Cari Blog Ini

Khamis, 29 Januari 2009

Gambar Long Busang II

Long Busang's the only road..
On may way to Long Busang..using Land Crusier..

Islamic Kenyah Longhouse at Long Busang..












Hujan oo Hujan...

Hujan..oo hujan..setiap kali aku kembali bercuti ke Kuching, pasti akan hujan..dan hujan itu pasti berakhir dengan banjir..dugaan Allah s.w.t..bersabar ya dengan sambungan catatan perjalanan ku..aku masih lagi menunggu feed back dari kalian..


Ahad, 25 Januari 2009

Catatan pertamaku..

Perjalanan Kehidupan..Penglipur yang kurang inteleknya..Aku....


2 Januari 2009, pada insan lain begitu tidak asing bagi mereka..adanya telah berkahwin pada detik itu, ada juga yang betunang. Ada juga menggamit memori indah dan adanya menggamit memori luka seribu duka..Tapi bagi insan yang bergelar guru baru..itulah tarikh keramat yang paling sukar untuk dilupakan.Pengalaman pertama kali untuk ditempatkan sekolah-sekolah. Masa untuk belajar sudahpun tiada bagi kami, dan tibanya masa untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna kepada agama bangsa dan negara. Namun bukan berita gembira bagiku..kerana itulah tarikh di mana aku akan berpisah dengan mereka yang aku cintai dengan sepenuh hatiku kerana Allah taala..


Ibuku..ayahku..dia..semuanya ku tinggalkan demi mencari rezeki di halaman orang untuk menyambung legasi ketentuan Allah s.w.t..Demi sesuap nasi, aku berhijrah ke tempat yang terlalu asing bagiku..tempat yang terus tiada perhubungan di antara masyarakat luar dan masyarakat di sini. Perhubungan keluar bandar boleh jadi memakan masa yang agak lama.Sekiranya aku ingin kembali ke halaman asalku, ia akan megambil masa kira-kira 1hari kerana perjalanan yang agak jauh dan bertukar beberapa kali kenderaan. Aku kaget..aku lemah..Ya Allah..bantulah aku dalam menghadapi perpisahan yang menyakitkan ini. Inilah hijrahku..inilah kehidupan aku..biarpun perit, tetap juga akan ku tempuh..


Perjalanan bermula selepas aku menghubungi Guru Besar pada 31 Disember 2008 untuk betanya akan sekolah dan bagaimana ke sana. Selepas berbual seketika, guru besar setuju untuk bersama-sama dengan ku untuk ke sekolah. Mengikut perancangan awal aku, aku hendak saja bergerak pada 1 Januari kerana ingin menghabiskan masa bersama-sama dengan keluarga yang tercinta. Tapi, kehendak guru besar yang ingin bergerak dengan lebih cepat kerana ada mesyuarat pada 3 Januari. Aku mengemas pakaian dengan perasaan yang bercampur-baur. Tidak tahu mengapa dan kenapa..hatiku gelisah..sudahku pujuk tapi masih sahaja gelisah..Allah..keluhan hatiku yang bakal berpisah dengan keluarga. Ibunda...Ayahanda..itu yang menjadi kegelisahan hatiku bertambah-tambah. Aku lemah pada ketika dan saat ini. Long Busang..tempat yang tidak pernah aku kenali namanya. Tempat yang begitu asing pada sebutan penduduk sekitar Belaga dan Kapit.


Aku bergerak pada tepat 10.00 p.m. Ketika manusia menyambut tahun baru masehi, aku telah dalam perjalanan ‘hijrah’ mulia ku. Hijrah dari kehidupan yang senang kepada kehidupan yang sukar sekali. Berjauhan dari keluarga membuat aku resah dan gelisah. Dengan kesihatan ibunda dan ayahanda yang tidak seberapa, menambahkan kegusaran. Aku berserah kepada Allah untuk menjaga kedua-duanya untukku. Kerana Allah lah aku berjuang ke negeri ini. Sebelum bergerak ke terminal bas ketika itu, ku lihat ibuku termenung jauh. Memikirkan akan anak bongu kesayangannya akan berpisah dengan nya. Ibuku, ketahuilah. Hatiku ini penuh dengan gelojak bahang perpisahan yang amat. Aku juga sepertimu. Mencintaimu dengan sepenuh hatiku kerana Nya. Tapi, Dia amat memerlukan aku mengajar anak-anak di tanah terbiar itu. Pastinya aku akan kembali, meneruskan keutuhan keluarga kita. Menebus maruah yang tergadai dahulu. Untuk kita ibu..untuk keluarga kita yang tersayang..Di sudut rumah, ayahanda sedang berperang dengan perasaan berpisah dengan anak lelaki yang penuh dengan ulahnya. Tapi, keegoaan lelaki yang bernama BAPA, menangkis semua perasaan yang bersarang dihatinya. Allah..Berperang semua dengan perasaan. “Maha Suci Allah yang menjalankan hambanya dari masjidil haram ke masjidil aqsa..” (Surah Al-Isra’ : 1). Kekuatan aku terletak pada kedua-dua penjunjung namaku ini. Tanpa keduanya, siapalah aku..Kasih seorang isteri boleh diganti, tapi bukan kasih kedua-dua ibu dan ayah..Kerana tanpa mereka dan keizinan Allah, aku tidak dapat melihat matahari..tidak berjaya sehingga hari ini.


Bila ku imbau kembali, suka duka hidupku bernama seorang lelaki kepada anak ibunda dan ayahandaku, banyak liku-liku hidup ku tempuhi dengan pelbagai cemuhan dan tohmahan. Bermula dengankelahiran aku lantas meningkat ke alam remaja sehingga aku sekarang bergelar seorang GURU, mereka tidak pernah jemu menjagaku, memberi nasihat yang berguna dan juga mendidik aku menjadi MANUSIA. Dikala aku sakit, kedua-duanya bersusah-payah mencari ubat yang paling mustajab untuk mengubatiku. Tidak ku lupakan semua itu..Dan paling aku kasihi ibunda dan ayahandaku, apabila mereka bersusah-payah untuk kembali ke kampung halaman di kala aku menjalani pembedahan membuang apendiks. Raut wajah ibuku sekembali dari perantauan penuh kerisauan memikirkan anaknya sakit tanpa adanya disisi. Itulah nilai kasih seorang ibu. Mencintai anaknya walau banyak kekurangan pada anaknya, Nilai itu, mungkin tiada pada seorang anak..tapi itulah IBU..itulah AYAH. Sentiasa bersusah demi anaknya. Mengapa ada anak yang kejam membiarkan kedua-duanya hidup dalam kelaraan..
Disaat aku dipulaukan oleh ibu saudaraku, aku memperoleh ketabahan dari ibu. Perkataan “sabar” sering terpacul dari mulutnya. Pemulauan bermula dari salah sangka. Tapi, berkat dari dorongan dan nasihat ibuku, aku berjaya mengharunginya dengan tabah. Akhirnya, kekusutan terlerai jua. Ketegangan beransur reda. Salah sangka menjadi ikatan ukhuwah yang berpanjangan. Aku rasakan, jika tiada ibuku, sudah lama aku berada luar dilandasan. Begitu juga di kala ayahku disakiti hatinya, aku menangis kerana tiada yang membantu ayahku. Semua bersikap lepas tangan. Tapi, bukan ibuku..ibuku sering memberi dorongan kepada ayahku untuk meneruskan hidupnya. Nah..sekarang semua tertunduk malu kerana perbuatan menyakiti hati ayahku. Akan ku pertahan kedua-duanya biarpun nyawa menjadi taruhan. Biar orang kata ‘anak emak dan bapa’, aku tetap tidak peduli kerana inilah masanya aku membalas jasa dan budinya..Namun tidak terbalas jasa keduanya walau segunung emas sekalipun aku sediakan untuk membalasnya budinya..Andainya mereka membenciku, sudah pasti tempat aku bukan di sini, tapi nun jauh ditempat pembuangan masyarakat. Alhamdulillah. Allah Maha Adil dan Maha Pemurah kerana menganugerahkan ibu dan ayah sebegini rupa pada aku yang hina ini.
à Malam berlalu. Perjalanan ku yang ditempuhi ku rasakan terlalu jauh. Terngiang-ngiang di lorong telingaku, “Jaga dirimu anakku. Jangan lupakan ibadatmu. Buatlah baik di tempat orang.” Ungkapan kata keramat itu berputar-putar tanpa henti di benak fikiran aku sepanjang perjalanan yang jauh ini. Sesekali terlihat titisan air mata dan juga keresahan yang tersembunyi di raut wajahnya yang tua itu. Namun, sebijak-bijak mereka menyembunyikan perasaan, terbias jua pada hembusan nafasnya. Tepat pada 5.00 a.m, aku sampai ke destinasi yang pertama sebelum memulakan perjalanan yang jauh ini. Zikir tidak henti mengalun di dalam hati yang bercelaru ini. Kepiluan yang amat mengcengam dihati. Bagaimana jika aku tidak meneruskan perjalanan ini dan kembali kepada kedua-duanya? Sudah pastinya aku kalah sebelum berjuang. Di mana aku letakan akal dan fikiran aku? Kenapa sebelum berjuang sudah mengalah. Andainya aku mengalah, sudah pastinya iman di dada akan terlalu lemah. Perjuangan dai’ yang tidak meletakkan Allah sebagai tujuan. Aku kuatkan hatiku untuk meneruskan perjuangan yang belum bermula ini.


Sendiri di tempat yang asing membuat kerisauan aku bertambah. Pengalaman yang lalu sedikit sebanyak memberi kekuatan kepada langkah-langkahku. Berbekalkan iman dan pengalaman beserta Allah sebagai penjagaku, aku meneruskan perjalanan ke Kapit dengan menaiki bot ekspress pada tepat pukul 6.15 a.m. Bot ekspress adalah satu-satunya pengangkutan ke Bandar Kapit. Batang Rejang merupakan nadi kepada kehidupan manusia ditebingannya. Punca rezeki seperti ikan, air dan sebagainya membuat aku kagum dengan ciptaan Allah yang Maha Pemurah ini. “Subhanallah..Maha Suci Allah yang menciptakan segala-galanya tanpa sia-sia.” Menyelusuri sungai ini memberi inspirasi dan kekuatan kepada aku akan kehebatan dan keagungan Allah agar aku terus tabah dan terus berjuang menjadi seorang guru. Guru atau Ustaz adalah alim ulama yang mengetahui cabangan ilmu Allah. Sains, Matematik dan lain-lainnya adalah cabangan ilmu al-Quran yang agung lagi suci. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Dae itu adalah penerus legasi para nabi dan rasul”.


Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Pada hari pembalasan, Allah akan mengumpulkan sekalian manusia, kemudian mengasingkan yang berilmu di antara mereka dan berkata kepada mereka: ‘Wahai orang-orang yang berilmu. Aku kurniakan kepada kamu ilmu-Ku kerana Aku mengenali kamu. Tidak aku kurniakan hikmah kebijaksanaan kepada kamu untuk Aku hukumkan kamu pada hari ini. Masuklah ke dalam syurga-syurga-Ku. Aku telah ampunkan kamu’ ”.
Sungguh teratur perancangan Allah kepada seluruh insan. “Terima Kasih,Cikgu”, satu ungkapan yang benar-benar memberi kesan kepada insan bernama guru. Aku bangga menjadi sebahagian daripada warga guru. Tetapi, aku berbangga dan bersyukur kerana Allah memilihku untuk menjadi sebahagian daripada ahli-ahli syurga yang terpilih. Mulianya tugas seorang guru membuat aku menjadi lebih kuat dari sekarang. Biarpun begitu, fikiran aku kian kacau mengenangkan ibuku dan juga ayahku.


Tepat 9.30 a.m, bot ekspress mulai menjengah ke pelabuhan Kapit....(bersambung..)

Permulaan Aku Sebagai Guru

Assalamualaikum..

Selamat datang ke blog INSAN WARDAH..(maaf andainya mencedok tajuk darimu..)..aku ingin berkongsi akan kepayahan hidup insan bernama guru..Bukan mudah menjadi guru..bukan mudah mendidik anak bangsa..biarpun nampak senang..tapi, insan bernama guru inilah digalaskan pelbagai tugas..insan bernama guru inilah yang sering dimaki dan menelan tohmahan dari segenap penjuru. Tapi insan inilah yang pemurah dalam menunaikan amanah. Walaupun begitu..insan ini tidak jemu untuk mendidik anak bangsa..guru adalah permulaan kepada kejayaan.

Hayati sedikit dari catatanku..Aku insan bernama guru..INSAN WARDAH..yang kerdil disisi Mu Tuhan..

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...