Rancangan Pengajaran Harian
Kemahiran Hidup Tahun 5 Merah
Tarikh | | |
Masa | 10.05 – 11.05 pagi | |
Tahun | 5 Merah | |
Bidang | Reka Bentuk dan Teknologi | |
Unit | 1.6 Jahitan | |
Topik | a. Membaiki pakaian | |
Hasil pembelajaran | · Mengenal pasti alatan dan bahan jahitan · Menyatakan kegunaan alatan jahitan · Mengenal pasti mata jahitan asas. · Menyatakan kegunaan jahitan asas. | |
Objektif | Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Menyenaraikan 3 jenis alatan dan bahan jahitan 2. Menyenaraikan 2 kegunaan alat jahitan 3. Menyatakan 2 jenis jahitan asas dan 2 kegunaannya. | |
Aktiviti P & P | 1. Murid berbincang dengan guru tentang jenis peralatan dan bahan jahitan yang biasa digunakan berpandukan bahan dan alat jahitan yang disediakan oleg guru. 2. Murid diterangkan oleh guru mengenai kegunaan alatan jahitan. 3. Murid diterangkan oleh guru tentang mata jahitan asas serta kegunaannya. | |
Strategi Pengajaran | Perbincangan dan Pemerhatian secara berkumpulan oleh para pelajar. | |
Jenis Pembelajaran | Pembelajaran berpusatkan kepada pelajar | |
Kemahiran Generik | Berfikir dan pemudahcaraan, Kemahiran menjana idea, Kemahiran komunikasi | |
Bahan Sumber P&P |
| |
Pengetahuan Sedia ada |
| |
Nilai-nilai murni | Berdikari, rajin, bekerjasama, berkomunikasi dengan baik. | |
Isi Pelajaran | Aktiviti P&P | Catatan |
1. Pengenalan Memberi pendedahan awal kepada murid | Set Induksi (5 minit)
| KBKK: Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. |
2. Penerangan Alatan dan bahan jahitan serta kegunaannya. Alatan dan bahan jahitan yang biasa digunakan:
Kegunaannya (Rujuk lampiran 1) | Aktiviti-aktiviti: Langkah 1 (25 minit)
| BBM: Alatan dan bahan jahitan disediakan oleh guru Nilai: Kerjasama, berani KBKK: Berfikiran kreatif |
3. Memperkenalkan mata jahitan asas Antara mata jahitan asas:
2. Jahitan jelujur halus 3. Jahitan sembat 4. Jahitan lilit kemas 5. Jahitan lubang butang 6. Jahitan silang pangkah 7. Jahitan insang pari 8. Jahitan sembat susup | Langkah 2 (15 minit): 1. Guru memperkenalkan mata jahitan asas dengan menunjukkan sampel-sampel sebenar jahitan pada fabrik. 2. Murid melukis lakaran jahitan pada buku latihan dan menamakan jenis-jenis mata jahitan | BBM: Sampel mata jahitan disediakan oleh guru. Nilai: Koperatif KBKK: Berfikiran kreatif |
4. Penerangan kegunaan jahitan asas. | Langkah 3 (10 minit) 1. Guru menerangkan kegunaan mata jahitan asas untuk membaiki pakaian. | BBM: Buku teks KHB Tahun 5 |
5. Rumusan isi pelajaran. 1. Jenis dan bahan jahitan serta kegunaannya. 2. Jenis-jenis mata jahitan asas dan kegunaannya. | Penutup (5 minit) 1. Murid membuat rumsan dan mengimbas kembali tentang isi pelajaran 2. Murid disoal secara rawak tentang 3 jenis alatan dan bahan jahitan serta satu kegunaannya setiap satu alatan. 3. Murid disoal secara rawak tentang 2 jenis mata jahitan asas serta satu kegunaannya setiap satu. 4. Lembaran kerja diagihkan sebagai tugasan. | BBM:
|
Refleksi: | | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan