Assalamualaikum dan salam sejahtera ,
17 Julai 2012.. selepas 17 hari dalam Julai baru sempat menjenguk ke dalam blog ini. Har apan dalam kenangan.. Terlalu sibuk dalam urusan dunia. Sehingga tak terjenguk kepada blog ini. Semoga kita mendapat manfaat dari segala kebaikan yang kita curahkan. Jangan mengharap manusia akan membalas segala kebaikan kita, tapi ingatlah janji Allah pasti untuk sesiapa yang percaya dan yakin kepada Nya.
~Minggu ini adalah minggu yang terakhir dalam Syabaan. Hari sabtu ini, kalau tiada diizinkan Allah, maka berpuasalah kita. Ramadhan pula menjenguk. Sudah kita persiapkan IMAN kita untuk dibersihkan? Sudahkan kita menyiapkan FIZIKAL kita untuk beribadah kepada Allah? Dan sudahkah kita mensucikan hati kita untuk kita bersama-sama menggapai maghfirahNya?
~3 minggu lepas Marudi dilanda kemarau berpanjangan. Mulalah kita sibuk dengan ketiadaan air. Merungut dan sentiasa menyalahkan cuaca. Tanpa meletakan harapan kepada Al-Haq. Kita terus menyalahkan cuaca jika berlaku ketiadaan air. Dan Allah mendengar rintihan kita. Dikurniakan Nya, hujan bagi menggantikan air-air di dalam tong air yang telah kekeringan. Setelah digantikan, diturunkanNya hujan 2-3 hari sehingga seminggu. Mulalah kita menyalahkan cuaca kerana apabila hujan, jalan jadi licin, air sungai akan keruh dan sebagainya.. Ya Allah.. betapa lemahnya imanku kerana tidak mampu menahan dugaan. Sedangkan rahmatMu melebihi apa yang aku miliki di dunia.
~Hujan dan panas adalah satu ketetapan dari Allah melalui apa rezeki yang telah diperuntukan. Rupa-rupanya, Allah meletakan hikmah di dalam setiap perubahan cuaca. Hikmahnya berbeza-beza dalam setiap pemahaman insan dan makhluk lain. Allah dan RasulNya lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
~Anakda sudah berusia 7 bulan.. sudah tumbuh gigi pada usia 6 1/2 bulan. Sudah mula merangkak pada usia 6 bulan. Sudah memulakan langkah berdiri umur hampir 7 bulan. Seronok melihat perkembangan anak kecil. terutamanya yang bernama anak sendiri. Terima kasih dan syukur kehadrat Allah kerana mengurniakan anak kepada aku dan isteri.. Semoga Allah menjadikan dia sebagai anak yang soleh, mujahid Allah pada keseluruhan hidupnya...
Cari Blog Ini
Selasa, 17 Julai 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan