~Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi kita merasa. Sudah menjadi adat bertamu, datang bagaikan melukut ditepi gantang. Datang kami datang bertamu, sudah pasti akan kembali ke negeri asal. Maafkan jika aku terkasar bahasa, terkasar perbuatan.. Maafkan di atas ke khilafan yang tidak tertanggung. Aku hanya insan biasa yang mengharapkan keredhaan Allah jua. Dengan segala kerendahan hati, aku memohon seribu kemaafan jika melakukan kesalahan sepanjang berada di perantauan. Semoga Allah memaafkan kesalahan orang yang telah menzalimi aku dan aku yakin, aku boleh menghadapi semuanya kerana bagiku Allahlah penolongku setiap masa.
~Dalam kerendahan hatiku, aku menitip ampun dan maaf kepada semua mereka yang merasakan aku manusia yang teruk dan pemalas. Aku sekadar berusaha dan aku punyai hati dan perasaan seperti mana manusia yang lain. Mungkin kalian tidak membaca titipan ini kerana lantaran bencikan setiap satu perkataan yang keluar dari mulutku. Tapi, aku yakin, setelah kita memohon kemaafan, ianya terletak antara nafsu dan iman lagi yang membolehkan permohonan maaf di capai.
~Di bawah lembayang ulta violet ini, menghirup udara yang sama, mengaut hasil untung yang sama, menggalas segala tanggungjawab yang telah diamanahkan, aku sentiasa mengikut perasaan dan tidak memikirkan apa kehendak orang lain. Bukan senang hendak mengakui kesilapan jika ianya melibatkan maruah diri. Maruah diri adalah benteng hidup aku. Dalam mempertahankan maruah diri, adakalanya aku melukai hati insan-insan yang berada sekelilingku. Bukan kerana aku berkehendak, tapi itu semuanya nafsu yang dimangkin oleh syaitan.
~Dalam benak fikiranku.. KOSONG tanpa idea yang bernas. Maka lahirlah karya kemaafan.. Semoga Allah mengurniakan kesejahteraan ke atas diriku dan isteriku.. serta………………..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan