Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap maksimum atau jatuh terus kebawah.? Kalau ditahap maksimum, kekalkan dengan sepenuh hati bagaikan membendung air bah yang sedang sarat melimpah. Kalau kurang, carilah kekuatan bagaikan mencari air ditengah gurun sahara.
~Oh guru.. sudahkah anda bersedia dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025? Apakah persediaan anda untuk menghadapi semua gelombang-gelombang yang bakal melanda? Ada 3 gelombang yang perlu kita lalui sepanjang perkhidmatan kita sebagai guru. Bagi yang berkesempatan, tiga gelombang itu akan berlaku seperti berikut:
Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun di mana :-
Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem.
Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.
~Pelan ini turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.
~Oh guru.. sudahkah anda bersedia dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025? Apakah persediaan anda untuk menghadapi semua gelombang-gelombang yang bakal melanda? Ada 3 gelombang yang perlu kita lalui sepanjang perkhidmatan kita sebagai guru. Bagi yang berkesempatan, tiga gelombang itu akan berlaku seperti berikut:
Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun di mana :-
Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem.
Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.
~Pelan ini turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.
~Ada 11 anjakan yang bakal dilaksanakan di dalam PPPM 2013-2025 ini.
1. Menyediakan
kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan
setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan
rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi
keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan
pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya
JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.
7. Memanfaatkan
ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi
kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama
dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan
keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan
ketelusan akauntabiliti awam.
~ASPIRASI SISTEM
PENDIDIKAN
Terdapat lima hasil
yang ingin dicapai dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, iaitu; akses, kualiti,
ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Lima aspirasii ini muncul daripada laporan
pendidikan yang pernah dikeluarkan sebelum ini tetapi kandungannya masih
relevan iaitu Laporan Razak (1956), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) dan
PIPP (2006-2010).
Sekolah adalah
barisan hadapan dan peringkat operasi dalam melaksanakan tanggungjawab
memastikan lima aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai.
1. Akses Kepada
Kejayaan
Sekolah mempunyai
peranan untuk memastikan setiap murid di sekolah mendapat akses yang sama
kepada pendidikan berkualiti, tanpa mengira taraf ekonomi, kaum atau latar
belakang murid bagi membolehkan murid mencapai potensi masing-masing.
Prinsip pendidikan
untuk semua, perlu dijadikan asas dalam memastikan akses dan enrolmen
setiap lapisan murid dari peringkat prasekolah ke peringkat sekolah menengah
dapat dipenuhi. Bagi tujuan ini pihak sekolah perlu memberi komitmen demi memastikan
tiada murid yang tercicir dan semua murid memenuhi standard minimum iaitu
sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral
pada akhir tingkatan 5.
Tujuannya adalah
untuk meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang lain di samping
meningkatkan peratusan murid melanjutkan pelajaran pada peringkat universiti,
kolej, politeknik, vokasional dan program latihan kemahiran yang berstruktur.
2. Kualiti Standard
Antarabangsa Yang Tinggi.
Aspirasi kedua ini
melibatkan peranan sekolah dalam meastikan setiap sekolah memberikan proses
pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid setanding dengan negara maju yang
lain mengikut standard antarabangsa. Langkah ini termasuklah standard untuk bidang
Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta kemahiran berfikir aras tinggi.
KPM misalnya telah
mensasarkan agar negara berada dalam kelompok sepertiga teratas dari segi
prestasi dalam TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) dan PISA
(Programme For International Student Assessment) dalam tempoh 15 tahun.
Oleh itu komitmen
guru dan masyarakat yang mendukung sekolah yang tinggi amatlah diharapkan.
Pelaksanaan i-THINK dan Frog VLE perlulah dilaksanakan secara
serius kerana ia adalah kerangka asas yang dapat memenuhi keperluan
proses pembelajaran dan pengajaran berkualiti tinggi.
3. Ekuiti Untuk Semua
Murid
Sekolah
perlu memastikan sistem pendidikan yang dilaksanakan berada pada
tahap yang terbaik kepada setiap murid tanpa mengira etnik, tempat atau
latar belakang sosioekonomi. Sekolah perlu meberi peluang kepada setiap murid
supaya jurang yang ada dalam kalangan mereka dapat dirapatkan.
Sekolah
bertanggungjawab untuk memastikan setiap murid yang mempunyai pelbagai
latarbelakang dan sosioekonomi di sekolah mendapat hak dan ekuiti yang sama
terhadap kemudahan dalam menyokong pembelajaran dan pembangunan sahsiah mereka.
Program Pendidikan
Khas, Kelas Rancanagan Khas dan Program Kawalan yang terdapat disekolah
perlulah diurus dengan berkesan bagi membolehkan murid dibangunkan mengikut
kebolehan dan potensi masing-masing.
4. Memupuk Perpaduan
Dalam Kalangan Murid
Sejak merdeka
aspirasi negara yang utama ialah mewujudkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum
yang ada. Sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan mengutamakan
keterangkuman sosial yang unik akan mempamirkan perpaduan yang lebih kuat.
Kajian yang dilakukan oleh OECD pula menunjukkan bahawa perpaduan yang kuat
mempunyai kaita yang rapat dengan rakyat yang sihat, masyarakat yang selamat
dan kadar guna tenaga yang tinggi.
Murid menghabiskan
masa lebih seperempat daripada mereka di sekolah semasa mereka berusia 7 hingga
17 tahun, maka sekolah merupakan medan yang subur untuk pemupukan semangat
perpaduan. Oleh itu sekolah perlu mewujudkan interaksi dalam kalangan
murid-murid agar mereka belajar saling memahami, menerima dan menghargai
kepelbagaian.
Gerak kerja
kokurikulum perlu dioptimumkan dan dasar 1 murid 1 sukan perlu dimantapkan
agar penerapan nilai dan pengalaman dapat diterapkan ke arah pembinaan identiti
nasional yang seterusnya memupuk perpaduan.
5. Pelaksanaan
Berkecekapan Tinggi
Aspirasi pendidikan
nasional yang kelima ialah elemen kecekapan. Kerajaan menerusi bajet
tahunan telah memperuntukan perbelanjaan besar kepada sektor pendidikan (16%),
yang secara jelas menunjukkan komitmen tinggi kerajaan terhadap pendidikan.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru-guru dan warga pendidikan di sekolah
untuk memastikan pulangan dalam bentuk keberhasilan murid dimaksimumkan untuk
setiap ringgit yang dibelanjakan.
Pelaksanaan program
pendidikan perlu dibuat secara lebih bertanggungjawab dan menggunakan sumber
yang ada secara cekap, berkesan dan memberi impak yang maksimum.
ASPIRASI MURID
Adalah menjadi
aspirasi KPM untuk memastikan setiap murid mencapai potensi yang ada pada diri
mereka sepenuhnya. Oleh yang demikian setiap pemimpin di sekolah, guru, ibu
bapa dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda
ini mencapai aspirasi yang diharapkan.
Dalam PPPM, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan murid secara menyeluruh dan
seimbang telah diterjemahkan kepada enam elemen, iaitu penekanan kepada elemen
Pengetahuan dan Kemahiran; membangunkan Pemikiran Kritis,
Kreatif dan Inovatif; Kemahiran Memimpin; Kemahiran Dalam Dwibahasa
(Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris); Sahsiah dan Nilai serta semangat
Identiti Nasional yang kuat. Setiap elemen ini turut memberi penekanan
kepada usaha bagi membolehkan semua murid memberi sumbangan bermakna terhadap
institusi keluarga, masyarakat dan negara.
1. Pengetahuan
Pada peringkat yang
paling asas, adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk memastikan setiap murid
mempunyai keupayaan literasi dan numerasi. Perkara ini amatlah penting kerana
murid perlu mempunyai kemahiran hidup yang asas serta bagi membolehkan mereka
berfungsi secara berkesan dalam masyarakat. Keupayaan dalam literasi dan
numerasi juga membolehkan muird memupuk nili diri untuk kesejahteraan diri,
masyarakat dan negara.
Murid-murid juga
perlu dipastikan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid-murid juga perlu digalakkan untuk
menguasi bidang seni, muzik dan sukan supaya kemahiran dalam bidang ini
membolehkan mereka mengaplikasikan dalam kehidupan.
2. Kemampuan Memimpin
Sekolah adalah medan
yang terbaik untuk memupuk kepimpinan dan kemahiran bekerja secara berpasukan
secara berkesan dalam kalangan murid-murid selaku pewaris kepimpinan negara.
Oleh yang demikian pihak sekolah seharusnya peka terhadap keperluan murid untuk
membangunkan potensi dan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka. Dalam konteks
ini kepimpinan yang perlu dibangunkan melibatkan empat unsur iaitu;
Keusahawanan;
mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan penyelesaian diri,
sanggup membuat pelaburuan dari sumber sendiri.
Berdaya Tahan;
membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi rintangan.
Kecerdasan Emosi;
berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain serta mampu
mempengaruhi mereka secara positif.
Keterampilan
Komunikasi; berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan bertulis
dengan jelas.
Sekolah perlu
memastikan persekitarnnya dan iklimnya menyokong kepada pembangunan
keempat-empat unsur di atas sama ada dalam aktiviti di bilik darjah, mahu pun
di luar bilik darjah seperti kegiatan sukan dan kokurikulum.
3. Kemahiran
Dwibahasa
Setiap murid perlu
mengusai bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Murid- murid juga diberi
peluang dan galakkan untuk menguasai bahasa tambahanseperti bahasa Mandarin,
bahasa Tamil, bahasa Arab serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Iban dan
Kadazan-Dusun.
Penguasaan kemahiran
berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan murid-murid bersosialisasi
merentas sempadan budaya dan etnik, yang seterusnya menyubnag kepada pemupukan
kerjasama dan komunikasi pada peringkat global.
4. Etika dan
Kerohanian
Pihak sekolah perlu
berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat berani menghadapi
cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara aman serta membuat keputusan
yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang
betul.
Sekolah perlu
berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan kepada satu set
prinsip, iaitu;
Kerohanian;
memastikan murid mempunyai pegangan agama yang kuat dan mengamalkannya sebagai
asas hidup, serta mempunyai asas moral yang tinggi.
Integriti; memastikan
murid dibimbing agar mempunyai keberanian, disiplin dan semangat untuk
melakukan perkara yang betul.
Tanggungjawab Sivik;
murid dibimbing ke arah sikap yang positif dan bertindak untuk kebaikan negara,
mengambil berat terhadap orang lain dan alam sekitar.
5. Identiti Nasional
Aspirasi kelima
terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan usaha membina identiti nasional
dalam kalangan murid-murid. Aspirasi ini antara lain adalah untuk melahirkan
murid yang mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional,
berpegang teguh kepada prinsip Rukunegara dan sentiasa mengutamakan perpaduan.
Sekolah perlu
berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat patriotisme dalam
kalanagan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau
tempat. Sebaliknya murid mempunyai sifat berbanga sebagai anak Malaysia,
memahamii dan menerima perbezaan, menghormati orang lain dan bersedia untuk
hidup bersama dalam kepelbagaian budaya.
~Sebagai bahan bacaan ketika waktu luang, bolehlah melayari sesawang ini, http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf
Terima kasih Cikgu!
BalasPadamInfo ini meningkatkan kefahaman saya tentang pelan pembangunan pendidikan ini.
Cikgu Adrie: PErkongsian itu adalah Amalan terbaik dalam bidang keguruan. Selamat mendidik anak bangsa
BalasPadamtq
BalasPadamMohon digunakan untuk temuduga NPQEL
BalasPadamMohon keberkatan juga cikgu. Sila gunakan untuk kebaikan cikgu. Selamat bertemuduga cikgu!!
Padam