Cari Blog Ini

Isnin, 8 Oktober 2012

Oktober yang SyahDU? Allah hu Allah..

Assalamualaikum warahmatullah..

~Salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah. Sudah lama ana tak bertinta dalam kelana. Seperti biasa, bebanan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang abie menyukarkan aku untuk mencoretkan kata-kata dalam blog ini. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpahNya yang Maha Besar, aku masih lagi di sini dengan kekuatan yang ada dan yang termampu.

~Ayahanda dan ibunda sudah melangkah menunaikan rukun Islam yang kelima ke tanah suci Mekah pada 2 Oktober 2012. Syukur yang tidak terhingga, doa-doa kami terkabul untuk kedua-duanya menunaikan impian mereka. Lantas menunaikan hasrat arwah kedua-dua nenda belah ayahanda dan ibunda...

~Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Aku sedang diralit rindu... Namun hati menegah kerna bimbang ibadah kedua-duanya terganggu. Ya Allah.. engkau sahaja yang Maha Mendengar.. Ya Allah, Kau Maha Mendengar, Tiap kata yang hanba lontarkan, tiap doa yang hamba pohonkan.. Selamatkanlah pemergian kedua-duanya, dan selamat jua lah kepulangannya.. Allah hu rabbi..

~Yang terlintas dihatiku, terbisik di akalku, semuanya di dalam penguasaan Allah..Saat ini, Allah sahaja yang tahu betapa getirnya dibenakku. Keluhan demi keluhan.... Semuanya berada dihatiku pada saat ini.. Berbahagi dengan beberapa keadaan. Semoga Allah meneguhkan perjuanganku.

~Aku teringat satu ketika dahulu, dalam sujud terakhirku, aku memohon kepada Allah, supaya diletakkan aku jauh di pedalaman. Pedalaman yang boleh meningkatkan dakwahku. Tempat yang boleh aku menyumbangkan sedikit idea tentang konsep ketuhanan yang esa. Aku bermohon agar pekerjaan dae aku terus mekar, bertambah dari sehari ke sehari. Allah memakbulkan.. sungguh indah ketika berada di sana. Dihujung tahunnya, aku bertemu jodoh dengan bidadariku.. Maka bermulalah episod keluh kesah, merintih kepadaNya, kerana berjauhan dengan yang tercinta.. Allah memakbulkannya, setelah beberapa ketika. Namun, ada tidak ketika ini aku bersyukur?

~Ya Allah....sesungguhnya.. aku lemah dalam menempuhi kehidupan ini.. Aku lemah dalam bermujahadah.. Sedangkan aku sudahpun berikrar untuk meningkatkan mujahadahku kepadaMu..

~Selamat menunaikan ibadah haji ibunda dan ayahanda.. ku teramat merindui belaian kasih sayang kalian..

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...