang mengenalinya sempat mengajar mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.


“Susulan kejadian itu, polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mengawal lalu lintas selain mengutip cebisan mayat mangsa,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.


Sementara itu, pemandu lori terbabit, Daymonds Mamertus, 35, memberitahu tidak sempat mengelak berikutan mangsa jatuh betul-betul di hadapan kenderaannya.


Menurutnya, kejadian itu pengalaman paling mengerikan dalam hidupnya sejak memandu lori hampir 10 tahun lalu apatah lagi dengan keadaan mayat mangsa yang amat tragis.

Sumber dipetik dari:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mautisiperutterburai/Article

p/s: Engkau dan aku, mampukah mengucap 2 kalimah syahadah sebelum meninggalkan dunia ini??

Jumaat, 7 Mei 2010

Fakta bukan auta

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman lagi bijaksana. Jumlah post aku setakat pada tarikh ini : 78 post.. Syukur kerana aku Berjaya mencoretkan kata-kata yang agak relevan dengan penulisan seorang guru. Barang diingatkan di sini. Aku bukanlah guru bahasa melayu. Aku seorang guru sains sahaja. Yang paling kurang bahasa puitisnya. Kata orang, ahli sains sentiasa memikir sesuatu dengan logik. Logik atau tidak, terpulang kepada diri kita hendak mempercayainya atau tidak.

Gaya penulisan yang tunggang langgang, kesalahan tatabahasa yang kritikal. Itulah kelemahan aku dalam bidang penulisan. Ayat yang tergantung, tiada maksud yang spesifikasi penulisan tidak mencetuskan daya kretiviti. Hanya kemahuan yang kuat sahaja tidak mampu untuk membina satu karangan yang bermutu. Apa yang aku tahu, aku hanya menulis mengikut kehendak hati dan apa yang aku rasakan benar.

Hendak sahaja menulis pekara berkaitan dengan agama. Tapi, itu bukan bidang aku dan aku tidak ada kepakaran dalam mentafsir al-quran mahupun hadis. Bukannya tidak berani, bimbang oleh kebodohan hati dan ketidakcahayaan hati dengan ilmu membuatkan pemahaman terhadap agama menjadi tunggang langgang macam post-post aku sebelum ini.
Pernah sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “ Ya Rasulullah, kalau aku buat segala yang wajib dan aku tinggalkan segala laranganNya, adakah aku masuk syurga?. Rasulullah s.a.w menjawab, Iya.” Kalau ditanya aku di mana datangnya hadis ini atau perawinya, sudah pasti aku jawap, “saya tak ingatlah”. Itulah dikatakan kebodohan kerana tidak mahu hendak mengingati pekara yang terpenting dalam menghujjahkan hadis. Bak kata orang kita selalu, “ Janji ingat..”

Blog ini boleh diumpamakan satu luahan hati dan perasaan aku sahaja yang duduk di pedalaman ini. Dikatakan berjuang, tetapi tersangatlah lemah hatinya menuntun keredhaan Allah. Dikatakan berjihad, tapi seringkali melakukan kesilapan yang berulang. Dikatakan berkhidmat untuk Negara, tetapi adakah ianya benar-benar jujur dan ikhlas kerana Negara? Dikata hipokrit nanti melenting tak sudah-sudah. Heb0h sana, heboh sini. Tak cukup kaki, muka pula hendak dibasuh. Hakikatnya, memang payah hendak menjadikan murid-murid ini sebagai manusia.. Kata guru-guru, “ingat senang ke ajar budak-budak ini jadi manusia?” Memang benar. Kami guru-guru berhadapan dalam membina produk yang HIDUP. Bukan produk yang tak bernyawa.

