Isnin, 25 Februari 2013

SAYA BANGGA MENJADI GURU




Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sengaja hendak berkongsi bagaimana rasanya menjadi seorang cikgu yang hidup jauh di pedalaman [pengalaman diri sendiri]. Cuba hayati dan cuba dengannya kita berfikir sejenak, bagaimana tugas seorang guru, yang bagaikan badut di mata ibu bapa, tapi jiwanya penuh dengan tanggungjawab untuk agama, negara dan bangsa. "SAYA BANGGA MENJADI GURU"..

-SELAMAT BERKHIDMAT KEPADA SEMUA INSAN YANG BERGELAR GURU-

DAWSON CREEK - IT'S NOT EASY TO BE ME
I can’t stand to fly
I’m not that naïve
I’m just out to find
The better part of me

I’m more than a bird…
I’m more than a plane
More than some pretty face beside a train
It’s not easy to be me

I wish that I could cry
Fall upon my knees
Find a way to lie'bout a home I’ll never see

It may sound absurd…but don’t be naïve
Even Heroes have the right to bleed
I may be disturbed…but won’t you concede
Even Heroes have the right to dream
It’s not easy to be me

Up, up and away…away from me
Well it’s all right…You can all sleep sound tonight
I’m not crazy…or anything…

I can’t stand to fly
I’m not that naïve
Men weren’t meant to ride
With clouds between their knees

I’m only a man in a silly red sheet
Digging for kryptonite on this one way street
Only a man in a funny red sheet
Looking for special things inside of meinside of me ...... inside of me ...(x2)

I’m only a man in a funny red sheetI’m only a man looking for a dream

I’m only a man in a funny red sheet
It’s not easy ..It’s not easy to be me...




Bario..Oo Bario..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Kepada semua yang berkenaan.. Seperti yang yang dijanjikan, ukiran foto untuk tatapan yang mengenali tanah tinggi bernama Bario..

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Rabu, 20 Februari 2013

TitIpan UntUk ke Sekian Kali

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

~Akan kutitipkan.. sebuah perjalanan ke sebuah kawasan yang jauh ke dalam Baram.. BARIO..

~tunggu akan titipan beserta gambar

~aKU baru sampai dari Miri.. Sekarang di Kuching

~Sepatutnya hari ini dah mula bermesyuarat di JPN Sarawak berkaitan dengan OPMEN

~Delayed sehari sebab baru sampai dari Bario hari ini,

~Hopefully...semuanya akan ok..

~Allahumma yassir..wala tu assir..

Khamis, 7 Februari 2013

Mencuba Untuk Menjadi Insan SUPER dengan SIFAR RIAK, UJUB DAN TAKABBUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah..




~"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
Surah Al-'Imran 3:27

~Kejadian siang dan malam menjadi bukti bahawa Allah berkuasa untuk menjadikan segalanya tanpa memerlukan bantuan dari makhluknya. Rezeki sudah Allah tentukan bagi semua makhluk. Jika hari ini kita makan nasi, maka rezeki kurniaan Allah berbentuk makanan yang bernama nasi. So, jangan dipersoalkan kenapa, mengapa. Soalkan bagaimana hendak mensyukuri nikmat Allah s.w.t. Sedangkan, ketika ajal maut datang kepada kita, datanglah malaikat mengatakan bahawa "aku sudah ke timur dan ke barat, namun tidak ku jumpai rezeki buatmu untuk hari ini".

~Jangan mudah mempersoalkan apa yang Allah telah turunkan kepada kita. Fikirkan "HIKMAH" disebalik setiap satu nikmat yang Allah berikan. Sukarnya hendak bersyukur, maka semakin sukarlah rezeki Allah akan sampai pada kita. Dan ingatlah Allah berfirman, "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7). Syukurlah dengan setiap nikmat. Hatta tidur yang baik itu pun adalah rezeki, kesihatan yang baik itu adalah rezeki. Jangan ukur rezeki itu dengan duit semata-mata. 

~Pengetian TAWADU’  yakni perbuatan yang merendah diri, tidak berbangga dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri, sama ada dari segi ibadah, keturunan dan keluarga, pangkat dan kedudukan, ilmu dan pelajaran, harta benda dan kekayaan dan sebagainya. Orang yang mempunyai sifat tawadu’ adalah orang yang sentiasa tunduk kepada setiap perintah Allah Subahanahu Wata'ala. Dia tidak akan bersifat sombong, tidak takbur, riyak atau ujub. Dia akan sentiasa mengasihi sesama makhluk maka dia pula akan dikasihi.

Orang yang mempunyai sifat tawadu’ adalah orang yang memiliki budi pekerti yang luhur, berjiwa besar, lemah lembut dan bersopan santun. Dia dalam apa keadaan pun, di manapun kedudukannya akan sentiasa menghormati orang lain walaupun dirinya sendiri mempunyai kelebihan daripada orang lain atau orang lain itu lebih rendah kedudukannya daripada dirinya.

Orang yang bersifat tawaduk tidak akan bersifat takbur iaitu berperasaan tinggi diri, merasa diri lebih mulia, lebih besar, mempunyai kelebihan daripada orang lain dan menganggap orang lain adalah rendah dan hina. Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Al-Baihaqi, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :"Sesiapa yang di dalam hatinya ada sifat takbur sebesar biji sawi, nescaya ditelengkupkan mukanya oleh Allah dalam api neraka". 

Daripada sifat takbur ini akan lahir pula sifat sombpng dan angkuh. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ibnu Mas'ud, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : 

"Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong sebesar biji sawi. Dan tidak akan masuk neraka orang yang dalam hatinya beriman sebesar biji sawi". 

Orang yang bersifat tawaduk tidak akan suka menunjuk-menunjuk atau meng'highlight' amal ibadat atau amal kebaikan dan kebajikan yang dikerjakannya. Hatinya sentiasa ikhlas melakukan sesuatu dan melakukan sesuatu itu bukan kerana riak atau dengan niat untuk mendapatkan sebarang imbalan atau ganjaran seperti mendapatkan keuntungan wang ringgit, untuk mendapatkan pujian,mencari pangkat dan kedudukan, mencari nama, pengaruh dan seumpamanya. 


Orang yang bersifat tawaduk akan merasa bahawa segala kelebihan, segala kenikmatan yang dimilikinya seperti kekayaan harta benda dan wang ringgit, ilmu pengetahuan, pangkat, kedudukan dan sebagainya itu adalah nikmat kurnia daripada Allah Subahanahu Wata'ala hasil daripada ikhtiar dan usahanya sendiri namun dia tidak akan memuji dirinya sendiri atau merasai dirinya lebih daripada orang lain, dia tidak akan memandang dirinya sahaja yang hebat, dirinya sahaja yang benar. 


Malah orang yang bersifat tawaduk akan sentiasa muhasabah diri, akan sentiasa mencari kekurangan dan kelemahan diri, sentiasa ingin belajar, menerima teguran orang, bertanya ataupun mengambil faedah daripada orang lain walaupun orang itu lebih rendah kedudukannya daripada dirinya sendiri. 

Begitulah mulianya orang yang mempunyai sifat tawaduk. Bersederhana di dalam kehidupan termasuklah dari segi penampilan diri dan sifat peribadi. Mulia di sisi agama, mulia disisi sesama manusia. Namun ramai dari kita tidak mengetahui tentang kewajipan bersifat tawaduk ini. Malah, sama ada sedar atau tidak, kebanyakan daripada kita pada hari ini lebih bersifat menunjuk-nunjuk, membesar-besarkan diri, bersifat takbur, riyak dan ujub walaupun sifat-sifat yang sedemikian itu amat dibenci oleh Allah Subahanahu Wata'ala. 

Menurut Rasulullah Sallallahun Alaihi Wasallam, Allah Subhananu Wata'ala akan mengurniakan empat perkara kepada orang yang dikasihi-Nya sebagaimana sabda Baginda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Thabarani dan Al-Hakim daripada Anas, yang bermaksud : 

"Empat perkara yang tidak diberikan oleh Allah kecuali kepada orang yang dikasihi-Nya iaitu (orang yang) diam (yang menunjukkan) bahawa itu adalah permulaan ibadat, bertawakal kepada Allah, merendahkan diri dan zuhud di dunia (meninggalkan kepentingan dunia)" . 

Orang yang tawaduk akan mendapat rahmat daripada Allah Subahanahu Wata'ala sebagaimana disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di dalam hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Asfahani daripada Anas, yang bermaksud : 

"Merendah diri itu tidak menambahkan bagi hamba melainkan ketinggian. Maka hendaklah kamu merendah diri supaya dicurahi rahmat oleh Allah


Sabtu, 2 Februari 2013

Angan-angan Mat Jenin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..selamat berhujung minggu buat semua guru-guru yang dirahmati Allah dan semua bloggers yang setia membaca blog ini.

~Kalau ianya berpandukan kepada isu pendidikan, maka blog ini 'semun' (lemau) dari segi orang yang membacanya. Mungkin kerana orang tidak berapa minat dengan isu-isu yang sering mainan politik sangkaannya. Mungkin orang sudah tahu dan tidak berminat untuk mengetahui sebabkan sudah mahir dalam ilmu-ilmu pendidikan. Bak kata orang, "ijazah sudah tinggi menggunung, manakan pula ilmu sedemikian rupa mahu dilihat."


~Banyak orang suka berangan-angan. Angan-angan itu boleh dilihat dari 2 aspek. Dari aspek positif dan negatif. Kalau dilihat dari segi positif, angan-angan kita transformasikan kepada perkataan yang lebih ideal iaitu, VISI DAN MISI. Kita meletakan matlamat dalam kehidupan sedangkan kita juga tidak tahu sama ada angan-angan positif kita tadi berjaya atau tidak ditunaikan atau dilaksanakan. Sedangkan angan-angan yang sering kita dengar iaitu angan-angan Mat Jenin iaitu meletakan impian terlalu tinggi sedangkan yang diusahakan tidak setaraf dengan usaha untuk mencapai impian tersebut. 

~Sabtu merupakan hari istirehat bagi pekerja-pekerja di Malaysia khususnya. Kerana di Malaysia dan beberapa buah negara membangun mengamalkan cuti pada hari sabtu. Sedangkan negara maju seperti U.S pula tidak menjadikan sabtu sebagai cuti seperti mana di Malaysia. Namun, semuanya bergantung kepada kepimpinan negara masing-masing. Lebih sesuai jika dikatakan bahawa kepimpinan negara Malaysia mempercayai lebih 1.1 juta penjawat awamnya untuk bercuti pada hari Sabtu dan sentiasa mementingkan kebajikan rakyat. 

~Ya.. hari ini, aku mahu berehat seketika dari urusan pejabat dan mahu meluangkan masa bersama dengan keluarga serta memberi perhatian kepada anakanda Muhammad Khalid Hafizi untuk sekian hari nya.. Hehe.

~So, topik hari ini tiada yang lebih penting dari memilih kerajaan yang prihatin dengan rakyat dan juga meletakan angan-angan pada tempat yang sepatutnya. Cuba kita renungi sekejap dalam masa-masa rehatan ini. Selamat berhujung minggu dan selamat beramal!!!



10 pekara yang membutakan hati.. adui.. 

Jumaat, 1 Februari 2013

BLUEPRINT: PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap maksimum atau jatuh terus kebawah.? Kalau ditahap maksimum, kekalkan dengan sepenuh hati bagaikan membendung air bah yang sedang sarat melimpah. Kalau kurang, carilah kekuatan bagaikan mencari air ditengah gurun sahara.




~Oh guru.. sudahkah anda bersedia dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025? Apakah persediaan anda untuk menghadapi semua gelombang-gelombang yang bakal melanda? Ada 3 gelombang yang perlu kita lalui sepanjang perkhidmatan kita sebagai guru. Bagi yang berkesempatan, tiga gelombang itu akan berlaku seperti berikut:

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun di mana :-

Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem.
Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.


~Pelan ini turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.


~Ada 11 anjakan yang bakal dilaksanakan di dalam PPPM 2013-2025 ini.
1.    Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2.    Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3.    Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4.    Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5.    Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6.    Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7.    Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8.    Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9.    Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


~ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN

Terdapat lima hasil yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, iaitu; akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Lima aspirasii ini muncul daripada laporan pendidikan yang pernah dikeluarkan sebelum ini tetapi kandungannya masih relevan iaitu Laporan Razak (1956), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) dan PIPP (2006-2010).

Sekolah adalah barisan hadapan dan peringkat operasi dalam melaksanakan tanggungjawab memastikan lima aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai.

1. Akses Kepada Kejayaan

Sekolah mempunyai peranan untuk memastikan setiap murid di sekolah mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira taraf ekonomi, kaum atau latar belakang murid bagi membolehkan murid mencapai potensi masing-masing.

Prinsip pendidikan untuk semua, perlu dijadikan asas dalam memastikan akses dan enrolmen setiap lapisan murid dari peringkat prasekolah ke peringkat sekolah menengah dapat dipenuhi. Bagi tujuan ini pihak sekolah perlu memberi komitmen demi memastikan tiada murid yang tercicir dan semua murid memenuhi standard minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral  pada akhir tingkatan 5.

Tujuannya adalah untuk meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang lain di samping meningkatkan peratusan murid melanjutkan pelajaran pada peringkat universiti, kolej, politeknik, vokasional dan program latihan kemahiran yang berstruktur.

2. Kualiti Standard Antarabangsa Yang Tinggi.

Aspirasi kedua ini melibatkan peranan sekolah dalam meastikan setiap sekolah memberikan proses pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid setanding dengan negara maju yang lain mengikut standard antarabangsa. Langkah ini termasuklah standard untuk bidang Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta kemahiran berfikir aras tinggi.

KPM misalnya telah mensasarkan agar negara berada dalam kelompok sepertiga teratas dari segi prestasi dalam TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) dan PISA (Programme For International Student Assessment) dalam tempoh 15 tahun.

Oleh itu komitmen guru dan masyarakat yang mendukung sekolah yang tinggi amatlah diharapkan. Pelaksanaan i-THINK dan Frog VLE perlulah dilaksanakan secara serius kerana ia adalah kerangka asas yang dapat memenuhi keperluan proses pembelajaran dan pengajaran berkualiti tinggi.

3. Ekuiti Untuk Semua Murid

Sekolah perlu memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan berada pada tahap  yang terbaik kepada setiap murid tanpa mengira etnik, tempat atau latar belakang sosioekonomi. Sekolah perlu meberi peluang kepada setiap murid supaya jurang yang ada dalam kalangan mereka dapat dirapatkan.

Sekolah bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan sosioekonomi di sekolah mendapat hak dan ekuiti yang sama terhadap kemudahan dalam menyokong pembelajaran dan pembangunan sahsiah mereka.

Program Pendidikan Khas, Kelas Rancanagan Khas dan Program Kawalan yang terdapat disekolah perlulah diurus dengan berkesan bagi membolehkan murid dibangunkan mengikut kebolehan dan potensi masing-masing.

4. Memupuk Perpaduan Dalam Kalangan Murid

Sejak merdeka aspirasi negara yang utama ialah mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum yang ada. Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan mengutamakan keterangkuman sosial yang unik akan mempamirkan perpaduan yang lebih kuat. Kajian yang dilakukan oleh OECD pula menunjukkan bahawa perpaduan yang kuat mempunyai kaita yang rapat dengan rakyat yang sihat, masyarakat yang selamat dan kadar guna tenaga yang tinggi.

Murid menghabiskan masa lebih seperempat daripada mereka di sekolah semasa mereka berusia 7 hingga 17 tahun, maka sekolah merupakan medan yang subur untuk pemupukan semangat perpaduan. Oleh itu sekolah perlu mewujudkan interaksi dalam kalangan murid-murid agar mereka belajar saling memahami, menerima dan menghargai kepelbagaian.

Gerak kerja kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar 1 murid 1 sukan perlu dimantapkan agar penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah pembinaan identiti nasional yang seterusnya memupuk perpaduan.

5. Pelaksanaan Berkecekapan Tinggi

Aspirasi pendidikan nasional yang kelima ialah elemen kecekapan. Kerajaan menerusi bajet tahunan telah memperuntukan perbelanjaan besar kepada sektor pendidikan (16%), yang secara jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan terhadap pendidikan. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga pendidikan di sekolah untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid dimaksimumkan untuk setiap ringgit yang dibelanjakan.

Pelaksanaan program pendidikan perlu dibuat secara lebih bertanggungjawab dan menggunakan sumber yang ada secara cekap, berkesan dan memberi impak yang maksimum.


ASPIRASI MURID

Adalah menjadi aspirasi KPM untuk memastikan setiap murid mencapai potensi yang ada pada diri mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap pemimpin di sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini mencapai aspirasi yang diharapkan.

Dalam PPPM, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid secara menyeluruh dan seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu penekanan kepada elemen Pengetahuan dan  Kemahiran; membangunkan Pemikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif; Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dalam Dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris); Sahsiah dan Nilai serta semangat Identiti Nasional yang kuat. Setiap elemen ini turut memberi penekanan kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna terhadap institusi keluarga, masyarakat dan negara.

1. Pengetahuan

Pada peringkat yang paling asas, adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk memastikan setiap murid mempunyai keupayaan literasi dan numerasi. Perkara ini amatlah penting kerana murid perlu mempunyai kemahiran hidup yang asas serta bagi membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam masyarakat. Keupayaan dalam literasi dan numerasi juga membolehkan muird memupuk nili diri untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.

Murid-murid juga perlu dipastikan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid-murid juga perlu digalakkan untuk menguasi bidang seni, muzik dan sukan supaya kemahiran dalam bidang ini membolehkan mereka mengaplikasikan dalam kehidupan.  

2. Kemampuan Memimpin

Sekolah adalah medan yang terbaik untuk memupuk kepimpinan dan kemahiran bekerja secara berpasukan secara berkesan dalam kalangan murid-murid selaku pewaris kepimpinan negara. Oleh yang demikian pihak sekolah seharusnya peka terhadap keperluan murid untuk membangunkan potensi dan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka. Dalam konteks ini kepimpinan yang perlu dibangunkan melibatkan empat unsur iaitu;

Keusahawanan; mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan penyelesaian diri, sanggup membuat pelaburuan dari sumber sendiri.
Berdaya Tahan; membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi rintangan.
Kecerdasan Emosi; berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif.
Keterampilan Komunikasi; berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan bertulis dengan jelas.
Sekolah perlu memastikan persekitarnnya dan iklimnya menyokong kepada pembangunan keempat-empat unsur di atas sama ada dalam aktiviti di bilik darjah, mahu pun di luar bilik darjah seperti kegiatan sukan dan kokurikulum.

3. Kemahiran Dwibahasa

Setiap murid perlu mengusai bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Murid- murid juga diberi peluang dan galakkan untuk menguasai bahasa tambahanseperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Arab serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Iban dan Kadazan-Dusun.

Penguasaan kemahiran berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan murid-murid bersosialisasi merentas sempadan budaya dan etnik, yang seterusnya menyubnag kepada pemupukan kerjasama dan komunikasi pada peringkat global.

4. Etika dan Kerohanian

Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat berani menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara aman serta membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul.

Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan kepada satu set prinsip, iaitu;
Kerohanian; memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai asas hidup, serta mempunyai asas moral yang tinggi.
Integriti; memastikan murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin dan semangat untuk melakukan perkara yang betul.
Tanggungjawab Sivik; murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak untuk kebaikan negara, mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar.
5. Identiti Nasional

Aspirasi kelima terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan usaha membina identiti nasional dalam kalangan murid-murid. Aspirasi ini antara lain adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh kepada prinsip Rukunegara dan sentiasa mengutamakan perpaduan.

Sekolah perlu berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat patriotisme dalam kalanagan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat. Sebaliknya murid mempunyai sifat berbanga sebagai anak Malaysia, memahamii dan menerima perbezaan, menghormati orang lain dan bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian budaya.

~Sebagai bahan bacaan ketika waktu luang, bolehlah melayari sesawang ini, http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf

Anda pasti mahu membaca ini

Related Posts with Thumbnails