Tahun : 1
Bidang : Menggambar
Aktiviti : Capan
Tema : Alam Semulajadi
Tajuk : Rama-rama
Masa : 60 minit
Media : Alatan: Daun keladi, Tapak tangan
Bahan: Kertas lukisan,kertas cat air
Pendekatan : Konstruktivisme
Kaedah : Hands On
Bahan bantu mengajar : Contoh Lukisan,contoh capan
EMK : Elemen Kreativiti & ; Inovatif, Keusahawanan
STANDARD KANDUNGAN
Menghasilkan gambar menggunakan media basah dengan teknik capan yang menekankan aspe rupa dan jalinan.
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik
Murid dapat mengenali, menamakan dan memahami bahasa seni visual
yang terdapat pada karya seni.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 : Garisan – lurus dan melengkung
1.1.1.2 : Rupa -organik
1.1.1.3 : Jalinan - tampak
1.1.2 Prinsip Rekaan
2.1.2.1 : Harmoni- bentuk, rupa dan warna
1.2 Aplikasi Seni
Murid dapat mengaplikasikan menerusi penggunaan media dan teknik dalam
aktiviti seni.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Media basah (basah atas kering) – warna air, warna poster atau tampera
1.2.1.2 Alat – palet, berus warna
1.2.1.3 Bahan – kertas lukisan, bahan semulajadi (fauna)
1.3 Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
Bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D dan 3D
1.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya
1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual
1.4 Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual
3.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan
3.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
3.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
Langkah | Standard Pembelajaran | Ilustrasi/ Fasa/SDK |
Set Induksi ( 10 minit ) Langkah 1 ( 15 minit ) | Persepsi Estetik Guru memperkenal sebuah lagu Rama-rama terbang . Lagu: Dari ulat jadi kepompong, Makan minum dalam kelongsong Tiba-tiba kelongsong pecah, Jadi rama-rama yang indah. Guru menjelaskan perkaitan rama-rama dengan capan. 1.Siapa yang pernah melihat rama-rama? 2.Rama-rama hidup di mana? Guru menerangkan unsur,bentuk,warna dan rupa. 1.Apakah bentuk rama-rama? 2.Apakah warna rama-rama? Murid-murid melihat dan mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat pada rama-rama. Guru menunjukkan contoh lukisan. Guru menyatakan perbezaan antara lukisan dan apan. Aplikasi Seni Guru menunjuk cara membuat capan. Murid menyatakan bahagian-bahagian Rama-rama yang perlu dicapkan dengan teknik capan. | SDK : FASA PERSEDIAAN 1.1.6 Mengenalpasti ciri objek, situasi atau fenomena dengan tepat 1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul. FASA IMAGINASI 2.2.6 Mencabar dan menilai maklumat baharu yang diperoleh sama ada memerlukan tindakan susulan atau diketepikan |
Langkah | Standard Pembelajaran | Ilustrasi/ Fasa/SDK |
Langkah 2 ( 20 minit ) Penutup ( 10 minit) | Menyediakan kertas warna atau kertas A4 Gunakan daun keladi untuk mendapatkan sayap rama-rama. Bahagian badan rama-rama, gunakan botol air. Apabila siap kedua bahagian tersebut, gunakan penggenggam tangan untuk membuat bahagian kepala. Selesai itu, gunakan jari kelingking untuk membuat tentekal dan kaki menggunakan warna yang berlainan. Ekspresi Kreatif Guru mengedarkan lampiran yang mengandungi bentuk rama-rama. Murid-murid menghasilkan capan. Murid meletakan warna ke atas lampiran rama-rama yang di sediakan mengikut kreativiti masing-masing Guru membimbing murid. Membuat kemasan pada capan yang dihasilkan. Apresiasi seni Murid menceritakan pengalaman masing-masing semasa penghasilan capan ikan. Guru membuat rumusan tentang hasil yang telah dibuat. Menyanyikan lagu ‘Rama-rama’. | FASA PERKEMBANGAN 3.1.1 Menokok tambah idea 3.1.4 Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan 3.1.5 Memberi pelbagai kategori atau aspek FASA TINDAKAN 4.2.3 Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara berterusan Elemen Kreativiti Elemen keusahawanan |
perlu tulis semua atau bagaimana? yang saya faham cuma smpai EMK shj. betulkan saya jika silap..tq..
BalasPadamMenurut JU Negeri, semua ini dikehendaki untuk ditulis. Dan semuanya RPH ini diletakkan di dalam fail pengajaran harian.
BalasPadamSaya share ya...izinkan saya...
BalasPadam