Elemen yang kurang dalam kehidupan kita, sikap yang tidak meletakkan kecintaan Allah segalanya dalam hidup. Semuanya dibuat kerana nafsu semata-mata. Kalau kita meletakkan Allah sebagai tujuan, sudah pasti kita tidak berani hendak MENGADU DOMBA, MEMFITNAH, MENGUMPAT, MEMBURUKAN PERIBADI INSAN LAIN, BANGGA DIRI, BANYAK BERCAKAP BENDA YANG SIA-SIA, MENGKHIANATI PERSAHABATAN, TALAM DUA MUKA DAN MACAM-MACAM SIFAT MAZMUMAH yang keji, jijik lagi hina. Kita tidak berani hendak melakukan kesalahan kerana sedar, setiap perilaku kita dicatat oleh malaikat-malaikat Allah. Firman Allah s.w.t: “Barang siapa yang melakukan kesalahan sebesar biji zarah, pasti akan dibalasnya juga”. (Al-Zalzalah:8)

Bila terasa tuhan di hati, pastinya kita sentiasa melakukan kebajikan dan meninggalkan kebajikan. Para ulama-ulama tersohor, kebanyakkan mereka ini pendiam dan bercakap bila perlu dan member kebajikan. Tidak banyak ketawa kerana risau hati akan gelap. Masalahnya, bagi umat akhir zaman dan sentiasa menjadikan alas an “manusia itu lemah”, membuatkan kita semakin berani membuat kesalahan. Sebagai contohnya, ada isteri yang halal, masih mencari perempuan yang haram. Memang lelaki muslim mempunyai kuota kahwin sampai 4. Tak salah dan itu adalah sunnah Nabi s.a.w. Kalau hendak dikaji semula, mengapa dan kenapa Rasulullah berpoligami. Tapi disebabkan akal dan selalu makan semut, aku hanya dapat menyatakan satu, iaitu sebab bukan kerana isteri-isterinya tidak cantik atau nafsu serakah semata-mata tetapi kerana ingin melindungi kaum wanita daripada ditindas. Maksudnya, berkahwin tu kena tengok jugak. Kalau dah ada isteri tu, layanlah isteri dengan sebaik-baiknya kerana Allah.

Dari melayan wanita lain yang bukan berstatus halal kepada kita, lebih baik melayan isteri yang memang sah dah statusnya HALAL. Kadang-kadang kita mengabaikan seruan Allah supaya membataskan hubungan di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim sebab alasannya tadi “aku dah kawin, takkan nak buat pekara tak senonoh kot”. Masalahnya, syaitan tu suka tengok manusia khayal. Kalau dah berdua-duaan tak kiralah dah kawin ke belum, sudah pastinya akan akan dihasut oleh syaitan. Peringatan kepada mereka yang sudah beristeri, isteri kita adalah amanah dari Allah. Dan Rasulullah s.a.w tidak pernah mencintai wanita lain seperti baginda mencintai Siti Khadijah, isteri pertama baginda. Sehingga pekara ini mendatangkan cemburu di hati Aisya terhadap Saidatina Khadijah. AMANAH DAN CINTA.

Mungkin pembaca mencari kaitan antara amanah dan cinta. Kalau kita ambil 1 contoh. Yang pertama adalah air dan yang kedua adalah gula. Air itu ibarat cinta dan gula itu ibarat amanah. Minum air kosong memang menjadi kewajiban manusia. Dan manusia tidak boleh hidup tanpanya. Begitu juga dengan cinta. Manusia tidak boleh hidup tanpa cinta. Kalau bukan kerana cinta, sudah pastinya kita tidak menikmati kehidupan seperti hari ini. Ini bukti kecintaan Allah kepada kita, hamba-hambaNya.
Gula itu pula amanah. Hidup tanpa amanah bagaikan satu kehilangan satu deria rasa iaitu kemanisan. Dari amanah lahirnya kemanisan iman. Bila menjalankan perintah Allah seperti solat, beerti melaksanakan tanggungjawab. Dan tanggungjawab itu adalah amanah. Begitu juga dengan isteri kita. Isteri umpama gula dalam kehidupan. Dialah sumber kekuatan kita. Gula merupakan sumber tenaga kepada manusia. Dan begitu juga dengan isteri kita. Isteri adalah sumber kekuatan kita. Berlebihan gula dalam kehidupan akan merosakan badan, macam itu juga kita wahai para suami. Mencintai isteri berlebihan sehingga membataskan cinta kepada pencipta kita juga akan memberi masalah. Timbul pula bijak pandai dari kalangan orang Melayu berkata, ‘sayang-sayang isteri, tinggal-tinggalkanlah.’ Nak tahu lebih lanjut, cuba sekali sekala berjauhan dengan isteri, bagaimana rasanya tuan-tuan?

hari-hari kita disuap dengan isu isteri kena pukul/dera.. Terfikir sekali sekala, zaman jahiliyah kembali semula ke? Itulah bila kita tidak menghayati agama. Agama sekadar matapelajaran untuk peperiksaan sahaja. manusia-manusia..

Bab poligami nak ikut sunnah nabi.. tapi bab-bab lain, ada tak ikut sunnah? Berpakaian, bergaul dengan manusia, sunnah berumahtangga?? Tepuk dada, Tanya iman. Kalau itu sahaja nak ikut sunnah nabi s.a.w., baik batalkan niat.
Mungkin kita pernah melakukan kesalahan. Tapi tidak beerti terus kita akan dipulaukan kerana kesalahan. Sedangkan orang yang melakukan kesalahan dan bertaubat daripada kesalahan meraka adalah lebih baik daripada orang-orang yang berilmu.
“Tangisan manusia yang merintih memohon keampunan daripada Allah s.w.t adalah lebih baik daripada zikir-zikir para abid”

Sedangkan Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba-hambaNya, inikan pula kita hamba-hambaNya.

Kawan jadi lawan, lawan jadi kawan. Begitulah pengibaratan kepada persahabatan manusia pada masa kini. Semuanya kerana nafsu tanpa disedari.

Sedarilah amanah kita.. dan cintailah apa yang patut dicinta. jangan seperti Pak Pandir,"Menang Sorak tapi kampung tergadai.."

Khamis, 6 Mei 2010

6 Mei 2010

06 Mei 2010
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
Pilihanraya Sibu semakin hangat terasa.. Tapi bukan itu menjadi topiknya. Blog ini tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik. Hanya sekadar kiasan untuk menarik perhatian.
Ibrahim Adham seorang ahli sufi berkata: “ Telah dating kepada aku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.
Lalu mereka berkata, “Kami wasiatkan kepada kamu 7 pekara, iaitu:

Orang yang banyak bercakap janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya
• Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmah darinya
• Orang yang banyak begaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan pada ibadahnya
• Orang yang cintakan dunia jangalah kamu harapkan sangat pada khusnul khatimahnya
• Orang yang bodoh janganlah kamu berharap sangat akan hidup hatinya
• Orang yang memilih berkwan dengan orang yang zalim janganlah kamu harap sangat kelurusan agamanya
• Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah ke atasnya


Semua kata-kata hikmah ini mungkin berguna kepada semua tak kralah guru atau penjawat awam yang lain. Sekadar renungan dan mungkin beroleh kebaikkan ke atas kebaikkan.

5 Mei 2010

5 Mei 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman. Bertemu kembali dengan idea dan penemuan bahasa yang kurang puitisnya dalam blog aku. Walaupun kesibukkan kerja menghimpit masa-masa aku, tetapi dengan adanya semangat perjuangan dalam diri yang tidak luntur dek masalah hati, aku dapat jugalah menitipkan sepatah dua dalam blog aku. Dengan pengunjung yang baru sahaja mencecah angka 3000, blog yang seringkali dikaitkan dengan pembaca yang rata-ratanya adalah guru, tak kira guru baru atau yang masih lagi di dalam mencari erti kata guru sebenar.

Mungkin titipan kali sekadar hendak menceritakan jadual perjalanan ekspress yang menjadi nadi utama dalam pengangkutan ke Kampung Long Busang, Belaga ini. Mungkin jarak perjalanan dari Kuching yang aku akan terang.

Kalau anda hendak datang ke Long Busang dari Kuching atau dari mana-mana bandar selain daripada Sibu, anda hendaklah mengambil bas ke Bandar Sibu. Kalau dari Kuching, tempoh perjalanan bas adalah 7-8 jam sahaja. Sebaik-baiknya, ambillah bas pada waktu malam kerana ianya lebih selesa dan memudahkan sedikit perjalanan kita seterusnya. Kalau hendak beli tiket bas tu, pastikan destinansi yang anda kena bagitahu kepada petugas kaunter bas itu adalah Sibu Wharf supaya anda dapat terus ke Terminal Ekspress Sibu.

Jika ingin menyingkatkan perjalanan dari 8 jam ke 45 minit, anda juga boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Jadual penerbangan boleh rujuk di www.malaysiaairlines.com.my dan www.airasia.com.my. Kalau menggunakan penerbangan, maka anda akan bermalam di Sibu untuk semalam dan akan berangkat ke Putai pada keesokkan harinya. Terpulang kepada pilihan anda.

Kalau anda mengambil bas pada 10.00 malam dari Kuching, berkemungkinan besar anda akan sampai ke Sibu Wharf pada jam 5.00 pagi. Di sini ada beberapa alternatif perjalanan hendak ke Putai iaitu destinasi sebelum ke Long Busang atau perhentian terakhir bot ekspres. Anda boleh mengambil ekspress pukul 5.45 pagi, 6.15 pagi dan paling lewat sekali adalah ekspres pukul 7.15 pagi. Ekspres-ekspres ini menuju ke Kapit. Di Kapit nanti, anda hendaklah ke terminal wharf Belaga untuk mengambil ekspres yang akan menuju ke Putai pada jam 11.00 pagi. Perlu diingatkan, hanya satu sahaja ekspres yang menuju ke Putai iaitu pada pukul 11.00 pagi.

Tetapi, ada alternatif lain yang boleh anda gunakan dari Terminal Sibu. Anda boleh mengambil ekspres dari Sibu terus ke Putai pada jam 8.00 pagi. Pastikan anda membeli tiket di kaunter yang betul kerana kalau salah pasti tidak dilayan oleh petugas kaunter ekspres. Ekspres ini biasanya digunakan oleh pekerja-pekerja yang berkerja di Jaya Tiasa di Putai. Jadi, jualan tiket dari ekspres ini agak laris tetapi anda tidak perlu berhimpit seperti ekspres yang anda ambil di Kapit.

Tempoh perjalanan dari Sibu ke Putai akan memakan masa selama 7 jam iaitu dari 8.00 pagi sehingga jam 3.30 petang. Ekspres ini akan singgah sekejap di Kapit selama 30 minit untuk mengambil penumpang dan akan meneruskan perjalanan setelah selesai di Kapit. Kesimpulannya, hanya dua sahaja ekspres yang akan menuju ke Putai iaitu dari Kapit jam 11.00 pagi dan 8.00 pagi dari Sibu.

Setelah sampai di Putai, anda akan meneruskan perjalanan ke Kampung Long Busang dengan menggunakan pacuan 4 roda. Kenderaan ini hendaklah anda tempah awal-awal kerana kalau tiada tempahan, maka anda akan bermalam di Putai. Oleh itu, tempahan kereta ini perlu dibuat sehari sebelum sampai ke Putai. Jarak perjalanan dari Putai ke Long Busang akan memakan masa selama kurang 4 jam sahaja. Anda akan menelusuri jalan balak yang digunakan oleh lori-lori balak yang besar untuk sampai ke kampung.

Setelah sampai di Long Busang, anda bolehlah menginap di rumah Ketua Kampung sebagai tetamu. Kemudahan seperti masjid juga disediakan. Jangan risau. Terdapat juga makanan halal kerana satu perempat penduduk di Long Busang adalah beragama Islam.

Jika hendak keluar dari ke bandar, anda mempunyai 2 pilihan sama ada hendak menggunakan ekspres pada pukul 4.30 pagi atau pada pukul 11.00 pagi. Kalau hendak menggunakan ekspres pada pukul 4.30 pagi, anda hendaklah bergerak pada waktu malam sebelumnya iaitu pada pukul 10.00 malam untuk sampai ke Putai. Dan kalau hendak mengambil ekspres pagi, bolehla bergerak pada jam 6.30 pagi dari kampung dan sampai ke Putai dalam pukul 10.30 pagi. Yang pastinya, ia memang meletihkan kepada mereka yang tidak biasa dengan perjalanan yang jauh seperti ini. Ini masih tidak sejauh di pedalaman Sarawak yang lain. Masih ada yang lebih jauh dari perjalanan ke Long Busang.

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails