Isnin, 29 April 2013

Pesanan Dari Hati Kepada Diri nya..

أسلام عليكم 

~Nasihat ikhlas dari seorang abang kepada seorang adik. Dari seorang muslim. Bukan kerana balas dendam atau benci. Bukan kerana sakit hati atau seumpamanya. Sekadar peringatan kepada diri sendiri dan peringatan kepada mereka yang ingin beringat. Semoga dirinya membaca titipan pesanan ini.. Aku mendoakan dirimu dirahmati Allah senantiasa. Aku juga mendoakan, bahagia lahir jika engkau benar-benar menghayati taubatmu...


~Carilah Allah dalam hati. Allah sentiasa bersama dengan kita sehinggakan sewaktu kita tidur Allah akan jaga kita. Carilah bahagia dalam cinta Allah. Kerana bahagia bukan diukur dengan kemewahan dunia, banyak anak, banyak harta, dan segalanya. Bahagia diukur dengan betapa kuatnya kita menghadapi dugaan dari Allah. Kesabaran menjadi sandaran kepada keutuhan iman.

~Carilah pasangan yang boleh membawa kita ke jalan yang benar. Jangan sekadar mencari pasangan yang "hensom", kaya. Namun miskin pada akhlak. Jangan cari cinta yang tidak kekal. Carilah cinta yang abadi. Cinta abadi sukar didapati, melainkan "melemparkan" diri ke jalan yang beronak dan duri. Carilah pasangan yang memimpin kita menelusuri jalan yang berduri dengan penuh rasa keimanan. Bukannya mencari insan yang hanya mempergunakan kita semata-mata.

~Jangan dikumpul harta dunia sehingga terlalu sayang akannya. Diperhiasi sehingga lalai bahawa ini adalah pinjaman Allah semata-mata. Rumah, kereta bukan harta yang boleh dibawa ke alam "SANA". Hanya amalan dan anak yang soleh/solehah sahaja yang boleh memberikan kita manfaat dikemudian hari.

~Jagalah maruah peribadi seolah-olah menyimpan segunung emas di dalam saku yang kecil. Jangan mempermudahkan urusan menjatuhkan maruah diri. Jangan dihampiri zina apatah lagi melakukan zina. Zina hanya mencampakkan diri ke lembah kemusnahan. Untuk kembali ke atasnya,pasti payah. Sekali sudah terjatuh, selama-lamanya hati terasa hina.

~Carilah Imam bukannya penyamun. Imam akan membimbing makmum ke jalan yang diredhai Allah. Penyamun hanya mencuri hati, namu, sama sekali tidak akan membimbing hati kita ke jalan yang diredhai.

~Bangunkanlah hati dengan qiamulalil. Penjarakanlah nafsu dengan puasa. Basahkanlah lidah dengan zikrullah. Terangi kepekatan duniawi dengan kalimah cinta Allah.. al Quran al KArim. berusahalah untuk memahami bahasa al-Quran. Kerana itu adalah bahasa syurga.

~Latihlah diri untuk menerima teguran. Latihlah jiwa untuk bermujahadah. Dan sebaik-baiknya, bergaul lah dengan ulama. Dan jangan mudah merasa diri adalah yang terbaik. 

Jumaat, 26 April 2013

Allah Ada Untuk Aku, Kau dan Dia : SalaM JuMaaT

أسلام عليكم 

Semoga Allah memberikan kita kebaikan dunia dan akhirat.. Semoga dengannya, hati kembali dengan lebih akrab lagi dengan tautan kasih kepada Allah s.w.t.

~Last friday in the month. Ditambah lagi dengan minggu gaji. Maka, dengan rasminya banyak yang akan keluar ke pekan untuk membeli barangan keperluan dan mengisi kekosongan hati yang lara yang ebrjuahan dengan keluarga. Namun, jangan dilupa, esok adalah cuti berganti kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia yang telah mengambil cuti tahun baru Cina 2013 yang lepas. Jangan liat pulak nak ganti. Dah cuti, bayarlah balik. Jangan pula dijadikan alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ibu bapa pun terikat sekali dengan kehadiran anak-anak mereka. Apatah lagi kita. Sama sahaja.

~ Minggu depan akan berhadapan dengan minggu pengudian. So, undilah dengan baik. Kepada guru-guru yang yang bertugas semasa pilihanraya, berkhidmatlah dengan jujur dan ikhlaskanlah untuk membantu negara. 

~Kalau kita berharap kepada manusia, maka Allah akan serahkan nasib kita kepada manusia. Kalau kita berharap kepada Allah, maka Allah akan bantu kita. Bantuan Allah ada banyak cara. Kadang-kadang kita tidak terfikir hikmah yang tersembunyi dibalik semua dugaan. Sebab itu, islam menganjur, jika menerima berita yang tidak berapa menyeronokan, ucaplah, "Alhamdulillahi ala kulli hal". Dengan itu, kita berasa syukur dalam masa yang sama kita redha dengan ketentuan Allah. 

~Agak goyah juga kalau kita sendiri yang berhadapan dengan ujian getir dari Allah. Kadang-kadang, kita tidak perasaan bahawa Allah dan hadirkan bantuan dengan secara tidak langsung. Kehadiran isteri yang solehah, anak yang soleh, sedikit sebanyak mengubat duka dan lara di hati. Kehadiran meraka bukanlah mudah hendak diketahui. Sebab itu kata pepatah arab, " Wanita adalah perhiasan dunia, sebaik-baik@ semahal-mahal perhiasan itu adalah wanita solehah". So, bersyukurlah dengan ketentuan Allah.


~Nak kata sedih sangat, taklah jugak. Tapi, kalau difikir timbang-balik, memanglah ada tercalit perasaan "kurang senang". Namun, kalau kita dah serahkan urusan kita kepada Allah, (setelah berusaha), kita kembalilah ke tikar sembahyang.. Mohon dan merayu kepadaNya untuk diberikan kemudahan. Tak adalah kecewa sangat bila sudah "meluahkan" kepada Rabbul Izzah. (Tuhan yang memiliki hati). 

Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna

Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmulah kesudahan (segala perkara)

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis.

 (Surah An-Najm 42 - 44)

~Renungan buat kita. Kalau kita bersedih dengan dunia, maka kita telah tewas dengan permainan dan fitnah dunia. Semalam ada di postkan berkaitan dengan "BERJUANG". So, dalam berjuang pasti ada halangan yang perlu kita tempuhi. Biarpun sukar dan payah, kita harus tempuhi dengan KPI matlamat kita adalah mendapatkan keampunan. Ulama berkata, "neraka dipagari oleh keseronokan dunia, syurga di pagari dengan dugaan dan kesusahan". Ada pula ahli sufi berkata, "mencintai Allah beerti memilih jalan untuk derita di dunia".

~Biarlah kita berusaha untuk membahagiakan orang lain. Semoga Allah berikan kita kebaikan di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat kelak. Selamat menunaikan fardu Jumaat. Kuatkan hati, teguhkan Iman. Senyum menuju mardhotillah.

~Aku terbuang di dunia, namun aku harap aku tidak terbuang di akhirat~

Khamis, 25 April 2013

Perkongsian dan perjuangan:

أسلموالكم ضن سلام سجاهترا 
Assalamuaalaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang singgah dan lalu-lalang di BLOG ini.

~Atas dasar ingin menimba ilmu, blog ini banyak dilawati untuk mendapatkan "LESSON PLAN" terutamanya yang ingin mencari subjek KHB. Adalah dengan ini, setiap satu sedutan dari blog ini, maka kongsilah ilmu tersebut dengan rakan-rakan seperjuangan. Ianya bagi memberikan perkongsian ilmu yang bermanfaat kepada semua rakan-rakan guru. Bukannya untuk kegunaan diri sendiri.

~Kita kongsi ilmu ya, jangan kedekut dengan ilmu. Kalau boleh, kalau dah ambil@ cedok maklumat, sedekahkanlah al-Fatihah kepada guru-guru aku yang telah mengajar aku membuat lesson plan tadi. Dan, sentiasalah bersyukur kerana setiap satu kesyukuran kita, Allah akan tambah lagi nikmat kita.

~Rakan-rakan guru yang dirahmati Allah.. kalau anda rasa anda sedang berjuang dijalan Allah, fikirkanlah balik penghayatan jalan tuan dan puan. Adakah benar-benar kita rasakan berjuang.... Renungan kita..




APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG (Qatrunnada) 
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan

Ya sebenarnya apa yang
Engkau hendak perjuangkan...


~~Jauhnya syurga untuk aku kejari.. HAsratku tak sampai, Tanganku tak tergapai langit yang tinggi~~

Jumaat, 19 April 2013

BAYANGAN NERAKA DI DUNIA~ BERHIJABLAH SEBELUM DIHUKUM ALLAH DI NERAKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. kepada semua bloggers yang sentiasa dalam rahmat Allah. Bersyukurlah, kerana setiap nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Semua nikmat itu bersifat sementara. Sementara masih punyai kekuatan, beramallah. Buatlah kebajikan sebanyak yang mampu. Bimbang esok, kita sudah terlepas nikmat yang dikecapi pada hari ini.

~Bahang pilihanraya semakin terasa. Esok akan ada penamaan calon. Bagi guru-guru yang menyokong parti-parti tertentu, jagalah diri kita. Jangan ada yang terjebak dalam jerat politik kotor. Kita sokonglah melalui undi. Undi kita menentukan hala tuju kerajaan kita. So, pesanan aku, gunakanlah segala kelebihan sebagai seorang rakyat untuk mengundi siapa yang kita rasakan layak memimpin kita. Setiap undi kita akan dipersoalkan Allah kepada siapa dan untuk apa kita mengundi.

~Tak dilupa jugak, hembusan eg-Tukar. Kepada guru-guru yang hendak memohon, hendaklah kita memastikan kelayakan kita sebelum memohon. Kalau cukup segala-galanya, mohonlah. Sekali lagi pesanan aku, jangan marah atau kecewa jika tidak berjaya. Lambat atau cepat, itu urusan Allah. Ini adalah takdirnya di mana kita harus berusaha tanpa menyakiti orang lain.

~Khutbah hari ini banyak berkisarkan kepada pemilihan calon yang baik untuk dijadikan pemimpin. Aku tertarik kepada salah satu teks khatib. "Ahli ibadah yang banyak bersedekah, tinggi amalannya, pasti akan kecundang ke neraka, jika selalu bercakap untuk menyakiti hati saudaranya". So, berhati-hatilah bila berurusan dengan hamba Allah yang lain. Kelembutan pasti akan menawan kekerasan. Ingat lagi cerita Saidina Umar Al-Khatab? Seorang yang bengis, akhirnya kalah dengan lantunan surah Thoha oleh adiknya. Nah, kau siapa berbanding dengan Saidina Umar?

~Kita masuk ke topik dakwah. Sedikit sebanyak, aku mendengar, keluh kesah sahabat-sahabat yang mendidik di sekolah bila berada di bangku sekarang. Ada yang cuba mendirikan syiar Islam dengan mengenakan tudung labuh, tapi lantaran teguran dari guru lain, membuat dia patah semangat untuk mengenakan fesyen tudung labuh. Cuba renung seketika. Muslimah yang berjaya mengenakan tudung labuh, beerti muslimah yang berjaya menegak hukum Allah dalam hati. Bertudung labuh dapat menyelamatkan pelbagai pandangan liar lelaki kepada wanita.

~Selain itu, pelbagai kemudahan kepada muslimah yang mengenakan tudung labuh. Antaranya, boleh meneruskan solat (jika dalam keadaan bersih) tanpa mengenakan telekung seperti kebiasaan (bagi mengelak tidak bersolat). Kebiasaannya, lelaki akan menundukkan pandangannya kepada wanita yang mengenakan tudung labuh. Sebab, malu Allah letak pada mata hati lelaki kepada wanita seperti ini. Namun, dalam keadaan begitu, timbulllah rasa iri hati kepada wanita yang lain yang prejudis terhadap agama sehingga mengeluarkan penyataan " kalau Islam pun, tak payah nak tunjuk sangat". Kalau itu teguran dari wanita yang beragama Islam, memang sah nak tempah tiket ke neraka.

~Mengapa ditimbulkan persoalan tudung labuh? Sedangkan Allah menuntut wanita menutup aurat sehingga melepasi pusat. Surah An-Nur Ayat 31, Allah berfirman, "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."


~Di mana lagi salahnya berpakaian untuk menutup aurat? Sekurang-kurangnya, ada niat dan melaksanakan pemakaian yang dituntut oleh agama. Oleh itu, muslimah yang ditegur oleh orang tak ada akal  sedemikian, janganlah berpatah semangat. Jadikan itu sebagai cabaran dalam mengenakan busana muslimah. Jangan gentar selagi benar. Hakikatnya, tudung itu adalah profil diri. UStazah zaman sekarang pun ramai yang pakai tudung kecik-kecik..alahai ustazah..di mana ilmu mu? 


~ Wanita oo wanita.. tutuplah aurat mu dengan sebaik-baiknya. Jangan didedahkan kepada lelaki lain apa yang sepatutnya menjadi hak suami mu. Jangan diserahkan kehormatan selagi tidak ada ikatan. Sepatutnya, lelaki yang benar-benar berkelayakan menjadi suami mu adalah lelaki yang boleh menahan diri daripada merobek maruahmu sebelum ikatan yang halal. Kebanyakan wanita zaman sekarang lebih mudah menyerahkan kehormatan kepada lelaki yang dicintai.. Walaupun tiada ikatan yang sah. Semuanya mudah tergoda dengan tuntutan dunia. Oh wanita.. Hidupmu lebih beerti jika Allah dijadikan panduan. Bukannya badan jadi korban. Bila mana sudah terkulai di tangan lelaki berhidung belang, mulalah hilang pedoman. Mohon keampunan kepada Allah. Tapi, bila mana "nafsu" membuak balik lantaran sudah terkena sekali, diulangi tanpa harapan untuk berubah. Selesai, mula menyesal, tapi sudah terlambat. 

~Aduhai lelaki, jagalah wanita dengan sebaik-baiknya. Jangan dinodai diri mereka selagi tiada ikatan yang halal. Jangan sesekali. Kerana, cuba bayangkan anggota keluargamu diperlakukan seperti itu? Bayangkan adikmu , kakakmu, anak saudaramu, anakmu sendiri terkulai di atas lengan lelaki bertopengkan SYAITAN? Hukum Allah pasti akan terkena pada diri sendiri jika sentiasa mengulangi perbuatan dosa. Itu sebagai teguran. Hindarilah selagi termampu. Jika tak mampu, dirikanlah MASJID DUNIAWI dengan ikatan yang halal. Jangan sekadar merosak, kerana hukuman Allah itu tetap dan pasti untuk PENZINA TEGAR.

~Itulah, kadang-kadang terlalu payah hendak mencari teman hidup yang mendambakan Allah dalam hati. Adanya cinta manusia itu bersifat sementara, jika disemai dengan rasa cinta kepada Allah, pastinya percintaan itu akan menjadi lebih indah dan berseri-seri.. Dan adakalanya, kita (lelaki) hendak yang suci murni. Dalam masa yang sama menodai gadis lain. Dan itu dijadikan alasan untuk mengikat hubungan yang berdosa dan haram. Lama-lama wanita akan rasa terikat.. "kerana kasihku turutkan jua..." Maka lahirlah generasi yang akhlaknya tandus dengan Iman..

~Hayatilah ISlam, ambilah Allah sebagai panduan, jadikan Rasulullah sebagai tauladan dan jadikanla al-Quran sebagai rujukan. Lembutkanlah nafsu dengan puasa. Kentalkan iman dengan ilmu.


~AKU ADALAH AKU. BERJUANG BUKAN KERANA NAMA, BERJUANG HANYA KERANA INGINKAN SYAHID DI JALAN ALLAH~

Jumaat, 12 April 2013

Sakiti hatimu dengan mengikis DOsa yang Bernoda di Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman,

~Hujan di Pekan Marudi sejak dari pagi tadi. Membuatkan tidur semakin lena. Ditambahkan lagi dengan penyelesaian masalah yang dinanti-nati sekian lama. Alhamdulillah, masih ada lagi harpaan untuk kita untuk memperbaiki amal ibadat kita untuk kegunaan pada hari PENGUMPULAN kita di YAUMUL MAHSYAR. Gunakan sebaik-baik hari ini untuk bermuhasabah diri, meningkatkan produktiviti iman kita untuk kesekian kali.

~Masakan hati tidak terusik, jika terjadi hal-hal yang menyedihkan. Masakan hati tidak bermasalah, jika tidak dilimpahi dengan "air bah". Nah, sebagai manusia, runtunan demi runtunan kehidupan kita harus tempuhi dengan keredhaan. Hadapi dengan kekuatan. Mohon dikuatkan hati ya.


~~Mungkin ini adalah nasihat kepada semua. Janganlah kita menyakit sesama saudara kita. Kita sendiri tidak suka disakiti. Maka janganlah kita menyakiti pula orang lain. Menyakiti itu termasuk, sakit secara fizikal dan mental. Kedua-duanya perlu dijaga bagi mejaga kemashalatan ummah. Sebagai guru sebagai contohnya, janganlah menyakiti anak-anak kecil jika tiada kesalahan yang telah terbukti bersalah. Kalau benar salah sekalipun, serahkan kepada mereka yang bertanggungjawab. Tugas kita mendidik, bukan menjadi hakim atau polis. Nasihat itu penting. Hukuman boleh menyedarkan, tapi ianya tidak memberikan impak positif, malah murid belajar untuk menjadi pendendam.

~Selamat berjuang kepada semua rakan-rakan Guru. Semoga berjumpa lagi~~


KU SERAH CINTA INI


Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah

Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Aku adalah aku sekarang
Biar terbuang tetap berjuang
Akan ku serahkan jiwa ini
Sepenuh hati dengan keikhlasan
Aku adalah aku yang sekarang
Ku serahkan cinta ini

Khamis, 11 April 2013

Kau pergi jua....

Assalamualaikum;

Kepada yang berkenaan

~~Tenang bertambah tenang. Tiada duka dan kecewa bernoktah di hati. Walaupun yang diharap telah "pergi", kami (my beloved wife, Mr. Khalid) tetap redha dan tidak sama sekali akan berdendam atau bermusuh. Datang dijemput, pulang dihantar. Tetap kami mendoakan kesejahteraan kepada beliau. Semoga Allah menghadirkan kehidupan yang lebih bermakna dan diberkati senantiasa. Insya Allah.

~~Bila terjadi hal seperti ini, ingat, Allah berikan kita kemudahan dan kesenangan untuk digunakan sebaik-baiknya. Mungkin disebabkan "kurang semangat" dan kurang berkeyakinan menjadi punca dan alasan. Sebab itu orang tua berpesan, " jangan berumah ditepi pantai jika tidak tahan dengan badai ombak".

~Diharapkan nanti bolehlah menjemput kami sekeluarga untuk meraikan hari bahagia. Kami tetap akan bersaudara dengan beliau sehingga mati, selagi lafaz ikrar "Asyhadu Alla Illa haillah, Muhammadur Rasulullah", maka tetap kita dalam nikmat persaudaraan. Cuma, tiada lagi "tautan hati" untuk kita.

~Kami (Mr Khawar n Mrs. Khalizah) sudah "tua" untuk mengetahui kisah sebenar. Bukan kanak-kanak bawah umur. At least, kami tahu sebab Allah dah bagitau. Hehe.. Lagu Ibnor Riza, "Kau pergi jua.." tengah bermai..haha

~~Jangan lupa jemput ya.. Hari bahagia sentiasa dinanti. ikhlas dari Mr. Muhd Khawar, Mrs. Khalizah and Mr. Khalid.

~Aku tetap tenang.. Sebab meyakini ini adalah datang dari Allah..kembali pun kerana Allah~~


Man Anta? (Siapa Kamu)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

~Hati tenang tanpa dirundung keperitan dunia. Malam tadi adalah malam yang indah setelah beberapa ketika. Allah memberi izin Nya untuk aku berperilaku tenang setelah sekian lama. Lautan hati bergelora kembali tenang. Bila mana meletakkan Allah pada tempat yang tertinggi. Alhamdulillah, aku mencadangkan, diulangi bacaan dibawah:


























~ Bacalah ketika hati dalam keresahan mencari hala tuju hidup. Tiada apa yang kita harapkan melainkan Allah jua dalam hidup. Sebagai seorang guru, kita tidak terlepas dari membuat masalah dan kesalahan. Kita bukanya nabi yang berifat maksum dari membuat dosa. Kita tetap manusia biasa. Andainya kita mempunyai masalah, jangan libatkan masalah tersebut dalam majlis ilmu kita yakni bilik darjah. Biarlah masalah diletakkan di mana tempat yang sepatutnya. 

~Sekali lagi, didiklah hati sendiri. Allah berfirman, "“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11 --- So, jangan harap orang akan tolong kita mengubah apa-apa sahaja tentang diri kita. Kalau hendak berubah ke arah kebaikan, kena bermula dari diri sendiri. Jangan mengalah ketika hendak berubah. Syaitan dan nafsu adalah umpama duri yang menandai likuan perjalanan kita. Kawan-kawan juga penyumbang kepada masalah. Kawan-kawan jadi tembok kepada perubahan. Dugaan datang tak bertanya. Pergi, jika kita bersabar.

~Pesananku kepada semua guru, jangan berdusta kepada sesiapa sahaja kerana dusta itu pasti akan kembali kepada diri sendiri. Sebagai manusia, kita pasti akan merasakan bahawa kita benar, tapi hakikatnya kita berdusta. Kepada siapa kita berdusta sebenarnya? Kalau bukan diri sendiri. Kalau kita berlaku tidak jujur, maka Allah akan jadikan peribadi kita tidak lurus. Sentiasa dirundung masalah yang berpanjangan. Hati yang sentiasa resah. Hidup yang tidak berkat. Semua yang dibuat, seolah-olah hilang keberkatan. Harta dunia yang dimiliki, macam tidak mencukupi. Jujurlah walaupun jujur itu agak "sukar" pada akhir zaman ini. Sikap jujurlah yang akan meninggikan kedudukan kita pada masa akan datang. 

~Tinggikan martabat kita setelah jatuh tersungkur. Tiada yang membantu kita ketika kita jatuh. Ingat itu.. tiada yang membantu.. Begitulah aku jatuh pada 7 tahun yang lepas. jatuh tersungkur di pintu Jannah Allah. Berusaha untuk bangun semula. Terasa amat payah.. Tapi, ketika itu, harapanku hanya pada Allah. Mungkin kisahku tidak pernah diceritakan di sini. Lain kalila.. Hehe...

~Kuatkan semangat ketika rebah. Jangan mudah mengalah dan menyalahkan orang lain di atas kegagalan kita. Allah beri ruang dan peluang untuk kita berubah. Hendak berubah  bukannya mudah. Beerti kita akan memulakan kehidupan baru tanpa "keseronokan" yang telah melalaikan kita sebelum ini. Tetapi, pastikan orang yang membimbing kita adalah mereka yang dekat dengan Allah..Orang yang Soleh. Jangan pilih yang bertopengkan agama sebagai teman. Yang menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. Berhujah dengan hadith, tapi niat untuk merosakan iman kita. Yang hanya mahu sesuatu dari kita. Tidak ikhlas dalam memberi nasihat. Bak kata orang putih, "tiada benda percuma dalam dunia".

~Rasulullah s.a.w pernah bersabda, " Jika bersahabat dengan tukang besi, nanti akan berbau besi. Jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, pasti akan berbau wangi". So, choose correctly kawan kalau hendak berubah ke arah kebaikan. Seronok di dunia, tak semestinya seronok di akhirat. Sengsara di dunia, tak semestinya akan sengsara di akhirat. Cuba belajar dari pengalaman. Kawan sewaktu gembira, Fuyooo.. manyak oo. Kawan masa menangis, berapa orang yang hadir ketika itu? Lelaki/wanita yang soleh, tidak akan merosakan sahabatnya bah mencintai sahabatnya lebih dari nyawanya sendiri. Lelaki/ wanita yang mengajak ke arah keburukan sebenarnya teman sejati kepada makhluk bernama SYAITAN. Berwaspada dengan tipu helah syaitan yang bertopengkan manusia. Berapa ramai dari kawan-kawan kita mengajak kita melakukan kebaikan? Kira dengan jari pun dapat. 

~Diri kena konsisten berubah@istiqamah. Kalau tak konsisten, bagaimana hendak berubah? Pernah dengar konsep bermujahadah? Kalau tak pernah, pergilah mentelaah. Aku tak arif dalam bidang ni. Carilah ustaz untuk bertelaah. Aku, cuma aku. Tak ada tittle ustaz. Cuma hamba Allah yang lemah lagi bodoh dalam ilmu Allah.

~Berbalik kepada profession keguruan. Ini bidang (keguruan) membolehkan kita berdakwah kepada diri, keluarga, murid , ibu bapa. Dakwah itu berbentuk nilai murni yang ada dalam Islam yang boleh diterapkan yang akan meninggalkan kesan positif dalam diri murid. Ini yang menjadikan murid menjadi seorang manusia yang punyai hati nurani bukannya berhati buas seperti haiwan. Bidang ini adalah bidang yang paling dekat dengan tugasan kita sebagai khalifah Allah. Menyedarkan murid tentang kebesaran Allah dalam mendidik. Kita ajar mereka untuk mengenal Allah. Percaya dengan Allah dalam segenap hal.

~Ini bidang dakwah.. Dakwah bukan semata-mata mengajak orang masuk ke agama Islam sahaja. Dakwah meliputi bidang yang besar termasuk keperibadian diri. Ajarilah murid kita mengenal dan menyintai malah mencontohi Rasulullah s.a.w. Menjadikan baginda sebagai model @ idola dalam hidup. Ajar mereka mencintai Rasulullah lebih dari diri sendiri, dan keluarga. Macam mana nak ajar, jika kita sendiri tidak menyintai Rasulullah? Fikirkanlah..

~Dalam membentuk murid, harus ditekankan kepada kepercayaan kepada Allah. Allah ada untuk memerhatikan setiap tingkah laku kita. Titipkan roh Islam. Bukan sekadar mengajar ilmu sekular. Sebab itulah, bab dakwah, kita harus memulakan dengan diri sendiri. Pakaian, akhlak dan budi pekerti kita mencerminkan diri kita. Cerminan ini akan terpantul dan menjadi biasan kepada murid tadi. Kalau seorang guru berpakaian kemas, murid secara tidak langsung terdidik untuk berpakaian kemas. Kalau kita bercakap temberang, murid akan terdidik untuk cakap temberang. Kalau kita berpakaian mendedah aurat, murid akan turut mengikutinya. 

~Kalau nak jadi terkenal dikalangan murid, baik tak payah. Cantik, gebu, hensem, montok..semua itu akan hilang ditelan masa. Solekan yang paling baik adalah dengan wudhuk. So, fikirkanlah. Ambil yang baik, jadikan sempadan. Jangan buang yang buruk, jadikan ingatan sentiasa.

~Forget past, live for today. Pray for tomorrow. Insya Allah, Allah still there for us. Selamat berjihad kepada semua guru-guru di luar sana. Ikhlaslah dalam mendidik anak-anak. Jangan hanya hendak "bergaya" dengan pelajar, sehingga rosak amalan seharian. Kerana, perhiasan (terutamanya wanita) yang indah, hanya untuk suami yang tercinta. 

~To my wife; "Thanks dear, for being there for me. Allah still love me.."

~~~Aku adalah aku sekarang, biar terbuang, tetap berjuang..ku serahkan cinta..pada Allah akhirnya~~


Rabu, 10 April 2013

Profilik : Hati Bersenandung

Assalamualaikum wkth..

~Hati berprofilik, tertanya-tanya diperlakukan demikian. Tapi, Allah hadirkan hati nurani yang teguh untuk berdiri menyatakan kebenaran. Allah hiburkan hati dengan senyuman yang tidak pernah berbelah bahagi dari permaisuri hati. Insya Allah, kalau itu yang kita rasa benar, kita cuba pertahankan. Maaf, jika ada hati terluka dengan post sebelum ini. Dalam arena dakwah, aku kena berani menyatakan benar selagi tidak bertentangan dengan syarak dan tuntutan agama.


~Kalau benarlah yang diberitakan oleh "firasat", maka benarlah telahan aku. Yang hak pasti benar, yang bathil pasti salah. Kalau benarlah, tidak menjadi halangan besar kepada hati. Kerana, aku ada Allah dan aku bergantung harap hanya kepada Allah.

~Monolog hati: " Jangan takut akan dunia, kerana Allah yang telah menciptakan dunia dan seisinya untuk semua makhluk manusia"

~Ada berita gembira yang bakal menyusul dalam bulan ini atau awal Mei nanti. Insya Allah. Alhamdulillah. Akhirnya.. Allah mengerti akan keperluan ku dan keluargaku. Tapi, harapanku, tiadalah dibuang yang telah dicipta bersama di bumi Dae' ini.

~Apa-apapun, kuatkan iman. Pertingkatkan taqwa. Senyum menuju mardhotillah. Innallaha maasobirin..~~

5 S yang merosakkan? (Sambungan II)

Assalamualaikum dan salam sejahtera;

~Allah berfirman yang bermaksud: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. (al-Baqarah: 120)


~Ini adalah sambungan dari artikel yang dipost mula-mula tadi. (http://www.insanwardah.blogspot.com/2013/04/5-s-dalam-kehidupan-yang-merosakan.html)

~Renungkan semula, kebenaran itu kadang-kadang payah untuk diterima. Kalau dilihat dari sudut akhlak, saban hari kita mendengar isu-isu yang menyakit telinga, menyakitkan mata dan juga menyakitkan hati. Untuk "S" pertama, "Screen" . Ianya berkait rapat dengan "S" yang terakhir iaitu, "SEX". Pornografi semakin berleluasa di masa sekarang. Kekangan demi kekangan, tapisan demi tapisan dibuat, namun masih juga tidak mampu untuk mengekang remaja untuk terus menonton FILEM BIRU ini. Ianya menambahkan lagi perisa dalam keruntuhan akhlak remaja dan belia pada masa sekarang. Hasil dari kajian menunjukkan,5 dari 10 remaja yang disoal mengatakan pernah menonton filem lucah. Menonton filem ini akan menyebabkan keinginan membuak di hati untuk mencuba. Cuba perhatikan kepada status remaja di FB, juga menunjukkan remaja semakin tidak segan silu untuk melakukan pekara yang tidak bermoral. Sedangkan, dalam senarai Friendlist, ada juga saudara mara yang lebih tua, tetapi saudara mara ambil sikap tidak tahu dan tidak mahu menegur kerana sudah menjadi pekara biasa. Alasan utama " ada mak bapak dia sendiri yang boleh tegur".

~Semakin ramai remaja ingin mencuba bukan kerana kurang didikan agama, tetapi kurang iman di dada. Saban hari kita melihat, ada remaja yang ditangkap berkhalwat, ditangkap kerana aktiviti seks bebas. Pasangan remaja semakin tidak segan silu @ tak tahu malu, berpegangan tangan, berciuman di khalayak ramai. Apa yang memangkinkannya? Dua pekara, IMAN yang lemah - agama dijadikan seperti baju dan juga terpengaruh oleh FILEM.

~Maka, tidak hairanlah, semakin banyak kes anak luar nikah, kes buang anak seumpamanya. Tidakkah itu menyakitkan mata, telinga dan hati bila melihat, mendengar ada anak kecil yang masih bertali pusat dibuang melata-lata, bagaikan SAMPAH! Sedangkan ketelanjuran itu berpunca dari hawa nafsu yang tidak mampu dikekang?

~Remaja yang berada di alam IPT yang paling banyak terlibat dengan aktiviti seperti ini. Mengapa? Bukan kerana kurang didikan agama,kerana ramai yang bertudung, dan selalu menghadiri usrah, malah ada yang bergelar "ustazah" juga terbabit. Mengapa? Sedangkan ustazah. Sebab mudah, Islam cuma dibelajar, bukan dipegang bagaikan mengigitnya di gigi geraham. Dan yang pasti, Allah tidak berada dalam hati. Mudah terpengaruh kepada pujukan dan bujukan nafsu, syaitan dan LELAKI. Bila hilang iman, diri tergadai dan ternoda. Namun, semua itu menjadi "biasa" bila diulang berkali-kali. Tidakkah ISLAM mengajar bahawa hukum hudud ke atas lelaki dan perempuan yang berzina itu, direjam dengan batu sampai mati dan disebat. (rujuk :http://alkhatab.tripod.com/bah1bab2hududfasal1zinaper1417/) Nauzubillah..

~Bagaimana dikatakan, kurang penghayatan, sedangkan seringkali datang usrah, ambil pendidikan agama di IPTA? Sebabnya juga kerana tidak berpegangnya kepada al-Quran. Kerana tidak takut pada azab Allah. Kerana berani melawan Allah. "La takrabuzina.." Jangan hampiri zina firman Allah, tapi hampiri juga dengan alasan berkawan, alasan tugasan.. alasan, kesepian. Alasan FITRAH MANUSIA. Sedangkan Allah firman, Jangan Hampiri Zina, apatah lagi buat zina. Larangan Allah seperti ini, macam "gula-gula" bila hati dah bertaut dengan NAFSU. Sekadar mainan di bibir, bukan tercalit di IMAN dan HATI.


~Bila dah terjadi, seperti penyakit kelamin, penyakit AIDS.. barulah menadah tangan. Tapi, alhamdulillah, Allah berik penyakit sebagai pertanda bahawa Dia masih memberi peluang untuk bertaubat. Bagaimana yang tidak serik? Kalau tiadalah taubat, .. hmm




Tetap juga mendedahkan aurat jika diperhatikan.
~"SPORTS" - kenapa sukan termasuk? Sedangkan sukan itu baik untuk kesihatan. Sukan itu digalak oleh Rasulullah s.a.w kata kita. Tapi, adakah Rasulullah s.a.w bersabda untuk membenarkan sukan itu dijalankan dengan membuka aurat? Adakah sukan itu dibenarkan di antara muhrim dan bukan muhrim? Adakah sukan itu membolehkan yang bukan muhrim menatap lentuk badan ketika bermain? renungkan seketika.. Kita merasa seronok ketika bersukan. Dalam seronok, aurat kita terdedah kepada orang yang bukan mahram kita. Maka, timbullah sifat ingin tahu dalam diri seorang bukan mahram tadi. Dan, esoknya yang bukan mahram terus mengajak untuk bersukan, dengan harapan dapat melihat lebih. Berlanjutan, sehinggalah kita jatuh hati. Dan terus sentiasa berhubung. Berhubung sehingga menjadi hubungan serius. Sedangkan si bukan mahram sekadar "ingin tahu". nah.. bila dah cinta, "lautan api sanggup di redah". Bila dah tergadai, barulah membuka lembaran yang lama kita tinggalkan. Barulah nak sedar keterlanjuran kita. Yang sedia baik, mahukan daging yang buruk. Begitulah perumpamaannya. Sampai bila hidup hendak dirundung dengan dosa?

~Matlamat tidak menghalalkan cara. Mana jalan kita pilih? Syurga atau neraka? Semua bergantung bagaimana kita memilih untuk pergi. Jangan mudah selesa dengan kemudahan yang Allah bagi. Semuanya pinjaman semata-mata. Bila dah ditarik nikmat, barulah kita sedar. Tapi, bila Allah bagi lagi, mulalah lagi sikap lama yang sukar dikikis. Kita manusia yang seringkali tidak serik. Sentiasa mengejar keseronokan dunia, akhirat malap dipenghujung. 

~Rosaknya iman kerana terlalu inginkan keseronokan. Menangislah untuk kembali ke jalan pulang. Sekali sudah kembali kepangkuaNya, lenalah dalam tangisan taubat NASUHA! Ikrarkan untuk tidak kembali ke jalan durjana. Insya Allah, Allah akan bantu.

~~Aku hanya ada Allah dalam segenap pelusuk diriku..tanpaNya, tiadalah aku~~

5 S dalam kehidupan yang merosakkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang budiman.

~Kerja bermula dari jam 6.50 pagi. Bukan berniat nak menunjuk-nunjuk. Adakalanya, ingin juga guru-guru diluar di sana mengerti, walaupun tertakluk kepada waktu kerja am yakni dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang, masih ada segelintir guru yang berkhidmat di Jabatan datang lebih awal untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertunda waktu semalam. Kalau dibawa ke rumah, maka tiadalah istilah "rehat" bersama dengan keluarga di rumah. Rumah adalah tempat istirehat, dan nikmatilah masa rehat itu untuk bersama dengan keluarga.

~Hari ini, aku tidak akan berbicara tentang isu pendidikan, guru atau yang bersangkut paut. Ini lebih kepada ingatan aku kepada semua umat Islam yang mengaku Allah sebagai Tuhan Yang Esa. Yang mengaku taat kepada Rasulullah s.a.w.. Sekadar ingatan buat yang mahu beringat. Ini adalah khutbah Jumaat ya. Rumusannya aku petik dari sebuah blog (http://mohdzul97.blogspot.com/2013/02/waspada-dengan-5s.html).

~Tajuk Khutbah pada hari ini ialah "Protokol Yahudi Menghancurkan Ummah".Antara isi khutbah tersebut menyeru kita sebagai umat Islam agar tidak terpedaya denga 5 S yang terkandung dalam protokol Yahudi.Apakah 5 S ? 
5 S ialah :-

1)Screen
Melalui filem yang boleh menjatuh Islam dan membuatkan umat Islam rosak.

 2)Smoke
Rokok menjadi kegilaan para remaja. Sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar “up to date.” Sesungguhnya rokok menyumbang kepada ekonomi Yahudi.Kepada perokok diluar sana supaya berhenti  daripada merokok.

3)Sport
Menganjurkan sukan yang membuka aurat. Hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.Umat yahudi menyesatkan kita melalui sukan dengan adanya tajaan rokok dan arak,manakala larian obor untuk sukan itu adalah amalan majusi.

4)Sing & Song
Lagu-lagu yang menghiburkan. Jika ada anak-anak yang tak tau mengucap, tetapi boleh menghafal lagu Korea yang panjang berjela. Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah, tapi boleh mengingati lagu Oppa Gangnam Styles. Berjaya sudah Yahudi. Hingga kita terfikir, bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

5)Sex
Memberikan seks bebas melalui pergaulan bebas.

Semoga kita terhindari daripada tipu daya Yahudi.Sebagai remaja islam sama-samalah kita membuka satu ‘kesedaran baru ‘ yang kita perlu belajar tentang Islam dengan lebih mendalam.



"Jangan biar orang yahudi menjadi pemimpin. Jika kita benarkan, kita tergolong sama dengan golongan tersebut" -khutbah Jumaat-

~~AKU TETAP BERJUANG, BIAR TERBUANG, KERANA AKU HANYA ADA ALLAH DALAM HIDUP~~

Selasa, 9 April 2013

Hembusan eg-tukar Jun 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca blog ini.

~Perlu diingatkan sekali lagi, blog ini adalah luahan hati aku sebagai seorang warga pendidik. Bukan blog yang menjatuhkan orang apatah lagi menghina kedudukan orang. Kalau tidak berminat untuk mengetahui kandungan blog ini, butang "X" ada di sebelah penjuru kanan. Sila tekan untuk keluar.

~Apa khabar semua warga pendidik sekalian? Ada berita yang mengembirakan hari ini? Demam eg-tukar Januari 2013 belum kebah, dah bermula lagi eg-tukar untuk Jun 2013. Mungkin kali ini membuahkan hasil yang lebih memberansangkan, kejayaan yang tidak punyai keperitan.

~Statistik perpindahan yang aku lihat di http://apps.moe.gov.my/epgo/papar_statistik.cfm?kod_bhg=211



~Sarawak masih ditangga teratas untuk rumusan ini (11.59 pagi -9 April 2013). Apapun, semoga berjaya kepada semua yang memohon. Cepat atau lambat, bukan urusan kita. Allah yang lebih Mengetahui semuanya. Kita hanya berusaha, selebihnya Allah yang tentukan. 

~Kepada rakan-rakan yang memohon, jangan cepat melatah jika permohonan tidak berjaya. Ingatlah, usahakan selagi dapat. MARAH kepada PPD, JPN, KPM bukan jalan penyelesaian. Kami yang berkhidmat di Jabatan ini juga masih tertakluk kepada "SAYA YANG MENURUT PERINTAH".

~Apa-apapun, semua urusan Allah juga. Mintalah dengan Nya. Jangan kepada manusia. So, mohonlah ya. Semoga berjaya. Semoga Allah merahmati semua usaha kita. 


~Walau dibuang ke tepi, aku tetap di sini , kerana aku cuma ada Allah dalam hatiku~

Isnin, 8 April 2013

Semoga berjaya kepada calon temuduga PISMP Khas- Pelajar Penan Cemerlang 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan semua hamba Allah yang dihormati sekalian.

~Sibuknya dengan tugasan di pejabat, sehingga banyak kekangan di dalam menghasilkan satu penulisan yang beridea bernas untuk dipertontonkan kepada semua yang berminat. 

~Dengan temuduga khas PISMP untuk pelajar cemerlang kaum Penan.. Yang Berbahagia, Dato' Haji Ghazali, Pengarah Bahagian Pendidikan Guru sempat hadir ke Pekan Marudi bagi menjayakan temuduga ini. Harapan ku sebagai warga pendidik, agar bertambah ramailah lagi guru yang berbangsa Penan di dalam sistem pendidikan negara. Ini merupakan peluang yang perlu diambil oleh kaum Penan sebagai langkah yang baik bagi meningkatkan lagi pencapaian kaum ini di mata dunia. Tidaklah nanti, kerajaan di pandang sinis kerana tidak mementingkan kaum Penan. Ini adalah salah satu bukti betapa kerajaan kita ambil berat terhadap tahap pendidikan kaum Penan. 

~Insya Allah, kalau ada kesempatan, selepas beberapa tahun nanti, berkhidmatlah kembali di kampung halaman. Bukan menjadi halangan kepada guru-guru baharu yang berasal dari pedalaman untuk kembali mendidik anak-anak bangsa di bumi sendiri. Fokuskan kepada peningkatan dan pemcapaian kaum Penan selari dengan transformasi kerajaan. Insya Allah, semuanya akan menjadi lebih baik berbanding dengan keadaan sedia ada. Kalau bukan kita sebagai guru menjadi "agen perubahan" , siapa lagi?

~Menjadi guru bukanlah pekara yang mudah. Perlulah penghayatan dan pengorbanan yang tinggi untuk membuat adunan yang terbaik. Seorang guru boleh merosakan satu generasi jika tidak ambil perhatian  yang serius dalam isu pendidikan. Kalau asyik memikirkan masalah diri, maka hilanglah sedikit keberkatan dalam mencari rezeki. Mata pencarian kita sebagai seorang guru adalah "ilmu". 

~Guru yang tidak bermotivasi boleh membunuh semangat jati diri murid. Motivasilah dan selebihnya serahkan kepada Allah. Kalau dipersoalkan, "siapa nak jaga si fulan, si fulan kalau saya tidak berada di tempat itu?" Jawapan mudah, terang lagi bersuluh.. "Allah". Biarlah Allah menjaganya.. Titipkan doa kita supaya Allah Yang Maha Mendengar itu memakbulkan titipan rindu kita. Siapalah kita berbanding dengan Allah? Siapalah yang menjaga kita selama ni kalau bukan Allah?

~Bersyukurlah kerana kita berpeluang untuk menjadi seorang guru. Jangan biarlah masalah merundung kita sehingga gagal menjalankan amanah sebagai seorang guru. Guru hendaklah bermotivasi, mencari peluang dalam pelbagai ruang untuk meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian seorang murid. Berjaya tidak berjaya, itu urusan Allah. YAng penting usaha kita pada pandangan Allah. Dan berbincanglah jika punya masalah. Teguran itu penting untuk peningkatan diri. Jangan jadi "kebal" dari teguran. 

~Berusahalah meningkat motivasi kepada semua guru yang berada di pedalaman dan juga bandar. Tak juga dilupakan kepada guru-guru yang telah menabur bakti di pejabat pelajaran, jabatan pelajaran dan juga kementerian pelajaran. Tanpa ikatan keguruan, manakan bisa bertautnya "tautan kasih" di alam pekerjaan.


~ Saat ku hilang arah dan tujuan, Aku sedari.. aku cuma punyai Allah dalam hidupku~


Jumaat, 5 April 2013

PADAM DOSA

Assalamualaikum dan sejahtera kepada semua blogger yang dirahmati Allah senantiasa

~Semoga kita berada di dalam inayah Nya senantiasa, sentiasa dalam keberkatan dalam mencari jalan yang benar. 

~Terkadang kita merasakan kita berada dalam kebenaran, namu hakikatnya, jalan kita adalah jalan kemusnahan. Terlalu banyak pekara yang membuat kita mudah rasa "selesa" dengan kedudukan. Sedangkan kedudukan kita pada ketika ini adalah "rahmat" dan pinjaman sementara dari Allah jua.

~Ternyatalah, aku cuma seorang FAKIR dalam akhlak. FAKIR dalam mengemis kasih Allah. Bagaimana hendakku mendongak ke langit dalam keadaan diriku yang serba lemah. Bagaimana hendak ku hendak makan, jika rezeki itu datang dari Allah.. Jikalau aku sombong, riak, takabbur.. apalah lagi "habuan" rahmah Allah untukku?

~Ramai manusia yang sudah kekeringan kasih sayang sesama saudara. Ada yang berhujahkan "kebenaran" sebagai tonggak. Sehingga sanggup tidak bertegur sapa, tidak menjaga siratulrahim. Ingat, orang yang memutuskan siratulrahim, tidak diterima amalannya walaupun amalannya tinggi bak gunung emas.

~Lemah dan hina, itulah kejadian kita. Wahai manusia, ingatlah... kita hanya dari setitik air mani. Jatuh ke bumi, dipatuk ayam pun tak sudi. Inikan pula dah sombong dengan kejayaan diri. 

~jom buang sikap keji.. jom padam dosa.. Jum beramal di penghulu segala hari..

Rabu, 3 April 2013

Innallaha Maana.. Aku aku..aku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

" Innallaha maana".. itulah sering kuungkapkan untuk menyejukkan hati yang tengah bergelora. Allahu rabbi.. sesungguhnya, aku lemah dalam perjuangan ini. Nafsu dan dunia telah berjaya mengekang keberadaan iman yang tersangatlah goyah kedudukannya. Allahu rabbi.. aku lemah dan terasa payah dalam mujahadah ini.




Permainan dunia berjaya "mengalahkan" aku pada kali ini. Dunia serta perhiasannya telah berjaya memporak-peranda keutuhan peribadi. Hakikatnya, dunia hanya sementara sahaja. Akhirat yang kekal jua. Biarlah apapun terjadi, Allah ada untukku. Itu yang sering aku lupa pada ketika ini. Aku alpa, aku leka dalam mengejar dunia. Aku lupa bahawa Penciptaku telah mendatangkan pelbagai "dugaan" sebagai "teguran" untuk mengukuhkan lagi hubungan aku dengan Nya. Teguran yang boleh menjadi "bala" jika tidak disedari kenapa didatangkan ujian ini. Allahu rabbi..

Aku merindui diriku yang dahulu.. Sentiasa mencari maghfirah Allah dalam kehidupan. Jarang sekalil lalai dengan dunia. Aku membenci diriku pada saat ini. Kerana dunia berjaya membungkam hati menyebabkan keresahan yang tidak berhenti. Aku leka. Aku mesti segera bangkit. Bimbang jatuh tak bersambut. Tersungkur lalu tidak bangkit lagi dari kekalahan dunia.. Dunia oo dunia.

~Kembali perbetulkan niat. Segera kembali ke jalan Allah. Mungkin dakwah sudah tersasar dari matlamat. Membantu jangan sampai iman tergugat. Innallaha maana.. 

~Wahai tuhan yang membolak-balik hati manusia.. Tetapkanlah hatiku dalam perjuangan ini. Andainyaku kalah di medan ini, menangkanlah aku di akhirat kelak. Kalau aku menangis di arena ini, gembirakanlah aku di titian sirat kelak. Jika aku luka di pertarungan ini, harumkanlah cintaku semerbak kasturi syurgawi..

~Kembali fokus.. kembali mencari arah dalam mendidik hati. Kuatkan hati dalam menempuh segala kehidupan Berikan yang terbaik untuk Allah. Biarpun sedikit, biarlah istiqamah dalam menentukan jalan menuju Allah. 

~Dunia hanya sementara. "pesona dunia" boleh menjerumus diri. Dosa dan pahala mengikut amalan. Setiap perilaku, akan dipertontonkan Allah kepada seluruh makhluk. Malunya jika dosa tidak terampun sehingga tertunjuk. Puas aku menjaga hati manusia. Hingga tak terjaga hatiku dengan Allah. Sekarang aku jatuh tersungkur, hanya Allah dapat membantu. Maafkan aku wahai manusia. Aku lemah jua dalam menuturkan kata. Biasan hati mencerminkan tingkah laku. Maka, hatiku menyatakan sayang jika ada sikap ingin memiliki.





~jalanku pulang... jalanku pulang.. jalanku pulang.. ku nanti Dia dipenghujung nyawaku.. Untuk bertemu denganNya, ku harus pergi dari tipuan dunia.

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails