Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.. aku merinduimu dengan sepenuh hatiku.. Biarpun ujian datang melanda, kehadiranmu tetap aku nantikan saban tahun..Demi meraih keampunan yang berlipat ganda. Selawat dan salam buat Habibullah, Muhammad Al-Mustapha. Biarpun diuji dengan pelbagai tohamahan, Allah tetap mengangkatmu sesuai dengan darjat kemuliaanmu..
~Assalamualaikum.. Marhaban.. Marhaban.. Marhaban ya Ramadhan.. Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah karuniaNya, diberikan aku kekuatan untuk mencoretkan kata-kata yang tidak seberapa. Semoga dengannya, kita beroleh manfaat dan dijauhi segala kesesatan dan kekufuran. Alhamdulillah, masuk hari ini 3 hari sudah kita berada dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Sebagai seorang guru, perlu bagi kita menerangkan kafiat puasa dan faedah berpuasa kepada semua murid jika ditanya. Selalunya, murid bukan beragama Islam akan kerap bertanya kenapa, mengapa dan bagaimana orang Islam berpuasa. Kita terangkan dengan berhemah supaya tidak timbul kekeliruan dikalangan murid-murid. Adakalanya boleh membantu murid kita untuk bersikap tolak ansur, seperti tidak makan dihadapan murid beragama Islam.
~ Ramadhan oh ramadhan.. Ramadhan ini datang dengan pelbagai ujian dan nikmat. Ujian didatangkan Allah seperti demam sejak mula berpuasa, batuk yang tidak terhenti, dan sebagainya.. Nikmat adalah, nikmat sebagai seorang IMAM , BAPA kepada anak kecilku dan SUAMI kepada isteriku. Masuk tahun ke-3 pernikahan kami. Ramadhan ini adalah ramadhan yang pertama aku bergelar ABIE.. Bapa kepada Muhammad Khalid Hafizi Bin Muhammad Khawar Hezazy. Adanya maksud nama tersebut adalah "PELINDUNG YANG TERPUJI LAGI YANG ABADI". Subhanallah, Maha Suci Allah...
~Ramadhan oh Ramadhan... Aku terkadang hairan dengan peel manusia yang terlalu bersembunyi dengan pekara yang boleh memudaratkan. Teringat dengan satu cerita, seorang isteri menyembunyikan kehamilannya sehingga keluarga si suami sendiri tak tahu dan tak perasan. Bila tiba masanya nak beranak, beranaklah dia di meja makan. Alahai.. itu sungguh menyusahkan orang lain. .. alasannya, nak suprise.. adoyai.. benda yang HALAL ini hendaklah kita sebar-sebarkan jika ada yang bertanya. Jangan baru nak jadi sesuatu baru nak bagitahu. Aku sendiri mengalaminya sekarang. Semua nak sembunyi, akhirnya kena ke batang hidung sendiri.
~Bulan Julai ini, hampir setiap minggu aku akan keluar dan bermusafir. Minggu pertama ke Miri untuk GTP V2.0, minggu ke dua ke SK Long Tungan, minggu ke-3 taklimat ABM Perjawatan di Miri, Minggu ke-4 mesyuarat ABM di Kuching.. Beerti, esok aku kena tinggalkan isteri dan anak untuk 2 hari seterusnya.. Hmm.. tapi, insya Allah, ada jalannya.. ini melibatkan periuk nasi aku sendiri. Dengan duit inilah, aku menyara isteri dan anakku. Hmm...
~Bermusafir ke tanah tumpah darah inilah yang paling menyeronokkan.. Bila teringat dengan masakan ibu, semua penat lelah jadi tawa senda. bila terkenang anak isteri, aduh.. beratnya hati meninggalkan kedua-duanya.. Hmm.. baru lepas sembuh dari DEMAM anakanda ku.. seminggu lepas menjadi igauan.. Khalid Hafizi kena batuk dan selesema. menyebabkan pernafasannya menjadi kurang selesa. 3-4 hari dalam minggu lepas merupakan saat paling takkan ku lupakan, kerana itu mengajar aku erti sifat kebapaan.. Subhanallah..
~~Selamat BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM YANG DIRAHMATI ALLAH S.W.T SEKALIAN~
Cari Blog Ini
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...