Assalamualaikum wkth…
Mencoretkan lagi kata-kata aku di dalam blog ni.. Hari ini, aku nak bawa kalian semua berbincang dengan kursus-kursus yang dianjurkan oleh mana-mana Institusi atau PPD sendiri.. adui.. memandangkan keadaan kemarau yang berpanjangan seperti sekarang, agak terlalu payahlah aku dan guru-guru di sekolah ini nak pergi mudik ke hulu Batang Rajang. Bayangkan, Bandar yang terdekat adalah Kapit. Kalau hendak ke Belaga, mesti melalui Kapit sebelum ke Belaga. Ditambahkan lagi dengan keadaan kemarau yang terlalu kering, menyebabkan laluan utama ke Belaga melalui Batang Rejang menjadi amat merbahaya. Jeram Pelagus tak dapat dimudiki lagi. Oleh itu, kena pergi ke Sibu dulu dan naik bas ke Bintulu. Lepas itu, naik land cruiser dari Bintulu ke Belaga. Jarak perjalanan memakan masa 2 hari semalam jugak. Huhu.. jauh jugak PPD Belaga dari sekolah ini… Huhu..
Semakin lama aku di sini, aku merasakan keserasian untuk mengajar di sini. Walau dihujani pelbagai masalah dengan guru dan staf, ia lama kelamaan menjadi kebiasaan bagi kita. Adalah lebih baiknya, kita jadi pendengar yang baik… biar sahaja mereka bercakap, memberi nasihat tanpa memberi alasan yang khusus. Biarkan mereka bercakap apa sahaja yang hendak mereka cakap. Maka kita akan mudah di senangi. Ini petua. Jangan menyambung percakapan. Senyum dan berkata “oh..yeke”. itu yang aku buat. Kurangkan bercakap. Dan melarikan diri bila mendengar umpat-mengumpat.
Buat kerja biar ikhlas. Aku risau betul kalau kerja aku menjadi tidak ikhlas kerana ingin menunjuk-nunjuk dengan guru besar bahawa aku telah bekerja keras. Walhal, dibelakangnya, aku ni pemalas.. itu sebagai contoh sahaja. Kebanyakkan tempat ini lah berlaku.. kerja dan usaha yang sia-sia. Tidak ikhlas... hanya tahu mengampu. Aku tidak diajar untuk mengampu..aku paling benci dengan kaki ampu. Aku buat kerja berdasarkan skop tugas-tugas yang diberi. Kalau luar bidang kerja aku, kalau tidak ada arahan, aku tidak akan buat. Melainkan diarahkan sahaja.
Konsep tawakal.. konsep inilah yang jarang manusia ni nak faham.. aduh..jenuh sudah aku mendengar tentang rungutan orang berkaitan dengan tawakal dan usaha. Dan paling aku benci mendengar, `tidak ada benda ikhlas dalam dunia‘.. semua kerana gaji. Gaji itu insentif sahaja..bukan sebagai pedoman. Bayangkan, kalau anda tidak digajikan selama 5 bulan, mesti kita tak mahu kerja... jawapan aku, biarlah Allah menentukan.. peribadi manusia agung yang dicintai oleh semua orang ISLAM...Muhammad s.a.w. baginda tidak pernah menyimpan makanan hari ini untuk esok. Kerana baginda meyakini bahawa rezeki itu milik Allah. Terpulang pada Dia untuk memberinya dan mencukupinya. Lihatlah wahai warga pendidik.. rezeki itu bukan milik kita. Kadang-kadang gaji tidak mencukupi walaupun emolumen diterima beribu-ribu..ini semua kerana tiada rasa keberkatan dalam USAHA mencari rezeki yang halal. Ada yang berusaha, tapi tidak disukai caranya oleh Allah malahan dibenci..mengertikah kamu??? Bahawa usaha perlu ada tawakal.. sebelum kita berusaha, apakah ucapan yang sering kita ucapkan sebagai kata-kata permulaan? BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM.. Itu adalah contoh bentuk tawakal yang paling mudah..meletakkan Allah sebagai langkah pemula kepada usaha kita.. mengertikakah kamu wahai insan?? Bab ini lah paling orang tidak faham.. suka memberi pendapat yang berdasarkan kepada hati bukannya pandangan ilmiah..
Iya.., Rasulullah s.a.w berusaha untuk mendapatkan rezeki. Baginda berkerja seperti mana orang lain bekerja. Dalam baginda berusaha, baginda banyak menyerahkan segala usahanya kepada Allah.. kerana empunya kerajaan langit dan bumi dan seluruh yang ada padanya adalah milik Allah s.w.t. Baginda memulakan pekerjaannya dengan kalimah bismillah. Baginda berhenti bila masuk waktu fardu. Baginda meneruskan sehingga masuk lagi waktu fardu. Pada sebelah malamnya, baginda bermunajat lagi kepada Allah dengan penuh kekhusyukkan pada ketika manusia sedang leka tidur.. sehingga terbitlah fajar dan baginda meneruskan rutin harian baginda.. inikan pula kita ini..terlalulah jauh bagaikan langit dengan bumi berbanding dengan baginda... sehingga berani menyamakan usaha kita dengan baginda.. langsung tidak sama..kita hanya mampu mencontohi..tidak mampu menandingi baginda, wahai rakanku sekalian..
Sembahyang adalah tiang agama.. jika ditinggalkan, runtuhlah agamanya.. jadi, bila kita hendak menasihati manusia, dirikan dulu solat yang penuh. 5 kali sehari semalam, barulah menegur manusia tentang apa yang patut tentang agama. Jangan berbicara jika tidak faham maksud berserah. Nanti macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus.. cukuplah Allah sebagai penolong aku.. aku tidak memerlukan manusia untuk menolong aku. Kekuatan dan kesejahteraan hanya Allah sahaja yang dapat memberinya. Pandang depan cermin, itulah diri kita. Lemah dan tidak berdaya. Pandang pada alam, itulah ciptaan Nya.. Maha Agung Allah..tuhan semesta alam. Bandingkan dengan kita..kita hanyalah salah satu daripada ciptaan agungNya.. kalau dah solat tidak dapat mencegah kita daripada bermaksiat kepadaNya..beerti solat itu masih lagi tidak diterimaNnya.. ini jelas terbukti berdasarkan firmanNya.. ~innasolat tatanhar anil fahsya iwal mungkar~ makhfumnya, sesungguhnya solat ini mencegah kepada kemungkaran.. Nah! Jelas di sini kalau masih lagi membuat pekara yang tidak baik@mungkar@maksiat beerti solat anda masih tidak lagi menepati kriteria orang-orang yang beriman. Walaupun kita mengatakan kita minum arak tetapi tidak mabuk.. jelas dan nyata dalam al-quran dan hadith, arak itu haram walau setitik.. tiada wasatiah dalam membuat maksiat Allah...tiada wasatiah dalam minum arak. Jangan samakan konsep islam dengan maksiat!!!!
Ya..aku sentiasa memerhati perilaku manusia yang berkonsepkan menyamakan agama dengan maksiat.. yang menjadikan agama sebagai penyampai kepada nafsu serakah mereka.. aku jelak.. tetapi aku tetap dengan berpegang kepada pesan as-syahid imam hassan al bana..jangan berbalah kepada benda yang sia-sia. Iyalah..kalau aku berbalah juga, ia akan mendatangkan ketidaksenangan di hati rakan-rakan lain. Jadi cukuplah aku membenci di dalam hati. Kerana ilmuku belum kuat untuk aku berhujjah dengan mereka. Di sini aku tegaskan, TIADA KONSEP WASATIAH DALAM MEMBUAT MAKSIAT KEPADA ALLAH. YANG HARAM AKAN TETAP HARAM!!! Kita sedia maklum..arak itu haram.. maka haramlah ia. Dan juga yang seumpama dengannya..
Aku tidak suka mengata-ngata. Ini adalah pedoman untuk semua. Supaya tidak mencampur adukkan antara agama dan maksiat. Sebagai pedoman, bukan umpatan. Supaya kita tidak ikut sekali terjebak dalam konflik dan gejala seperti ini. Diulangi......Sebagai PEDOMAN.
Kalau kita diam, perhati dan teliti setiap satu perilaku manusia, daripada banyak bercakap.. maka kita akan sedar dan belajar banyak pengalaman secara tidak langsung. Melalui pemerhatian aku yang serba kekurangan ini, orang yang mengaku akan sesuatu adalah seseorang yang berangan-angan untuk menjadi apa yang diakui. Sebagai contohnya, dia mengaku sebelum ini dia adalah polan si polan, padahal dia tidak sebegitu sebenarnya.. dia berangan hendak jadi sebegitu.. kebanyakkan mereka yang diam dan hanya senyum.. itulah orang yang sebenarnya polan si polan. Sebagai contohnya, aku mengaku aku adalah seorang ulama, maka aku bukanlah ulama. Hanya berangan jadi ulama. Tapi sebaliknya, orang yang bergelar ulama ini lebih banyak mendiamkan diri daripada menonjolkan diri. Itu sifat orang yang beriman. Tidak menonjolkan diri. Tidak mahu mengaku dirinya ulama atau yang lain-lainnya. Berbeza dengan insan yang banyak mengaku macam-macam..angan-angan..TIN KOSONG.. diluar nampak gah, di dalam hanya kosong. Tidak beerti langsung.
Masih banyak lagi yang hendak aku pelajari dari manusia begini.. tingkah lakunya, peribadinya..hanya cakap kosong sahaja. Tidakkah mereka sedar, ini akan menjadi umpatan kepada dirinya?? Astaghfirullah.. .. Lebih dekat lagi dengan peribadi MUNAFIK..bila bercakap berlebih-lebih orangnnya.. So, rakan-rakan sekalian, jauhi sikap menonjolkan diri..amalkan sifat merendah diri. Kerana, kebaikkan itu akan terlihat jua, tidak hari, esok. Tidak esok, lusa.
Kalau imbas kembali sirah nabi-nabi zaman dahulu, ada satu kisah nabi yang berjalan sesuai dengan wahyu yang diterimanya dalam mimpi. Antara yang ditemuinya dalam perjalanan tersebut, satu mangkuk emas yang kemudiannya, ditanam oleh baginda. Berulang-ulang kali baginda menanamnya, berkali-kali itu jugalah mangkuk tersebut timbul. Begitulah juga dengan kebaikkan, berkali-kali disembunyikan, ia akan tetap ternampak oleh manusia lain. Ingat..jangan kerja kerana perintah bos. Jalankan perintah kerana Allah yang memerintah. Kebaikkan jangan dipertunjukkan. Tapi sembunyikan. Biar orang di sekeliling tidak menghargai, tapi malaikat mencatitnya sebagai satu kebajikan yang tidak ternilai harganya.
Cintailah Allah.. ambillah dunia secukupnya. Jangan berlebihan pula. Inilah wasatiah yang dianjurkan oleh rasulullah s.a.w. Tidak mengambil dunia dengan berlebihan. Apa konsep wasatiah sebenarnya?? Cuba rujuk dalam pendidikan Islam tingkatan 5. Wasatiah adalah perbuatan yang bersederhana dalam segala urusan yang kita lakukan di dunia ini. Sebagai contohnya, wasatiah dalam memberi kesenangan kepada keluarga seperti pakaian, makanan dan minuman. Tidak berlebih-lebihan dalam memberi wang saku kepada anak-anak. TETAPI, harus diingat..Rasulullah pernah bersabda, ‘bekerja bagaikan kita akan hidup seribu tahun lagi, beribadatlah bagaikan kita akan mati esok hari..” bolehkah kita beribadat sekadar sahaja?” Aduh rakan-rakanku..mati esok tapi dosa menimbun..pahala amatlah kurang..inikan pula nak mati esok..dalam hal sebegini, kita digalakkan untuk melebih-lebihkan amalan ibadah kita kepada Allah supaya dapat timbang-tara pahala kita dapat melebihi dosa-dosa kita. Dan yang paling penting dalam usaha ini adalah...ISTIQAMAH.. kalau hari ini sembahyang 5 waktu, esok pun 5 waktu..sampai bila-bila pun 5 waktu..minggu ini kita tambah solat dhuha..dan teruskan sehingga akhir hayat selagi termampu..begitulah dalam beribadah..itu baru nama nya usaha..sebelum kita bersembahyang pun kita dah bertawakal dah kepada Allah.. Bismillah..dengan nama Allah..bukankah itu tandanya kita sudah berserah?????????????? Barulah kita berusaha dalam ibadah solat kita...
Dalam bekerja pula, rasulullah menggalakkan kita bekerja seolah-olah hidup seribu tahun lagi.. konsep wasatiah yang rasulullah s.a.w dalam berkerja pula......biarlah kita berkerja kerana Allah dengan sebaik-baiknya. Kita menjaga kesihatan, makanan dan sebagainya supaya kita dapat bekerja dengan baik dan lebih tekun kepada Allah s.w.t..itulah konsep wasatiah yang dianjurkan rasulullah..inilah wasatiah rakan-rakan-rakanku..bukannya wasatiah dalam bermaksiat kepada Allah...nauzubillah..
Duit ini milik Allah yang Allah pinjamkan kepada ktia untuk mengurus sebaik-baiknya. Ia bukan milik kita, tetapi milik Allah juga. Infakkan harta anda dengan berzakat. Berusaha untuk meraih simpati Allah bukan kerana MANUSIA. Tapi usaha kena lebih Jangan penuhkan perut dengan makanan dari sumber gaji yang haram@ gaji buta. Jangan penuhi perut anda dan kelauarga anda dengan gaji mengampu. Kerana tidak barakah dalam hasil pencarian tersebut. Ingat.. setiap duit yang kita perolehi dari sumber tersebut, akan menjadi darah daging kita yang bakal merosakkan genetik-genetik anak-anak kita. Sebab itulah, ramai anak-anak muda sekarang rosak dan tidak menghormati kita orang tua ini. Tapi, jangan pula memperlekehkan hasil kerja meraka yang berusaha. Yang aku maksudkan, diri kita sendiri..bukan orang lain.
Penuhi kelas-kelas anda dengan bahan berilmiah dan sesuai dengan sukatan pelajaran. Ajarlah anak-anak ini kenal kepada pencipta meraka.....
Mungkin pada pandangan semua, aku merungut..tidak sama sekali aku merungut..aku tidak mengadu..kerana sebaik-baik mengadu, hanyalah pada Allah..aku cuma berkongsi pengalaman...
Aku malu dengan Allah mengambil gaji yang sepatutnya bukan menjadi milik aku..aku malu dengan Rasulullah kerana aku mengatakan cinta kepada baginda tapi tidak mengikut sunnahnya..aku malu dengan sikap manusia, yang mengajar manusia untuk menipu manusia. Menipu dengan alasan tidak mahu mendengar fitnah. Itu silap. Tidak timbul istilah mengumpat jika kita terpaksa mendengar. Syarat tidak mahu bersubahat mengumpat.?? Diam dan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. tak jadi masalah. Sebab kita terpaksa mendengar bagi menjaga hati. Sebab itulah..kalau mahu bercakap lebar tentang agama..jangan mudah menyusun kata tanpa berilmiah.. pelajari ilmu agama dengan sedalam-dalamnya..aku yang lemah..lagi hina..berharap, lidahku akan sepetah Nabi Musa a.s dalam berbicara seperti mana baginda berbicara dengan firaun...supaa dapat aku patahkan hujah-hujah yang betul bertentangan dengan agama..yang hanya menggunakan agama sebagai mencapai tujuan. Sedangkan matlamat tidak menghalalkan cara.. Ya Allah, kurniakanlah aku sedikit rasa cinta dan takutkan Mu padaku..agar aku terus menerus mencintaiMu, walaupun diduga dengan sejuta cabaran yang mendatang. ..biarpun cabaran iu datang dari mereka yang rapat kepadaku.. tunjukkan aku jalan yang lurus dan benar..agar mudah aku mendapat pertunjuk dan inayah dariMu..ya rabbul izzati..
DENGAN NAMA ALLAH, AKU BERSUMPAH..AKU TIDAK PERNAH GENTAR KEPADA MANUSIA KERANA AKU BIMBANG DAN MALU BILA DITANYA DIAKHIRAT KELAK, KENAPA AKU TAKUT SELAIN DARIPADA-NYA, SEDANGKAN DIALAH YANG TELAH MENCIPTA MANUSIA TERSEBUT!!!
p/s: aku hanya insan lemah, tetapi berpegang kepada prinsip hidup..dengan sumpah hidup dan mati kerana Allah s.w.t.....
salam cikgu..
BalasPadamdi sini sy ingin bertanya..bagaimana saya nak berhubung dengan cikgu di Sk Long Busang. Saya terlibat dgn PC lab sk long busang..Saya difahamkan terdapat masalah teknikal.
Saya berharap cikgu dapat membantu saya.
Email : azlizan@thames.com.my
phone : 016-6095745
Saya xdapat menghubungi pihak sekolah untuk memastikan masalah di pc lab dan untuk masuk kesana saya perlu membawa peralatan gantian.
BalasPadamcontact person yg PPD bg saya:
cikgu mohd faizal :0132860201
Guru besar : 0138958447
salam encik crayon'..
BalasPadamuntuk pengetahuan cikgu, telefon sekolah sekrang mengalami kerosakkan. jadi, tiada bentuk komunikasi yang dapat dihubungkan terus dengan sekolah. berdasarkan maklumat yang saya dapat sebelum saya balik bercuti seminggu yang lepas, server di maklmal tersebut telah rosak. semua anti-virus telah luput (tidak dapat diupdate) kerana tidak ada school net yang beroperasi. pekara ini telah menyebabkan beberapa pc tidak dapat di tutup secara biasa kerana terdapat gangguan virus dan seumpamanya. harap maklum